You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SK SAINT EDMUND

2019

1.0 PENGENALAN
Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Unit Anti Dadah peringkat kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat
penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala
dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya di peringkat lebih awal
perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti—aktiviti yang diatur,
murid diharapkan dapat memanfaatkan peluang ini sebaik—baiknya untuk memberi impak terhadap
penglibatan murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu
menjadi pemimpin dan penyumbang kepada pembangunan negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi kesedaran awal kepada murid di sekolah ini berkaitan dengan
bahayanya penyalahgunaan dadah.
2.2 Untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dalam kalangan murid
melalui perkongsian maklumat dan mesej tentang dadah

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendidik murid menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan terhindar
daripada perlakuan negatif.
3.2 Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid terhadap kesan buruk dadah
pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
3.3 Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan se mangat
dan keyakinan diri melalui sikap positif dan kecekalan hati.
3.4 Membina motivasi murid supaya terdorong untuk menjauhkan diri daripada dadah
dengan sedar dan bertanggungjawab.
3.5 Melahirkan masyarakat sekolah yang prihatin dan bermuafakat sebagai satu
kumpulan dalam mencegah amalan yang tidak sihat.
3.6 Melahirkan masyarakat sekolah yang bebas daripada dadah.
3.7 Memperkenalkan gaya hidup sihat kepada masyarakat sekolah .

4.0 SASARAN
Semua murid Tahun 1 dan 6 seramai 418 orang.
34 orang guru dan warga sekolah
KERTAS KERJA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SK SAINT EDMUND
2019

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 25 Februari 2019
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan SK St. Edmund

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Jawatankuasa Induk

Penasihat : Laurentius Thomas (Guru Besar )


Pengerusi : Busak Sia ( PK Kurikulum )
Naib Pengerusi II : Dayang Joraini Bt Bujang ( PK HEM )
Naib Pengerusi III : Apong @ Bakri Bin Abib ( PK Ko – Kurikulum )
Setiausaha : Mohd Ali Bin Rejab
Naib Setiausaha : Uji Anak Midin (Guru Bimbingan )
Penyelaras : Mohd Ali Bin Rejab
AJK : Semua guru

AJK Pelaksana

Pengacara Majlis : Mohd Zufar Bin Abdul Razak

Banner & dokumentasi : Uji Anak Midin

Siaraya : Mohd Amirul Shahniezam

Makanan & Minuman : Cathelysia Laura Piri, Rosni @ Masni Bt Sapiee

Penyusunan Kerusi dan Khemah : Mohd Rezuan Bin Abdu Latip@ Latip , Mohd Firdaus
Saad, Yussof Bin Besar.

Kawalan Murid : Semua guru kelas

Bacaan Ikrar Anti Dadah : Mohd Jamalludin Bin Apandi

Gimik Pelancaran ; Mohd Ali Bin Rejab


KERTAS KERJA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SK SAINT EDMUND
2019

7.0 ATUR CARA

7.00 pagi Para guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan sekolah

Ketibaan Tetamu jemputan Ketua Daerah AADK diriingi Penolong Penolong Kanan

Nyanyian Lagu Negaraku,

Ibu Pertiwiku, Lagu Sekolah

Bacaan Doa

Ucapan Penyelaras Program PPDA oleh Ustaz Mohd Ali Bin Mohd Rejab

Bacaan Perutusan Antidadah Peringkat Kebangsaan oleh Encik Opang Melay

Ketua Daerah AADK Limbang

Ucapan Pelancaran Perasmian oleh Penolong Kanan Pentadbiran

GIMIK PELANCARAN

Upacara memotong reben

Bacaan Ikrar Anti Dadah

Nyanyian Lagu Dadah Durjana

Penyampaian cenderahati

Bersurai

8.0 SUMBER KEWANGAN


PIBG SK Saint Edmund

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Harga seunit RM
1. Mee goreng dan Minuman 25.00
2. Banner Fishtail 1 60.00 60.00
3. Cenderahati 1 15.00 15.00
Jumlah keseluruhan 100.00
KERTAS KERJA PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH SK SAINT EDMUND
2019

10.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi impak yang berkesan kepada warga SK Saint Edmund
khususnya. Adalah diharapkan juga agar program ini akan disokong penuh oleh semua warga sekolah
bagi memastikan perjalanan program yang dirancang akan berjaya.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

....................................... .......................................................
[ UJI ANAK MIDIN] [ DAYANG JORAINI BT BUJANG]
Guru Kaunseling penolong kanan Hal Ehwal Murid
Sek. Keb. Saint Edmund Sek. Keb. Saint Edmund
98700 Limbang. 98700 Limbang.

Disahkan Oleh,

..........................................
[ BUSAK SIA]
b.p Guru Besar
Sek. Keb. Saint Edmund ,98700 Limbang.

You might also like