You are on page 1of 9

Nilai-Nilai Murni

Zaman sekarang, orang selalu menyebut "nilai-nilai murni". Contohnya: keadilan, kebenaran, kejujuran, kasih sayang, kesederhanaan, ketelusan, kebajikan dan lain-lain. Nilai-nilai murni ialah sebahagian dari nilai-nilai yang terkandung dalam sistem hidup Islam. Nilai-nilai murni menurut Islam ialah bersifat kemanusiaan dan sejagat. Maksudnya, dikehendaki oleh semua manusia dan tiada sebarang diskriminasi. Contoh: Jujur terhadap semua manusia tanpa mengira agama atau latar-belakang keturunan. Justeru, larangan mencuri, bukan sahaja terhadap harta muslim atau harta orang Melayu atau harta orang kampung tetapi terhadap harta sesiapa sahaja. Sebab, semua manusia mengharapkan kejujuran. Nilai-nilai murni dalam sistem Islam diistilahkan sebagai sistem akhlaq. Ia mesti dihayati oleh setiap manusia sesama mereka dan terhadap semua makhluk. Apatah lagi terhadap Allah.

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.


Pengenalan: Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat. Nilai-nilai Murni Dalam Masayarakat Melayu Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang

membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu. i. Keluarga Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat ii. Masyarakat Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya iii. Kerajaan/Pemerintah Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6) Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Kedua-dua proses ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya telah wujud dalam masyarakat Cina sejak zaman silam lagi. Masyarakat . Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306-307)

Falsafah Konfusianisme Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekaspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu: Perikemanusiaan (ren) Kewajaran (yi) Kesusilaan (li) Kearifan (zhi)

Ajaran Konfusius

i. ii. iii. iv. v.

Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu: Raja dengan menteri Ayah dengan anak Suami dengan isteri Abang dengan adik Kawan dengan kawan Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantumembantu dan bekerjasasma tanpa mengira bangsa.

Ajaran Buddhisme Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India Masyarakat India kenbanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India, keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164 ). Masyarakat India juga mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family). Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT. Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah: i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.

ii.

iii.

iv.

Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360).

Secara keseluruhannya, agama Hindu menitkberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. Dalam konteks ini, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain, perlu memahami nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang menjadi anutan rakyat Malaysia agar dapat menerapkan nilai-nilai menghormati agama lain dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia Memandangkan komposisi rakyat beragama Islam adalah seramai 60.4%, penganut agama Buddha seramai 19.2 %, penganut agama Kristian seramai 9.1 %, penganut agama Hindu 6.3 % dan penganut fahaman Confusius/Taoism dan lain-lain fahaman tradisi Cina dan lain-lain adalah seramai 2.6 %, nilai-nilai yang bersifat universal antara kaum perlu ditonjolkan supaya rakyat dapat menghormati agama-agama yang diamalkan di Malaysia. Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usahausaha kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat Malaysia. Semua agama dan ajaran utama yang diamalkan di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, ajaran Konfusius dan Taoisma memiliki nilai-nilai murni yang mengorak langkah kearah perpaduan dan kesejahteraan malah menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia. Walaupun konsep, falsafah, teologi dan doktrin agama rakyat Malaysia berbeza-beza dalam konteks akidah (not the same ) kerana berbezaan asal-usul, sejarah dan perkembanganya, adalah penting bagi rakyat Malaysia secara amnya dan generasi

muda secara khususnya memahami nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam pelbagai agama supaya rakyat Malaysia dapat menjalinkan hubungan baik antara mereka tanpa perasaan prejudis agama.

Nilai-nilai Islam Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah: Amanah; Tanggungjawab; Ikhlas; Dedikasi; Sederhana; Tekun; Bersih; Berdisiplin; Bekerjasama; Berbudi Mulia; dan Bersyukur. Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara. Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam. Amanah (i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; (ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; (iii) Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas; (iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan (v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan. Tanggungjawab (i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan; (ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur; (iii) Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan; (iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan (v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Ikhlas (i) Berhati

mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia; (ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan (iii) Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah. Dedikasi (i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada; (ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan; (iii) Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas; (iv) Sedia memulakan pembaikan; dan (v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian. Sederhana (i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas; (ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta fakta yang terdapat dalam alam sekitar; (iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja; (iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihakpihak yang berharap kepadanya; dan (v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang. Tekun (i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk tugas dan (ii) Berusaha meninggikan imej (iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan membaiki cara (iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan pihak yang berharap (v) Berusaha gigih bagi memperbaiki tahap

kesempurnaan dalam kehidupan; perkhidmatan dan organisasi; kemahiran yang berkaitan untuk bekerja; kerja yang memuaskan pihakkepadanya; dan hasil kerja sehingga mencapai cemerlang.

mencapai

Bersih (i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; (ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup; (iii) Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas; (iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan; (v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan (vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin (i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama; (ii) Menilai tinggi masa dan janji; (iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan (iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Bekerjasama (i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja; (ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama; (iii) Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan peribadi; (iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama; dan (v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi: Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara. Berbudi Mulia (i) Bermanis muka sepanjang masa; (ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur; (iii) Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan (iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat. Bersyukur (i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat; (ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih; (iii) Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian); (iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; (v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; (vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan (vii) Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat, negara dan agama.

Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang-

Moral dalam Buddhisme


Sebagai mana agama Kristen, Islam, dan Hindu ajaran Buddha juga menjunjung tinggi nilai-nilai kemoralan. Nilai-nilai kemoralan yang diharuskan untuk umat awam umat Buddha biasanya dikenal dengan Pancasila. Kelima nilai-nilai kemoralan untuk umat awam adalah:

Panatipata Veramani Sikkhapadam Samadiyami Adinnadana Veramani Sikkhapadam Samadiyami Kamesu Micchacara Veramani Sikhapadam Musavada Veramani Sikkhapadam Samadiyami Surameraya Majjapamadatthana Veramani Sikkhapadam Samadiyami

Yang artinya:

Aku bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup. Aku bertekad akan melatih diri menghindari pencurian/mengambil barang yang tidak diberikan. Aku bertekad akan melatih diri menghindari melakukan perbuatan asusila Aku bertekad akan melatih diri menghidari melakukan perkataan dusta Aku bertekad akan melatih diri menghindari makanan atau minuman yang dapat menyebabkan lemahnya kesadaran

Selain nilai-nilai moral di atas, agama Buddha juga amat menjunjung tinggi karma sebagai sesuatu yang berpegang pada prinsip sebab akibat. Kamma (bahasa Pali) atau Karma (bahasa Sanskerta) berarti perbuatan atau aksi. Jadi ada aksi atau karma baik dan ada pula aksi atau karma buruk. Saat ini, istilah karma sudah terasa umum digunakan, namun cenderung diartikan secara keliru sebagai hukuman turunan/hukuman berat dan lain sebagainya. Guru Buddha dalam Nibbedhika Sutta; Anguttara Nikaya 6.63 menjelaskan secara jelas arti dari kamma: Para bhikkhu, cetana (kehendak)lah yang kunyatakan sebagai kamma. Setelah berkehendak, orang melakukan suatu tindakan lewat tubuh, ucapan atau pikiran. Jadi, kamma berarti semua jenis kehendak (cetana), perbuatan yang baik maupun buruk/jahat, yang dilakukan oleh jasmani (kaya), perkataan (vaci) dan pikiran (mano), yang baik (kusala) maupun yang jahat (akusala). Kamma atau sering disebut sebagai Hukum Kamma merupakan salah satu hukum alam yang berkerja berdasarkan prinsip sebab akibat. Selama suatu makhluk berkehendak, melakukan kamma (perbuatan) sebagai sebab maka akan menimbulkan akibat atau hasil. Akibat atau hasil yang ditimbulkan dari kamma disebut sebagai Kamma Vipaka.

You might also like