You are on page 1of 2

Phan Boi Chau Nasionalis Permodenan Pertama di Vietnam

Gerakan nasionalisme di Vietnam di bahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama
Reformis yang berlangsung dari tahun 1900 hingga 1926 dan pada peringkat revolusionari yang
bermula dengan penubuhan Parti Nasionalis Vietnam pada tahun 1927. Namun, saya akan
memfokuskan kepada usaha-usaha yang telah dijalankkan oleh Phan Boi Chau dalam menuntut
kemerdekaan.
Phan merupakan salah seorang pemimpin yang terkenal pada peringkat pertama Reformis
(1867-1940) dan juga lebih dikenali sebagai pelopor terawal kepada gerakan nasionalisme di
Vietnam. Phan Boi Chau telah dilahirkan pada 26 september 1867 di Kampung Sa Nam, Dong-
liet District. Keluarganya merupakan sarjana Konfusius.
Merujuk kepada penglibatan dalam bidang politik, sekitar 1885 Phan melibatkan diri
dalam gerakan Can Voung yang terdiri daripada kelas golongan-golongan bangsawan di mana ia
bertujuan untuk menjatuhkan bangsa Perancis namun pergerakan tersebut gagal kerana tiadanya
sumber kewangan. Selepas itu, Phan mewujudkan Vietnam Modernization Association (Việt Nam
Duy Tan Ho) atau Persatuan Pemodenan pada 1904. Beliau merupakan ketua kepada gerakan
yang mendukung institusi monarki. Beliau mendapat sokongan Putera Cuong De untuk
mengadakan revolusi kebangsaan.
Kemenangan Jepun dalam tahun 1905 dan gerakan reformis Kerajaan Meiji mempunyai
pengaruh yang kuat ke atas masyarakat intelektual Vietnam yang melihat jalan penyelesaian
politik dan pentadbiran mereka melalui proses pemodenan. Kempen nasionalisme dan institusi
kerajaan Vietnam yang telah ‘dibaiki’. telah membangkitkan semangat pejuang-pejuang
nasionalisme yang lain termasuk Phan Boi Chan. Ekoran itu, beliau telah pergi ke Jepun untuk
meminta bantuan serta bertujuan hendak mencapai kemerdekaan untuk Vietnam dan
menggunakan perlembagaan yang beraja seperti di Negara Jepun. Phan mengasaskan gerakan
Dong Du yang melanjutkan pengajian pelajar-pelajar Vietnam di Jepun serta menghasilkan
beberapa buah buku yang ditujukan khas kepada orang-orang Vietnam dan Cina. Walau
bagaimanapun, gerakan ini semakin merosot menjelang tahun 1908- 1909 apabila kerajaan Jepun
bermula mengusir keluar pelajar-pelajar ini akibat desakan Peranchis. Walaupun kecewa dengan
reaksi Jepun tetapi tetap meneruskan penulisannya untuk membangkitkan perasaan revolusi

1
dalam kalangan pemuda Vietnam. Antara penulisannya ialah Sejarah Kejatuhan Vietnam, Surat
Dari Seberang Laut dengan Tulisan Darah, Vietnam Baru dan Ringkasan Sejarah Vietnam.1
Tidak lama selepas itu, Phan terpikat dengan idea nasionalisme dan konsep revolusi yang
dibawa Dr. Sun Yat Sen dan Revolusi 1911. Beliau telah menyusun semula Persatuan
Pemodenan menjadi Persatuan Pemulihan atau Viet Nam Quang Phuc Hoi. Tujuannya untuk
membentuk kerajaan Republik di Vietnam. Phan melihat revolusi sebagai satu altenatif terbaik
bagi menyingkirkan penjajah. Langkah awal Persatuan Pemulihan adalah mengadakan siri
pembunuhan orang kenamaan di Vietnam seperti pembunuhan ketua daerah di Thai Binh dan
pegeboman sebuah hotel yang membunuh dua orang warga Perancis pada April 1913. Ekoran
itu, Perancis menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Phan dan Cuong De. Kekalahan Sun Yat Sen
menyebabkan China bersetuju dengan penangkapan pemberontak Vietnam. Januari 1914, Phan
ditangkap dan dipenjara di Selatan China selama hampir empat tahun hingga 1917.
Sepanjang hidup Phan, beliau sentiasa keluar masuk penjara ekoran dianggap sebagai
satu ancaman sama ada oleh Perancis mahupun China. Peringkat terakhir dalam hidupnya adalah
beliau diletakkan di bawah penahanan di Hue selama lima belas tahun dan meninggal pada 29
Oktober, 1940, kira-kira satu bulan selepas Jepun menyerang Vietnam yang utara. Dengan ini,
berakhirlah peringkat pertama dalam gerakan nasionalisme di Vietnam.
Kesimpulannya, walaupun usaha-usaha Pham Boi Chau dalam meningkatkan kesedaran
politik dan menanam rasa cintakan Negara tidak berjaya, namun pengaruhnya dalam kalangan
para nasionalis selepasnya amat berpengaruh. Boi Chau telah menetapkan panduan-panduan bagi
generasi berikutnya dari segi perbahasan berkenaan dotrin, strategi dan taktik perjuangan
antikolonial. Akibatnya, generasinya menajdi lebih bersedia dari segi intelektual di samping
memperolehi pengalaman berdasarkan cara perjuangan Pham walaupun kekurangan pengalaman.
Phan Boi Chau kemudiannya menjadi ilham dan pendorong kepada perjuangan revolusioner
termasuk komunis yang diterajui oleh pemimpin komunis Vietnam, Ho Chi Minh.

1
Phan menubuhkan Binh Ngo Hien. Tujunnya bagi melatih anak muda Vietnam dalam bidang ketenteraan. Sekolah
tersebut adalah persediaan bagi mempelajari bahasa Jepun sebelum dihantar ke Jepun. Bagi mengawal pelajar di
Jepun pula, beliau tubuhkan Public Offering Society pada 1907 di Jepun di mana persatuan ini menjadi satu alat bagi
Persatuan Pemodenan untuk mengatur aktiviti revolusi di luar negeri.

You might also like