You are on page 1of 10

4.

0 TUGASAN 2

Menangani kes kemerosotan pencapaian akademik :

Kajian kes menggunakan teori REBT

oleh

Archana A/P Selvarajoo

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji sejauh mana teori REBT dan teknik role play
sebagai pendekatan membantu proses kaunseling terutamanya dalam penerokaan masalah
klien. Klien seorang murid Tahun 6 dari sebuah sekolah rendah di Perlis. Bagi proses
mengumpul data, saya telah menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian
menunjukkan bahawa teknik role play dan konsep ABCDE dapat membantu dalam penerokaan
permasalahan yang dihadapi oleh klien semasa menjalani sesi kaunseling.

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Objektif kajian kes

Membantu murid mengatasi masalah kemerosotan dalam pencapaian akademik


Membina celik akal dalam diri murid dengan memberitahu kepentingan pencapaian
akademik dalam menentukan masa depan
Membantu murid supaya berfikiran rasional dan positif
Menyedarkan murid supaya melihat sesuatu masalah secara besaran daripada melihat
dari sudut yang kecil

1.3 Latar Belakang klien

Klien ini dikenali sebagai Sofia (bukan nama sebenar ) dan klien berusia 12 tahun.Klien
selesa dengan panggilan sebagai Sofia. Sekarang belajar di tahun 6. Anak ketiga daripada
empat orang adik beradik.Bapanya seorang pemandu lori. Ibu klien salah seorang guru di
sekolah klien.Klien berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Klien merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Adik beradik klien
semuanya perempuan. Bapanya seorang pemandu lori. Ibunya seorang guru di sekolah klien.
Klien rapat dengan kedua-dua ibu bapanya. Akan tetapi , klien lebih selesa untuk berkongsi apa

1
sahaja masalah yang di hadapi dengan ibunya.Ini adalah kerana , walaupun klien rapat dengan
kedua-dua ibu bapanya , bapa klien sering mempunyai emosi yang kurang menyenangkan.
Bapa klien sering memarahi klien walaupun klien tidak bersalah. Katanya, dia lebih selesa
berkongsi masalah dengan ibunya. Klien mempunyai seorang kakak tiri (dilahirkan oleh isteri
pertama bapa klien). Kakak klien sedang mengikuti pelajarannya di Terengganu. Oleh sebab,
dia bukan dilahirkan oleh ibu yang sama, hubungan antara klien dengan kakaknya agak tidak
rapat. Faktor umur juga menjadi penghalang kepada hubungan antara klien dan kakaknya.
Klien juga mempunyai seorang lagi kakak dan adik kelahiran ibu sendiri.

Sekarang klien berada di tahun 6. Pada tahun lepas , klien berjaya mencapai 5A dalam
peperiksaan akhir tahun.Ini menyebabkan klien kekal dalam kelas Cemerlang pada tahun 6.
Klien berjaya membanggakan keluarganya dengan kejayaan itu. Walaupun klien seorang yang
mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang semasa berada dalam tahun 5 , sekarang
ini klien tidak menumpukan perhatian dalam pelajarannya. Klien tidak mementingkan
pelajaranya sekarang. Klien tidak suka dengan perangai kawan -kawan yang suka mengejek
klien. Klien tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran .

Klien minat dalam permainan bola jaring. Dia pernah mewakili sekolahnya dalam
permainan bola jaring. Klien aktif dalam permainan bola jaring. Klien menunjukkan perwatakan
yang senang didampingi oleh orang lain. Di tempat kediamanya, klien mempunyai ramai kawan
yang sebaya dengan umurnya. Klien juga mempunyai beberapa kawan di sekolahnya.

1.4 Senario Kes

Klien telah dirujuk oleh guru kelas kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Melalui
temubual bersama guru kelas adalah didapati bahawa sejak kebelakangan ini, klien sering kali
tidak menyiapkan kerja rumah dan apabila ditanya dia mengadu bahawa rakan-rakannya
ganggu dia. Di sini GBK mendapati bahawa murid mencari alasan untuk mengelak daripada
ditanya oleh guru.

2.0 APLIKASI KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

2.1 Tinjauan awal

Terdapat 3 kaedah yang digunakan untuk mengumpul data awal mengenai kes ini.
Antaranya ialah temu bual bersama guru kelas klien , menemu bual rakan sekelas klien bagi
meninjau tingkah laku klien semasa berada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Selain itu,
rekod pencapaian akademik klien juga telah dianalisis .

2
Temu bual
Guru kelas- terdapat perubahan tingkah laku klien
- sering tidak menyiapkan kerja rumah
- memberi pelbagai alasan jika ditanya

Temu bual
Rakan murung dalam kelas
- tidak menyiapkan kerja rumah

Analisis dokumen
- Menganalisis rekod pencapaian akademik
- Menyemak buku latihan murid

2.2 Aplikasi teori

Saya telah menggunakan Teori Rasional Emotif Tingkah Laku yang dipelopori oleh
Albert Ellis. Teori Rasional Emotif Tingkah Laku adalah satu teori yang mempunyai kelainan
dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Klien, Teori
Gestalt dan lain-lain lagi. Ini kerana teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif,
emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini juga memberikan penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak
deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayan
yang tidak rasional (Ellis,1993 dalam Sapora Sipon 2012).

Menurut Ellis 1976, manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses


kognitif,emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang
berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak
membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang
minimum selagi masih hidup.

Saya merasakan teori ini lebih sesuai bagi menangani kes kemerosotan akademik. Hal
ini disebabkan, menurut Ellis (1979), manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada
satu peristiwa tetapi disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap
peristiwa tersebut.Merujuk kepada kes ini, murid mempunyai pandangan tidak rasional bahawa
gangguan rakan yang menjadi sebab kemerosotan pencapaian akademik sedangkan , klien
malas dan tidak mengambil berat.

3
2.4 Aplikasi kaedah dan teknik mengikut teori kaunseling yang dipilih dengan kes

Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling saya telah menerima klien tanpa
syarat , menjadi seorang pendengar yang aktif serta mempunyai sifat empati. Saya menjadi
seorang pendengar yang aktif serta menunjukkan dorongan minima, hasilnya klien telah
bersedia untuk menyatakan masalah yang dihadapi. Teknik yang saya amalkan telah
menimbulkan kepercayaan klien terhadap saya . Ini menyebabkan tugasan saya lebih ringan
untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien.

Setelah melaksanakan sesi sebanyak 3 kali saya dapat mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh klien ,iaitu tidak tahu apakah yang penting bagi dirinya untuk mencapai kejayaan.
Klien dibelenggu dengan masalah sosial iaitu daripada pihak kawan-kawan yang suka
mengejek klien .

Selepas mengkaji secara dalaman, saya telah memilih teori Terapi Rasional Emotif
Tingkah Laku (REBT) yang diperkenalkan oleh Albert Ellis semasa fasa membincang alternatif.
Saya memilih teori ini kerana teori ini menekankan kepercayaan yang tidak rasional pada diri
individu yang menyebabkan berlakunya permasalahan kepada emosi dan tingkah laku individu.
Ia sama dengan klien saya iaitu pemikiran Sofia yang tidak rasional pada diri sendirinya yang
gangguan kawan-kawan menyebabkan dia tidak dapat memberi fokus dalam akademik lalu dia
malas mencuba dalam meningkatkan prestasi akademik . Klien berfikiran bahawa masalah
dengan kawan-kawan perlu diberi perhatian terlebih dahulu daripada pencapaian akademik.

Menurut teori REBT, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem
kepercayaan yang penuh dengan kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang
dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang
tidak rasional, beliau menyatakan bahawa seseorang individu mempercayai bahawa jika
terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka dia yang
seharusnya dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Hal ini
dibuktikan dengan situasi Sofia apabila dia cakap yang dia memang tidak berguna kepada
semua orang. Dia hanya beban di bumi ini dan dia juga menyatakan bahawa apa gunanya dia
hidup kalau dia tidak boleh elakkan diri daripada ejekkan kawan-kawan .

Selain itu, menurut Albert Ellis, seseorang itu mempercayai bahawa dia akan
menganggap dirinya yang sangat teruk sekiranya dia tidak dapat mencari penyelesaian yang
baik kepada kehidupan realiti. Jika kita kaitkan dengan diri Sofia , dia sentiasa merunggut dan

4
memikirkan tentang kawan-kawan yang suka mengejek dia . Sofia tidak mengambil langkah
pengubah untuk pencapaian akademiknya yang semakin merosot. Sofia juga telah mempunyai
satu kepercayaan bahawa pindah ke sekolah baru merupakan jalan penyelesaian untuk
mengelakkan diri daripada kawan-kawan yang tidak membantu malahan suka mengejek dan
membuli klien sahaja. Sofia belum lagi sedar bahawa dia kemungkinan besar akan mengalami
persekitaran yang sama seperti sekolah sekarang walaupun dia akan berpindah ke sekolah
baru nanti. Sofia belum sedar apakah perkara yang perlu diberi perhatian , iaitu antara kawan-
kawan yang tidak membantu dan suka mengejek atau prestasi akademik mahupun
kokurikulum.

Secara rumusanya , masalah Sofia ialah tidak dapat menentukan perkara yang perlu
diberi keutamaan. Sofia masih merunggut dengan kelakuan kawan-kawan yang suka mengejek.
Sofia tidak sedar tentang prestasi akademiknya yang semakin merosot.

2.3 Langkah-langkah tindakan (proses sesi)

Peringkat 1 :Mengkategorikan masalah

Pada peringkat ini, saya telah menentukan masalah yang dihadapi oleh Sofia iatu ,
tidak menumpukan perhatian dalam kelas dan sentiasa melayan kawan-kawan yang suka
mengejek sehinggakan bergaduh. Sofia sentiasa merunggut dengan kelakuan kawan-kawan
yang tidak seronok.Pencapaian akademik Sofia semakin merosot .

Peringkat 2 : Mengenal pasti kepercayaan yang tidak rasional

Apabila selesai mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Sofia, maka saya telah
melaksanakan peringkat kedua iaitu mengenal pasti kepercayaan tidak rasional yang dipegang
oleh Sofia.Kepercayaan tidak rasional yang dipegang oleh Sofia ialah , dia berfikiran bahawa ,
dia perlu mengatasi kawan-kawan yang mengejek dengan bergaduh ataupun dia perlu
berpindah ke sekolah baru.

Mengenal pasti masalah yang utama

Masalah utama Sofia ialah dia tidak tahu apakah perkara yang perlu diberi keutamaan.
Iaitu antara kawan-kawan yang suka mengejek atau tahap pencapaian dalam akademik
mahupun kokurikulum.

5
Membentuk matlamat

Saya telah membina satu skema konsep yang mengkategorikan masalah Sofia dalam bentuk A-
B-C-D-E.

A B C

(ACTIVATING (BELIEVE (CONSEQUENCES


)
EVENT) SYSTEM)

- Tidak
- Gaduh - mesti boleh
menumpukan

E
D

(EFFECT)
(DISPUTING

INTERVENTION) - Tidak
hiraukan

A - Activating event, adalah suatu peristiwa yang dialami seseorang.(gaduh dengan kawan-
kawan yang mengejeknya)

B Belief system, kepercayaan seseorang tentang kebenaran peristiwa tersebut.(Klien percaya


bahawa masalah dengan kawan-kawan hanya boleh diatasi dengan cara berpindah ke sekolah
baru)

C Consequence, Akibat emosi dan Tingkah laku (akibatnya, dia asyik merunggut tentang
karenah kawan-kawan yang suka mengejek dan tidak memberi perhatian dalam kelas)

D - Disputing, Intervensi yang bertentangan ( Saya telah mencabar pemikiran klien iaitu dengan
bertanyakan soalan yang manakah perlu diberi perhatian antara kawan dan pencapaian
akademik ) & melaksanakan teknik main peranan (role play)

E - Effect, emosi baru ( klien dapat membina celik akal sendiri daripada soalan yang diutarakan
lalu membincang beberapa alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya)

Peringkat 3 : Celik akal terapi rasional emotif tingkah laku

6
Pada tahap ini, saya telah membantu Sofia supaya memperolehi celik akal dan
membantu dia memikirkan cara-cara yang positif untuk menghadapi serta menangani
masalah. Di sini saya telah memberitahu dia yang kepercayaan yang dia pegang iaitu kawan-
kawan lebih diberi perhatian daripada pencapaian akademik , merupakan satu kepercayaan
yang tidak rasional.

Kemudian, saya juga telah memberi kesedaran bahawa ibu bapa dan pencapaian
akademik Sofia lebih penting berbanding dengan mengatasi kawan-kawan yang tidak
membantu langsung malahan hanya berfungsi untuk mengejek dan membulinya.

Klien sedar tentang pengorbanan ibu bapa dalam kehidupanya bagi memastikan klien
belajar bersungguh-sungguh. Saya telah memberi tahu tentang kepentingan pencapaian
akademik kepadanya. Akhirnya, klien menyedari bahawa untuk mencapai perubahan atau
matlamat dia perlu berusaha untuk mengatasi kepercayaan yang tidak rasional itu.

Teknik role play juga telah digunakan dalam peringkat ini. Saya bersama klien telah
menukar peranan. Saya bermain peranan sebagai klien manakala klien pula bermain peranan
sebagai rakan. Semasa main peranan, saya menunjukkan cara-cara bagaimana tidak
mengambil perhatian tentang ejekan rakan dan terus memberi fokus kepada guru yang sedang
mengajar.Melalui cara main peranan, celik akal dibina dalam diri klien.

Peringkat 4 : Mengajar perkara rasional

Pada peringkat ini, saya telah cuba membantu bersama Sofia untuk menangani
masalah emosi tingkah laku yang dihadapinya. Pada masa ini, saya membebaskan dia
daripada kepercayaan yang tidak rasional yang mengganggu emosi dia dan digantikan dengan
pemikiran yang rasional. Seterusnya, saya telah menyuruh dia untuk memberitahu usaha-usaha
yang boleh diambil untuk menumpukan perhatian di dalam kelas .

Peringkat 5 : Mewujudkan pemikiran baru

7
Pada tahap ini saya melakukan aktiviti mencabar ke atas klien. Saya menggunakan
strategi kogniif , tingkah laku dan emotif untuk membantu klien bagi menentukan sama ada idea
dia adalah rasional atau tidak.

Saya juga telah membantu dia membezakan antara idea-idea yang rasional dan tidak
rasional, kehendak dan keperluan, kesan yang tidak diingin dan kesan teruk. Saya yakin hal ini
akan membantu dia untuk memikirkan perkara-perkara yang baik dan rasional untuk
kepentingan dia. Saya telah menterjemahkan idea-idea logik dan rasional secara jelas dan
tepat.

Di samping itu, saya telah menggunakan teknik aspek kognitif. Semasa


mengaplikasikan teknik ini, saya akan menyuruh klien untuk berhujah mengenai kepercayaan-
kepercayaan yang tidak rasional dan menyuruh dia untuk membuktikannya. Saya juga telah
menyuruh untuk melakukan aktiviti harian seperti berkomunikasi dengan rakan sekelas yang
baik dan memainkan peranan dia sebagai seorang pelajar yang aktif dan cemerlang.Saya juga
meminta tidak menghiraukan tentang kawan-kawan yang suka mengejeknya.

2.5 Refleksi pengaplikasian teori,kaedah dan teknik

Setelah menggunakan teori REBT dalam menyelesaikan kes ini, saya merasakan
bahawa teori ini sesuai digunakan dalam kalangan murid sekolah rendah.Hal ini kerana, saya
berpendapat bahawa murid-murid sekolah rendah senang dibelenggu oleh pemikiran-pemikiran
yang tidak rasional. Maka adalah menjadi tanggungjawab GBK supaya membantu mereka
menjadi seorang insan yang sempurna dan memiliki pemikiran yang rasional.

Selain daripada itu, teknik role play juga dapat memberi gambaran tentang masalah
sebenar kepada klien.

3.0 DAPATAN KAJIAN KES

3.1 Analisis dapatan

Setelah melaksanakan beberapa sesi bersama klien ini, saya dapat membina celik akal
dalam diri klien. Saya dapat memberikan kesedaran kepada diri klien supaya mempunyai
matlamat yang jelas dalam kehidupan. Setelah tamat sesi, saya telah membuat tinjauan untuk
memastikan bahawa terdapat perubahan dari segi sikap dan tingkah laku klien. Saya telah
menemu bual guru kelas klien. Melalui temubual tersebut, saya mendapati bahawa klien

8
sekarang menumpukan perhatian dalam kelas dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru.

3.2 Rumusan dapatan

Setelah menggunakan teknik role play, klien dapat membina celik akal sendiri bahawa
dia perlu bertanggungjawab terhadap pelajaran dan rajin berusaha. Tingkah laku klien yang
baru akan diperhatikan dari semasa ke semasa dengan kerjasama guru kelas.

4.0 PENUTUP

4.1 Perbincangan

Setelah menyelesaikan kes ini, saya merasakan bahawa teori yang saya gunakan ini
memang sesuai digunakan dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini kerana teori REBT
bertujuan untuk mengajar dan memberi contoh teladan yang baik. Penggunaan teori ini agak
sukar untuk dipraktikkan kepada individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka
kerana sudah biasa dengan hidupnya. Walaubagaimanapun, saya masih menggunakan teori ini
untuk mengendalikan kes ini kerana saya merasakan bahawa murid-murid sekolah rendah
boleh dikawal dari segi tingkah laku dan tabiatnya. Oleh kerana REBT lebih menekankan
kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan dan emosi, saya merasakan bahawa ia
lebih sesuai untuk digunakan dalam kes ini.

Saya telah memilih teknik role play untuk menyelasaikan kes ini. Akan tetapi , setelah
menyelesaikan kes ini saya berpendapat bahawa saya boleh juga menggunakan teknik
ekonomi token daripada teori tingkah laku. Ekonomi token adalah salah satu teknik yang
biasanya digunakan bagi menghapuskan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini , dan
mewujudkan sesuatu tinh laku yang diingini. Merujuk kepada kes ini , tingkah laku yang tidak
diingini ialah tidak menyiapkan tugasan dan tidak memberi perhatian dalam kelas manakala
tingkah laku yang diingini ialah memberi perhatian dan meningkatkan pencapaian akademik
disamping tidak salahkan gangguan daripada rakan-rakan.Di dalam teknik ekonomi token,
biasanya kaunselor dan klien akan berbincang terlebih dahulu bagi menentukan :

a) tingkah laku yang ingin dihapuskan


b) tingkah laku yang ingin dibentuk ;
c) jenis-jenis peneguhan

9
Saya juga merasakan bahawa teknik ekonomi token ini lebih efisien sekiranya
digunakan dalam sesi. Tambahan pula, saya perlu banyakkan menggunakan kemahiran-
kemahiran asas kaunseling .Sebagai contoh, saya sebenarnya kurang memberi dorongan
minima apabila klien sedang bercerita. Pada sesi yang akan datang, saya perlu mempraktikkan
dorongan minima supaya klien merasakan bahawa saya sedang mendengar apa yang
diceritakan olehnya. Saya juga boleh menggunakan terapi dalam mengendalikan kes sebegini
pada masa akan datang. Terapi mampu membantu kanak-kanak untuk menceritakan sesuatu
peristiwa dengan lebih baik.

4.2 Cadangan penambahbaikan

Saya berpendapat bahawa keberkesanan sesi boleh ditingkatkan lagi sekiranya GBK
menggunakan terapi dan intervensi kanak-kanak.Hal ini kerana, saya berpendapat bahawa
terapi boleh memudahkan klien untuk menyatakan masalahnya tanpa apa-apa sekatan. Saya
perlu banyakkan penggunaan kemahiran-kemahiran asas kaunseling supaya sesi berbentuk
lebih profesional berbanding perbincangan biasa.

4.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kes kemerosotan akademik ini dapat diatasi dengan


menggunakan teori REBT dan teknik role play. Saya dapat membina celik akal dalam diri klien
serta menggubah sistem pemikirannya.

10

You might also like