You are on page 1of 28

PENGENALAN Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi,sosial,budaya,pendidikan,sains dan teknologi

dan pembangunan. Pembangunan pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah juga tidak tertinggal daripada masalah sosial. Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalah dadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolahsekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahu arah tuju dan pelajar yang stress. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Maka tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahiran kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien. Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling

mempunyai

pelbagai

erti

mengikut

pendekatan

yang

mempraktikkannya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaan misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat sesuatu pilihan dan laksanakan pilihan yang telah dibuat. Krumboltz (1965),seorang pakar kaunseling mengatakan,kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika masalah klien. Zainal Abidin ( 2002 ) kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan , bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternative yang dipilih. yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian

SOALAN 1 Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalahsatu perkhidmatan yang penting di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi Pengajian Tinggi. Perkhidmatn Bimbingan dan kaunseling ini amat penting dari segi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar-pelajar yang bermasalah. Kami telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Slim,Slim River untuk menjalankan tinjauan kami tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan di sekolah tersebut. Sekolah ini terletak di Bandar Slim River di Perak. Sekolah ini juga telah di pilih sebagai JUARA dalam program Benchmark Pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perak Tahun 2007 2008. Seramai 866 orang pelajar belajar di sekolah ini. Pelajar-pelajar dari sekolah ini terdiri daripada murid-murid Melayu,India,Cina dan Asli. Seramai 66 orang guru sedang berkhidmat di sekolah ini dan diketuai oleh Tn Haji Abd Rahman Bin Haji Harun PPT selaku guru besar sekolah ini. Sekolah ini menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan mempunyai dua orang guru yang bertauliah yang menguruskan seisi bimbingan dan kaunseling. Kedua-dua guru ini berkelulusan ijazah dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Pn Nor Azian Binti Mohd Bukhari yang bertanggungjawab untuk sesi pagi dan En Mahendran a/l Balaguru bertanggungjawab untuk sesi petang. Dari tinjauan ,kami mendapati bahawa kedua-dua guru kaunselor menggunakan buku panduan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh kedua-dua kaunselor juga memenuhi keperluan perkhidmatan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran.

Objektif utama perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini ialah:


Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial agar mampu menghadapi atau mengatasi masalah-masalahnya . Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan yang meliputi semua aspek perkembangan pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku,tidak berdisiplin dan lain-lain.

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling 1. Inventori Individu Dan Rekod a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar. c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat. a. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah b. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi. c. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. d. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain. e. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. f. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok a. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. b. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, UPSR. c. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

4. Perkhidmatan Kaunseling Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:
o o o o o

Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. Kerjaya, pelajaran dan peribadi. Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum. Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.

Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahirankemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. Penempatan pekerjaan: 1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan). 2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi

laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik). 3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.

Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

10. Perkhidmatan Penilaian Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

BIODATA KAUNSELOR 1. NAMA 2. NOMBOR K.P : : KHAIRUDDIN MUHAMAD 8402191-12-5011

3. KELAYAKAN IKHTISAS SIJIL TEMPAT TAHUN DEGREE TEMPAT TAHUN : KPLI :MAKTAB PERGURUAN TEKNIK KL : 2010 : EKONOMI SUMBER MANUSIA : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH : 2006

4. TAHUN DIPILIH SEBAGAI KAUNSELOR: 05.01.2011 5. TUGAS LAIN SELAIN KAUNSELOR. - Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya - Pembimbing rakan sebaya - Jawatan kuasa Majlis Kaunseling

6. JUMLAH WAKTU MENGAJAR DALAM SEMINGGU: - 30 MASA

BIODATA KAUNSELOR

1. NAMA 2. NOMBOR K.P SIJIL TEMPAT TAHUN DEGREE TEMPAT TAHUN

: :

EN MAHAINDRAN A/L BALAGURU 661025-106425

3. KELAYAKAN IKHTISAS : SIJIL PERGURUAN ASAS :MP MOHD KHALID JOHOR BAHRU :1990-1992 :PSIKOLOGI DAN KOMUNIKASI : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : 2001

4. TAHUN DIPILIH SEBAGAI KAUNSELOR: 2003 5. TUGAS LAIN SELAIN KAUNSELOR. - Mengajar Geografi dan Moral - Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya - Jawatan kuasa Biasiswa - Pembimbing rakan sebaya - Sukan,Merentas desa 6. JUMLAH WAKTU MENGAJAR DALAM SEMINGGU: 9 waktu

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH KAUNSELOR PELAJAR Untuk mengenal personaliti kerjaya dan kepentingan memilih kerjaya yang tepat. Mendedah pelajar kepada suasana baru sekolah,memberi maklumat . Meningkatkan tahap disiplin pelajar sasaran. Mendedahkan pelajar tentang bahaya rokok dan kesannya. Mendedahkan pelajar tentang bahaya pil khayal. Memberi teknik belajar berkesan. Mendedahkan pelajar tentang maklumat melanjutkan pelajaran . Mengurangkan kes ponteng. Meningkatkan moral pelajar. Menanam rasa benci pelajar dengan dadah,arak,inhalan,pil,khayal dan ubat batuk. Meningkatkan keyakinan dan harga diri pelajar. Mendedahkan tentang kesan buruk hubungan rambang antara pelajar.

PENTADBIR DAN GURU-GURU Menggalakkan guru menghargai pelajar dan rakan sejawat. Guru yang menghadapi masalah peribadi akan berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor mewujudkan kepercayaan kepada pentadbir dan guru-guru.

IBU BAPA DAN MASYARAKAT Memberi ilmu keibubapaan Menggalakkan perhubungan positif pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mengenalpasti masalah keluarga pelajar. Memberi ceramah.

ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK LADANG BODE KRETAM, KINABATANGAN

PENGERUSI PN. NORLILA HJ AWG DAMIT (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1 PN MASNAH APONG (GURU PENOLONG KANAN 1)

NAIB PENGERUSI 2 PN. JUMATIAH ABD SANI(GPK HEM) PN MARINA ALI(GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA

EN. KHAIRUDDIN MUHAMAD

AHLI JAWATANKUASA USTZ MOHD FAIRUL A BAKAR GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN PN ANNIE ILONE EN HEDDIE LIM PN MARINAH INLONE

CARTA ALIRAN PROSES PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ambil borang Permohanan Temujanji di kaunter Borang

Hantar kepada kaunselor untuk Dapatkan tarikh dan masa temujanji

Kaunselor hantar surat jemputan kepada Pelajar melalui guru

Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling Individu atau Kelompok

Pengesahan Kaunselor kepada Guru Mata Pelajarn /Kelas setelah habis sesi

Laporan sesi kepada pentadbir(sulit) (jika perlu)

Tindakan Susulan

PERANCANGAN AKTIVITI AKTIVITI YANG DIJALANKAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2012 BIL RINGKASAN AKTIVITI/PROJEK 1. Minggu Transisi Tahun 1 2. Program Peningkatan Kecemerlangan & 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.. pemuafakatan PIBG Program keceriaan pondok Kaunseling Program Minggu kerjaya Majlis Restu Ilmu & bacaan yassin Menjalankan sesi kaunseling & Bimbingan individu Menjalankan sesi Kaunseling & Bimbingan Kelompok Menjalankan tugas guru B&K sepenuh masa Menyediakan rancangan tahunan perkhidmatan B&K KUANTITI/KUALITI/MASA/KOS 8orang pelajar(5-17 Jan 2012) 8 orang pelajr (20 Jun 2012) Sepanjang tahun Julai 2012 1.ogos.2012 Januari November Januari November Januari November Januari

VISI BIMBINGAN

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan efektif dari aspek fizikal,perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep Perkhidmatan Bimbingan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan dari kecemerlangan murid dan sekolah.

MISI BIMBINGAN

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong Bantu dan murid dari aspek untuk perjayaan,perkembangan,pencegahan pemilihan

mempertingkatkan pengetahuan,keterampilan dan konsep kendiri posotif melalui perkhidmatan bimbingan yang berkesan, beramanah,berteraskan falsafah Pendidikan kebangsaan

SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING (KAUNSELOR SEKOLAH)

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan soal selidik,temu bual dan perbincangan engan plajar,guru,pentadbir,kakitangansekolah,ibu bapa dan bekas pelajar. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat Bimbingan & Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarng media yang sesuai. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan & Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. Merancang,melaksana dn mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling individu secara professional dan beretika. Merancang,melaksana,mengawalsetia untuk semua pelajar. aktiviti kemahiran belajar

Merancang,melaksana,mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti UPSR Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah,inhalan,rokok dan alcohol. Merancang,menyediakan dan mendedahkan pelajar kepad peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan,berhubung Bimbingan dan Kaunseling kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah. Merancang,melaksna,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferns dengan ini bapa,guru,kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. Membuat penilaian aktiviti,model,mudul,instumen,pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Menjadi uruseti akepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profeseonalisma perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru,kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan. Menjadi personel perhubungan seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa Kurikulu Sekolah. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium,motivasi,kem jaya diri,kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM RIVER,PERAK.

Laporan ini mengenai tinjauan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River,Perak. Tujuan laporan ini adalah untuk mengkaji Perkhidmatan Bimbingan yang disediakan oleh sekolah tersebut. Tinjauan ini dijalankan melalui pengumpulan data dan soal selidik guru kaunselor sekolah berkenaan. Melalui tinjauan , kami mendapati bahawa Perkhidmatan Bimbingan & Bilik

Kaunseling sekolah ini memberi lebih penekanan dalam bidang akademik.

Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini berada dalam keadaan kondusif. Guru-guru kaunselor di sekolah ini merupakan guru yang bertauliah. Mereka telah merancang dan menjalankan banyak aktiviti yang berkaitan dengan Bimbingan & Kaunseling. Sistem fail di sekolah ini dikemaskinikan dan jug bersistematik. Tambahan pula sekolah ini telah dipilih sebagi JUARA dalam Program sekolah BENCHMARK,Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perak Tahun 2007.

Namun sekolah ini juga perlu penambahbaikkan perkhidmatannya. Antaranya ialah perkhidmatan yang diberikan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat kurang memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini guru-guru kaunselor haruslah merancang dan melebihkan perkhidmatan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat. Sebagai contohnya mengadakan ceramah yang berkaitan dengan kerjaya,keluarga dan cara menyesuaikan diri dengan persekitaran. Selain daripada itu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh mengadakan konferens dengan ibubapa . Antaranya ialah memberi penjelasan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dan cara ibu bapa boleh bekerjasama dengan pihak sekolah.

Pihak Bimbingan dan Kaunseling juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan diri pelajar. Contohnya mentor-menti,bicara hari,kursus kepimpinan pengawas serta cara-cara belajar yang berkesan. Secara keseluruhannya tinjauan ini dapat memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah . Perkhidmatan yang ditawarkan haruslah merangkumi keperluan pelajar dan persekitarannya.

SIFAT-SIFAT KAUNSELOR 1. Mampu menyesuaikan dirinya.(sanggup mendengar) 2. Seorang yang menarik dan suka bersahabat dan memiliki keyakinan diri. 3. Memiliki sifat-sifat terpuji.(sifat-sifat Mahmudah) 4. Bersifat terbuka 5. Bersifat tenang dalam menghadapi sesuatu situasi 6. Bertingkahlaku yang bercirikan konsisten, beriltizam, tawakkal,berketramilan dan kreatif. 7. Berterus-terang , jujur , amanah dan ikhlas. 8. Peramah , sabar dan penyayang 9. Penuh keyakinan 10. Tidak mudah jemu 11. Mudah dihampiri 12. Tidak menghukum 13. Baik perwatakan,tingkah laku dan emosi 14. Sanggup menyatakan kebenaran 15. Seorang yang berprinsip 16. Anjal(bertolak ansur , fleksibel)

17. Peka , kreatif, inovatif 18. Suka menolong 19. Pendengar dan pemerhati yang baik 20. Kecindan(humor)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA (KDP 14MINGGU) (AMBILAN JULAI2008)

HBEF2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMESTER : JULY 2008 ______________________________________________________________________ __

LETCHUMY A/P KERISHNAMOORTHY (700520-08-6002) JAGTHESWARI A/P NARAYANAN(800919-08-6598) MOHD SHUKRI B.ZAKARIA(760210-03-5685)

PENSYARAH DR.RAJAGOPAL

INSTITUT PERGURUAN BAHASA BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI , KUALA LUMPUR

SEKAPUR SIRIH Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En Syed Jahangir B.Ali Mohaideen yang banyak memberi bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan pensyarah mencurahkan idea amat kami hargai. Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anakanak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek Penilaian dan Pengukuran dengan lebih mendalam dan terperinci. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan KDP OUM kumpulan 2 yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman, memberi kita kekuatan dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak bangsa di era globalisasi ini.

Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur hati budinya.

Sekian, LETCHUMY A/P KERISHNAMOORTHY (700520-08-6002) JAGTHESWARI A/P NARAYANAN(800919-08-6598) MOHD SHUKRI B.ZAKARIA(760210-03-5685)

ISI KANDUNGAN 1. Sekapur sirih 2. Pengenalan 3. Definisi kaunseling 4. Visi Bimbingan 5. Misi Bimbingan 6. Pengenalan Tugasan 7. Carta Organisasi Unit Bimbingan & kaunseling 8. Objektif utama Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah 9. Keperluan Perkhidmatan 10. Plan Sekolah 11. Pelan Kelas 12. Pelan Bilik Bimbingan dan Kaunseling 13. Biodata Kauselor 14. Perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor

Pelajar Pentadbir Guru

15. Sifat-sifat Kaunselor 16. Carta Aliran Proses Bimbingan & Kaunseling 17. Sifat kaunselor 18. Pembentangan Power Point 19. Laporan 20. Lampiran

You might also like