You are on page 1of 6

MALAYSIA PASCA MERDEKA : SLOT INI UNTUK MEMBUCARAKAN ASPEK

MALAYSIA SELEPAS MENCAPAI KEMERDEKAAN. PERKEMBANGAN,


PEMBANGUNAN, POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL. KE ARAH MALAYSIA
SEJAHTERA. SILA BERI PENDAPAT ANDA.

Kemerdekaan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan wujudnya gagasan Malaysia
pada 16 September 1963 bukanlah satu kejayaan yang sangat mudah untuk
dikecapi oleh setiap masyarakat dan pemimpin. Pertumpahan demi pertumpahan
darah telah berlaku dalam mempertahankan tanah air supaya bebas daripada kuasa
dan penjajah. Rundingan demi rundingan yang diadakan dalam membentuk satu
persefahaman dan ideologi yang selari diantara satu sama lain. Namun
persoalannya, mampukah Malaysia yang dibina itu dapat dibentuk sebagai sebuah
negara yang sempurna terutamanya dalam memacu sebuah kerajaan sendiri lebih-
lebih lagi apabila masyarakatnya pula terdiri daripada kepelbagaian etnik, bangsa
dan agama. Seterusnya apakah reaksi negara serantau terhadap peneubuhan
gagasan pembentukkan Malaysia?

Walaupun berjaya mendapat status kemerdekaan daripada kuasa penjajah namun


usaha dalam mewujudkan sebuah negara yang berstatus aman bukan sahaja
terhenti di dalam peristiwa penyatuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak.
Usaha meningkatkan keamanan dalam negara masih dijalankan terutamanya bagi
menghapuskan secara keseluruhannya pengaruh komunis yang terdapat di kawasan
Tanah Melayu dan juga di Sabah serta Sarawak. Selain daripada ancaman komunis,
penubuhan gagasan Malaysia mengalami ancaman daripada negara-negara jiran
seperti Indonesia yang akhirnya mencetuskan peristiwa Konfrontasi Indonesia -
Malaysia pada tahun 1963. Konfrontasi tersebut melibatkan berlakunya konflik
ketenteraan dan isu rentas sempadan antara negara sehingga Indonesia akhirnya
melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada 27 Julai 1963.

Selain daripada ancaman daripada luar negara, cabaran yang ditekankan daripada
masyarakat setempat tidak juga kurang hebatntnya apabila setiap masyarakat mulai
menaikkan status perkauman dalam politik. Antaranya pada 13 Mei 1969 berlaku
peristiwa hitam harus dijadikan iktibhar bagi setiap lapisan masyarakat pada masa
akan datang agar peristiwa tersebut tidak akan berulang kembali iaitu peritiwa
berdarah rusuhan kaum di Kuala Lumpur. Peristiwa ini berlaku apabila isu
perkauman dimasukkan ke dalam agenda politik di dalam negara untuk
mendapatkan kuasa dalam tampuk pemerintahan negara dengan corak
pemerintahan sendiri. Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa komuiti
masyarakat di dalam Malaysia pada awal pasca merdeka masih belum utuh dan
memerlukan dasar yang lebih efektif untuk mempereatkan lagi hubungan sesama
kaum.

Peristiwa ini amat relevan untuk direnungkan sehingga kini. Peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku perlu dijadikan sebagai satu ikhtibar yang membolehkan kita untuk
membina sebuah negara yang lebih maju ke hadapan.

( Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan parti politik di dalam negara
telah berlumba-lumba untuk meninggikan kaum diri sendiri dan tindakan ini amat
jelas bertentangan dengan konteks sistem pemerintahan yang dijalankan di dalam
negara iaitu sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Bukan itu sahaja,
kegagalan sesetengah pihak dalam memahami dan mendalami konsep
pemerintahan secara demokrasi ini juga turut mencelarukan pemikiran rakyat.

tidak dapat memberikan penghormatan terhadap perjanjian kemerdekaan yang


terbentuk dan konsep demokrasi yang dilaksanakan. Hal ini kerana, kebanyakkan
parti politik baru yang wujud selepas kemerdekaan mempunyai ideologinya tersendiri
iaitu untuk meninggikan kedudukan kaum tersendiri yang akhirnya menyebabkan
peristiwa pertumpahan darah serta kemuncak dalam isu perkauman di Malaysia
yang melibatkan dua kaum terbesar iaitu Cina dan Melayu. )
PERKEMBANGAN MALAYSIA : PEMBANGUNAN, POLITIK, EKONOMI DAN
SOSIAL. KE ARAH MALAYSIA SEJAHTERA. SILA BERI PENDAPAT ANDA.

Pada peringkat awal kemerdekaan di Malaysia kita mendapati bahawa sistem


pemerintah dalam negara mengalami pelbagai ancaman dan juga banyak perkara
yang perlu diperbaiki semula bagi mewujudkan kesamarataan dalam kalangan
masyarakat setempat. Hal ini kerana, kesan daripada penjajahan British yang
melaksanakan pemerintahan secara pecah dan perintah. Dasar ini dijalankan oleh
British umumnya bagi mengelakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
khususnya seperti masyarakat peribumi, Cina dan India. Kesannya, wujud empat
aluran pendidikkan iaitu Inggeris, Melayu dan Cina yang masing-masingnya
dijalankan mengikut struktur pendidikan dari negara masing-masing. Walau
bagaimanapun semasa zaman pasca kemerdekaan pihak kerajaan mulai melihat
masalah tersebut seterusnya mengubah corak pendidikan pada pasca merdeka
berorientasikan unsur-unsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan ditubuhkan
bagi mewujudkan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.
Keseluruhannya bagi mempertingkatkan kesedaran dalam bidang pendidikan
kerajaan turut menjadikan bidang pendidikan sebagai wadah dalam
menyatupadukan rakyat dengan menyelaraskan standard pembelajaran dalam
sekolah. Malah penubuhan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960
serta Akta Pendidikan 1961 telah membantu memantapkan lagi sistem pendidikan di
Malaysia.

Aspek perkembangan dalam bidang pendidikan amat penting untuk


dibangunkan khususnya dalam melahirkan generasi negara yang bersifat intelektual.
Justeru kelahiran golongan intelektual dalam kalangan masyarakat tempatan
sebelum merdeka banyak memberikan pengaruh terhadap bidang politik di dalam
negara. Antaranya, kebangkitan semangat nasionalisme semakin rancak apabila
lahirnya golongan cerdik pandai yang sedar akan corak pemerintahan kuasa Barat,
Golongan ini juga bertindak dengan lebih berani dan menentang penguasaan kuasa
asing dalam negara dengan menggunakan pelbagai pendekatan tanpa melibatkan
sebarang pertumpahan darah. Antaranya dengan mendekati masyarakat tempatan
dengan menggunakan kaedah media cetak seperti akhbar dan sebagainya. Justeru
terdapat juga beberapa parti yang diwujudkan untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Namun demikian peristiwa hitam yang berlaku pada 13 Mei 1969 banyak
memberikan pengajaran dalam membentuk parti politik yang lebih sihat tanpa
menggunakan sebarang sentimen yang boleh memecah belahkan perpaduan di
dalam negara.
Dalam bidang ekonomi pula, terutamanya pada awal abad ke-19 kita dapat
melihat bahawa bidang ekonomi dalam negara secara keseluruhannya dimonopoli
oleh golongan penjajah. Kebanyakkan ekoomi yang dijalankan adalah semata-mata
untuk memenuhi keperluan revolusi yang berlaku di Barat. Bagi menjaga
kepentingan ekonomi daripada terjejas British juga turut mewujudkan dasar- dasar
baru terhadap masyarakat tempatan iaitu seperti dasar kapitalisme, komersialisme
dan sebagainya. Kesan daripada dasar-dasar tersebut telah menyebabkan
berlakunya pembentukkan masyarakat berbilang kaum apabila penghijrahan buruh
asing mulai dibenarkan oleh British. Kesan daripada kemasukkan buruh asing dari
luar telah menyebabkan wujudnya kelompok masyarakat yang mempunyai latar
belakang ekonomi yang berbeza. Justeru keadaan ini telah menyebabkan
sesetengah kawasan yang mampu berkembang dengan pesat dan membentuk
sebuah bandar ekoran daripada kemajuan dalam aspek ekonomi. Keadaan ini
menjadi masalah bagi sesetengah masyarakat sehingga menyebabkan
perkembangan ekonomi dalam kalangan masyarakat tidak berlaku dengan
seimbang. Oleh demikian bagi memastikan perkembangan ekonomi berlaku dalam
kalangan masyarakat dan negara, pihak kerajaan telah menubuhkan beberapa dasar
ekonomi baru selepas kemerdekaan. Antaranya termasuklah memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990 ) oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak untuk menangani masalah ketidak seimbangan
ekonom diantara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara
kaum dan keamanan negara. Buktinya, DED diperkenalkan ekoran daripada
peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969 dengan tujuan untuk menghapuskan
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menstruktur semula masyarakat seupaa
negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan
dapat dinkmati oleh seluruh rakyat. Dasar-dasar lain yang ditubuhkan selepas tahun
kemerdekaan di Malaysia adalah seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun,
Dasar-Dasar Awam Pertanian, Dasar Penswastaan, dan sebagainya.
Keseluruhannya dasar yang diwujudkan oleh kerajaan amat membantu dalam
meningkatkan perkembangan ekonomi dalam kalangan masyarakat khususnya bagi
masyarakat peribumi. Antaranya, pada tahun 1970 kadar kemiskinan mengalami
pengurangan sebanyak 49.3% seterusnya kepada 20.2% pada tahun 1980.

( mendatangkan cabaran kepada masalah perpaduan kaum di dalam negara.


Antaranya dalam aspek pendidikan pada zaman awal kemerdekaan kita mendapati
bahawa pendidikan di Malaysia terdiri daripada di dalam negara telah menyebabkan
beberapa bidang penting dalam negara. Namun demikian bagi mengatasi masalah
tersebut kerajaan Malaysia amat komited dalam mewujudkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang tidak akan ketinggalan dalam kepelbagaian aspek penting
terutamanya dalam bidang pembangunan negara. Antaranya pelbagai dasar-dasar
baru yang ditubuhkan bagi menempatkan Malaysia sebaris dengan negara-negara
membangun. Justeru pemimpin turut memandang serius akan setiap isu yang
berlaku di dalam negara )
Perjuangan kemerdekaan memerlukan pengorbanan. Selepas merdeka tugas
utama pemimpin negara ialah membangunkan negara. Adakah Malaysia berada
pada landasan yang betul. Bincangkan.

Beberapa tahun kebelakangan ini kita mengetahui bahawa negara kita berhdapan
dengan cabaran berat setelah dilanda pendemik Covid-19 yang banyak mengganggu
perkembangan dalam bidang ekonomi negara terutamanya. Namun demikian tidak
dinafikan bahawa Malaysia mempunyai perjalanan yang amat memberangsangkan pada
tahun-tahun awal penubuhan khasnya dalam bidang ekonomi. Pada pendapat saya
Malaysia berada di landasan yang betul pada tahun-tahun awal pemerintahan.
Antaranya kita dapat melihat dimana pemimpin amat proaktif dalam menangani setiap
isu yang berlaku di dalam negara sama ada melibatkan perpaduan dalam kalangan
rakyat, ekonomi, pendidikan, menjalin dan mempertingkatkan hubungan antara negara
serantau dan sebagainya. Pada pendapat saya juga, pihak pemimpin perlu konsisten
dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang telah diusahakan oleh pemimpin-
pemimpin terdahulu agar objektif pembangunan negara untuk mencapai status negara
maju dapat dikecapi.

You might also like