You are on page 1of 35

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia PACE - UUM

PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN

PENSYARAH : JULIATI BINTI JUSOH

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : MOHD NUR BUSTHAMAM BIN AZMI
NO MATRIK : 251503
PUSAT : KUANTAN

Tarikh Akhir Pertemuan III Tarikh Penerimaan 16 Disember 2017


Serahan
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

TAJUK: TEMA BERKAITAN DENGAN AGENDA KETAHANAN NASIONAL

RUKUN NEGARA DALAM MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NEGARA

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. ISI KANDUNGAN 1-3

2. ABSTRAK 4

3. PENGENALAN 5-6

4. SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 6-8

5. RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN 8-10

5.1. Kepercayaan kepada Tuhan 10

5.2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 10-11

5.3. Keluhuran Perlembagaan 11

5.4. Kedaulatan Undang-Undang 11

5.5. Kesopanan dan Kesusilaan 11-12

6. OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA 12

6.1. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil

supaya kemakmuran 12-13

6.2. Untuk memelihara cara hidup demokratik 13

6.3. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam


1 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

kalangan seluruh masyarakat 13-14

6.4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap

tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak 14

6.5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif

dengan menggunakan sains dan teknologi moden 14

7. PERANAN RUKUN NEGARA 15

7.1. Wadah Perpaduan Kaum 15-16

7.2. Mewujudkan Identiti Yang Sama 16-17

7.3. Memelihara dan Mengekalkan Prinsip Demokrasi 17-18

7.4. Membentuk Masyarakat Liberal 18-19

7.5. Melahirkan Masyarakat Progresif 19-20

7.6. Mencipta Satu Masyarakat yang Adil 20-21

7.7. Memperkukuhkan Ketahanan Nasional 22-23

8. MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL

MELALUI RUKUN NEGARA 23-25

9. FAKTOR-FAKTOR YANG SALING MEMERLUKAN

ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MEMPERKUKUHKAN

KETAHANAN NASIONAL MELALUI RUKUN NEGARA 26

9.1. Politik 26-27

2 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

9.2. Ekonomi 27-28

9.3. Sosial 28-31

10. KESIMPULAN 31-33

11. PENUTUP 33

12. RUJUKAN 34

3 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Abstrak

Ketahanan nasional adalah pokok persoalan yang mengundang pengisian dari

pelbagai disiplin ilmu-pengetahuan. Justeru, persoalan-persoalan yang berbangkit

adalah mengenai setiap aspek kehidupan individu dan masyarakat dalam sesebuah

negara. Ketahanan nasional adalah mengenai hal-ehwal sosial yang berterusan

kerana liku-liku yang ditempuhi adalah cabaran yang terpaksa didepani. Rukun

Negara adalah suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dikalangan pelbagai

kelompok etnik. Malah, Rukun Negara juga adalah hasrat yang perlu diterapkan

untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan

memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Kerajaan telah

memperkenalkan Rukun Negara bertujuan menjaga keharmonian sosial serta

menerap nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia. Secara

umumnya, ideologi negara, iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.

Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat di

kalangan seluruh masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya

kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Walaupun

negara kita mengejar arus kemajuan namun Rukun Negara perlu sentiasa di hayati

oleh rakyat kerana pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia.

4 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Malaysia hari ini telah meniti usia 60 tahun kemerdekaan dan merupakan salah

sebuah negara sedang membangun, yang paling pesat membangun. Kesemua

usaha ini datangnya dari segenap lapisan rakyat sama ada pemimpin mahupun

rakyat jelata yang menyumbang keringat dalam usaha untuk menjadikan bumi

bertuah ini sebagai sebuah negara yang disegani setelah meniti suatu tempoh

penjajahan yang cukup lama iaitu 453 tahun. Ketika zaman kesultanan Melayu

Melaka lagi Tanah Melayu sudah menjadi wilayah yang ramai datang berdiaspora.

Namun, Tanah Melayu dan kemudiannya pada 16 September 1965 Malaysia

menjadi negara berbilang kaum kesan daripada kedatangan penjajah British.

Penjajah British dalam usaha eksploitasi ekonominya bukan sahaja membawa

kaum-kaum Cina dan India masuk ke negara ini, namun, membawa sumber-sumber

ekonomi seperti getah, kelapa sawit dan lain-lainnya, sehingga Tanah Melayu

dikenali sebagai pengeluar timah terbesar, pengeluar getah terbesar, dan pengeluar

sawit terbesar. Takdir sejarah ini perlu dilihat dalam perspektif yang lebih besar,

kerana bibit-bibit diaspora telah menambahkan lagi kemakmuran di negara bertuah

ini. Namun, kaedah pengurusan kaum yang diamalkan oleh British adalah untuk

menjaga kedamaian mengikut cara mereka ketika itu. Bagi British, setiap kaum perlu

hidup dalam lingkungan kaumnya. Mereka menyedari bahawa manusia dan

kaumnya dan kebudayaannya sukar dipisahkan. Lantaran, semua ini berlaku tidak

kerana pilihan, malah, ianya kurniaan Allah SWT. Langkah yang diambil oleh British

adalah menempatkan kaum-kaum mengikut kegiatan ekonomi dan mata pencarian

hidup yang serasi dengan cara hidup mereka. Justeru, kemudiannya tindakan British

ini dikatakan sebagai dasar pecah dan perintah sehingga menyebabkan hubungan

di antara kaum terbatas. Orang Melayu yang selesa tinggal di luar bandar atau di

5 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

kampung dibiarkan oleh British untuk berbuat demikian. Orang Cina yang datang

membuka lombong-lombong bijih timah, telah secara tidak langsung membuka

pekan-pekan dan bandar-bandar sebagai tempat pengumpulan hasil bumi, sebelum

ianya diperdagangkan. Orang India pula dibawa masuk oleh British secara beramai-

ramai akibat perkembangan pertanian getah di Tanah Melayu. Hasil daripada

penglibatan corak ekonomi yang berbeza, maka terjadilah orang Melayu mendiami

kampung di luar bandar, orang Cina di lombong bijih yang kemudiannya membina

bandar-bandar, dan, orang India tinggal di kawasan estet-estet selaku penoreh

getah. Dalam kegiatan ekonomi pula, kaum Melayu dan India lebih kepada ekonomi

sara diri. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi orang Melayu menjadi

lemah dan ketinggalan. Konsep penglibatan kegiatan ekonomi berteraskan kaum ini

menjadikan kedudukan sosioekonomi masyarakat Malaysia tidak seimbang.

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi kesukaran untuk menguruskan

sistem sosioekonomi yang diwarisi oleh penjajah British.Sikap liberal Tunku dan

ditambah pula oleh kelembutan beliau untuk melayan permintaan masyarakat

berbilang kaum telah menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan mereka

diabaikan. Tumpuan Tunku yang terlalu berlebihan pada pertumbuhan material dan

pasaran bebas tanpa menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan campur

tangan telah menyebabkan jurang di antara golongan berada dengan golongan tidak

berada semakin melebar. Titik-titik jurang antara kemewahan bandar dan

kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang

6 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Melayu, dan berbagai-bagai lagi adalah punca-punca yang mencetuskan keresahan

kaum dan manifestasinya Peristiwa 13 Mei 1969 (Abdul Rahman Abdul Aziz &

Muhamed Nor Azman Nordin, 2009). Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku selepas

beberapa hari berlalunya pilihan raya ketiga yang melihat Parti Perikatan gagal

mendapat undi majoriti dan telah kehilangan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihan raya itu, Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti Tindakan

Demokratik (DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi 25 kerusi manakala

PAS memenangi 12 kerusi Parlimen.1 Kemenangan ini menyebabkan para

penyokong Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan kemenangan

sambil menghina dan mengutuk orang Melayu. Keadaan ini menimbulkan

ketegangan di antara orang Melayu dan juga orang Cina. Pada 13 Mei 1969, UMNO

telah mengadakan perarakan balas dan mengakibatkan tercetusnya rusuhan di

antara kedua-dua pihak. Isu pilihan raya ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai

kemuncak kepada ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia pada ketika, walhal

perasaan ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia sebenarnya telah pun wujud

semenjak pemerintah British dan Jepun di Tanah Melayu berdasarkan kepada

layanan terhadap kaum-kaum tertentu. Keadaan yang tercetus ini mengakibatkan

Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969, lantas

menyebabkan fungsi Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MEGERAN)

ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara, dan Tun Abdul Razak telah

dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan

sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan. Parlimen kembali dipulihkan semula

pada 22 September 1970. Melalui MAGERAN telah ditubuhkan Majlis Perundingan

Negara yang bertanggungjawab dalam menjadi pemikir dalam merangka perpaduan

negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu

7 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah

mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil. Rukun Negara ini telah

diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1969: “13 Mei 1969

merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan

buat selama-lamanya, kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua

tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.”

Kata-kata yang diungkapkan ini merupakan satu peringatan kepada semua rakyat

Malaysia, supaya peristiwa pahit ini menjadi pengajaran yang penting buat rakyat.

Oleh itu tragedi 13 Mei 1969 ini telah membuktikan bahawa penekanan

pembangunan semata-mata dari perspektif ekonomi adalah tidak memadai untuk

mengatasi sepenuhnya masalah sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan

masyarakat Malaysia. Ini adalah isyarat penting kepada pemimpin dan warga

Malaysia betapa rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya,

berbilang Bahasa memerlukan satu pegangan untuk boleh hidup secara rukun dan

damai iaitu prinsip rukun negara.

RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN

Sekitar tahun 1970 terutama semasa negara ditadbir oleh MAGERAN, langkah

langkah untuk menformulasikan dasar-dasar kerajaan telah dilakukan dengan

serius. Tujuannya adalah untuk mengawal supaya masyarakat di negara ini tidak

lagi terjebak dengan konflik perkauman sepertimana yang berlaku pada 13 Mei

1969. Pada tahun 1970 kerajaan telah memberikan “commissioned research and

consultancy” mengenai tema-tema tertentu kepada pakar-pakar luar negara. Satu

8 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

daripada “commissioned research and consultancy” ini diberikan kepada Harvard

University Development Advisory Service2 untuk melakukan “Social Science

Research for National Unity” (1970). Dapatan kumpulan penyelidik ini menasihatkan

kerajaan supaya memperkenalkan disiplin-disiplin ilmu sains sosial di Universiti

Malaya, Universiti Sains, dan Universiti Kebangsaan (ketika itu Malaysia hanya

memiliki tiga buah universiti). Memberi latihan kepada tenaga manusia dalam bidang

sains sosial, supaya dapat menyumbangkan usaha-usaha murni untuk mewujudkan

perpaduan kaum (Abdul Rahman Embong, 2010:20). Langkah ini dilakukan oleh

kerajaan adalah untuk menggelakkan daripada berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.

Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di

Malaysia ini adalah tanggungjawab yang berat. Teras utama untuk mewujudkan

perpaduan kaum adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan Allah SWT

berbangsa-bangsa, berkaum-kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat

kepelbagaian ini adalah sebenarnya untuk menambahkan seri kehidupan, saling

mempelajari, saling berinteraksi, dan saling bertolak ansur. Namun, manusia akan

menggunakan perbezaan untuk mencetuskan konflik. Oleh itu, Rukun Negara yang

dibentuk oleh pimpinan Malaysia adalah untuk mengatasi segala perbezaan yang

terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Unsur-unsur yang

terkandung dalam Rukun Negara tidak menampakkan hak milik sesuatu kaum. Ia

bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang luas, sehingga pada titik

akhirnya dapat mengatur tata kelakuan, mengendalikan, dan memberi arah kepada

kelakuan dan perbuatan yang sebenarnya bercirikan Malaysia. Lima prinsip Rukun

Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang terbina ini

adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul Razak,

9 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan Rukun

Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna”. “…adalah

mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh rakyat, tetapi juga diamalkan

dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiap-tiap

perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.”

a) Kepercayaan kepada Tuhan

Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh

meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan

yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada

melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan

kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari betapa

pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama

masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun

Negara.

b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan

sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi

negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-

Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka setiap

warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada

Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat

dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat

10 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan

Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.

Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak

dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia

dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan

serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

d) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama

tarafnya di sisi undang-undang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada

Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa

undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu

undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan

berwibawa. Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama

menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta

memelihara kedaulatannya.

e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warga negara

yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan

bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain

dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini menjadi panduan supaya

11 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan

keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Di dalam Rukun Negara terdapat lima

cita-cita negara antaranya adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di

kalangan seluruh masyarakat, untuk memelihara satu cara hidup yang demokratik.

Seterusnya untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dinikmati bersama secara adil dan saksama, untuk menjamin satu cara yang

liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak

dan yang terakhir adalah untuk membina satu masyarakat yang progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden. Tun Abdul Razak dengan jelas

memberikan jamin cita-cita negara ini akan tercapai apabila semua rakyat

mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara. “Amalan

Rukun Negara keseluruhan memberikan kita jaminan mengekalkan tradisi-tradisi

kebudayaan yang berbagai-bagai corak di mana anggota-anggotanya bebas untuk

mengamalkan tradisi agama dan adat resam masing-masing. Tujuan kita pada

akhirnya ialah membina satu masyarakat progresif dan yang bergerak maju selaras

dengan kemajuan sains dan teknologi.”

OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif

Rukun Negara adalah seperti berikut;

(a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran

Negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama oleh semua anggota

masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.

12 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan

dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak pihak yang lemah akan

dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan

pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas

daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu

golongan terhadap yang lain.

(b) Untuk memelihara cara hidup demokratik

Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-

kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang

negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh

disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau

bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda

negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara

hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu

pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

(c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakat

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan

negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat

Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara

ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud.

Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara

kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan

dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa

13 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap

negara.

(d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan

yang kaya dan berbagai-bagai corak

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan

masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita

sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang

diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua

anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di

mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber

kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

(e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains

dan teknologi moden

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai

kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan

teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang

menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu

pengetahuan, sains dan teknologi.

14 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

PERANAN RUKUN NEGARA

(a) Wadah Perpaduan Kaum

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Berdasarkan Buletin

Perangkaan Malaysia (terbitan Disember 2009), anggaran jumlah penduduk di

Malaysia seramai 28.46 juta orang. Dalam pada itu, kepelbagaian etnik di Malaysia

dapat menyaksikan peranan utama Rukun Negara iaitu menjadi wadah dalam

mencapai perpaduan kaum. Dalam usaha memperkasakan peranan Rukun Negara,

kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum di

Malaysia ini adalah satu tanggungjawab yang berat. Teras utama untuk mewujudkan

perpaduan kaum adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan Allah SWT

berbangsa-bangsa, berkaum-kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Prinsip Rukun

Negara mengajar kita erti sebenar kehidupan agar kita saling mempelajari, saling

berinteraksi dan saling bertolak ansur. Namun, manusia akan menggunakan

perbezaan untuk mencetuskan konflik kerana perkara kecil diperbesar-besarkan dan

dimomok-momokkan bagi menimbulkan pertelagahan. Oleh itu, Rukun Negara yang

dibentuk oleh pemimpin Malaysia adalah untuk mengatasi segala perbezaan yang

terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Selain itu, semua rakyat

hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana

masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira

kaum, keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri

daripada pelbagai kaum, adat resam, budaya yang pelbagai, pasti wujud pandangan

yang berbeza daripada segala sudut dan persoalan. Keadaan ini bertambah rumit

lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Walaupun wujud

unsur-unsur perbezaan ini, Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang

bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat
15 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Pengalaman dan penghayatan

terhadap prinsrip-prinsip Rukun Negara akan boleh membentuk semangat kecintaan

dan patriotik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, adat resam,

budaya, dan fahaman politik. Rukun Negara adalah doktrin penyatuan untuk semua

rakyat Malaysia bagi membentuk sebuah Negara Bangsa yang berdaulat dan

bermaruah. Jelaslah, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara bersifat

umum sekali gus berperanan mengeratkan hubungan pelbagai kaum di negara ini.

(b) Mewujudkan Identiti Yang Sama

Sementelahan itu, dalam usaha menggembleng tenaga memperkasakan peranan

Rukun Negara ke arah membina Malaysia yang harmoni dan progresif dengan

berusaha mewujudkan identiti yang sama dalam kalangan rakyat. YAB Dato’ Seri

Mohd. Najib Tun Abd. Razak menjelaskan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama

di Malaysia harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing dan bukan

bertindak atas kepentingan sendiri. Dalam mewujudkan identiti yang sama dalam

kalangan rakyat, bangsa Malaysia yang hendak dilahirkan ialah satu bangsa yang

bersatu padu, mempunyai masa depan yang sama dan dikongsi bersama, sejahtera

dan bersatu padu antara wilayah atau kumpulan etnik, hidup dalam keadaan

harmoni dan berkongsi dengan cara yang adil. Sementara itu, untuk mewujudkan

identiti yang sama dalam kalangan rakyat kita haruslah menghapuskan perasaan

kedaerahan (parochialisme) dan perkauman (raisme), sebaliknya digantikan dengan

semangat perpaduan. Rakyat Malaysia mempunyai unsur etniksiti yang merujuk

kepada rasa kekitaan yang kuat dalam sesuatu kumpulan etnik. Selain itu, unsur

etnosentrisme dan diskriminasi juga haruslah dilupuskan agar bangsa Malaysia yang

diidamkan oleh pemimpin negara bukanlah angan-angan Mat Jenin semata-mata.

Oleh itu, jika seluruh rakyat Malaysia menyingkirkan unsur perkauman, etniksiti,
16 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

etnosentrisme dan diskriminasi yang ibarat virus HIV yang boleh mengancam nyawa

itu berhabis-habisan sehingga ke akar umbi maka status bangsa Malaysia akan

terlakar dalam sejarah baharu dunia. Jika semua masyarakat berganding bahu,

ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan

menjadi kenyataan dan identiti yang sama dalam kalangan rakyat dapat dicapai

dengan jayanya.

(c) Memelihara dan Mengekalkan Prinsip Demokrasi

Dalam pada itu, Rukun Negara juga berperanan untuk memelihara dan

mengekalkan prinsip demokrasi dalam kalangan rakyat dan juga kerajaan iaitu

rakyat dan kerajaan hendaklah menghormati prinsip demokrasi dan

melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab. Sudah terang lagi bersuluh

bahawa negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai

Ketua Negara dan sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua

Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Oleh itu, dalam memperkasakan

peranan Rukun Negara ke arah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah

negara yang harmoni dan progresif seantero dunia sedia maklum bahawa Seri

Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah lambang perpaduan

rakyat. Maka setiap warganegara Malaysia hendaklah menumpukan sepenuh taat

setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kendatipun, di peringkat negeri pula rakyat dikehendaki menumpukan taat setia

kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa

mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Di samping itu, prinsip

demokrasi yang diamalkan di negara ini merupakan satu prakarsa yang relevan

dengan kehendak zaman dan diterima oleh masyarakat konvensional pada masa
17 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

kini. Dalam usaha memperkasakan peranan Rukun Negara untuk memelihara dan

mengekalkan prinsip demokasi untuk mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah

negara yang harmoni dan progresif seperti yang diimpikan oleh setiap lapisan

masyarakat. Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja, rakyat harus

mencurahkan kesetiaan kepada Raja manakala Raja atau pemerintah harus

menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata. Hubungan

timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah bahagi dalam kalangan

rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang dapat menyatupadukan

semua rakyat. Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar

negara mengalami kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang di-

Pertuan Agong bertanggungjawab untuk membantunya. Peribahasa Melayu

berbunyi, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” seharusnya menjadi amalan

rakyat Malaysia. Justeru, setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal usul

masing-masing supaya tidak akan lupa kedudukannya di mata pihak lain. Jelaslah,

sikap rendah diri dan memahami akan kepentingan orang lain dapat membentuk

perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.

(d) Membentuk Masyarakat Liberal

Dalam pada itu, penggubalan Rukun Negara juga dapat membentuk sebuah

masyarakat Malaysia yang liberal dalam pengertian bebas mengamalkan cara hidup

dan bebas menyuarakan pendapat serta membuat pilihan. Malaysia sebuah negara

yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum dan kebanyakan daripada agama

utama di dunia dianuti oleh penduduknya yang berbilang kaum. Usaha

memperkasakan peranan Rukun Negara dalam membentuk masyarakat liberal

sangat relevan dilakukan untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersifat terbuka

dan sanggup menerima. Sikap liberal itu jelas dilihat daripada penerimaan
18 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

masyarakat Malaysia sendiri terhadap dasar yang telah dilaksanakan di negara ini

waima negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu, Malaysia telah

diasaskan sebagai sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan dan agama

Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi negara tetapi kebebasan beragama

masih wujud dan penganut agama lain dibenarkan menganut kepercayaan masing-

masing. Di samping itu, ciri-ciri masyarakat yang bersifat liberal adalah seperti

sanggup bertolak ansur, bebas mengamalkan adat dan kebudayaan tersendiri dan

mementingkan kesetiaan kepada negara. Sebagai contoh, program ‘Citrawarna’

yang diadakan setiap tahun menonjolkan kebudayaan negeri-negeri berbeza, selain

daripada meningkatkan sektor perlancongan negara. Jelaslah, masyarakat liberal

yang dibentuk daripada usaha memperkasakan peranan Rukun Negara dapat

melahirkan sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju ketika ini

yang harmoni dan progresif.

(e) Melahirkan Masyarakat Progresif

Di samping itu, peranan Rukun Negara mampu melahirkan masyarakat yang

progresif dalam pengertian menggalakkan masyarakat mencari ilmu tanpa mengira

sumber untuk membangunkan negara selaras dengan perkembangan sains dan

teknologi. Bijak pandai pernah berkata ‘menuntut ilmu biar sampai ke negara China’.

Pepatah itu sendiri menyatakan bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam

menghadapi dunia globalisasi pada masa kini kerana ledakan maklumat yang hanya

berada di hujung jari. Masyarakat yang berilmu pengetahuan yang tinggi akan

menjadi kepada tunggak kejayaan sesebuah negara dalam mencipta sesuatu

kejayaan yang diimpikan oleh negara dan mencapai status sifar golongan buta

huruf. Selain itu, dalam arus perkembangan dunia yang semakin canggih, sains dan

teknologi memainkan peranan yang penting dalam membawa kemajuan ekonomi


19 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

dan material ke dalam sesuatu masyarakat. Oleh itu, amat jelas peranan Rukun

Negara dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang progresif dan berdaya saing.

Malaysia juga dalam usaha untuk menjadi sebuah negara industri yang benar-benar

maju mesti membentuk sebuah masyarakat sains yang progresif. Kecanggihan

ciptaan teknologi pada masa kini haruslah diaplikasi dengan baik di negara ini agar

negara Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama

mengorak langkah sederap dengan negara lain. Jelaslah, untuk menjadi negara

industri yang benar-benar maju rakyat Malaysia tidak boleh berpuas hati apabila

dapat memanfaatkan teknologi yang sedia ada sahaja, tetapi mesti terus maju satu

langkah lagi sebagai penyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan

teknologi pada masa hadapan. Oleh itu, inilah wawasan 2020 yang dilaksanakan

oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohamed

apabila membicarakan tentang pembentukan masyarakat sains yang progresif.

(f) Mencipta Satu Masyarakat yang Adil

Lain daripada itu, semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, keturunan dan

ideologi mempunyai peluang sama menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang

adil akan wujud di negara ini sekiranya kekayaan negara dibahagikan dengan adil

dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang kurang berkemampuan

akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing

dengan lebih maju. Masyarakat adil yang dicita-citakan akan bebas daripada

penindasan terhadap individu ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang

lain. Peluang dan kesamarataan kepada setiap rakyat Malaysia terbuka luas tanpa

mengira kaum, agama dan sempadan geografi. Dalam memperkasakan peranan

Rukun Negara untuk membina negara Malaysia ke arah yang lebih harmoni dan

progresif kita harus memandang kepada sudut masyarakat yang adil dan saksama.
20 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Masyarakat yang adil bukan sahaja dari bidang sosial dalam lapisan masyarakat

sahaja tetapi mencakupi bidang politik, pendidikan, ekonomi dan kebudayaan. Dari

aspek ekonomi pula, pertumbuhan ekonomi yang pesat tanpa pengagihan kekayaan

negara secara adil dan saksama bukanlah ciri maysarakat dan negara yang benar

benar maju. Sesebuah negara yang telah mencapai status negara industri yang

kaya tidak boleh dianggap negara maju selagi masih wujud kelompok-kelompok

miskin yang hidup melarat. Oleh itu pengagihan kekayaan secara adil dan saksama

dalam kalangan rakyat perlu diteruskan. Dalam membangunkan ekonomi negara

jangan ada golongan masyarakat yang ditindas dan diboikot daripada mengecapi

kekayaan yang semestinya perlu dikongsi bersama. Dalam bidang pendidikan pula

ketaksamaan peluang pendidikan merupakan isu yang hangat diperbincangkan

ketika ini akibat impak status ekonomi terhadap pencapaian dan ketaksamaan ras

serta etnik dalam pencapaian akademik. Unsur-unsur yang menggalakakan

ketaksamaan dan ketidakadilan dalam bidang pendidikan disebabkan oleh kelas

sosial dalam lapisan masyarakat yang berbeza. Selain itu, faktor jantina juga

merupakan faktor ketaksamaan dalam bidang pendidikan. Kumpulan minoriti dan

kumpulan berkeperluan khas juga sering kali menjadi topik khas dalam

membincangkan ketaksamaan dalam pendidikan yang terjadi di negara ini. Oleh itu,

kerajaan janganlah memandang enteng terhadap masalah ini kerana nila setitik

akan rosak susu sebelanga. Pelbagai prakarsa haruslah diambil dan usaha

memperkasakan peranan Rukun Negara juga dapat membendung isu ketaksamaan

dalam pelbagai bidang ini kerana masyarakat yang berpegang kepada prinsip Rukun

Negara akan mempunyai sifat adil dan saksama dalam diri mereka.

21 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

(g) Memperkukuhkan Ketahanan Nasional

Seterusnya, usaha memperkasakan peranan Rukun Negara juga menyumbang

kepada memperkukuhkan ketahan nasional bagi menjaga nama baik negara

daripada tercemar dek kerana isu-isu yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, untuk

memperkukuhkan ketahanan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak

kerajaan bertanggungjawab telah menubuhkan antaranya Majlis Perpaduan Negara

dan juga telah memasukkan unsur-unsur Rukun Negara di dalam agensi kerajaan

dan juga badan-badan pertubuhan bukan kerajaan seperti yang kita dapat lihat pada

ketika ini. Di samping itu, unsur-unsur Rukun Negara ini juga telah dimasukkan di

dalam kurikulum sekolah untuk mendedahkan kepada pelajar sejak dari peringkat

prasekolah di negara ini. Dalam usaha kita memperkasakan peranan Rukun Negara

ke arah membina Malaysia yang harmoni dan progresif kita harus cakna bahawa

semangat yang terkandung di dalam kelima-lima prinsip Rukun Negara seolah-olah

semakin dilupakan oleh generasi muda pada masa kini. Oleh itu, agak tidak

keterlaluan sekiranya boleh dikatakan ramai yang tidak mengingati kesemua prinsip

Rukun Negara sekiranya ditanya kepada mereka. Mereka tidak begitu menghayati

roh sebenarnya kewujudan Rukun Negara ini seperti mana yang diinginkan oleh

pucuk kepimpinan negara. Keadaan sebegini amat berbahaya kepada negara yang

dihuni oleh penduduk pelbagai kaum. Beberapa peristiwa yang berlaku memberikan

gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak

relevan dalam kehidupan pada hari ini. Justeru itu rakyat Malaysia haruslah

menghidupkan kembali semangat yang digaris oleh prinsip Rukun Negara bagi

memperkukuhkan lagi keharmonian yang terbina dalam kalangan kaum agar tidak

tergelincir kerana sekiranya ikatan perpaduan tidak kukuh dan teguh kerana bila-bila

22 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

masa sahaja peristiwa seperti 13 Mei 1969 berulang kembali seperti pisang yang

berbuah dua kali.

MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL MELALUI RUKUN NEGARA

Bagi mencapai objektif Rukun Negara agar diterima oleh rakyat pihak kerajaan

bertanggungjawab telah menubuhkan antaranya Majlis Perpaduan Negara dan juga

memasukkan unsur-unsur Rukun Negara di dalam agensi kerajaan dan juga badan-

badan pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu unsur-unsur Rukun Negara ini juga

telah dimasukkan di dalam kurikulum sekolah. Perkara ini adalah bagi mewujudkan

perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Namun begitu pada

pandangan Tun Abdul Razak orang yang bertanggungjawab dalam membina Rukun

Negara menjelaskan bahawa; “.... tanggungjawab untuk mengamalkan Rukun

Negara itu bukan sahaja terletak pada para pelajar dan murid-murid sekolah.

Anggota-anggota dewasa, ibu bapa, pemimpin kaum, guru-guru dan seterusnya

orang ramai, mempunyai tanggungjawab yang sama untuk memahami dan

mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara”, seterusnya harapan yang dinginkan

oleh beliau dalam memperkukuhkan perpaduan rakyat dijelaskan di dalam ucapan

yang disampaikan pada Perhimpunan Bergerak kaum Ibu dan Pemuda UMNO pada

22 Januari 1971; “kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini akan

menjunjung tinggi Perlembagaan negara kita dan juga menjunjung tinggi dan

mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara. Saya yakin dan percaya dengan izin

tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini, rakyat negara ini akan damai dan kita

terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu serta makmur.” Kenyataan-kenyataan

yang dikeluarkan oleh beliau menggambarkan apa yang dinginkan beliau untuk

23 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu perpaduan amat dititik beratkan oleh

setiap kepimpinan negara. Bagi Tun Hussien Onn; “Kekuatan sesebuah negara

bukanlah dinilai dari kekuatan tentera dan Polis sahaja, tetapi bergantung pada

semangat dan jiwa rakyat”. Namun begitu semangat yang terkandung melalui

kelima-lima prinsip Rukun Negara seolah-olah semakin dilupakan oleh generasi

muda pada masa kini. Agak tidak keterlaluan sekiranya boleh dikatakan ramai yang

tidak mengingati kesemua prinsip Rukun Negara sekiranya ditanya kepada mereka.

Mereka tidak begitu menghayati roh sebenarnya kewujudan Rukun Negara ini

sepertimana yang dinginkan oleh kepimpinan negara. Keadaan sebegini amat

berbahaya kepada negara yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum. Beberapa

peristiwa yang berlaku memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara

seolah-olah sudah dilupakan serta tidak relevan dalam kehidupan hari ini. Ini

merupakan perbuatan yang memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab generasi

muda yang sudah melupakan penghayatan terhadap Rukun Negara. Sekiranya

penghayatan Rukun Negara tersemat kukuh di jiwa rakyat Malaysia sudah

semestinya perkara sebegini tidak akan berlaku kerana prinsip yang kedua

menyatakan dengan jelas bahawa rakyat perlu menumpukan sepenuh kesetiaan

kepada Raja dan negara. Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan

di Majlis Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1988

mengingatkan bahawa; “Pergolakan dan pergaduhan yang telah dan berlaku di

sebilangan negara lain disebabkan bukan sahaja kerana pertelingkahan antara

kaum, bahkan juga kerana pertelingkahan antara rakyat daripada kaum yang sama.”

Oleh itu keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum

di Malaysia merupakan tunjang kepada kestabilan dan kekuatan negara.

Keharmonian ini hanya tercapai dengan wujudnya sifat saling faham memahami

24 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

antara satu sama yang lain di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dengan

tradisi, kebudayaan dan agama yang berbeza. Ia merupakan satu keunikan kepada

negara Malaysia. Namun begitu keunikan ini boleh membawa kepada

persengketaan sekiranya tidak dijaga dengan betul. Antara langkah yang telah

diambil oleh pihak Jabatan Perpaduan Rakyat, Jabatan Perdana Menteri dengan

menubuhkan kelab Rukun Negara bagi peringkat persekolahan dan Sekretariat

Rukun Negara adalah bagi peringkat mahasiswa yang bertujuan untuk

menghidupkan penghayatan Rukun Negara di kalangan generasi muda. Selain itu di

dalam pentadbiran Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini telah

memperkenalkan satu konsep yang menjurus kepada memperkukuhkan ketahanan

negara melalui perpaduan iaitu konsep Satu Malaysia yang membawa aspirasi untuk

memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin

perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendaki oleh prinsip rukun negara. Oleh

itu, semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di

mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di

mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Kita juga seharusnya bersyukur

dengan keamanan dan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Betapa

beruntungnya rakyat Malaysia yang hiup dalam keadaan aman dan damai

berbanding dengan negara-negara lain betapa sengsaranya mereka di negara

sendiri terpaksa hidup dalam kelaparan, ketakutan, kesengsaraan dan kehinaan.

Mengapa perkara sebegini berlaku - disebabkan perpaduan, kesetiaan, hormat

menghormati dan sayang menyayangi sudah hilang dalam diri mereka.

25 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG SALING MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA LAIN

DALAM MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL MELALUI RUKUN

NEGARA

Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn, pernah menekankan kepada

Malaysia, tiga faktor penting yang saling memerlukan antara satu sama lain yang

menjadi tunjang kepada kestabilan dan kemakmuran kepada negara ini (Abdul

Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin, 2008), agar tidak tergelincir

kerana sekiranya ikatan perpaduan tidak kukuh kerana bila-bila masa sahaja

peristiwa seumpama 13 Mei 1969 akan berulang kembali. Tiga faktor penting yang

dimaksudkan ialah:-

1. Politik

Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional melalui sudut

politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng,

Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan

yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia

mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan British semasa memberi

kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi

peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.” Dalam Kerajaan

Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara melalui

pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi

majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof.

Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad MazlanZulkifly (2006) “satu cara untuk mewujudkan

perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini

bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan

26 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

persetujuan rakyat melalui pilihanraya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi

pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini

berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada

gabungan UMNO wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang

melambangkan perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan

Nasional yang mewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya

perpaduan dan intergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan

mendengar suara rakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-

pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi

peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah

menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia

kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-

parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan

bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan

perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, Barisan National bukan lagi

hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik

kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi pembangkang telah bergabung

bersama untuk memerintah Malaysia.Penggabungan parti-parti politik ini

menimbulkan semangat perpaduan politik dibawah satu ideologi yang sama

walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi

dan saling tolak ansur sesama ahli.

2. Ekonomi

Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum

menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan

Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi
27 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untukmembasmi kemiskinan

dan untuk menyusun semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang

utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja dipelbagai sektor ekonomi dan di semua

peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam

Negara ini disusun semula supaya pada tahun 1990 orang Melayu akan dapat

memiliki sekurang-kurangnya 30%daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah

menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar untuk

menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat.

Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat

diseimbangkan untukmengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan

kawasan bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi

ekonomi mengikut kaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-

kegiatan ekonomi disamping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3. Sosial

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah

penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara.Pembangunan sosial

dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Maka kerajaan

perlulah memastikan pembangunan social dijalankan dengan sempurna iaitu melalui

aplikasi Rukun Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untuk menyatupadukan

rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat

didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negara penting kerana ia

merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan

hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu lambang yang merupakan

bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh rakyat. Penerimaan
28 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu melahirkan

perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-

prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem

kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa

kerajaan mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi

nasional dikalangan masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka

penghayatan dan menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin

mereka kearah perpaduan intergrasi nasional. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal

Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)“ Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia

untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan generasi muda

terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah.” Ini adalah penting kerana

generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa depan

sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat

pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk

perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak

1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudan

sistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan.

Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem

persekolahan dengan kurikulum yang sama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan

Kebangsaan yang termaktub didalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan

Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng,

Raminah Haji Sabrandan Kok Meng Kee (2002), “Dasar Pendidikan Kebangsaan

adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja

yang mencukupi untuk pembangunan negara.” Kerajaan melalui Dasar Pendidikan

Kebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan

29 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

bahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan

dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara 152 Perlembagaan

Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa

Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara.Pada tahun 1957,

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan

memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu

Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh

semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa” dilancarkan pada tahun 1960.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia

menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium untuk mewujudkan perpaduan

intergrasi nasional. Kerajaan mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan

belajar semua matapelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata

pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan

pelajar berkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat

menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah

menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah

rendahdan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang

sama tanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh

mendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah

menunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memastikan

masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional. Menurut

(http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ )“ Kebudayaan merupakan

keseluruhan cara hidup manusia.Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi

30 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah

Negara yang stabil dan bersatu padu.” Melalui kegiatan budaya, rakyat dapat

berinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal ini akan

memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan dikalangan

masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysia telah menggubal

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara

ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lainyang sesuai dan wajar juga

diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kerajaan akan

menerapkan pepaduan dan intergrasi nasional kepada rakyat yang pelbagai etnik

dalam aktiviti yang akan dijalankan menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan

seperti memperkenalkan konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya

Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat

pelbagai etnik didalamMalaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu

sama lain tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar

Kebudayaan Kebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang

lain dan secara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional

dikalangan rakyat.

KESIMPULAN

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei

1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa

pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat

menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula

31 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk

Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi

lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar

atau dalam negara itu sendiri. Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik

permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia.

Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya,

maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar

tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna

kulit, latar belakang dan budaya suatu masyarakat. Sehubungan dengan itu

matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis. Perpaduan

kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia

termasuk Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan

menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa

luar atau dalam negara itu sendiri. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan

masyarakat yang bersatu padu, ber-muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap

saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat

membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan

ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang

bersifat liberal dan demokratik. Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini

memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan

serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti

mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama

rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta proses dan

demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan

kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-

32 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terlibat membuat

percaturan. Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah

antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya

rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup

bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai keamanan yang

dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi

majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara

yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara

asing. Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja

yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga

emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa

tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.

PENUTUP

Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara

yang penting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya memakan

masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini seharusnya

peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang sebenarnya kewujudan

Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan

dan diterapkan dalam kehidupan seharian warga negara Malaysia. Semangat Rukun

Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis negara

tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh

kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu,

kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran.

33 251503
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2009). Isu-isu

Ketahanan Nasional Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly. (2006). Pengajian Am.

Diakses pada 7 Disember 2017 daripada

http://kohalib.usim.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=3085

Rukun Negara dalam memperkukuhkan Ketahanan Negara. Abdul Rahman Abdul

Aziz. Diakses pada 7 Disember 2017 daripada

http://repo.uum.edu.my/3186/1/S22.pdf

Peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. Mohamad Rodzi

Abd Razak. Diakses pada 7 Disember 2017 daripada

http://journalarticle.ukm.my/362/1/1.pdf

Perpaduan dan Integrasi Nasional. Diakses pada 7 Disember 2017 daripada

https://www.slideshare.net/ChinWei1/usaha-dan-strategi-yang-diambil-oleh-

kerajaan-bagi-memantapkan-usaha-mencapai-perpaduan-dan-inter

Gagasan 1 Malaysia. Muhainy Nassha. Diakses pada 7 Disember 2017 daripada

http://muhainynassha.blogspot.my/2013/04/gagasan-1malaysia.html

34 251503

You might also like