You are on page 1of 17

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

AIL3002

DOKUMENTASI DAN SUMBER SEJARAH MALAYSIA

SEMESTER 2 SESI 2019/2020

NAMA AIMAN NURBAYA BINTI ASRI

NO. MATRIK 17160946/1

TUTORIAL DR. TAN MIAU ING

MASA 3PM HINGGA 4PM (SELASA)

NOMBOR SOALAN 38 : BINCANGKAN KEPENTINGAN LAPORAN

SOALAN SURUHANJAYA COBBOLD 1962 DALAM PEMBENTUKAN

MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 1963.

1
Pengenalan

Sebelum pembentukan berlaku Malaysia, pelbagai cabaran dan masalah yang

dihadapi oleh pemimpin Tanah Melayu untuk menjayakan usaha ini. Pembentukan

Malaysia dilihat sebagai suatu usaha ke arah untuk mewujudkan sebuah negara yang

mencapai kestabilan terutamanya daripada ssegi perpaduan kaum. Perdana Menteri

Malaysia yang pertama ketika itu, Tunku Abdul Rahman, telah mengutarakan idea

pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu sendiri, Sabah dan

Sarawak, Singapura dan Brunei. Perkara ini ingin dicapai adalah kerana pada ketika

itu, keadaan politik di Tanah Melayu dilihat seakan tidak mencapai keamanan.

Perkara ini begitu mengusarkan dalam kalangan pemimpin yang melihat perkara ini

harus diatasi dengan segera.

Gagasan Malaysia ini adalah merupakan sebuah idea politik yang memaparkan

gabungan antara Malaya, Singapuran dan Wilayah Borneo yang mana terdiri daripada

Sabah, Sarawak dan Brunei. Perancangan ini dikatakan telahpun dibincangkan sejak

beberapa tahun belakangan lagi sebelum ianya diumumkan oleh Tunku Abdul

Rahman pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara

di Hotel Adelphi, Singapura.1 Keinginan dan impian Tunku ini disambut baik dan

dipersetujui oleh pihak British untuk melaksanakannya. Gagasan Malaysia ini dilihat

mempunyai sambutan yang amat menggalakkan apabila pada tahun yang sama iaitu

pada tarikh 13 Oktober, Tunku telah ke London untuk membahaskan beberapa

langkah dalam melaksanakan perancangan ini. Pihak British telah menyatakan

persetujuan dalam hasrat Tunku ini, namun sebelum keputusan yang penghabisan

perlu dilakukan, tinjauan pendapat di Sabah dan Sarawak dirasakan amat penting. Hal

1
The Sarawak Gazette, 28 Februari 1962.

1
ini kerana, penglibatan Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaan Gagasan Malaysia ini

dapat dilihat mendatangkan kebaikan pada kedua buah wilayah tersebut juga.

Rajah 1.0: Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Cobbold.

Sumber: Internet.

Menurut sejarawan negara, sebelum cadangan ini diutarakan oleh Tunku lagi,

pemimpin Borneo pada ketika itu pernah membahaskan mengenai penyatuan di antara

Brunei, Borneo Utara dan Sarawak di dalam Kalimantan Utara bagi membentuk

Persekutuan Borneo pada tahun 1953.2 Perkara ini adalah bertujuan untuk

merapatkan lagi hubungan yang sedia ada bagi wilayah-wilayah tersebut. Namun,

perkara ini tidak berjaya untuk dilaksanakan atas dasar beberapa masalah yang terjadi

ini termasuklah masalah pembahagian kekayaan minyak yang dimiliki Brunei,

masalah ketidakstabilan kaum di Borneo Utara dan Sarawak yang mana majoritinya

2
Utusan Malaysia, 4 Januari 1956.

2
bukanlah dalam kalangan Melayu dan juga masalah perhubungan antara wilayah yang

tidak begitu baik.3

Setelah mencapai kata putus, satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk

melaksanakan tugas untuk mengetahui pendapat masyarakat Borneo Utara dan

Sarawak dan membuat cadangan-cadangannya berkaitan dengan Pembentukan

Malaysia4. Oleh itu, pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah

bertujuan untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak.

Suruhanjaya ini juga telah terbentuk hasil daripada perundingan di antara kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu dan pihak British yang mana dalam masa yang sama

adalah untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara yang pada hari ini

adalah Sabah dan juga Sarawak untuk melaksanakan Gagasan Malaysia. Sungguhpun

perihal ini mendapat tentangan daripada pihak, namun begitu, jika diperhatikan

dengan telus, Laporan Suruhanjaya Cobbald ini mempunyai kepentingan yang boleh

diberikan fokus dengan cara mengenalpasti persetujuan pihak-pihak yang terlibat

terutamanya Sabah dan Sarawak.

Kepentingan Suruhanjaya Cobbold.

1) Untuk Menunjukkan Sabah dan Sarawak Ingin Menyertai Malaysia.

Salah sebuah kepentingan yang dapat dilihat mengenai Laporan Suruhanjaya

Cobbold ini adalah untuk melihat reaksi penduduk di Sabah dan Sarawak berkenaan

persetujuan mereka terhadap penyetaan Sabah Sarawak dalam Gagasan Malaysia.

Sebelum penyatuan ini dilakukan, suatu keputusan akhir harus dilakukan iaitu untuk

mengetahui reaksi sebenar adakah penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai
3
Bab 5 Politik Orang Cina dan Persekutuan Malaysia, http://studentsrepo.um.edu.my/468/6/BAB5.pdf
(tarikh diakses pada 16 Jun)
4
A.J Stockwell (ed), Malaysia, Series B Volume 8, London: The Stationery Office, 2004, hlm. 242.

3
Malaysia. Dalam masa yang sama, kebimbangan Tunku Abdul Rahman mengenai

kedudukan tiga buah wilayah ini (Sarawak, Borneo Utara dan Brunei) disebabkan

tuntutan yang dilakukan oleh Filipina yang menginginkan wilayah Borneo Utara.

Dalam masa yang sama, Tunku juga turut risau jika Indonesia juga menginginkan

tuntutan terhadap wilayah ini memandangkan Indonesia telah menyatakan tentangan

sekeras-kerasnya terhadap rancangan yang dikemukakan oleh Persekutuan melalui

gabungan yang ingin dilakukan ini.

Keinginan Persekutuan untuk menyatukan Sarawak, Borneo Utara dan Brunei ini

adalah bukan untuk memberikan kepentingan yang bersifat berat sebelah. Namun

ianya dirangka bagi tujuan untuk mendapatkan kesemakmuran dalam pelbagai pihak

juga. Melihat pada masalah-masalah yang dihadapi di Tanah Melayu pada ketika itu

sebagai contoh pengaruh komunis yang mula tersebar. Tunku turut melihat bahawa

masa depan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak masih berada dalam keadaan yang

tidak jelas. Hal ini kerana, perkembangan dan pergolakan politik terutamanya

ancaman komunis yang boleh terpalit ke Tanah Melayu membimbangkan beliau.

Pengaruh dan ideologi komunis pada ketika itu telah menggusarkan Tunku kerana

ideologi yang bersifat menyeluruh ini mampu untuk sampai ke Tanah Melayu dan

Wilayah Borneo dalam masa yang amat singkat. Pengaruh komunis dipercayai

mampu memberikan kegoyahan dalam kestabilan politik serantau. Melihatkan kepada

permasalahan ini, Tunku sedar bahawa tindakan untuk membentuk Malaysia harus

dilakukan demi kepentingan bersama. Dalam pada itu, gabungan wilayah ini juga

adalah amat penting untuk mencapai keseimbangan kaum wilayah ini dan juga atas

dasar untuk meningkatkan kemajuan ekonomi dalam wilayah-wilayah yang terlibat.

Sungguhpun pada awalnya terdapat pelbagai penentangan yang wujud akibat

daripada tiada persetujuan daripada beberapa pihak untuk gabungan wilayah ini, ini

4
termasuknya rakyat daripada Sarawak sendiri. Namun begitu, menjelang tahun 1961,

dapat dilihat bahawa penerimaan terhadap idea Pembentukan Malaysia ini semakin

diterima ramai. Suara-suara yang menyokong rancangan ini semkain meningkat

khususnya dalam kalangan orang Melayu dan bumiputera. Dalam tempoh Februari

sehingga April 1962, sebanyak 2200 memorandum yang telah diterima oleh

Suruhanjaya ini. Ianya adalah terdiri daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat

Kerajaan, pembesar tempatan, pemimpin kaum dan agama, dan juga orang ramai yang

memberikan pandangan mengenai Gagasan Malaysia ini.

Namun begitu, hasil daripada Laporan Suruhanjaya Cobbold ini, sebanyak 80%

penduduk di Sarawak dan Borneo Utara telah menyatakan persetujuan mereka

terhadap penubuhan Malaysia ini. Sokongan rakyat yang hampir lebih daripada

separuh ini membuktikan bahawa Suruhanjaya Cobbold yang dirangka ini berjaya

menyatakan persetujuan penduduk di Wilayah Borneo. Pelaksanaan tugas oleh

suruhanjaya ini telah menghasilkan laporan penting yang dikenali sebagai Penyata

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak.5 Penyata inilah yang menjadi asas

sebagai rujukan dan bukti yang kukuh bahawa terdapatnya persetujuan majoriti

daripada rakyat Borneo Utara dan Sarawak untuk bersama-sama Persekutuan Tanah

Melayu dan Singapura bagi membentuk sebuah wilayah baharu yang dikenali sebagai

Malaysia.6

2) Mendapatkan Kemerdekaan Bagi Singapura, Brunei, Wilayah Borneo Utara

dan Sarawak.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Cobbold ini juga dilihat penting dalam

memberikan peluang untuk Singapura, Brunei, wilayah Borneo Utara dan Sarawak

5
Berita Harian, 20 September 2013.
6
Ibid.

5
agar boleh mendapatkan kemerdekaan dalam masa yang lebih cepat. Umum

mengetahui bahawa, apabila Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 1957,

wilayah Borneo Utara dan Sarawak masih lagi berada dalam penguasaan pihak British.

Dengan penyatuan wilayah ini, Tanah Melayu merasakan bahawa ianya adalah

sebagai tanggungjawab bersama-sama dalam mengecapi kemerdekaan.7 dalam masa

yang sama, kesepaduan dan keharmonian juga akan dapat dinikmati oleh

wilayah-wilayah ini. Menurut Tunku Abdul Rahman, dengan gabungan

wilayah-wilayah ini, ianya adalah salah sebuah cara bagi mendapatkan kemerdekaan

wilayah-wilayah tersebut tanpa adanya pertumpahan darah yang berlaku.

Pembentukan Malaysia ini juga adalah salah sebuah cara untuk membentuk kesatuan

politik bersama yang meliputi kesemua wilayah tersebut yang akhirnya akan

dinamakan sebagai Malaysia.

Semasa penjajahan British ke atas negeri-negeri ini, wilayah Borneo Utara dan

Sarawak dilihat sebagai negeri jajahan, bagi Singapura dan Brunei pula masing

masing memegang status sebagai negeri naungan pihak British. Sekitar tahun 1960-an,

British dikatakan masih lagi dalam perancangan untuk melepaskan negeri-negeri

jajahan mereka supaya dapat mengecapai kemerdekaan pada masa yang terdekat.

Namun begitu, pandangan British ke atas Borneo Utara dan Sarawak adalah sedikit

berbeza kerana menurut British, Borneo Utara dan Sarawak masih belum boleh untuk

mendapatkan kemerdekaan disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan

negeri-negeri ini sukar untuk memerdekakan diri mereka. Sebagai contoh, pada masa

itu, masih terdapat lagi masalah-masalah yang menggusarkan pihak British dan

antaranya adalah kegawatan ekonomi dan masalah politik yang menular dalam

kalangan rakyat yang diihat masih tidak stabil. Persekutuan yang merasakan

7
Sarawak by The Week, 15 Oktober-21 Oktober 1961.

6
tanggungjawab mereka untuk membantu wilayah seperti Borneo dan Sarawak

terpanggil untuk melibatkan wilayah ini dalam pembentukan Malaysia. Sekaligus

dapat membantu Borneo Utara dan Sarawak untuk mengecapi kemerdekaan yang

lebih awal.

Dalam masa yang sama juga, apabila pihak British yang mendengar usul daripada

Tunku ini, mereka tanpa segan-segan bersetuju meskipun Borneo Utara dan Sarawak

tidak lagi menjadi negeri jajahan mereka. Namun, British menganggap bahawa

dengan gabungan antara wilayah-wilayah ini, ianya akan dapat mengelakkan ancaman

komunis yang dilihat semakin gawat. Bagi British, jika ideologi komunis tersebar dan

ianya dapat mempengaruhi rakyat di Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei,

sudah tentu pihak British akan kehilangan kepentingan ekonomi dan sosial mereka di

negeri-negeri tersebut. Makanya, gabungan ini adalah sebagai salah sebuah hala tuju

wilayah tersebut untuk dimerdekakan oleh British.

Sungguhpun dapat dilihat bahawa pada awal pengenalan gebungan wilayah untuk

membentuk Malaysia ini, kebanyakan parti-parti di Borneo Utara dan Sarawak tidak

bersetuju berkenaan perkara ini. Kemerdekaan yang dikatakan akan diperoleh adalah

dianggap sebagai salah sebuah taktik penjajahan baharu yang dilakukan oleh

Persekutuan. Menurut Donald Stephens pula, rancangan Tunku untuk bergabung

wilayah ini juga adalah merupakan satu satu kepentingan Tunku untuk menyelesaikan

konflik yang wujud diantara Tanah Melayu dan Singapura. Namun selespas Donald

Stephens hadir ke Parlimen Komanwel, Stephens telah bersetuju dan menyokong

rancangan Malaysia demi kepentingan masyarakat Borneo Utara juga. Dalam masa

yang sama, beliau juga turut sedar bahawa dngan pembentukan Malaysia ini, kaum

7
Kadazan di Borneo Utara dilihat akan lebih berjaya dalam mengecapi pelbagai

bidang.8

3) Untuk Mendapatkan Pengiktirafan Antarabangsa.

Suruhanjaya Cobbold juga dirangka bukan sahaja atas dasar untuk mendapatkan

pendapat masyarakat di Borneo Utara dan Sarawak sahaja, malah ianya juga adalah

berkepentingan sebagai pengiktirafan antarabangsa. Gabungan antara kerajaan Tanah

Melayu, Borneo Utara dan Sarawak ini adalah untuk menunjukkan bahawa ianya

adalah sah dan mendapat persetujuan daripada pihak British juga. Hal ini kerana,

penglibatan pihak British di dalam suruhanjaya ini juga telah cukup menggambarkan

bahawa ianya boleh mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Tambahan

pula, kes penyatuan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak ke dalam Persekutuan

Malaysia ini melibatkan dua buah negara yang begitu jelas penglibatannya, iaitu

Persekutuan Tanah Melayu dan Britain yang perlu juga diperakui di peringkat

antarabangsa.9

Gagasan Malaysia yang telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman ini telah

diterima baik oleh pihak British. Malah, pada waktu-waktu tertentu, Tunku telah

dipanggil ke London bagi bermesyuarat bersama dengan Perdana Menteri British.

Menteri-menteri British dan Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kata sepakat

bahawa pembentukan Malaysia boleh dilakukan, ianya harusnya mendapat kata

sepakat daripada penduduk di Borneo Utara dan Sarawak juga.10

8
Azlan Selamat, Sabah Dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia, hlm. 177.
9
A. Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala dan Pandikar Amin Mulia, Perjanjian Malaysia 1963:
Kerangka Perundangan dalam Gagasan Malaysia dan Proses Dekolonisasi Sabah dan Sarawak, Jurnal
Borneo Akhailogia, Jil. 4, Bil. 1, Disember 2019, hlm. 127.
10
Ahmad Farhan bin Abdullah @ Zakaria, Sumbangan Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Dalam Pembentukan Malaysia dan Penglibatan Malaysia Dalam PBB, 1957-2003, Persatuan Sejarah
Malaysia, 2009, hlm. 132.

8
Dalam pada itu, Lord Cobbold sendiri adalah merupakan salah seorang individu

yang penting dalam Suruhanjaya ini. Beliau sebelum ini adalah merupakan bekas

Gabenor of England yang juga telah turut serta dalam suruhanjaya tersebut. Perkara

ini jelas menunjukkan bahawa secara tidak langsung, British telah terlibat dalam

menjadi saksi untuk Tanah Melayu melakukan pembentukan wilayah yang baharu

daan hal ini sememangnya menjadi gambaran buat masa kini bahawa Suruhanjaya

Cobbold adalah penting dalam mengiktiraf pembentukan yang ingin dilaksanakan ini.

Selain itu juga, pembentukan Malaysia ini telah terbukti kelihatan campur tangan

Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mana jelas

menunjukkan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Pasukan Setiausaha

Agung PBB ini telah menyertai tinjauan untuk ke Borneo Utara dan Sarawak bagi

memperkenalkan Suruhanjaya Cobbold kepada masyarakat di wilayah-wilayah

tersebut. Penglibatan Setiausaha Agung PBB ini jelas menunjukkan bahawa

pembentukan Malaysia yang ingin dilakukan oleh Persekutuan pada ketika itu adalah

sangat penting dan tidak mudah kerana ianya melibatkan penyatuan beberapa

wilayah-wilayah yang berkaitan. Setiausaha Agung PBB telah menghantar beberapa

ahlinya yang penting yang terdiri daripada beberapa negara pada ketika itu.

Persekutuan Tanah Melayu juga pada ketika itu telah menerima perakuan dari

Setiausaha Agung PBB untuk bahawa mereka akan melaksanakan tugas mereka

dengan seberapa pantas dan kemungkinan berlaku kelewatan yang tidak begitu

lama.11 Dalam masa yang sama, empat orang wakil pemerhati daripada Persekutuan

Tanah Melayu yan telah mengikuti Rombongan Peninjau PBB adalah Encik Yaakob

bin Abdul Latiff, Duta Besar Malaya di Thailand, Senator Encik Mohemad Zahir bin

11
Ahmad Farhan bin Abdullah @ Zakaria, Sumbangan Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Dalam Pembentukan Malaysia dan Penglibatan Malaysia Dalam PBB, 1957-2003, Persatuan Sejarah
Malaysia, 2009, hlm. 134.

9
Haji Ismail, Encik Zaiton Ibrahim, Duta Besar Melayu di Filipina dan Senator Nathi

Nahappan.12

Memetik kata-kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal

yang menyatakan bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah pada masa kini tidak wajar

lagi dibangkitkan.13 Hal ini kerana, Sabah secara jelas merupakan sebahagian

daripada Malaysia seperti yang ditetapkan dalam referendum pembentukan Malaysia

pada tahun 1962. Tambah beliau lagi, pengiktirafan itu telah dibuat oleh badan

antarabangsa, maka isu tuntutan kerajaan Filipina ini tidak akan diambil peduli.

Dalam pada itu, Sabah yang dahulunya Borneo Utara, sebelum pembentukan

Malaysia dilakukan, pandangan majoriti penduduk di wilayah tersebut telah diambil

kira. Ini akan merujuk kepada Suruhanjaya Cobbold yang memperlihatkan

penglibatan seperti PBB dan juga British.14

Rajah 2.0: Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Sumber: Internet.

12
Ibid.
13
Sabah Diiktiraf Badan Antarabangsa Sebagai Sebahagian Dalam Malaysia,
https://www.borneotoday.net/sabah-diiktiraf-badan-antarabangsa-sebagai-sebahagian-dalam-malaysia/
(tarikh diakses pada 16 Jun 2020)
14
Ibid.

10
4) Sebahagian Hasil Laporan Cobbold Dimasukkan dalam Perlembagaan

Malaysia.

Laporan Cobbold telah memutuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia

yang kemudiannya adalah pindaan kepada Perlembagaan Tanah Melayu 1957, ini

bermakna bahawa perlembagaan baharu tidak akan digubal bagi Gagasan Malaysia.

Selaras dengan itu, beberapa cadangan telah dikemukakan sepanjang laporan tersebut

yang hanya akan dimuatkan ke dalam Perlembagaan yang telah sedia ada.15 Perkara

ini juga adalah merupakan antara kepentingan lain yang dilihat melalui Laporan

Suruhanjaya Cobbold. Sebahagian hasil yang termaktub melaluinya telah dimasukkan

dalam Perlembagaan Malaysia 1963.16 Keputusan kerangka perundangan yang dibuat

supaya Perlembagaan Malaysia bukanlah perlembagaan baharu adalah bukan semata

untuk mengelakkan krisis perlembagaan di Semenanjung Tanah Melayu itu sendiri.

Tetapi ianya telah diputuskan atas dasar bahawa Persekutuan Malaysia hanya

memakai nama baharu dan masih menggunakan Perlembagaan Persekutuan 1957

yang dipinda.17

Dalam masa yang sama, cadangan lain yang telah dikemukakan dalam

Suruhanjaya Cobbold yang kemudiannya dimeterai di dalam Perlembagaan Malaysia

adalah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini adalah kerana, pada ketika itu,

penyatuan wilayah ke dalam Malaysia yang terdiri daripada Borneo Utara, dan

Sarawak ini adalah wilayah yang mana masyarakat Melayu boleh dikategorikan

sebagai masyarakat yang majoriti. Maka, dengan cadangan yang dikemukakan ini,

ianya akan lebih meyakinkan wilayah-wilayah tersebut untuk bersetuju dengan

cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

15
A. Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala dan Pandikar Amin Mulia, Perjanjian Malaysia 1963:
Kerangka Perundangan dalam Gagasan Malaysia dan Proses Dekolonisasi Sabah dan Sarawak, Jurnal
Borneo Akhailogia, Jil. 4, Bil. 1, Disember 2019, hlm. 123.
16
Ibid, hlm. 129.
17
Ibid.

11
Selain itu, perkara yang termaktub di dalam suruhanjaya ini yang kemudiannya

diterima untuk merangka Perlembagaan Malayia adalah penukaran nama Malaya itu

sendiri. Selepas kemerdekaan iaitu pada tahun 1957 sehingga pada tahun 1963, nama

Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya masih lagi kekal sehingga Suruhanjaya

Cobbold dirangka dan cadangan penukaran nama kepada Malaysia telah dilakukan

atas persetujuan Persekutuan dan juga pihak Borneo Utara serta Sarawak. Langkah ini

adalah tepat kerana ia memberikan pengertian bahawa kewujudan Persekutuan Tanah

Melayu tidak pernak berakhir tetapi masih wujud cuma dengan pertukaran nama yang

baharu sahaja beserta dengan pertambahan dua buah negeri.18 Di samping itu,

jaminan hak kesukuan bumiputera Borneo Utara dan Sarawak dan penentuan tarikh

penubuhan Malaysia iaitu pada 16 September 1963juga adalah antara perkara yang

dinyatakan oleh laporan Cobbold yang mana kemudiannya diterapkan didalam

Perlembagaan Persekutuan. Hak kesukuan bumiputera bagi Sabah dan Sarawak

adalah penting kerana ianya adalah untuk memastikan bahawa gabungan wilayah ini

turut memberikan keistimewaan buat Wilayah Borneo ini kerana mereka ini terdiri

daripada berbilang suku yang berbeza yang harus dijaga kepentingannya.

18
Ibid, hlm. 130.

12
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Suruhanjaya Cobbold telah dilakukan atas dasar untuk

mengetahui penerimaan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak dalam usaha untuk

membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia. Sungguhpun pada

peringkat awalnya, persetujuan kedua buah wilayah ini tidak kelihatan disebabkan

oleh beberapa masalah yang terpalit seperti tiada persetujuan di antara parti-parti yang

berada di Borneo Utara dan Sarawak serta merasakan bahawa dengan gabungan ini,

ianya salah sebuah langkah baharu yang dikenalkan oleh Persekutuan untuk menjajah

wilayah-wilayah Borneo ini. Namun pada akhirnya pemimpin-pemimpin parti di

Borneo Utara dan Sarawak mengerti tentang akan kemahuan sebenar yang diinginkan

oleh Persekutuan melalui gabungan ini. Tambah pula, usul atau memorandum yang

dikemukakan oleh Borneo Utara telah diterima baik oleh Tunku dan mereka yang

terlibat dalam Suruhanjaya Cobbold ini untuk diberikan pertimbangan mengenainya.

Suruhanjaya Cobbold ini menunjukkan kepentingan dalam membentuk Malaysia

pada tahun 1963. Hal ini kerana, melalui Laporan Suruhanjaya Cobbold ini, ianya

telah memperlihatkan secara jelas mengenai persetujuan rakyat di Borneo Utara dan

Sarawak mengenai gabungan bersama Tanah Melayu. Perkara ini amat penting kerana

ianya juga adalah melambangkan pengiktirafan bahawa keinginan Tunku Abdul

Rahman yang mengemukakan cadangan gabungan ini bukanlah hanya bersifat sendiri

sahaja. Tambahan pula, perkara ini turut menampakkan campur tangan British dalam

menyokong idea Tunku ini. Justeru, laporan ini adalah amat penting kerana jika pada

masa akan datang status kedua wilayah ini diganggu-gugat oleh mana-mana pihak,

Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah bukti yang sah bahawa gabungan ini adalah

sebuah keinginan bersama.

13
Jika dilihat melalui sudut pandang yang berbeza, Laporan Suruhanjaya Cobbold

juga adalah penting untuk mendapatkan kemerdekaan bagi pihak Borneo Utara,

Sarawak, Singapura dan Brunei. Laporan ini juga secara tidak langsung dapat

mengisytiharkan bahawa wilayah-wilayah ini perlu dimerdekakan oleh British. Jelas

British, mereka sememangnya merancang untuk memberikan kemerdekaan pada

wilayah-wilayah ini, namun mereka masih risau akan keadaan sosial dan ekonomi di

Borneo Utara dan Sarawak yang masih mempunyai arah yang positif. Maka, dengan

gabungan ini, wilayah ini akan lebih terjamin daripada segi ekonomi terutamanya.

Selain itu, kepentingan laporan ini juga adalah untuk mendapatkan pengiktirafan

antarabangsa. Isu yang timbul sejak belakangan ini mengenai Kesultanan Sulu yang

menuntut Sabah tidak wajar timbul lagi. Hal ini kerana, pihak Filipina yang

mendakwa Sabah seharusnya menjadi sebahagian daripada wilayah mereka tidak

masuk akal kerana Sabah telahpun diiktiraf dengan bersaksikan British dan juga

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1963 lagi. Jadi, apabila isu sebegini

rupa timbul, Malaysia tidak perlu goyah atau takut kerana perkara ini telahpun

mencapai persetujuan daripada kedua belah pihak bersaksikan badan antarabangsa.

Sebahagian daripada hasil laporan suruhanjaya Cobbold juga dilihat telah diambil

kira dalam Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1957 masih digunapakai dan tiada sebarang perlembagaan baharu yang perlu

digubal. Ini dilihat merupakan sebuah langkah yang amat berkesan yang dijalankan

oleh Laporan Cobbold. Dalam masa yang sama, bahasa kebangsaan iaitu Bahasa

Melayu juga telah dimeterai di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Secara kesuluruhannya, Gagasan Malaysia yang dimeterai pada 16 September

1963 ini telah menunjukkan bahawa peranan Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah

amat penting untuk memastikan bahawa perkara ini tercapai pada awalnya atas sebab

14
musabab yang tertentu yang boleh menganggu gugat beberapa perkara di Tanah

Melayu.

15
Bibliografi

A. Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala dan Pandikar Amin Mulia, Perjanjian

Malaysia 1963: Kerangka Perundangan dalam Gagasan Malaysia dan Proses

Dekolonisasi Sabah dan Sarawak, Jurnal Borneo Akhailogia, Jil. 4, Bil. 1,

Disember 2019.

Ahmad Farhan bin Abdullah @ Zakaria, Sumbangan Penubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (PBB) Dalam Pembentukan Malaysia dan Penglibatan Malaysia Dalam

PBB, 1957-2003, Persatuan Sejarah Malaysia, 2009.

Azlan Selamat, Sabah Dalam Proses Pembentukan Persekutuan Malaysia.

Berita Harian, 20 September 2013.

Sarawak by The Week, 15 Oktober-21 Oktober 1961.

Stockwell, A.J., (ed), Malaysia, Series B, Jil.8, London: The Stationery Office, 2004.

The Sarawak Gazette, 28 Februari 1962.

Utusan Malaysia, 4 November 1956.

16

You might also like