You are on page 1of 18

PERKEMBANGAN PELABUHAN DINDING

1.0 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai hasil bumi. Antara negeri

yang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah ialah Perak. Bijih timah merupakan

antara sumber bumi yang amat penting kepada British di Tanah Melayu. Selain bijih

timah dan pelbagai hasil bumi yang lain, pihak British juga mendapat banyak

kepentingan daripada Negeri-Negeri Selat (NNS) seperti Singapura, Melaka dan Pulau

Pinang sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.1 Namun demikian, setelah

termaktubnya Perjanjian Pangkor terdapat satu lokasi lain yang memberi kepentingan

kepada pihak British seperti kewujudan Negeri-Negeri Selat, iaitu Jajahan Dinding.

Pada tahun 1874, Jajahan Dinding merupakan salah satu lokasi di Perak yang

diserahkan kepada pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS) selepas termetrainya

Perjanjian Pangkor.2 Jajahan Dinding terletak di sempadan antara Sungai Perak di

sebelah Selat Melaka dan Beruas di bahagian utara.3 Jajahan Dinding atau lebih dikenali

sebagai Pelabuhan Dinding ini mempunyai kedudukan yang agak strategik kerana berada

dekat dengan kawasan Selat Melaka serta merupakan antara laluan perdagangan yang

sibuk.4 Pada masa kini, Pelabuhan Dinding ini terletak di Manjung, Perak dan merupakan

antara kawasan yang terkenal dengan kegiatan agrikultur seperti aktviti penternakan.

Seterusnya, intipati perbincangan akan mengetengahkan pula mengenai perkembangan

Pelabuhan Dinding khususnya ketika era kolonialisme.

2.0 Perkembangan Pelabuhan Dinding

1
Mohd Hairy Ibrahim, Jamaluddin Md. Jahi, Abdul Samad Hagi & Khairi Ariffin, “Menyingkap
Perkembangan Perbandaran Ipoh Menjadi Sebuah Bandaraya, Sari - International Journal of the
Malay World and Civilisation, 29 (2), 2011, hlm. 149-166.
2
Nurlisa Sarah Mohammad Azmi,”Peranan British Dalam Pembangunan Ekonomi dan Sosial Di Jajahan Dinding,
1874-1942”, Sejarah: Journal of History Department, University of Malaya, 28 (2), 2019, hlm. 2.
3
ibid
4
ibid
Dinding adalah merupakan sebuah kedaerahan di Perak yang namanya pernah terlakar

dalam lipatan sejarah dan kini dikenali sebagai Manjung secara rasminya pada 1

Januari 1982.5 Dari sudut geografinya, Dinding terletak di bahagian Hilir Perak yang

dibatasi oleh Sungai Perak dari timur ke selatan, Selat Melaka di sebelah barat dan

Beruas di sebelah utara manakala Selat Dinding terletak di antara Lumut dan Pangkor

yang memisahkan antara keduanya. Bentuk muka buminya pula terdiri daripada

kawasan berpaya rendah, berbukit-bukau serta luas kawasanya adalah kira-kira 482

batu persegi.

Justeru, Jajahan Dinding ini yang diasaskan oleh Nakhoda Muhammad Taib

merupakan sebuah daerah yang pernah berada di bawah pemerintahan Negeri-Negeri

Selat (NNS) sebelum dikembalikan semula kepada Perak pada tahun 1935.6 Ketika

termeterainya Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874, bertempat

di atas kapal HMS Pluto melibatkan rundingan antara Raja Muda Abdullah dan

Gabenor Andrew Clarke disertai oleh pemimpin kongsi gelap Cina serta beberapa

pembesar Melayu seperti Bendahara, Laksamana, Menteri Laut, Syahbandar,

Temenggung, Raja Mahkota dan Dato Sagor, maka bermulalah episod campur tangan

kuasa asing di Perak yang turut menyaksikan kejatuhan Pulau Pangkor dan Jajahan

Dinding kepada British.7

Dikatakan bahawa Perjanjian Pangkor ini merupakan titik tolak yang telah

menyelamatkan Perak daripada krisis politik antara pembesar-pembesar Melayu dan

juga pertelingkahan dengan pelombong Cina yang seolah tiada penghujungnya. Namun

hakikatnya, ia juga dilihat sebagai motif dan peluang bagi pihak Inggeris untuk

5
Majlis Perbandaran Manjung, “Sejarah Manjung” diakses daripada
http://www.mpm.gov.my/ms/pelawat/sejarah-manjung pada 11 Jun 2020.
6
Ibid
7
Khoo Kay Lam,”Documents: The Pangkor Treaty in Malay”, Peninjau Sejarah (1), 1966, hlm. 51-60
menguasai lebih banyak kawasan laluan perdagangan di samping menyekat kekuasaan

Belanda yang telah lama bertapa di Tanah Melayu sejak abad ke-17 lagi. Hal ini dapat

dibuktikan melalui peninggalan Kota Belanda (Rujuk Rajah 2) di Pulau Pangkor yang

berfungsi sebagai gudang penyimpanan hasil bijih timah. Maka, atas alasan yang sama,

British juga berminat menguasai Pulau Pangkor meliputi tanah daratannya iaitu

Dinding.

Dari sisi yang lain, penyerahan Jajahan Dinding ataupun sinonim dengan

gelaran Pelabuhan Dinding ini di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat (NNS) telah

membawa perubahan dari aspek sosial dan ekonomi. Walaupun daerah ini pernah

dimonopoli oleh Belanda, namun kehadiran mereka tidak membantu dalam

membangunkan Dinding secara efektif. Melihat kepada kedudukannya yang

berhampiran dengan Selat Melaka, maka tidak hairanlah ia dapat menarik perhatian

British di samping mempunyai kelebihan air bersih melalui Sungai Perak yang menjadi

nadi kehidupan di lokasi berkenaan sejak sekian lama.8

Potensi yang dimiliki oleh daerah ini menjadikan ia antara pusat tumpuan

perdagangan dan tempat pelabuhan penting. Sejak perbelanjaan pentadbirannya

ditanggung oleh NNS dan di bawah pegangan kolonial British, sektor ekonominya

semakin berkembang pesat. Buktinya, hasil pendapatan pada tahun 1927, menurut

jumlah pendapatan keseluruhan tahun tersebut ialah $ 94, 373 berbanding pada tahun

sebelumnya yang mencatatkan nilai sebanyak $ 88, 187.48.9 Hasil ini pula diperolehi

daripada sumber ekonomi penanaman getah, hasil hutan, cukai kenderaan, petroleum

dan lain-lain lesen serta yuran pemuliharaan.10

8
Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor, “Kerjasama Kedah dan Perlis Dalam Pembangunan Sistem
Bekalan Air Domestik Di Negeri Perlis, 1969-1978,” Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic
Studies, Vol. 45 (1), 2018, hlm. 56-78.
9
Dindings Rural Board, Annual Report for the Year 1927.
10
Dindings Rural Board Budget Service for 1932.
Semasa pentadbiran British di jajahan ini juga memperlihatkan pelabuhan

Lumut sebagai sebuah pelabuhan yang terpenting untuk mengeksport hasil keluaran

jajahan Dinding dan daerah-daerah yang berhampiran. 11 Keadaan bentuk muka

buminya yang berbukit bukau menyimpan pelbagai khazanah yang kaya dengan hasil

hutan berkualiti tinggi seperti damar dan kayu balak untuk kegiatan eksport dan

pembinaan, manakala sebahagian kawasannya yang berpaya pula membekalkan kayu

bakau yang mudah didapati di kawasan Batu Undan Reserve dan Sungei Lumut Crown

Land.

Pelantikan Mr. R.G. Hadden sebagai Conservator of Forests pada tahun 1928

bagi memantau hutan-hutan di daerah ini menunjukkan kepentingan hasil-hasil hutan

sebagai antara sumber utama ekonomi kepada Pelabuhan Dinding. Menurut Annual

Report on Forest Administration in The Dindings for the Year 1927, mencatatkan

bahawa hasil pendapatan utamanya majoritinya diperolehi melalui hasil kayu. Hal ini

kerana, kayu-kayan merupakan hasil hutan yang mendapat permintaan tinggi dalam

pasaran luar misalnya dari Pulau Pinang. Menurut Hadden, sumber kayu di Dinding ini

kebanyakannya mempunyai kualiti terbaik seperti kayu cengal dan meranti. Oleh hal

yang demikian, British memberikan penjagaan dan kawalan rapi akan keadaan kayu-

kayu yang terdapat di hutan-hutan Dinding ini agar keaslian serta kualiti kayu sentiasa

berada dalam keadaan baik.

Selain mempunyai sumber kayu yang berkualiti untuk pasaran eksport,

Jajahan Dinding juga dikatakan giat dalam aktiviti perladangan seperti penanaman

getah. Penanaman getah dilaksanakan atas kehendak yang tinggi dalam industri

automobil yang

11
Othman Mohd. Yatim, Dinding: Jajahan Istimewa Di Perak, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia,
1994.
bermula pada lewat abad ke-19 dan industri getah ini uga turut menjadi kunci ekonomi

dunia pada ketika itu.12 Oleh kerana Jajahan Dinding tidak mempunyai kawasan

perlombongan seperti di Taiping dan Kuala Lumpur, maka British melihat jajahan ini

mempunyai faktor muka bumi yang sesuai bagi penanaman getah secara komersial,

selari dengan permintaan yang tinggi terhadap Revolusi Perindustrian yang berlaku di

Eropah. Pertimbangan itu kemudian mendorong British untuk membuka lebih banyak

estet getah dan membawa masuk buruh dari luar. Kebanyakan tenaga buruh dan boleh

dikatakan hampir keseluruhan tenaga buruh yang bekerja di estet-estet getah di jajahan

Dinding adalah terdiri daripada orang India.

Hasil-hasil getah ini kemudian dibawa keluar daripada Jajahan Dinding

melalui Bandar Pelabuhan Lumut sebelum pihak British menyediakan sistem

infrasktuktur jalan yang lebih cekap. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa sektor

penanaman getah merupakan antara sumber ekonomi yang menguntungkan

terutamanya kepada pihak kolonial British. Hal ini dapat dirujuk melalui pola

peningkatan hasil pendapatan yang direkodkan pada Jun hingga Disember, 1934 seperti

di bawah:

12
Colin Barlow, Sisira Jayasuriya & C. Suan Tan, the World Rubber Industry, New York: Routledge, 1994.
Perkembangan yang positif dan daya tarikan tersendiri yang diberikan oleh

Pelabuhan Dinding ini juga mendorong British untuk menaiktarafkan kemudahan

infrastruktur di kawasan sekitarnya. Usaha ini dapat dilihat melalui transformasi dalam

sistem jalan raya dan sistem salirannya. Sehubungan itu, British telah memperuntukkan

perbelanjaan khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, membaik pulih jalan

raya dan meningkatkan taraf keadaan jalan raya pada tahun 1931. Perbelanjaan dan

peruntukan ini adalah diletakkan di bawah rekod dan catatan NNS.13Walaupun sebelum

ini terdapat juga laluan untuk penduduk tempatan dan pedagang, namun aktiviti

menaiktaraf ini memperlihatkan jalan raya yang berturap dengan asphalt dan tar.

Keadaan jalan raya yang baik bukan sahaja menjadi nadi perhubungan di

antara satu tempat dengan tempat yang lain, sebaliknya ia merupakan faktor penting

dalam menyokong perkembangan industri dan ekonomi British di Perak. Motif utama

usaha ini dilakukan adalah bagi mengangkut hasil ekonomi Jajahan Dinding ke

pelabuhan dengan kadar segera untuk menjimatkan masa perjalanan. Keadaan jalan

raya yang lebih sistematik memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat

British. Selain itu, pertambahan penduduk yang semakin padat di jajahan ini juga

mendorong untuk adanya keadaan jalan raya yang lebih besar dan lebar sebagai jalur

perhubungan utama mereka.

Selain mengambil langkah dalam memperbaiki keadaan jalan raya sedia ada,

kerajaan British juga membina dan membuka jalan raya baru demi kemudahan

komuniti setempat dan juga untuk tujuan perdagangan. Misalnya pembukaan Jalan Titi

Panjang yang siap dibuka untuk kegunaan penduduk Dinding pada tahun 1931. 14 Pada

tahun berikutnya pula, jalan Damar Laut-Batu Hampar telah dibina sepanjang 2
13
Annual Report on the Working of the Rural Board, Dindings for the Year 1931.
14
Ibid
setengah kilometer dengan batu granit dan asphalt. Maka dengan perkembangan dalam

rangkaian sistem perhubungan ini menunjukkan pembangunan yang dinikmati di

Pelabuhan Dinding dan kawasan sekitarnya.

Seterusnya, bagi sistem saliran pula akan dipastikan berada dalam keadaan

bersih dan tiada lumpur. Misalnya, sistem saliran kedai di Jalan Damar Laut-Batu

Hampar dibersihkan dan adanya penambahan tujuh saliran baru di Padang Serai. 15 Di

samping pembersihan sistem saliran sepanjang 5km dari Sungai Bruas dibersihkan
16
dengan menggunakan khidmat bantuan dari Trewhella Grubber. Manakala, sebanyak

2,650 kaki konkrit longkang telah dibina oleh Britsih. Antaranya di beberapa kawasan

kampung di sepanjang Clarke Street Lumut telah dibina semula 742 kaki longkang.17

Seperti jalan raya, British juga menyediakan peruntukan untuk pembinaan

sistem saliran. Garling Place, Clarke Street, Thompson Road, Downing Street, Titi

Panjang Road dan Pengkalan Bahru Village merupakan contoh beberapa kawasan yang

menerima pembinaan longkang konkrit. Manakala, paip-paip konkrit pula telah

menggantikan pembentung kayu seperti yang dilakukan di kawasan jalan berhampiran

Damar Laut. Justeru, British telah meletakkan Pembantu Jurutera diikuti oleh seorang

Head Overseer dan empat orang Sub-Overseers bagi tujuan untuk menyelia hal

berkaitan pembinaan dan penambahbaikan sistem perhubungan di sekitar Jajahan

Dinding.

Melalui sistem saliran yang lebih baik, petempatan di Pelabuhan Dinding juga

dibekalkan dengan bekalan air yang lebih bersih di mana kerja pembersihan sungai atau

sumber air akan dibersihkan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di Sungai Bruas.

15
Ibid
16
Annual Report of the Dindings Rural Board for 1927.
17
Ibid
Kawasan lain seperti Lumut mendapat bekalan air bersih daripada saluran paip yang

telah dibina kemudian menyalurkan air dari takungan air berpusat di Lumut Forest

Reserve. Jajahan Dinding dilihat kaya dengan takungan air bersih kerana terdapat hutan

simpan yang mempunyai sungai yang bersih iaitu sebatang sungai berhampiran

Sogomana Estate atau lebih dikenali sebagai Sungai Tunggal yang menakung air

apabila berlakunya hujan lebat dan menjadi sumber air kepada penduduk

berhampiran.18

Selanjutnya, pembaharuan demi pembaharuan yang diperlihatkan ini juga

merupakan manifestasi akan perkembangan yang aktif di Pelabuhan Dinding.

Berikutan daripada itu, banyak pembinaan bangunan dan petempatan baru dibuka bagi

menampung bukan sahaja penduduk tempatan sedia ada, malah melibatkan imigran

luar seperti Cina, India dan dari negara kejiranan seperti Indonesia yang melihat

peluang perniagaan dan perdagangan di sini. Kedatangan mereka sama ada secara

sukarela mahupun melalui galakan British untuk mengusahakan sektor penting dalam

ekonomi seperti kegiatan perlombongan dan perladangan getah.

Senario pertambahan penduduk ini mendesak British untuk menyediakan

kawasan petempatan baru beserta kelengkapan infrastrukur. Penambahan sebanyak 10

buah rumah telah dibina di Sungei Pinang pada tahun 1886 membuktikan bahawa

berlakunya pertambahan penduduk di Jajahan Dinding selepas British mengambil alih

jajahan ini.19 Sementara itu, pada tahun 1889, peruntukan sebanyak $ 500 disediakan

British daripada pentadbiran NNS untuk tujuan pembinaan jeti di Kota Siam, Sungai

Raja Hitam.20 Inisatif ini menunjukkan komitmen yang diberikan oleh British dalam

18
Diary of Mr. R.G.Hadden, Assistant Conservator of Forest, Dindings, For the Last Period 1st to 16th August
1928.
19
Straits Settlements Government Gazette, 23 Oct-Dec 1889.
20
Ibid
memajukan Jajahan Dinding sehinggakan daerah ini menampilkan kepelbagaian

komuniti penduduk yang pada asalnya majoriti masyarakat tempatan terdiri daripada

orang Melayu. Keadaan ini juga mengalakkan pembukaan jaringan telekomunikasi

yang lebih efisien seperti pejabat telegraf yang beroperasi di Lumut pada tahun 1914

serta pembukaan pejabat pos di Pengkalan Bahru di Jajahan Dinding.

Sejak penguasaan dan kawalan British terhadap Jajahan atau Pelabuhan

Dinding ini, terdapat banyak perubahan bukan sahaja dari aspek ekonomi dan polisi

pentadbiran, malah ia juga meliputi aspek sosial seperti bidang pendidikan. Oleh

kerana Jajahan Dinding ini berada di bawah naungan NNS, maka struktur pendidikan

yang lebih formal dan sistematik telah dibentuk sama seperti negeri-negeri Melayu

jajahannya yang lain. Sekolah vernakular Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil

adalah merupakan antara sekolah yang pernah ditubuhkan di daerah ini.

Kedatangan British telah membawa suatu corak baru dalam sistem pendidikan

yang mengikut corak pecah dan perintah serta dasar terbuka dan tidak campur tangan

dalam sistem pendidikan vernacular. Apabila NNS dipindahkan dari pemerintahan

Kerajaan India ke Setiausaha Jajahan di London pada 1 April 1867, Sir Harry Ord yang

merupakan Gabenor pertama jajahan ini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas

yang dipengerusikan oleh Kolonel R.Wooley untuk mengkaji suasana pendidikan di

tanah jajahan21 di mana meliputi langkah untuk memperluas dan menambahbaik

pendidikan vernakula, khususnya pendidikan vernakular Melayu.22

Walaupun sebelum ini dalam kalangan masyarakat Melayu juga sebenarnya

sudah wujud pendidikan secara tidak formal melalui pengajian Islam dan al-Quran di
21
Lim Peng Han, Sekolah Melayu dan Perpustakaan Sekolah Negeri-Negeri Selat Di Bawah Penjajahan British
Sebelum Perang Dunia Kedua, 1876-1941, Jurnal Perpustakaan dan Maklumat Sains Malaysia Jilid 13, 2008,
hlm. 4.
22
Ibid
sekolah-sekolah pondok serta ilmu mempertahankan diri seperti persilatan, namun

British melihat perlunya reformasi dalam bidang ini dan dalam masa yang sama dapat

memberikan manfaat kepada mereka kelak. Justeru, A.M Skinner merupakan Inspektor

Sekolah yang pertama dilantik pada tahun 1872 dan beliau juga merupakan individu

yang bertanggungjawab mengembangkan sekolah vernakular kerajaan bagi pelajar-

pelajar lelaki berbangsa Melayu di NNS.23 Semua sekolah vernakular Melayu yang

berada dalam Jajahan Dinding diberikan perhatian dan pemantauan sebulan sekali oleh

pihak British.24 Manakala sekolah vernakular Cina dan India mempunyai kebebasan

untuk mengikut sistem pendidikan berpaksikan daripada ideologi dan bahasa ibunda

dari negara masing-masing.

Dari sudut pembiayaan, pendidikan kaum Cina dibiayai sepenuhnya oleh

mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang Cina tanpa sokongan kewangan atau

campurtangan daripada British. Mengambil iktibar daripada episod kekalahan China

kepada Jepun dalam Perang Sino-Jepun pada tahun 1894 di mana kejayaan Jepun

adalah faktor dari pengaplikasian teknologi barat telah membuka ruang kepada prinsip

pendidikan baru yang mana mengetengahkan ajaran Confucious dan aliran sains barat.

Di samping itu, terdapat juga pemimpin dari China yang menggunakan

platform pendidikan bagi meraih sokongan dan taat setia, misalnya seperti kerajaan

Manchu yang cuba untuk menyerapkan ideologi Republik Rakyat bagi tujuan tersebut.

Pada bulan Mei 1920, British telah memperkenalkan suatu Rang Undang-Undang yang

mewajibkan semua sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan dengan Jabatan

Pelajaran yang diletakkan di bawah Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat. Antara

sekolah Cina yang terdapat di jajahan Dinding ini adalah Chinese National School yang
23
Ibid
24
Sufean Hussin, Pendidikan Di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1993, hlm. 79.
dibina di Kampong Bahru. .25 Berbeza dengan institusi pendidikan dalam kalangan

kaum Cina yang boleh berdiri sendiri, pendidikan bagi kaum India kebanyakannya

dibangunkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Beberapa kategori sekolah Tamil yang

wujud adalah sekolah rendah yang mendapat bantuan kerajaan British, sekolah rendah

Tamil yang diuruskan oleh majikan, sekolah rendah Tamil yang ditadbir oleh

masyarakat India dan sekolah Tamil yang diuruskan oleh mubaligh Kristian.

Dicatatkan bahawa pihak kerajaan pusat telah menyediakan peruntukan sebanyak $18,

850 untuk sekolah Tamil di NNS yang merangkumi wilayah di Jajahan Dinding 26.

Dengan ini, dapat ditafsirkan bahawa kerajaan Inggeris juga tidak memandang enteng

soal kebajikan penduduk setempat termasuklah dalam isu pendidikan.

Bidang kesihatan tidak kurang juga mendapat perhatian daripada pihak British

semasa pentadbirannya di Jajahan Dinding. Hal ini kerana sebahagian besar penduduk

di daerah ini merupakan sumber tenaga yang menyokong kegiatan ekonomi. Lantaran

itu, wujudnya Jabatan Kesihatan bagi menyelia tahap kesihatan penduduk di daerah ini.

Sejumlah $ 14, 393 peruntukan telah disediakan pada tahun 1931 oleh British untuk

pembiayaan Jabatan Kesihatan. Berikutan kes malaria yang pernah melanda Jajahan

Dinding sehingga sebanyak 289 kes dilaporkan di Hospital Lumut pada tahun 1910,

maka British memandang serius akan hal ini dengan menubuhkan Unit Anti-Malaria.

Selain itu, British juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelia pasar awam

dan rumah penyembelihan bagi memastikan keadaanya sentiasa dalam keadaan bersih

untuk mengelakkan bawaan penyakit atau wabak yang dapat mengancam kesihatan

masyarakat setempat yang secara tidak langsung dapat menjejaskan pendapatan

ekonominya di mana ianya merupakan objektif utama bagi pihak kolonial British.

3.0 Penutup
25
Philip Loh Fook Seng, Seeds of Seperatism Educational Policy in Malaya 1874-1940, hlm. 40.
26
Dindings Rural Board Budget Sevice for 1932.
Jajahan Dinding merupakan sebuah lokasi yang diletakkan dibawah pentadbiran

Negeri-Negeri Selat selepas termeterainya Perjanjian Pangkor 1874.27 Jajahan Dinding

sebelum perjanjian tersebut, dilihat sebagai kawasan yang mempunyai kepentingan

tersendiri kepada Kerajaan Perak berdasarkan kelebihan geografi, hasil bumi dan

pentadbiran Melayu tradisional di lokasi berkenaan.

Pada tahun 1826, Sultan Perak telah membuat perjanjian dengan pedagang

Inggeris bernama James Low untuk menyerahkan Pulau Dinding kepada Inggeris agar

pihak Inggeris dapat membantu Perak membasmi ancaman lanun tersebut. Sejak itu,

Jajahan Dinding telah dijadikan pusat pentadbiran oleh British. British dilihat turut

berperanan dalam membangunkan dalam pelbagai sektor. Keadaan ini sedikit

sebanyak telah membawa transformasi dan perkembangan dalam pelbagai bidang

yang bukan terhadap sektor ekonomi, malah terhadap sektor pentadbiran dan sosial.

British juga telah menaiktaraf kemudahan insfrastruktur dan membaik pulih jalan

dalam sistem perhubungan untuk memudahkan laluan perdagangan. Selain itu,

pembaharuan seperti pembinaan bangunan dan penempatan baru turut diketengahkan

dalam isu perkembangan Pelabuhan Dinding semasa era kolonial. Pembangunan dan

perkembangan aktif ini telah membawa kepada pertumbuhan pesat penduduk di

Daerah Dinding. Di samping itu, pihak British turut memperkenalkan bidang

pendidikan yang lebih sistematik dengan penubuhan sekolah yang mengikut corak

corak pecah dan perintah serta dasar terbuka dan tidak campur tangan dalam sistem

pendidikan vernacular. Selain itu, British berperanan dalam membangunkan sektor

ekonomi di Perak seperti aktiviti penanaman getah, hasil hutan dan hasil cukai. 28

Sememangnya penyerahan Jajahan Dinding kepada British membawa kepada

perubahan yang besar terhadap aspek sosial dan ekonomi di Jajahan Dinding.
27
Talib Samad, Memartabatkan Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib, Perak: Yayasan Perak, 2011, hlm.1-
20.
28
9 Dindings Rural Board Budget Sevice for 1932.
Jelaslah disini dapat kita simpulkan bahawa campur tangan British sebenarnya

sedikit sebanyak membawa kepada perkembangan Pelabuhan Dinding walaupun

mereka sememangnya mempunyai kepentingan tersendiri . Namun pentadbiran

British telah beralih selepas takhta negeri Perak diambil alih oleh Sultan Perak ke 30,

Sultan Iskandar Shah. Baginda telah berusaha semenjak tahun 1917 untuk

mengembalikan wilayah Dinding kepada Perak. Nama daerah Dinding telah

ditukarkan kepada Iskandar District dan Lumut kepada Port Iskandar. Sebuah masjid

yang dinamakan Masjid Al-Adli telah dibina di Lumut sebagai tanda kesyukuran.

Sejak itu, Dinding telah berkembang maju dan hari ini dikenali sebagai Manjung pada

1 Januari 1982 oleh Sultan Idris Shah II.

Rujukan

B. N. Koopmans. (1964). Geomorphological and historical data of the lower course of

the Perak River (Dindings). Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society,

Vol. 37, No. 2 (206), hlm. 175-191.

Colin Barlow, Sisira Jayasuriya & C. Suan Tan. (1994).The World Rubber Industry,

New York: Routledge.

Khoo Kay Lam. (1966). Documents: The Pangkor Treaty in Malay. Peninjau Sejarah

(1), hlm. 51-60

Lim Peng Han. (2008). Sekolah Melayu dan Perpustakaan Sekolah Negeri-Negeri

Selat Di Bawah Penjajahan British Sebelum Perang Dunia Kedua, 1876-1941. Jurnal

Perpustakaan dan Maklumat Sains Malaysia Jilid 13, hlm. 4.


Merewether. (1891). Outline Of the History of the Dindings from The 17th Century

To The Present Time. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, No. 23 1,

hlm. 35-47.

Majlis Perbandaran Manjung. Sejarah Manjung. Diakses daripada

http://www.mpm.gov.my/ms/pelawat/sejarah-manjung pada 11 Jun 2020.

Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor. (2018). Kerjasama Kedah dan Perlis

Dalam Pembangunan Sistem Bekalan Air Domestik Di Negeri Perlis, 1969-1978. Jebat:

Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 45 (1), hlm. 56-78.

Mohd Hairy Ibrahim, Jamaluddin Md. Jahi, Abdul Samad Hagi dan Khairi Ariffin.

(2011). Menyingkap Perkembangan Perbandaran Ipoh Menjadi Sebuah Bandaraya, Sari.

International Journal of the Malay World and Civilisation, 29 (2), hlm. 149-166

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Nurlisa Sarah Mohammad Azmi. (2019). Peranan British Dalam Pembangunan

Ekonomi dan Sosial Di Jajahan Dinding, 1874-1942. Sejarah: Journal of History

Department, University of Malaya, 28 (2), hlm. 2.

Nurlisa Sarah Mohammad Azmi. (2019). Peranan British Dalam Pembangunan

Ekonomi Dan Sosial Di Jajahan Dinding, 1874-1942. Perak: Universiti Antarabangsa Quest.

Othman Mohd. Yatim (1994). Dinding: Jajahan Istimewa Di Perak, Kuala Lumpur:

Persatuan Muzium Malaysia.


Othman Bin Mohd Yatim. (T.T) Orang-orang Melayu di Jajahan Dinding Perak.

Muzium Negara.

Philip Loh Fook Seng. (T.T).Seeds of Seperatism Educational Policy in Malaya 1874-

1940, hlm. 40.

Sufean Hussin. (1993). Pendidikan Di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 79.

Talib Samad, Memartabatkan Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib, Perak:

Yayasan Perak, 2011, hlm.1-20

W. E. Maxwell. (1882). The Dutch in Perak. Journal of the Straits Branch of the

Royal Asiatic Society, No. 10, hlm. 245-268A

LAMPIRAN
Rajah 2: Menunjukkan Kota Lama Belanda di Pulau Pangkor, Dinding
Rajah 3: Menunjukkan petikan akhbar dari The Brisbane Courier bertarikh
8 April 1924 berkenaan penglibatan Dinding dalam kegiatan import British

You might also like