You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1

EMPAT ASPEK KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN YANG 2-4


BERUPAYA MEMBANGUNKAN TAMADUN MANUSIA.

PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM MEMBENTUK 3-6


MASYARAKAT YANG BERBUDI PEKERTI DAN SALING
MENGHORMATI.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENINGGALKAN KONSEP 5-7


KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

EMPAT CARA MEMUPUK KESEDARAN KEPERCAYAAN KEPADA 8-10


TUHAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.

KESIMPULAN 10

RUJUKAN 11
1.0 PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, kebudayaan
serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh demikian, perpaduan di antara kaum adalah
penting untuk menubuhkan sebuah negara yang harmoni . Perpaduan dapat diertikan sebagai
hubungan erat bersifat toleransi. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi
negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah baik di samping
mewujudkan suasana politik yang stabil. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada
pelbagai ancaman. Ancaman ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan serta pergaduhan
kaum.
Rukun negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan
bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan,
ekonomi, kebudayaan , perundangan dan politik. Rukun negara juga adalah satu doktrin untuk
mencapai perpaduan antara kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Rukun
negara dibentuk selepas berlakukan peristiwa 13 Mei 1969 di mana ekoran rusuhan kaum
berlaku. Peristiwa ini telah menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Akibat
daripada peristiwa tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan bertujuan menegakkan semula undang-undang negara
dan memupuk suasana harmoni di kalangan rakyat.
Rukun negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Ia adalah
hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara
(MPN). Setiap warganeraga Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada
masyarakat di negara ini untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.
Rukun negara mempunyai lima objektif, iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan kaum; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil ;
membentuk satu sikap yang liberal serta membina sebuah masyarakat progresif dengan
perkembangan teknologi.
Lima prisinp rukun negara pula ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada
Raja Dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan Dan
Kesusilaan.Prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami dengan
penuh kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat di negara ini.

1
2.0 EMPAT ASPEK KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN YANG BERUPAYA
MEMBANGUNKAN TAMADUN MANUSIA.
2.1 Ketuhanan dan Kepercayaan sebagai satu keperluan asas
Kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam , Buddhisme, Hinduisme,
Kritian dan lain-lain .Agama telah menjadi satu pegangan dalam kehidupan setiap insan.
Pegangan agama dapat membimbing tindakan seseorang untuk bertindak baik dan
menghindari perbuatan yang jahat. Tanpa agama, tamadun yang dicapai tidak membawa
sebarang nilai kepada manusia. Kepentingan agama adalah melahirkan tamadun. Contoh
yang terbaik sudah tentu agama Islam yang berjaya menjadi asas kepada pembentukan
tamadun Islam. Agama memainkan peranan yang penting. Ia dapat meningkatkan nilai-
nilai kehidupan yang tulus dan murni di kalangan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang serta bangsa dan negara. Dalam prinsip
Kepercayaan Kepada Tuhan, pembentukan kerohanian turut dicapai dengan adanya
pegangan agama. Maka, ternyatalah agama menggerakkan sesebuah tamadun sama ada
dari segi fizikal, intelek, rohani dan sebagainya. Memandangkan prinsip ini penting
dalam kehidupan setiap insan. Maka, kita mestilah berpegang teguh terhadap agama
masing-masing.

2.2 Ketuhanan dan Kepercayaan sebagai suatu ideologi


Ideologi bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang dapat dijadikan pegangan
hidup atau cita-cita yang hendak dicapai secara bersungguh-sungguh dalam
pemerintahan demokrasi yang diagung-agungkan oleh orang yang bertamadun. Ideologi
diharapkan dapat memberikan tuntunan bagi rakyat Malaysia dalam kehidupan
berbangsa. Rukun Negara adalah salah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-
prinsip kehidupan bermasyarakat , nilai-nilai kenegaraan dan lain-lain yang meliputi
aspek keagamaan , kebudayaan , politik , ekonomi serta perundangan . Ketuhanan dan
Kepercayaan dapat menjadi satu ideologi bagi membimbing masyarakat menuju
pemikiran yang relatif sama.

2
2.3 Ketuhanan dan Kepercayaan sebagai penyelamat semasa hidup dan selepas
kematian.
Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa. Setiap bangsa mempunyai kepercayaan yang
berbeza. Ini diisebabkan manusia diahirkan dengan naluri untuk beragama. Naluri ini
mendorong setiap manusia mencari sesuatu untuk membuat sembahan dan kepercayaan
yang akan memberikan kekuatan kepada diri sendiri bagi mengharungi kehidupan di
duania yang penuh dengan cabaran. Manusia juga memerlukan agama untuk mengawal
tingkah laku sendiri. Kepercayaan merupakan sesuatu keyakinan terhadap tuhan ,roh,
perkara ghaib yang menghasilkan satu bentuk penyembahan. Sebagai contoh, agama
islam berpegang kepada kitab Al-Quran, Kristian berpegang kepada Bible dan
Cina berpegang kepada Yin Yang. Dengan adanya pegangan agama yang kuat , maka, ia
dapat memimpin manusia menjadi umat yang bertamadun dan berbudi bahasa tingi.
Terdapat banyak contoh ketamadunan yang berasaskan agama telah ditonjolkan dalam
lipatan sejarah.
Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad zahir dan batin,
perpisahan antara keduanya, atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan
yang lain. Dalam kepercayaan orang islam, manusia akan merima balasan atas
kejahatan yang dilakukan di dunia ini selepas kematian. Bagi Kristian pula, mereka
mempercayai adanya kehidupan selepas kematian. Mereka percaya segala perbuatan
buruk yang dilakukan di dunia ini akan dibalas dengan siksaan di akhirat. Manakala
perbuatan baik akan di beri ganjaran baik selepas di akhirat. Orang Cina pula percaya
orang yang membuat baik akan pergi ke syurga , tetapi kepada orang yang membuat
jahat akan pergi ke 18 neraka untuk menerima balasannya. Namun apa yang penting ,
agama yang dianuti perlu diamalkan suruhannya dan meninggalkan tegahannya.

2.4 Ketuhanan dan Kepercayaan sebagai faktor keselamatan jiwa dan rohani.
Faktor keselamatan jiwa dan rohani amat penting dalam ketuhanan dan kepercayaan
kepada sesuatu agama . Ini kerana apabila manusia memeluk sesuatu agama , dia akan
berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga
keselamatnya. Kuasa agung juga boleh menjadi tempat mengadu sesuatu hal serta
mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Faktor ini penting kerana kebanyakan
3
agama menjanjikan kesejahteran akan dibawa kepada penganut yang patuh kepada ajaran
agama masing-masing.

3.0 PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM MEMBENTUK


MASYARAKAT YANG BERBUDI PEKERTI DAN SALING MENGHORMATI.
3.1 Prinsip kepercayaan kepada Tuhan masyarakat melayu yang beragama Islam.
Agama adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat
dalam sesebuah negara. Bagi penganut agama Islam, nilai yang dipegang oleh mereka
berpandu kepada ajaran dan al-Quran. Disebabkan sebahagian besar penduduk di negara
ini beragama Islam, maka, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah serta
membentuk masyarakat Malaysia. Kedatangan penjajah British telah membawa
perubahan dalam politik di negara ini. Namun, pengaruh dan nilai Islam tidak pernah
diketepikan. Selain daripada itu, prinsip dan amalan Islam telah diterapkan dalam
pentadbiran. Contohnya, usaha membanteras rasuah, mewujudkan keadilan sosial dan
lain-lain lagi. Kempen mengubah sikap kepada amalan berbudi pekerti tinggi dan
amalan nilai nurni dalam masyarakat diadakan. Kefahaman kepada peranan nilai agama
mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama serta hormat menghormati. Ini dapat
dibuktikan melalui keamanan yang kekal di negara kita.

3.2 Prinsip kepercayaan kepada Tuhan masyarakat cina.

Masyarakat cina mempunyai sistem kepercayaan yang tersendiri. Mereka percaya


kepada nenek moyang dan Tian (langit). Masyarakat cina lebih mementingkan aspek
kepercayaan yang membawa kesejahteraan , kebahagian serta kekayaan. Bagi
masyarakat cina, mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan.
Masyarakat cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi .
Selain itu, konsep Yin Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat cina. Contohnya,
dalam pengajaran Konfusius menekankan pengamalan sifat moral yang mulia.
Masyarakat cina mementingkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk kehidupan
saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Contohnya, dalam tamadun
cina, kita dapat melihat masyarakat cina mementingkan nilai kemanusiaan di mana

4
mereka menganggap manusia mempunyai kedudukan yang unggul dalam alam semesta.
Nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat cina dapat dilihat hasil daripada humanisme ,
iaitu : moral sebagai ideologi negara, mementingkan hubungan keluarga, pendidikan
diutamakan serta hubungan manusia dengan alam semesta. Oleh itu, jelaslah bahawa
masyarakat dan juga negara perlu mengetahui peranan sendiri supaya kehidupan kita
lebih aman dan sejahtera.

3.3 Prinsip kepercayaan kepada Tuhan masyarakat India.

Kebanyakan masyarakat India mengamalkan agama Hindu di negara Malaysia. Agama


Hindu merupakan agama yang memberi banyak pengajaran. Walaupun terdapat
kalangan mereka yang menganut agama lain, tetapi ia juga merupakan sekumpulan adat-
istiadat, budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Masyarakat India percaya
tuhan ialah satu kuasa yang abstrak. Ia tidak mempunyai bentuk yang tertentu. Konsep
ketuhanan ini ditandakan dengan istilah Brahman (God). Masyarakat India
mempercayai banyak tuhan. Kekuatan semula jadi yang boleh mendatangkan faedah
adalah tuhan yang diharapkan pertolongan . Dalam masyarakat India, terdapat prinsip-
prinsip yang tertentu untuk penganut agama Hindu. Contohnya, perpaduan melalui
percintaan, harmoni agama, manusia itu suci serta kewujudan tuhan yang tunggal.
Disiplin yang bersifat kejujuran, saling hormat-menghormati, tidak merompak ,
kepuasan dan penjimatan juga dijadikan pegangan dalam masyarakat India.

3.4 Prinsip kepercayaan masyarakat Malaysia berasaskan rukun negara.


Berasaskan rukun negara Malaysia, ia digubalkan bertujuan untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan masyarakat supaya rakyat boleh hidup aman dan damai
walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang progesif boleh mewujudkan
warganegara yang berbudaya ilmu dalam pembangunan negara. Prinsip kepercayan
kepada tuhan dipilih sebagai prinsip pertama dalam rukun negara disebabkan betapa
pentingnya pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing. Prinsip
kepercayaan tidak membawa sebarang kesan negatif dalam jiwa seseorang sebaliknya
ia boleh membawa kecermelangan dalam bidang pendidikan , kehidupan masyarakat

5
yang bermaruah , perpaduan kaum dan lain-lain . Oleh itu , kita haruslah menyokong dan
melibatkan diri dalam aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum. Kita jangan
menyentuh atau mengancam perasaan pegangan agama kaum lain supaya dapat
mewujudkan sebuah negara yang aman dan dihormati dan dikagumi oleh negara luar.

4.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENINGGALKAN KONSEP KETUHANAN


DAN KEPERCAYAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA .
4.1 Kebaikan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan dalam kehidupan
manusia.
4.1.1 Atheis
Kewujudan agama kerana fitrah manusia itu sendiri. Kita boleh hidup seperti
biasa tanpa agama. Jika tiada agama , bermakna tiadalah peraturan yang hendak
diikuti. Atheis menolak untuk menerima sesuatu agama. Kita bebas melakukan
sesuatu tanpa menyinggung perasaan kaum lain. Perang yang berlaku di negara
yang lain bukan kerana alasan agama, ini kerana adanya perselisihan pemahaman
agama masing-masing. Ada yang terlalu pegang terhadap agama masing-masing
dan percaya bahawa agama lain akan mengganggu keamanan keluarga atau
negara.

4.1.2 Amalan berjimat cermat


Insan manusia yang terlalu pegang kukuh terhadap kepercayaan masing-masing
akan belanja wang yang banyak dalam pernyembahan tuhan atau agamanya.
Contohnya, orang cina akan membeli banyak jongkong emas dan membakarnya
sempena perayaan. Ini banyak membazirkan wang dan jongkong emas yang
dibakar akan mengakibatkan pencemaran udara. Jika meninggalkan konsep
ketuhanan dan kepercayaan dalam kehidupan , maka wang yang dibelanja akan
dikurangkan dan pencemaran udara juga dapat dikuranglan.

6
4.2 Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan dalam kehidupan
manusia.
4.2.1 Masalah sosial
Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku yang
negatif dalam anggota masyarakat dan tidak membawa apa-apa pun faedah kepada
pembangunan negara. Banyak faktor yang mendorong remaja dalam pelbagai
gejala sosial. Iaitu pengaruh rakan sebaya, masalah keluarga , perkembangan
personaliti dan lain-lain. Keruntuhan moral di kalangan pelajar atau remaja
digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah , pembuangan
bayi, penyalahguna dadah dan sebagainya .Kadar penglibatan remaja dalam
masalah sosial yang semakin serius ini
amat membimbangkan semua pihak .Jika masalah ini tidak ditangani dengan
segera , gejala sosial akan semakin susah untuk diubati. Ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak mereka suapay
menjadi belia yang menyumbang kepada kemajuan negara.

4.4 Keruntuhan akhlak dan moral


Keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai kelakuan negatif daripada
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan atau keuntungan kepada
struktur ekonomi negara.Isu-isu keruntuhan akhlak dan moral remaja masa kini
adalah isu buli, isu seks bebas, isu samseng jalanan ,isu lepak dan lain-lain.
Keruntuhan akhlak remaja akan memberi kesan yang besar di masyarakat. Remaja
merupakan aset utama negara pada masa akan datang . Maka langkah-langkah yang
sewajarnya perlu diambil untuk mangatasi masalah ini.
4.4.1. Isu samseng jalanan
Aktiviti perlumbaan motosikal atau basikal haram oleh penunggang yang tidak
Bertanggungjawab merupakan satu isu yang bertambah serius di negara kita.
Kebanyakan motosikal atau basikal yang digunakan untuk berlumba di jalan raya
telah diubahsuai. Antaranyaa tidak ada lesen yang sah, tidak membayar cukai jalan
atau menaiki kenderaan yang dicuri. Mereka bisanya beraksi pada waktu senja,
malam atau tengah malam. Biasanya mereka beraksi di jalan raya yang sesak dan

7
menunggang dengan pelbagai bentuk gaya untuk menarik perhatian orang .Remaja
yang bertindak demikian merempit untuk mencari keseronokan, kepuasan,
kemasyhuran serta wang. Kelakuan remaja yang bahaya ini telah menambah kadar
kemalangan dan kematian di jalan raya.

4.4.2 Isu buli


Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk tanpa mengira bangsa
dan jantina. Tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada
secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa kepada seseorang
yang tidak berkuasa. Perbuatan buli ini merupakan perbuatan yang tidak baik serta
mengakibatkan orang lain menjadi mangsa dan mendatangkan ketidakselesaan
kepada orang lain. Terdapat beberapa sebab kenapa mereka suka membuli ,
antaranya ialah mereka pernah menjadi mangsa buli, pengaruh rakan sebaya, ingin
memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka, masalah keluarga, marah dan benci
pada mangsa, pengaruh media elektronik dan lain-lain.

5.0 EMPAT CARA MEMUPUK KESEDARAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


DALAM MASYARAKAT MALAYSIA.
5.1 Melalui pendidikan awal.
Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermula dari pendidikan
awal yang diterima sejak kecil. Untuk mewujudkan perpaduan kaum, pengamalan sikap
toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati menjadi matlamat penting dalam
pembangunan negara. Maka, pendidikan yang disampaikan mampu menghidupkan
kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan bersedia untuk mematuhinya.
Sekolah merupakan lembaga pendidikan yang formal dan sistematik dalam
melaksanakan program bimbingan , pengajaran dan latihan agar membentuk anak
murid yang baik dari aspek moral. Pendidikan agama adalah unsur yang penting dalam
pendidikan moral dan pembinaan mental. Keyakinan harus dipupuk sejak kecil.
Pendidikan agama di sekolah menjadi tanggungjawab pada perkembangan mental anak
murid. Bagi membantu anak murid memantapkan keimanannya, sekolah seharusnya
melakukan upaya-upaya seperti, warga sekolah haruslah mempunyai program

8
pendidikan agama yang baik melalui proses pembelajaran dan pengajaran di kelas,
bimbingan anak murid dari segi pertuturan, pakaian, bermaknaan hidup beragama,
pemberian dorongan dan lain-lain. Guru-guru harus juga menyerapkan nilai-nilai
agama ke dalam matapelajaran yang diajarnya. Selain daripada itu, penubuhan Kelab
Rukun Negara di sekolah-sekolah juga dapat memberi pengetahuan, pemahaman,
penghayatan kepada anak murid terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah
menjana semangat perpaduan di antara kaum.

5.2 Perayaan Rumah Terbuka Malaysia.


Rumah terbuka sudah menjadi satu aktiviti sambutan perayaan di negara ini termasuk
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali mahupun Hari Natal. Sebenarnya
rumah terbuka diadakan banyak mendatangkan faedah terutamanya dalam mengeratkan
perpaduan kaum di negara kita. Amalan ini adalah satu pertemuan yang melupakan
pertentangan pendapat, perbezaan agama, perbezaan ideologi dan lain-lain. Di samping
mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, ia juga dapat membantu setiap kaum
mengenali agama dan budaya kaum lain dengan mendalam. Sebagai contoh, orang Cina
merayakan Tahun Baru Cina dengan orang melayu atau orang india dan sebaliknya, ia
dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat resam kaum lain. Saling
memahami agama dan kepercayaan kaum lain dapat mengelakkan persefahaman antara
kaum. Menerima agama dan kepercayan kaum lain dengan hati yang terbuka dapat
menjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa.

5.3 Hari Keluarga dan Sukan Rakyat.


Program ini dapat melibatkan peserta yang berbilang bangsa. Melalui program ini, ia
dapat menghilangkan tekanan dari bebanan tugas. Selain itu, program ini juga dapat
membina persefahaman, keteguhan perpaduan serta perasaan kasih sayang dalam
kalangan masyarakat. Kaum yang berlainan boleh menceburi diri dalam program yang
sama , ini memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau berkomunikasi
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Program ini juga
dapat membentuk rakyat yang bersepadu dan bersedia menerima perbezaan budaya
atau adat resam kaum lain.
9
5.4 Pendidikan Ibu Bapa.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Mereka akan
sebagai role model kepada anak-anaknya dari aspek tingkah laku. Sudah pasti anak-anak
mereka akan menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Oleh itu, amatlah
penting kepada ibu bapa untuk memupuk anak-anak segala amalan yang positif seperti
hormat-menghormati, amalan berjimat-cermat, saling bantu-membantu dan lain-lain.Ibu
bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.
Tetapi, kebanyakan ibu bapa mengagng-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan
anak-anak mereka dalam didikan agama. Hal ini berlaku kerana ibu bapa menganggap
didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan pada masa kini. Ibu bapa haruslah
sedar bahawa pegangan agama yang kukuh dalam kehidupan dapat membina insan yang
berakhlak mulia. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang dapat menunjukkan teladan yang
baik dapat melahirkan satu generasi muda yang berguna kepada negara.

6.0 KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat utama yang ingin dicapai oleh negara Malaysia. Ia penting
kerana tanpa perpaduan, ,negara kita akan menjadi lemah, tidak bersatu, susah dimajukan
serta mudah diancam oleh negara lain. Oleh yang demikian, Rukun Negara diwujudkan
demi menyatupadukan kalangan rakyat yang berbilang bangsa di Malaysia. Bagi
mewujudkan perpaduan kaum, kita harus menghayati serta peka terhadap Rukun Negara
kerana ia bukan sahaja untuk dihafal , ia perlu diterapkan dalam kehidupan harian
warganegara. Kepercayaan kepada tuhan menjadi prinsip utama dalam Rukun Negara, ini
menunjukkan betapa pentingnya pendidikan agama dalam melahirkan insan yang
bersatu padu tanpa mengira kaum. Melalui perpaduan, ia akan dapat membantu negara kita
mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi, dan mengekalkan kestabilan politik negara kita.
Setiap rakyat Malaysia memainkan peranan sendiri dalam pembangunan negara, oleh itu,
kesedaran terhadap Prinsip Rukun Negara perlu diperkukuhkan melalui program-program
atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan. Dengan berpegang kepada prinsip
Rukun Negara, ia mampu menjadi rakyat Malaysia berwibawa bagi menghadapi sesuatu
Cabaran dengan gigih.

(2774 patah perkataan )


10
Rujukan

Ahmad Zaki Abd.Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2012. Buku Teks Tamadun Islam
dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor: Oxford Fajar S/B.

Ahmad Zaki Abd.Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2015. Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) Edisi Ketiga . Selangor: Oxford Fajar S/B.

Anuar Rafie, Salehah Abdul Hak 2007. Rukun Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan
Malaysia

Kamar Oniah Kamaruzzaman (2010 ), Explaning Buddhism and Islam, Seminar Paper in
Religion and Pluralistic C0-Existence: The Mubbihah Perpective, Kuala Lumpur: IIUM
Press

https://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/fikrah/nilai-islam-asas-bentuk-masyarkat-
majmuk-harmoni/

http://psivikdankewarganegaraan-davidzx.blogspot.my/2012/05/nilai-nilai-murni-masyarakat-
cina.html

Ramli Awang , Dr (2003) , Sejarah Tuhan : Ateisme , Majusi , Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu,
Islam, Pahang : PTS Publication , cet.1

https://www.scribd.com/doc/20990974/ISU-KERUNTUHAN-AKHLAK-DAN-MORAL-DI-
KALANGAN-REMAJA-SAMSENG-JALANAN-BULI-SEKS-BEBAS

http://taknak.myhealth.gov.my/peranan-ibu-bapa-sebagai-role-model-untuk-mendidik-anak-
yang-sihat-dan-cemerlang/

Mohamed Mustafa Ishak. 2014. Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat
Pelbagai Etnik. Kuala Lumpur. ITBM & UUM Press.

http://eprints.utm.my/17071/

11

You might also like