You are on page 1of 22

TOPIK 7 : PENUBUHAN MALAYSIA

PENGENALAN
•Pembentukan Malaysia merupakan sebahagian
usaha membendung pengaruh komunis.

•Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra


mengemukakan Gagasan Persekutuan Malaysia
yang membawa penubuhan Malaysia.

•Penubuhan Malaysia (16 Sept 1963) ialah gabungan


wilayah di bawah satu kerajaan pusat dengan
menggunakan konsep Federalisme/Persekutuan.
RANCANGAN PENBENTUKAN MALAYSIA

• Cadangan penggabungan negeri-negeri Melayu


termasuk negeri-negeri Selat dan wilayah-wilayah
Borneo pernah dicadangkan:

1. Lord Brassey-pengarah syarikat Borneo Utara


2. Malcom Mac Donald-Pesuruhjaya Tinggi British
3. David Marshall-Ketua Menteri Singapura
4. Ghazali Shafie-intelektual Melayu (1954)
5. Tunku Abd Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura
iaitu kepentingan Tanah Melayu membentuk satu
kerjasama dengan Singapura dan Borneo dalam
aspek ekonomi dan politik.
FAKTOR-FAKTOR MENDORONG
PENUBUHAN MALAYSIA
1) PERKEMBANGAN POLITIK SINGAPURA

• Keadaan politik di Singapura yang agak kekirian kerana


dipengaruhi parti Barisan Sosialis (pro komunis)
membimbangkan Tunku dan pemimpin UMNO.

• 1961, kedudukan parti pemerintah People’s Action


Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew terancam.
2) KESEIMBANGAN KAUM
• nisbah jumlah penduduk Melayu dan bukan Melayu tidak
seimbang setelah kemasukan Singapura.
• Bagi atasi masalah adalah membawa masuk negeri di
Wilayah Borneo ke dalam Persekutuan untuk
mengimbangi kaum bumiputera.

3) KEMERDEKAAN BAGI NEGARA-NEGARA BARU


• Penubuhan Malaysia dianggap sebagai mampu
membantu negara yang masih dijajah untuk mencapai
kemerdekaan.
4) MENINGKATKAN TARAF BUMIPUTERA SABAH DAN
SARAWAK
• Bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan
berbanding Semenanjung.
• Walaupun mereka bukan beragama Islam atau bukan
Melayu, namun mereka dianggap ‘saudara’ oleh
masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

5) MENGERAT HUBUNGAN SETIA SEDIA ADA


• Percantuman wilayah-wilayah Borneo dengan Tanah
Melayu akan mengeratkan hubungan baik.
• Ramai pegawai, pentadbir, guru, hakim telah dihantar
mendapatkan latihan di Kuala Lumpur.
• Penggunaan mata wang yang sama di Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak.
REAKSI-REAKSI AWAL PENUBUHAN MALAYSIA
1) PARTI-PARTI POLITIK
• Parti Rakyat Singapura menentang gagasan ini dan
menuduhnya sebagai Neo-Kolonialisme.
• Di Sabah, Donald Stephen, pengarang Borneo Times
mengecam Tunku.
• Di Sarawak, semua parti politik menentang idea
penyatuan ini diketuai oleh Stephen Yong.
• Di Brunei, Parti Rakyat Brunei menentang diketuai oleh
A.M Azahari.
• Beberapa tokoh politik menentang membentuk Barisan
Bersatu (United Front) pada Julai 1961 kerana
menganggap penubuhan Malaysia adalah satu jalan
Tanah Melayu meluaskan kuasa.

2) PEMIMPIN-PEMIMPIN BARAT
• Peringkat antarabangsa ada yang menyokong penubuhan
Malaysia seperti Australia.
• Britain dan Amerika Syarikat tidak menyatakan sokongan
mereka lebih awal kerana bimbang dituduh bersifat Neo-
kolonialisme.

• Jun 1961, PM Britain iaitu Mc Millan menyatakan idea


penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang menarik.
LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA
1. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia - JPPM):
• Dibentuk pada 23 Julai 1961 dipengerusikan Donald
Stephen.
• Bertujuan memberi penerangan mengenai gagasan
Malaysia.
• Berusaha mendapatkan persetujuan daripada pemimpin-
pemimpin Singapura, Sabah dan Sarawak.
• JPPM mengadakan 4 rundingan:
• 21 Ogos 1961 di Jesselton, 18 Disember 1961 di Kuching, 6
Januari 1962 di Kuala Lumpur, 1 Feb 1962 di Singapura.
• Brunei tidak menghantar wakil pada ke empat-empat
rundingan dan mengambil keputusan tidak berminat
dengan rancangan ini.
2) SURUHANJAYA COBBOLD
•Lanjutan daripada persetujuan yang dicapai dalam
JPPM - kerajaan Britain menyokong penubuhan
Malaysia.
•Satu Suruhanjaya dibentuk bertujuan meninjau
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak pada 16
Januari 1962.
•Dikenali juga dengan nama Suruhanjaya Penyiasat
Borneo Utara dan Sarawak/ Suruhanjaya Cobbold.

•Pengerusi – Lord Cobbold


•Ahli-ahli dilantik oleh Britain: Sir Anthony Abell, Sir
David Water Watherston.
•Ahli-ahli yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu : Ghazali Shafie, Datuk Wong Pow Nee.
•Hasilnya, 81% rakyat Sabah dan Sarawak mahu
sertai Malaysia.
•Jumlah peratusan:
• 1/3 menyokong.
• 1/3 tidak menentang tetapi mensyaratkan hak-hak
mereka dijamin terlebih dahulu.
• 1/3 tidak bersetuju dan mahukan kemerdekaan
berasingan.

•Singapura pula menghantar memorandum


menyokong penubuhan Malaysia.
• Setelah meninjau pandangan rakyat dan para pemimpin
Sabah dan Sarawak, satu persetujuan dicapai:

i). Perlembagaan hendaklah berasaskan Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu 1957.
ii). Malaysia nama Persekutuan yang bakal dibentuk.
iii). Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa menentukan
kemasukan orang luar/imigresen.
iv). Majlis undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak
diberi hak menentukan hal ehwal berkaitan agama.
v). Bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan kedua-
dua negeri.
PUNGUTAN SUARA SINGAPURA
• Singapura telah mencapai taraf berkerajaan sendiri dan
tidak termasuk penyiasatan Suruhanjaya Cobbold.
• Bagi membuktikan tidak ada paksaan menyertai Malaysia,
pemimpin Singapura mengadakan pungutan suara.
• Hasilnya, 71% menyokong menyertai Malaysia.

3) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)


• Syarat-syarat pembentukan Kerajaan Persekutuan yang
terperinci perlu diwujudkan.
• Ogos 1962- Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) dibentuk
dipengerusikan Lord Lansdowne.
• Ahli-ahli lain ialah Tun Abd Razak, Donald Stephen, Abang
Haji Mustapha, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain,
seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu.
- Dalam jawatankuasa ini, pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan
Tuntutan 20 Perkara dipertimbangkan:
i) Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi
tidak ada agama rasmi di Sabah.
ii) Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa rasmi Sabah di samping
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
iii) Kuasa Imigresen terletak di bawah kerajaan negeri.
iv) Sistem pendidikan yang ada di Sabah dikekalkan.
v) Perwakilan di parlimen hendaklah mengambil kira keluasan
negeri di samping bilangan penduduk.

• Setelah beberapa kali bersidang, Penubuhan Persekutuan Malaysia


diisytiharkan di Stadium Merdeka pada 16 September 1963.
• Dirancang pada 31 Ogos 1963 untuk sama dengan tarikh sambutan
ulang tahun kemerdekaan PTM ke-6. Tetapi terpaksa ditangguh
Setiausaha Bangsa Bangsa Bersatu kerana dijangka laporan hanya
boleh disiapkan 14 Sept 1963 akibat tentangan dari Indonesia.
REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
1. Kerajaan Brunei
• Peringkat awal Brunei menyokong serta berminat menyertai
Malaysia.
• Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Sarifuddin memikirkan
negaranya yang kecil dan mahukan perlindungan namun
akhirnya menolak atas beberapa faktor :

1) Tentangan rakyat diwakili Parti Rakyat Brunei pimpinan


A.M Azahari yang mendapat sokongan Parti Komunis
Indonesia.
• Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan terhadap
kerajaan Brunei dan bercadang menubuhkan Kerajaan
Borneo Utara menggantikan penubuhan Malaysia.
2) Keengganan Sultan Brunei membayar cukai hasil
petroleum seperti dicadangkan Kerajaan Persekutuan.
• Brunei berhak sepenuhnya ke atas pendapatan petroleum
untuk jangka masa 10 tahun, dan menuntut menguasai
sepenuhnya hasil petroleum tersebut.

3) Soal kedudukan Sultan Brunei menolak kedudukannya


daripada senarai raja-raja yang akan menjadi Yang di
Pertuan Agong kerana mahukan kedudukan lebih tinggi
dan tempoh pemerintahan lebih lama.
2. Kerajaan Filipina
• Tentangan Filipina disebabkan tuntutan ke atas Sabah dan
mendakwa Sabah sebagai wilayahnya serta menuntut bagi
pihak keluarga Sultan Sulu.
• Walaubagaimanapun Sabah telah diserahkan kepada
pedagang Austria dan kemudiannya jadi milik British.
Sultan Sulu terima bayaran - $5 000 000 setahun.

• Sebagai tindak balas, Malaysia membuat tinjauan dari


rakyat Sabah dengan bantuan PBB.
• Tinjauan mendapati rakyat memilih untuk berada di
bawah Kerajaan Malaysia.
• Filipina menolak hasil laporan tersebut.
3. Kerajaan Indonesia
• Tentangan paling hebat diterima adalah Indonesia,
melancarkan konfrontasi dari tahun 1963-1966
• Mengecam penubuhan Malaysia dan menganggap sebagai
Neo-kolonialisme serta dipengaruhi Parti Komunis
Indonesia (PKI).
• 20 Jan 1963 – Menteri Luar Dr. Subandro mengumumkan
konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen
‘Ganyang Malaysia’.

• Usaha-usaha Tunku memperbaiki hubungan Filipina dan


Indonesia ialah menubuhkan gagasan Maphilindo pada 30
Julai hingga 5 Ogos 1963.
•PBB diminta menubuhkan Suruhanjaya Khas
untuk meninjau pendirian penduduk di
Sabah dan Sarawak terhadap cadangan
Malaysia.

•Tindakan ini bertujuan membolehkan


kerajaan Filipina dan Indonesia mengiktiraf
penubuhan Malaysia.

•Konfrontasi tamat apabila jatuhnya Sukarno


akibat kegagalan cubaan rampasan kuasa PKI
pada 30 Sept 1965.
PERPISAHAN SINGAPURA
• Hubungan kerajaan pusat dengan Singapura mula bergolak
kerana banyak perselisihan yang timbul.

• Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura


berpisah daripada Malaysia demi kepentingan perpaduan
kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik
yang berterusan.

FAKTOR-FAKTOR PERPISAHAN SINGAPURA


1)PERSAINGAN POLITIK PAP & MCA

• Ketegangan bermula apabila Lee Kuan Yew dan PAP membuat


tindak balas mencabar kedudukan MCA dlm pilihan raya di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1964.
• Lee Kuan Yew melanggar pengakuannya bahawa PAP tidak akan
mengambil bahagian dalam pilihanraya di Tanah Melayu dalam
tempoh 5 tahun selepas penyatuan.
• PAP berminat menggantikan MCA mewakili kaum Cina
dalam Perikatan
• Tunku menganggap Penglibatan PAP dalam politik di
Tanah Melayu menjejaskan perpaduan kaum terutama
hubungan UMNO dan MCA.

2) MASALAH PERKAUMAN
• Orang Melayu di Singapura berasa diabaikan oleh
kerajaan Singapura.
• Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh
Lee Kuan Yew memecahkan perpaduan masyarakat
Melayu Singapura.
• Pemimpin Singapura memperjuangan konsep “Malaysian
Malaysia” yang kurang disenangi pemimpin UMNO.
• Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi beraja dan
mencabar kedudukan istimewa orang Melayu.
• Singapura turut menggalakkan negeri-negeri di Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak mempersoalkan perbezaan
taraf ekonomi dan prinsip-prinsip perlembagaan yang
telah dipersetujui.

PERPISAHAN SINGAPURA SECARA RASMI


• Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat
pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan
rang undang-undang pemisahan Singapura.
• Pemisahan itu menamatkan pertikaian politik yang jika
dibiarkan boleh mencetuskan rusuhan kaum,
pertumpahan darah.
KESIMPULAN
• Penubuhan Malaysia merupakan usaha diplomatik melibatkan
segenap lapisan peringkat pemimpin, rakyat dan pemantauannya
dijalankan pihak antarabangsa. Usaha-usaha perundingan
memperlihatkan ketelitian dan kesungguhan pemimpin yang terlibat.

• Pendekatan demokrasi membuktikan penubuhan Malaysia bukan


satu paksaan tetapi persetujuan hidup bersama secara aman di
bawah satu sistem pentadbiran yang sama.

• Teras utama ialah perundingan, tolak ansur dan perpaduan.


• Oleh yang demikian, apabila Singapura memperlihatkan sikap
memberontak, mengapi-apikan sentimen perkauman dan
menjejaskan perpaduan, Tunku memisahkan wilayah itu meskipun
diketahui merupakan satu kerugian besar bagi bangsa Melayu sama
ada di negara itu mahupun di Malaysia.

You might also like