You are on page 1of 31

PENGENALAN

• Pulau Borneo merupakan pulau kedua besarnya


selepas Greenland. Pulau ini dijumpai oleh
orang-orang Cina sebelum abad pertama lagi
tetapi tidak ada apa-apa langkah dibuat untuk
menduduki pulau tersebut.
• Ketika itu, hampir seluruh Borneo diperintah
oleh Sultan Brunei yang kuat.
• Sebelum British menjadi pentadbir di Borneo
Utara secara rasmi pada 1881, Borneo Utara
dilihat telah mempunyai sistem pentadbiran
yang tersendiri.
Peta Pulau Borneo yang dilukis oleh
Sepanyol pada abad ke-16.
• Sistem politik yang ada pada ketika
itu dapat dibahagi kepada 3
kategori iaitu :
A)Sistem Politik Kesukuan.
Terdapat di kawasan pedalaman yang
dianggap merdeka dan dihuni oleh
kaum Dusun, Murut dan Sungai.
Mereka hidup terpisah dengan
kumpulan lain kerana faktor2 alam
seperti banjaran, bukit-bukau, sungai
dan jeram.
B) Sistem Politik Kesultanan.
Sistem ini wujud di persisiran pantai barat dan
timur Borneo Utara. Kesultanan Brunei bertapak
kukuh di pantai barat. Tetapi penguasaan terletak
di tangan wakil-wakil kesultanan Brunei.
Walaupun dalam sistem kesultanan Brunei, tanah
dan rakyat terletak di bawah kuasa mutlak sultan
namun dalam kes di Borneo Utara, kaum
bangsawan Brunei telah diberi hak ke atas tanah
dan penduduk. Oleh itu, tanah-tanah di pantai
barat turut terpecah kepada 3 iaitu :
a) Tanah milik para pengiran
b) Tanah Kuripan
c) Tanah sultan
• Perebutan kuasa yang berlaku di Brunei
pada 1662 iaitu peristiwa perebutan kuasa
yang melibatkan Bendahara Abd Mumin
dan Sultan Mohammad Ali telah membuka
peluang kepada petapakan kuasa
kesultanan Sulu di pantai timur Borneo
Utara.
• Sultan Brunei telah menyerahkan pantai
timur Borneo Utara kepada Sulu sebagai
ganjaran kerana membantu sultan
menumpaskan pemberontak.
• Dengan itu, bermulalah pentadbiran Datu-
datu Sulu di persisiran pantai timur yang
kaya dengan hasil seperti rotan, damar,
sarang burung, tripang dan sebagainya.
c) Sistem Politik Ketua Bebas.
# Sistem ini wujud kerana keberanian, keperwiraan dan
ketangkasan seseorang tokoh yang dapat mencabar
kewibawaan sultan di daerah-daerah persisiran pantai.
Mereka dapat menegakkan kekuasaan dan kewibawaannya
melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf dan
menghiraukan kuasa-kuasa lain. Mereka ini adalah berasal
daripada ketua-ketua yang mempunyai pertalian darah
dengan kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu serta
keturunan Arab Sharif.
#Penduduk di kawasan ini adalah pengikut setia kepada
ketua mereka yang dianggap sebagai tempat mereka
memperoleh perlindungan.
#Contoh terbaik ialah Sharif Usman yang memerintah
daerah Marudu(1830-1840) dan Datu Kuruding yang
memerintah Tunku yang kemudiannya dianggap pula oleh
British sebagai sarang lanun pada akhir kurun ke 19.
• Borneo Utara(BU) sebenarnya hanya mendapat
perhatian daripada kuasa-kuasa barat dalam
kurun ke-19.
• Ini adalah disebabkan oleh kedudukan BU yang
strategik di tengah-tengah jalan perdagangan ke
China.
• British sendiri telah mengikat hubungan dengan
kesultanan Brunei semenjak 1847.
• Kedua-dua pihak ini telah membuat perjanjian
berkaitan soal pemajakan. Sebarang pemajakan
hendaklah mendapat persetujuan daripada British
dahulu.
• Tahun-tahun berikutnya, kita melihat bagaimana
wakil British cuba mengaut keuntungan di BU
sehinggalah pendudukan dan pentadbiran British
bermula pada 1881.
Salinan surat penyerahan BU kepada British
dalam hubungan 1874 dan 1881.
Peta BU sejurus selepas SBBU menjadi pemerintah.
BAGAIMANA BU WUJUD SEBAGAI
SATU UNIT POLITIK PADA 1881.
A)Perniagaan dan penguasaan hasil bumi.
.Menyedari akan kedudukan strategik BU, kuasa
barat berminat tambahan BU kaya dengan
sumber bumi.
.1850-Amerika Syarikat(AS) datang dan
menandatangani perjanjian perdagangan dengan
sultan Brunei.
.Wakil AS, iaitu Charles Lee Moses dihantar ke
Brunei sebagai tindakan susulan.
.Moses berjaya mendapatkan pajakan 10 tahun
dengan bayaran $9500 setahun kpd sultan
Brunei.
• Tidak lama kemudian Moses serah pajakan kpd
pedagang AS di Hong Kong iaitu Joseph Torrey
dan Thomas B Harris.
• Tertubuhnya “The American Trading Company of
Borneo” pada Okt 1865. Namun tanaman yang
ditanam tidak mendatangkan keuntungan malah
bankrap pada akhir 1866.
• 1875, Torrey juah haknya di BU kepada bangsa
Austria yang bernama Baron Gustavus Von
Overbeck yg bekerjasama dengan saudagar kaya
British Alfred Dent. Tertubuhlah Syarikat
Overbeck dan Dent kerana modal pendahuluan
datangnya daripada Dent.
• Overbeck dapat pajakan 10 tahun pad 1877
dengan sewa $15 000 setahun.
• Overbeck berjaya mendapatkan kesemua
kawasan pantai barat.
• 1877 menyaksikan Sultan Brunei menyerahkan
seluruh haknya di BU kpd British. Dgn bayaran
$12 000 kpd sultan dan $3000 kpd Pangeran
Temenggung.
• 1878, Overbeck ke Jolo, ibukota Sulu dengan
ditemani oleh Treacher.
• Sultan Sulu setuju serah haknya dengan bayaran
sewa setahun sebanyak $5000.
• Perjanjian inilah yang berjaya menipu Sulu
kerana dikaburi dengan sewa yang diterimanya.
Sulu beranggapan mereka hanya menyewakan
BU kpd British sedangkan di pihak British, isi
surat yang ditulis dalam bahasa Arab itu berbunyi
SULU MENYERAHKAN BU kepada British.
Peta menunjukkan kemerosotan kuasa Brunei dan SULU.
Gambar rombongan Sultan Sulu pada 1878.
• Selain tertipu, Sultan Sulu tidak teragak-agak
menyerahkan BU kpd British kerana mereka telah
lama memiliki hubungan terutama dalam hal
kegiatan perdagangan senjata api dan ubat bedil
secara sulit. Barangan ini amat diperlukan oleh
Sulu untuk menentang peluasan kuasa Sepanyol
yg berada di Filipina.
• Februari 1878, seorang Residen ditempatkan di
Sandakan.
• Dalam masa yg sama syarikat Overbeck dan Dent
mengalami masalah modal. British beri syarat
bahawa British akan menyuntik modal dengan
syarat hanya wakil British sahaja yang berada di
BU.
• Maka, Overbeck(Austria) terpaksalah menjual
semua sahamnya kepada Dent.
Sultan Sulu dan William Clark Cowie
• Penguasaan British melalui wakil mereka iaitu Dent di BU
ditentang oleh Sarawak yang tidak bersetuju dengan
pemajakan ke atas tanah yang terlalu besar bagi sebuah
badan swasta.
• 1881, Dent menubuhkan Persatuan Sementara BU British
sebelum mendapat Piagam DiRaja.
• Syarikat Dent menerima syarat
bahawa syarikatnya perlu menye-
rahkan urusan hubungan luar
kepada pihak British.
• Willian Treacher telah dilantik sebagai
Gabenor BU yg pertama dengan
ibu pejabat sementara terletak di
Pulau Labuan.
B) Persaingan dalam Dasar Imperialisme Barat.
• Sepanyol merupakan kuasa barat yang tidak disenangi oleh
British kerana berlegar di perairan BU.
• British yang risau akan penguasaan Sepanyol ini, telah
mengikat persetiaan perdagangan dengan Sultan Sulu pada
1764.
• 1836, Sepanyol pula memeterai perjanjian dengan Sulu.
Sepanyol telah meletakkan Sulu di bawah perlindungannya.
Sebagai balasan, Sulu bersetuju memberikan kemudahan
perniagaan kepada Sepanyol.
• Ekoran peristiwa ini, 1846, British bertindak membuat
perjanjian dengan Sulu. Perjanjian ini dilihat memberi
amaran kepada Sulu agar jangan menerima sebarang
kuasa selain British. MALANGnya, Sulu tidak pernah
merasakan dirinya terikat.
• 1851 dan 1864, Sepanyol meterai perjanjian dengan Sulu
lagi. Namun ini tidak diakui oleh British. Bagi British, BU
adalah milik mereka semenjak dahulu lagi. British
mengatakan bahawa mereka yang berhak ke atas BU
kerana British lebih dulu bertapak dan berdagang .
• Selain Sepanyol, British juga terpaksa bersaing
dengan kuasa-kuasa barat lain seperti Portugal,
Belanda, Perancis dan Jerman. Ini adalah ekoran
daripada perlumbaan mencari tanah jajahan
semenjak abad ke-16 lagi untuk mendapatkan
bahan mentah bagi keperluan industri negara.
• Melalui perjanjian Madrid 1885, British sekurang-
kurangnya lega apabila Sepanyol mengakui hak
British ke atas BU.
• 1891, Belanda pula mengiktiraf mana-mana
jajahan British melalui Perjanjian Konvensyen
London.
• Hakikat ini menyebabkan British mengambil
keputusan bertapak di BU apatah lagi dengan
kehadiran kuasa Jerman.
C) Kepentingan Pedagangan di Borneo
Utara.
- Kekayaan BU telah menarik minat
pedagang-pedagang Barat untuk singgah
berdagang di Sabah sebelum meneruskan
perjalanan ke China.
- Faktor ini juga menyebabkan British cuba
sedaya upaya menguasai BU agar tidak
jatuh ke tangan kuasa barat yang lain.
Jika BU jatuh ke tangan kuasa barat lain,
British bukan sahaja akan kehilangan
kawasan perdagangan malah maruah
mereka sebagai penjajah nombor satu
dunia akan terjejas.
D)Perselisihan Antara Pembesar-pembesar BU
dengan Pedagang-pedagang British.
• Sebelum kedatangan British di BU, sudah
terdapat kawasan-kawasan yang dikuasai
oleh pembesar-pembesar bebas.
• Perselisihan pada 1845, ketika Syarif Usman
berselisih dengan para pedagang British yang
tidak mahu membayar cukai. Syarif Usman
bertindak menyerang kapal-kapal dagang
British yang gagal membayar cukai. British
pula menganggap serangan ini sebagai
serangan LANUN lalu bertindak balas.
Kesannya, kedudukan Syarif Usman di Teluk
Marudu dimusnahkan.

Siapa bilang saya lanun ???


• Selain Syarif Usman, 1846, Hj Saman di Membakut yang
disokong penuh oleh Sultan Brunei pula menentang.
• Ogos 1846, kubu Hj Saman dimusnahkan.
• Sultan Brunei yang bersembunyi dikecam kerana
membantu penderhaka, perompak dan pembunuh
kerja(tuduhan British terhadap Hj Saman).
• British mengugut akan memusnahkan negara Brunei jika
sekiranya Sultan tidak mengubah sikap dan pendirian agar
menyokong British.
• Mei 1879, Datu Baginda Putih di Sandakan tidak senang
dengan kedatangan British lalu menyerang kapal-kapal
British yang berlabuh di perairan Sandakan. Serangan ini
dapat dipatahkan oleh British
• Bagi British, bantahan penduduk Sandakan itu tidak
membawa makna kerana Sultan Sulu telah pun
menyerahkan pantai timur kepada wakil British iaitu
Overbeck.
E) Pertikaian British dengan Brooke di
Sarawak.
• Semasa pemerintahan Charles Brooke, beliau telah
beberapa kali meminta British agar menyerang dan
menjajah Brunei tetapi tidak dipedulikan oleh British
sendiri. Bagi British, mereka tidak mempunyai alasan yang
kukuh untuk menyerang Brunei kerana ada di antara
warganegara British yang telah mendapat tanah di BU.
Jawapan ini amat mengecewakan Brooke.
• Kekecewaan ini semakin bertambah apabila Syarikat
Overbeck dan Dent memperolehi BU.
• Sarawak melakukan bantahan .
• British terpaksa campurtangan dengan mengatakan bahwa
BU juga akan menjadi milik British.
• Oleh yang demikian, untuk mengelak daripada perkara ini
berulang, Dent dan sahabat-sahabatnya berusaha
mendapatkan Piagam DiRaja British.
Mereka akhirnya berjaya memujuk Sir Julian Paunceforte dari
Pejabat Luar British mendapatkan Piagam.

Alfred Dent

Sir Henry Keppel Sir Rutherford Alcock


PEMBENTUKAN SBBU DI BORNEO UTARA
• Setelah melalui pelbagai peristiwa yang dianggap
mencabar kedudukan British di Borneo Utara, akhirnya
Syarikat Sementara yang dibentuk oleh Dent, menerima
Piagam DiRaja British. Piagam ini memberi hak kepada
British menduduki BU . Hak ini juga seolah-olah memberi
amaran kepada kuasa-kuasa Barat lain agar tidak
campurtangan ke atas BU.
• SBBU juga diingatkan agar tidak menyerahkan BU kepada
mana-mana kuasa selain daripada British di samping
memberi kemudahan kepada armada Tentera Laut British
berlabuh secara percuma.
• Akhirnya, SBBU mentadbir BU dari 1881 hingga 1941.
• PELAKSANAAN PENTADBIRAN

• SBBU mewujudkan pemerintahan berpusat.


• Ibu negeri yang pertama ialah Kudat. NAmun tidak lama
kemudian ibu negeri ini berpindah pula ke Sandakan.
• Borneo Utara dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Pantai
Barat dan Pantai Timur. 1935 barulah BU dibahagi kepada 4
bahagian iaitu Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan dan
Tawau.

William B. Pryer,
Resident Pertama Pantai
Timur.
Kuasa eksekutif dipegang oleh Lembaga Pengarah Syarikat
yang berada di London. William Cowie memegang jawatan
sebagai Pengarah Urusan.

William Cowie
• Gabenor Pertama ialah W.H Treacher yang
sebelum ini memegang jawatan sebagai Gabenor
British di Labuan.
• Untuk membantu Gabenor, jawatan Setiausaha
(bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah
di London), Bendahari dan Ketua Keselamatan
Kerajaan ditubuhkan.
• Dalam pentadbiran SBBU, semua jawatan di
peringkat atasan disandang oleh pegawai-
pegawai British. Manakala jawatan di peringkat
bawahan disandang oleh penduduk tempatan
kerana ke tidak mampuan SBBU menggaji
pegawai-pegawai British yang ramai.
RUMUSAN
• Pada peringkat awal, kita dapati bahawa British seolah-olah
tidak mahu memperlihatkan kekuasan dan ketamakan
mereka yang sebenarnya. Namun apabila berhadapan
dengan pelbagai situasi yang terlalu mengancam pendirian
mereka, akhirnya kita menyaksikan bagaimana BU yang
menjadi gelanggang kuasa-kuasa barat berdagang dan cuba
menunjuk kekuasaan berakhir dengan penguasaan British
yang diwakili oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.
• Pendudukan British ini memberi impak kepada kedudukan
British. Sekurang-kurangnya mereka boleh duduk dengan
selesa tanpa gangguan daripada kuasa barat lain di samping
mengaut keuntungan dari hasil bumi BU.

Zzzzzz….
• Di pihak penduduk tempatan pula, permulaan pentadbiran
ini telah banyak mengubah corak hidup mereka. Masyarakat
BU turut menjadi lebih majmuk dengan kehadiran buruh2
Cina. Corak ekonomi turut berubah. Dulu penduduk
tempatan bebas dalam urusan jual beli, tetapi tidak lagi di
bawah SBBU. SBBU mengenakan cukai ke atas setiap
penjualan barangan.

SEKIAN.
Terima kasih kerana sudi melihat dan mendengar.

Zzzzzz….

You might also like