You are on page 1of 5

CABARAN SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Malaysia telah mengalami pembangunan dan tranformasi sosial serta


ekonomi semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini kerana, kerjasama
masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada satu prinsip kunci keamanan,
keteguhan, kestabilan dan pembangunan sesebuah negara banyak bergantung
kepada perpaduan oleh masyarakat itu sendiri. Walaubagaimanapun untuk
mencapai tahap perpaduan yang kukuh oleh sesebuah masyarakat bukanlah
mudah. Hal ini kerana, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian
kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, sosial, ekonomi, tempat tinggal dan
sebagainya. (Che Su Mustaffa, 2005)
Terdapat pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh masyarakat Malaysia
sebelum mencapai kemerdekaan antaranya ialah cabaran utama iaitu cabaran dari
segi aspek sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Aspek sosial ini dapat
dilihat melalui empat paradigma yang berbeza iaitu dari sudut pemisah fizikal, sistem
pendidikan yang berasingan, polasisi dalam kalangan pelajar, kontrak sosial dan
pemisah dari segi agama dan budaya.
Pemisah fizikal bermaksud sesuatu yang menceraikan atau memisahkan dari
segi jasmani atau aspek yang boleh dilihat perubahannya seperti aspek petempatan.
Pemisah fizikal pada asasnya berlaku akibat keadaan geografi di Sabah dan
Sarawak yang terpisah oleh laut China Salatan yang memisahkan etnik tersebut.
Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi
yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam memupukkan
hubunggan etnik di Malaysia. Oleh hal yang demikian, perasaan kekitaan semakin
menebal dalam setiap etnik sehingga menimbulkan prasangka yang buruk dalam
menilai sesuatu etnik tersebut. Contohnya, masyarakat di Semenanjung Malaysia
memberi tangkapan negative terhadap cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak
yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. (Sanusi
Osman, 1989)

Selain itu, dasar "pecah perintah" (divide and rule) yang telah diamalkan oleh
British semasa zaman penjajahan dahulu telah menambahkan lagi jurang antara
sesama etnik tersebut. Pihak British telah membawa masuk imigran dari India dan
Cina bagi menyempurnakan dasar penjajahan mereka untuk mengaut ekonomi di
Malaysia. Mereka telah mengasingkan penempatan dengan menempatkan orang
Melayu di kawasan luar bandar disebabkan orang Melayu pada ketika itu kekal
mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang petanian yang terletak di
luar bandar. Manakala kaum Cina kebanyakannya terlibat dengan aktiviti-aktiviti
perlombongan

dan

menetap

di

kawasan

bandar

serta

kawasan-kawasan

perlombongan dan akhirnya sekarang merupakan kawasan yang menjadi pusat


bandar seperti Kuala Lumpur. Seterusnya, kaum India pula kekal menetap atau
tinggal di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan. (Sanusi Osman,
1989)
Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan katiga-tiga kaum utama ini
terpisah dalam pelbagai aspek seperti kurang interaksi antara kaum dan bidang
pekerjaan yang berbeza dengan adanya pula penguasaan dalam bidang-bidang
tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum
sahaja yang menimbulkan serta meningkatkan lagi jarak sosial antara kaum. Selain
itu, keeganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial etnik atau kaumnya
kepada masyarakat lain cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing
ditambahkan pula dengan perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti
bahasa, agama, dan adat resam telah menambahkan lagi cabaran etnik dalam aspik
sosial. .(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)
Seterusnya, cabaran sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia ialah
sistem pendidikan yang berasingan. Sistem ini telah diperkenalkan oleh pihak British
semasa pnejajahan di Tanah Melayu. Mereka telah mewujudkan sistem sekolah
vernakular yang dikelaskan mengikut kaum iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Setiap
kaum atau etnik mempunyai bahasa perantaan yang tersendiri. Oleh hal yang
demikian setiap sekolah vernakular menggunakan bahasa perantaraan masingmasing seperti sekolah Melayu menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu,
pelajar Cina yang menuntut di sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin
sebagai bahasa perantaraan manakala pelajar India yang menuntut di sekolah Tamil

menggunakan bahasa Tamil yang banyak ditubuhkan di kawasan estet. (Sanusi


Osman, 1989)
Sistem pendidikan yang berasingan telah memisahkan pelajar daripada
mempelajari atau berinteraksi serta bergaul dengan pelajar dari etnik atau kaum lain.
Hal ini telah memberi kesan kepada para pelajar dalam memahami budaya, bahasa
atau bangsa etnik atau kaum lain kerana pelajar-pelajar hanya terdedah dengan
persekitaran para pelajar yang berasal dari etnik atau kaum yang sama serta hanya
mempelajari bahasa ibunda mereka sendiri selain memberi impak yang buruk
kerana mereka tidak terdedah dengan bahasa etnik lain. Seterusnya pelajar-pelajar
ini tidak akan menerima bahsa ibunda kaum lain dan mereka menganggap tidak
wajar atau tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum lain. Cabaran ini telah
menambahkan lagi kesulitan negara Malaysia untuk memupuk perpaduan
dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. (Sanusi Osman, 1989)
Di samping itu, polarisasi dalam kalangan pelajar juga dapat kita lihat dalam
kalangan pelajar-pelajar tidak kiralah sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah
menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi iaitu institusi pengajian awam
(IPTA) serta di institusi pengajian swasta (IPTS).

Polarisasi bermaksud sikap

perkauman yang wujud dalam diri masyarakat dan menjadi asas masalah utama
perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di negara ini. Pelajar-pelajar ini
bercampur gaul tetapi mereka tidak bersatu walaupun mereka penuntut dan
menetap dalam satu kawasan yang sama namun mereka tidak bersatu

serta

membawa ideolagy masing-masing.(Shamsul Amri Baharuddin, 2007)


Jika kita perhati dengan teliti terutamanya di kawasan pengajian tinggi, para
pelajar berkumpul atau menghadiri kuliah dan mengambil kursus yang sama tanpa
mengira kaum atau etnik. Mereka mendengar syarahan dari pensyarah yang sama.
Mungkin dalam perjumpaan formal anjuran universiti, mereka turut serta sebagai
pelajar universiti yang sama. Tetapi ketika bergaul secara tidak formal, atau
berbincang dan berdiskusi tentang pelajaran mereka, maka mereka akan memilih
kaum sendiri. Hal ini dapat kita lihat ketika di kantin atau tempat-tempat makan serta
tempat pelajar-pelajar berkumpul, berbual, berjenaka dan makan minum, atau
lainnya mereka akan bersama-sama dalam kaum masing-masing. (ISMAIL
IBRAHIM, 2009)

Selain itu, pada masa kini masih ada lagi ibu bapa yang beranggapan
negative terhadap

Sekolah Kebangsaan. Mereka tidak menghantar anak-anak

mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana beranggapan bahawa sekolah ini tidak


menjamin kecermerlangan anak mereka kerana struktur pendidikan yang lemah
berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan. Hal ini dapat memberi kesan yang tidak elok
kepada anak-anak sekiranya ibu bapa atau ketua dalam keluarga tersebut
mempunyai perasaan tidak hormat terhadap kaum atau etnik lain seterusnya
memberikan contoh yang kurang elok kepada generasi hadapan. .(Shamsul Amri
Baharuddin, 2007)

Cabaran sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia yang seterusnya


ialah kontrak sosial. Definisi kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau
persetujuan daripada pelbagai pihak untuk mencapai sesuatu tujuan sama ada
bertulis atau lisan. Kontrak sosial pernah diwujudkan pada era sebelum
kemerdekaan dahulu oleh para pemimpin Melayu, Cina dan India serta parti-parti
yang mewakili UMNO, MCA, dan MIC dengan bertujuan menyelesaikan perbezaan
kepentingan diri atau kelompok masing-masing serta bagi memastikan kepentingan
mejoriti dan minoriti tanpa menjejaskan hak dan kepentingan setiap kaum. Kontrak
ini juga haruslah dikekalkan dan diwarisi turun-temurun bagi memastikan keamanan
dan kemakmuran negara kekal selama-lamanya serta disampaikan pada generasi
seterusnya agar generasi pada masa hadapan memahami seterusnya tidak
bercanggah dengan ideologi masing-masing agar tidak timbul isu-isu yang dapat
mengugat hubungan antara kaum atau etnik. (Wan Emril Nizam Wan Embong,
2008)
Antara isi kandungan kontra sosial ini ialah orang Melayu akan menerima dan
mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara sepertimana yang
dicadangkan oleh princip Jus Soli serta orang Cina dan India haruslah mengiktiraf
Bahasa Melayu sabagai bahasa persekutuan. Mereka juga haruslah mengiktiraf
agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja-raja Melayu.
Seterusnya, orang Cina dan India juga mestilah mengiktiraf dan menerima hak
keistimewaan pertuanan orang Melayu. Walaubagaimanpun sejak akhir-akhir ini, isu
ini sering dibangkitkan seperti isu kedudukan agama Islam, bahasa melayu dan isu

kemasukan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi. Sebarang isu atau kontrak sosial yang
dibangkitkan boleh membawa kepada kerengganan hubungan etnik di Malaysia.
Seharusnya isu-isu seperti ini tidak perlu timbul berikutan kesepakatan semua pihak
semasa mewujudkan dan melaksanakan kontrak sosial ini. (Wan Emril Nizam Wan
Embong, 2008)
Cabar sosial terakhir dalam konteks hubungan etnik di Malaysia ialah
pemisah dari segi agama dan budaya. Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat
dielak kerana kesemua kaum mempunyai kepercayaan, budaya dan agama masingmasing. Tidak hairanlah jika mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan
tidak mahu membuka dunia budaya mereka kepada luar kerana beranggapan
bahawa jika budaya mereka terdedah kepada luar, identity bangsa mereka akan
hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Cabaran ini juga sering terjadinya konflik
disebabkan sifat perkauman yang menebal dalam bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri. Mereka lebih mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam
mendapatkan pekerjaan dan memilih sahabat serta mencari teman hidup. Sudah
semestinya amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang bersatu padu dalam
kalangan masyarakat yang majmuk seperti di negara kita ini sekiranya setiap kaum
atau etnik hanya memikirkan hak dan kepentingan mereka sahaja serta tidak
membuka minda atau memprejudis terhadap masyarakaat lain. .(Shamsul Amri
Baharuddin, 2007)

You might also like