You are on page 1of 17

MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Konsep Gagasan Malaysia 2
2 Idea/Usaha yang membawa kepada pembentukan 2-5
Malaysia
3 Reaksi penduduk tempatan dan negara jiran 5-8
terhadap pembentukan Malaysia

4 Langkah-langkah pembentukan Malaysia 8-11


5 Kandungan Perjanjian Julai 1963 dan peristiwa 11-12
pengisytiharan Malaysia
6 Usaha-usaha menangani konfrontasi 12-14
7 Rumusan Gagasan Malaysia 14-15
8 lampiran 16

1
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA


Oleh: MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI
2.1Konsep gagasan Malaysia

Pembentukan Malaysia merupakan peristiwa penting dalam sejarah negara. Pembentukan


Malaysia pada awalnya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan
Singapura. Pembentukan ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan dan
negara jiran. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu serta pembentukan Malaysia
melahirkan negara ini sebuah negara yang berdaulat. Pembentukan Malaysia ini dapat
memperlihatkan kerjasama tokoh dari peringkat persekutuan, Sarawak dan Sabah dalam
rundingan dengan kerajaan British. Kesepakatan semua pihak menzahirkan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia 1963.

2.2 Idea/Usaha yang membawa kepada pembentukan Malaysia

Idea gagasan Malaysia menggabungkan bekas tanah jajahan British di AsiaTenggara.


Antara idea tersebut termasuklah Melayu Raya oleh gerakan nasionalis sebelum Perang Dunia
Kedua yang mahu kemerdekaan wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajahan British,
Belanda dan Amerika Syarikat namun idea ini tidak Berjaya dilaksanakan. Selain itu, Pegawai
British menggemukkan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam

2
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

satu sistem pentadbiran dan ekonomi. Hal ini bertujuan memudahkan sistem pentadbiran
British. Idea gagasan Malaysia yang dicadngkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
ialah penggabungan persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sarawak, Sabah, dan
Brunei untuk merdeka dalam satu kerajaan persekutuan.

Dari sudut perkembangan idea dan usaha pembentukan Malaysia pula ia


dikemukakan pada akhir abad ke-19 oleh pihak British dan juga penduduk tempatan dan antara
idea-idea pegawai British mengikut peredaran masa. Pada tahun 1887 cadangan terawal telah
dikemukakan iaitu cadangan penggabungan Sarawak, Sabah dengan negeri Melayu dan
Negeri-negeri Selat supaya menjadi tanah jajahan besar oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat
Berpiagam Borneo Utara di Dewan Parlimen Britain yang mencadangkan penggabungan
Sarawak, Sabah, dengan negeri Melayu dan negeri-negeri Selat supaya menjadi tanah jajahan
besar.Cadangan ini dikemukakan kerana meliat potensi ekonomi melalui penggabungan
wilayah ini. Seterusnya, setelah tamat Perang Dunia Kedua, Sir Malcolm MacDonald,
Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan
British di Asia Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi yang bertujuan
menyesuaikan dengan rancangan dekolonisasi. Pada tahun 1951, Sir Malcolm MacDonald
mengadakan perbincangan dengan Dato’ Onn Jaafar, Pemimpin UMNO dan Ahli Majlis
Perundangan Persekutuan sebagai usaha menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, dan
Wilayah Borneo.

Selain itu, idea Pegawai British 1952 pula ialah Sir Gerald Templer, Persuruhjaya Tinggi
British di Tanah Melayu meminta penggabungan wilayah disegerakan bagi tujuan keselamatan
dan pada januari 1960, mesyuarat, pegawai tinggi British di Borneo bersetuju dengan cadangan
pertahanan dan keselamatan. Idea Pegawai British yang akhir ialah pada atahun 1960, Sir
Geofory Tory, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan
ekonomi dan cadangan ini mendapat sokongan Pejabat Kolonial.

Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam ucapan di Persidangan
Agung UMNO pada bulan Oktober 1955 mencadangkan Singapura, Sarawak, Sabah dan
Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1958, Datu Mustapha Datu Harun,

3
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

pemimpin Sabah dalam satu pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Kuala
Lumpur pada tahun 1958 menyatakan minat untuk membawa Sabah bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj memaklumi
Lord Perth pada 10 Jun 1960 bahawa beliau berminat untuk bergabung dengan Sarawak,
Sabah, Brunei dan Singapura. Rancangan pembentukan Malaysia mula berjalan apabila Tunku
Abdul Rahman Putra al-Haj memberikan komitmen terhadap rancangan penggabungan semua
wilayah yang terlibat dan mendapat sokongan kerajaan British. Terdapat beberapa faktor
pembentukan Malaysia, iaitu keselamatan, keseimbangan komposisi penduduk,
mempercepat kemerdekaan dan pembangunan wilayah.

Faktor yang pertama ialah keselamatan. Keselamatan terbahagi kepada dua, iaitu
ancaman komunis di Singapura dan perkembangan di Sarawak. Ancaman pertama ialah
Ancaman Komunis di Singapura. Ancaman komunis di negeri ini telah menggugat
keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menganggap
Singapura akan menjadi pusat kegiatan komunis. Oleh itu, langkah penyatuan dengan
Singapura ini dapat memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dalam bidang
keselamatan dan pertahanan bagi membendung ancaman komunis di Singapura. Ancaman
kedua ialah Perkembangan di Sarawak. Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis
melalui gerakan Clandestine Communist Organization (CCO). Dengan penyertaan Sarawak,
kerajaan British berharap dapat membendung ancaman komunis.

Faktor yang kedua ialah Keseimbangan Komposisi Penduduk. Keputusan untuk


menerima Singapura dalam Persekutuan akan mewujudkan ketidakseimbangan komposisi
penduduk antara orang Melayu dengan orang Cina. Perkara ini dibimbangi oleh Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj dan pemimpin UMNO. Penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei akan
menyeimbangkan komposisi antara kaum.

Faktor yang ketiga ialah Mempercepat Kemerdekaan. Bagi pihak British,


pembentukan Malaysia dapat merealisasikan rancangan dekolonisasi serta mempercepat
kemerdekaan wilayah Borneo, terutamanya Sarawak dan Sabah. Walau bagaimanapun,
kerajaan British perlu memastikan usaha ini mendapat sokongan penduduk di wilayah ini.

4
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

Faktor yang keempat ialah Pembangunan Wilayah. Cadangan penyertaan


Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei membentuk sebuah
negara bertujuan agar wilayah ini dapat bersatu dalam usaha mempercepat pelbagai bidang
pembangunan. Pembentukan Malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi dalam
pelbagai aspek seperti infrastruktur, sosial dan ekonomi yang lebih seimbang.

Kesimpulannya, penduduk tempatan turut memainkan peranan dalam usaha


menyatupadukan negara. Pembentukan Malaysia membuktikan pemimpin dan rakyat
mempunyai fikiran yang jauh untuk merancang masa hadapan yang baik. Pembentukan
Malaysia juga sekali gus dapat mengekang anasir komunis yang boleh mengancam keamanan
negara untuk mewujudkan keamanan serantau.

2.3 Reaksi penduduk tempatan dan negara jiran terhadap pembentukan


Malaysia

Setelah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan pembentukan Malaysia pada
27 Mei 1961, pelbagai reaksi yang telah ditunjukkan oleh penduduk tempatan dan negara jiran
terhadap pembentukkan Malaysia sama ada menyokong dan menentang serta menentang lalu
menyokong. Antara negeri-negeri yang memberikan reaksi terhadap pembentukkan Malaysia
ialah Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu manakala
negara jiran pula adalah Indonesia, Filipina, serta Thailand.

Menurut reaksi Sarawak pula ada yang menyokong, menentang dan menentang kemudian
Menyokong. Dimulakan dengan yang menyokong iaitu BARJASA yang dipimpin oleh Datuk
Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman menyokong
pembentukan Malaysia. Yang kedua pula ialah PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar
Abang Haji Mustapha, PESAKA pula dipimpin oleh Temenggung Jugah anak Barieng dan
juga SCA turut menyokong Malaysia. Seterusnya, bagi yang menentang pada peringkat awal,
SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui dan SNAP yang diketuai Stephen Kalong Ningkan
menentang cadangan pembentukan Malaysia. Manakala bagi yang menentang kemudian

5
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

menyokong ialah SNAP pada peringkat awalnya menentang tetapi kemudiannya menyokong
rancangan Malaysia berdasarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).

Di Sabah pula ada yang menyokong da menentang. Pada peringkat awal, penduduk sabah
berasa curiga dan bimbang. Sabah sedang berkembang dalam kegiatan perdagangan dan
sistem perkhidmatan awam semakin baik. Penduduk bebas menjalankan kegiatan harian
mereka. Kehadiran pasukan tentera British menjamin keselamatan mereka. Penduduk
berpendapat tiada keperluan untuk bergabung.

Bagi yang menyokong pula, menjelang pembentukan Malaysia pembentukan Malaysia,


terdapat politik utama ditubuhkan. Antaranya ialah UNKO, USNO, Pasok Momogun dan
SCA. USNO dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun menyokong idea pembentukan
Malaysia sejak awal lagi. Parti politik di sabah menubuhkan gabungan menyokong Malaysia
dinamakan Sabah Alliance pada Ogos 1962. Prti gabungan terdiri daripada UNKO, USNO
United (UPKO), Pasok Momogun, Democratic Party dan Sabah Indian Congress. Akhir sekali,
bagi yang menentang cadangan pembentukan Malaysia mengejutkan pemimpin dan
penduduk di Sabah. Kebanyakan penduduk di Sabah menganggap Tanah Melayu terasing
seperti Indonesia dan Filipina. Selain itu, jarak antara Sarawak, Sabah dengan Kuala Lumpur
juga menimbulkan masalah. Barisan Bersatu dianggotai oleh Ong Kee Hui (Pengerusi
SUPP), A.M Azahari (Parti Rakyat Brunei) dan Donald Stephens (UNKO).

Di singapura pula ada yang menyokong dan menentang. Bagi yang menyokong People’s
Action Party (PAP) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik. Parti Buruh
Singapura bersetuju tetapi menganggap gabungan tersebut sukar untuk dilaksanakan. Bagi
yang menentang Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia. Barisan Sosialis
menentang kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baharu dan
mencadangkan pandangan rakyat diperoleh sebelum Singapura menyertai Malaysia.

Di Brunei pula juga ada yang menyokong dan menentang. Bagi yang menyokong, Sultan
Brunei, iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia.

6
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

Rakyat Brunei peringkat awalnya berminat menyertai gabungan. Namun begitu, mereka ingin
mencapai kemerdekaan terlebih dahulu. Bagi yang menentang Parti Rakyat Brunei
pimpinan A.M. Azahari menentang cadangan tersebut kerana lebih berminat untuk
menggabungka Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam kesatuan. Akhir
sekali, mereka juga khuatir brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan jika menyertai
gabungan.

Seterusnya, reaksi negara jiran iaitu Indonesia, Filipina dan Thailand memberikan reaksi
terhadap rancangan pembentukan Malaysia. Bagi Indonesia, pada peringkat awal rancangan
pembentukan Malaysia, kerajaan Indonesia tidak menentang. Dr. Mohammad Hatta, iaitu
Naib Presiden Indonesia dan Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia mengalu-alukan idea
pembentukan Malaysia. Indonesia merupakan negara yang terdekat dengan Tanah Melayu
mengikut kedudukan geografi, namun pembentukan Malaysia dibantah sekeras-kerasnya oleh
kerajaan pada ketika itu. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila Presiden Sukarno
selaku Presidan Indonesia ketika itu yang mana beliau telah mengumumkan dasar
konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan “Ganyang Malaysia”. Presiden Sukarno
telah menyatakan sebab konfrontasinya bahawa protes tersebut adalah kerana Tanah Melayu
membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tambahan lagi bagi pihak
pentadbiran Indonesia, pembentukan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar
Indonesia Raya.Pembantahan terhadap Pembentukan Malaysia naik kepada satu tahap yang
lebih tinggi apabila Presiden Sukarno mengarahkan penghantaran Tentera Indonesia untuk
memasuki sempadan Sabah dan Sarawak. Seterusnya, tentara Indonesia mendarat di pantai
barat Johor supaya pengintipan terhadap perkembangan pembentukan Malaysia dapat
dilakukan namun tindakan ini dapat dihalang sehingga perancangan Presiden Sukarno itu
menjadi semakin lemah dan akhirnya gagal. Presiden Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral
Suharto pada tahun 1965 dan tindakan proaktif diambil oleh pihak Indonesia apabila Menteri
Luarnya, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi menamatkan konfrantasi pada bulan
ogos 1966.

Bagi Thailand pula, kerajaan Thailand memberikan reaksi positif dan menerima idea
pembentukan Malaysia. Pembentukan Malaysia dianggap memperkuat usaha kearah
keamanan di rantau Asia Tenggara. Akhir sekali, di Filipina pula Presiden Diosdado Pangan

7
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

(Macapagal) menentang pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah. Bagi


kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, tuntutan tersebut di bawah urusan kerajaan British.

2.4 Langkah-langkah pembentukan Malaysia

Pelbagai Langkah telah diambil untuk membentuk Malayisa antaranya ialah


Pembentukkan Malaysia telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 dan ia
mendapat sokongan majoriti ahli dewan sekaligus membolehkan kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu mengerakkan usaha menubuhkan Malaysia. Pelbagai cara dilakukan untuk
merialisasikan pembentukkan Malaysia antaranya adalah mengadakan lawatan ke negeri yang
terlibat. Lawatan dimulakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada Julai 1961 di
bumi Sarawak dan Brunei dan tujuan lawatan dibuat adalah untuk meninjau dan bertemu
dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukkan Malaysia.

Pada Ogos 1962, Datu Bandar Abang Haji Mustapha bersama Temenggung Jugah
anak Barieng, Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun mengadakan lawatan untuk
meninjau kemajuan Tanah Melayu. November 1962 sekali lagi lawatan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj ke Sarawak Dan Sabah. Lawatan terakhir dilakukan oleh Dr.
Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar baba ke Sarawak dan Sabah, lawatan tersebut telah
menujukkan kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan
gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk sabah dan Sarawak.

Cara yang kedua pula ialah penubuhan Jawatan Setia Kawan Malaysia (JSKM). JSKM
juga dikenali sebagai Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) dan ditubuhkan
Ketika persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23 Julai 1961. Mesyuarat
JSKM diadakan sebanyak empat kali, iaitu Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura.

Tujuan penubuhan JSKM adalah untuk meyakinkan penduduk Sarawak dan Sabah
tentang pembentukan Malaysia serta menyediakan ruang perbincangan bagi mendapatkan kata
sepakat terhadap pembentukan Malaysia. Selain itu, ia dapat mengumpulkan pandangan
tentang pembentukan Malaysia dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia. JSKM

8
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

juga dapat memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepat pembentukan Malaysia.


Contoh aktiviti penghebahan ialah mendedahkan perkembangan kemajuan dalam pentadbiran
dan projek pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu. Donald Stephens merupakan
pengerusi JSKM. Terdapat juga wakil pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu, Singapura
Sarawak dan Sabah. Dalam mesyuarat kedua, JSKM membuat keputusan menyokong
rancangan Malaysia. Jawatankuasa berperanan penting dalam memberikan kefahaman
kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia.

Seterusya, rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London


antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British pada bulan November 1961. Kedua-
dua kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menilai reaksi penduduk di
Sarawak dan Sabah.

Selanjutnya, Suruhanjaya Cobbold dibentuk secara rasmi pada bulan Januari 1962.

Suruhanjaya ini mengandungi wakil yang dilantik oleh kerajaan British dan Persekutuan Tanah
Melayu dan Pengerusinya ialah Lord Cobbold. Ahli-ahlinya pula terdiri daripada Sir Anthony
Abell, Sir David Watherston, Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee. Suruhanjaya
melawat 35 pusat lawatan (20 pusat lawatan di Sarawak dan 15 pusat lawatn di Sabah). Pada
bulan Jun 1962, Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan
Persekutuan Tanah Melayu.

Laporan itu menyatakan bahawa dua pertiga penduduk menyokong pembentukan


Malaysia dan mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu. Ia juga mencadangkan kuasa
autonomi dan jaminan khas yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah tidak boleh dipinda
atau dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan
Negeri berkenaan.

Referendum Singapura merupakan rundingan antara kerajaan Persekutuan Tanah


Melayu dengan Singapura pada bulan Ogos 1962 hingga September 1962 menghasilkan

9
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia. Pada awal September 1962, satu
referendum diadakan di Singapura menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia.

Keputusan referendum mendapati rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung membentuk


Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu. Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia.

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada Ogos 1962.

JAK diwakili oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Antara
tujuannya adalah untuk menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan
melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah. Pada Ogos 1962, mesyuarat pertama diadakan
di Jesselton manakala mesyuarat terakhir diadakan di Kuala Lumpur pada 18 hingga 20
September 1962.

JAK dipengerusikan oleh Lord Lansdowne, Menteri Tanah Jajahan sementara Tun
Abdul Razak Hussein merupakan timbalan pengerusi. Wakil Sarawak terdiri daripada Ketua
Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha,
Temenggong Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai, Ling Beng Siew dan Chia Chin Sin.

Wakil Sabah pula terdiri daripada Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan,
Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew. Terdapat lima
jawatankuasa kecil iaitu Perlembagaan, Kewangan, Perkhidmatan Awam, Perundangan dan
Kehakiman dan Organisasi Jabatan.

JAK telah mengusulkan 18 perkara bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah yang
perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjamin hak serta kepentingan
rakyat Sarawak dan Sabah. Teras utama dalam perlembagaan termasuklah Islam sebagai
agama rasmi Persekutuan Malaysia tetapi dikecualikan ke atas Sarawak dan Sabah. Selain
itu, Bahasa Melayu ialah Bahasa rasmi Persekutuan Malaysia tetapi Bahasa Inggeris juga
digunakan sebagai bahasa rasmi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya, sistem pendidikan
dikekalkan dibawah Kerajaan Persekutuan kecuali di Sarawak dan Sabah. Sistem Pendidikan
di Sarawak dan Sabah kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga majlis Negeri
membuat pindaan. Dalam Parlimen Malaysia, sebanyak 24 kerusi hendaklah diperuntukkan

10
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

kepada Sarawak, 16 kerusi kepada Sabah dan 15 kerusi kepada Singapura. Bidang kuasa
imigresen terletak di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi Sarawak dan Sabah diberikan kuasa
tersendiri untuk mengendalikan hal ehwal imigresen.

Kesimpulannya, pelbagai langkah diambil bagi merealisasikan pembentukan Malaysia.


Langkah ini melibatkan semua pihak sama ada pemimpin mahupun rakyat. Sikap toleransi
yang ditunjukkan perlu diamalkan oleh generasi muda bagi menjamin kesejahteraan negara.

2.5 Kandungan Perjanjian Julai 1963 dan peristiwa pengisytiharan


Malaysia

Perjanjian Malaysia atau Malaysian Agreement (MA63) ditandatangani oleh kerajaan


British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Perjanjian ini
ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London. Prinsip utama perjanjian mengiktirafkan hak
yang sama kepada semua negeri dalam Malaysia.

Antara inti pati Perjanjian Malaysia ialah tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 31
Ogos 1963. Di samping itu, Sarawak, Sabah dan Singapura akan menjadi ahli dalam
Persekutuan Malaysia Bersama-sama denga Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan
Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia akan diiktiraf oleh kerajaan British.
Selanjutnya, memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan kabinet negeri
serta memperuntukkan tempoh masa peralihan, contohnya dalam bidang pentadbiran awam
dan pendidikan kepada Sarawak dan Sabah. Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura
sebanyak 15 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Sabah 16 kerusi. Penduduk bumiputera Sabah
dan Sarawak juga mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam perlembagaan.

Antara misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah Indonesia membuat


bantahan rasmi pembentukan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. U Thant,
Setiausaha Agung PBB menubuhkan jawatankuasa, iaitu United Nations Malaysia Mission
(UNMM) pada 12 Ogos 1963 untuk menilai dan membuat laporan. Kesannya, Malaysia yang
akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1963 ditangguhkan. Laurence Michelmore, Duta Amerika
Syarikat di PBB mengetuai rombongan melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah. Pada 14

11
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

September 1963, laporan penduduk Sarawak dan Sabah yang menerima pembentukan
Malaysia diterbitkan.

Peristiwa Pengisytiharan Malaysia dilaksanakan pada 16 September 1963. Istiadat


pengisytiharan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak, dan Sabah. Di Kuala Lumpur,
Yang di-Pertuan Agong membackaan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka dan
disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman. Di Sarawak pula, Datu Abang Haji Openg Abang
Sapiee mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pengisytiharkan
Malaysia dibaca oleh Khir Johari, wakil Kerajaan Persekutuan di Kuching, Sarawak dan turut
dihadiri anggota kabinet negeri. Sementara di Sabah, Datu Mustapha Datu Harun
mengumumkan Pengisytiharan Malaysia serta menandatangani surat sumpah jawatan sebagai
Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama. Tun Abdul Razak Hussein mewakili Kerajaan
Persekutuan.

Kerajaan Indonesia pada peringkat awal tidak menentang rancangan pembentukan


Malaysia. Penentangan berlaku selepas Pembrontakan Brunei 7 Disember 1962, setelah
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat kenyataan bahawa Indonesia terlibat membantu
pemberontakan. Partai Komunis Indonesia menggunakan kesempatan menyelar rancangan
Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonialisme yang dirancang oleh kerajaan British.

Kesimpulannya, Pembentukan Malaysia dilakukan dengan cara yang teratur


melibatkan semua pihak. Penduduk yang terlibat diberi peluang untuk menyuarakan
pandangan mereka bagi menjaga kepentingan bersama. Oleh itu, kita perlu menjaga
kepentingan kesepakatan untuk memastikan kestabilan negara terpelihara.

2.6 Usaha-usaha menangani konfrontasi

Antara konfontrasi yang dihadapi ialah Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia
mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963. Alasannya ialah
mengancam kedudukan Indonesia.

12
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

Pada 20 Januari 1963, Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah


Melayu dengan konsep “Ganyang Malaysia”. Pada 16 Januari 1963 hingga 27 Mac 1963,
Tentera Indonesia melancarkan serangan gerila di Sarawak. Pada 12 April 1963, tindakan
ketenteraan terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia di Tebedu,
Sarawak. Pada 29 Disember 1963, berlaku peristiwa tembak-menembak antara tentera
Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah. Pada Ogos dan Disember 1964, pendaratan
gerila di Johor. Pada 2 September 1964 berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang Gerila
Indonesia di Labis, Johor. Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera
Malaysia. Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan Indonesia ke Majlis Keselamatan
PBB. Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia untuk bertindak selain cara
diplomatik.

Antara langkah menamatkan konfrontasi ialah Malaysia menggunakan pendekatan


diplomatik untuk menangani konfrontasi. Kementerian Luar Negeri yang diketuai oleh
Muhammad Ghazali Shafie diberikan tanggungjawab Menyusun strategi untuk mematahkan
kepen propaganda dan mendapatkan sokongan negara luar. Pada 1963, usaha menamatkan
konfrontasi dilakukan oleh U. Thant, setiausaha Agung PBB. C.V Narasimhan diutus oleh
beliau untuk berunding dengan pemimpin kerajaan Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu
pada bulan Februari 1963. Selain itu, Presiden Macapagal menganjurkan rundingan peringkat
awal di Manila pada 9 April 1963 dan Muhammad Ghazali Shafie mewakili Malaysia.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pula menerima undangan Presiden Soekarno untuk
bertemu di Tokyo pada 1963, sewaktu pertemuan itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
menerangkan tujuan pembentukan Malaysia. Sementara itu, Tun Abdul Razak Hussein
menghadiri mesyuarat peringkat Menteri Luar di Manilla pada 7 hingga 11 Jun 1963 dengan
tujuan untuk mencari penyelesaian konfrontasi. Indonesia mewakili Dr. Subandrio, Menteri
Luar Indonesia. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menghadiri mesyuarat bersama-sama
Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal di Manila pada 31 Julai hingga 5 Ogos 1963.
Hasilnya kerajaan Indonesia dan Filipina menerima pembentukan Malaysia selepas penilaian
dibuat oleh PBB terhadap Sarawak dan Sabah.

13
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

Pada 1964, rundingan Malaysia, Indonesia dan Filipina pada tahun 1964 melibatkan
dua persidangan peringkat menteri di Bangkok dan satu sidang kemuncak di Tokyo.

Thanat Koman, Menteri Luar Thailand memainkan peranan utama menganjurkan pertemuan
dengan Menteri Luar Indonesia.

Pada 1965, konfrontasi ditamatkan selepas berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia


pada 30 September 1965. Jeneral Suharto melantik Jeneral Ali Moertopo dan Adam malik
untuk berunding menamatkan konfrontasi.

Pada 4 Ogos 1966, Indonesia mengumumkan penamatan dasar konfrontasi. Pada 11


Ogos 1966, Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan
Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta.

Kesimpulannya, konfrontasi memberikan pengalaman kepada negara kita untuk


mengurus krisis pada peringkat serantau dan antarabangsa. Komitmen tinggi yang diberikan
oleh pemimpin dan pegawai kerajaan berjaya mengelakkan masalah ini menjadi konflik yang
lebih besar. Oleh itu, penting bagi rakyat Malaysia bersatu padu untuk memastikan kestabilan
negara dan mengelakkan ancaman luar.

2.8 Rumusan Gagasan Malaysia

Kesimpulannya, Pembentukan Malaysia merupakan penggabungan Persekutuan Tanah


Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Pembentukan Malaysia
juga menghadapi cabaran besar untuk mendapatkan sokongan dan Kerjasama semua rakyat.
Kerajaan juga perlu berunding dengan pihak British. Seterusnya, Pembentukan Malaysia juga
mendapat tentangan dari negara jiran, iaitu Indonesia dan Filipina. Sokongan rakyat
membolehkan pembentukan Malaysia berjaya. Tidak lupa juga keterlibatan semua pemimpin,
pegawai kerajaan dan masyarakat menghasilkan persetujuan melalui Perjanjian Malaysia
1963. Pengajaran utama daripada pembentukan Malaysia ialah kepentingan kesepakatan
untuk kestabilan negara.

14
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

Pengetahuan yang saya dapat daripada penulisan rencana ini ialah konfrontasi
memberikan pengalaman kepada negara kita untuk mengurus krisis pada peringkat asia dan
antarabangsa. Iktibar yang dapat diselitkan dalam penulisan rencana ini ialah kita harus
menghargai pengorbanan tokoh-tokoh Negara Malaysia atas apa yang beliau lakukak untuk
memerdekan dan memperbaikkan situasi negar ini. Harapan saya kita sebagai warganegara
Malaysia ialah rakyat Malaysia bersatu padu untuk memastikan kestabilan negara dan
mengelakkan ancaman luar.

15
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

2.8Lampiran

Sir Malcolm Macdonald


Tunku Abdul Rahman
Putra al-Haj

Penyata Suruhanjaya Penyiasat


Borneo Utara dan Sarawak

Ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold

Dokumen Pemasyhuran Malaysia

16
MUHAMMAD NABIL IKHWAN BIN MOHD AZLI 2SVM IPD

Peristiwa Pengisytiharan Malaysia di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.

Dr. Ismail Abdul Rahman

Majlis menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan


Indonesia – Malaysia oleh Tun Abdul Razak Hussein (duduk di kiri) dan Adam
Malik (duduk di kanan) disaksikan oleh Jeneral Suharto yang diadakan di
Jakarta, Indonesia. 17

You might also like