You are on page 1of 18

PENDAHULUAN

Sebelum wujud kerajaan yang dinamakan Siam muncul kerajaan awal di Siam iaitu
Sukhotai (1238-1350) kemudiannya jatuh dan diteruskan oleh dinasti selepasnya iaitu
Ayudhya (1350-1750). Kerajaan Sukhothai merupakan kerajaan terawal yang muncul dalam
sejarah Thailand. Kewujudan kerajaan Sukhothai sering dikaitkan dengan mitos-mitos dan
lagenda tempatan yang terdapat pada tinggalan-tinggalan monumen di situ. Kerajaan
Sukhothai ini telah diasaskan pada tahun 1238 oleh Phra Ruang yang bergelar Sri Indradit 1.
Kerajaan ini merupakan satu-satu kerajaan awal yang diasaskan oleh bangsa Thai kerana
sebelum ini bumi Thailand telah ditadbir oleh kerajaan Khmer dari Kemboja. Sebenarnya
sejarah awal penubuhannya berkait rapat dengan masyarakat Thai. Orang-orang Thai
sebenarnya telah menetap di Thailand lebih awal daripada itu tetapi tiada bukti kukuh yang
merekodkan tarikh kedatangan mereka dan begitu misteri. Kerajaan Sukhothai hanya wujud
selepas kemerosotan empayar Khmer. Pada awalnya, Sukhothai adalah sebahagian daripada
wilayah empayar Khmer. Wilayah ini telah ditadbir oleh seorang Gabenor Khmer yang
bernama Jayavarman V. Kerajaan ini hanya dapat didirikan selepas orang-orang Thai
menjatuhkan kerajaan Khmer. Orang Thai ini telah dipimpin oleh dua orang pemimpin Thai
iaitu Phra Ruang dan Bang Klang Thao.

Sementara itu, Kerajaan Ayuthia merupakan sebuah kerajaan yang diasaskan oleh
Ramadhipoti (Rama Tibodi) atau dikenali sebagai U-Thong. Menurut D.G.E Hall kerajaan
Ayuthia diasaskan oleh seorang anak raja yang bercita-cita tinggi untuk membuka sebuah
negeri yang berada diselatan kerana pada masa tersebut putera raja tersebut berada di sebelah
utara iaitu di Chieng Mai. Kerajaan Ayuthia bertahan selama 400 tahun sebelum mengalami
kejatuhan, ini menunjukkan bahawa kerajaan Ayuthia pada masa tersebut merupakan sebuah
kerajaan yang kuat dan utuh. Selepas kerajaan Sukhotai mengalami kemunduran kerajaan
Ayuthia telah mengambil alih sebagai kuasa yang terunggul di sebelah utara negara Siam.
Menurut Wood, kerajaan Ayuthia digambarkan sebagai sebuah kerajaan yang kuat kerana
kawasan penaklukannya meliputi kawasan tengah hilir Sungai Menam, dan sebahagian
kawasan Semenanjung Tanah Melayu yang berkemungkinan meliputi kawasan Utara
Semenanjung kerana seperti yang diketahui Melaka hanya dibuka pada tahun 1400 oleh
Parameswara manakala penaklukan yang dilakukan oleh Ayuthia adalah sekitar tahun1351
iaitu 50 tahun sebelum kewujudan Melaka. Kedua-dua kerajaan ini mempunyai perbezaan
dari segi politik, ekonomi dan sosial masyrakatnya.
1
Betty Gosling, Sukhothai, Its History, Culture, and Art. Singapore, Oxford University Press, 1991, hlm. 3.
Politik Kerajaan Sukhothai

Menurut Ian Mabbett dan David Chandler dalam buku The Khmers, pemerintahan
kerajaan Thai yang bebas telah muncul di Lembah Chao Phraya. Kerajaan ini dikenali
sebagai kerajaan Sukhotai. Kerajaan ini diyakini telah wujud pada pertengahan abad ke-13. 2
Tradisi bersejarah Thai telah menganggap kerajaan Sukhotai adalah sebuah kerajaan yang
pertama di Thai. Jangka masa kerajaan ini adalah bermula pada abad ke-13 hingga ke abad
15. Semasa suku pertama dalam abad ke-13, pemerintah kerajaan Sukhotai telah menolak
pengaruh Khmer dan seterusnya telah memulakan suatu pemerintahan yang bebas daripada
belenggu kuasa-kuasa asing yang lain. Pemerintah yang pertama ialah Raja Si Indrathit dan
seterusnya diteruskan oleh anaknya selaku pewaris tampuk pemerintahan iaitu Raja
Ramkhamhaeng yang diyakini adalah terkenal sebagai seorang raja yang dinamik dan cekap
pernah memerintah kerajaan Sukhotai. Hal yang berkaitan dengan kerajaan Sukhotai dapat
juga diketahui melalui berdasarkan tulisan atau inskripsi pada batu yang bertarikh 1292 M.
Terdapat kesukaran dalam inskripsi tersebut tetapi inskripsi tersebut menjadi sebahagian
daripada sumber yang ada kaitan dengan sejarah kerajaan Sukhotai. Pengasas kerajaan
Sukhotai adalah Sri Indraditya yang memulakan pemerintahan pada tahun 1238 M. Beliau
telah mengekalkan kuasa di kawasan yang terletak di antara Sungai Nan dan Ping untuk tiga
dekad berturut-turut.

Raja Ramkhamhaeng adalah seorang yang mudah didampingi rakyatnya. Mengikut


konsep pemerintahannya berdasarkan inskripsi batu bertahun 1292, beliau menggambarkan
dirinya sbagai seorang raja yang memerintah rakyatnya seperti seorang bapa memerintah atau
memimpin anaknya.3 Baginda merupakan pemerintah yang ketiga kerajaan Sukhotai sekitar
tahun 1278 M.4 Segala permasalahan rakyat telah menjadi tumpuan utamanya dalam
mengukuhkan politik yang diamalkan. Baginda memerintah atas takhtanya dan rakyatnya
boleh mendapatkan pengadilan dengan membunyikan loceng hanya berada di luar kawasan
istana. Contohnya, baginda mempunyai satu loceng yang digantung di hadapan pintu istana.
Loceng ini bertujuan sebagai kemudahan kepada rakyat yang mempunyai masalah atau ingin
mengadukan kepada baginda dengan cara membunyikan loceng tersebut. Setelah diadukan
masalah, baginda akan menyelidik masalah tersebut serta membuat keputusan secara adil

2
Ian Mabbett & David Chandler, (1995). The Khmers, Blackwell Publishers Ltd, United Kingdom, hlm. 212
3
Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, United
States of America: ABC-CLIO, hlm. 1264
4
J. David Day, Thailand And The Kingdoms of Siam, Tropical Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 4
untuk kepentingan si pengadu. Berdasarkan kepada polisi yang dijalankan baginda dalam
pemerintahannya, cara ini adalah satu langkah dalam memperkukuhkan kuasanya melalui
sokongan rakyat serta menunjukkan keprihatinan baginda sebagai seorang pemerintah kepada
rakyatnya. Berdasarkan inskripsi yang ditemui itu, Raja Ramkhamhaeng tidak sekali-kali
mengenakan bayaran cukai secara paksaan atas barang yang diperdagangkan kepada
rakyatnya. Pada zaman pemerintahan baginda juga, huruf telah dicipta buat kali pertama, dan
ai dicipta oleh Raja Ramkhamhaeng. Beliau telah menggalakkan penggunaan sistem
penulisan Thai yang berasaskan Thai moden.5 Abjad tersebut telah digunakan selama 700
tahun tanpa hampir sebarang perubahan dilakukan ke atas huruf yang diperkenalkan. Baginda
telah meminjam elemen tertentu daripada bahasa Burma dan Kampuchea. Abjad tersebut
mengandungi 76 isyarat, 44 konsonan, dan 32 vokal. Pada zaman pemerintahannya, Sukhotai
telah meningkatkan kuasa politiknya dan bangkit untuk menjadi pusat politik dan budaya
kepada T’ai di Lembah Chao Phraya. Kejayaan ini dikaitkan dengan keupayaan, karisma dan
sikap berdiplomasi Ramkhamhaeng.6 Beliau telah membuktikan kehandalan dari segi
ketenteraan sejak daripada usia 19 tahun. Pada usia ini, beliau telah membantu bapanya
menentang kumpulan daripada Sot atau pada hari ini dikenali sebagai jajahan Tak yang telah
menyerang Sukhotai semasa pemerintahan bapanya, Indradit. Ramkhamhaeng telah
menamatkan persekutuan dengan Mangrai, pemerintah Lanna dan juga Pha Muang,
pemerintah Phyao iaitu pihak yang sama-sama berkuasa dan kerajaan yang berjiran. Melalui
perhubungannya dengan penganut agama Buddha, beliau telah mewujudkan hubungan
perdamaian dengan Nakhon Si Thammarat, pelabuhan bandar yang berkembang maju di
kawasan selatan. Melalui kepentingan terhadap perhubungan ini, membolehkan Sukhotai
berpeluang menggunakan laluan perdagangan laut. Manakala kerajaan Mon, yang baru sahaja
memperoleh kemerdekaan daripada Pagan, yang merupakan satu bahagian kerajaan di bawah
Sukhotai telah berlaku hubungan perkahwinan antara Raja Mon dengan anak perempuan
Ramkhamhaeng.7 Selain itu, Raja Ramkhamhaen adalah seorang yang mudah didampingi
rakyatnya. Mengikut konsep pemerintahannya berdasarkan inskripsi batu bertahun 1292,
beliau menggambarkan dirinya sbagai seorang raja yang memerintah rakyatnya seperti
seorang bapa memerintah atau memimpin anaknya.8 Baginda merupakan pemerintah yang

5
Joe Cummings, Sandra Bao, Et al, (2003). Thailand, Malaysia: Lonely Planet Publications, hlm. 16
6
Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, United
States of America: ABC-CLIO, hlm. 1263 & 1264
7
Ibid, hlm. 1264
8
Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, United
States of America: ABC-CLIO, hlm. 1264
ketiga kerajaan Sukhotai sekitar tahun 1278 M.9 Segala permasalahan rakyat telah menjadi
tumpuan utamanya dalam mengukuhkan politik yang diamalkan. Baginda memerintah atas
takhtanya dan rakyatnya boleh mendapatkan pengadilan dengan membunyikan loceng hanya
berada di luar kawasan istana. Contohnya, baginda mempunyai satu loceng yang digantung di
hadapan pintu istana. Loceng ini bertujuan sebagai kemudahan kepada rakyat yang
mempunyai masalah atau ingin mengadukan kepada baginda dengan cara membunyikan
loceng tersebut. Setelah diadukan masalah, baginda akan menyelidik masalah tersebut serta
membuat keputusan secara adil untuk kepentingan si pengadu. Berdasarkan kepada polisi
yang dijalankan baginda dalam pemerintahannya, cara ini adalah satu langkah dalam
memperkukuhkan kuasanya melalui sokongan rakyat serta menunjukkan keprihatinan
baginda sebagai seorang pemerintah kepada rakyatnya. Di bawah pemerintahannya juga,
Ramkhamhaeng juga berupaya mengembangkan kawasan kerajaan Sukhotai meliputi Delta
Chao Phraya, Luang Prabang di Laos dan sebahagian daripada Semenanjung Malaysia. 10
Pewaris yang seterusnya tidak berupaya mengekalkan kekuasaan politik khususnya terhadap
peluasan kuasa dan kerajaan. Raja Mon tidak lagi mengakui kedaulatan Sukhotai. Suphanburi
dan Phetburi di Delta Chao Phraya juga terpisah jauh daripada pemerintahan Sukhotai.
Kesannya, saiz pemerintahannya telah menjadi semakin mengecil dan hanya mempunyai
kuasa memerintah terhadap kawasan di sekitarnya sahaja. Keadaan ini menandakan
permulaan kepada pengurangan kuasa politik kerajaan berlaku semasa Sukhotai dikenali
sebagai kerajaan yang mempunyai penganut agama Buddha yang ramai. Pemerintahannya
tamat pada tahun 1298 M. Setelah kematiannya, pewarisnya tidak berupaya meneruskan
kuasa politik Sukhotai. Setelah kematiannya, kuasa Sukhotai ke atas kawasan pinggiran telah
lenyap. Kesannya pada pertengahan abad ke-15 kerajaan Sukhotai telah ditawan oleh
kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Ayudhya.11 Raja yang terakhir dalam kerajaan
Sukhotai ialah Mahadharma IV.12

EKONOMI

9
J. David Day, Thailand And The Kingdoms of Siam, Tropical Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm. 4
10
Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, United
States of Amerika: ABC-CLIO, Inc, hlm. 1126
11
Ibid, hlm. 1127
12
Jacques Dumarcay & Michael Smithies, Cultural Sites of Burma, Thailand, and Cambodia, Oxford University
Press, 1995, hlm. 58
Sumber berhubung kegiatan ekonomi Sukhothai adalah terhad. Namun demikian, terdapat
sumber menjelaskan secara ringkas berhubung perkembangan kegiatan ekonomi dalam
kerajaan ini. J. David Day dalam bukunya “Thailand and The Kingdoms of Siam”
menyatakan jumpaan Batu Prasasti atau Inskripsi I yang bertarikh 1292M menggambarkan
kegiatan ekonomi kerajaan Sukhothai yang pada ketika itu berada di bawah pemerintahan
Raja Ram Khamhaeng.13 Inskripsi berkenaan dikatakan merupakan spesimen terawal dalam
tulisan bahasa Thai.14 Kandungan inskripsi tersebut menggambarkan bahawa pada tempoh
pemerintahan Raja Ramkhamhaeng, kegiatan ekonomi di Sukhothai berkembang kepada
pelbagai jenis kegiatan. Dalam masa yang sama juga, kandungan inskripsi yang dipahat
adalah bertujuan untuk menunjukkan Sukhothai pada masa tersebut merupakan sebuah
kerajaan yang terkenal dengan kebebasan dan kemakmurannya.15

Pada masa itu, penduduk Sukhothai telah mengamalkan ekonomi sara diri, berskala
kecil dan lebih tertumpu kepada kegiatan pertanian. Buktinya telah tercatat dalam Inskripsi I
yang menyatakan bahawa terdapat ikan di sungai-sungai dan beras.16 Catatan ringkas tentang
adanya ikan di sungai ini telah menggambarkan sebilangan penduduk dalam kerajaan
berkenaan bekerja sebagai nelayan. Selain itu, terdapat juga penanaman padi yang merupakan
makanan asasi penduduk khususnya dan Asia Tenggara umumnya. 17 Betty Gosling dalam
bukunya “Sukhothai Its History, Culture, and Art” menjelaskan terdapat aktiviti pertanian
dan berkebun seperti menanam buah mangga, asam, nangka, dan sirih-pinang serta kelapa
dijalankan di sekitar kota bertembok iaitu Sukhothai sebagai sumber makanan dan untuk
mengindahkan sekitar kota berkenaan.18 Hal ini menunjukkan penduduk Sukhothai
menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi ataupun untuk memenuhi keperluan
asas. Di samping itu, Inskripsi I turut menyatakan terdapatnya bekalan air bersih sebagai
minuman serta dialirkan ke kawasan penanaman padi.19

Terdapat peristiwa penting dalam kitaran pertanian iaitu berakhirnya musim hujan,
pasang surut aliran air serta aktiviti penuaian padi akan dijalankan apabila padi sudah
mencapai peringkat dewasa.20 Sempena dengan peristiwa tersebut, festival tahunan iaitu

13
J. David Day, Thailand And The Kingdoms Of Siam, Kuala Lumpur: Tropical Press Sdn. Bhd, 1991, hlm. 4.
14
Ibid,.
15
William Warren, Thailand Sketchbook: Portrait Of A Kingdom, Singapore: Didier Millet, 2002, hlm. 7.
16
Thailand in the 90s, Bangkok: National Identity Office of the Prime Minister, 1991, hlm
17
Ibid,.
18
Betty Gosling, Sukhothai Its History, Culture, and Art, Singapore: Oxford University Press Oxford New
York, hlm 29.
19
Ibid,.
20
Ibid, hlm 32.
Festival Bulan Kedua belas diadakan setelah berakhirnya musim hujan di Sukhothai pada
bulan Oktober dan November.21 Keadaan ini jelas menggambarkan penanaman padi dianggap
penting sebagai sumber ekonomi masyarakat di Sukhothai sehinggakan diadakan festival
untuk meraikannya.

Namun begitu, menurut buku “Southeast Asia A Historical Encyclopedia, from


Angkor Wat to East Timor” telah menyatakan bahawa Sukhothai bukan negara yang subur
berbanding dengan kerajaan-kerajaan atau kerajaan lain di sebelah utara atau dataran delta
Chao Phraya, kerana keluasan dataran rendahnya adalah terhad berbanding kawasan berbukit
yang luas.22 Penanaman padi pula hanya ditanam mengikut keperluan tempatan sahaja. Hal
ini menjelaskan mengapa Ram Khamhaeng mengadaptasi dasar perdagangan bebas sebagai
pendekatan untuk menarik lebih banyak orang untuk menetap di Sukhothai untuk melakukan
perdagangan.23

Sosial

Corak kehidupan masyarakat Sukhotai bersifat homogen semasa era pemerintahan Si


Indradit. Kehidupan mereka saling bergantungan atas faktor pengaruh tradisi kebudayaan
yang satu. Mereka akan senantiasa berpegang teguh dengan kepercayaan lama sekiranya
pergi merantau ke Asia. Kegiatan seharian yang tersusun mewujudkan suasan kehidupan
teratur di Sukhotai.24 Mereka menjalankan kegiatan seperti menanam padi, memburu, dan
menangkap ikan sebagai satu keadah menyara diri dan meningkatkan hubungan sosial apbila
keluar mencari rezeki secara bersama.

Selain itu Si Indradit tidak lupa untuk meningkatkan sosial Sukhotai dengan Negara
lain melalui ikatan perkahwinan sekaligus yang mewudkan hubungan murni dengan ketua
pemerintah yang terlibat. Salah satu tinggalan Si Indradit untuk masyarakat Sukhotai ialah
pembinaan sebuah biara kuil di Wat Mahathat. Wat Mahathat merupakan salah satu pusat
21
Betty Gosling, Sukhothai Its History, Culture, and Art, Singapore: Oxford University Press Oxford New
York, hlm. 32.
22
Ooi Keat Gin(edt.), Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, California
:ABC Clio, hlm 1264.
23
Ibid,.
24
Betty Gosling. (1999).,Sukhotai,its History, Culture, and Art. New York: Oxford University Press, Oxford,
New York.,Hlm 20.
rohani yang tertua di Sukhothai dan merupakan pusat kuil kerajaan dan biara Buddha yang
paling penting di Asia Tenggara. Meskipun sebahagian besar kehancuran akibat daripada
kerosakan peperangan dan kesan daripada pelbagai aspek, Wat Mahathat tetap penting
sebagai pusat keagamaan yang paling cemerlang.

Kemajuan yang dicapai kerajaan Sukhotai dari sudut sosial berkembang pada
pemerintahan Rama Kamheng. Walaupun Rama Kamheng mengangkat saivisme Khmer (satu
daripada empat mazhab yang paling banyak diikuti agama Hindu) dan budaya Lingga yang
lengkap dengan semua peralatan dalam kerajaannya, Brahman tetap berfungsi semasa
pemerintahannya. Rama Kamheng mengekalkan organisasi sami-sami Brahman di
Mahkamah. Organisasi tersebut diberi tanggungjawab untuk menasihatinya berkaitan hal
ehwal tataurus negara, aspek-aspek teknikal, mengawal selia kalender dan horoskop, serta
menguruskan perjalanan festival berayun. Hal ini jelas menunjukkan Rama Kamheng telah
mengangkat taraf kedudukan sosial Brahmin sehingga disegani oleh masyarakat kerana
mempunyai pengaruh yang luas dibidang agama. Bandar utama kerajaan Sukhotai dipenuhi
biara yang mengindahkan seni bina serta mengangkat kebudayaan Thai yang bermula dengan
pengaruh Sri Lanka.

Prasasti Rama Kamhaeng memberi gambaran bahawa kerajaan Sukhothai


pimpinannya mengutamakan keadilan dan kemakmuran negeri disebabkan agama Budha
Pali yang bercorak fahaman Sinhala dijadikan agama rasmi bagi masyarakat Sukhotai.
Sungguhpun begitu, masyarakat Sukhotai juga mempercayai unsure animisme. Mereka
percaya akan Khao Luang,iaitu sebuah bukit di Sukhotai mampu memelihara keamanan
negeri daripada ditimpa bencana. Menurut mereka, bukit tersebut ditunggu oleh hantu yang
paling penting dalam negeri iaitu Pra Khap. Dari sudut kesenian pula, Rama Kamheng
membina patung-patung penguasa yang menjadi simbol semangat atau roh kepada
masyarakat Thai. Perkembangan bahasa juga bermula dalam pemerintahan Rama Kamhaeng
ketika masyarakat di Sukhothai terdiri daripada orang Mon dan Khmer.Rama Kamheng
mendapat ilham untuk menulis bahasa Thai pada tahun 1283. Tujuannya adalah membentuk
satu bahasa rasmi bagi membolehkan rakyatnya bertutur dalam bahasa Mon Khmer. Rama
Kamheng menulis secara logik, konsisten dan mudah untuk dibaca. Ejaan yang digunakan
dalam bentuk standard sistem sebutan yang diguanakan menunjukkan nada yang berbeza. Ini
dapat membentuk satu sebutan yang indah dalam setiap baris.25

Betty Gosling. (1999).,Sukhotai,its History, Culture, and Art. New York: Oxford University Press, Oxford,
25

New York. Hlm 29.


Lo Tai yang menggantikan bapanya Rama Kamheng dikatakan memulakan zaman
kemerosotan Sukhotai. Namun begitu, dia turut menyumbang terhadap agama Buddha dan
membina banyak tapak kaki Buddha (Buddhapada) yang dicedok ideanya seperti contoh
Kemuncak Adam di Sri Lanka. Sifat alimnya itu mebuatkannya mendapat jolokan gelaran
Dharmaraja. Pemerintahan Lo Tai disambung anaknya Lu Tai yang memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap ilmu agama Buddha. Sumbangannya dalam agama Buddha dapat dilihat
dalam karya Traiphum Ruang, sebuah kajian tentang kosmos Buddha yang masih lagi
terdapat masa kini. Dia digambarkan dalam sebuah prasasti sebagai seorang yang mulia. 26
Dia juga baik berlaku adil kepada semua rakyatnya. Apabila dia melihat orang memiliki
beras, dia tidak berkehendak untuk memilikinya. Kekayaan yang ditonjolkan oleh seseorang
juga tidaklah membuatkannya untuk merasa dengki. Dia juga dikatakan memiliki sifat
pengampun kepada musuh yang cuba bersikap biadap, menipu atau membubuh racun dalam
makanan, kesemuanya itu tidaklah menjadi sebab utama bagi dirinya menyimpan sebarang
dendam. Mengapa hal sedemikian boleh berlaku kepada diri Lo Tai? Jawapannya dia ingin
menjadi seorang Buddha supaya dapat membawa semua makhluk ke seberang lautan
penderitaan. Jadi gambaran prasasti terhadap watak Lo Tai yang suka merendah diri
mencerminkan dia seorang yang suka bertoleransi dengan rakyatnya dalam apa jua keadaan.

1.0 Perkembangan Politik Ayuthia

Kerajaan Ayuthia merupakan sebuah kerajaan yang utuh samada dari aspek politik, ekonomi
dan ketenteraan. Ini dapat dilihat melalui penaklukan yang dilakukan oleh pemerintah
Ayuthia sendiri. Kerajaan Ayuthai semasa pemerintahan Ramathibodi telah menjadi sebuah
kerajaan yang amat aktif melakukan penaklukan di kawasan sekitarnya. Setelah Ramathibodi
meninggal dunia beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu Putera Ramesuen pada tahun
136927. Pada zaman pemerintahn Ramesuen tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh
putera raja ini kerana beliau tidak disukai oleh rakyat, pada masa yang sama kekacauan telah
berlaku didalam negaranya dan beliau tidak mampu untuk mengatasinya. Pada tahun 1370
belaiau telah menyerahkan takhta kepada bapa saudaranya yang bernama Boromoraja 1 untuk
memerintah Ayuthia.

Pada zaman pemerintahan Boromoraja, Ayuthia menjadi sebuah kerajaan ayang


unggul kerana Boromoraja telah melakukan pelbagai perubahan termasuklah menumpukan
semula terhadap dasar perluasan kuasa untuk menguasai kawasan hulu lembah Sungai
26
D.G.E Hall,. (1981) Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hlm, 216.
27
. D.G.E. Hall.(1987) Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 218
Menam. Boromoraja telah menjalankan beberapa perubahan dengan menyekat kebangkitan
Sukhotai dan juga telah memasukkan Sukhotai sebagai kawasan naungannya. Walaupun
begitu dasar penaklukan kerajaan Ayuthia yang melampaui jauh ke sebelah utara telah
menimbulkan kemarahan sebuah lagi kerajaan yang amat terkenal pada masa tersebut iaitu
Chieng Mai28.

Kerajaan Ayuthia mengalami perubahan lagi setelah Boromoraja 1 yang memrintah


itu telah meninggal dunia dan telah digantikan oleh anaknya yang baru saja berusia lima belas
tahun tetapi telah dibunuh oleh Ramasuen iaitu anak Ramathibodi 1 yang pernah menjadi
Raja Ayuthia sebelum ini29. Situasi ini semestinya telah membantutkan perkembangan
kerajaan Ayuthia pada masa tersebut kerana Ramasuen seperti yang diketahui tidak disukai
oleh rakyat jelata dan ini pastinya akan menimbulkan kesulitan kepada pemerintahannnya.
Dari tahun 1395 hingga 1408 Siam atau Ayuthia tidak mempunyai apa-apa tentang catitan
sejarahnya, walaupun diketahui tentang ada pemerintah yang menjadi raja dan memerintah
negara tersebut30. Selepas kematian Boromoraja 1 tidak banyak kisah tentang pemerintah
selepasnya diketahui kecualilah pada 1424 apabila pemerintah pada masa tersebut mati dan
meninggalkan tiga oranag putera. Pergaduhan tercetus antara dua putera yang paling atas bagi
melihat siapa yang paling layak untuk menjadi pemerintah tetapi selepas berlakunya
pertempuran, kedua-dua orang putera telah mati terbunuh dan telah dilantik putera yang
bongsu untuk menerajui takhta. Anak bongsu kepada Intaraja ini memakai gelaran
Boromoraja 11 yang memerintah dari tahun (1424-1428) . Boromoroja telah melaksanankan
pendekatan untuk menakluk Kemboja tetapi usaha beliau itu gagal kerana menghadapi
tentangan daripada Kerajaan Kemboja yang berpusat di Angkor itu. Selain itu perkembangan
yang berlaku ke atas kerajaan Ayuthia mendorong Boromoraja 11 mengubah dasar
pentadbirannya dengan cuba menyatupadukan negeri-negeri yang berada di seluruh Siam 31.
Boromoraja mengambil langkah penting dengan menhantar anaknya mejadi gabenor di
Pitanulok iaitu ibu negeri bagi kerajaan Sukhotai. Langkah ini penting bagi menyatupadukan
masyarakat Siam bagi menhalang musuh- musuh sekitar mereka yang cuba menjalankan
imperialisme. Pada tahun 1448 akibat daripada kematian Boromoraja Putera Ramesuen iaitu
anak kepad Boromoraja 11 diangkat menjadi pemerintah Ayuthia dengan memakai gelaran
28
Ibid.hlmn 219.

29

30

Ibid. hlmn 220


31

Ibid hlmn 221


Bromo Trailokanat (1448-1488) atau lebih lagi dikenali dengan gelaran Trailok. Pada zaman
pemerintahan Trailok inilah yang telah banyak membawa perubahan kepada kerajaan
Ayuthia. Trailok telah melaksanakan sistem pentadbiran pusat iaitu dengan meletakkan
semua kawasan pemerintahanya kepada satu pentadbiran yang berpusat di Ayuthia. Keadaan
ini memudahkan Trailok untuk mentadbir bagi semua wilayah di dalam kekuasaanya.
Walaupun begitu wilayah-wilayah itu masih menjalankan pentadbiran sendiri namun perlu
melalui pentadbiran pusat. Selain itu Trailok juga telah menyusun semula pentadbiran
kerajaan pusat32. Trailok menubuhkan beberapa jabatan bagi membantunya dalam
pentadbiran. Selain itu trailok telah merombak semula sistem tanah yang diberikan kepada
rakyat. Kerajaan Ayuthia mengalami pelbagai perubahan yang amat ketara dibawah
pemerintahan Trailok. Selain itu Trailok juga membawa perubahan kepada kerajaan Ayuthia
iaitu dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China33. Walaupun Trailok
mengadakan hubungan diplomatik dengan China, namun beliau kurang berpuas hati dengan
tindakan China yang menjadikan Melaka sebagai naungannya. Dasar perluasan kuasa yang
diteruskan oleh Trailok sejak dari zaman moyangnya lagi telah menimbulkan persengketaan
yang memanjang antara kerajaan ayuthia dan kerajaan Chieng Mai. Persengketaan yang
berlaku ini juga telah mewujudkan lagi sebuah negeri baharu yang muncul dengan nama
kerajaan Laos yang bebas di lan ch’ang. Tidak dilupakan juga pada masa tersebut pengaruh
agama amat penting sehinggakan sejarawan telah menyebut yang Raja Ayuthia iaitu Trailok
telah mencukurkan kepalanya dan menjadi sami disebuah tokong. Ini menunjukkan pengaruh
agama Buddha dalam kerajaan Ayuthia amat kuat sehinggakan rajanya sanggup menjadi
sami. Selepas empat ratus tahun kerajaan Ayuthia bertahan, akhirnya kerajaan agung yang
terletak di utara Bangkok ini telah jatuh akibat daripada kekalahan dalam peperangan dengan
Burma34.

2.0 Ekonomi

konsep sistem ekonomi berteraskan alam iaitu hasil pemburuan dan memungut makanan di
mana-mana sahaja. Sistem ekonomi asli ini amat berkait rapat dengan sistem kepercayaan
Buddha yang mana hasil-hasil akan dikurniakan oleh tuhan. Selain itu sistem ekonomi juga
berkait rapat dengan sistem agama Buddha iaitu falsafah Theravada yang menyatakan

32

33
Abdul rahman hj Abdullah. (1985) Asia tenggara tradisional politik dan kebudayaan. Kuala lumpur: Teks
publishing sdn bhd hlmn 21
34
Gilbert khoo. (1978) Sejarah asia tenggara sejak tahun 1500. selangor: penerbit fajar bakti, petaling jaya,
1978. hlmn 105
kehidupan manusia itu tidak kekal dan penuh dengan kesengsaraan dan matlamat setiap
kehidupan adalah untuk dikecualikan dari kesengsaraan dan terus memasuki nipphan
(nirwana) untuk mengumpulkan Bun (pahala) sebanyak yang mungkin. Keadaan ini dapat
dilihat apabila rakyat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi menampung wat yang
memerlukan sumbangan bagi menampung kehidupan sami-sami35. Situasi ini pastinya bukan
rasional kepada rakyat di Ayuthia kerana kebanyakkan penduduk di Ayuthia hanyalah
menjalankan aktiviti pertanian. Sistem ekonomi masyarakat Siam di Ayuthia tidak dapat
dipisahkan daripada agama kerana mereka beranggapan pekerjaan yang dilakukan itu perlu
disembah kepada sami bagi mendapat keberkatan dari sami agar pekerjaan yang dilakukan
itu tidak mendapat bencana.

Selain itu dapat dilihat juga perniagaan patung-patung buddha atau lambang suci
hindu-buddha yang dibawa dari negara Cina bagi tujuan penyembahan, ini pastinya
menggalakkan lagi perdagangan dan memantapkan lagi sistem ekonomi ayuthia. Bukan
patung sahaja yang diperdagankan tetapi juga kayu gaharu dan cendana bagi upacara
sembahyang oleh mereka.

SOSIAL AYUTHIA

Sebenarnya, raja Ayuthia berhasrat untuk memusatkan kekuasaan mereka dan meningkatkan
kecekapan kerajaan dengan meninjam atau menggunapakai banyak sistem pentadbiran dari
Kemboja. Sehingga ke abad ke-15, raja-raja Thai yang kuat telah berusaha untuk berkuasa
dan menguasai keseluruhan kawasan atau wilayah yang berada di sekitar Ayuthia. 36 Dalam
konteks perkembangan sosial, ianya telah berkambang dengan pesatnya terutamanya setelah
Trailok atau juga dikenali sebagai Bromo Trailokanat (1448-1488) iaitu putera kepada
Boromoraja II yang mangkat itu diangkat menjadi pemerintah. 37 Trailok telah melaksanakan
sistem pentadbiran pusat iaitu dengan meletakkan semua kawasan pentadbirannya di bawah
satu pentadbiran iaitu semua kawasan di bawah pengaruh Ayuthia diperintah dan disatukan di
bawah satu pengurusan.

Ketika pemerintahan Trailok, pengaruh agama sangat dominan dalam masyarakat


Ayuthia yang mana masyarakatnya menganut agama Buddha. Para sejarawan telah menyebut

35
Ibid. hlmn 15
36
Daniel George Edward Hall. (1981). History of South East Asia. London : The Macmillan Press. Hlm 48.
37
Abdul Rahman Bin Hj Abdullah. (1985). Asia Tenggara; Tradisional, Politik dan Kebudayaan. Kuala Lumpur :
Teks Publishing Sdn. Bhd. Hlm 21.
bahawa raja Trailok telah mencukurkan kepalanya dan menjadi sami di sebuah tokong. 38
Akibat daripada pengaruh agama yang sangat dominan dalam masyarakat ini, wujudnya
pengkelasan ataupun status sosial dalam masyarakat ini menurut sistem piramid.39 Menurut
sistem ini, masyarakat di Ayuthia disusun kepada beberapa lapis iaitu raja merupakan orang
yang berada di lapisan teratas dan merupakan ketua atau seorang yang mengepalai
kerajaannya. Di bawah raja, adalah golongan Nai atau juga dikenali sebagai bangsawan atau
pembesar. Seterusnya golongan Phrai Soma atau juga dikenali sebagai rakyat biasa, Phrai
Luang atau juga dikenali sebagai rakyat biasa yang dikuasai oleh raja kerana tidak berdaftar,
dan lapisan paling bawah adalah diduki oleh golongan hamba.

Pengkelasan masyarakat ini adalah sangat penting kepada golongan teratas


terutamanya kepada raja. Hal ini kerana sekiranya seorang raja mampu menguasai ramai
Phrai Luang, maka seseorang raja itu akan menjadi sangat berkuasa dan dapat
mempertahankan kerajaannya. Sistem hierarki atau piramid ini ditentukan oleh konsep yang
terdapat dalam agama Buddha iaitu konsep bun (pahala) dan bab (dosa). Ianya berdasarkan
kitab agama Buddha iaitu rakyat percaya bahawa kedudukan dan kehidupan seseorang itu
setelah mati adalah ditentukan oleh perlakuannya semasa hidup. Kepercayaan yang kuat
terhadap agama telah membuatkan masyarakat Ayuthia terikat dengan sistem piramid dan
selagi golongan raja menguasai golongan Phrai Luang, maka seseorang raja itu akan menjadi
seorang pemerintah yang kuat dan dapat membina pemerintahan yang utuh.40

Ayuthia telah menjalankan hubungan diplomatik dengan pulau-pulau yang


menyokong kepulauan Indonesia seperti kepulauan Acheh, Jambi, Banten, Palembang dan
Riau. Ayuthia juga telah menjalankan perhubungan diplomatik dengan negara-negara yang
menyokong Asia Selatan seperti Bengal, Golkonda dan juga empayar Mughal.41 Hubungan
diplomatik yang telah dijalankan ini telah memberikan Ayuthya meluaskan pasaran
perdagangannya dan seterusnya meningkatkan perhubungan dengan kuasa-kuasa yang lain.

Semasa pemerintahan Raja Trailok, beliau telah menjalankan satu langkah yang
menarik iaitu mengawal peringkat-peringkat Sakdi Na. Sejak dari zaman berzaman lagi di
dalam masyarakat Thailand, tiap-tiap orang boleh memiliki tanah ,tetapi tanah yang boleh
38
Daniel George Edward Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
222.
39
Thawatt Mokhrapong. (1987). Sejarah Revolusi Thai; Terjemahan oleh Wan Azaham Wan Mohamad. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 13.
40
Ibid. Hlm 13.
41
Kennon Breazeale. (1999). From Japan to Arabia: Ayutthya’s Maritime Relations with Asia. Bangkok : The
Foundation for The Promotion Of Social Science and Humanities Text Book Project. Hlm 1.
dimiliki itu adalah berdasarkan kepada kedudukan seseorang itu dalam sistem
masyarakatnya. Namun, setelah Raja Trailok memerintah Ayuthia, beliau telah merombak
sistem ini dan beliau telah memperkenalkan satu sistem dan undang-undang baru. Undang-
undang tersebut adalah berkaitan dengan taraf atau kedudukan kelas-kelas bagi
masyarakatnya. Undang-undang ini juga dengan jelas menentukan keluasan tanah yang boleh
dimiliki oleh seseorang individu tersebut. Undang-undang tanah tersebut adalah, bagi kelas
yang paling rendah, mereka boleh memiliki tanah sehingga 10 ekar sahaja, dan untuk
seorang Cao Pya, mereka boleh memiliki keluasan tanah sehingga 4000 ekar.42

Bagi pegawai-pegawainya pula, sebelum sistem pembayaran gaji diperkenalkan


sebelum akhir abad ke-19 dahulu, peraturan Sakdi Na yang diperkenalkan ini menentukan
hasil pendapatan mereka, iaitu tiap-tiap seorang pegawai akan menerima tanah mengikut
keluasan yang ditetapkan oleh Sakdi Na. Oleh itu, kehidupan seharian mereka adalah
bergantung kepada hasil daripada tanah tersebut.

Selain itu, Raja Trailok juga telah membuat satu pembaharuan sebelum beliau
meninggal dunia pada tahun 1488 iaitu dengan mewujudkan satu jawatan yang digelar Maha
Uparat. Orang pertama yang dilantik bagi jawatan ini adalah putera Jatta, iaitu anak beliau
sendiri. Maha Uparat ini mempunyai hak-hak yang tersendiri iaitu mempunyai separuh
daripada hak daripada yang dimiliki oleh raja yang memerintah. Maha Uparat juga
dianugerahkan tanah yang mana sepuluh kali lebih luas berbanding dengan luas tanah yang
diberi kepada pegawai yang tertinggi dalam kerajaan negeri itu. Anugerah seperti ini
biasanya dianugerahkan kepada anak-anak raja sulung. Namun, disebabkan putera Jatta ini
bukan anak raja yang sulung, adalah dipercayai bahawa Raja Trailok ingin membahagikan
pentadbiran negeri tersebut kepada dua ibu kotanya iaitu Ayuthia dan Pitsanulok. Namun,
Raja Trailok telah meninggal sebelum rancangan tersebut sempat dijalankan dan
pemerintahan Trailok telah diambil alih oleh anak sulung beliau yang telah menggunakan
gelaran Boromoraja III yang telah memerintah bermula tahun 1488 sehingga 1488. Putera
Jatta tetap menjawat jawatan Maha Uparat dan di Pitsanuluk telah dilantik seorang gabenor
bagi menguruskan pentadbirannya dan setelah itu, Ayuthia ini telah menjadi Ibu kota siam
semula.

Perkembangan sosial Ayuthia berkembang selari dengan perkembangan wilayah ini


dalam aspek politik dan juga ekonomi. Perkembangan dari segi sosial banyak berlaku dan
42
Daniel George Edward Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
223.
dicatatkan semasa pemerintahan Raja Trailok, iaitu raja yang memerintah kerajaan yang
berpusat di Ayuthia ini selama 44 tahun iaitu bermula dari tahun 1488 sehingga tahun 1488.
Semasa pemerintahan trailok ini, banyak pembaharuan dan peningkatan yang telah dilakukan
dari aspek undang-undang dan sistem pemerintahan bagi melicinkan pemerintahan di
Ayuthia. Antara perkara yang dilakukan semasa pemerintahan Trailok adalah dengan
mewujudkan lebih banyak hubungan diplomatik dengan wilayah-wilayah di sekitarnya.
Beliau turut menyusun dan memperkemaskan lagi sistem pentadbiran dengan
memperkenalkan peraturan Sakdi Na, iaitu dengan menetapkan keluasan tanah yang
diberikan kepada rakyatnya dan mengkelaskan taraf sosial rakyatnya melalui keluasan tanah
yang dimiliki oleh seseorang. Perkembangan sosial ini telah menyebabkan pemerintahan
Ayuthia menjadi licin dan semakin berkembang pesat dan selepas kematian Raja Trailok ini,
beliau telah digantikan oleh anak beliau yang menggunakan gelaran Boromoraja III.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kebangkitan Kerajaan Sukhothai adalah disebabkan oleh tekanan


yang wujud akibat tentangan yang diberikan oleh Kerajaan Khmer. Untuk membolehkan
Kerajaan Sukhothai ini terus bertahan, pemerintah Kerajaan Sukhothai telah mengadakan
hubungan diplomasi dengan kerajaan jiran yang kuat untuk mengelakkan tekanan dan
serangannya. Sebagai contohnya, semasa Kerajaan Sukhothai berada dibawah pemerintahan
Ram Kamhaeng menjaga hubungannya dua kerajaan terkuat Siam pada waktu itu iaitu
Kerajaan Lan Na dan Kerajaan Phayao.43 Selain itu, untuk menjaga kepentingan ekonomi dan
perdagangannya pula, Ram Kamhaeng telah menjalinkan hubungan baiknya dengan China
secara konsisten.44 Namun, selepas kematian Ram Kamhaeng, pemerintah selepasnya seperti
Loethai dan Luthai lebih mengambil berat dalam urusan yang berkaitan dengan keagamaan.
Disebabkan itu, aspek pentadbiran yang lain seperti aspek ketenteraan dan pemerintahan
diabaikan. Bukti pengabaian ini kita dapat lihat dengan jelas apabila zaman pemerintahan
Luthai, Sangha telah mendominasi kuasa pemerintahan Sukhothai dan golongan kerabat
diraja kehilangan peranan sebagai pemerintah negara. Kerajaan Sukhothai pada waktu ini
telah dikenali sebagai The City Of Dharma kerana dipenuhi dengan relik, biara dan monumen
Buddha. Apabila hal sedemikian wujud, maka terdapat golongan yang tidak berpuas hati
memberontak.

43
J. David Day, Thailand And The Kingdom Of Siam. Kuala Lumpur: Tropical Press Sdn. Bhd., 1991, hlm. 5 .
44
Ibid,
Manakala, masyarakat siam di ayuthia lebih kepada pengaruh agama buddha
theravada yang dibawa dari vietnam, walaupun sebelum ini pengaruh buddha mahayana lebih
meluas. Agama buddha theravada telah membawa pelbagai kesan terhadap kemunculan
kerajaan ayuthia sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1767 yang membawa kepada
peninggalan penubuhan negara siam moden.Pengaruh buddha amat jelas sekali dalam bidang
politik, sosial dan ekonomi masyarakat tempatan di ayuthia. Pengaruh yang dibawa ini telah
membawa kerajaan ayuthia menjadi sebuah kerajaan yang kukuh sebelum mengalami
kejatuhan pada abad ke-18. Dapat dilihat disini bahawa kerajaan ayuthia mengalami zaman
kemajuannnya sebelum mengalami kejatuhannya pada tahun 1767 seterusnya membawa
kepada penubuhan negara siam moden yang diasaskan oleh phya taksin sebelum diambil alih
oleh jeneral chakri.

BIBLIOGRAFI

Abdul rahman hj Abdullah. (1985) Asia tenggara tradisional politik dan kebudayaan. Kuala lumpur:
Teks publishing sdn bhd .

Betty Gosling, Sukhothai, Its History, Culture, and Art. Singapore, Oxford University Press

Daniel George Edward Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

Ian Mabbett & David Chandler, (1995). The Khmers, Blackwell Publishers Ltd, United Kingdom

J. David Day, Thailand And The Kingdoms of Siam, Tropical Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Joe Cummings, Sandra Bao, Et al, (2003). Thailand, Malaysia: Lonely Planet Publications

Jacques Dumarcay & Michael Smithies, Cultural Sites of Burma, Thailand, and Cambodia, Oxford
University

Ooi Keat Gin, (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor,
United States of America: ABC-CLIO

Thailand in the 90s, Bangkok: National Identity Office of the Prime Minister

Thawatt Mokhrapong. (1987). Sejarah Revolusi Thai; Terjemahan oleh Wan Azaham Wan Mohamad.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

William Warren, Thailand Sketchbook: Portrait Of A Kingdom, Singapore: Didier Millet, 2002

KURSUS:

HSA 3023 - ASIA TENGGARA ABAD KE-9 HINGGA 18

PENSYARAH: DR. ADNAN BIN JUSOH


SOALAN: 04

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:

Bandingkan perubahan atau kemajuan


yang dicapai oleh kerajaan Ayuthia dan
Sukhotai dari aspek politik, ekonomi
dan sosial masyarakatnya

GROUP: A

AHLI KUMPULAN:

 MOHD HAKIMI BIN HASSAN : D20112052057


 KHAIRIN BIN SHAREP :D20112052048
 MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN :D20112052063
 MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD :D20112056401
 MOHD JASMI BIN JOHARI :D20112052046

Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemanusiaan

You might also like