You are on page 1of 19

TUGASAN 1: PENULISAN ILMIAH

1.0 Pengenalan

Etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ethnos” yang bermakna orang. Satu
kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-
budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap
dan tingkah laku yang sama. Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa
manusia, ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan,
iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik yang mempunyai nenek moyang yang sama, dan
turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh
dianggap sebagai etnik. Menurut data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan
Malaysia menyatakan bahawa jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2018 ialah 30.3
juta. Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan etnik dan sekiranya ditambah dengan
kelompok yang mewakili subetnik, kumpulan bahasa dan juga dialek, secara
keseluruhannya melebihi 200 kumpulan. Hal ini membuktikan bahawa negara kita memiliki
masyarakat yang berbilang etnik, kaya dengan kelainan adat, bangsa, bahasa dan agama.
Namun kesemuanya hidup dengan aman dan damai serta harmoni di bawah satu ‘bumbung’
yang bernama Malaysia. Dek kerana itulah keamanan dapat dicapai dan telah melahirkan
suatu bentuk kestabilan ekonomi, politik dan sosial yang baik di negara ini (Baharuddin,
2014).

2.0 Menjelaskan Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi, Politik Dan


Kepelbagaian Agama Di Malaysia.

2.1 Hubungan Etnik dari perspektif Ekonomi

Di Malaysia, etnik dan ekonomi merupakan dua aspek yang tidak dapat dipisahkan.
Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran iaitu gabungan sistem ekonomi kapitalis
dan sistem ekonomi sosialis. Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri yang ulik melalui
pengalaman daripada penjajahan oleh kuasa dunia iaitu British. Sebagai sebuah negara
yang pernah dijajah British, Malaysia tidak terkecuali dalam mengalami perubahan selari
dengan arus pemodenan yang dikenali Revolusi Perindustrian yang dibawa oleh penjajah
British yang kini sudah mencapai generasi keempat atau lebih dikenali sebagai ‘Industry
Revolution 4.0’. Namun, peninggalan penjajah British ini memberikan impak yang besar
dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh dasar pecah dan
perintah di mana setiap kaum dibahagikan kepada sektor-sektor tertentu. Berikut merupakan
jadual yang menunjukkan pembahagian kaum mengikut ekonomi:

KAUM KEGIATAN KAWASAN


Melayu Petani dan Nelayan Luar Bandar
Cina Perniagaan dan Perlombongan Bandar dan Kawasan Perlombongan
India Penoreh Ladang Getah
Jadual 2: Pembahagian Kaum mengikut Ekonomi

Berdasarkan jadual di atas, dapat diperhatikan bahawa kerajaan perlu memainkan


peranan utama dalam menyelesaikan maslaah ini. Lebih dibimbangi lagi, kekecohan yang
berlaku pada 13 Mei 1969 disebabkan oleh kemunduran kaum Melayu yang diejek oleh
segelintir kaum Cina. Hari tersebut menjadi sejarah pahit bagi seluruh rakyat Malaysia.
Dengan kesedaran ini, kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa dasar bagi
mengatasi masalah perkauman seperti Dasar Pembangunan Lima Tahun Malaysia, Dasar
Ekonomi Baharu, Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara. Tujuan utama
keseluruhan dasar ini dilaksanakan adalah untuk merapatkan jurang ekonomi di antara
kaum dan juga memupuk perpaduan kaum pelbagai etnik.

Contohnya, Dasar Ekonomi Baharu (DEB) adalah bertujuan membasmi kemiskinan


tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi tidak lagi berlaku. DEB ini telah dilaksanakan di bawah RMK-2
dalam Dasar Pembangunan Lima Tahun Malaysia pada 1971. Tujuan utama DEB ialah
menambah penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputera yang lain dalam kegiatan
pembuatan dan perdagangan. Selain itu, keutamaan juga diberikan kepada kaum Melayu
dan Bumiputera yang lain dalam pekerjaan di sebuah peringkat kegiatan pembuatan supaya
mencerminkan corak penduduk berbilang kaum (Dipetik dalam buku Rancangan Malaysia
Kedua 1971-75 (1971: 78). Di mana industri berkembang, di situlah peluang terbuka luas
untuk manusia yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti agama, bahasa dan
keturunan bekerja di bawah satu bumbung (Mansor Mohd Noor, 2009).

Antara impak yang dapat diperolehi melalui rancangan ini adalah peluang mereka
untuk berinteraksi dengan etnik yang lain dan dapat mewujudkan perpaduan kaum di antara
mereka. Jurang kemiskinan juga dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan membangunkan
ekonomi di luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar bandar tanpa
mengira kaum. Selain itu, penduduk luar bandar juga diberikan kemudahan infrastruktur
yang baik supaya mereka mendapat keperluan yang sama dengan penduduk bandar seperti
kemudahan kesihatan, perumahan, pelajaran dan sebagainya.

Selain itu, penyusunan semula masyarakat juga memberikan kesan yang baik dalam
memelihara hubungan etnik di Malaysia. Antara usaha yang dilaksanakan adalah:

 Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.
 Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan
kaum Bumiputera supaya mereka dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum
bukan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden.
 Menambahkan hak milik rakyat untuk pemilikan modal produktif negara termasuk
pemilikan saham dan sektor syarikat dengan pembahagian 30% kaum Bumiputera,
40% kaum bukan Bumiputera dan 30% oleh rakyat asing.
 Menyusun semula corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara
berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi.

(Dipetik daripada buku Hubungan Etnik Edisi Kedua, M/S: 138)

Setiap usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan selepas kemerdekaan membawa


kejayaan demi kejayaan dalam menangani jurang kemiskinan berdasarkan kaum dan juga
hubungan etnik dapat dipulihkan. Antara bukti yang dapat dilihat adalah dengan
perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016 – 2020) yang memberikan 11
matlamat utama di mana matlamat yang terakhir adalah untuk memupuk perpaduan kaum
pelbagai etnik di Malaysia.

Kesimpulannya, dapat dilihat di sini bahawa perubahan dasar ekonomi yang dibawa
oleh kerajaan memberi impak yang besar dalam menjaga hubungan kepelbagaian etnik di
Malaysia. Acuan ekonomi negara menekankan pertumbuhan ekonomi negara bersama
dengan pengagihan sumber atau hasil kepada masyarakat tanpa mengira etnik, agama,
wilayah, bandar dan luar bandar yang merupakan asas kejayaan negara ini untuk
memakmurkan dan menyejahterakan masyarakat pelbagai budaya. Walaupun terdapat
beberapa isu perkauman yang sering dibentangkan bagi menjaga kesejahteraan kaum
masing-masing, kerajaan tetap berpegang pada prinsip kesamarataan kaum supaya tiada
etnik yang tercicir dalam pembangunan ekonomi khususnya.

2.2 Hubungan Etnik dari perspektif Politik

Politik ditakrifkan sebagai merangkumi kesemua aktiviti manusia iaitu proses


perhubungan manusia secara biasa mahupun yang melibatkan kuasa. Politik juga berkait
dengan pengurusan pemerintahan dan negara (Mohd Ashraf Ibrahim, et. al, 2018). Sejarah
politik negara bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Pada zaman
itu, dasar keterbukaan telah menyebabkan kebanyakan imigran masuk ke Malaysia untuk
berdagang dan menetap di sini. Disebabkan perkara tersebut, maka terbentuklah penduduk
yang berbilang kaum. Tambahan pula, dasar campur tangan British telah mebawa masuk
imigran dari Cina dan India untuk bekerja di Malaysia. Oleh itu, cabaran untuk mewujudkan
satu bentuk hubungan etnik yang erat menjadi satu bebanan.

Antara usaha yang dilihat sesuai untuk mencapai hubungan etnik yang erat adalah
melalui permuafakan politik. Arend Lijphart (1968), telah memperkenalkan konsep
‘demokrasi permuafakatan’ di mana ianya merupakan konsep perkongsian kuasa iaitu setiap
kumpulan etnik berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar
mahupun proses pentadbiran negara. Menurut beliau, konsep demokrasi permuafakatan ini
dapat mengeratkan hubungan di antara satu etnik dengan etnik yang lain di samping
menjamin kepentingan setiap etnik yang terlibat tidak terabai. Malaysia juga
mengaplikasikan politik permuafakatan ini bagi menjaga hubungan etnik di antara satu sama
lain. Demokasi dan kestabilan negara Malaysia kita dapat dikekalkan sekiranya konsep
permuafakatan politik ini diamalkan oleh masyarakat pelbagai etnik. Permuafakatan politik di
sini bertujuan bagi perkongsian kuasa dimana setiap etnik berpeluang untuk terlibat secara
langsung dalam penggubalan dasar mahupun proses pentadbiran negara Malaysia.

Permuafakatan politik di Malaysia bermula dengan pembentukan Perikatan UMNO-


MCA pada tahun 1952. Ianya diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC dalam Parti
Perikatan pada tahun 1954 di mana Parti Perikatan telah memenangi Pilihan Raya Umum
(PRU) yang pertama dengan kedudukan kerusi sebanyak 51 daripada 52 kerusi pada tahun
1955. Antara Parti Perikatan yang terbentuk di semenanjung Malaysia adalah pakatan
AMCJA-PUTERA, Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC), Pakatan Rakyat dan Pakat
Harapan. Di Sarawak pula, Parti PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA telah
bekerjasama membentuk Parti Perikatan pada tahun 1962. Manakala, di Sabah, hasil
permuafakatan politik di antara SNAP, USNO, UNKO, Pasok Momogun dan SANAP telah
menyebabkan terbentuknya Parti Perikatan.

Melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) yang ditubuhkan pada tahun 1949
kita dapat melihat dengan lebih jelas kesefahaman dan permuafakatan politik yang lebih
baik dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat dijelmakan oleh masyarakat Tanah Melayu
pada ketika itu dimana matlamat utama Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) adalah
bagi mewujudkan hubungan baik dan mengeratkan perpaduan antara kaum. Selain itu
Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) juga merupakan satu wadah bagi setiap etnik
atau kaum bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang wujud antara mereka.
Mekanisme ini adalah satu perkara yang positif dan menjadi tunjang kepada parti-parti politik
di Malaysia. Turut diambil kira semasa mengguba Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 oleh Suruhanjaya Reid, permuafakatan politik dan hubungan yang harmonis
antara etnik dapat dilihat ketika penyediaan memorandum.

Walau bagaimanapun, politik di Malaysia pada masa kini lebih dikenali sebagai
politik perkauman di mana ianya hanya menjaga dan memperjuangkan kepentingan etnik
masing-masing. Hal ini akan menyebabkan ketegangan berlaku jika tidak dapat diatasi
dengan sebaiknya. Sesetengah Masyarakat Malaysia umumnya, sentiasa memainkan
sentimen perkauman dan isu yang remeh demi menjaga kepentingan politik berbanding
kesejahteraan negara. Tambahan pula, perkara ini lebih kerap diusulkan lebih-lebih lagi
apabila peralihan kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu. Sekiranya kerajaan tidak
menanganinya dengan baik, nescaya peristiwa 13 Mei 1969 secara tidak mustahil akan
berulang lagi. Oeh itu, setiap pihak daripada semua peringkat perlu bekerjasama bagi
memastikan sentimen perkauman tidak berkembang dalam kalangan rakyat.

2.3 Hubungan Etnik dari perspektif Agama

Negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik mengamalkan agama yang


pelbagai. Agama Islam merupakan agama persekutuan yang terkandung dalam
Perlembagaan Malaysia. Namun, agama-agama yang lain seperti agama Kristian, Buddha,
Hindu, Sikh dan lain-lain lagi bebas dianuti oleh rakyat Malaysia tertakluk kepada
perlembagaan. Setiap agama mempunyai tradisi yang dianggap sebagai pelik oleh
penganut agama lain. Ini disebabkan perbezaan akidah atau kepercayaan mengenai konsep
ketuhanan dan tradisi agama dan budaya. Hubungan etnik dapat dipelihara adalah melalui
konsep Rukun Negara iaitu perkara 1, Kepercayaan kepada Tuhan.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa agama rasmi Persekutuan


adalah agama Islam tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dalam
Persekutuan (Mohd Ashraf Ibrahim, et. al, 2018). Keharmonian dalam kepelbagaian agama
dapat dilihat setiap kali perayaan berlangsung. Contohnya, sambutan Tahun Baharu Cina
disambut dengan meriah di seluruh negara melibatkan kaum-kaum yang lain. Begitu juga
dengan hari Perayaan Deepavali dan juga hari Raya Aidilfitri. Perayaan-perayaan ini dapat
disambut oleh semua kaum disebabkan pada hari tersebut diberikan keutamaan cuti umum.
Dengan cara ini, perpaduan di antara kaum dapat diperkukuhkan lagi.

Perbezaan ini sepatutnya diperakui dan sikap hormat menghormati di antara satu
sama lain perlu disemai dalam sanubari setiap rakyat dalam negara ini. Sebagai contoh,
laungan azan yang dilakukan oleh agama Islam. Laungan azan sudah berkumandang sejak
Islam bertapak di Tanah Melayu pada akhir abad ke-15. Masyarakat bukan Islam sejak
zaman silam itu sudah memaklumi bahawa azan adalah penting dalam agama Islam dan
laungan azan berkumandang sebanyak lima kali sehari. Oleh itu, agama lain perlu
menghormati laungan azan ini dan tidak menimbulkan sebarang isu perkauman.

Begitu juga dengan agama lain, misalnya agama Hindu. Semasa Hari Thaipusam,
mereka akan melalukan Perarakan Kavadi. Justeru, bagi menunjukkan sikap perpaduan
antara agama, maka agama lain perlu menghormati perarakan tersebut dengan tidak
memberikan bunyi hon semasa perarakan dijalankan. Sikap menghormati antara agama
yang ditunjukkan oleh setiap individu akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat,
seterusnya akan memberikan kesan positif terhadap hubungan etnik di Malaysia.

3.0 Menganalisis Faktor Pembentukan Masyarakat Pluralistik Di Alam Melayu,


Sabah Dan Sarawak, Kesultanan Melayu Melaka Dan Penjajahan British Serta
Selepas Pembentukan Malaysia

3.1 Faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu

Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya telah wujud sejak abad ke-5
Masihi lagi bilamana ia menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan
kemudiannya disertai oleh Eropah. Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat
menerusi pelbagai aktiviti terutamanya melalui aktiviti perdagangan. Pluraliti budaya di Alam
Melayu boleh dilihat dari beberapa sudut. Pertama, hubungan dengan China dan India yang
telah lama wujud melalui perdagangan di mana alam Melayu menjadi tempat persinggahan
pedagang daripada kedua-dua negara ini. Tanpa sedar sebenarnya wujud sebuah institusi
pengajian tinggi agama di Alam Melayu yang dikenali sebagai kerajaan Sri Vijaya yang
menjadi tumpuan cerdik pandai agama, khususnya Hinduisme untuk dalami pengajian
mereka. Ia wujud pada abad ke-7 Masihi dan mempunyai 1000 orang penuntut.

Seterusnya zaman Hinduisme dan Buddhisme. Pengaruh Hinduisme dan Buddhisme


sebenarnya tidak memberi kesan besar ke dalam kehidupan rakyat biasa di Alam Melayu
berbanding pengaruh Islam. Ini kerana jarang terdapat nama-nama yang bercorak Hindu
dan Buddha di kalangan anak-anak rakyat biasa. Juga tidak ada kitab-kitab besar seperti
falsafah, ketuhanan, fizik dan sebagainya berasaskan Hindu dan Buddha di Alam Melayu
kecuali kitab-kitab keseniaan. Pengaruh Hindu dan Buddha diterima baik di kalangan
pemerintah Alam Melayu sebelum kedatangan Islam kerana ada impak politik. Mitos
Hinduisme mengatakan raja adalah anak tuhan yang diutus ke bumi, oleh itu rakyat perlu
taat dan patuh kepadanya. Kebesaran raja-raja ini digambarkan melalui candi-candi yang
didirikan. Antara candi yang terkenal dalam Alam Melayu yang masih kekal di Malaysia pada
masa kini adalah candi di Lembah Bujang yang menunjukkan masyarakat pluralistik yang
mengamalkan budaya hidup Buddhanisme.

Sudut yang lain pula ialah penjelmaan dari segi material dan bukan material. Ia dapat
dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat epistemologikal yang dibawa oleh
penjajah Inggeris. Epistemologikal bermaksud asal mula sesuatu ilmu pengetahuan.
Perubahan epistemologikal pula ialah perubahan dari segi ilmu pengetahuan yang
melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterusnya akan melibatkan
perubahan terhadap cara memahami sesuatu. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu
pengetahuan di Alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yang bercorak metafizik atau
ilmu yang bersumberkan alam ghaib. Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang
menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah
manifestasi yang jelas mengenai ilmu metafizik Alam Melayu. Kedatangan Inggeris
mengubah epistemologi yang bersifat bukan material ini kepada epistemologi fizikal yang
bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera
dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik. Kesannya muncul pelbagai
ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran
dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

3.2 Faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik di Sabah dan


Sarawak

Pluralisme di Sabah dan Sarawak pula berlaku disebabkan oleh kedatangan kuasa
asing dan percampuran kuasa asing iaitu British ke dalam pemerintahan bumi Sabah dan
Sarawak. Hal ini disebabkan oleh kemasukan imigran secara besar-besaran terutama dari
negara China dan India bagi memenuhi kepentingan ekonomi dan politik pihak British yang
ketika itu sedang menjalani revolusi perindustrian. Faktor penarikan ini memberi pengaruh
yang kuat kepada pembentukan masyarakat pluralistik di Sabah dan Sarawak. Hal Ini
kerana, proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan telah
menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia. Pluralistik masyarakat di
Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik Bumiputera dan ditambahkan lagi
dengan kewujudan imigran dari kalangan orang Cina, India, Indonesia dan Filipina sehingga
masyarakat majmuk di Sabah dan Sarawak bertambah kompleks dengan pelbagai agama,
budaya dan adat resam yang berbeza serta kegiatan sosioekonomi juga berdasarkan etnik.
Di Sabah dan Sarawak masyarakat pluralistik telah pun wujud sebelum merdeka lagi.
Pada ketika itu, Sabah dan Sarawak amat terkenal dengan hasil bumi seperti bijih timah,
bijih besi dan sebagainya. Kedudukan demografi Sabah dan Sarawak yang strategik serta
kaya dengan hasil bumi telah menarik perhatian pihak Inggeris iaitu Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British (SBUB) di Sabah dan Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak pada
kurun ke-19. Oleh hal yang demikian SBUB di Sabah telah membawa masuk buruh ke
negeri Sabah untuk bekerja dalam bidang perlombongan. Buktinya, menurut Lee, S. L &
Aleeya Atiqah (2006), SBUB telah membawa masuk buruh kasar daripada China dan Jawa
untuk mengerjakan aktiviti perlombongan, pembinaan landasan kereta api dan sebagainya.
Akhirnya, masyarakat Cina yang dibawa oleh SBUB telah menetap di Sabah sehingga
mendapat kerakyatan semasa merdeka. Manakala di Sarawak pula, pelombong-pelombong
Cina dibawa masuk ke Sarawak terutamanya di Bahagian Bau, Sarawak untuk melombong
antimoni, bauksit, emas dan sebagainya (Lee, S.L & Aleeya Atiqah, 2006). Hal ini secara
tidak langsung telah mewujudkan masyarakat pluralistik di Sarawak kerana mereka telah
hidup bersama-sama golongan peribumi iaitu masyarakat Iban, Melayu Sarawak dan
sebagainya. Namun, hubungan etnik pada masa itu agak longgar kerana orang Cina dan
orang India dibawa masuk secara paksaan dan tidak menerima gaji serta layanan yang baik
oleh pihak British.

3.3 Faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik ketika Kesultanan


Melayu Melaka

Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan


Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat
penyebaran agama Islam. Empayar Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari
seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the East”. Antara faktor yang
membawa keagungannya sehingga diberi jolokan tersebut ialah pemerintahan yang
bersistematik. Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk
menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah telah
mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seperti
jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya. Di samping itu, kerajaan
Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa
itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah membawa impak positif yang bukan
sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi.
Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang
menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi
pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan dari anasir-anasir luar.
Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan ke jawatan
penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Dalam hal ini, menurut sejarah,
Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting
di istana sultan. Pemerintah juga memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di
Melaka,bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan. Selain itu, undang-undang
dijalankan dan dikuatkuasakan dengan tegas untuk memberi keadilan kepada semua
penduduk dan pedagang. Di antaranya, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka yang berteraskan Islam.

Faktor yang kedua ialah perdagangan. Perdagangan di Melaka berjalan dengan


lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap.
Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada
ribuan kapal pedagang. Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus menjadi tarikan
kepada kedatangan pedagang-pedagang asing terutama pedagang-pedangan daripada
negara China dan Tanah Arab.

Faktor yang seterusnya ialah kedudukan demografi bumi Melaka. Pada zaman
Empayar Kesultanan Melaka, berlaku penghijrahan secara alamiah atau semula jadi tanpa
ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk
memasuki sesuatu kawasan. Pedagang Arab, Cina, India dan lain-lain telah berasimilasi
dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat
yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat BabaNyonya dan Mamak. Empayar
Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum.

Faktor yang terakhir ialah kebudayaan. Keterbukaan pemerintah empayar Melaka


menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat
yang menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan
penting dunia. Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan
memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat
masing-masing. Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu.
Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam
dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya alam Melayu telah
berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan
budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang
istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya.

3.4 Faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik ketika penjajahan


British

Pembentukan masyarakat pluralistik dapat dilihat pada fasa ini apabila ketibaan
British di Tanah Melayu yang menjadi faktor transformasi perhubungan etnik di Tanah
Melayu. Mereka menguasai Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 merupakan titik tolak pembentukan masyarakat pluralistik
di Tanah Melayu dan mereka mula melebarkan pengaruh dengan campur tangan di negeri-
negeri Melayu (Ahmad Ali Seman & Warti Bt kimi, 2014). Kefahaman konsep ras yang
dibawa oleh penjajah Inggeris yang bersifat tertutup dengan sikap etnosentrisme telah
menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan rakyat pelbagai budaya di negara ini. Mereka
mula membawa masuk orang Cina dan India secara beramai-ramai atas keperluan ekonomi
serta sikap British yang berorientasikan keuntungan untuk mengeksploitasi hasil bumi Tanah
Melayu.

Hal ini ditambah lagi dengan berlakunya Revolusi Perindusitrian di Barat,


menyebabkan kegiatan mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu menjadi semakin
rancak oleh British contohnya melombong bijih timah di Perak. Pada masa yang sama
pembukaan ladang-ladang getah telah menyebabkan British membawa masuk imigran dari
India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Kewujudan perkauman di Malaysia mula
dikesan semasa pentadbiran British pada lewat abad ke 19 yang melahirkan masyarakat
majmuk yang berbeza semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contoh,
penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu menyebabkan interaksi dan
pengaruh budaya yang berlaku antara masyarakat terdapat jurang pemisah. Penempatan
berasingan orang Cina yang tertumpu di sekitar bandar-bandar terutama sekali di kawasan
perlombongan.

Selain itu, pengaruh kebudayaan antara Cina dan Melayu juga tidak ketara. Menurut
(Mansor Mohd Noor, 2006) bahawa kawasan penempatan Cina merupakan kawasan yang
berdikari sendiri di mana penduduknya tidak perlu berinteraksi dengan orang luar untuk
kelangsungan hidup mereka sepanjang hayat. Dasar pecah dan perintah dilaksanakan jelas
mengganggu struktur hubungan etnik di Tanah Melayu apabila terbentuk pekerjaan yang
teragih dan dipecahkan mengikut kumpulan etnik sehingga menyebabkan terjadinya
masyarakat pluralistik. Kemuncak kepada pembentukan masyarakat pluralistik ini adalah
pada sebelum kemerdekaan. Terdapat 3 kumpulan imigran pada masa tersebut dimana
kumpulan pertama merasakan mereka ialah rakyat British, kumpulan kedua pula
berpendapat mereka ialah rakyat negara asal dan bermatlamat memerdekakan negara
mereka daripada dijajah oleh Barat dan Jepun, manakala kumpulan ketiga mahu menetap
dan menjadi rakyat negara ini tetapi mahu mengekalkan jati diri, bahasa dan budaya bentuk
kumpulan etnik mereka (Khoo Kay Khim, 2003).

Situasi ini menunjukkan konsep masyarakat pluralistik terbentuk secara langsung


berikutan dasar yang dibuat British. Mereka mendesak agar kerakyatan diberikan, tetapi
pada masa yang sama mereka mahu hidup terpisah dan terasing dari segi bahasa, budaya,
agama, kepimpinan, pendidikan dan kegiatan ekonomi walaupun terikat dengan
pemerintahan yang sama. Oleh itu, pembentukan masyarakat pluralistik jelas terbentuk
setelah kedatangan British di Tanah Melayu. Dasar eksploitasi mereka terhadap Tanah
Melayu menyebabkan wujud ketidakseimbangan dalam pelbagai faktor khususnya dalam
hubungan etnik. Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara
berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat
persefahaman dan keharmonian kaum yang erat pada masa kini.

3.5 Faktor-faktor pembentukan masyarakat pluralistik selepas


pembentukan Malaysia

Akhir sekali, masyarakat pluralistik selepas pembentukan Malaysia wujud apabila


buruh-buruh asing dibawa masuk oleh kerajaan untuk memenuhi tenaga kerja yang
diperlukan. Menurut laporan Astro Awani (2016), Bangladesh dan Malaysia memeterai
perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara
berperingkat untuk tempoh tiga tahun. Hal ini menyebabkan warga Bangladesh dibawa
masuk ke negara Malaysia secara paksaan oleh kerajaan negara kita kerana negara kita
memerlukan tenaga buruh dan mereka perlu hidup bersama-sama rakyat Malaysia dan hal
inilah yang menjadikan masyarakat kita pada hari ini adalah sebuah masyarakat pluralisitik.
4.0 Menilai Secara Kritis Usaha-Usaha Kerajaan Dalam Meningkatkan Integrasi
Nasional

Integrasi Nasional bermaksud mewujudkan satu masyarakat bersatu padu dengan


satu identiti nasional. Kerjasama ini boleh dibentuk melalui integrasi wilayah, ekonomi,
kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Dalam
konteks politik di Malaysia, integrasi nasional tidak melibatkan banyak unsur-unsur asimilasi
tetapi lebih kepada integrasi, akomodasi dan akulturasi. Melalui integrasi nasional,
pemupukan dan penggalakan interaksi sosial yang memfokus kepada saling menerima dan
menghargai sosio-budaya antara kaum dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Maka
kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan
perpaduan dan integrasi nasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia
untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikan kepada
empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

4.1 Aspek Politik

Malaysia telah mula mewujudkan integrasi nasional melalui sudut politik semenjak
Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan
Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi
berparlimen. Perkara utama mengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen
adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu.”
Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah negara
melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang memenangi
majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “satu cara
untuk mewujudkan perpaduan politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan.
Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan
persetujuan rakyat melalui pilihan raya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi
pemerintah kerana memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku
kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO
wakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan perpaduan antara
tiga parti-parti etnik di Malaysia.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah
memberi peluang kepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telah
menunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politik Malaysia kerana
terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam Barisan Nasional. Parti-parti kaum yang
mewakili kaum masing-masing dalam Barisan Nasional akan bekerjasama untuk
membangunkan negara secara langsung akan mewujudkan persefahaman politik diantara
mereka. Pada masa kini, Barisan Nasional bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan
MIC tetapi terdapat banyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadi
pembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia. Penggabungan parti-
parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama
walaupun terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan kerjasama, interaksi dan
saling tolak ansur sesama ahli.

4.2 Aspek Ekonomi

Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semua kaum


menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut Yani Yahaya dan Mary
Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi kemiskinan dan untuk menyusun
semula masyarakat. DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-
pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik
hartaharta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya pada
tahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah
hakmilik tersebut.”

Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telah menggunakan DEB sebagai satu dasar
untuk menggerakkan rakyat untuk bersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat.
Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat
diseimbangkan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan
bandar dengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum
akan dapat mewujudkan integrasi nasional dalam kegiatan-kegiatan ekonomi di samping
meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.
4.3 Aspek Pendidikan

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) “Pendidikan
adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanam semangat perpaduan di
kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak dibangku sekolah.” Ini adalah
penting kerana generasi muda inilah yang akan membentuk negara Malaysia pada masa
depan sama ada masyarakatnya bersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat
pelbagai dasar dalam pendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk
perpaduan didalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956,
tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Perpaduan masyarakat
melalui pendidikan hanya dapat dicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yang
sama untuk semua kaum.

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek
Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah bertujuan untuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang
mencukupi untuk pembangunan negara.” Kerajaan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar
yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alat perhubungan dan perpaduan yang
penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia.

Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia
selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara. Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa Melayu.
Kerajaan telah mewujudkan Kempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan
penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa”
dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.”

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa


Melayu sebagai medium untuk mewujudkan integrasi nasional. Kerajaan
mengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua mata pelajaran melalui
Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Kerajaan telah
menyediakan pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah
dan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa
mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin boleh mendapat peluang
belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telah menunjukkan pendidikan merupakan
salah satu usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan
dan integrasi nasional.

Tegasnya, pendidikan pada hari ini ialah disediakan kepada semua tidak mengira
kaum. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang dibina telah menekankan penguasaan dwibahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini secara tidak langsung menyeru setiap rakyat Malaysia
untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaaan
dan secara tidak langsung boleh menyepadukan setiap rakyat di negara ini.

4.4 Aspek Sosial

Keperluan integrasi nasional untuk meningkatkan perasaan kekitaan dan semangat


muhibah dengan memahami adat resam,budaya dan amalan hidup masyarakat tempatan
dapat menggalakkan interaksi sosial diantara masyarakat pelbagai kaum tempat tinggal di
negeri dan wilayah berbeza bagi mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
Bagi mewujudkan semangat integrasi nasional, antara pendekatan yang diambil adalah
kerajaan telah mewujudkan Skim Rukun Tetangga oleh Allahyarham Tun Abd Razak pada
29 Ogos 1975. Penubuhan ini adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan
tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat integrasi
nasional ketika itu.

Rukun Tetangga berkembang sebagai organisasi sukarela diperingkat akar umbi


berlandaskan Akta Rukun Tetangga 2012 yang melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan
untuk tujuan memupuk dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, kesejahteraan
dan kualiti hidup dalam masyarakat. Rukun Tetangga adalah untuk menjalankan apa-apa
aktiviti bagi meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah keharmonian dan kualiti
hidup dalam masyarakat serta berperanan untuk mengambil langkah yang wajar untuk
membolehkan pemastatutin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau
bencana.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunan sosial adalah
penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara. Pembangunan sosial dijalankan
dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah
memastikan pembangunan sosial dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun
Negara, pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Untuk menyatupadukan
rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan
sebagai Ideologi Negara Malaysia.”
Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga
merupakan landasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi
satu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yang dikehendaki oleh
rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan dapat membantu
melahirkan perpaduan sosial antara satu sama lain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-
prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem
kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan
mencipta Rukun Negara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalangan
masyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan dan
menggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka ke arah
perpaduan intergrasi nasional.

4.5 Aspek Kebudayaan

Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dilaksanakan oleh kerajaan juga
merupakan usaha untuk mencapai integrasi nasional. Dasar ini menjadi panduan
pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia
(2018), objektif dasar tersebut dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia
pada tahun 2012 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing.
Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan
kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Di samping itu, kerajaan melalui Dasar Kebudayaan
Kebangsaan juga telah menganjurkan rumah terbuka untuk setiap Perayaan iaitu Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali supaya rakyat boleh mempelajari budaya kaum
yang berlainan.
5.0 Cabaran-Cabaran Yang Boleh Menjejaskan Usaha-Usaha Kerajaan Dalam
Meningkatkan Integrasi Nasional

Terdapat pelbagai bentuk halangan dan cabaran yang wujud dalam usaha kerajaan
Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang
berbilang kaum. Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat
dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama
di kalangan mereka. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan &
kemajuan negara. Halangan dan cabaran dalam penyemaian patriotisme di Malaysia
dipengaruhi beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur semangat
patriotisme di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia terdiri dari
pelbagai kaum atau masyarakat majmuk.

5.1 Aspek Politik

Dalam aspek politik, dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat
pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Menurut Gill, (2017)
Parti-parti politik wujud demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi
Negara namun begitu pada zaman sekarang, sebenarnya perkara ini tidak wujud dan jika
benar-benar ada sekalipun, amatlah jarang dan susah ditemui. Cabaran timbul kerana
setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum,
meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat
pemimpin yang bermain taktir kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan
mengapi-apikan sentimen perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini
menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam, bersangka buruk dan tidak mahu
berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka.

5.2 Aspek Bahasa

Cabaran yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagai bahasa boleh
menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil.
Surat khabar pelbagai bahasa ini telah menjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di
Malaysia kerana setiap kaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang
berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Ini
menguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum mereka sahaja.
Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu mereka memahami
bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akan membawa unsur-unsur
perkauman dikalangan mereka yang akan menghalang usaha perpaduan dan intergrasi
national kerajaan.

5.3 Aspek Sentimen Perkauman

Akhir ialah sentimen perkauman, merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik


sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, agama, politik dan sosial di mana setiap
kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Satu insiden baru-baru ini telah
menjejaskan keharmonian negara kita. Insiden tersebut merupakan insiden kuil Sri Maha
Mariamman di USJ25, Subang Jaya (Kohilah Sekaran, 2018). Lima parah dalam satu
pergaduhan di dalam kawasan kuil di Putra Heights, Subang pada pagi tersebut. Insiden ini
menunjukkan bahawa terdapat cabaran dalam kita hendak mencapai integrasi nasional.
Rakyat Malaysia telah terkesan dengan peristiwa ini setelah beberapa tahun hidup dengan
aman dan harmoni.

Oleh hal yang demikian, kita tidak boleh mengaitkan sesuatu insiden jenayah dengan
isu perkauman. Kita tidak boleh bertindak mengikuti emosi dan membiarkan insiden itu
disiasat oleh pihak berkuasa. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman,
perbezaan sosio-ekonomi di kalangan kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam
setiap kehidupan. Keadaan ini akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari
kepentingan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu
patriotisme lebih mencabar kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa
dan idealisme seseorang. Ini kerana mereka akan menjaga survival diri dan kelompoknya
sahaja tanpa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan suatu perkara yang sangat penting


dalam kehidupan masa kini. Hal ini demikian kerana, pada zaman ini kita bukan lagi hidup di
zaman batu dalam keadaan bersendirian tetapi kita perlu hidup dalam suatu komuniti kerana
kita perlu saling bergantung antara satu sama untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu,
demi kehidupan yang selesa untuk generasi akan datang, kita pada hari ini perlu
memastikan tamadun yang kita bina boleh kekal perpaduannya agar aspek-aspek seperti
ekonomi, politik dan sosial boleh dalam keadaan yang baik dan generasi akan datang
mampu menikmati segala yang kita nikmati pada hari ini.
7.0 RUJUKAN

Ahmad Ali Seman. and Warti Bt Kimi. (2014). Hubungan Etnik di Malaysia. 2nd ed. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.

Gill, S. S., Harun, M. R., & Talib, A. T. (2017). Komuniti minoriti dan pembentukan landskap
politik lokal: Penglibatan politik belia Siam di Semenanjung Malaysia (Minority
community and the shaping of local political landscape: Political involvement of
Siamese youth in Peninsular Malaysia). Geografia-Malaysian Journal of Society and
Space, 10(2).
Kho Kay Kim. (2003). Falsafah Sejarah Ke arah Mengembangkan Unsur Patriotisme dan
Kenegaraan, dlm. Ab Rahim Ab Rashid. Falsafah Budaya dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: UM.

Mansor Mohd Noor (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson Prentice
Hall.

Mohd Ashraf Ibrarihim, et. al (2018) Hubungan Etnik. Selangor: Percetakan Jiwabaru Sdn
Bhd.

Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian
Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian


Pengajian Tinggi Malaysia.

Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.

Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM
KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

You might also like