You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


KUALA MUDA/YAN

PERASMIAN BULAN KAUNSELING DAN


KESIHATAN MENTAL BAGI DAERAH
KUALA MUD/ YAN BAGI TAHUN 2021
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera dan salam perpaduan

Yang Berusaha Encik Mohamad Satir Bin Hamid, Penolong PPD PPP
Hal Ehwal Murid Daerah Kuala Muda Yan.

Yang Diraikan , Dr Yusni Binti Yusuff , Pakar Perunding Psikiatri,


Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah.

Profesor Madya Dr Samsiah Binti Mohd Jais, Ketua Program Saujana


Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal,Jabatan Psikologi dan Kaunseling,
Universiti Pendidikan Sultan Idris .

Barisan Jawatankuasa Pengelola Program Bulan Kaunseling dan


Kesejahteraan Mental , Barisan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
Daerah Kuala Muda Yan , Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling
Daerah Kuala Muda/ Yan dan semua warga maya.

Alhamdulillah,
Sesungguhnya saya memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, dengan izin
dan inayah Nya, dapat saya bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan
dalam Program Bulan Kaunseling dan Kesihatan Mental bagi Daerah
Kuala Muda/ Yan untuk tahun 2021.

Dikesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih dan


Tahniah kepada Barisan jawatankuasa dan juga Majlis Guru Kaunseling
Kebangsaan Daerah Kuala Muda Yan atas kesudian menjemput saya
dalam majlis pada hari ini dan juga Berjaya melaksanakan program
sempena bulan kaunseling dan kesihatan mental.

Tuan-tuan dan Puan-Puan, Warga Maya sekalian…


Tahniah juga diucapkan kepada semua guru bimbingan dan kaunseling
daerah kuala muda yan kerana hadir dalam program bulan kaunseling
dan kesihatan mental peringkat dearah untuk tahun 2021. Walau pun
pertemuan kita hanya secara maya, namun ianya tidak menghalang kita
untuk terus berkongsi ilmu dan berpadu tenaga mendepani cabaran
tugas dalam situasi pandemik yang amat mencabar minda dan emosi
kita sebagai pendidik.

Tema Bulan Kaunseling pada tahun ini ialah Perkhidmatan Kaunseling


Peneraju Kesejahteraan Insan

Tema sebenarnya ini selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan


Malaysia untuk meningkatkan akses warga pendidikan kepada
perkhidmatan kaunseling dan memberikan kesedaran kepada lapisan
warga pendidikan sama ada guru,staf dan murid mengenai kewujudan
kaunselor dan kepentingan perkhidmatan kaunseling profesional dalam
komuniti sekolah itu sendiri.

Kita mahukan supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini


sampai kepada warga sekolah khususnya murid-murid kita yang
memerlukan perkhidmatan guru-guru bimbingan dan kaunseling dalam
saat-saat wabak pendemik covid-19 ini.
Saya sedar bahawa guru-guru bimbingan dan kaunseling tidak pernah
berputus asa dan jemu dalam membantu anak-anak menghadapi
pandemic covid-19 ini.

Warga maya sekalian,

Saya melihat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam sesebuah


sekolah sebagai satu keperluan yang penting kepada seluruh warga
sekolah dan saya berharap agar perkhidmatan kaunseling dapat
dipertingkatkan dan digunakan secara optimum oleh semua warga
sekolah.

Bagi memastikan perkara ini dicapai, kita perlu mengubah stigma


terhadap perkhidmatan kaunseling ini kerana buat masa ini mungkin
murid –murid dan warga sekolah belum benar-benar memahami fungsi
dan peranan sebenar seorang guru bimbingan dan kaunseling dalam
membawa transformasi kepada sesebuah sekolah.

Namun begitu, saya juga sebenarnya melihat satu pembangunan dan


perkembangan yang pesat dalam bimbingan dan kaunseling ini dalam
terutama dari sudut kesihatan mental dan psikologi kesan dari pandemik
ini. Guru-guru bimbingan dan kaunseling mula meningkatkan taraf
perkhidmatan secara bersemuka kepada secara atas talian. Ini
merupakan satu aspek perkembangan yang sangat positif.
Warga maya sekalian, saya tidak ingin mengambil masa yang lama
sebenarnya, Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin
mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua ahli
jawatankuasa pengelola dan majlis guru kaunseling kebangsaan daerah
kuala muda yan kerana Berjaya melaksanakan program sempena bulan
kaunseling dan kesihatan mental.

Seterusnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan


sukacitanya merasmikan sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2021

Sekian.
Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

You might also like