You are on page 1of 20

_________________________________________________________________________

TAJUK :

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERTUBUHAN SERANTAU DALAM KALANGAN


NEGARA ASIA TENGGARA SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA SEHINGGA TAHUN 1970

HSA3043 :

ASIA TENGGARA ABAD KE-20

NAMA : NOOR SHARINA BINTI SHARIFF SHATIT

NO MATRIK : D20141067692

SEMESTER: 8

KUMPULAN: B

NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD ZAINUDIN BIN HUSIN

Jabatan Sejarah dan Arkeologi

Fakulti Sains Kemanusiaan


1.0 PENGENALAN

Asia Tenggara atau disebut juga oleh bangsa-bangsa barat dengan sebutan “Southeast Asia”
terdiri daripada Semenanjung Indo-China, dan gugusan pulau-pulau Indonesia dan Filipina.
Menurut D.G.E. Hall, istilah Asia Tenggara mula digunakan dengan meluas semasa Perang
Dunia Kedua yang meliputi negeri-negeri di sebelah timur tanah besar Asia dan terdiri daripada
Semenanjung Indo-China, serta gugusan pulau-pulau Indonesia dan Filipina. Kawasan Asia
Tenggara terkenal dalam kalangan bangsa-bangsa Eropah sebagai kawasan yang memiliki
kekayaan sumber daya alam yang melimpah dan berpengaruh besar, di mana bangsa Eropah
begitu memberikan perhatian dan berminat akan perkembangan negara-negara di kawasan
Asia Tenggara yang mulai berkembang pesat.1 Oleh yang demikian, sebelum pertengahan
abad ke-20, berlakunya perang di antara dua pihak yang mempunyai kuasa yang meluas iaitu
Kuasa Berikat yang diangotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Rusia serta Pakatan
Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun. Perang yang dinamakan Perang Dunia Kedua
yang telah meletus dalam tempoh lebih kurang enam tahun iaitu di antara tahun 1939 hingga
1945 adalah peperangan yang paling besar dan mengakibatkan kerosakan yang teruk dalam
sejarah dunia moden.

Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia termasuklah negara-


negara di Asia Tenggara, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara
serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Manakala di Asia, Jepun sebagai kuasa
besar telah melancarkan perang untuk memenuhi dasar imperialismenya bermula dari
Disember 1941.2 Hal ini demikian kerana, Jepun telah melihat rantau Asia Tenggara adalah
sebuah rantau yang boleh membawa kembali kekuasaannya yang sedang jatuh dan melihat
Asia Tenggara sebagai penyelamat mereka.3 Selepas tamat Perang Dunia Kedua, penduduk di
negara yang dijajah telah bangkit menentang penjajah yang cuba mengukuhkan kedudukan
mereka di Asia dan Afrika. Oleh kerana faktor keganasan dan penindasan serta pengalaman
semasa pemerintahan penjajah di beberapa bahagian rantau ini serta kejatuhan kerajaan-
kerajaan lain telah menaikkan semangat untuk memerdekakan negara masing-masing, dan

1D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,1987, hlm 3.
2Nicholas Tarling, The Cambrigde History Of Southeast Asia Volume 2 Part Two From World War II To The Present,
United Kingdom, Cambrigde University Press, 1992, hlm 1.
3Nicholas Tarling, Britain, Southeast Asia And On Set On The Cold War 1945-1950, United Kingdom, Cambrigde

University Press. 1998, hlm 4.

1
kesemua ini merupakan ciri-ciri tahun 1941 sehingga tahun 1945 yang telah meningkatkan
persepsi politik serta meransang aktiviti nasionalis di Asia Tenggara.4

Penduduk tanah jajahan ingin memperoleh kemerdekaan dan menentukan nasib negara
dan bangsa mereka sendiri. Oleh itu, hasrat ini tercapai apabila berlaku kemusnahan di negara-
negara Eropah yang telah menjatuhkan maruah negara-negara tersebut dalam kalangan
penduduk di tanah jajahan. Kos peperangan yang amat tinggi telah menyebabkan negara-
negara Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan. Ini
menyebabkan negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan
kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka termasuklah negara-negara di Asia
Tenggara seperti Indonesia yang mencapai kemerdekaan dari Belanda manakala Indochina
mencapai kemerdekaan dari Perancis. Perang Dunia Kedua akhirnya berpihak kepada pihak
Sekutu pada tahun 1945 dan kedua-dua belah pihak melaksanakan perjanjian untuk
mengakhirinya. Perang Dunia Kedua mencatatkan kerugian besar bagi negara-negara di
Eropah, Asia Pasifik, dan tempat-tempat lain yang akhirnya telah mengubah keadaan dunia
baik dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial.

Rentetan daripada pelbagai peristiwa dan kesengsaraan yang dihadapi semasa perang
tersebut telah membuka mata negara-negara di Asia Tenggara bagi menjaga dan melindungi
negara masing-masing. Oleh itu, bagi menjaga kestabilan negara yang baru merdeka, negara-
negara Asia Tenggara ini saling berusaha untuk menjalinkan hubungan dan bekerjasama
sehingga menyebabkan tertubuhnya beberapa pertubuhan seperti Pertubuhan Perjanjian Asia
Tenggara atau South- East Asia Treaty Organization (SEATO), Persatuan Asia Tenggara atau
Association Of Southeast Asia (ASA), Pertubuhan Kerjasama Malaysia Filipina Dan Indonesia
(MAPHILINDO), dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau Association Of Southeast
Asia Nations (ASEAN). Selain itu, kerjasama negara-negara di Asia Tenggara untuk melindungi
negara masing-masing dapat dilihat juga melalui pernyertaannya dengan pertubuhan-
pertubuhan antarabangsa.

4Nicholas Tarling, The Cambridge History Of Southeast Asia Volume 4, United Kingdom, Press Syndicate Of The
University Of Cambridge, 1999, hlm 8.

2
2.0 KERJASAMA SERANTAU

Menelusuri sejarahnya, pertubuhan serantau wujud selepas Perang Dunia Kedua yang
berpunca daripada hubungan antarabangsa yang tidak stabil. Hal ini bermula dari wujudnya
pertikaian fahaman dan perang dingin di antara dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan
Soviet Union. Oleh itu, bagi mengatasi ancaman daripada persaingan dua kuasa besar
tersebut, maka negara-negara serantau mula menubuhkan pertubuhan serantau sesama
mereka untuk melindungi wilayah masing-masing dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.
Schmitter (1965:2) menyatakan kerjasama serantau ialah “... a process whereby national units
come to share part or all of their decisional authority with an emerging international
organization.” Definisi Schmitter ini menunjukkan pertubuhan serantau ialah unit-unit nasional
yang berkongsi sebahagian atau keseluruhan kuasa dalam menentukan hala tuju dan
keputusan dalam hubungannya dengan pertubuhan serantau yang mereka anggotai.5

Kerjasama serantau diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan setiap anggota


yang terlibat demi mencapai kesefahaman bersama dalam hal ehwal serantaunya dalam
membuat keputusan bersama untuk memanfaatkan kepentingan bersama negara anggota
seperti bergabung bersama dalam menyelesaikan konflik yang melibatkan negara anggota
seperti tuntutan bertindih, keselamatan, sosial dan ekonomi. Selain itu, tujuan lain ialah untuk
mewujudkan kerjasama ketenteraan agar negara anggota tidak bersendirian dalam menangani
ancaman sekiranya berlaku peperangan. Apabila ianya melibatkan negara anggota, maka
peranan ketenteraan akan diambil oleh rakan anggota yang lain di bawah satu payung
pertubuhan. Hal ini akan menjadikan negara itu lebih kuat kerana akan sentiasa sahaja ada
negara yang bersedia berdiri di belakang untuk mempertahankan sesama mereka. Dari sudut
ekonomi pula, kerjasama serantau ini banyak menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesama
negara anggota.

5Mohamed Irwan Mansor, Jurnal Asean Sebagai Sebuah Pertubuhan Serantau, Selangor, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2017, hlm 2.

3
3.0 PERKEMBANGAN PERTUBUHAN SERANTAU LEPAS PERANG

3.1 Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South- East Asia Treaty Organization
(SEATO)

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO), yang ditubuhkan pada pertengahan tahun
1950-an. Pertubuhan ini hanya melibatkan dua buah negara Asia Tenggara sahaja iaitu negara
Thailand dan Filipina,6 dalam kumpulan keselamatan yang dikuasai oleh negara-negara barat
dan disokong penuh oleh anggotanya sehinggakan timbalan perdana memberikan sokongan
penuh terhadap SEATO yang kemudian diucapkan oleh jurubicara Thailand secara rasmi iaitu :

“We still think that we have not misplaced our trust in the united nations, or in the system
of regional collective defense within the framework of the united nations, such as seato,
for the preservation of peace and security of our region.”7

Penglibatan kuasa-kuasa luar dan penubuhan SEATO (Southeast Asia Treaty


Organization) sebagai pakatan kerjasama (berbentuk pakatan pertahanan) yang ulung di
kawasan ini dipandang dari segi sejarah merupakan titik tolak kepada kerjasama serantau
kerana segala usaha untuk menubuhkan pakatan kerjasama di Asia Tenggara selepas itu
dianggap sebagai hasil peransang dari SEATO.8 SEATO diilhamkan oleh John Foster Dulles
yang merupakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Penubuhan pakatan ini berbangkit
daripada Perjanjian Geneva 1954 di Indochina. Delegasi daripada Australia, Perancis, New
Zealand, Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, mengadakan
mesyuarat di Manila pada bulan September 1954, bersetuju dengan Perjanjian Kumpulan
Pertahanan Asia Tenggara Pertahanan.9 Perjanjian yang ditandatangani oleh negara-negara ini
sekurang-kurangnya telah membina satu asas bagi kerjasama pertahanan.10 Seterusnya,
perjanjian ini membawa kepada penubuhan SEATO dan mula dikuatkuasakan secara rasminya
pada 19 Februari 1955.

Di samping itu, SEATO yang ditaja oleh kuasa-kuasa Barat merupakan sebuah pakatan
ketenteraan untuk membendung komunisme di wilayah Asia Tenggara. Negara- negara yang

6 Richard Butwell, Malaysia And Its Impact On The International Relations Of Southeast Asia, Asian Survey, Vol. 4,
no 7, California, University of California Press, 1964, hlm 946.
7 George Modelski, SEATO Six Studies, Australia, Australian National University, 1962, hlm 117.
8 Muhammad Hear Bin Haji Awang, Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, Persatuan

Sejarah Malaysia, 1979, hlm 361.


9South-East Asia Collective Defence Treaty (Miscellaneous No. 27 of 1954), Cmd 9282 of 1954-55; ratified by the

United Kingdom, 19 Feb. 1955, Cmnd 265 of 1956-57, Treaty series, 1957.
10Brian Harrison, Asia tenggara (Satu Sejarah Ringkas), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1966, hlm 297.

4
terlibat ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Australia, New Zealand, Pakistan, Thailand
dan Filipina.11 Namun, dua negara yang penting dalam pertubuhan ini ialah negara Amerika
Syarikat dan Britain. Tujuan utama penubuhannya termasuklah bersatu padu dalam bidang-
bidang pertahanan, bekerjasama dalam ekonomi, dan memajukan kebolehan ahli- ahlinya
menentang serangan- serangan dan tindak balas subversif yang diarahkan dari luar. Dalam
pada itu, para arkitek SEATO sebenarnya mahu akan pakatan yang lebih menyeluruh dan luas.
Selain kuasa- kuasa Barat yang mempunyai banyak kepentingan di rantau itu, pakatan itu harus
dianggotai oleh semua negara Asia, termasuk negara berkecuali. Namun begitu, dari benua
Asia, hanya Pakistan, Thailand dan Filipina sahaja yang menyertai SEATO. Secara dasarnya,
SEATO agak kurang berjaya di Asia Tenggara kerana Vietnam dan seluruh kawasan Indochina,
iaitu Kemboja dan Laos masih kekal di bawah pemerintahan komunis. Walau bagaimanapun,
pakatan ini dapat menyekat kedatangan fahaman komunis ke wilayah-wilayah Asia Tenggara
yang lain.

3.2 Persatuan Asia Tenggara atau Association Of Southeast Asia (ASA)

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan pembentukan satu pertubuhan serantau


yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara di Asia Tenggara yang
bukan komunis. Pertubuhan itu diharap akan dapat memperbaiki kedudukan ekonomi serta
sosial negara anggota. Sekiranya pengeluaran bijih timah Indonesia dan Malaysia disatukan
akan menjadikannya pengeluar yang terbesar di dunia. Begitu juga jumlah pengeluaran getah
Malaysia, Thailand dan Indonesia secara keseluruhannya adalah yang terbanyak di dunia. Oleh
itu, sekiranya negara berkenaan bekerjasama maka mereka boleh mengawal harga getah dan
bijih timah di pasaran antarabangsa. Dengan cara ini, mereka akan dapat menjual bahan
mentah mereka dengan harga yang berpatutan dan dapat meningkatkan kedudukan ekonomi
dan pembangunan sosial dengan lebih berkesan. Kemiskinan akan dapat dikurangkan dan
dengan itu fahaman komunis juga boleh dibendung. Pada bulan Januari 1959, Tunku Abdul
Rahman telah melakukan lawatan rasmi ke Filipina. Pada akhir lawatan itu, Tunku beserta
dengan Presiden Filipina, Carlos Garcia, telah mengeluarkan kenyataan bersama yang antara
lain, mencadangkan pembentukan satu pertubuhan serantau demi kepentingan bersama
negara di Asia Tenggara.12

11D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm 1063.
12
Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm 416.

5
Sekembalinya Tunku Abdul Rahman ke tanah air, Kementerian Luar Negeri Tanah
Melayu telah menghubungi hampir semua negara di Asia Tenggara berkenaan dengan
cadangan hendak menubuhkan satu pertubuhan serantau. Indonesia menyatakan bahawa ia
tidak berminat dengan satu pertubuhan yang berbilang anggota. Sebaliknya, Indonesia lebih
suka kepada perhubungan dua hala. Negara Asia Tenggara yang lain pun tidak begitu
berminat, kecuali Thailand dan Filipina. Berikutan daripada cadangan tersebut maka Filipina,
Persekutuan Tanah Melayu dan Thailand telah mengadakan rundingan yang akhirnya bersetuju
melahirkan Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia) pada 31 Julai 1961 di
Bangkok. Pertubuhan ini lebih dikenali dengan ringkasan nama dalam bahasa Inggerisnya, iaitu
ASA. Penubuhan ASA disertai dengan Perisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961.13 Antara
tujuan ASA yang dinyatakan dalam perisytiharan tu ialah menggalakkan kerjasama dalam
bidang ekonomi dan kebudayaan serta menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk
perundingan dan bantu-membantu dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, sains
dan pentadbiran. ASA juga bercadang mengadakan kemudahan latihan dan penyelidikan untuk
kepentingan bersama dan mempertingkatkan pengajian tentang Asia Tenggara. ASA adalah
satu pertubuhan bebas dan tidak terikat kepada mana-mana blok kuasa.14

Sungguhpun ASA tidak mempunyai tujuan politik tetapi hasrat yang tersirat menuju ke
arah politik dan keselamatan. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berharap dengan adanya
kerjasama dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, sains dan lain-lain lagi antara anggota
ASA, maka pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan yang lebih berkesan akan dapat
dilaksanakan. Dengan itu, kemiskinan akan dapat dibendung, meskipun tidak dapat
dihapuskan. Keadaan ekonomi yang lebih terjamin ini akan mengurangkan berkembangnya
pengaruh fahaman komunis. ASA telah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi antara
negara anggotanya. Pertukaran maktumat, teknik dan pakar telah dilaksanakan. Promosi
pelancongan juga telah dijalankan dalam kalangan negara ASA. Usaha untuk bekerjasama
dalam bidang penerangan dan perkapalan telah dilakukan tetapi tidak mendapat hasil yang
memuaskan. Salah satu sebabnya ialah syarikat asing memiliki saham yang banyak dalam
syarikat penerbangan dan perkapalan yang menjalankan perniagaan di Asia Tenggara.
Misalnya, Scandinavian Airlines System mempunyai saham yang banyak dalam Thai

13 Ibid.
14 Ibid, hlm 417.

6
International, sebuah syarikat penerbangan Thailand. Oleh itu, Thai International tidak bebas
membuat keputusan.15

Dalam bidang pendidikan, pertukaran tenaga pengajar antara universiti telah


dilaksanakan. Misalnya, Universiti Malaya pernah mengadakan pertukaran tenaga pengajar
dengan Universiti Filipina pada tahun 1965. Dalam bidang kebudayaan dan kesenian,
kerjasama yang lebih erat telah dapat dijalankan. Rombongan kebudayaan negara ASA saling
melawat setiap negara anggota. Pertunjukan kebudayaan yang diadakan telah rnerapatkan lagi
hubungan antara anggota ASA. Dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, Thailand,
Filipina dan Malaysia bolehlah dikatakan bersefahaman pada garisan-garisan besar baik dari
segi orientasi politik, taraf ekonomi atau pandangan luar pemimpin-pemimpin mereka.
Penubuhan ASA bererti satu kejayaan dasar luar negara dan diplomasi Malaysia. Tetapi, masih
belum boleh di anggap memenuhi matlamat dasar serantau. Melalui penganggotaan hanya
daripada tiga buah negara saja, ASA masih pincang. Banyak negara lain mencurigai ASA dan
memandangnya sebagai topeng strategi kuasa-kuasa Barat. ASA menjadi mangsa keadaan
sehinggakan terdapat satu paradox yang menggambarkan negara-negara jiran menganggap
ASA sebagai berbau politik dan pro Barat dan tampak lebih memihak ke Barat hanya
disebabkan negeri Thailand, Filipina dan Malaysia yang mempunyai hubungan pertahanan dan
politik dengan Amerika dan Britain.16 Namun begitu, satu perkara yang tidak harus dilupai ialah
ASA merupakan satu pakatan kerjasama yang pertama kali dalam sejarah rantau ini dicipta dan
dianggotai oleh negara-negara asia tenggara tanpa pertolongan dan campurtangan kuasa-
kuasa luar.17

3.3 Malaya, Filipina Dan Indonesia (MAPHILINDO)

Selepas kebekuan ASA dalam tahun 1963 sehingga tahun 1965, Konfrontasi yang timbul telah
mengeruhkan suasana politik di Asia Tenggara dan menggugat kemantapan rantau ini.
Pertelingkahan di antara Malaysia, Filipina dan Indonesia telah menyekat perkembangan
momentum kerjasama namun terdapat juga impak jangka panjang yang positif. Dalam usaha
mencari penyelesaian pada pertelingkahan itu telah berlaku beberapa mesyuarat, perjumpaan
dan persidangan di antara pemimpin-pemimpin Asia Tenggara baik di antara yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sehinggakan terbentuknya penubuhan MAPHILINDO

15 Ibid, hlm 418.


16 Muhammad Hear Bin Haji Awang, Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, 1979, Kuala Lumpur, Persatuan
Sejarah Malaysia, hlm 361.
17 Ibid, hlm 362.

7
dalam tahun 1963,18 menggantikan ASA untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan
negara Asia Tenggara, MAPHILINDO. Tujuan penubuhan MAPHILINDO iaitu singkatan dari
gabungan tiga buah negara Malaysia, Filipina dan Indonesia adalah untuk mewujudkan
keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara melalui hubungan erat dengan negara-negara
Asia Tenggara melalui konsep penyatuan rumpun Melayu.

Di samping itu, persetujuan untuk menubuhkan MAPHILINDO pada tahun 1963 adalah
hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah Persekutuan Gabungan
Dunia Melayu untuk tujuan meleraikan perbezaan yang wujud dalam kalangan negara anggota
yang berpecah akibat dari warisan sejarah yang dilalui. Tanah Melayu adalah bekas tanah
jajahan British termasuk Sabah dan Sarawak, Indonesia bekas tanah jajahan Belanda, dan
Filipina bekas tanah jajahan Sepanyol. Matlamat lain adalah mencari kesepakatan dalam
mewujudkan keamanan dan kestabilan negara rantau Asia Tenggara. Konsep ini juga adalah
bertujuan untuk menitikberatkan keahlian yang berketurunan Melayu. Atas dasar inilah
penyertaan Thailand telah disekat bagi memastikan ia betul-betul membawa kepentingan
rumpun Melayu. MAPHILINDO dilihat bertentangan dengan konsep kerjasama yang
dipegangnya menyebabkannya hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk
melancarkan kegiatannya. MAPHILINDO dibubarkan pada 17 September 1963, sehari selepas
Persekutuan Malaysia ditubuhkan19 dan mengalami nasib yang sama dengan ASA sejak
Indonesia melancarkan Konfrontasi ke atas Malaysia sehingga gagal mewujudkan keamanan
dan kestabilan di rantau Asia Tenggara Namun begitu, penubuhan MAPHILINDO juga adalah
salah satu cara untuk menyelesaikan masalah pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh

Tunku Abdul Rahman dan memelihara hubungan baik Malaysia dengan Filipina dan
Indonesia yang terjejas oleh idea pembentukan Malaysia. Perundingan yang kerap di semua
peringkat diadakan di antara ketiga-tiga negara tersebut berdasarkan persetujuan memelihara
perhubungan persaudaraan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga Negara ini
bersetuju dengan penubuhan ini adalah lebih disebabkan oleh kepentingan masing yang dapat
dilhat apabila bagi pihak Indonesia, Soekarno melihat MAPHILINDO sebagai sebuah platform di
mana beliau dapat mengerahkan pengaruhnya dan menegaskan kepimpinannya di kawasan itu
dan sebagai alat untuk mengusir pengaruh Barat dari rantau ini sesuai dengan
kesepakatannya dengan China, manakala Presiden Macapagal dari Filipina, sebaliknya,

18
Ibid.
19
Mohamed Irwan Mansor, Jurnal Asean Sebagai Sebuah Pertubuhan Serantau, Selangor, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2017, hlm 6.

8
menyaksikan MAPHILINDO sebagai satu cara untuk menggagalkan tentera Komunis dari
negaranya dan Malaysia telah menerima MAPHILINDO sebagai kompromi untuk mencapai
penyelesaian segera pada konfrontasi.

3.4 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau Association Of Southeast Asia Nations
(ASEAN)

Selepas Perang Dunia Kedua, rantau Asia Tenggara adalah kawasan bergolak. Misalnya, pada
tahun 1957, tercetusnya Perang Vietnam, selepas itu berlaku pula konfrontasi antara Malaysia
dan Indonesia, tuntutan Filipina terhadap Sabah dan pemisahan Singapura dari Malaysia.
Rentetan konflik ini, maka pemimpin negara-negara Asia Tenggara menyedari perlunya untuk
bekerjasama demi meredakan rasa saling curiga bagi membangunkan rasa saling percaya
antara negara serantau. Maka, selepas berakhirnya konfrontasi Indonesia dan Malaysia, para
pemimpin negara-negara Asia Tenggara telah menghidupkan kembali gagasan kerjasama
serantau. Pada Julai 1966, perundingan tidak rasmi antara Indonesia dan Malaysia diadakan
untuk mewujudkan sebuah kerjasama serantau yang aman, maju dan makmur antara negara
yang berada di rantau ini. Menjelang tahun 1966, pelbagai faktor politik muncul yang
menguatkan lagi semangat serantau untuk bersama-sama membentuk jalinan kerjasama. Pada
tahun yang sama, kepimpinan kerajaan Indonesia berubah apabila Soekarno digantikan oleh
Presiden Suharto. Di bawah pemerintahan Suharto ini, Indonesia telah menunjukkan perubahan
drastik apabila bersedia untuk mengakhiri konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.
Kesediaan Suharto ini telah memulihkan hubungan antara kedua-dua negara tersebut. Dalam
tempoh ini juga, Malaysia juga telah menyelesaikan konfliknya dengan Singapura apabila
kedua-dua negara bersetuju untuk berpisah pada 9 Ogos 1965. Di Filipina pula, perubahan
kerajaan daripada Macapagal kepada Presiden Ferdinand Marcos telah mengurangkan
ketegangan hubungan antara Filipina dan Malaysia. Pada awal pemerintahannya, Marcos telah
menggunakan tema memulihkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, termasuk ketika di
dalam kempen-kempen pilihan rayanya lagi (Paridah & Darusalam 1992:569).
Berikutan kemenangan Marcos, pada tahun 1966 hubungan Malaysia dan Filipina telah
dipulihkan demi menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan rantau Asia Tenggara.
Kemenangan Marcos melalui manifesto pemulihan hubungan Filipina dan Malaysia itu telah
menunjukkan rakyat Asia Tenggara, khususnya rakyat Filipina menginginkan hubungan antara
dua negara ini dipulihkan dengan segera. Ini menunjukkan semangat masyarakat pada waktu
itu yang mahukan penyatuan kerjasama dengan semangat serantau bagi negara-negara Asia

9
Tenggara.20 Persatuan negara-negara Asia Tenggara telah cuba dipulihkan semula antara
Malaysia, Filipina dan Thailand. Setelah diadakan beberapa rundingan, akhirnya Malaysia,
Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura telah bersetuju menubuhkan Persatuan Negara-
negara Asia Tenggara, yang lebih dikenali dengan nama “Association Asian Nations” (ASEAN)
di Bangkok pada bulan Ogos 1967.21 Oleh itu, semua penyelesaian ini telah menjadi faktor
pendorong kepada penubuhan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau yang dibentuk
oleh lima negara penggerak utama iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
(Fry 2008:42). Dalam satu pertemuan di Bangkok, menteri luar negara-negara ini
menandatangani Deklarasi ASEAN atau disebut Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967
menandakan rasmilah penubuhan ASEAN. Kelima-lima menteri luar tersebut ialah Adam Malik
dari Indonesia, Tun Abdul Razak dari Malaysia, S. Rajaratnam dari Singapura, Thanat Koman
dari Thailand dan Narcisco Ramos dari Filipina (Narine 2002:12).22
Antara tujuan penting ASEAN ialah untuk mempercepatkan pembangunan
ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi kegiatan
bersama, meningkatkan kerjasama kebudayaan serantau bagi mengukuhkan
persahabatan dan kesejahteraan seluruh komuniti Asia Tenggara, mewujudkan
keamanan dan kestabilan serantau melalui cara menghormati keadilan dan undang-
undang dalam menjalinkan hubungan antara negara serta mematuhi prinsip-prinsip
yang terkandung di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengadakan
kerjasama yang lebih berkesan demi meningkatkan lagi aktiviti pertanian dan industri,
meluaskan perdagangan dan komoditi antarabangsa, meningkatkan pengangkutan,
komunikasi dan taraf hidup rakyat, mengekalkan kerjasama dengan organisasi
antarabangsa dan serantau bagi mencari jalan untuk merapatkan lagi jalinan kerjasama
untuk pelbagai manfaat bersama. Sejak penubuhannya, ASEAN telah memainkan
peranannya sebagai sebuah pertubuhan serantau dengan baik. Negara-negara
anggotanya telah mencorakkan kerjasama yang saling menguntungkan serta
memberikan manfaat yang jelas untuk dicapai secara bersama. Dengan penubuhannya
ini, maka ASEAN menjadi sebuah pertubuhan serantau yang semakin berkembang
daripada hanya lima buah negara di awal penubuhannya kepada keanggotaan yang

20 Ibid, hlm 7.
21 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm 426.
22 Mohamed Irwan Mansor, Jurnal Asean Sebagai Sebuah Pertubuhan Serantau, Selangor, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2017, hlm 7.

10
melibatkan semua negara Asia Tenggara. ASEAN hendak mewujudkan keamanan dan
kestabilan serantau berlandaskan keadilan dan kepatuhan kepada undang-undang
serta menerima prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Persatuan ini juga
mahu meneruskan usaha pengajian tentang Asia Tenggara.
Di peringkat awal, ASEAN tidak mempunyai satu urus setia pusat. Tiap-tiap
negara yang menjadi ahli mewujudkan urus setianya sendiri. Mesyuarat tahunan
Menteri-Menteri Luar ASEAN merupakan badan yang menentukan dasar dan kegiatan
ASEAN. Beberapa jawatankuasa juga telah ditubuhkan untuk membincangkan perkara
yang dianggap boleh memberi faedah kepada negara anggota ASEAN. Antara
jawatankuasa juga telah ditubuhkan untuk membincangkan perkara yang dianggap
boleh memberi faedah kepada negara anggota ASEAN. Antara jawatankuasa yang
ditubuhk an ialah Jawatankuasa Perdagangan dan Pelancongan; Jawatankuasa
Industri, Galian dan Tenaga; Jawatankuasa Makanan; Jawatankuasa Pertanian dan
Perhutanan; Jawatankuasa Kenderaan dan perhubungan; Jawatankuasa Kewangan
dan Urusan Bank; serta Jawatankuasa Kegiatan Sosial dan Kebudayaan. Dalam setiap
jawatankasa ini, setelah berbincang dan bersetuju tentang sesuatu perkara seterusnya
akan dikemukakan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar untuk mendapatkan
keputusan sebelum pelaksanaan. Selain perkara yang berkaitan dengan jawatankuasa
yang telah ditubuhkan, ASEAN juga membincangkan perkara yang mempunyai
hubungan dengan tujuan ASEAN.23

4.0 MANFAAT PERTUBUHAN SERANTAU

Kekuatan kerjasama serantau melalui aspek politik dapat dilihat apabila negara-negara di Asia
Tenggara secara tidak langsung mendapat manfaat daripada kerjasama serantau ini. Sebagai
contohnya dapat mencapai kesepakatan melalui tujuan penubuhan serantau dan mengelakkan
campur tangan kuasa asing dalam hal politik negara di rantau Asia Tenggara. Hal ini dilihat
penting bagi mengelakkan rantau Asia Tenggara menjadi kawasan berkembangnya pengaruh
dan kuasa besar seperti Soviet Union dan Amerika Syarikat justeru boleh mengakibatkan
kepincangan kepada keamanan dan kestabilan serta kedaulatan Asia Tenggara. Oleh yang
demikian, melalui penubuhan ASEAN, kerjasama serantau ini dapat mengeratkan hubungan

23
Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm 427 - 428.

11
dalam kalangan negara anggota dan mengelakkan campur tangan kuasa asing. Kehebatan
kemampuan ASEAN untuk mengelakkan campur tangan kuasa asing dapat dilihat melalui
prinsip berkecuali yang diamalkan oleh negara-negara anggotanya. Melalui konsep ini, kuasa
asing terutamanya kuasa-kuasa besar mesti keluar dari rantau ini. Selain itu, kerjasama
serantau juga dapat menyelesaikan konflik di Asia Tenggara secara aman seperti konflik
pembentuka Malaysia. Permasalahan isu ini diselesaikan tanpa melibatkan peperangan tetapi
diselesaikan melalui meja rundingan misalnya melalui MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara
tersebut bersetuju untuk berunding dan berbincang serta mencari jalan penyelesaian bagi
mengatasi konflik tersebut. Hasilnya, ketiga-tiga negara ini bersepakat untuk menyelesaikan
masalah ini dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Manakala dari aspek ekonomi pula, negara di asia tenggara mendapat faedah dengan
dapat mengurangkan jurang kemiskinan pasaran bebas. Semua produk keluaran negara
anggota ASEAN boleh menembusi pasaran sesama negara anggota tanpa dikenakan sebarang
tarif atau tarif yang minimum. Selain itu, mewujudkan ekonomi rantau ASEAN yang stabil,
makmur dan berdaya saing rancangan ASEAN dalam penstrukturan ekonomi ternyata telah
berjaya mewujudkan ekonomi rantau ASEAN yang stabil, makmur dan berdaya saing. Misalnya,
bagi mengurangkan jurang perbezaan kemiskinan dan sosioekonomi, ASEAN telah
menggalakkan perkembangan kawasan pertumbuhan seperti BIMP-EAGA, IMS-GT dan IMT-
GT. Di samping itu, perkongsian sumber-sumber alam dan bahan mentah kebergantungan
antara negara amat penting dalam perkongsian sumber-sumber alam khususnya bahan mentah
dan sumber tenaga. Bagi Negara yang memiliki sumber alam yang banyak, pelbagai faedah
yang boleh diperolehi. Malah, sesetengah negara atau kawasan tidak mempunyai bekalan
tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industri dalam negara. Oleh sebab itu, negara
terpaksa bergantung kepada negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut. Misalnya,
negara Jepun terpaksa bergantung kepada negara-negara Teluk dan Asia yang lain bagi
memperoleh bekalan petroleum. Negara-negara Teluk atau Arab pula yang kekurangan sumber
minyak kelapa sawit terpaksa bergantung kepada negara-negara Asia Tenggara khususnya
Malaysia untuk mendapatkannya. Walaubagaimanapun, Malaysia juga bergantung kepada
Thailand untuk mendapatkan bekalan beras.

Kerjasama dalam pendidikan melalui kerjasama serantau yang dilakukan antara negara
ini membolehkan setiap negara dapat bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan.
Hal ini dapat dilihat melalui program-program yang dilakukan oleh ASA. Antara program yang
dilakukan adalah pertukaran tenaga pengajar antara ahli anggota. Pertukaran tenaga pengajar

12
di antara universiti24 contohnya, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dengan
Universiti Filipina pada tahun 1965. ASA juga bercadang mengadakan kemudahan latihan dan
penyelidikan untuk kepentingan bersama dan mepertingkatkan pengajian tentang Asia
Tenggara. Disebabkan ASA telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu, namun, kerjasama
dalam pendidikan ini tidak terhenti disini. Malah, dalam ASEAN juga, negara ahli sangat aktif
dalam melakukan kerjasama dalam pendidikan sehingga tertubuhnya Southeast Asian
Ministers Of Education Organization (SEAMEO). SEAMEO ditubuhkan pada bulan November
1965 di Bangkok dan piagamnya ditandatangani pada Februari 1968. Selain itu, Indonesia juga
pernah menghantar 17 orang pensyarah bagi sesi pertama UKM yang dibuka pada 1970.
Selain dapat mengeratkan perhubungan antara negara, ianya dapat menambahkan input-input
yang berguna terutamanya dalam pendidikan.

5.0 HUBUNGAN ASIA DENGAN ORGANISASI ANTARABANGSA

Selain daripada menjadi ahli pertubuhan serantau, negara-negara anggota Asia Tenggara juga
tidak terkecuali dalam menganggotai pertubuhan antarabangsa bagi menjaga dan mencapai
kepentingan negara masing-masing. Antara keterlibatan Asia Tenggara dengan organisasi
antarabangsa dapat dilihat melalui Pertubuhan Komanwel (Commonwealth Of Nation),
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-
Alignment Movement (NAM), dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

5.1 Pertubuhan Komanwel (Commonwealth Of Nation)

Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea daripada Lord Rosebury.
Pertubuhan komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan
British yang telah merdeka dan berdaulat yang diterima menjadi ahli penuh Komanwel
manakala mana-mana negara yang masih dijajah menjadi ahli bersekutu. Pertubuhan ini adalah
sebagai sebuah lambang perjalinan rangkaian persahabatan secara berkesan untuk
mengekalkan tanah-tanah jajahan sebagai negara-negara yang masih bersatu bukan sahaja
dengan Britain, malah dengan tanah-tanah jajahan lain seperti Australia, New Zealand, Kanada,
United Kingdom (Britain), India dan Sri Lanka. Kini, Komanwel dianggotai oleh 49 buah Negara
termasuk Malaysia.25

24
Mohamed Irwan Mansor, Jurnal Asean Sebagai Sebuah Pertubuhan Serantau, Selangor, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2017, hlm 5.
25 Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et al, Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Selangor, Prentice Hall,

2004, hlm 340.

13
Semua negara yang menjadi ahli penuh dalam Komanwel menikmati taraf dan
kedudukan yang sama yang dianggap setaraf dan bebas. Selain itu, komanwel juga tidak
mempunyai perlembagaan yang bertulis dan hubungan antara negara itu dengan Komanwel
dibentuk berasaskan kepada hubungan persahabatan. Namun begitu, negara yang berada di
bawah Komanwel, bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua
negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan
Komanwel atau “Commonwealth Realm”. Walau bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik
dan sebahagiannya yang lain mempunyai raja tersendiri contohnya seperti Malaysia, Brunei,
Tonga yang mempunyai raja atau monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya
menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel. Matlamat penubuhan Komanwel
adalah untuk membina semangat setia kawan dalam kalangan negara-negara anggota dan
mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Salah satu ikatan yang mengeratkan hubungan
antara negara komanwel ialah penggunaan bahasa Inggeris justeru kebanyakan negara
26
komanwel menggunakan sistem kerajaan dan pentadbiran berasaskan sistem British.
Kemudiannya, pada awal dekad 1950-an, negara Komanwel telah mengadakan satu
persidangan dan bersetuju untuk mengadakan satu rancangan yang dinamakan rancangan
Colombo. Rancangan ini mempersetujui bahwa negara komanwel yang maju akan memberi
bantuan kepada negara anggota yang memerlukannya. Selain itu, Negara komanwel juga
mempunyai satu projek pendidikan yang dinamakan Biasiswa Pendidikan Komanwel yang
memberikan manfaat kepada pelajar serta dapat menjalinkan hubungan persahabatan di antara
pelajar.

5.2 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PBB adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang telah dibentuk pada 24 Oktober 1945
selepas Perang Dunia kedua.27 Negara-negara Asia Tenggara bukan sahaja saling bergantung
antara satu sama lain tetapi turut juga bergantung kepada negara atau pertubuhan yang lebih
besar seperti Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Melalui pertubuhan ini juga menunjukkan
bahawa negara-negara Asia Tenggara boleh mengemukakan pendapat masing-masing bagi
menjaga dan membantu negara-negara lain yang tertindas supaya dapat menjamin dan
menjaga kemakmuran dunia. Di samping itu, PBB juga ditubuhkan semata-mata untuk
menggantikan Liga Bangsa-Bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang

26 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm 433.
27 Adian Husaini, Wajah Peradaban Barat : Dari Hegemoni Kristen Ke Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta, Gema

Insani, 2005, hlm 80.

14
Dunia Kedua. Mana-mana negara juga layak menjadi ahli PBB demikian kerana keahliannya
terbuka kepada semua negara di dunia ini. Antara matlamat utamanya adalah sebagaimana
yang ditetapkan dalam piagam PBB iaitu untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,
menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang
antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia termasuklah negara-negara di
Asia Tenggara. Filipina menggangotai PBB sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun
1946 begitu juga dengan Thailand. Manakala malaysia mengnggotainya sejak 17 september
1957. Peranan pertubuhan ini kepada Asia Tenggara juga dapat dilihat misalnya pada tahun
1959, Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama dengan Ireland mampu untuk menaja satu
usul mengutuk China Komunis kerana mencabul hak asasi penduduk Tibet.28

5.3 Gerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alignment Movement (NAM)

Gerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Alignment Movement (NAM) ini telah ditaja oleh
beberapa buah negara, antaranya ialah Yugoslavia, India, Republik Arab Bersatu dan
Indonesia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia. Presiden Yugoslavia,
iaitu Marshall Tito, telah memainkan peranan yang sangat cergas dalam hal ini. Pada peringkat
awal kemerdekaan, Malaysia tidak dianggap sebagai sebuah negara Tanpa-pihak kerana dasar
luarnya yang pro-Barat dan antikomunis. Selepas Konfrontasi, Malaysia telah mengkajj semula
dasar luarnya dan mengambiI keputusan supaya Malaysia tidak begitu pro-Barat dan sedia
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Pada bulan April 1970, Malaysia
telah diterima menyertai Persidangan persediaan NAM yang telah diadakan di Darussalam,
Tanzania. Sebahagian besar anggota NAM ini terdiri daripada negara yang sedang
membangun. Selain empat negara yang disebut di atas, Sri Lanka, Bangladesh, Iran, Iraq,
Ghana, Uganda, Zimbabwe, Argentina, Peru, Cuba dan banyak lagi negara lain menjadi ahli
NAM ini.29 Meskipun pembahagian dunia kepada dua blok muncul selepas bermulanya Perang
Dunia Kedua, akibat permusuhan antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan
Rusia. Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat mendapat sokongan daripada Britain,
Perancis dan Negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan ekonomi kapitalis. Blok
Timur dipimpin oleh Rusia, Korea Utara, negara-negara Eropah Timur dan lain-lain Negara
yang mengamalkan fahaman komunis. Kedua-dua blok ini sering bersaing antara satu sama

28
Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm 436.
29 Ibid, hlm 440-441.

15
lain dengan menunjukkan kekuatan masing-masing melalui satu konfrontasi secara aman yang
dikenali sebagai Perang Dingin.

Oleh itu, gerakan ini tidak memihak kepada Blok Barat ataupun Blok Timur. Pada
pendapat mereka, jika semua negara memihak kepada Blok Barat atau Blok Timur, maka
keadaan hubungan antarabangsa akan menjadi tegang, dan besar kemungkinan kedua-dua
blok itu akan berkonfrontasi. Sebaliknya, jika banyak negara tidak memihak mana-mana blok,
maka kuranglah kemungkinan berlakunya pertentangan atau peperangan. Inilah salah satu cara
NAM untuk mengekalkan keamanan dunia. NAM bukanlah satu kumpulan yang pasif. Mereka
bebas membuat sesuatu keputusan atau dasar berasaskan perhitungannya sendiri terhadap
sesuatu isu. Gerakan ini bukanlah berkecuali kerana sikap berkecuali bagi sesebuah negara,
cuma mungkin timbul apabila wujud negara-negara yang berperang antara satu dengan lain.
Misalnya, jika Mynmar berperang dengan Vietnam dan jika sesebuah negara yang tidak terlibat
dalam pertelagahan itu tidak mahu campur tangan, maka ia boleh mengambil sikap berkecuali.
Negara yang bersikap berkecuali ini mungkin juga menjadi ahli NAM. NAM juga menggalakkan
kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di kalangan negara yang sedang
membangun. Mereka begitu cergas dalam usaha menentang dasar aparteid dan kuat
menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel. Namun begitu, mereka tidak
mengikat diri mereka dengan Blok Barat ataupun Blok Timur. Mereka berpegang kepada
kebenaran dan keadilan. Sebahagian besar ahli Gerakan Tanpa Pihak menyokong Malaysia
apabila Malaysia membangkitkan soal Antartika di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.30

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan apabila 25 negara-


negara berkecuali beserta 3 buah Negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu
Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade,
Yugoslavia bermula pada 1 hingga 6 September 1961. NAM merupakan satu gerakan Negara-
Negara Berkecuali yang dicetuskan melalui Persidangan Bandung yang dikendalikan oleh
Burma, India, Indonesia dan Pakistan pada 18 hingga 24 April 1955. Persidangan Bandung
yang diilhamkan oleh Republik Indonesia telah menjadi ruang kepada pembinaan kesatuan
dalam kalangan negara-negara berkecuali (tidak memihak kepada mana-mana blok Perang
Dingin) rantau Asia dengan Afrika. Merentasi ideologi yang pelbagai sifat itu, Persidangan
Bandung bertujuan untuk merapatkan hubungan antara negara- negara Asia dan Afrika yang
baru merdeka selain mengesyorkan negara-negara yang masih bergelut menentang penjajahan

30 Ibid, hlm 441.

16
untuk mendapatkan kemerdekaan masing-masing.31 Hal ini terbukti dengan kejayaan
persidangan susulan pada Disember 1955 yang turut dihadiri oleh 25 buah negara yang
berkecuali dari Asia dan Afrika. Persidangan Bandung ini telah menggariskan sepuluh prinsip
yang membawa maksud menentang imperialisme dan kolonialisme, berjuang demi
mempertahankan kemerdekaan negara serta keamanan dunia dan mewujudkan persahabatan
dalam kalangan manusia sebagaimana yang ditunjukkan dalam persidangan yang juga dikenali
sebagai "Semangat Bandung".32

5.4 Pertubuhan Persidangan Islam Atau Organization Of Islamic Conference (OIC)

Cadangan awal penubuhan sebuah organisasi untuk menyatukan semua negara Islam mula
dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961. Hasil daripada usaha ini, keputusan
untuk menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) telah diambil dalam satu
Persidangan Menteri-menteri Luar Islam di Jeddah pada bulan Mac 1970. Pertubuhan Negara-
negara Islam atau “Organisation of Islamic Countries” (OIC) telah ditubuhkan pada bulan Mei
1971 dan dikenali sebagai Komanwel Islam atau Sekretariat Islam yang akhirnya dianggotai
oleh 43 buah negara anggota.33 Keanggotaan pertubuhan ini terdiri daripada negara Islam
sahaja. Ibu pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi, dan Setiausaha Agung pertubuhan ini
yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra, bekas Perdana Menteri Malaysia. Pada masa
awal penubuhannya, ia dikenali sebagai Urus Setia Islam. Pertubuhan Persidangan Islam
bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara anggota bagi memupuk
perpaduan supaya mereka dapat mempertingkatkan kedudukan ekonomi kemasyarakatan umat
Islam di seluruh dunia.

Sebagai contohnya, dapat dilihat usaha untuk mencari penyelesaian OIC dalam
peperangan Iran dan Iraq. Malaysia dalam OIC juga telah dapat memainkan peranan penting
dalam memulihkan hubungan Mesir dengan negara Arab yang lain selepas Mesir dipulaukan
kerana menjalinkan hubungan dengan Israel. Bank Pembangunan Islam telah ditubuhkan di
bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam. Malaysia pernah mendapat pinjaman daripada
bank ini. Malaysia juga telah membantu beberapa buah negara Islam yang lain seperti Mali dan
Maldives dalam bidang ekonomi. Satu lagi usaha OIC adalah melalui kegiatan Malaysia melalui

31R. Mason, Persidangan Manila 1954 Dan Persidangan Bandung 1955, Amerika Syarikat, Perang Dingin Dan
Cabaran Dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 4(1), 2012, hlm 65- 72.
32 Ahmad Zainudin Husin. Reaksi Anggota Afro-Asian Terhadap Pembentukan Malaysia 1961- 1965: Isu Dan

Penyelesaian Dalam Hubungan Luar Malaysia. Jurnal Perspektif, 6(3), 2014, hlm 112.
33
Nazaruddin Hj. Mohd. Jali et al, Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Selangor, Prentice Hall,
2004, hlm 341.

17
penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dengan kerjasama daripada beberapa buah negara
Islam yang lain. Institusi ini juga membantu para pelajar daripada negara-negara Islam dengan
memberi banyak biasiswa kepada para pelajar Islam dari negara lain, antaranya dari
Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara Islam di Afrika dan orang-orang Islam di Eropah bagi
membolehkan mereka belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Langkah ini bukan sahaja telah
merapatkan hubungan antara negara dan umat Islam tetapi juga akan membantu mereka
dalam pembangunan negara masing-masing.34

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kerjasama serantau bermula daripada hasil usaha Amerika Syarikat (AS) dan
sekutunya untuk menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunism dalam masyarakat
antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Malah, pertubuhan kerjasama serantau selepas
Perang Dunia Kedua bermula dengan pertubuhan pertahanan yang dilihat terpenting dalam
suasana Perang Dingin.. Perkembangan pertubuhan serantau juga dapat dilihat selepas
Perang Dunia Kedua yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara membentuk kerjasama
serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Hubungan serantau Asia Tenggara ini tidak
terhenti begitu sahaja apabila ianya turut terlibat dengan hubungan antarabangsa seperti
melibatkan negara-negara anggotanya dengan pertubuhan luar seperti KOMANWEL, PBB,
NAM, dan OIC. Pertubuhan antarabangsa ini telah memberikan manfaat kepada negara-negara
Asia Tenggara yang baru merdeka. Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama
dalam bidang keketenteraan sebaliknya kerjasama yang lebih berfokus kepada aspek sosial,
ekonomi dan politik antarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah
rantau.

34
Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm 444.

18
Bibliografi

Adian Husaini, Wajah Peradaban Barat : Dari Hegemoni Kristen Ke Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta, Gema Insani,
2005.

Ahmad Zainudin Husin. Reaksi Anggota Afro-Asian Terhadap Pembentukan Malaysia 1961- 1965: Isu Dan
Penyelesaian Dalam Hubungan Luar Malaysia. Jurnal Perspektif, 6(3), 2014.

Brian Harrison, Asia Tenggara (Satu Sejarah Ringkas), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1966.

D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,1987.

George Modelski, SEATO Six Studies, Australia, Australian national university, 1962.

Mohamed Irwan Mansor, Jurnal Asean Sebagai Sebuah Pertubuhan Serantau, Selangor, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2017.

Muhammad Hear Bin Haji Awang, Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah
Malaysia. 1979.

Nazaruddin Hj. Mohd. Jali Et Al, Pengajian Malaysia : Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Selangor, Prentice Hall,
2004.

Nicholas Tarling, Britain, Southeast Asia And On Set On The Cold War 1945-1950, United Kingdom, Cambrigde
University Press. 1998.

Nicholas Tarling, The Cambridge History Of Southeast Asia Volume 4, United Kingdom, Press Syndicate Of The
University Of Cambridge, 1999.

Nicholas Tarling, The Cambrigde History Of Southeast Asia Volume 2 Part Two From World War II To The Present,
United Kingdom, Cambrigde University Press, 1992.

Richard Butwell, Malaysia And Its Impact On The International Relations Of Southeast Asia, Asian Survey, Vol. 4, No
7, California, University Of California Press, 1964, Hlm 946.

Richard Mason, Persidangan Manila 1954 Dan Persidangan Bandung 1955, Amerika Syarikat, Perang Dingin Dan
Cabaran Dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 4(1), 2012.

South-East Asia Collective Defence Treaty (Miscellaneous No. 27 Of 1954), Cmd 9282 Of 1954-55; Ratified By The
United Kingdom, 19 Feb. 1955, Cmnd 265 Of 1956-57, Treaty Series, 1957.

Zainal Abidin Abdul Wahid Et Al, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1996.

19

You might also like