You are on page 1of 4

AJ32203 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK SELEPAS 1963

SESI 2021/2022

TAJUK ULASAN ARTIKEL

Perjanjian Malaysia 1963: Kerangka Perundangan dalam Gagasan


Malaysia dan Proses Dekolonialisasi Sabah dan Sarawak

PENSYARAH

SIR AMRULLAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK


MOHD HAPI BIN BEN BA19170018
PENGENALAN

Sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia mempunyai hubungan simbiotik dengan


kemerdekaan kedua-dua negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Ini kerana tanpa penyertaan
kedua-dua negara dan Singapura, pengisytiharan Persekutuan Malaysia pada 16 September
1963 adalah mustahil. Namun dari segi perundangan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
berkuat kuasa pada hari tersebut sebenarnya adalah pindaan kepada Perlembagaan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1957, bukannya perlembagaan baharu. Ini bermakna
Persekutuan Malaysia bukanlah satu entiti baharu, tetapi telah meluaskan saiz Persekutuan
Tanah Melayu melalui penggabungan Sabah dan Sarawak. Status quo ini berdasarkan rangka
kerja perundangan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga telah
diluluskan oleh undang-undang antarabangsa yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan untuk membincangkan rangka kerja
undang-undang di Malaysia yang digunakan dalam proses dekolonisasi yang membawa kepada
kemerdekaan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Jelaslah bahawa, perbincangan ini merujuk
kepada peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen lain yang berkaitan.

KEKUATAN ARTIKEL

Dalam penulisan artikel yang bertajuk “Perjanjian Malaysia 1963: Kerangka Perundangan dalam
Gagasan Malaysia dan Proses Dekolonialisasi Sabah dan Sarawak” ini, terdapat beberapa
kelebihan penulis dalam penghasilan artikel ini. Antaranya, penulis telah menggunakan ciri
penulisan yang baik untuk menguatkan penulisannya dengan menggunakan cara deskriptif
yang dapat mengambarkan sesuatu alur cerita dengan jelas dan terperici supaya pembaca
dapat merasakan hasil penulisannya itu benar. Selain itu, kelebihan penulis dalam artikel ini
adalah cara penyampaian dan pengolahan idea yang teratur dan padat. Dapat dilihat bahawa
pada mulanya penulis membincangkan gagasan Malaysia sebagai dasar dekolonisasi British.
Kemudian, aspek dekolonisasi ini akan dikaitkan dengan rangka kerja undang-undang yang
dicadangkan untuk Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia. Ia seterusnya akan menjurus
kepada perbincangan berkenaan Gagasan Malaysia dan proses keterikatan undang-undang
perlembagaan yang juga akan dikaitkan dengan legitimasi keterikatan perundangan dalam
perspektif undang-undang antarabangsa. Aspek terakhir akan menjelaskan kekeliruan berkaitan
isu sama rata sebagai rakan sekutu yang hanya menjadi isu politik semasa dan tiada kaitan
dengan MA63. Selanjutnya, penulis juga banyak merujuk buku dan jurnal, sumber primer dan
sedikit rujukan melalui internet yang berkaitan. Dengan adanya rujukan yang sebegini rupa
maka penulis dapat menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat. Oleh hal yang demikian,
memudahkan penulis untuk mencanang ideanya dan dapat menyampai mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis kepada pembaca dan pengkaji baru. Dengan ini, para pembaca dan
pengkaji baru akan mudah memahami tentang apa yang mereka baca dan kaji.

KELEMAHAN ARTIKEL

Setiap penghasilan karya penulisan ilmiah, kita tidak akan terlepas dari membuat
kesilapan dan kekurangan dalam penulisan tersebut. Hal ini kerana penghasilan karya penulisan
yang hebat juga mempunyai kesilapan dan kekurangannya. Tambahan pula, setiap insan yang
bergelar manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, seperti dalam artikel ini
juga terdapat beberapa kelemahan dalam hasil penulisan artikel ini. Antaranya, kelemahan
penulis dalam mengarang artikel ini ialah penulis tidak menggunakan sistem nota kaki. Hal ini
demikian kerana, akan menyukar para pembaca dan juga pengkaji baru untuk mencari sumber
maklumat yang disampaikan oleh penulis. Tambahan pula, akan memberikan waktu yang agak
lama bagi pembaca dan pengkaji baru untuk mencari sumber maklumat daripada rujukan yang
penulis sediakan. Selain itu, penggunaan bahasa formal juga akan menyebabkan kesukaran
para pembaca untuk memahami istilah-istilah yang digunakan oleh penulis dalam penulisan
artikel ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji dan pembaca terpaksa menggunakan
inisiatif yang lain dengan membazirkan masa untuk menterjemah perkataan-perkataan tertentu
yang sukar difahami oleh mereka. Perkara ini dapat melahirkan sesetengah pembaca atau
masyarakat merasa tidak ingin meneruskan pembacaan mereka terhadap buku ini kerana
mendapati istilah-istilah yang jarang mereka dengari dan lihat. Oleh hal yang demikian,
penggunaan bahasa dalam setiap penulisan ilmiah juga adalah sangat penting kerana ianya
untuk memudahkan para pembaca untuk mengetahui isi kandungan artikel ini.
SARANAN

Saranan pengkaji terhadap artikel ini adalah penulis hendaklah menggunakan sistem
nota kaki dalam penulisan ilmiah. Hal ini kerana akan memudahkan para pengkaji baru dan
pembaca untuk mengakses sumber maklumat yang diberikan oleh penulis dalam artikel ini.
Tambahan pula, ia akan dapat menarik minat para pengkaji dan pembaca untuk mengkaji
artikel ini kerana setiap ayat dan isi mempunyai nota kaki dan rujukan. Dengan ini, setiap
maklumat yang ditulis oleh penulis akan lebih terbukti kesahihannya dan menampakkan tiada
unsur tokok tambah dalam penulisan artikel. Selain itu, penggunaan Bahasa dalam penulisan
ilmiah juga perlu dititik beratkan dimana penulis sehendaknya menggunakan perkataan atau
istilah-istilah yang mudah agar para pengkaji dan pembaca dapat memahami mesej yang
disampaikan oleh penulis dalam artikel. Hal ini dikatakan demikian kerana bukan hanya ahli
akademik yang membaca artikel ini malahan masyarakat biasa juga tertarik untuk membaca
artikel ini. Ini kerana artikel yang dihasilkan oleh penulis adalah berkaitan dengan negara kita,
bahkan isu ini juga hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa idea dan cadangan kemerdekaan
Sabah dan Sarawak adalah rancangan British, yang dimulakan melalui dasar dekolonisasi British
di bawah mobilisasi Gagasan Malaysia. Ini bermakna kemerdekaan Sabah dan Sarawak dicapai
melalui penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu, kerana dasar mereka sangat jelas
dan tidak akan memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua negeri itu secara berasingan. Ini
bermakna Sabah dan Sarawak adalah dua negeri dalam Persekutuan Malaysia, seperti yang
dinyatakan dengan jelas dalam MA63, tetapi kedua-dua negeri ini diberikan keistimewaan dan
jaminan perlembagaan, yang merupakan kuasa yang lebih autonomi berbanding negeri-negeri
lain di Semenanjung Tanah Melayu.

You might also like