You are on page 1of 42

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH

MELAYU
 Keperluan Jepun yang semakin mendesak
dan situasi yang bergolak di Asia
merupakan peluang terbaik Jepun untuk
menguasai negara-negara di Asia Tenggara.
 8 Disember 1941:
Tentera Jepun mendarat di Singgora dan
Pattani, Thailand & mara ke Jitra, Kedah.
Masuk melalui Kota Bharu.
 15 Febuari 1942, seluruh Tanah Melayu dan
Singapura jatuh ke tangan Jepun.
 Penaklukan Jepun berasaskan dua kempen:
“Asia Untuk Asia”
○ berunsur anti-penjajah Barat
○ menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-
negara di Timur
“Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya”.
○ Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun
sebagai penjajah baru menggantikan British.
○ Jepun menguasai sumber ekonomi Asia Tenggara
untuk pembangunan industri di Jepun.
Kesan-kesan Semasa Pendudukan Jepun

 Kesan Ekonomi
kemerosotan ekonomi di Tanah Melayu.
Kegiatan ekonomi terputus.
tentera British memusnahkan harta benda
dan infrastrukur sebelum berundur.
Perusahaan-perusahaan penting di Tanah
Melayu diambil alih oleh syarikat-syarikat
Jepun.
Jepun mencetak mata wang sendiri.
 Penderitaan dan Kesengsaraan Hidup
Masalah kekurangan makanan
Permit untuk semua jenis perdagangan dan
pengangkutan - kawalan harga
Pemakanan tidak sempurna menyebabkan epidemik
berlaku.
 Kawalan Pengedaran Mata Wang
Penggunaan mata wang Jepun - $285 juta
diedarkan di seluruh Tanah Melay(wang pokok
pisang).
Nilai mata wang menjadi terlalu rendah
Pelbagai jenis cukai diperkenalkan → kenaikan
harga barang dan pekhidmatan → inflasi
 Kesan Sosial
Orang Melayu dan India diberi layanan baik oleh Jepun - ingin
mendapatkan sokongan serta kerjasama.
Orang Cina dianggap musuh ketat Jepun - Perang China-
Jepun (1937)
Kerajaan Jepun berhasrat untuk “menjepunkan” penduduk
Tanah Melayu.
Bahasa Jepun (Nippon-go)dijadikan sebagai bahasa
penghantar di sekolah dan bahasa perhubungan dalam
semua urusan.
Dasar pelajaran menekankan ketaatan kepada Maharaja
Jepun, kepatuhan kepada kerajaan Jepun dan kerelaan
berkhidmat untuk negara Jepun.
Dasar “penjepunan” kurang berjaya kerana kekurangan guru-
guru yang fasih dalam bahasa Jepun dan kekurangan wang.
Kegiatan Politik dan Gerakan
Penentangan
 Kegiatan Orang India
Jepun mengekploitasi semangat kebangsaan orang
India untuk menolak kekuasaan British di India.
Rash Behari Bose, pejuang kebangsaan India yang
bermastautin di Jepun, dibawa ke Tanah Melayu
untuk membantu menubuhkan Indian Independence
Leaguage (IIL) di negeri-negeri Melayu.
Mei 1942, beliau mengadakan satu persidangan IIL di
Bangkok yang diwakili oleh wakil-wakil IIL dari seluruh
Asia - penubuhan pasukan tentera pembebasan India
yang dikenali sebagai Indian National Army (INA).
Pusat-pusat latihan tentera didirikan dan latihan mengikut
ketenteraan Jepun.
Tindakan menangkap Ghandi dan Nehru, rusuhan, mogok
lapar dan tujuk perasaan besar-besaran diberi perhatian
khas media.
Rash Behari Bose kemudiannya digantikan oleh Subhas
Chandra Bose, seorang pejuang politik India yang
melarikan diri ke Jerman.
Antara bulan Mac hingga Ogos 1944, sedikit demi sedikit
tentera INA mara ke sempadan India.
Kejatuhan Rangoon pada bulan Mei 1944 - Jepun dan INA
mangalami kekalahan.
Akhir 1940-an - orang India mula terlibat secara aktif dalam
pergolakan politik di Tanah Melayu dan menentang
Malayan Union.
 Gerakan Penentangan Orang Cina
Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan
Malayan Peoples’ Anti Japenese Army (MPAJA).
PKM & MPAJA menarik kaum-kaum lain
menganggotainya seperti Mokhtaruddin Lasso,
Abdullah C. D. dan Rashid Mydin.
Menggunakan simbol tiga bintang yang mewakili
kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.
MPAJA menggunakan taktik perang gerila kerana
tidak mempunyai kekuatan tentera yang ramai.
– Sebilangan orang Cina di bandar-bandar
menentang Jepun secara bersembunyi -
kerja-kerja sabotaj, menganjurkan bantahan
dan pembunuhan ke atas orang Jepun dan
mereka yang bekerja dengan Jepun
1943 - British mengadakan kerjasama dengan
MPAJA - menyusun gerakan gerila, menjalankan
kerja-kerja sabotaj, membekalkan senjata, peluru,
bahan-bahan letupan dan kewangan untuk
membiayai kegiatan MPAJA.
 Kebangkitan Semangat Nasionalisme
Pengambilalihan Jepun telah memberikan
keyakinan diri kepada masyarakat Melayu untuk
menentukan nasib mereka dan tidak terlalu
bergantung kepada pihak British.
Jepun membenarkan Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang diharamkan oleh Inggeris bergerak
semula.
KMM telah bekerjasama dengan Jepun dan pada
masa yang sama bekerjasama dengan gerakan
anti-Jepun.
Ibrahim Yaacob (seorang pemimpin radikal
Melayu) digunakan Jepun untuk menyebarkan
propaganda anti British.
Beliau memberi akhbar Warta Malaya dan
menerbitkan rencana-rencana yang
membangkitkan kesedaran nasionalisme orang
Melayu serta mengecam penjajahan British.
Antara kumpulan-kumpulan gerakan anti-Jepun
utama ialah Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya
(MPAJA), Tentera Wataniah yang terdiri daripada
orang Melayu Pahang dan Gerila Force 136
Pihak Btitish telah membuat pakatan sementara
dengan MPAJA untuk menentang Jepun.
Angkatan Gerila Force 136 adalah gerakan sulit anti-
Jepun yang ditubuhkan semasa peperangan Dunia
Kedua meletus.
Tengku Mahmud Mahyidden adalah seorang angota
pasukan ini yang bertanggungjwab mengetui
kumpulan Melayu dan dibantu oleh Haji Ibrahim Bima.
Pasukan ini dibantu oleh tentera Wataniah yang
dianggotai oleh ahli-ahli Persatuan Melayu Pahang.
Tentera Wataniah ini dipimpin oleh Kolenal
Pemerintah Kehormat Almarhum Sultan Abu Bakar,
Sultan Pahang.
Berakhirnya Pendudukan
Jepun
 6 Ogos 1945 – US menggugurkan bom atom yang
pertama di Hiroshima dan diikuti oleh bom atom yang
kedua di Nagasaki pada 9 Ogos 1945.
 Maharaja Hirohito menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
 20 Ogos 1945, Putera Kanin Haruhito dihantar ke Tanah
Melayu sebagai utusan khas kerajaan Jepun
mengarahkan pentadbiran tentera Jepun di Tanah
Melayu menyerah diri secara rasmi kepada pihak
Berikat.
 Upacara penyerahan diri tentera Jepun di Tanah Melayu
diadakan secara rasmi pada 12 September 1945 di
banguanan Perbandaran Singapura.
Malayan Union dan Persekutuan Tanah
Melayu
 1943 - Malayan Planning Unit (MPU) telah
ditubuhkan di London untuk merangka
perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di
Tanah Melayu.
 1944 - kabinet perang telah meluluskan syor
penyatuan politik di Tanah Melayu.
 10 Oktober 1945 - Setiausaha Pejabat Tanah
Jajahan British, George Hall, mengumumkan
mengenai penyatuan politik Tanah Melayu
yang dikenali sebagai Malayan Union.
 Di dalam rancangan Malayan Union, Singapura
akan dipisahkan pentadbirannya daripada
negeri-negeri Tanah Melayu yang lain.
 Alasan - kedudukan Singapura sebagai pusat
perniagaan seberang laut yang maju,
kedudukan ekonomi yang baik dan
menguntungkan British.
 Melalui rancangan ini semua anggota majlis
yang ada dalam rancangan Malayan Union
hendaklah menyatakan taat setianya kepada
Ratu Inggeris, bukan lagi kepada raja-raja
Melayu.
 Malayan Union akan diperintah oleh seorang
Gabenor dengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive
Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri.
 Melalui rancangan ini, gabenor mempunyai kuasa
muktamad terhadap sesuatu hal pentadbiran di
Tanah Melayu.
 Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih”
yang mengandungi cadangan-cadangan Malayan
Union.
 Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu
untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi
mempersetujui penubuhan Malayan Union (18
Oktober – 21 Disember 1945).
Perlembagaan Malayan Union
1. Pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri-
negeri Selat digabungkan sebagai satu unit
politik yang dikenali sebagai Malayan Union.
Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi
kekuasaan pentadbiran mereka dikurangkan.
Kuasa sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu di mana
mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis
Penasihat Melayu negeri masing-masing.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan
yang menguruskan hal ehwal tempatan tetapi
diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan
pusat.
Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan
Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang
diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.
Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan
bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis
Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga
ditubuhkan.
Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi
pentadbiran Malayan Union, Singapura dan wilayah
Borneo.
2. Kerakyatan
Syarat kerakyatan:
○ Lahir di Tanah Melayu atau Singapura
○ Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada
tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15
Februari 1942.
○ Mereka yang tidak layak lahir di luar Tanah Melayu
tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya
warganegara Malayan Union mengikut syarat atas
boleh memohon menjadi warganegara selepas
tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.
Sebab-sebab penentangan MU
 Penghapusan kedaulatan & kuasa raja-raja Melayu –
hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu, hilang
takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah
kuasa gabenor British
 Tamadun Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa
Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & orang
Melayu akan hilang tanah air.
 Kerakyatan yang terlalu liberal – jus soli mengancam
status quo orang Melayu & jumlah orang Melayu
terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
 Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam
raja-raja Melayu – turun takhta & tidak diberi masa cukup
untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
 Penentangan Terhadap MU boleh
dibahagikan kepada dua peringkat iaitu
secara individu dan secara kolektif.
 Individu-individu menulis surat dan rencana
kepada majalah & akhbar Menyuarakan
bantahan terhadap MU.
 Dato’ Onn Jaafar menulis surat kepada
akhbar Utusan Melayu menyeru orang
Melayu mengadakan kongres &
menubuhkan U.M.O (United Malays
Organization).
 Raja-raja Melayu membantah – menghantar
surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan
kerana dipaksa menerima MU.
 Tindakan orang Melayu disokong bekas
pegawai British yang pernah berkhidmat di
Tanah Melayu seperti Frank Swettenham,
R.O Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil
Clementi
 Mereka menentang cadangan MU secara
terbuka dalam akhbar The Times di London
 1-4 Mac 1946 – Kongres Melayu Se-Malaya
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru, Kuala Lumpur.
 Dihadiri oleh 107 perwakilan dan 56
pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di
seluruh Tanah Melayu.
 Pengerusi yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
 Melalui Kongres ini dicadangkan supaya
ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang
akan dianggotai oleh orang Melayu di
seluruh Tanah Melayu.
 Pada 29 - 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-
Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur
bagi membincangkan penubuhan
pertubuhan Melayu tersebut.
 Akhirnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO
ditubuhkan dalam Kongres Melayu Se-
Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei
1946.
 Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai
Presiden UMNO yang pertama.
 1 April 1946 - sultan-sultan, pembesar-pembesar
dan orang-orang Melayu telah memulaukan
upacara panubuhan Malayan Union dan
perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor
pertama.
 Orang bukan melayu pada mulanya tidak
menunjukkan sebarang reaksi - British telah
menjanjikan hak kerakyatan secara jus soli.
 Desakan orang Melayu telah menyebabkan
kerajaan British mengambil keputusan untuk
menangguhkan fasal mengenai
kewarganegaraan.
 Orang Cina mulai hilang kepercayaan dan merasakan
pihak British telah mungkir janji.
 Dengan itu orang Cina mula menentang dengan
pelbagai cara iaitu melalui kesatuan, penubuhan dan
akhbar.
 Akhbar Sin Chew Jit Poh - menentang Malayan Union
dengan menyatakan Raja-raja Melayu tidak
mempunyai hak untuk mewakili kaum Cina.
 Masyarakat Cina yang menjadi ahli Parti Kuomintang
di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian dalam
perkembangan politik negara China.
 Mereka menganggap penerimaan Malayan Union akan
membatalkan kebangsaan Cina secara automatik.
 Sebahagian besar kaum India masih menumpukan
perhatian terhadap tanah air mereka sendiri iaitu
perjuangan Parti Kongres India.
 Bila British menangguh MU, mereka mula
menyuarakan perasaan mereka.
 Rentetan itu, kerajaan British digesa menerima
cadangan UMNO untuk menubuhkan Persekutuan
Tanah Melayu.
 Perkara mengenai kerakyatan juga perlu dipinda.
 Segala langkah-langkah yang hendak dibuat
mestilah terlebih dahulu dirancang dengan UMNO
dan wakil-wakil raja
PENUBUHAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
 25 Julai 1946 – Jawatankuasa Eksekutif yang
dianggotai oleh pegawai kanan British, wakil
raja-raja Melayu & wakil UMNO ditubuhkan.
 Jawatankuasa tersebut mencadangkan supaya
kedudukan raja-raja Melayu dan kedaulatan
sultan dikembalikan, penubuhan Dewan
Undangan Negeri bagi setiap negeri, syarat-
syarat kewarganegaraan yang lebih ketat untuk
kaum-kaum bukan Melayu serta pemberian
hak istimewa kapada kaum Melayu
akandijamin.
 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada
21 Januari 1948 telah ditandatangani oleh
sembilan orang Raja-raja Melayu dan
Pesuruhjaya Tinggi British yang mewakili
kerajaan British.
 Seterusnya, Persekutuan Tanah Melayu
telah ditubuhkan pada 1 Febuari 1948.
 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua
Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat
Eksekutif & Majlis Mesyuarat Perundangan
Persekutuan.
 Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan & berfungsi untuk
menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.
 Perlindungan istimewa diberikan kepada orang
Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya
Tinggi British.
 Jawatan menteri besar diwujubkan bagi
menggantikan jawatan Residen British yang
dimansuhkan.
 Terutama, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
menyatakan bahawa matlamat akhir kerajaan British
adalah memupuk kemajuan ke arah pemerintahan
sendiri pada masa depan bagi mendapatkan
kemerdekaan daripada kerajaan British di London.
PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK
YANG BERASASKAN PERKAUMAN
 United Malay National Organisation (UMNO)
Ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 dan
diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.
Matlamat utama penubuhan UMNO ialah untuk
menentang penubuhan Malayan Union dan
menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah
Melayu.
Cogan kata utama parti ini iaitu “Hidup Melayu”
digunakan untuk menyatupadukan orang-orang
Melayu
 Dato’ Onn Jaafar mula memperkatakan tentang kerjasama
dengan kaum-kaum lain.
 Oktober 1949 - Dato’ Onn mencadangkan satu rupa
bangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan satu bahasa.
 Kemudian beliau mencadangkan supaya pemberian
kerakyatan lebih longgar - Cadangan ini ditentang oleh
ahli-ahli UMNO.
 Ekorannya, Dato’ Onn meletakkan jawatan pada bulan Jun
1950.
 Dato’ Onn kembali memegang jawatan pada bulan Ogos
1950.
 Persidangan agung pada 25-26 Mac 1951, slogan “Hidup
Melayu” diganti dengan “Merdeka”.
 Dato’ Onn berpendapat kerajaan British tidak akan
memberikan kemerdekaan jika tidak wujud perpaduan kaum.
 Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian
kepada kaum lain dan nama UMNO ditukar daripada
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepada
Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu.
 Dalam persidangan UMNO yang berlangsung pada 25 dan
26 Ogos, cadangan Dato’ Onn ini dibantah dengan oleh para
perwakilan.
 Akhirnya pada 27 Ogos 1951, Dato’ Onn sekali lagi
melepaskan jawatan Presiden UMNO setelah memimpin
selama 5 tahun.
 Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman mengambilalih
jawatan presiden UMNO.
 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
Setelah meletakkan jawatan daripada UMNO,
Dato’ Onn bersama rakan-rakan yang lain
menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada 16 September 1951 di Kuala Lumpur
dengan dihadiri oleh lebih 100 orang dari semua
kaum.
Kebanyakan pemimpin utama masyarakat bukan
Melayu seperti Tan Cheng Lock, E. E. C.
Thurisingam dan yang lainnya telah memberikan
sokongan.
 Parti IMP tidak berjaya menarik sokongan lebih
ramai orang Melayu UMNO kerana tidak yakin
dengan konsep parti berbilang kaum.
 Tunku Abdul Rahman dalam salah satu
mesyuarat UMNO yang diadakan pada 29
hingga 30 mac 1952 telah mengecam sesiapa
yang menyokong atau menunjukkan simpati
terhadap IMP -dibuang dari UMNO.
 Orang Cina juga tidak menyokong IMP kerana
mereka lebih berminat dengan MCA.
 E.E C Thuraisingam juga tidak berjaya menarik
sokongan orang India.
 Parti Negara
ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bulan Februari
1954 dan tokoh-tokoh Melayu daripada IMP
Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan
perpaduan nasional dan raja berperlembagaan.
Parti ini juga mahu taraf berkerajaan sendiri.
Dari segi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris
diterima sebagai bahasa rasmi.
Keahlian Parti Negara pula terbuka kepada semua
kaum warga Tanah Melayu dan British.
Parti Negara kurang berjaya dan terus merosot
selepas Dato’ Onn meninggal dunia pada 18 Januari
1962.
 Malayan Chiness Association (MCA)
Kejayaan Parti Komunis menubuhkan kerajaan di
negeri China mendorong ahli-ahli politik kanan
kaum Cina di Tanah Melayu menubuhkan parti
politik.
Ketua-ketua masyarakat Cina mahu
mengelakkan kecaman yang menganggap kaum
Cina keseluruhannya menyokong perjuangan
PKM.
Usaha menubuhkan Pakatan Cina Tanah Melayu
diusahakan oleh Tan Cheng Lock pada awal
tahun 1948 tetapi gagal.
Usaha ini diteruskan oleh Leong Yew Koh.
 Pesuruhjaya Tinggi meminta H. S. lee yang
menjadi pengerusi Dewan Perniagaan Cina
Selangor membentuk sebuah pertubuhan
politik Cina.
 Februari 1949, MCA berjaya ditubuhkan di
bawah pimpinan Tan Cheng Lock.
 Golongan pedagang Cina yang kaya turut
menyokong penubuhannya bagi
mengimbangi kegiatan politik yang hampir
dimonopoli oleh UMNO.
 Terdapat tiga matlamat utama MCA
ditubuhkan:
1. Untuk menggalak dan mengekalkan hubungan
baik antara kaum di Tanah Melayu.
2. Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum
Cina dalam soal kemasyarakatan, ekonomi dan
politik menurut lunas-lunas perlembagaan dan
undang-undang.
3. Untuk mengekalkan undang-undang dan
peraturan bagi mewujudkan Tanah Melayu yang
lebih aman dan terus maju.
 1952- MCA secara rasmi menjadi parti politik.
 Malayan Indian Congress (MIC)
Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan dipimpin oleh John A.
Thivy.
Matlamat penubuhan MIC ialah untuk menjaga kepentingan
politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.
Pada peringkat awal pengaruh parti politik kurang jelas
dikalangan orang India.
MIC pernah bergabung dengan parti-parti berhaluan kiri
tetapi gagal.
setelah meneliti perkembangan politik Tanah Melayu, MIC
mengambil keputusan menyertai Perikatan pada tahun
1954
MIC menjadi lebih bertenaga di bawah kepimpinan J. T
Sambanthan.
 Parti Islam Se-Melaya (PAS)
Penubuhan PAS ada hubung kait dengan UMNO
dan Hizbul Muslimin.
UMNO mempunyai jabatan khas menguruskan
hal-ehwal agama Islam - diketuai oleh Syeikh
Abd. Alla Pahim (Mufti Pulau Pinang).
Disebabkan sambutan alim ulama untuk
menyertai UMNO masih terhad, UMNO telah
mengadakan perjumpaan kebangsaan di Muar
pada 21-22 Februari 1950.
Jumlah perwakilan yang hadir ialah 52 orang dan
pemerhati seramai 300 orang.
 Seterusnya, dalam persidangan di Kuala
Lumpur pada 23 Ogos 1951 ketetapan
dibuat menubuhkan Persatuan Ulama dan
ketua penajanya Haji Ahmad Fuad Hassan.
 Kongres Persatuan yang diadakan di
Butterworth pada 24 November 1951 turut
disertai oleh Persatuan al-Ihya ash-Syarif.
 Seorang peserta iaitu Muhammad Ma’sum
dari Telaga Air, Butterworth mencadangkan
nama persatuan ulama sebagai Persatuan
Islam Se-Malaya (PAS).

You might also like