You are on page 1of 11

AJ32103 : SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA

SELEPAS MERDEKA

Soalan 1 : Bincangkan definisi Kemerdekaan dan Aplikasi Perundangan

terhadap proses Kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam

Pembentukkan Malaysia (1963) dan Pemisahan Singapura (1965)

MASA/HARI : RABU (10-11AM)

NAMA PENSYARAH : PROF A. RAHMAN TANG ABDULLAH

NAMA TUTOR : ABDUL RAHMAN MAD ALI @ ABANG

SESI 2020/2021

NO NAMA NO MATRIK

1 MOHD. IZZAT BIN DAHELAN BA18110305

2 NURUL NASIHA BINTI MOKHTAR BA18160964

3 NUR QAMARINA YASMIN BINTI ISMAIL BA18160990

ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat

1 1.0 Pengenalan 1

2 2.0 Konsep Pembentukan 1-2

3 3.0 Pembentukan Malaysia 3-4

4 4.0 Perjanjian Malaysia 1963 4-5

5 5.0 Aplikasi Perundangan Terhadap Proses 5-6

Kemerdekaan Sabah dan Sarawak Dalam

Pembentukan Malaysia

6 6.0 Pemisahan Singapura 6-8

7 7.0 Kesimpulan 8

8 Rujukan 9
1.0 PENGENALAN

Tanggal 16 September 19631, adalah merupakan tarikh yang bersejarah yang


memperlihatkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan
Singapura yang membentuk nama baharu iaitu Malaysia. Malaysia merupakan
negara persekutuan yang terdiri daripada 13 buah negeri manakala tiga wilayah
persekutuan. Antaranya, negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan,
Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
Manakala wilayah persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Peristiwa bersejarah itu bermula selepas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj mencadangkanya pada 27 Mei, 1961 disusuli mesyuarat Persatuan
Parlimen KOMANWEL cawangan Tanah Melayu di Singapura pada 23 Julai yang
memutuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang
dipengerusikan oleh Tun Mohammad Fuad Stephens.

Selain itu, kemasukan Singapura adalah disebabkan perkembangan politik


yang menunjukkan pengaruh golongan kiri yang semakin tinggi. Gagasan ini juga
bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk dan meningkatkan kemajuan
ekonomi serta mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo
Utara (Sabah) dan Sarawak. Oleh itu, esei pendek ini akan membincangkan definisi
kemerdekaan dan aplikasi perundangan terhadap Sabah dan Sarawak dalam
pembentukan Malaysia (1963) dan pemisahan Singapura (1965).

2.0 KONSEP KEMERDEKAAN

Malaysia mendapatkan kemerdekaan pada 30 Oktober 1957 dan kemasukkan Sabah


dan Sawarak iaitu pada 16 September 1963. Definisi merdeka menurut Kamus
Dewan Bahasa (Edisi Keempat) bermaksud bebas daripada penjajahan, naungan,
dan kurungan. Dalam erti kata lain, ianya bermaksud bebas daripada tuntutan dan
mampu berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain. Manakala, di dalam
bahasa Arab, kemerdekaan disebut sebagai ‘‫ ’استقالل‬iaitu bersendiri dalam memiliki

1
A. Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala, Pandikar Amin Muda, Perjanjian Malaysia 1963 : Kerangka
Perundangan dalam Gagasan Malaysia dan Proses Dekolonialisasi Sabah dan Sarawak, Jurnal Borneo
Arkhailogia, Jil. 1. Diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah, 2019, hlmn. 118.

1
kemuliaan, berdikari dan bangkit daripada penindasan atau melepaskan diri daripada
sesuatu ikatan.

Menurut pendapat tokoh iaitu Pendeta Za’ba, 2 beliau menyatakan bahawa


kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal
dan ikthiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran yakni
daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan
menyuburkan dia;daripada I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad
yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu
kepada kesolehan;dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat
kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakan kemaraan
yag baik-baik dan mulia”. Menurut beliau lagi, konsep merdeka yang sebenar adalah
kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang
dibentuk oleh empat aspek iaitu agama, bahasa,pendidikan dan akhlak.

Selain itu, menurut Buya Hamka iaitu didalam bukunya yang bertajuk
‘Falsafah Hidup’, beliau menjelaskan berkenaan pengertiaan kemerdekaan iaitu
“bahawa engkau rasai dengan perasaan yang jernih, hak yang perlu engkau ketahui
dan waktu itu engkau rasai apa pula kewajiban kepada orang lain. Selain itu, beliau
lagi bahawa “Engkau merdeka dan bebas mengembangkan sayap, menurutkan
kemahuan hati untuk membuktikan bahawa engkau berhak.Tambahan lagi, beliau
menulis bahawa “engkau boleh mengeluarkan apa yang terasa dihatimu, asalkan
engkau hormati pula kemerdekaan orang lain dan engkau bayarkan kewajipan yang
diminta oleh masyarakat kepada engkau”.

Menurut pandangan penulis, ‘merdeka’ adalah bebas manakala


‘kemerdekaan’ adalah bermaksud bebas daripada kebergantungan. Penulis bersetuju
dengan Pendeta Zaa’ba iaitu berubah daripada kejahilan kepada intelektual. Namun
begitu, dalam konteks Malaysia pada hari ini, masyarakat masih terikat dengan
undang-undang oleh kerana Malaysia merupakan negara demokrasi.

3.0 PEMBENTUKAN MALAYSIA


2
Mujibu Abd Muis, Erti Merdeka Sebenar, Sinar Harian : atas talian
https://www.sinarharian.com.my/article/45380/KOLUMNIS/Erti-merdeka-yang-sebenar ,2019,
diakses pada 10 November 2020.

2
Pembentukan Malaysia adalah merujuk kepada gabungan Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan ini telah terbentuk secara sah
pada 16 September 1963. Walaupun pada tahun 1965 telah berlaku pengguguran
Singapura oleh Kerajaan Pusat, Malaysia sehingga hari ini masih lagi bergelar
sebagai sebuah negara yang berdaulat. 3 Ramai yang beranggapan bahawa idea
penggabungan ini dicetus awal oleh Tunku Abdul Rahman. Pada hakikatnya, idea
berkenaan penggabungan ini telah wujud sebelumnya namun tidak dipandang serius
oleh British yang menjajah beberapa wilayah tersebut.

Lord Brassel misalnya, pernah mengusulkan berkenaan penubuhan negara


gabungan pada tahun 1887. Hal yang sama pernah juga dinyatakan oleh Frank
Swettenham, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua. Namun, kedua usul idea ini tidak
mendapat respon yang positif daripada pihak tertinggi British. Terdapat juga idea
yang telah dinyatakan oleh golongan nasionalis tempatan berkenaan penubuhan
negara gabungan yang berdiri di atas nama Melayu Raya. 4 Tunku Abdul Rahman
sendiri pernah mengujarkan berkenaan Melayu Raya hanya pada 26 Disember 1965
sewaktu Perhimpunan Agung UMNO.5 Ini membuktikan bahawa idea berkenaan
penggabungan ini telah wujud lama sebelum ucapan Tunku Abdul Rahman di
Singapura mengenai penubuhan ‘Malaysia’ pada 27 Mei 1961.

Pelbagai faktor yang telah mendorong kepada pembentukan Malaysia. Antara


faktor yang terpenting pada pendapat penulis adalah kerana ingin mengelakkan
perluasan pengaruh Komunis di Tanah Melayu dan Borneo (Sabah, Sarawak, dan
Brunei). Selain itu, penggabungan ini juga sebenarnya banyak memberi manfaat
kepada British. Tunku Abdul Rahman boleh dikatakan jurucakap buat British
mencapai matlamat khususnya dalam hal ehwal ekonomi daripada negeri-negeri
jajahannya yang bakal dimerdekakan.

Pembentukan Malaysia ini telah melalui beberapa siri pertemuan antara


pemimpin daripada Borneo, Tanah Melayu dan Singapura dalam usaha
merealisasikan idea tersebut. Akhirnya, pada 16 September 1963, Malaysia berjaya
terbentuk walaupun Brunei menarik diri kerana tidak berpuas hati dalam beberapa

3
Azlan Selamat, “Sabah dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia”, Jurnal Kinabalu, Vol. 19,
diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah, 2013, hlm. 168, dipetik dari
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/508 pada 2 November 2020.
4
Ahmat Adam, “Partai Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi Nusantara”, Jebat, Vol. 28,
diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001, hlm. 63-74.
5
Azlan Selamat, Op. cit, hlm. 170.

3
tuntutannya yang tidak disetujui. Pembentukan ini tidaklah berlaku tanpa suatu
peruntukan khas buat negara yang bergabung. Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63
(Malaysian Agreement 1963) telah menetapkan beberapa peruntukan khas buat
Sabah dan Sarawak apabila menjadi negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

3.0 PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Perjanjian Malaysia 1963 merupakan perjanjian yang diwujudkan bagi memastikan


autonomi bagi Sabah dan Sarawak setelah menyertai Persekutuan Malaysia. Di
dalam perjanjian ini, telah diberikan beberapa syarat berkenaan hak istimewa dan
jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak berhubung
dengan penyertaan kedua-dua negeri tersebut dalam persekutuan. Perundangan ini
memiliki 11 perkara utama dan 11 lampiran yang dikembarkan kepadanya. 6 Antara
hak yang unik dimiliki oleh Sabah dan Sarawak apabila menyertai Malaysia adalah
dari aspek kawalan imigresen, perkhidmatan awam, dan lain-lain hak yang
menunjukkan autonomi dua buah negeri ini.

Walaupun perjanjian ini secara mudahnya dilihat banyak memberi manfaat


kepada Sabah dan Sarawak, MA63 ini sering dijadikan isu khususnya sewaktu musim
pilihan raya di Sabah dan Sarawak. Hal ini banyak menyentuh soal pembahagiaan
royalti petroleum yang ‘sewajarnya’ diperolehi oleh Sabah dan Sarawak. Selain itu,
terdapat juga gerakan sosial yang seringkali memainkan sentimen dan mempersoal
kedudukan Sarawak yang dianggap sebagai ‘negeri’ di dalam Persekutuan Malaysia.
Kelompok ini juga sering memainkan isu separtisme yang menuntut pemisahan
Sabah dan Sarawak dari Malaysia walaupun secara jelasnya pemisahan ini adalah
suatu hal yang tidak wajar jika dilihat dari sudut perundangan.

Oleh itu, apabila menyentuh berkaitan pembentukan Malaysia, MA63


merupakan perundangan yang tak boleh tidak untuk diwacanakan. Ini kerana
seringkali berlaku suatu tafsiran yang bersifat anakronistik terhadap perundangan
tersebut. Ramai yang melihat perundangan itu melalui lensa kekinian sehingga
tafsiran mereka tidak relevan jika disesuaikan dengan konteks sewaktu perundangan
tersebut diwujudkan.

6
A. Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala & Pandikar Amin Mulia, “Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai
Dokumen Sejarah dan Kedudukan Perundangannya dalam Konteks Masa Kini”, Jurnal Borneo Arkhailogia, Vol.
3 (2), diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah, hlm. 147.

4
4.0 APLIKASI PERUNDANGAN TERHADAP PROSES KEMERDEKAAN SABAH DAN
SARAWAK DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Pembentukan Malaysia seperti yang telah disebutkan sebelum merupakan


penggabungan antara wilayah yang membentuk Malaysia pada hari ini. Dua negeri
yang menjadi negeri penting dalam terbentuknya Malaysia adalah Sabah dan
Sarawak. Penggabungan kedua negeri ini ke dalam Malaysia disusuli dengan hak
keistimewaan melalui Perjanjian Malaysia 1963. Sebelum menjadi negeri di dalam
Malaysia, dua buah negeri ini merupakan wilayah jajahan koloni British. Wilayah
jajahan koloni disini bermaksud diperintah secara langsung melalui konsep de jure.
Kedaulatan dua buah negeri ini terletak pada British. Berbeza dengan Brunei dan
Singapura yang merupakan negeri naungan British. Dua wilayah ini diperintah secara
de facto, atau diperintah secara tidak langsung melalui kuasa eksekutif British. Oleh
itu, semasa perbincangan berkenaan pembentukan Malaysia, hanya Brunei dan
Singapura yang dibawa menyertai perbincangan tersebut. Ini kerana mereka masih
mempunyai kedaulatan yang tersendiri berbanding Sabah dan Sarawak yang dikawal
penuh oleh British sebagai wilayah jajahan koloni. 7

Walaupun demikian, Sabah dan Sarawak telah diberikan hak demokratik


dalam pembentukan Malaysia apabila British bersetuju untuk menubuhkan beberapa
suruhanjaya bagi membuat tinjauan pungutan suara penduduk Sabah dan Sarawak
yang setuju untuk menyertai pembentukan Malaysia. Taraf yang dimiliki oleh Sabah
dan Sarawak sebagai wilayah jajahan koloni menjustifikasikan perjanjian Malaysia
yang dimeterai pada 9 Julai 1963 itu merupakan sebuah perjanjian yang bersifat
dalaman, dan bukan antarabangsa. Hal ini kerana kedaulatan bagi kedua negeri itu
masih lagi terletak di bawah naungan British. Situasi ini berubah apabila
pembentukan Malaysia disahkan pada 16 September 1963 kerana melibatkan
hubungan Malaysia-British, yakni dua buah negara yang merdeka. 8

Seterusnya, terdapat beberapa polemik dalam aplikasi perundangan MA63,


khususnya berkaitan semakan semula Penyata IGC bagi memastikan implementasi
MA63 bagi mengelakkan sebarang keraguan. Walaupun demikian, secara dasarnya

7
A. Rahman Tang Abdullah & Saidah Alih, “Proses Kemerdekaan Sabah dan Sarawak (1961-1963): Tinjauan
Kembali Aplikasi Perundangan dalam Penubuhan Malaysia”, JEBAT, Vol. 44 (1), diterbitkan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia, hlm. 38-39.
8
Ibid.

5
apabila segala hak otonomi Sabah dan Sarawak telah diwartakan di dalam
perlembagaan, maka Penyata IGC tidak lagi relevan untuk dibincangkan. Ini kerana
konsep asas umum bahawa perlembagaan Malaysia mengatasi undang-undang lain.

Oleh itu, aplikasi perundangan terhadap proses kemerdekaan Sabah dan


Sarawak dalam pembentukan Malaysia adalah bersesuaian dengan lunas undang-
undang dan perlembagaan. Hal ini kerana skop perundangan MA63 telah mengalami
perubahan. Tidak semua perkara dan lampiran dalam MA63 berfungsi dan
mempunyai ikatan undang-undangnya yang asal. Selain itu, apabila timbul saranan
agar Britain melibatkan diri dalam hal semakan dan rundingan Penyata IGC, jelasnya
itu merupakan suatu saranan yang tidak menepati realiti perundangan. Britain tidak
lagi terikat kepada sebarang perkara dalam MA63. Apa yang jelas, kedaulatan Sabah
dan Sarawak yang merupakan wilayah jajahan koloni British telah dipindahkan
kepada Persekutuan Malaysia.9

5.0 PEMISAHAN SINGAPURA

Setelah Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63), pembentukan Malaysia


yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura telah diumumkam pada tahun 1963. Namun begitu, sepanjang
keberadaan Singapura dalam Malaysia, telah berlaku perselisihan faham antara
Persekutuan di Kuala Lumpur dan Singapura dari segi isu parti, politik dan juga
perkauman. Konflik-konflik yang tercetus ini telah mengakibatkan Singapura
digugurkan dari Malaysia. Terdapat pelbagai faktor pengguguran Malaysia dari
Singapura, antaranya ialah ancaman politik. Pada awal pembentukan Malaysia Lee
Kuan Yew iaitu pemimipin Singapura, telah menyatakan bahawa PAP, iaitu parti di
bawah pimpinan beliau hanya bergiat aktif di Singapura sahaja. Namun, Lee Kuan
Yew telah memungkiri janji dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya di Tanah
Melayu pada tahun 1964. Hal ini kerana, Lee Kuan Yew, telah beranggapan bahawa
parti MCA tidak mampu memajukan, membangunkan dan mengembangkan hak-hak
orang cina, telah cuba untuk memperkukuhkan kuasa politiknya dengan
menggantikan MCA. Tindakan PAP yang bercadang untuk menggantikan MCA untuk
mewakili kaum cina dalam kerajaan pada masa itu telah membimbangkan Tunku
Abdul Rahman, beliau berasa amat khawathir sekiranya Parti Perikatan akan
9
A. Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala, & Pandikar Amin Mulia, Op.cit., hlm. 162.

6
kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina kepada PAP jika tiada sebarang
tindakan yang dibuat untuk menghentikan PAP.

Selain itu, kedudukan orang melayu di Singapura juga seakan-akan terabai dan
tiada tindakan khusus yang diambil untuk memperbaiki kedudukan mereka. Perkara
ini jelas menunjukkan bahawa PAP telah bertindak pilih kasih dan hanya
mementingkan kebajikan kaum Cina semata-mata. Syed Jaafar Albar telah dihantar
ke Singapura, untuk menuntut hak-hak masyarakat Melayu Singapura dengan
meminta Lee Kuan Yew menyediakan kuota pekerjaan, biasiswa, tanah rizab Melayu,
harga rumah yang istimewa kepada kaum Melayu seperti yang dilakukan di
Semenanjung Tanah Melayu.10 Namun begitu, Lee Kuan Yew telah menyatakan
bahawa tiada sebarang keistimewaan quota akan diberikan kepada masyarakat
Melayu tetapi beliau akan cuba berusaha untuk menaiktaraf situasi serta keadaan
hidup masyarakat Melayu. Perkara ini menyebabkan Syed Jaafar Albar iaitu
setiausaha UMNO menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan
masyarakat Melayu di Singapura. 11
Perkara ini juga telah memburukkan lagu
hubungan di antara UMNO dan PAP. Seterusnya mengeruhkan lagi hubungan yang
sedia dingin di antara Persekutuan Kuala Lumpur dan Singapura.

Seterusnya ialah faktor Malaysian Malaysia. Lee Kuan Yew yang ingin
memperjuangkan Malaysian Malaysia, iaitu ingin memberikan hak kesamarataan dari
segi politik, ekonomi serta sosial terhadap setiap kaum, bertentangan dengan prinsip
Tunku Abdul Rahman yang ingin mengangkat hak dan keistimewaan orang-orang
Melayu. Konsep ini dilihat seolah-oleh telah menafikan institusi kesultanan Melayu
yang wujud serta mencabar hak istimewa masyarakat Melayu dan bumiputera.
Bahkan apabila Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada pada 1 Februauri
1948 menggantikan “Malayan Union” perlembagaannya telah dipersetujui oleh British
bahawa status negeri-negeri Melayu dan keistimewaan orang-orang Melayu mesti
dipelihara.12 Keadaan semakin tegang apabila Lee Kuan Yew secara terbuka ingin
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang berbentuk “ Malaysian Malaysia”.13 Perkara
ini dilihat sebagai suatu ancaman kepada Tunku Abdul Rahman. Oleh yang demikian,

10
A Che Mat, Sejarah Hubungan Malaysia-Singapura , Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998, hlm. 81.
11
Ayu Nor Azilah Mohammad, Mohamed Ali Haniffa & Wayu Nor Asikin Mohammad, Impak
Pemajmukan Dalam Hubungan Malaysia-Singapura Pasca Pembentukan Malaysia: Suatu Sorotan,
Malaysian Jurnal of Social Science and Humanities, vol. 3, Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam
Selangor, 2018, hlm. 454.
12
Khoo Kay Kim, Malaysia-Singapura: Penyatuan dan Perpisahan, Backbench, Bil.18, 1996, hlm. 54.
13
A Che Mat, Sejarah Hubungan Malaysia-Singapura , Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1998, hlm. 85.

7
Tunku Abdul Rahman telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura
pada 25 Julai 1965 di London. 14 Dengan pemisahan Singapura dari Malaysia telah
menjadikan Singapura sebagai sebuah negara republik yang mandiri sehingga kini.

6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya isu perihal keselamatan politik seperti ancaman komunis


merupakan salah satu tujuan utama pembentukan Malaysia pada tanggal 16
September tahun 1963. Pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan
Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak juga adalah usaha untuk mewujudkan
sebuah entiti politik yang stabil dan mempunyai keseimbangan kaum yang terdiri
daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Namun begitu, sikap agresif yang
ditunjukkan oleh pemimpin Singapura mengakibatkan Singapura terpaksa
disingkirkan dari Malaysia demi kemaslahatan dan kepentingan penduduk di
Malaysia.

14
Ibid.

8
RUJUKAN

A. Rahman Tang Abdullah. Bilcher Bala. Pandikar Amin Muda. 2019. Perjanjian Malaysia
1963: Kerangka Perundangan dalam Gagasan Malaysia dan Proses Dekolonialisasi
Sabah dan Sarawak. Jurnal Borneo Arkhailogia. Jil. 1. Diterbitkan oleh Universiti
Malaysia Sabah.
Mujibu Abd Muis. 2019. Erti Merdeka Sebenar. Sinar Harian : atas talian
https://www.sinarharian.com.my/article/45380/KOLUMNIS/Erti-merdeka-yang-
sebenar . Diakses pada 10 November 2020.
A Che Mat. 1998. Sejarah Hubungan Malaysia-Singapura. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Ayu Nor Azilah Mohammad, Mohamed Ali Haniffa & Wayu Nor Asikin Mohammad. 2018.
Impak Pemajmukan Dalam Hubungan Malaysia-Singapura Pasca Pembentukan
Malaysia: Suatu Sorotan. Malaysian Jurnal of Social Science and Humanities, vol. 3.
Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Selangor.
Khoo Kay Kim. 1996. Malaysia-Singapura: Penyatuan dan Perpisahan. Backbench,
Bil.18.

You might also like