You are on page 1of 23

TAJUK SOALAN :

Agama sebagai alat perpaduan di Malaysia

NAMA PENSYARAH : PN. SITI AIDAH

HARI DAN MASA KULIAH : 3 / 12 / 2016

AHLI KUMPULAN 8 NAMA AHLI NO MATRIK NO TELEFON

KETUA ANGELINE SIAW WEE WEI YT2016-1167 016-8037180

AHLI KUMPULAN JACKSON SIAW CHONG HONG YT2016-1168 017-8905855

AHLI KUMPULAN CHONG SIAU YING YT2016-1161 016-8442521

AHLI KUMPULAN SUSANNA CHAI SIAW YEE YT2016-1173 016-8388715

AHLI KUMPULAN AU YEN TENG YT2016-1172 016-8152108

AHLI KUMPULAN LO SIEW LI

ISI KANDUNGAN
Pengenalan

Apa itu agama

Kepelbagaian agama

Agama yang terdapat di Malaysia

Apa itu perpaduan

Perpaduan dalam Kepelbagaian Agama

Kesan Kepelbagaian Agama Terhadap Perpaduan Di dalam Negara

Penutup

Pengenalan
Agama memainkan peranan penting dalam politik Malaysia. Sabagaimana Huntington

(1993, 1997) yang mengenal pasti agama adalah asas budaya dan peradaban, maka

begitulah juga peranan agama dalam setiap sector kehidupan di Malaysia. Selain majmuk

dari sudut agama, Malaysia juga majmuk dari sudut ras, bahasa dan budaya. Agama pada

lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti

seperti Dewa, dan juga amalan san institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama

mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang

kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang

hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama.

Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama

adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut iaitu

perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Selain itu, adalah

sikap seperti sikap hormat, kasih, anggapan suci dan bersih terhadap agama. Pernyataan

seperti jambi, mantera dan kalimat suci dan juga benda material seprti bangunan masjid,

gereja, tangkal dan lain-lain. Agama sebagai tema penting dalam ideologi penyatuan

negara, khususnya dalam negara majmuk, sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak

realistik. Ini adalah kerana agama, walaupun yang dianuti bersama, didapati boleh

membawa kepada perpecahan dalam kalangan penganutnya. Masyarakat Malaysia

menganut pelbagai agama seperti islam, buddha, kristian, hindu dan lain-lain. Agama dan

kebudayaan yang terdapat di Malaysia dapat mewujudkan satu perpaduan yang kukuh

walaupun berbeza agama. Walaupun di dalam Negara kita memiliki pelbagai agama dan

kaum tetapi perpaduan masih dapat dibentuk.


Apa itu Agama

Agama adalah sebuah koleksi terorganisir dari kepercayaan, sistem budaya, dan

pandangan dunia yang menghubungkan manusia dengan tatanan atau perintah dari

kehidupan. Banyak agama memiliki narasi, simbol, dan sejarah suci yang dimaksudkan

untuk menjelaskan makna hidup dan atau menjelaskan asal usul kehidupan atau alam

semesta. Dari keyakinan mereka tentang kosmos dan sifat manusia, orang memperoleh

moralitas, etika, hukum agama atau gaya hidup yang disukai. Menurut beberapa

perkiraan, terdapat sekira-kiranya 4,200 agama di dunia.

Banyak agama yang mungkin telah mengorganisir perilaku, kependetaan, definisi tentang

apa yang merupakan kepatuhan atau keanggotaan, tempat-tempat suci, dan kitab suci.

Praktik agama juga dapat mencakup ritual, khotbah, peringatan atau pemujaan tuhan,

dewa atau dewi, pengorbanan, festival, pesta, trance, inisiasi, jasa penguburan, layanan

pernikahan, meditasi, doa, musik, seni, tari, masyarakat layanan atau aspek lain dari

budaya manusia. Agama juga mungkin mengandung mitologi.

Kata agama kadang-kadang digunakan bergantian dengan iman, sistem kepercayaan atau

kadang-kadang mengatur tugas; Namun, dalam kata-kata Émile Durkheim, agama

berbeda dari keyakinan pribadi dalam bahwa itu adalah "sesuatu yang nyata

sosial" . Émile Durkheim juga mengatakan bahwa agama adalah suatu sistem yang

terpadu yang terdiri atas kepercayaan dan praktik yang berhubungan dengan hal yang

suci. Sebuah jajak pendapat global 2012 melaporkan bahwa 59% dari populasi dunia

adalah beragama, dan 36% tidak beragama, termasuk 13% yang ateis, dengan penurunan
9 peratus pada keyakinan agama dari tahun 2005. Rata-rata, wanita lebih religius

daripada lelaki. Beberapa orang mengikuti beberapa agama atau beberapa prinsip-prinsip

agama pada saat yang sama, terlepas dari apakah atau tidak prinsip-prinsip agama mereka

mengikuti tradisional yang memungkinkan untuk terjadi unsur sinkretisme.

Kepelbagaian agama

Agama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah

dalam proses sosialisasi rakyat.Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh pelbagai agama

iaitu Islam.Hindu, Buddha,Kristian dan lain-lain.Adalah penting nilai-nilai sejagat yang

positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan dan keanehan yang merendahkan

maruah mana-mana pihak.Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agam hendaklah

menyokong kesaksamaan, keamanan, keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.

Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan Allah yang penuh dengan

hikmah. Alam ini dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk sebagai bukti

kebesaran dan keagungan Allah. Walaupun terkadang antara ciptaan tersebut dilihat

saling bertentangan seperti kejadian malam dan siang, langit dan bumi, lelaki dan

perempuan dan sebagainya. Namun inilah kebesaran Allah yang boleh melakukan apa

sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat. Justeru, hal ini juga mempunyai persamaan

dengan perbezaan yang ada pada setiap manusia khususnya yang menyentuh soal anutan

atau kepercayaan. Perbezaan ini bukanlah alasan untuk melakukan pencerobohan

terhadap pihak lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia

perlu kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar

kepelbagaian seperti ini yang disebut di dalam kitab Al-Quran.


Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap individu

dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai kestabilan dan

keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Cabaran yang lebih besar

sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang semestinya menganut

pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan budaya yang ingin diamalkan dan

diwarisi. Hakikatnya, bumi ini adalah seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi

dengan pelbagai bentuk keunikan budaya dan peradaban .

Atas kebijaksanaan Allah dan hikmahNya yang agung, manusia yang menghuni bumi ini,

walaupun mempunyai pelbagai perbezaan perlu berinteraksi[1] dan bekerjasama bagi

memastikan kestabilan dan keharmonian seluruh masyarakat manusia. Interaksi ataupun

dialog antara manusia ini merupakan suatu kemestian dan perlu diusahakan walaupun

terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran.

Malaysia merupakan Negara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari

berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan Negara ini begitu unik dan mencabar

kepimpinan dan pentadbirannya. Usaha-usaha ke arah menghapuskan halangan

komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering menjadi agenda utama bagi

mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis antara

semua bangsa dan agama. Mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan dan aktiviti

keagamaan malah boleh berinteraksi antara satu sama lain secara harmoni dan sejahtera.

Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang terbuka dan bersedia berkongsi
prasarana Negara dan bertoleransi dalam mencapai kesepakatan dalam pembangunan

yang dirancang.

Walau bagaimanapun, kadang–kala timbul beberapa isu dan konflik yang menggugat

perhubungan yang sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang sering tergigit, inikan pula

manusia yang mempunyai kepelbagaian pendapat, tingkah laku dan sikap. Malah

perbezaan nilai-nilai bangsa dan agama sering menimbulkan polemik dalam kalangan

masyarakat pelbagai kaum ini bagi mendapatkan hak dan kepentingan bangsa serta

agama masing-masing.

Isu polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia yang

mempunyai keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan curiga,

prasangka, dengki dan pelbagai sifat negatif yang boleh mencetuskan suasana huru-hara,

kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam

yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia kerana sifat-sifat yang disebutkan.

Malah beberapa isu perkauman terus berlaku apabila wujudnya isu perpecahan kaum di

Kampung Medan, isu membakar gereja, isu membuang kepala khinzir dalam masjid, isu

menconteng surau dan sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan

Negara.

Kadang kala kita selalu memandang bangsa lain dengan remeh.Perlu diingatkan,setiap

daripada kita tidak sempurna. Oleh itu berlapang dada terima kekurangan orang lain

kerana kita juga mempunyai kekurangan diri.

Agama yang terdapat di Malaysia


Agama Islam

Agama Islam dianuti oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera. Selain itu,

agama islam mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai

Rasul. Agama turut merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari

Keputraan Nabi Muhammad. Tambahan pula, agama islam berpuasa di bulan Ramadan

dan orang islam tidak memakan khinzir dan anjing.

Agama Buddha

Agama Buddha dianuti oleh majority kaum Cina. Selain itu, agama ini mengamalkan

ajaran Buddha yang bermula di India. Agama ini merayakan Hari Tahun Baru Cina, Hari

Wesak dan Hari Pesta Kuih Bulan. Masyarakat Buddha mempercayai nasib dan tuah yang

disebut sebagai ‘ong’ dan juga ‘feng shui’.

Agama Hindu

Agama hindu dianuti oleh majority kaum India. Agama ini mengamalkan kepercayaan

kepada dewa-dewi. Masyarakat hindu merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan

Pesta Ponggal. Selain itu, mereka turut mempercayai Sungai Ganges di India sebagai

tempat paling suci untuk membersihkan dosa.

Agama Kristian

Kebanyakkan masyarakat agama kristian dianuti oleh orang-orang Cina, India dan

Bumiputera Bukan Islam yang lain. Mereka mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa

seabgai Anak Tuhan yang digelar Jesus Kristus. Selain itu, masyarakat ini merayakan
Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru. Mereka turut membaptiskan anak yang baru

lahir. Masyarakat kristian beramal atau bersembahyang di gereja.

Apa itu perpaduan

Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan perpaduan

sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu

(bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan

bermaksud perihal (sifat,keadaan) utuh

Perkataan perpaduan menurut Haji Mohd Shahrir Haji Abdullah berasal daripada

perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud penggabungan.

Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya lagi, lawan bagi perpaduan

ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. Jadi, perpaduan dari segi tuntutan Islam

adalah satu perkara yang baik iaitu makruf manakala perpecahan pula satu perkara yang

keji atau tidak baik iaitu mungkar

Perpaduan dapat dirungkaikan dengan kata lain iaitu, penggabungan serta hubungan erat

yang bersifat toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Perpaduan juga

adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan

menanamkan perasaan cinta dan banggakan Negara.Perpaduan juga boleh didefinisikan

sebagai ‘satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan

yang terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Terdapat pelbagai agama yang dianuti di negara Malaysia,antaranya agama Islam, agama

Buddha, agama Kristian, agama Hindu dan lain-lain.


Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-

prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei

1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat

air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Salah satu usaha mewujudkan

perpaduan kaum agama di Negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh pihak

sekolah.

Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidiakan berteraskan

kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan

penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk

elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat

awal didedah dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah lagi, usaha untuk

memberntuk satu masysrakat.berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan

lebih berkesan.

Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul, bermain dan

sebagainya semasa melakukan aktiviti-aktiviti semasa P&P ataupun aktiviti kokurikulum.

Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman. Bekerjasama dan bersatu

padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah

dan pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam

kalangan mengukuhkan perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak

sekolah.

Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan

perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang
disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman

dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari

Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim

dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap

kaum dengan lebih mendalam sekaligus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling

menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita. Rakan-rakan

yang dating berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesame

kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka

yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota

masyarakat.

Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk

menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar

menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua

lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengeratkan hubungan

sesama kaum. Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di

kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di

sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan

menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat

mengenali. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan

berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk

melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga
yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1

Malaysia.

Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi

kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek

yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang

yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh

menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk

meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan

dipersembakan tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India.

Persermbahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat

pelancong asing yang berkunjung ke Negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan

yang ada di nagara kita dapat mewujudkan perpaduaan kaum dan mengenali antara satu

sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.

Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di Negara

kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua

pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di Negara ini.

Jelasnya. Rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia.

‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada

berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain

dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Setiap
kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama, kepercayaan dan adat

resam tersendiri.Setiap kaum diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-

masing di samping menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.

Dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa agama

Islam merupakan agama Persekutuan.Namun pada masa yang sama, agama-agama lain

boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Justeru,

kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam negara tidak menghalang perpaduan

dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Terdapat pelbagai cara mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian agama.Antaranya:.

1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya

merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap

individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-

unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu,

Tamadun India, Tamadun Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam.Dalam kata erti lain

iaitu agama Islam, agama Hindu, agama Buddha, agama Kristian dan lain-lain. Kesemua

tamadun dan agama ini bergerak dan membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa

yang mendokonginya. Hal ini bukan sahaja membentuk struktur pemikiran dan

kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan

kepercayaan mereka.
Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan

tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang

boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara

seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan

akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. Antara

nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam

hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.

Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek

nilai yang wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika

hubungan sesama manusia yang menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk

semua manusia. Malah sifat ini akan melahirkan sifat tolong-menolong, suka melakukan

amal kebajikan dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan

masyarakat.

Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum merupakan

dasar pemupukan perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai kebebasan beragama,

hak untuk menikmati keselamatan, keadilan, dan perundingan. Persamaan nilai ini

merupakan prinsip yang universal dan semua kaum menerimanya serta mampu dijadikan

asas untuk memupuk perpaduan.

2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan

Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup

bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti

setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan
melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan.

Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.

Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang

menginginkan kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan

persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan budaya ini,

ia akan membentuk masyarakat yang harmonis.

Sifat tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk sebuah Negara yang

bersatu padu dengan syarat kerakyatan yang longgar kepada warga bukan Melayu dan

keistimewaan orang Melayu mengikut perlembagaan sejajar dengan hakikat orang

Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dan kelonggaran kerakyatan merupakan

keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun Malaysia

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu telah

diterima sebagai warganegara

Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan Melayu

juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi Negara.

Hal ini mewujudkan keseimbangan antara kaum dan mewujudkan kesamarataan sosial

serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta mengurangkan diskriminasi dan

konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh

kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan

hormat-menghormati.

3. Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati


Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri.

Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa

sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan

keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan

murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan

masing-masing

Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama

ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti

setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami

tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing.

Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog

mengikut batas-batas yang tertentu.

Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan

berkomunikasi bagi berbincang mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu

berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama dalam masyarakat sama ada di

kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri

mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu

matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan

pelaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin

antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara

yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.


Pada umumnya, faktor yang sering menimbulkan konflik dan perpecahan di kalangan

rakyat berbilang kaum adalah hal-hal yang berkaitan dengan agama. Namun, pada zaman

millenium ini, elemen yang sering menimbulkan konflik di kalangan masyarakat majmuk

adalah bukan agama itu sendiri, tetapi faktor kegagalan rakyat memahami nilai-nilai yang

terkandung dalam agama lain.

Dalam konteks ini, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum,

seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan,

Kelabit, Kayan, Kenyah, Orang Asli dan kaum bumiputera yang lain, perlu memahami

nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang menjadi anutan rakyat Malaysia

agar dapat menerapkan nilai-nilai menghormati agama lain agar dapat mengekalkan

perpaduan.

Agama islam seramai 79.26%, cina seramai 8.24%,india seramai 11.35%,sabah dan

sarawak seramai 0.31% dan 0.44% dan lain-lain adalah seramai0.39 %, nilai-nilai yang

bersifat universal antara kaum perlu ditonjolkan supaya rakyat dapat menghormati

agama-agama yang diamalkan di Malaysia.

Toleransi dan memperakui perbezaan agama antara rakyat adalah asas perpaduan dan

kekuatan rakyat Malaysia. Malah, kekurangan menyedari dan memahami nilai-nilai

pelbagai agama di kalangan rakyat Malaysia akan menghalang dan menjejas usaha-usaha

kerajaan dalam memupuk dan memantapkan perpaduan sejati di kalangan rakyat

Malaysia

Selain itu, perpaduan dalam kepelbagai agama dapat diamalkan melalui kerajaan.

Contohnya kerajaan telah mengemukakan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian


Diutamakan". Ini menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai

kaum merupakan kunci untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran di Malaysia

Di samping itu, perpaduan kaum juga dapat diamalkan melalui kepelbagaian agama

mengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum dari Malaysia. Ini dapat mengeratkan

ikatan silaturahim dengan cara mengunjungi rumah jiran-jiran yang mungkin berlainan

bangsa dan agama. Contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,

Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang diraikan di

Malaysia

Selain itu , kita seharusnya mengutamakan prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

Contohnya, di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam

adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas. Prinsip kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat

menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun ‘pemikiran

luhur’ dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu selain

dapat mengekalkan perpaduan negara. Ini kerana setiap agama menerapkan nilai-nilai

positif dan menekan peraturan 'moral value' yang mengawal tingkah laku manusia.Tiada

agama di dunia ini yang menyuruh melakukan kejahatan. Ini akan memastikan

masyarakat sentiasa ada keadaan harmoni dan mengelakkan kekacauan atau perpecahan

daripada berleluasa. Agama akan menyempurnakan akhlak manusia.

Kesan Kepelbagaian Agama Terhadap Perpaduan Di dalam Negara


Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang

berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum

utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya

bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta

berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah

berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia

akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian

lama.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar

dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama.

Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara

kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan

dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan

bebas dan lancar.

Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan

ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan

lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah

pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman

dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran

pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang
pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan

taraf ekonomi rakyat.

Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur

di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan

aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan

kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum

membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat

beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain

itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih

sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam

mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita

sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita

sehingga hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang

berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun

ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang

serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina

sekian lama.

Penutup
Kesimpulannya, setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing

sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama

sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus

menolak sebarang bentuk eksterisme agama di negara ini tetapi sebaliknya mengamalkan

fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak-ansur

atau bertolenrasi.

Rakyat Malaysia seharusnya bersatu-padu dalam mengekalkan perpaduan untuk

kesejahteraan negara. Pelbagai cara dan kaedah yang dapat dipraktikkan untuk

mengekalkan perpaduan negara melalui kepelbagaian agama ini. Fungsi agama dilihat

amat penting dalam dasar pembangunan masyarakat yang aman dan damai. .

Negara Malaysia walaupun didiami majoriti penganut beragama Islam, namun nilai

sejagat di ambil kira dalam membuat dasar negara ke arah masa depan yang maju. Ia juga

tidak meminggirkan kepentingan agama lain yang wujud di negara ini

Namun itu, dalam soal memelihara keharmonian agama, masyarakat Islam dan bukan

Islam mempunyai peranan sama penting. Di pihak bukan Islam, tuntutan mereka perlu

munasabah dan rasional untuk mengelakkan pertembungan yang merugikan semua pihak.

Sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri perlu dibatasi

dengan kewarasan dan rasionialisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.

Sekiranya mempunyai masalah, semua pihak perlu memilih perundingan dalam

menyelesaikannya. Memilih cara dan bertindak di luar batas kemanusiaan seperti

keganasan harus dielakkan bagi menjamin keutuhan sesebuah masyarakat dan negara.
Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian menyebabkan konflik yang akan

membawa kepada krisis kemanusiaan

Laman Web Yang Dirujuk:

1. http://fatingeomatik1a.blogspot.my/2014/10/cara-perpaduan-antara-kaum-

diamalkan.html

2. https://id.wikipedia.org/wiki/Agama
3. http://dressforallah.blogspot.my/2014/08/blog-post.html

4. http://documents.tips/documents/peranan-agama-dalam-mempersatukan-pelbagai-

rakyat-di-malaysia.html

You might also like