You are on page 1of 7

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...
Wassolatu wassalamuala asyrofil anibyai wal mursalin..wa’a’a alihi wasohbihi ajmain.
***
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
***
Melayang serindit di atas permatang, 
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Assalamualaikum w.b.t....dan salam sejahtera


Selamat Datang saya ucapan ke Webinar Pandemik Vs Endemik ...Di manakah Kita? Bagi
peringkat daerah kuala muda yan untuk tahun 2021.

Untuk pengetahuan anda, saya FATIN HANIM BINTI ROSDI, guru bimbingan dan
kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Father Barre akan menjadi moderator
untuk majlis kita pada hari ini.

Saya mewakili jawatankuasa penganjur, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Kuala
Muda Yan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan,puan-puan serta anak-anak pelajar ke
webinar kita pada hari ini. Sebelum kita mulakan majlis, saya jemput semua warga maya
agar dapat subcride dan like channel MGKK KMY.

Sarung ketupat berisi inti, 


Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, 


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Oleh itu, bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Cikgu
Abdul Razak Bin Abdul Hamid guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah
Kebangsaan Sunga Pasir untuk memimpin bacaan doa pada hari ini .Majlis mempersilakan
Aamiin2, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Abdul Razak atas bacaan doa 
sebentar tadi.

Yang Berbahagia Encik Mukthar Bin Mansor , Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan .

Yang Berusaha Encik Mohamad Satir Bin Hamid, Penolong PPD PPP Hal Ehwal Murid
Daerah Kuala Muda Yan

Yang Diaraikan Panel Jemputan kita, ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT , Pensyarah Kanan dari
Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjung Malim , Perak .

Yang Dihormati, Yang dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kuala Muda Yan Cikgu
Abdul Ghani Bin Hasan merangkap pengerusi Jawatankuasa Webinar Pandemik Vs
Endemik..Dimanakah Kita?, pegawai-pegawai jabatan pendidikan negeri kedah, ahli –ahli
jawatankuasa webinar , guru bimbingan dan kaunseling ,guru –guru ,calon-calon spm dan
stpm 2021 serta hadiri hadirat yang di rahmati allah sekalian.

Baiklah untuk makluman warga maya serba sedikit tentang webinar kita pada hari ni, link
kehadiran dan maklum balas akan dipaparkan pada penghujung program. Untuk semua
warga KPM, kehadiran akan didaftarkan didalam sistem pengurusan latihan kpm (SPLKM)
dan semua warga maya akan yang mendaftar akan menerima e-sijil peringkat Daerah
Kuala Muda Yan.

Manakala dipenghujung webinar kita juga akan dilaksanakan kuiz secara atas talian. Link
kuiz ini akan dipaparkan di ruangan chat pada penghujung program dan terbuka kepada
calon spm dan stpm sahaja. Jadi diharap semua calon akan mengikuti webinar sehingga ke
penghujung program.

Baiklah Hadirin yang dihormati sekalian,

Tidak lengkap rasanya webinar kita pada hari sekiranya kita tidak mendengar sedikit
amanat dari Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Kuala Muda Yan , Cikgu
Abdul Ghani Bin Hasan iaitu Guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah
Kebangsaan Khir Johari.. Majlis dengan hormat mempersilakan .....

Majlis Merangkamkan jutaan terima kasih atas amanat dan ucapan beliau sebentar tadi.
Serangan pandemik covid-19 telah melanda negara kita sejak Mac 2020. Malah serangan
wabak ini telah berlanjutan sehingga ke PKP 3.0 dimana kita dapat lihat corak peningkatan
dan penurunan kes setiap hari di seluruh negara. Dan kita juga sedia maklum bahawa
negara kita sekarang sedang bersiap siaga menuju ke arah pengistiharaan endemik pada
hujung oktober ini.

Sebenarnya kita dapat lihat kesan pandemik secara tidak langsung merubah landskap
pendidikan negara kita. Ia menjadi perubahan dan anjakan yang sangat besar apabila
warga pendidik ,guru-guru dan murid-murid terpaksa menjalani pembelajaran dan
pengajaran di rumah secara talian . Hal ini bukanlah suatu yang mudah untuk semua pihak.
Betul kan?

Impak paling kuat ialah pada murid –murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang mana sedang
fokus mempersiapkn diri untuk menghadapi SPM dan STPM yang tidak lama lagi. Mereka
terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu serta keadaan Sesi PDPR yang tidak
stabil dan mencabar. Akibatnya, ini menjadi salah satu tekanan pada sesetengah murid
kerana merasa bimbang dan ketidakpastian dengan keadaan pembelajaran mereka. Ini
semua memberikan impak kepada kesihatan mental dan emosi mereka.

Malah kita juga tahu pada awal oktober ini, beberapa negeri sudah mula membuka sesi
persekolahan khusus untuk murid-murid yang bakal menduduki SPM dan STPM. Namun
kita sedia maklum bahawa Kedah masih lagi berada di Fasa 1 dan akan bergerak ke arah
fasa 2 pada 1 oktober ini namun begitu sesi persekolahan belum boleh dilaksanakan
sepenuhnya untuk calon-calon ini. Oleh iu, guru-guru bimbingan dan kaunseling di negeri
kedah khususnya daerah kuala muda yan sendiri mula melaksanakan intervensi bagi
membantu pemugaran emosi dalam kalangan murid-murid ini.

Menyedari kepentingan pemugaran emosi dan juga kesihatan mental dalam kalangan
murid-murid kita hari ini, majlis guru kaunseling kebangsaan kuala muda yan mengambil
langkah melaksanakan webinar ini dengan kerjasama PPD Daerah Kuala Muda Yan dan
juga Jabatan Psikologi dan Kaunseling ,Fakulti Pembangunan Manusia ,Universiti Sultan
Idris, tanjung malim ,perak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya sebenarnya sedia maklum bahawa guru-guru
bimbingan dan kaunseling tidak putus-putus melakasanakan intervensi di sekolah masing
–masing dengan pelbagai keadah. Ada yang melaksanakan sesi kaunseling, konsultasi
bersama waris, mengadakan webinar serta menyebar luaskan infografik melalui group
wasap, telegram, muka buku, dan sebagaimya. Namun pada hari ini, kita melaksanakan
satu webinar khas untuk calon-calon spm dan stpm kita sebagai top up atau nilai tambah
dalam intervensi yang telah kita laksanakan . Mungkin dalam perkongsian ini, guru-guru
dan anak –anak akan mendapat ilmu baru dan idea dalam memantapkan diri dalam
menghadapi cabaran pada masa ini.

Baiklah saya tidak ingin lagi membuang masa...

Jom kita kita berkenalan dengan panel kita pada hari ini..

Assalamualaikum , encik zulkifli...apa kkhabar...

Wah segak dan bergaya hari ini nampaknye encik. Terima kasih encik zulkfili atas kesudian
bersama-sama dalam webinar kita pada hari ini.

Sebelum kita teruskan, suka saya membaca biodata panel kita pada hari ini.

Nama diberi Zulkifli Bin Mamat. Merupakan Pensyarah Kanan di jabatan Psikologi dan
Kaunseling ,Fakulti Pembangunan Dan Kemanusian, Univeristi Pendidikan Sultan Idris.
Beliau merupakan anak kelahiran Kuantan,Pahang. Dilahirkan pada 20 Mei 1967. Telah
mendirikan rumah tangga dan mempunyai 6 orang cahaya mata.Setelah menamatkan
pengajian di sekolah menengah, beliau telah menyambung pengajianya dalam Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Univeristi Putra Malaysia.
Kemudian pada tahun 2002, beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah sarjana
bimbingan dan kaunseling di universiti Putra Malaysia. Encik Zulkifli Bin Mamat atau lebih
mesra dengan panggilan Encik Zul dalam kalangan penuntut Universiti Pendidikan Sultan
Idris memulakan kariernya awalnya sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah
kemudian terus ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di universiti pendidikan sultan
idris pada tahun 2005 dan terus berkhidmat di sana sehingga hari ini. Encik zulkifli Bin
Mamat mempuyai pengalaman yang luas selama 17 tahun dalam bidang bimbingan dan
kaunseling dan banyak menghasilkan journal dan juga buku berkaitan dengan
pembangunan sahsiah dan juga tingkah laku . Sebenarnya untuk makluman semua juga,
Encik Zulkifli ini sebenarnya adalah salah seorang mentor dan idola ketika saya menuntut
di universiti pendidikan sultan idirs dan sehingga hari ini beliau masih lagi tidak lekok
berkongsi ilmu bersama saya.

Oleh itu, bagi tidak membuang masa, saya menyerahkan majlis ini kepada Encik Zulkifli bin
Mamat untuk memulakan perkongsiaan beliau. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

..............................................................................................................................................................................................

(Setelah perkongsiaan )

Baiklah encik zul, sebenarnya masa sangat mencemburui kita..Kini kita telah sampai ke
penghujung nya sebenarnya . Oleh itu saya buka peluang untuk hadirin bertanyakan soalan
dan Saya akan pilih beberapa soalan terbaik untuk diajukan kepada encik Zul
Soalan 1:

Soalan 2 :

Soalan 3:

Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada en zul atas perkongsiaan yang menarik


yang telah disampaikan sebentar tadi serta jawapan yang diberikan itu sangat tepat dan
padat. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan
sampaikan kepada orang lain

Hadiri sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Batu feringgi pantainya indah,


Ramai pelancong ke bukit bendera
Majlis kita selesai sudah,
Mohlah kita ke acara kuiz pula.

Baiklah anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian, urusetia akan paparkan link kuiz untuk
dijawab sebentar lagi. Kita menjawab link kuiz secara atas talian menggunakan apps
quizizz. Anak-anak pelajar diminta memasukkan nama dan no telefon di bahagian user
nama di dalam apps quizizz. Kuiz akan dimulakan dalam tempoh masa 2 minit setelah
semua mendaftar . Kuiz akan ditamatkan dalam tempoh 10 minit . Kemudian nama-nama
pemenang kita akan terus paparkan. . Oleh itu tanpa membuang masa saya serahkan
perjalanan kuiz ini kepada Cikgu Mohamad Ridhuan guru bimbingan dan kaunseling
sekolah memengah kebangsaan batu 5 untuk mengendalikan kuiz ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Baik lah Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, kini nama pemenang telah berada di
tangan saya... tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang..yang tak berjaya tak apa,
insyallah , ada rezeki di program yang lain..

Saya mulakan dengan


Pemenang saguhati
1.
2
3
4
5

Manakala untuk pemenang mega ..hadiah utama ialah sebuat tablet ....

Saya mulakan dengan dengan penerima hadiah utama ialah pemenangnya ialah...jejejej...
1.
2
3.

Tahniah kepada semua pemenang. Semua pemenang akan dihubungi oleh urussetia
melalui no telefon yang diberikan .

Baiklah hadirin dan hadirat sekali..

Saya sekali lagi mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan perkongsiaan kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak. Semoga perkongsian ini akan memberikan
manfaat kepada semua..Terima kasih juga kepada semua guru bimbingan dan kaunseling,
guru –guru dan anak2 pelajar yang setia bersama kita dari awal sehingga akhir program .
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli, 
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja dari saya fatin Hanim Binti rosdi guru bimbingan dan kaunseling sekolah
menengah kebangsaan convent father barre. ..sekian

wabillahi taufiq wal hidayah......trr

You might also like