You are on page 1of 29

1.

0 PENDAHULUAN

Era pemerintahan Keshogunan Tokugawa di Jepun yang bermula pada tahun 1603 di bawah
kendalian Shogun Ieyasu (1603-1616) akhirnya tumbang juga secara rasmi pada tahun 1868
apabila Shogun Keiki menyerah kalah dalam pertempuran di Hokaido dan Hokadate. Tentera
Tokugawa juga menyerah diri. Dengan kekalahan ini maka tamatlah kekuasaan keluarga
Shogun secara menyeluruh pada tahun 1869. Dengan ini juga maka lenyaplah pemerintahan
sistem shogun di negeri Jepun kerana Maharaja Meiji yang memegang tampuk pemerintah
ketika itu telah menghapuskan sistem shogun yang dianggap lebih membawa kehancuran
daripada kebaikan1.

Kejatuhan keluarga Shogun di Jepun memperlihatkan kuasa sebenar maharaja


dikembalikan di mana Maharaja Mikado Mutsuhito yang lebih dikenal dengan panggilan
Maharaja Meiji dilihat menerajui tampuk pemerintahan Jepun. Apabila Meiji menaiki takhta ,
Jepun dilihat telah memasuki dunia baru dengan mengikut cara barat. Meiji telah membuat
perubahan-perubahan pesat yang mengagumkan bagi memodenkan Jepun dalam aspek yang
menyeluruh iaitu meliputi bidang ekonomi, sosial dan pentadbirannya termasuklah bidang
ketenteraan. Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Meiji sehingga kemajuan yang
dicapai oleh Jepun dalam masa yang singkat sangat menakjubkan. Disebabkan perubahan-
perubahan yang mendadak menyebabkan zaman Meiji dikenal sebagai Restorasi Meiji juga
Zaman Peralihan. Dengan itu, pada lembaran seterusnya kami cuba membahaskan berkenaan
dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Meiji dalam memodenkan Jepun2.

1
Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.
Hlm 77-78.

2
Ibid. Hlm 89.
2.0 ISI-ISI

3.0 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

3.1 Penghapusan Sistem Feudal (NURUL EZZATY BINTI BAHARUDDIN


D20101037642)

Pemerintahan Meiji pada tahun 1868 telah membawa satu perubahan yang besar di Jepun.
Pemerintahan menuju kepada pembentukan negara moden telah mengubah keseluruhan gaya
hidup masyarakat yang meliputi aspek ekonomi, sosial, dan politik. Ia telah memberikan
sejarah baru bagi kehidupan masyarakat di Jepun. Tumpuan utama pembentukan pemodenan
ialah sebagai salah satu usaha bagi mengembalikan semula kuasa mahajaraja sebagai ketua
masyarakat Jepun yang tertinggi. Langkah awal yang telah diambil oleh Mahajaraja Meiji
adalah dengan menghapuskan sistem feudal. Sistem Feudalisme pada zaman tersebut terdiri
daripada tanah dan tentera. Penghapusan sistem feudalisme ini juga dikatakan mampu untuk
memberikan kebebasan kuam petani dan ia telah menimbulkan kekuatan-kekuatan petani.3

Pada 29 Ogos 1871, Maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah


feudal.4 Pengisytiharan penghapusan sistem feudal tanah ini perlu bagi menunjukkan
kekeuasaan maharaja terhadap tanah yang terdapat di Jepun. Hal ini adalah kerana, sistem
feudal terhadap tanah telah menunjukkan bahawa tanah diserahkan kepada daimyo sekaligus
mereka menguasai tanah hingga telah menyebabkan Maharaja hilang hak serta kuasa untuk
mengawal tanah. Pengahapusan sistem feudal tanah ini telah dapat mengurangkan
penguasaan daimyo terhadap tanah. Sebanyak 250 daimyo yang telah dimansuhkan, dan
tinggal 43 buah jajahan yang ditadbir oleh gabenor yang dilantik oleh emperor.5

Dengan berlakunya pengisytiharan penghapusan sistem feudal di Jepun ini, ia telah dapat
menjamin kuasa serta pengawalan Maharaja Meiji. Ia sekaligus dapat mengukuhkan
kedudukan Maharaja Meiji. Penguasaan terhadap seluruh Jepun membolehkan Maharaja
mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengawal penduduk dan negara. Ia sekaligus dapat

3
W.G.Breasley (1963). The Modern History of Japan. New York : Frederick A,Praeger Publisher. Hlm 145.

4
M.Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Hlm 61.

5
Harun Che Su (1982). Pandang ke Timur Mengapa Jepun Jadi Pilihan. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya. Hlm 16.
menjamin terhadap perubahan yang dirancang dapat dijalankan tanpa ada sebarang bentuk
halangan. Dengan ini, usaha kearah memodenkan Jepun akan dapat tercapai.

Bukan itu sahaja, Meiji juga telah menyamaratakan hak serta undang-undang setiap
penduduk di Jepun.6 Antara yang dihapuskan adalah dengan menghapuskan kelas sosial
Samurai. Peluang pekerjaan diberikan kepada sesiapa yang layak serta berbakat. Mereka juga
dibenarkan untuk memilih pekerjaan serta memilih jenis tanaman yang disukai untuk
bercucuk tanam. Hal ini mendorong kepada pengumpulan hasil daripada pelbagai jenis
tanaman tanpa ada rasa terpaksa. Ia juga mampu untuk menjana ekonomi sekaligus dapat
mengembangkan tahap ekonomi Jepun di Luar negara.

Pada tahun 1872, kelas sosial telah dihapuskan oleh Maharaja Meiji. Ia meliputi kelas
sosial samurai, petani dan petukang.7 Penghapusan sistem sosial ini telah memberikan kesan
yang mendalam kepada golongan samurai. Hal ini adalah kerana, sebelum zaman
pemerintahan Mahajara Meiji, golongan samurai merupakan penguasa paling tertinggi di
Jepun. Golongan samurai mendapat taraf sosial yang paling tinggi dalam kalangan
masyarakat di Jepun. Sekitar tahun 1871, golongan samurai tidak dibenarkan untuk
menggunakan pedang panjang atau pisau pendek.8 Bukan itu sahaja, pada zaman sebelum
pemerintahan Maharaja Meiji, golongan samurai merupakan golongan pahlawan Jepun,
namun selepas pemansuhan kelas sosial oleh Maharaja Meiji samurai tidak lagi diiktiraf
sebagai pahlawan lagi. Bagi menurunkan lagi penguasaan samurai, pada tahun 1876
Maharaja Meiji telah memperkenalkan sistem pembayaran kepada golongan samurai. Sistem
pembayaran ini jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan penggunaan elaun pada
sebelum ini.

3.2 Pemodenan Ketenteraan

Kekuatan yang dimiliki oleh pihak kuasa barat tidak dapat ditandingi. Hal ini sudah
termaklum oleh pemimpin-pemimpin Jepun. Perluasaan kuasa imperialisme telah
membuatkan negara-negara yang tertindas ini dipergunakan oleh pihak kuasa barat dengan
memaksa supaya sesebuah negara menandatangani perjanjian-perjanjian yang tidak adil.
6
Peter F.Kornicki (1998). Meiji Japan : Political, Economic and Sosial History. Canada : Routledge. Hlm 12.

7
Elise K.Tipton (2002). Modern Japan : A Social and Political History. Canada : Routledge. Hlm 46.

8
W.Scott Morton (2006). Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm 167.
Kedaulatan Jepun akan terancam sekiranya tidak dikawal. Ini adalah kerana, barat sedang
berada dipuncak imperialism mereka. Barat juga merasakan bahawa kekuasaan serta
kekuatan adalah lebih penting jika hendak dibandingkan dengan harta. 9 Pemahaman maksud
kekuasaan ini membuatkan negara barat terus menguasai kekuasaan terhadap negara lain.
Maharaja Meiji juga berpendapat bahawa, satu cara yang dapat menyelamatkan Jepun
daripada serangan musuh, peraturan yang ketat dan keberkesanan tentera sahaja yang dapat
membantu.10 Pemimpin-pemimpin Jepun mula menyedari bahawa untuk mengawal Jepun
daripada berada didalam penguasaan Jepun, kuasa yang dimiliki oleh golongan tentera Jepun
perlu berada didalam keadaan yang kuat. Bagi mempastikan bahawa, perancangan yang
dibentuk dapat dilaksanakan dengan sempurna, Maharaja telah memperkenalkan penggunaan
slogan bagi menaikkan semangat para pejuang Jepun. Antara salah satu slogan tersebut
adalah Fukoku Kyohei (negara yang kaya dan tentera yang kuat. Selain daripada itu, sistem
yang sama seperti barat diaplikasi dalam pentadbiran barat.11

Sistem kerahan tenaga telah diperkenalkan di Jepun pada bulan Disember 1872 oleh
Yamagata Aritomo.12 Sistem kerahan tenaga ini telah dilaksanakan selaras dengan apa yang
telah diperkenalkan oleh pihak barat. Hal ini adalah kerana, Meiji merasakan bahawa, sistem
yang diamalkan dibarat merupakan faktor utama mereka mencapai kemodenan. Sistem ini
diberikan kepada rakyat tempatan yang berusia sekitar 20 tahun keatas. Sistem kerahan
tenaga ini menuntut mereka untuk berkhidmat kepada kerajaan selama 12 tahun. Mereka
akan berkhidmat didalam angkatan tentera darat mahupun angkatan tentera laut. Sistem
kerahan ini dipecahkan kepada 2 pasukan iaitu 3 tahun tetap dan 9 tahun simpanan.

Maharaja Meiji telah memperkukuhkan tentera darat dengan memperkenalkan


penggunaan senjata moden yang terdiri seperti senapang dan meriam. Senjata-senjata moden
ini telah dibuat oleh industri-industri tempatan. Cara-cara latihan tentera darat juga telah
diperbaiki dengan melantik beberapa orang pegawai tentera asing telah diambil berkhidmat
untuk melatih teknik-teknik berperang kepada pegawai-pegawai dan askar-askar Jepun. Pada
tahun 1872, askar Perancis telah sampai ke Jepun untuk berkhidmat sebagai guru kepada
9
Richard J.Samuels (1994). ‘Rich Nation, Strong Army’ : National Security and the Technological Transformation
of Japan. New York : Cornell University Press. Hlm 6.

10
W.G.Beasley (1953). The Modern History of Japan. Hlm 135.

11
Richard J.Samuels (1994). ‘Rich Nation, Strong Army’ : National Security and the Technological
Transformation of Japan. Hlm 36.

12
Elise K.Tipton (2008). Modern Japan : A Social and Political History. Hlm 45.
askar-askar Jepun di institusi ketenteraan.13 Maharaja Meiji juga telah menghantar tentera
Jepun ke akademik tentera negara-negara maju yang lain bagi memperlajari teknik
ketenteraan yang moden sekaligus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan negara
maju tersebut

Selain memperkukuhkan tentera darat, Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan


sistem ketenteraan laut di Jepun. Ia diperkenalkan pada tahun 1872. Pengukuhan sistem
kententeraan Laut ini dimulakan dengan pembaikan kemudahan di pelabuhan. Selain
daripada itu, lantikan tentera British sebagai jurulatih tentera laut. Bukan itu sahaja, Maharaja
Meiji juga telah menghantar tentera laut Jepun ke England sebagai latihan pengukuhan
ketenteraan. 14Selain daripada mempelajari latihan ketenteraan, tentera Jepun juga melakukan
praktikal di England. Mereka diberikan latihan praktikal selama 10 tahun atau lebih
kemudian mereka akan diambil semula oleh pihak kerajaan Jepun untuk berkhidmat di
pelabuhan Jepun.

3.3 Pembaharuan Undang-Undang

Langkah pertama yang diambil oleh Maharaja Meiji adalah dengan melakukan pengkajian
terhadap semua perjanjian-perjanjian lama yang telah ditandatangani pihak Jepun dengan
pihak kuasa barat yang menunjukkan ketidakadilan.15 Maharaja Meiji merasakan bahawa
sistem perundangan yang perlu ada di Jepun mesti seiring dengan perkembangan industri
kapitalisme yang berjalan di Jepun, sekaligus dapat membuka mata kuasa barat bahawa Jepun
memiliki sistem perundangan yang moden.16

Bagi mempastikan bahawa sistem perundangan Jepun merupakan sistem perundangan


yang moden, Mahajara Meiji telah melantik Gustave Roissonade de Fontarable, yang
merupakan seorang peguam daripada Perancis sebagai penasihat kepada Kementerian
Keadilan di Jepun. Gustave telah diarah untuk menggubal undang-undang Jenayah moden.

13
Ibid.

14
W.G.Beasley (1963). The Modern History in Japan. Hlm 144.

15
M.Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 68.

16
Gordon Johnson (1981). Modern Asian Studies. London : Cambridge University Press. Hlm 253.
Selain daripada itu juga, beliau telah diamanahkan juga untuk menggubal undnag-undnag
sivil dan perdagangan yang diperkenalkan pada 1888.17

3.4 Politik (KHATY AMALINA BINTI SALLEH DICKY D2010103794)

Selepas Tokugawa Yoshinobu mengemukan perletakan jawatannya kepada maharaja pada


bulan November 1867, berlakulah pemulihan sistem kemaharajaan yang telah diisytiharkan
pada bulan Januari 1868 dan pada tahun 1869 semua pengikut setia Tokugawa Yoshinobu
turut dikalahkan.18 Kemudian, bermulalah era pemerintahan Maharaja Mutsuhito yang digelar
Meiji. Pada era Meiji iaitu sekitar tahun 1869 hingga 1912, usaha ke arah pemulihan dan
pemodenan dilakukan di Jepun dari aspek kehidupan, politik, ekonomi, kebudayaan dan
sosial.19 Dalam tempoh inilah sistem feudal telah dihapuskan dan bermulalah pergerakan
liberal dalam negara. Sistem parti politik dan perlembagaan juga wujud dalam era
pemerintahan Meiji di Jepun.
Maharaja Meiji yang berumur 16 tahun itu telah menandatangi sebuah dokumen yang
dikenali sebagai Charter Oath atau Piagam Perjanjian Oath yang mengandungi lima artikel
pada bulan April 1868. Lima artikel tersebut mengandungi perkara berikut:
i. Segala perhimpunan untuk perbincangan diadakan secara meluas dan semua masalah
diselesaikan secara bersama.
ii. Semua golongan hendaklah bersatu dan bekerjasama dalam meningkatkan ekonomi
dan pentadbiran negara.
iii. Masyarakat biasa dan golongan tentera bebas untuk mencapai cita-cita yang diingini.
iv. Adat resam yang tidak relevan perlu ditinggalkan dan semua perkara lama hendaklah
berdasarkan undang-undang semula jadi.
v. Pengetahuan hendaklah dicari di seluruh dunia demi memantapkan lagi asas
pemerintahan kerajaan.20

17
W.Scott Morton (2006). Jepun : Sajarah dan Budaya. Hlm 169.

18
Ann Waswo (1996). Modern Japanese Society 1868-1994. Oxford: Oxford University Press. Hlm 8.

19
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. New Delhi: Atlantic Publishers & Distributors. Hlm 29.

20
Conrad, S., David, L. & Suzanne, G. (2011). A Brief History of Japanese Civilization. United States: Cengage
Learning. Hlm 168. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=I0Gz5nMHDO4C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false pada
Disember 19, 2012.
Charter Oath ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan baru ini merancang untuk tidak
menentang pihak Barat tetapi mengambil pelajaran daripadanya dan bergabung untuk
mengukuhkan lagi kekuasaan kerajaannya. Hal ini seterusnya membawa kepada perubahan
slogan “Revere the Emperor, Expel the Barbarians” diganti dengan “Japanese Spirit, Western
Learning” yang sesuai dengan cita-cita untuk memodenkan negara Jepun.21
Seterusnya, kerajaan Meiji telah mengamalkan pemusatan kuasa dalam
pemerintahannya. Pada tahun 1869, pusat pemerintahan telah berpindah ke Edo yang dikenali
sebagai Tokyo iaitu “Ibu negara Timur” dan istana Syogun telah dijadikan sebagai tempat
tinggal maharaja.22 Usaha yang dilakukan ke arah pemusatan kuasa ialah dengan
memperkenalkan sistem wilayah dan cukai serta halangan ekonomi di antara wilayah turut
dihapuskan. Pada bulan Mac 1869, Kido Koin di Chosu dan Okubo Toshimichi di Satsuma
telah memujuk daimyo masing-masing untuk menyerahkan tanah kepada maharaja untuk
penyusunan semula wilayah.23
Kemudian, pada bulan Ogos 1871, pihak kerajaan pusat telah mengumumkan untuk
menghapuskan domain dan menggantikannya dengan wilayah.24 Ramai yang terkejut dengan
keputusan ini tapi tidak ada penentangan yang besar. Para Daimyo telah dipujuk untuk
menerima perubahan ini dengan memberikan mereka pendapatan daripada wilayah masing-
masing dan tanggungjawab membayar gaji samurai pula diambil alih oleh kerajaan.
Pertukaran ini membawa kepada 75 wilayah di Jepun, tetapi jumlah ini kemudiannya menjadi
45 wilayah sahaja.
Selepas Maharaja Meiji menandatangani Piagam Perjanjian Oath, Perlembagaan 1868
(Constitution of 1868) pula diisytiharkan dan seterusnya menubuhkan Dewan Negara atau
Dajokan yang mempunyai kuasa tertinggi dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu legislatif,

21
Kenneth Henshall (2012). A History of Japan: From Stone Age to Superpower. United Kingdom: Palgrave
Macmillan. Hlm 76-77. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=vD76fF5hqf8C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false pada
Disember 18, 2012.

22
Beasley, W. G. (2000). The Japanese Experience: A Short History of Japan. California: University of California
Press. Hlm 212. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=9AivK7yMICgC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false pada
Disember 18, 2012.

23
Kenneth Henshall (2012). A History of Japan: From Stone Age to Superpower. Hlm 78. Dicapai atas talian
http://books.google.com.my/books?
id=vD76fF5hqf8C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false pada
Disember 18, 2012.

24
Ibid.
eksekutif dan judisiari.25 Dewan Negara ini berada dibawah pimpinan pengerusi berketurunan
bangsawan iaitu Sanjo Sanetomi dan mempunyai tiga bahagian iaitu Dewan Kiri yang
mengawal hal ehwal perundangan, Dewan Kanan yang mengawasi kementerian serta Dewan
Pusat yang mengawal kedua-dua dewan tersebut.26
Kemudian, bagi mengukuhkan lagi asas pemerintahan kerajaan, Jepun telah
menghantar Kido Takayoshi dan Ito Hirobumi dan beberapa orang lagi untuk melawat ke
negara Amerika Syarikat dan Eropah dibawah Misi Iwakura yang diketuai oleh Iwakura
Tomomi. Lawatan ini mempunyai dua tujuan iaitu pertama untuk membincangkan Perjanjian
Berat sebelah dengan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat, kedua untuk mengumpulkan
ilmu pengetahuan mengenai sains, teknologi dan perubatan, ekonomi, politik, sistem undang-
undang di samping membantu Jepun untuk mengecapi negara kuasa moden dengan lebih
cepat.27 Mereka kembali ke Jepun pada bulan September 1873 dengan membawa
penghargaan baru mengenai kepentingan dan kesusahan mencapai negara yang moden.28
Mereka percaya bahawa Jepun akan berhadapan dengan banyak cabaran untuk mencapai
negara yang moden.
Selepas perlembagaan 1868 diperkenalkan, terdapat satu lagi perlembagaan yang
diisytiharkap ada tahun 1889 iaitu Perlembagaan Meiji. Perlembagaan ini merupakan sebuah
dokumen yang sangat penting kerana pengisytiharannya telah membawa kepada sistem
pemerintahan demokrasi berpalimen di Jepun walaupun ianya bukan tujuan utama dalam
perlembagaan tersebut. Dua ciri-ciri Perlembagaan Meiji iaitu maharaja merupakan kuasa
tertinggi dan turut menyatakan bahawa kuasa sebenar dijalankan oleh orang lain seperti
perdana menteri. Semua hal ehwal berkaitan dengan eksekutif, legislatif dan judisiari adalah

25
Mikiso, H. & Louis, G. P (2011). Modern Japan: A Historical Survey. United States: Westview Press. Hlm 168.
Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=YCYd0GicIXUC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false pada
Disember 18, 2012.

26
Morton, W. S. & Olenik, J. K (2005). Japan: It’s History and Culture. New York: The McGraw-Hill Inc. Hlm 148-
149.

27
Christopher, G. T (2009). Modern Japan: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press. Hlm 48.
Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=uuCmcKo6Y7gC&printsec=frontcover&dq=modern+japan:+a+very+short+introduction&hl=en&sa=X&ei=-
87VUJX1HNDPrQfYt4D4BA&ved=0CDQQ6AEwAA pada Disember 18, 2012.

28
Conrad, S., David, L. & Suzanne, G (2011). A Brief History of Japanese Civilization. United States: Cengage
Learning. Hlm 171. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=I0Gz5nMHDO4C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false pada
Disember 19, 2012.
terletak dibawah kuasa maharaja namun perlu mendapatkan nasihat daripada perdana menteri
dan ahli dalam kerajaan dalam menjalankannya. Maharaja merupakan Ketua Kerajaan Jepun
dan Komander Tertinggi tentera bersenjata Jepun dan juga berkuasa mengisytiharkan perang
serta memutuskan perjanjian damai.29
Seterusnya, di bawah Perlembagaan Meiji ada Diet iaitu parlimen yang terdiri
daripada Dewan Tinggi dan Dewan Rendah.30 Kedua-dua Dewan ini berkongsi kuasa dari
segi kewangan, legislatif dan perkara-perkara lain. Diet mesti mengadakan perhimpunan
sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Semua ahli dewan bebas dalam menyuarakan
pendapat mereka. Diet tersebut berkuasa dalam membuat undang-undang dan tiada undang-
undang yang boleh lulus tanpa dibicarakan dalam dewan. Antara perkara yang dibincangkan
dalam Diet ialah mengendalikan hubungan diplomatik dengan kuasa asing, pengisytiharan
perang, membuat perdamaian, menentukan struktur eksekutif dan lain-lain, pembayaran gaji
orang awal dan tentera, pemberian pengampunan dan banyak lagi.31
Dalam era pemerintahan Meiji, sistem parti politik turut diperkenalkan. Pada tahun
1878, parti pertama di Jepun telah ditubuhkan iaitu Parti Liberal (Parti Jiyuto) yang diketuai
oleh Itagaki dan Goto Shojiro dengan ciri-ciri radikalisme Perancis dan tahun berikutnya
muncul Parti Progresif atau Parti Rikken Kaishinto yang meniru stail perlembagaan dan
parlimen British dan diketuai oleh Okuma.32 Kewujudan parti ini tidak disukai oleh
maharaja, oleh itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengelak kedua-dua parti tersebut
berhimpun dan setiap perhimpunan pula akan diawasi oleh polis. Hal ini kerana, kedua-kedua
parti tersebut seolah-olah akan mengurangkan kuasa raja.
Selain itu, Parti Jiyuto dan Parti Rikken Kaishinto turut memperjuangkan ideologi
yang sama iaitu untuk menubuhkan negara demokrasi dan menegakkan keadilan rakyat.
Kemunculan parti ini turut mempengaruhi masyarakat di Jepun kerana ramai yang mula
mengambil berat tentang politik. Keadaan ini membimbangkan maharaja sehingga beliau
mengharamkan aktiviti politik di Jepun pada tahun 1884. Namun, kedua-dua parti tersebut
tidak bertahan lama. Pada tahun 1896, Okuma telah menubuhkan parti baru yang dipanggil

29
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm 65.

30
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm 65.

31
Ibid. Hlm 66.

32
Morton, W. S. & Olenik, J. K (2005). Japan: It’s History and Culture. Hlm 163.
Shimpoto dan tahun 1898, Parti Jiyuto dan Shimpoto telah bergabung membentuk parti
politik baru yang dikenali sebagai Kenseito.33
Di sini dapat dilihat bahawa dalam era pemerintahan Meiji, beliau bukanlah seorang
maharaja yang berkuasa mutlak kerana dalam pemerintahannya kerana beliau perlu
mendapatkan nasihat daripada perdana menteri terlebih dahulu untuk membuat sesuatu
keputusan. Namun, usahanya dalam pemulihan dan pemodenan Jepun boleh dikatakan
berjaya, buktinya Jepun dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi negara maju dan
setanding dengan Barat pada masa ini.
4.0 ASPEK SOSIAL

4.1 Pendidikan (NURUL EZZAH BINTI BARMAN D20101037756)

Melalui slogan ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’, Maharaja Meiji mengalakkan


sistem pelajaran moden. Namun, mereka tidak secara bulat-bulat menerima sistem
pendidikan barat. Matlamat dalam pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang
cintakan negara, menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada ketua. Oleh itu, penduduk
Jepun berjaya menerapkan kepentingan pendidikan kepada anak-anak sekaligus
mempercepatkan proses kemajuan negaranya. Sistem pelajaran pada masa itu sangat
mementingkan subjek pengajaran sains dan kejuruteraan. Buku-buku yang bermutu dalam
bidang-bidang tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Jepun. Di samping itu, ramai tenaga
pengajar dan golongan profesional dan ahli akademik luar telah diambil dari Britain dan
Amerika Syarikat.34

Kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan pada tahun 1871, setahun selepas itu
35
barulah rancangan untuk mewajibkan pendidikan sekolah rendah diumumkan. Pada
peringkat permulaan kerajaan, sistem Perancis diterima pakai dengan lapan buah sekolah
mewajibkan pendidikan rendah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan selama tiga tahun
kemudian ditambah kepada enam tahun.36 Sebelum itu, kanak-kanak perempuan bersekolah
untuk tempoh empat tahun.

33
Radhey Shyam Chaurasia. (2003). History of Japan. Hlm 86.

34
Conrad Schirokauer (1978). A Brief History of Japanese Civilization. London: Harcourt Brace College
Publisher. Hlm 210.

35
W. G. Beasley (1963). The Modern History of Japan. Hlm 112.
36
W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Hlm 169.
Pada 1877, pusat utama untuk pengajian tinggi Jepun, iaitu Universiti Tokyo yang
kemudiannya dikenali sebagai Universiti Imperial Tokyo telah disusun semula dalam bentuk
sebagai alat untuk latihan birokrasi masa depan. Dengan pembaharuan ini, seluruh kakitangan
universiti adalah di bawah kawalan kerajaan, terikat pada semua tanggungjawab dan sekataan
dalam pegawai kerajaan serta diberi tempat dalam hierarki birokratik. Organisasi jabatan
lama yang bebas sekarang ditukar kepada kawalan berpusat yang rigid. Ia dikawal oleh
presiden yang mempunyai tanggungjawab utama terhadap Menteri Pendidikan. Menteri
Pendidikan pula bertanggungjawab terhadap maharaja. Oleh itu, profesor bukan lagi sarjana
yang penting, tetapi pegawai kerajaan dan dalam keupayaan ini mereka perlu mengangkat
sumpah kepada kerajaan.37

Pada 1879, pendidikan bersifat universal dan utilitarian. Sementara mata pelajaran baru
yang diperkenalkan di peringkat tinggi termasuk kejuruteraan mekanikal, undang-undang
Perancis, ekonomi dan bahasa Inggeris.38 Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti
Diraja Tokyo. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu.
Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian
urusan pentadbiran, pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Universiti ini menekankan
pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap maharaja dan negara. Pelajar-pelajarnya
diajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang disadur
dari etika Kung Fu Tze. Selain daripada pendidikan dalam negeri, ada juga pelajar-pelajar
yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat. Dalam
tahun 1871 sahaja , terdapat kira-kira 54 orang pelajar telah dihantar ke Britain untuk
mempelajari aspek ketenteraan laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk
mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan dan tujuan Amerika pula mempelajari
perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi.39

Selain itu, perkembangan bidang pendidikan semasa era Meiji menyaksikan


Universiti Konfucius di Edo digabungkan dengan sekolah perubatan Syogun dan pengajian
bahasa di Institut Penyelididkan membentuk universiti kerajaan baharu yang diberi nama
Universiti Tokyo pada tahun 1897. Bilangan universiti juga semakin bertambah dari
37
Herbet Norman E. terjemahan. Ismail Ahmad (1996). Kemunculan Jepun sebagai Negara Moden. Kuala
Lumpur : Yayasan Panataran Ilmu. Hlm.201.

38
Abu Talib Ahmad (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 182.

39
Harold M. Vinacke (1959). A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton Century Crofts Inc.
Hlm 404.
Universiti Kyoto pada tahun 1897 kepada Universiti Hokkaido di Sapporo pada tahun 1918. 40
Pertambahan Universiti di Jepun pada era tersebut telah melahirkan banyak golongan
intelektual dan pertambahan golongan intelektual ini juga secara tidak langsung membawa
kepada kemusnahan sistem feudalisme di Jepun. Pembangunan yang berlaku di Universiti
Imperial Tokyo dilihat mencerminkan cara pemikiran generasi masa depan golongan elit di
Jepun.41Dua universiti persendirian yang terkemuka iaitu Universiti Keio telah diasaskan oleh
Fukuzawa Yukichi pada tahun 1858 dan Universiti Waseda diasaskan oleh Okoma dalam
tahun 1882.42

Kebudayaan

Pengaruh Barat dilihat menular dalam diri sebahagian masyarakat Jepun seperti gaya
potongan rambut yang menunjukkan kemodenan.43 Selain pendidikan, beberapa perubahan
turut berlaku dalam kebudayaan Jepun. Perubahan berlaku dalam konsep seni lukis, seni
muzik dan seni drama. Seni lukis tradisional Jepun telah diperbaharui dengan penggunaan
warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. Barat mula menampakkan pengaruhnya
dalam seni muzik melalui lagu-lagu. Banyak pring-piring hitam boleh didapati dan muncul
pula konsep tarian barat. Tarian ballroom antara tarian Barat yang paling popular. Di samping
itu juga, konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden
diperkenalkan. Selain itu, di zaman ini juga, seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan
mendapat pengiktirafan yang tinggi. Tidak seperti zaman Edo, Kabuki adalah persembahan
untuk golongan kelas bawahan iaitu bagi hiburan golongan saudagar-saudagar sahaja. Namun
di zaman Meiji, Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di segenap lapisan
masyarakat. Selain daripada drama-drama pentas, industri filem juga mula berkembang.
Bermula dengan filem-filem bisu, kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera
moden, penggunaan sarikata, teknik sinaran tiruan, dan prop.44
40
W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Hlm 170.

41
W. G. Beasley (1972). The Meiji Restoration. California: Stanford University Press. Hlm 124.

42
H. M. Vinacke (1961). A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton Century Crofts Inc. Hlm
408.

43
W. G. Beasley (1972). The Meiji Restoration. Hlm 75.

44
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam Tamadun Asia . Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm
374.
Komunikasi dan Perhubungan

Inovasi penting sewaktu zaman pembaharuan Meiji adalah pengenalan telegraf. Rangkaian
telegraf menyediakan berita dapat disampaikan dengan pantas tanpa mengira jarak yang jauh
selain dibantu dengan kepesatan sistem pengangkutan kereta api dan wap yang berkembang
pesat. Menjelang lewat 1870, sistem telegraf telah mentransformasikan sistem komunikasi
Jepun.45 Peristiwa penerimaan hadiah mesin telegraf oleh Maharaja Meiji menyumbang
kepada pemodenan bidang komunikasi. Mesin tersebut kemudiannya dikaji serta menerima
penambahbaikan. Teknologi telegraf sangat membantu dalam bidang ketenteraan Jepun selain
merancakkan urusan pentadbiran dan ekonomi. Teknologi ini juga membantu dalam urusan
pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Pada 1872, talian telegraf
menghubungkan Tokyo hingga ke Sapporo di utara dan Nagasaki di sebelah barat. Tambahan
lagi, telegraf ini membantu kerajaan empayar menghancurkan pemberontakan Satsuma pada
tahun 1877. Selain itu, telegraf juga membantu peniaga dalam pekerjaan mereka.46 Pada
tahun 1880, hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Dalam
tahun 1893, Jepun telah mempunyai 4000 batu kawat telegraf. Semua kawat telegraf dimiliki
oleh kerajaan kecuali beberapa cawangan.47

Dalam sistem perhubungan, perkhidmatan kereta api diperkenalkan serta dimulakan


dengan pembinaan landasan pada 1872. Kewujudan perkhidmatan kereta api, telah
memudahkan sistem pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi.48 Pada
tahun 1872, landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Dua tahun
berikutnya, 1874, ianya telah di sambung ke Kobe, Osaka dan Kyoto. Landasan terakhir yang
dibina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu dibina pada tahun 1880.
Tanggungkawab membina landasan tersebut dipantau oleh jurutera Jepun.Manakala landasan

45
W. G. Beasley (1972). The Meiji Restoration. Hlm 88.

46
John F. Horves, Ronald Posner (1975). Tradition in Transition: The Modernization of Japan. United Kingdom:
Macmillian Publisher Ltd. Hlm 70.

47
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 66.

48
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam Tamadun Asia. Hlm 372.
kereta api Tsuruga-Nagahama telah disiapkan empat tahun kemudiannya.49 Menjelang tahun
1881, Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu.

Ideologi dan Agama (RAFI’AH BINTI IDRIS D20101037726)

Maharaja Meiji turut menyedari kepentingan ideologi sesebuah negara untuk meningkatkan
semangat nasionalisme. Meiji telah memperkenalkan ideologi rasmi yang juga dikenali
sebagai Kokutai.50 Ideologi ini telah memberi penekanan terhadap ciri-ciri bitara masyarakat
Jepun yang berpusat di sekitar institusi diraja. Kokutai juga telah menekankan keunggulan
kerohanian masyarakat Jepun dengan memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya
kepada negara serta Maharaja yang dianggap suci dan tidak boleh dibantah. Kokutai telah
berjaya meningkatkan semangat nasionalisme masyarakat dan memudahkan usaha Meiji
untuk menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang kuat dan moden.

Shinto Negara telah dijadikan sebagai agama rasmi Jepun. Shinto Negara berasal
daripada Shintoisme yang merupakan suatu sistem agama yang mempunyai empat bentuk
utama iaitu Shinto Istana Diraja (Koshitsu Shinto), Shinto Tempat-tempat Suci (Jinja Shinto),
Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). 51 Shinto juga
mempunyai kepercayaan agama politik. Terdapat tiga dogma dalam agama Shinto iaitu
Maharaja adalah Tuhan, Jepun adalah tanah Tuhan dan iman dalam misi ihsan atau nasib
Jepun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Maharaja Meiji telah menggunakan agama untuk
meningkatkan semangat patriotisme dan mengukuhkan negara.52 Langkah pertama yang
diambil dalam usaha menyebarkan ideologi Shinto Negara adalah mengasingkan Buddhisme
dari Shinto.53 Seterusnya, Jabatan Shinto telah diwujudkan semula dengan mengikut model
Pejabat Hal Ehwal Ketuhanan.54

49
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 65.

50
Ibid. Hlm 73.

51
Ibid. Hlm 74.

52
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm 39.

53
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 74.

54
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm 39.
Buddhisme telah menghadapi zaman kegelapan kerana Shintoisme telah dijadikan
agama rasmi negara.55 Semua hak keistimewaan yang diberikan kepada golongan paderi
Buddha telah dihapuskan dan harta benda milik institusi agama Buddha turut dirampas.
Patung-patung dan kitab-kitab suci agama Buddha telah dikeluarkan daripada tempat-tempat
suci Shinto dan telah dibakar serta dihanyutkan ke sungai. 56 Upacara Buddha juga turut
dilarang di dalam istana pada tahun 1871 dan banyak tanah kuil dirampas.57 Tindakan
kerajaan Meiji telah mengecewakan para pemimpin dan sami-sami Buddha. Mereka telah
bersatu padu untuk mengambil tindakan secara kolektif terhadap kerajaan Meiji.

Semasa zaman pemerintahan Meiji juga, ajaran Kung Fu Tze telah bergabung erat
dengan Shinto Negara. Etika ajaran Kung Fu Tze yang berkait dengan kesetiaan dan ketaatan
kepada Maharaja telah dimasukkan ke dalam Shintoisme.58 Pengaruh ajaran Kung Fu Tze
boleh dilihat dari kesannya ke atas Piagam Pengajaran Diraja yang telah diumumkan dalam
tahun 1890. Ia juga boleh dilihat dari hakikat bahawa prinsip etika kesetiaan Kung Fu Tze
dalam hubungan di antara rakyat dengan pemerintah yang masih kuat diamalkan di rumah-
rumah, kampung-kampung dan perusahaan-perusahaan baru.

Agama Kristian yang telah disekat semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa telah
dipulihkan semula semasa pemerintahan Meiji. Agama Kristian yang menyokong autonomi
rohani dan kebebasan hati nurani telah menjadi perangsang dalam kehidupan intelektual
Maharaja Meiji dengan menjadi peranan utama dalam reformasi sosial dan perubahan politik
Jepun.59 Kerajaan Meiji telah memberi kebebasan beragama kepada rakyat Jepun dan ini telah
membolehkan agama Kristian berkembang semula dalam tahun 1870-an. Pusat-pusat agama
Kristian yang utama dalam tahun 1870-an adalah Nagasaki, Yokohama dan Hakodate.
Perkembangan agama Kristian semasa pemerintahan Meiji juga disebabkan oleh penubuhan
banyak sekolah-sekolah Kristian dan kewujudan banyak majalah agama Kristian. Pengaruh
agama Kristian semakin berkembang dengan penubuhan 130 buah gereja, 70 buah sekolah

55
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hlm 381.

56
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 75.

57
W. G. Beasley (1990). The Rise of Modern Japan. London: Weidenfeld and Nicolson. hlm. 81.

58
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 76.

59
Marius B. Jansen (2000). The Making of Modern Japan. Cambridge: The Belknap Press of Harvard University
Press. Hlm 467.
dan hamper 5000 buah konven.60 Namun, perkembangan agama Kristian akhirnya terhalang
oleh kumpulan Nasionalis seperti Nippon-Sin.

Kesusasteraan

Pada zaman pemerintahan Meiji, bidang kesusasteraan telah mengalami beberapa perubahan
manakala aliran-aliran kesusasteraan baru juga telah diperkenalkan. Minat dalam bidang
kesusasteraan Barat telah berkembang luas terutama dalam penterjemahan hasil-hasil karya. 61
Antara karya awal yang diterjemahkan adalah Robinson Crusoe (1859), Self Help oleh
Samuel Smiles’ (1870) dan On Liberty oleh John Stuart Mills (1871).62 Round the World in
Eighty Days karya Jules Verne pada tahun 1878 telah mendapat sambutan menggalakkan
sebagai sebuah buku panduan beranotasi tentang perjalanan asing.63 Mereka semakin mudah
menerima idea, ilmu pengetahuan dan sains, pemikiran politik, kebudayaan, pelajaran dan
sebagainya yang berasal dari Barat.64

Karya terjemahan yang diterbitkan dalam bahasa Jepun merupakan hasil penulisan
bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dapat difahami oleh masyarakat Jepun kerana ianya
merupakan bahasa asing yang sangat penting terutama dalam bidang diplomatik,
perdagangan dan komunikasi antarabangsa. Semasa era pemerintahan Meiji juga, Jepun telah
melahirkan sebilangan tokoh-tokoh kesusasteraan termasuk penulis-penulis novel yang
memberi kesan mendalam terhadap bidang kesusasteraan di negara tersebut. Antara tokoh
tersebut adalah Kawashima Chunosuke, Suyehiro Tetcho, Sudo Nansui dan banyak lagi. 65
Perubahan dalam kesusasteraan Jepun juga telah menjadikan novel semakin realistik
walaupun ia sebenarnya membosankan. Tema-tema yang digunakan dalam penulisan novel
tersebut adalah berkaitan dengan politik, sejarah dan hal ehwal dunia.66

60
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 76.

61
Ibid. hlm. 68.

62
W. Scott Morton (2006). Jepun, Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm 172.

63
W. G. Beasley (1990). The Rise of Modern Japan. Hlm 89.

64
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hlm 374.

65
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 69.

66
W. G. Beasley (1963). The Modern History of Japan. Hlm 153.
Penulis yang mengilhamkan pemikiran politik dan sistem politik Barat pula adalah
seperti Fukuzawa Yukichi, Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke. 67 Fukuzawa Yukichi
merupakan perintis pendidikan Barat dan juga seorang pemikir politik yang teragung dalam
sejarah kebangkitan politik di Jepun. Beliau telah dihantar untuk mengkaji tentang
persenjataan dan bahasa Belanda di Nagasaki. 68 Beliau juga telah mengambil peluang
tersebut untuk mempelajari bidang perubatan dan bahasa Inggeris. Buku pertama beliau iaitu
Seiyojijo (Syarat di Tanah Barat) mendapat sambutan yang menggalakkan. Seiyojijo
merupakan ringkasan nota beliau tentang kerajaan Barat, ekonomi dan institusi sosial yang
menerangkan dengan ringkas bagaimana mereka bekerja.69 Beliau menggunakan hasil
pendapatan daripada penerbitan buku tersebut untuk membina sekolah pada tahun 1863 bagi
memberi pendidikan tentang kurikulum ala Barat.70

Kato Hiroyuki pula merupakan seorang tokoh yang penting dalam sejarah
kemunculan para cerdik pandai. Beliau telah melahirkan idea-idea dalam bentuk bahasa yang
mudah difahami dan bersifat intelektual. Seorang lagi tokoh yang terkenal pada zaman
pemerintahan Meiji adalah Taguchi Ukichi. Beliau merupakan seorang yang terkenal dalam
sejarah pengajian ekonomi dan merupakan pelopor utama dalam doktrin laissez-faire iaitu
perdagangan bebas melalui penulisannya yang berjudul Dasar Ekonomi pada tahun 1882.71

Media Cetak

Perkembangan surat khabar pada zaman pemerintahan Meiji dipengaruhi oleh bangsa asing
yang berada di Jepun. Mereka telah menerbitkan jurnal-jurnal seperti Nagasaki Shipping List,
Advertiser, Japan Express dan Japan Gazette.72 Kemunculan akhbar dan jurnal telah memberi
faedah kepada Jepun kerana ianya berpotensi membangunkan saluran bagi menyelaraskan
program kerajaan seperti dalam bidang pendidikan, peraturan awam dan propaganda. 73 J.R.
67
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 70.

68
W. G. Beasley (1963). The Modern History of Japan. H lm 152.

69
Ibid. Hlm 89.

70
Ibid. Hlm 152.

71
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hlm 375.

72
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 71.

73
W. G. Beasley (1972). The Meiji Restoration. Hlm 87.
Black yang merupakan seorang wartawan berbangsa Scot telah menerbitkan akhbar harian
pertama dalam bahasa Jepun iaitu Nisshin Shinjishi atau Reliable Daily News. Akhbar harian
Jepun yang pertama diterbitkan adalah di Yokohama dalam tahun 1872 iaitu Mainichi.74

Penggunaan mesin cetak dalam menerbitkan akhbar ini telah mewujudkan suatu
revolusi dalam industri percetakan di Jepun. Pada tahun 1875, terdapat lebih daripada 100
jenis majalah berkala dan surat khabar diterbitkan di Jepun.75 Kebanyakan surat khabar yang
diterbitkan pada waktu tersebut telah digunakan untuk tujuan membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan politik dan pendidikan awam dan setiap surat khabar tersebut dikaitkan
dengan aliran pemikiran tertentu. Akhbar dan majalah yang mempunyai banyak pengetahuan
telah meningkatkan pembacaan masyarakat Jepun namun kebebasannya telah disekat. 76
Kerajaan Meiji juga telah mewujudkan peraturan bagi mengawal kebebasan akhbar dan
memberi tekanan kepada akhbar-akhbar yang mengkritik dasar kerajaan.77

5.0 EKONOMI (OLGA CHRISTOPHER MUNAN D20101037746)

Kedatangan Barat ke Jepun terutama kegagalan Jepun menentang mereka ketika zaman
Tokugawa telah memberi pengajaran dan kesedaran kepada Meiji dan pemimpin-pemimpin
Jepun yang lain. Meiji mendapati kekuatan dan keagungan barat terletak kepada kekuatan
tentera dan ekonomi. Dengan demikian salah satu langkah yang telah diambil oleh
pemimpin-pemimpin Meiji untuk memodenkan Jepun ialah menjalankan proses modenisasi
dalam bidang ekonomi. Slogan Fukoku-kyohei yang bermaksud “kuatkan tentera, kayakan
negara” telah mempengaruhi ekonomi Jepun dari sebuah negara yang berorientasikan
agrarian kepada feudal untuk menjadi sebuah negara dengan corak ekonomi moden bercorak
kapitalisme.78 Pemodenan ekonomi yang dilakukan ini adalah atas dasar kepesatan
pertumbuhan penduduk, aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak
bekerja, kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada

74
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 71.

75
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Hlm 375.

76
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. Hlm 55.

77
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 71.

78
Mikiso Hane (1980). Premorden Japan: A History Survey. Claifornia: Stanford University Press. Hlm 224.
kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600, 000. 79 Bagi menyelesaikan masalah tersebut,
Meiji telah menjalankan beberapa pembaharuan iaitu, pembaharuan dalam kegiatan ekonomi
pertanian, kewangan atau perbankan, industri perkapalan dan perdagangan.

5.1 Pertanian dan Hak Milik Tanah

Dalam usaha memodenkan Jepun, aspek ekonomi pertanian amat diambil perhatian oleh
Meiji. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kegiatan pertanian menjadi kegiatan utama
bagi penduduk di kawasan pedalaman. Kesan yang terpenting sekali ialah kaum tani kini
dibenarkan memiliki tanah mereka sendiri dan geran-geran tanah telahpun dikeluarkan sejak
tahun 1872.80 Pemansuhan pengharaman terhadap jualan tanah turut diperkenalkan dan ini
merupakan satu langkah ke arah pemodenan cukai tanah dan boleh dilihat melalui Okuran-
sho (Jabatan Kewangan) kepada Dajokan (Majlis Negara) dalam bulan September 1871.81
Dengan itu tanpa mengirakan turun naik dan nilai tanah, kaum tani terpaksa membayar cukai
tanah sebanyak 25-30% dari hasil tuaiannya. Sebenarnya sistem cukai yang diperkenalkan ini
penting supaya kerajaan tidak banyak membuat pinjaman luar untuk membiayai pertumbuhan
ekonomi.82 Perubahan ekonomi beras yang dikomersialkan di pasaran menambahkan beban
para petani. Hal ini berlaku kerana sebelum ini, para petani hanya mengeluarkan makanan
untuk sesuatu kawasan sahaja umpamnya membekalkan di peringkat kampung sahaja.83

Akibatnya, bagi mereka yang tidak tahan tinggal dalam keadaan sedemikian terpaksa
menjual semua tanah kepunyaan mereka dan mencari pekerjaan lain umpamanya dalam
sektor perindustrian. Dianggarkan bahawa terdapat seramai lebih daripada 400 000 orang
petani terpaksa menjual tanah mereka sebab tidak dapat membayar cukai. Malah terdapat
juga lebih kurang 40 peratus dari kaum tani telah menjadi penyewa tanah yang dahulunya
adalah kepunyaan mereka.84 Oleh itu apa yang dapat dikatakan disini walaupun berlaku
perubahan dalam pemilikan tanah dan pengenalan cukai terhadap para petani namun ia tidak
79
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 79.

80
Hane, M. (2000). Japan A Short Story. England: One World Publication. Hlm 2.

81
Richard Storry (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 147.

82
Abu Talib Ahmad (2005) Tamadun Jepun. Hlm 185.

83
Abdul Yazid Abidin (1979). Kebangkitan Semula Jepun. Hlm 46-49.

84
Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 153.
memberi impak besar dalam usaha Meiji untuk memodenkan jepun kerana para petani yang
terlibat akan bekerja dalam sektor lain umpamanya sektor perindustrian. Malah bagi rakyat
Jepun, tindakan tersebut merupakan satu pengorbanan mereka terhadap negara mereka
sendiri.

Sebenarnya hasil pertanian seperti beras merupakan hasil pertanian yang amat penting
pada masa pemulihan Meiji. Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan
di Hokaido.85. Tanaman padi, teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan. Ekoran
daripada itu, sektor pertanian menghasilkan hampir 80 peratus dari jumlah hasil pendapatan
dalam negeri dalam tahun 1870-1880an.86 Kejayaan dalam sektor pertanian ini adalah
berpunca daripada pembaharuan dan pemodenan yang dilakukan oleh Meiji dalam
meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian. Sebelum era Meiji, sistem pengairan untuk
pertanian seringkali menghadapi masalah ekoran bencana alam dan keadaan cuaca yang tidak
stabil dan jalan penyelesaiannya pula tidak dipedulikan. Namun, era Meiji telah merubah
keadaan ini kerana telah wujud sistem pengairan yang boleh dimanipulasikan walaupun
berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.87 Usaha untuk mengatasi masalah banjir dan
kemarau ternyata berupaya mengatasi masalah ini kerana adanya sistem pengairan yang
mampu menampung limpahan air hujan yang turun pada satu-satu masa di sungai-sungai
Jepun. Para pelajar turut dihantar ke luar negara untuk mendalami bidang pertanian
khususnya di Britain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja kimia, cara
mengawal serangga perosak, pemasaran dan lain-lain.

5.2 Kewangan dan Perbankan

Kerajaan Jepun nampaknya juga telah memberi keutamaan terhadap sistem matawang.
Sebelum tahun 1868, Shogun dan daimyo telah mengeluarkan matawang masing-masing
sebagai tambahan kepada emas dan perak yang juga digunakan sebagai alat pertukaran.
Tetapi orang Jepun berasa gentar sedikit apabila emas mereka mula dibawa keluar negeri
dengan banyaknya. Pada masa yang sama kerajaan juga menghadapi masalah kewangannya

85
David Lurie dan Suzanne Gay ( 2006). A Brief History Of Japanese Civilisation. USA: Thompson Wadsworth.
Hlm 207.

86
Ibid. Hlm 80.

87
Jean Pierre Lehmann (1982). The Roots Of Modern Japan. London: The Macmillan Press. LTD. Hlm 192.
sendiri dan langkah-langkah untuk meningkatkan cukai tidak banyak membantu
menyelesaikan masalah ini88.

Langkah pertama yang diambil bagi memulihkan sistem ekonomi negara Jepun telah
dilakukan pada tahun 1872 apabila satu perintah dikeluarkan untuk menubuhkan sebuah bank
berdasarkan peraturan yang diamalkan di Amerika. 89 Bank yang mula-mula sekali dibuka
ialah Bank Kebangsaan Pertama (First National Bank), yang dibuka dalam tahun 1873 di atas
daya usaha keluarga yang kaya. Sungguhpun begitu, peringkat permulaannya agak lembap
tetapi tidak lama kemudian ianya mula berkembang pesat. Menjelang tahun 1879 pula
memperlihatkan sebanyak 151 buah Bank Nasional telah ditubuhkan dan cawangan-
cawangannya mempunyai deposit berjumlah hampir 12 juta Yen. Pada tahun 1882 pula, Bank
Pusat Jepun telah ditubuhkan dan menjadi agensi kewangan kerajaan yang utama. Selang
beberapa tahun selepas itu, beberapa institusi bank diperkenalkan dan setiap sebuah daripada
bank tersebut diberikan tanggungjawab yang tertentu. Sebagai contoh, Bank Spice Yokohama
dibuka khusus untuk tujuan membiayi perdagangan asing serta mengawal pertukaran-
pertukaran yang terlibat bersama-samanya. Seterusnya apabila Hokaido serta Formosa berada
di bawah jajahan negeri Jepun, Bank Penjajahan Hokaido dan Bank Formosa pun
ditubuhkan.90 Kewujudan bank-bank tersebut dapat dilihat dengan perlahan-lahannya
membantu Jepun dalam membina satu sistem kewangan dan bank yang baik yang telah
banyak membantu dalam pertumbuhan ekonomi Jepun.

Sejajar dengan kewujudan bank-bank tersebut kerajaan sebenarnya telah


mengeluarkan matawang Jepun iaitu Yen untuk menggantikan matawang Ryo pada tahun
1871 sebagai unit asas dengan nilai hampir setengah daripada dolar Amerika menjelang
setengah abad kemudiannya.91 Hal ini berlaku kerana sebelum ini tiap-tiap daimyo memiliki
matawangnya yang tersendiri dan hal ini sudah tentu menyulitkan perjalanan sistem ekonomi
moden. Oleh itu, sistem matawang yang satu mesti dilaksanakan. Hasilnya kerajaan
mengeluarkan mata wang kertas bagi menggantikan wang lama. 92 Usaha ini kemudiannya

88
Abdul Yazid Abidin (1979). Kebangkitan Semula Jepun. Hlm 46.

89
Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 151 .

90
Abdul Yazid Abidin (1979). Kebangkitan Semula Jepun. Hlm 46-49.

91
Edwin O. Reischauer (2006). Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm
94.

92
Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm 96.
diteruskan pada tahun berikutnya iaitu tahun 1872 dengan mengambil beberapa langkah
untuk menstabilkan matawang Yen.

Namun begitu pengeluaran wang kertas secara tidak seimbang telah memburukkan
lagi suasana ekonomi Jepun. Malahan usaha yang diteruskan oleh Matsukata Masayoshi
ketika menjadi Menteri Kewangan (1881-1885) turut menampakkan kegagalan kerana beliau
terkenal dengan dasar kewangan ketat yang mengakibatkan deflasi paling buruk dalam
sejarah Jepun. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi melalui pengukuhan sistem
kewangan dan sistem perbankan yang baru diperkenalkan itu. Mata wang Yen juga telah
diiktiraf sebagai mata wang rasmi yang bersandarkan kepada nilai emas yang menyebabkan
nilai mata wang Jepun ini semakin stabil.93 Malah demi menstabilkan nilai matawang Yen,
Matsukata telah mengambil jalan penyelesaian dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas
wain dan tembakau, mengurangkan subsidi kerajaan dan menarik semula wang kertas Jepun
untuk meningkatkan semula nilainya.

5.3 Perindustrian

Slogan Shokusan Kogyo yang bermaksud “menggalakkan industri” merupakan suatu slogan
yang memberi gambaran betapa usaha memperkasakan kegiatan industri di Jepun pada era
Meiji mengatasi amalan ekonomi feudal sebelum era Meiji. Berkenaan dengan
perkembangan perindustrian, perindustrian Jepun yang sebenar mula berlaku selepas
pengisytiharan Perlembagaan Meiji. Perkembangan ini telah dipandu dengan satu prinsip
asas-keperluan untuk menjadikan Jepun sebagai negara yang kuat serta bebas dari
penguasaan Barat. Dengan itu, pemimpin-pemimpin zaman Meiji perlu menumpukan
perhatian terhadap perusahaan berat.94 Salah satu usaha memperkaskan kegiatan industri yang
dilakukan ialah dengan memajukan industri perkapalan. Melalui langkah memperkasakan
industri perkapalan, perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang
besar dan berteknologi tinggi. Keadaan semakin rancak lagi apabila, maharaja Meiji telah
menetapkan keputusan berkenaan dengan pembinaan kapal-kapal moden bagi mengekalkan

93
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Hlm 84.

94
Abdul Yazid Abidin (1979). Kebangkitan Semula Jepun. Hlm 48.
negara Jepun sebagai negara yang berpengaruh dan berkuasa. 95 Pada tahun 1870, industri
perkapalan Jepun menjadi semakin giat apabila Arahan 968 diumumkan sekali lagi bagi
meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan di Jepun. Pengumuman ini
menunjukkan secara jelas yang Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan dengan
negara luar terutama negara-negara Barat. Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika
Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi
perdagangan yang terbuka luas di Jepun. Dasar pintu terbuka ini menyebabkan pelabuhan-
pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Yokohama dan Niagata menjadi tumpuan
pertukaran perdagangan antarabangsa.96

Langkah sebenar Jepun untuk memajukan perusahaan perkapalan adalah sebagai asas
persiapan untuk mendapatkan kapal-kapal perdagangan atau kapal-kapal untuk kegunaan
angkatan laut. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan
menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar. 97Pembinaan kapal-kapal
perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-
1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan
negara-negara barat.
Dalam tahun 1883 limbungan Nagasaki telah berjaya membina 10 buah kapal
perdagangan dan limbungan Kobe pula sebanyak 23 buah.98 Menerusi pelaksanaan dasar
industri perkapalan moden, maharaja Meiji telah berjaya membuka mata orang Jepun bahawa
dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan masyarakat Jepun dan negara mereka secara
keseluruhannya. Justeru yang dapat dikatakan disini ialah usaha Meiji dalam memodenkan
Jepun sememangnya menampakkan hasilnya kerana apa yang diusahakan itu telah membuka
mata rakyatnya sendiri demi negara Jepun. Buktinya pada tahun 1885, apabila Jepun
memulakan satu perkhidmatan perkapalan dengan menubuhkan N.Y.K. (Japan Mail Line) dan
telah memulakan pelayarannya hingga ke benua Eropah, Amerika Syarikat dan Australia di
mana kakitangan yang bertugas terdiri daripada orang-orang Jepun. 99 Selain itu, Jepun juga
ada menghantar pelajar-pelajarnya ke negara Barat atas perbelanjaan awam untuk belajar
95
David H. James (1988). The Rise and Fall of the Japanese Empire. London: George Allen & Unwin LTD. Hlm
128.

96
W. Scott Morton (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Hlm 174.

97
Anthony J. Watts and brian G. Gordon (1997). The Imperial Japanese Navy. Hlm 29.

98
Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm 96.

99
Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah China dan Jepun. Hlm 154.
teknik dan teknologi negara Barat dan terdapat orang asing yang dibawa masuk oleh kerajaan
bagi mengajarkan kemahiran yang mereka miliki. Kemunculan Zaibatsu (keluarga
perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi ,Sumitomo dan Yasuda turut mempercepatkan proses
perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang
menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu
Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji.100

5.4 Lain-Lain

Selain itu, Kerajaan Jepun juga menghasilkan produk lain seperti kertas, simen, dan kaca.
Walau bagaimanapun, fokus utama kerajaan adalah dalam bidang industri dan perlombongan.
Pada mulanya perlombongan adalah milik kerajaan, walau bagaimanapun pada pertengahan
1885, ianya bertukar tangan kepada perusahaan swasta seperti Mitsubishi. Banyak sejarah
ekonomi melihat tahun 1890 sebagai tempoh Jepun mengalami industri permata dan
mengambil tempat dalam ekonomi.101 Dapat dilihat banyak pekerja yang sakit apabila import
dan eksport adalah tiga kali ganda membuatkan Jepun sebagai negara utama dalam
perdagangan dunia.

Sutera mentah dan teh juga adalah barangan utama yang dieksport ke luar. Dari tahun
1868 hingga 1893, sutera mentah merangkumi empat puluh dua jumlah hasil eksport Jepun.
Industri berkembang dengan pesatnya dari awal era Meiji ialah pembuatan tekstil. Pada tahun
1900 sebanyak 70.7% kilang adalah terbabit dengan sektor tekstil. Jepun bergerak maju
memenuhi permintaan Eropah yang paling diingini iaitu sutera mentah iaitu sebanyak empat
puluh empat peratus jumlah eksport Jepun.102 Pada 1897, Jepun menghasilkan dua puluh
empat peratus sutera mentah dunia dan pada tahun 1904, ia menjadi pengeluar terbesar
dengan jumlah hampir mencecah tiga puluh lima peratus jumlah eksport Jepun. Teh pula
dieksport untuk pasaran Amerika dan Kanada.103

Namun aspek yang penting dalam mengangkat pertumbuhan ekonomi adalah


pengangkutan dan sistem komunikasi. Bagi meningkatkan lagi perkembangan ekonomi
100
M. Rajendran (1988). Sejarah Jepun Moden.Hlm 138.

101
James L. Huffman. (2009). Modern Japan. Hlm. 102.

102
Robert I. Hellyer (2009). Define Engagement Japan and Global Contex, 1640-1868. London: Harvard
University Press. Hlm 247.

103
Ibid.
kerajaan telah memulakan usaha pembinaan jalan kereta api. Landasan kereta api yang
pertama dibuka menghubungkan Tokyo dan Yokohama pada tahun 1872. Pada tahun 1889,
landasan yang menghubungkan Tokyo dan Kobe siap dibina.104 Akhirnya seluruh rangkaian
kereta api yang siap telah dikendalikan oleh Kementerian kereta api. Kereta api yang
diuruskan oleh kerajaan tidak diswastakan sehinggalah tahun 1987. Pada tahun 1869,
kerajaan turut membina talian telegraf. Ini dihubungkan lagi dengan sistem pos yang telah
ditubuhkan pada 1871.105

Secara keseluruhannya, pemodenan yang dilakukan oleh Meiji dalam aspek ekonomi
sememangnya menampakkan kesan positif kepada Jepun kerana melalui pemodenan yang
dilakukan, Jepun dilihat sebagai sebuah kuasa ekonomi yang besar ketika itu. Malah, Jepun
juga mampu berdagang ke merata dunia melalui kemajuan industri perkapalan yang dimiliki.
Di samping itu, Jepun juga boleh dikatakan mampu berdiri sendiri atas usaha yang dilakukan
oleh Meiji dan pemimpin-pemimpinya yang lain. Malah melalui perdagangan import dan
eksportnya, pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi,
dan telegraf.106

PENUTUP

Era pemerintahan Meiji telah memperlihatkan kemunculan nasionalisme Jepun dalam


permodenannya. Kemuncak perubahan ini menjadikan maharaja sebagai simbol kepada
Negara Jepun. Dari sini lah kita dapat lihat betapa Jepun dibangunkan secara serentak kepada
dua arah. Pertama ialah membuka pintu kepada dunia luar dan kedua adalah khusus kepada
warisan Jepun. Pemerintahan Meiji ini telah dipengaruhi dengan sistem pendidikan baru dan
barat dalam lingkungan para intelektual pro-barat. Maharaja Meiji telah memperkenalkan
pemikiran barat secara sistematik di Jepun.107

Melalui permodenan yang dilakukan pada zaman pemerintahan Meiji juga, kita dapat
simpulkan bahawa rakyat Jepun secara beransur-ansur telah mengetahui perubahan semasa
yang berlaku di negara mereka. Pelbagai tabiat dan budaya yang baru telah menjadi ikutan
104
David Lurie dan Suzanne Gay ( 2006). A Brief History Of Japanese Civilisation. USA: Thompson Wadsworth.
Hlm 207.

105
Hane, M. (2000). Japan A Short Story. Hlm 81.

106
John F. Howes dan Ronald Posner. (1975). Tradition in Transition:The Modernization of Japan.United
Kingdom: Macmillan Publisher. Hlm. 10.

107
Ninian Smart (2008). Falsafah Dunia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm 496.
masyarakat Jepun yang semuanya mengikut acuan pentadbiran dan pemikiran barat.
Pengaruh barat ini telah diterapkan dalam masyarakat Jepun dan telah banyak membawa
perubahan yang besar kepada sistem pentadbiranya meliputi aspek politik, ekonomi dan
sosial.108

Secara keseluruhannya, pembaharuan dan permodenan yang telah dibawa oleh


maharaja Meiji ini telah mencerminkan bahawa peranan ketua negara dalam membangunkan
negaranya ke arah kejayaan dan kejayaan bagi seorang pemimpin dapat dilihat menerusi cara
pemerintahanya. Malah beliau berjaya membuka mata para rakyatnya bahawa dasar
memencil diri dengan kuasa luar adalah tidak memberikan manfaat kepada diri dan negara
sendiri.

RUJUKAN
Abdul Yazid Abidin (1979). Kebangkitan Semula Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abu Talib Ahmad. 2005. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alexander. F, Isaacs. S, Law. J dan Lewis. P. (1998). Encyclopedia of World History. New
York: Oxford University Press.
Beasley. W.G (1963). The Modern History in Japan. New York : Frederick Praeger
Publisher

Beasley, W. G. (2000). The Japanese Experience: A Short History of Japan. California:


University of California Press. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?

108
W. Scott Morton (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Hlm. 171.
id=9AivK7yMICgC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=on
epage&q&f=false pada Disember 18, 2012.

Beasley W.G (1972). The Meiji Restoration. California: Stanford University Press.

Christopher, G. T. (2009). Modern Japan: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford


University Press. Hlm. 48. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=uuCmcKo6Y7gC&printsec=frontcover&dq=modern+japan:
+a+very+short+introduction&hl=en&sa=X&ei=-
87VUJX1HNDPrQfYt4D4BA&ved=0CDQQ6AEwAA pada Disember 18, 2012.

David, C.S & G., Suzanne (2011). A Brief History of Japanese Civilization. United States:
Cengage Learning. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=I0Gz5nMHDO4C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=o
nepage&q&f=false pada Disember 19, 2012.
Edwin O. Reischauer (2006). Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Harun Che Su. (1982). Pandang ke Timur Mengapa Jepun Jadi Pilihan. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya.
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Gilbert Khoo. (1978). Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur
Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Gordon Johnson. (1981). Modern Asian Studies. London : Cambridge University Press.

M. Hane (2000). Japan A Short Story. England: One World Publication.

Harun Che Su (1982). Pandang Ke Timur Mengapa Jepun Jadi Pilihan. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya.
Herbet Norman E. terjemahan. Ismail Ahmad (1996). Kemunculan Jepun sebagai Negara
Moden. Kuala Lumpur : Yayasan Panataran Ilmu.

Hellyer. R.I (2009). Define Engagement Japan and Global Contex, 1640-1868. London:
Harvard University Press.
Horves J.F , Ronald Posner (1975). Tradition in Transition: The Modernization of Japan.
United Kingdom: Macmillian Publisher Ltd.

Joginder Singh Jessy (1979) . Jepun: Pemodenan. Kuala Lumpur : Longman Malaysia.

Lehmann. J.P. (1982). The Roots Of Modern Japan. London: The Macmillan Press. LTD.

James. D.H. (1988). The Rise and Fall of the Japanese Empire. London: George Allen &
Unwin LTD.
Johnson.G. (1981). Modern Asian Stuudies. London : Cambridge University Press

Henshall K. (2012). A History of Japan: From Stone Age to Superpower. United Kingdom:
Palgrave Macmillan. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=vD76fF5hqf8C&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=one
page&q&f=false pada Disember 18, 2012.

Lurie.D. dan Gay. S. ( 2006). A Brief History Of Japanese Civilisation. USA: Thompson
Wadsworth.

H. MIkison & G. P Louis (2011). Modern Japan: A Historical Survey. United States:
Westview Press. Dicapai atas talian http://books.google.com.my/books?
id=YCYd0GicIXUC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=o
nepage&q&f=false pada Disember 18, 2012.

M.Rajendran (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn Bhd.

Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:Adabi
Publishing Sdn. Bhd.

Ninian Smart. (2008). Falsafah Dunia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.
Peter F.Kornicki. (1998). Meiji Japan : Political, Economic and Sosial History. Canada :
Routledge.
Radhey Shyam Chaurasia (2003). History of Japan. New Delhi: Atlantic Publishers &
Distributors.
Scoot Morton. W (2006). Jepun : Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya.

Scoot Morton.W & Olenik, J. K (2005). Japan: It’s History and Culture. New York: The
McGraw-Hill Inc.

Storry. R. (1967). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Schirokauer (1978). A Brief of History Japanese Civilization. London: Harcourt Brace


College Publisher.

Samuels R.G (1994). ‘Rich Nation, Strong Army’ : National Security and the
Technological Transformation of Japan. New York : Cornell University Press.

Tipton. E.K (2008). Modern Japan : A Social and Political History. Canada : Routledge

Vinacke H.M. (1961). A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton
Century Crofts Inc.
Waswo A. (1996). Modern Japanese Society 1868-1994. Oxford: Oxford University Press.

You might also like