You are on page 1of 3

AGAMA SEBAGAI MEKANISMA KAWALAN SOSIAL.

Menurut Perspektif Fungsional secara khususnya merujuk kepada Emile


Durkheim masyarakat adalah terdiri daripada banyak bahagian dan masing-masing
mempunyai fungsi yang tersendiri serta saling berhubung. Jika setiap bahagian
dalam masyarakat menjalankan fungsinya sendiri maka masyarakat berada dalam
keadaan normal manakala sebaliknya sekiranya satu bahagain dalam masyarakt itu
rosak maka boleh merosakan bahagian-bahagian masyarakat yang lain. Dalam buku
beliau The Division of Labor in Society yang membahaskan fungsi pembahagian
kerja dalam masyarakat yang boleh meningkatkan solidariti masyarakat itu sendiri.

Agama berfungsi mengekalkan mekanisme kawalan sosial dalam


masyarakat di Malaysia yang mengamalkan kebebasan beragama iaitu agama
sebagai alat untuk mewujudkan dan mengeratkan kesepaduan sosial dalam
masyarakat. Durkheim menyatakan agama memenuhi kehendak sosial lebih
daripada kehendak psikologi. Masyarakat adalah sesuatu yang menjadi sasaran
sebenar yang dipuja agama. Melalui agama, manusia akan mendapat tempat di
dalam masyarakat. Agama berperanan mencipta sesuatu ikatan bersama, sama ada
di antara individu di dalam masyarakat tersebut atau dalam kewajipan sosial yang
membantu mempersatukan masyarakat. Keadaan ini membuktikan bahawa agama
berperanan untuk mengeratkan dan mewujudkan sosial soladariti di antara
masyarakat atau individu. Agama juga merupakakan satu faktor dalam
pembentukan kelompok manusia. Ini kerana sistem agama menimbulkan
keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku,
pandangan dunia dan nilai yang sama. Durkheim melihat keadaan ini wujud kesan
daripada penyertaan dalam ritual yang telah melestarikan sesuatu masyarakat.
Ritual iaitu mencerminkan struktur sosial kerana melalui ritual, hubungan dan
peranan sosial setiap individu di dalam masyarakat dapat dilihat dengan jelas.
Ritual membayangkan hirarki dan susun lapis kuasa dalam suatu masyarakat.
Contohnya, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
telah melancarkan gagasan 1 Malaysia di mana, semua kaum dan agama bersatu
dan bersama tanpa mengira agama dan bangsa yang di anuti. Keistimewaan bukan
sahaja kepada kaum Melayu atau penganut agama Islam, tetapi semua kaum
mendapat hak dan keistimewaan. Selain itu, beberapa agama diiktiraf sebagai cuti
rasmi termasuk Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi penganut Muslim, Hari
Wesak dan Hari Thaipusam bagi penganut Buddha, Hari Deepavali bagi penganut
Hindu dan Hari Krismas bagi penganut Kristian. Kesannya tidak wujud perasaan
tidak puas hati dikalangan masyarakat dan kesepaduan dapat dikekalkan antara
satu sama lain.
Selain itu agama berfungsi sebagai mekanisme kawalan sosial dalam masyarakat
di mana Peraturan moral ini berasaskan pertentangan di antara unsur-unsur baik
dan jahat. Tiada agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya untuk melakukan
kejahatan dan melarang untuk berbuat kebaikan. Ini bertujuan untuk memastikan
masyarakat sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan mengelakkan kekacauan
atau perpecahan daripada berleluasa. Sesiapa yang melakukan kebaikan akan
mendapat ganjaran atau pahala, manakala sesiapa yang melakukan kejahatan akan
dihukum Tuhan dan dibalas dengan dosa. Dalam ajaran agama telah menggariskan
kod-kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Agama juga dilihat
menyempurnakan akhlak manusia. Contohnya, dalam Islam terdapat konsep amar
makruf nahi mungkar iaitu menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran.
Contohnya, undang-undang di Malaysia telah mengenakan denda dan hukuman
kepada sesiapa yang melakukan kesalahan seperti berkelakuan tidak sopan
dikhalayak ramai tanpa mengira agama yang dianuti. Denda dan tindakan yang
dikenakan bergantung kepada undang-undang yang ada. Kesannya, dapat
mengurangkan masalah sosial yang dihadapi. Dengan ini, agama dilihat dapat
menguasai tingkah laku masyarakat yang mampu menyatukan masyarakat tersebut

Agama sebagai mekanisme kawalan sosial dalam masyarakat di Malaysia yang


mengamalkan kebebasan beragama iaitu agama sebagai alat untuk pendidikan.
misalnya kelahiran, perkahwinan dan kematian. Ritual peralihan dilakukan untuk
memberikan pengiktirafan kepada tahap peralihan dalam hidup manusia. Pada
masa yang sama, ritual ini turut menurunkan ilmu yang diperlukan bagi
memastikan kelangsungan sesuatu kumpulan. Agama juga dilihat sebagai alat
integrasi masyarakat. Melalui pendidikan agama, masyarakat diajar bahawa ritual
memberikan fungsi perpaduan iaitu menyatukan ahli-ahli masyarakat bersama-
sama, menguatkan ikatan sesama mereka dan menekankan perpaduan. Dengan
melakukan perkara bersama-sama dan berulang kali, masyarakat dapat
menguatkan ikatan sesama mereka. Perkara yang utama inilah mereka berkumpul
dan perasaan itu dirasai dan dizahirkan di dalam bentuk perlakuan. Contohnya,
kerajaan telah mewujudkan bukan sahaja sekolah kebangsaan biasa, tetapi juga
turut mewujudkan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) dan Sekolah Kebangsaan
Jenis Cina (SJKC). Bagi sekolah kerajaan umumnya menawarkan Pendidikan Islam
yang wajib bagi semua pelajar Muslim, manakala bagi pelajar bukan Muslim pula
diwajibkan mengambil kelas moral dan etika. Sekolah swasta atau persendirian juga
bebas untuk menawarkan kurikulum agama bukan Islam sebagai pilihan kepada
orang bukan Islam dan tiada sekatan bagi pembelajaran di rumah.

Agama sebagai mekanisme kawalan sosial dalam masyarakat di Malaysia


yang mengamalkan kebebasan beragama iaitu agama bertujuan menghuraikan
ketidak pastian. Menurut Durkheim, alam ini penuh dengan perkara-perkara yang
tidak pasti dan di luar kawalan kita. Keadaan yang tidak dijangka wujud akan
mengganggu dan menimbulkan masalah pemikiran dan jiwa. Malapetaka dan
kemalangan membimbangkan kita Namun, agama telah menyediakan jawapan
kepada permasalahan kehidupan kita melalui ajaran-ajarannya yang terkandung
dalam kitab-kitab suci. Manusia tidak boleh mengharungi kehidupan yang penuh
ketidakpastian ini tanpa bimbingan dan bantuan agama. Contohnya soalan
kehidupan selepas kematian, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya.
Contohnya, agama Islam menyatakan di dalam Al-Quran menceritakan mengenai
syurga dan neraka. Syurga dan neraka adalah yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang
setia menanti para penghuninya. Syurga dinyatakan dalam Al-Quran sebagai
kediaman damai yang merupakan ganjaran daripada Allah s.w.t kepada hamba-
hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Neraka pula dinyatakan sebagai tempat
menakutkan yang tidak mampu digambarkan oleh khayalan manusia. Di dalam Al-
Quran juga menerangkan mengenai gejala-gejala yang berlaku apabila tiba saat
kematian.

You might also like