You are on page 1of 3

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

                Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul
dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim
dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan
menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha
perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969
daripada berulang kembali.
AKTIVITI GOTONG-ROYONG
                Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam mewujudkan Negara yang
aman dan makmur dalam kalangan rakyat adalah dengan  mengadakan aktiviti gotong-
royong.Aktiviti ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu
kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping
itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka . Contohnya, pihak
sekolah menjalankan gotong royong di persekitaran kawasan sekolah. Dengan itu, kita
dapat meringankan kerja serta memudahkan kerja sesuatu.

AKTIVITI SOSIAL
              Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecendurungan diri masyarakat
berkenaan untuk pembangunaan sosial kehidupan masayarakat berkenaan.Di
Malaysia,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi
pegangan dan amalan hidup mereka.Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah
berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu, orang Cina, orang India dan kaum yang
lain.
   Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai bersopan-santun,
kesederhanaan, keindahan dan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga,jiran
tetangga dan masyarakat.Walaubagaimanapun,kebudayaan di Malaysia melalui
budaya Cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang Melayu.Oleh
itu,kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka
saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai
yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
SAMBUTAN PERAYAAN
            Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni
apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua
aktiviti seperti kemerdekaan,perayaan,kesultanaan dan sebagainya.Kepelbagaian
aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan
perayaan sama ada perayaan untuk kaum Muslim,mahupun India dan Cina. Melalui
amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan
silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya,
sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari
Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum
dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan
kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila
kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.Kesemua kaum bergotong-royong
untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali perayaan,aktiviti kunjung-
mengkunjungi ini akan dijalankan dari rumah ke rumah tanpa mengira kaum dan
keturunan.Oleh itu,upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana
hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.
SUKAN DAN PERMAINAN
Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh
mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan
dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di
Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan
memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja
seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita
berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu
diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina
sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh
dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan
serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat
menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama
negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh
keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka
satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya,
pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui
pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan
permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu,
penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap
dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan
peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum
di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu
dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh
setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging
dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga
perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta
memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-
lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk
padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha
dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang
bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya
perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan
dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak
sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

          Dari segi bahasa pula,bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar


utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia telah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.

Penggunaan satu bahasa pehubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan
yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini
               Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan
perpaduan masyarakat di negara kita . Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju
ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang
gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh
tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,
perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Upacara aktiviti sosial dan
bahasa merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan
masyarakat.Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan nilai hormat-menghormati antara
satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama agar negara kita kekal aman dan
damai.

You might also like