You are on page 1of 10

Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 1

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK


Sidek’s Occupational Value Inventory
INPSTM
BAHAGIAN A: DESKRIPSI PEKERJAAN
Arahan:
A. Baca setiap deskripsi nilai pekerjaan berikut dengan teliti.
B. Setelah membaca setiap deskripsi pekerjaan, nyatakan keinginan anda terhadap
nilai pekerjaan tersebut dengan membulatkan nombor yang mewakili keinginan
anda berpandukan kekunci jawapan berikut:

Sangat Suka SS 5 Tidak Suka TS 2


Suka S 4 Sangat Tidak Suka STS 1
Tidak Pasti TP 3

1. MANUSIA
Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti
yang berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan digunakan untuk
berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Peranan anda termasuklah
menyelia, memujuk dan menolong. Selain itu beberapa aktivititi lain yang
mungkin akan anda lakukan termasuklah mengajar, mengubati,
memperkembang, memberi khidmat kaunseling serta memberi nasihat kepada
individu yang memerlukan.

2. DATA
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-
idea, maklumat-maklumat, serta rekod-rekod. Anda mungkin perlu mengumpul
maklumat, membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan
kerja-kerja menyelaras dan menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan
dan rumusan daripada data-data yang ada mungkin juga diperlukan di dalam
pekerjaan jenis ini. Minat anda yang mendalam untuk bermain-main dengan data
akan memungkinkan anda berjaya di dalam kerjaya ini.

3. BENDA
Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek sama ada objek kecil atau
objek besar. Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek
daripada kerja yang sehalus-halusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera
yang besar dan kompleks. Perhubungan sesama manusia adalah minima. Anda
mungkin terlibat dalam merekabentuk, merekacipta, membina dan memperbaiki
benda-benda.
4. PEMBANTU
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 2

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda bertanggungjawab kepada orang lain,


mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki
supaya sentiasa mengikut arahan ketua serta memberi perhatian penuh kepada
tugas yang diberikan kepada anda. Anda juga dikehendaki membuat sesuatu
mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaan anda untuk diarah daripada
melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri memungkinkan anda berjaya
dalam kerjaya jenis ini.

5. ALTRUISME

Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang
penting untuk pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan
kerja-kerja kebajikan. Anda mungkin dikehendaki membina hubungan dengan
orang yang tidak mempunyai kawan, menolong mereka yang tidak atau kurang
bernasib baik serta orang lain yang memerlukan pertolongan.

6. PEMIMPIN

Ciri-ciri utama di dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki memegang
jawatan yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Anda perlu
memberitahu tentang apa yang perlu mereka buat, mengarah dan mengawal
tingkah laku mereka. Anda juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan-
keputusan penting bagi kumpulan. Anda akan dianggap sebagai ketua yang
mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain menghormati dan
bertanggungjawab kepada anda.

7. AUTONOMI

Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di dalam


pekerjaan jenis ini. Anda dengan bebas boleh pergi dan balik dari tempat kerja
sesuka hati. Anda juga bebas menjadual masa bekerja dan melakukan kerja
mengikut cara yang anda suka. Kebebasan dalam membuat keputusan sendiri
dan berinisiatif merupakan kunci kepada kejayaan anda.

8. INTELEKTUAL

Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa anda untuk aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerja anda banyak melibatkan fikiran
demi mencari kebenaran serta menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya
imaginasi dan taakulan adalah perlu, begitu juga kebolehan anda mengatur dan
menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-kerja yang melibatkan perkara-
perkara abstraks dan teoritikal, anda mungkin dikehendaki mengkritik, menyoal,
menganalisis serta menggabungjalinkan segala keterangan-keterangan yang ada.
9. KREATIF
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 3

Pekerjaan jenis ini memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea dan


persembahan diri yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat
sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulinan dan keaslian dalam merekacipta
adalah dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaraan kerja.
Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara mempersembahkannya
secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.

10. KEJAYAAN
Kejayaan dan pencapain yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama
pekerjaan jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah
dikehendaki. Anda akan menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin
juga masalah-masalah yang berat dan rumit. Jika anda mempunyai semangat dan
kesungguhan lebih daripada yang biasa dimiliki oleh kebanyakan orang,
berkemungkinan besar anda akan berjaya di dalam pekerjaan ini.

11. ORGANISASI
Salah satu pra-syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan
anda menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan anda supaya
kelihatan kemas dan teratur. Anda pelru menyusun segala peristiwa sama ada
yang telah atau yang akan berlaku secara sistematik dan teliti. Dalam
menjalankan tugas-tugas harian anda, kecuaian dan ralat-ralat kecil biasanya
tidak dapat diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih awal dan
terperinci adalah perlu dan amat ditekankan.

12. KEUNTUNGAN
Pekerjaan jenis ini memberikan peluang kepada anda untuk menjadi kaya.
Kerjaya ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan anda
berupaya memiliki barang-barang berkualiti tinggi yang anda inginkan seperti
rumah, kereta, pakaian dan lain-lain lagi. Walaupun kadangkala anda terpaksa
berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk mendapatkan keuntungan yang
besar adalah tinggi.

13. PROMOSI
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang
memberikan anda peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah.
Anda mempunyai peluang untuk naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh
dan berautoriti. Walaupun anda mungkin terpaksa memulakan kerjaya anda
dengan jawatan yang rendah, anda boleh meningkat dengan cepat di dalam
sesebuah organisasi.
14. MASA LAPANG
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 4

Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di
luar masa kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak
masa untuk bercuti. Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan
anda juga berpeluang untuk meneruskan kegemaran, minat dan aktiviti-aktiviti
harian anda.

15. PENGIKTIRAFAN

Dalam pekerjaan jenis ini, anda akan menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat
umum. Anda akan dikenali dan dianggap penting oleh sebahagian besar ahli
masyarakat. Nama dan wajah anda akan dikenali secara meluas. Pujian kepada
diri anda dan kerja-kerja yang anda lakukan adalah banyak. Kedudukan anda
mempunyai martabat yang tinggi dan dianggap penting oleh ahli masyarakat.

16. SOKONGAN

Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong anda. Sebagai
seorang pekerja dan sebagai seorang individu, anda akan dilayan dengan kasih
sayang dan kebaikan. Ketua dan pembantu-pembantu anda amat memahami,
bertimbangrasa dan selalu memberi galakan dan dorongan. Mereka begitu
mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anda. Anda juga biasanya
ditawarkan bantuan jika anda memerlukan.

17. KESELAMATAN

Pekerjaan jenis ini membolehkan anda merasa bebas daripada kebimbangan


kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Anda merasa selamat dengan
perubahan-perubahan semasa yang berlaku di sekeliling anda kerana anda
mengetahui kehidupan anda dan keluarga anda stabil, kekal dan boleh
dijangkakan. Secara keseluruhannya pendapatan anda tidak dipengaruhi oleh
kesempitan hidup.

18. KEBUDAYAAN

Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda mestilah berkebolehan menikmati dan
menghargai seni. Keupayaan anda untuk menghayati bentuk, imbangan,
kelembutan, keharmonian dan kecantikan sesuatu benda adalah amat
berguna dan berharga. Anda mungkin dikehendaki mengumpulkan benda-benda
yang seni, cantik dan mempunyai erti. Anda juga dikehendaki supaya
memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.
19. AGAMA
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 5

Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah anda
mesti mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan luas. Anda akan selalu
terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Peluang
untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai-nilai yang
berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan
kepada anda.

20. KEPELBAGAIAN

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda berhadapan dengan keadaan-keadaan dan


masalah-masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Anda mungkin
dikehendaki mengendali dan membuat penyelidikan berkaitan dengan
persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa anda mungkin akan dihabiskan
untuk perjalanan ke tempat-tempat yang anda tidak biasa. Risiko sama ada kecil
atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami
perubahan yang akan berlaku.

21. AKTIVITI

Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini adalah minat dan cinta anda
kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk fizikal. Anda perlu mempunyai kecergasan
yang tinggi. Kesihatan, kekuatan, dan ketabahan yang tinggi adalah satu
kemestian. Anda mungkin dikehendaki mengangkat benda-benda yang berat,
bekerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat terhadap
pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk kejayaan
dalam bidang kerjaya ini.
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 6

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK


Sidek’s Occupational Value Inventory
INPSTM
BAHAGIAN B: PERBANDINGAN NILAI PEKERJAAN

Arahan:

Pada setiap agen, pilih mana dariapda 5 pekerjaan yang anda paling suka dan bulatkan
nombor 5 di sebelah nama pekerjaan itu. Bulatkan nombor 4 di sebelah nama pekerjaan
yang kedua anda sukai. Bulatkan nombor 3 bagi pekerjaan pilihan ketiga, nombor 2 bagi
pekerjaan pilihan keempat dan akhirnya nombor 1 bagi pekerjaan pilihan kelima. Tidak
ada dua atau lebih pekerjaan dalam agen tertentu yang mempunyai nombor yang sama.
Sila gunakan sistem ini untuk membuat pemilihan bagi setiap agen yang disenaraikan.

Frasa-frasa berikut menerangkan setiap pekerjaan dengan ringkas sekali lagi. Sila rujuk
deskripsi lengkap di Bahagian A sekiranya frasa yang disediakan masil tidak jelas dan
tidak dapat membantu anda dalam membuat pangkatan.

1. MANUSIA Banyak masa digunakan untuk berhubung dan berinteraksi


dengan manusia.

2. DATA Bekerja dengan nombor-nombor, idea, maklumat serta


rekod termasuk menyelaras dan menanalisis data.

3. BENDA Bekerja dengan objek sama ada kecil atau besar termasuk
merekacipta dan memperbaiki benda.

4. PEMBANTU Bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut peraturan


dan arahan.

5. ALTRUISME Baik hati, suka menolong, memberi perhatian, murah hati


dan mengasihi orang lain

6. PEMIMPIN Mempunyai pengaruh dan prestij. Berautoriti tetapi


mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap orang lain.

7. AUTONOMI Kebebasan melakukan sesuatu dan membuat keputusan.


Berinisiatif dan berdikari dalam melakukan sesuatu.

8. INTELEKTUAL Melibatkan banyak masa dengan aktiviti keilmuan dan


cintakan kebenaran.
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 7

9. KREATIF Keaslian dan ketulenan dipraktikkan dalam menyelesaikan


masalah dan penyelenggaraan kerjasama.

10. KEJAYAAN Mempunyai cita-cita dan pencapaian yang tinggi. Perlu


bekerja keras, kerja-kerja yang dilakukan sangat mencabar
dan rumit. Perlukan semangat dan kesungguhan untuk
berjaya.

11. ORGANISASI Struktur, kekemasan dan ketelitian dalam menjalankan


tugas adalah suatu keperluan dan kemestian. Perlu
sistematik dan ralat-ralat kecil tidak dapat diterima.

12. KEUNTUNGAN Faedah ekonomi yang tinggi dan mempunyai peluang yang
besar untuk menjadi kaya.

13. PROMOSI Adanya peluang kenaikan pangkat yang memberikan ruang


untuk maju dan meningkat.

14. MASA LAPANG Waktu kerja pendek. Terdapat banyak masa untuk berehat,
bergembira dan meneruskan kegemaran serta hobi anda.

15. PENGIKTIRAFAN Dikenali, dipuja dan dianggap penting oleh orang ramai.
Kedudukan mempunyai mertabat serta menjadi tumpuan
umum.

16. SOKONGAN Persekitaran kerja yang menyokong dan mesra. Ketua dan
rakan memahami dan bertimbang rasa, memberi galakan
dan dorongan.

17. KESELAMATAN Bebas daripada kebimbangan kehilangan pekerjaan dan


punca pendapatan. Kedudukan kewangan stabil dan tidak
dipengaruhi oleh kesempitan hidup.

18. KEBUDAYAAN Menghargai dan menikmati seni, bentuk, imbangan,


kelembutan, kecantikan dan kebudayaan.

19. AGAMA Berdakwah, mengajar, menjadi model dan berkongsi nilai


yang berkaitan dengan agama.

20. KEPELBAGAIAN Berhadapan dengan masalah-masalah baru yang berbeza


serta risiko yang tidak dapat dielakkan.

21. AKTIVITI Aktiviti-aktiviti fizikal di mana kesihatan dan ketabahan


yang tinggi diperlukan. Perlu tenaga dan kekuatan.
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 8

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK


Deskripsi Pekerjaan
INPSTM
Borang Jawapan Bahagian A Oleh Sidek Mohd Noah, Ph.D.
Nama
Jantina Umur
Pendidikan Pekerjaan
No K.P. Tarikh

BAHAGIAN A: DESKRIPSI PEKERJAAN

Tandakan keutamaan pekerjaan anda dengan membulatkan nombor yang mewakili


jawapan anda berpandukan kekunci jawapan berikut:

Sangat Suka SS 5 Tidak Suka TS 2


Suka S 4 Sangat Tidak Suka STS 1
Tidak Pasti TP 3

1. Manusia 5 4 3 2 1 12. Keuntungan 5 4 3 2 1

2. Data 5 4 3 2 1 13. Promosi 5 4 3 2 1

3. Benda 5 4 3 2 1 14. Masa Lapang 5 4 3 2 1

4. Pembantu 5 4 3 2 1 15. Pengiktirafan 5 4 3 2 1

5. Altruisme 5 4 3 2 1 16. Sokongan 5 4 3 2 1

6. Pemimpin 5 4 3 2 1 17. Keselamatan 5 4 3 2 1

7. Autonomi 5 4 3 2 1 18. Kebudayaan 5 4 3 2 1

8. Intelektual 5 4 3 2 1 19. Agama 5 4 3 2 1

9. Kreatif 5 4 3 2 1 20. Kepelbagaian 5 4 3 2 1

10. Kejayaan 5 4 3 2 1 21. Aktiviti 5 4 3 2 1

11. Organisasi 5 4 3 2 1
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010 9

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK


Perbandingan Pekerjaan
INPSTM
Borang Jawapan Bahagian B Oleh Sidek Mohd Noah, Ph.D.

A Kreatif 5 4 3 2 1 A Keuntungan 5 4 3 2 1 A Organisasi 5 4 3 2 1


G Data 5 4 3 2 1 G Kreatif 5 4 3 2 1 G Intelektual 5 4 3 2 1
E Keselamatan 5 4 3 2 1 E Autonomi 5 4 3 2 1 E Keuntungan 5 4 3 2 1
N Agama 5 4 3 2 1 N Benda 5 4 3 2 1 N Sokongan 5 4 3 2 1
Benda 5 4 3 2 1 Altruisme 5 4 3 2 1 Kreatif 5 4 3 2 1
1 2 3

A Data 5 4 3 2 1 A Kebudayaan 5 4 3 2 1 A Pengikrirafan 5 4 3 2 1


G Promosi 5 4 3 2 1 G Aktiviti 5 4 3 2 1 G Manusia 5 4 3 2 1
E Intelektual 5 4 3 2 1 E Data 5 4 3 2 1 E Altruisme 5 4 3 2 1
N Pengiktirafan 5 4 3 2 1 N Manusia 5 4 3 2 1 N Aktiviti 5 4 3 2 1
Pembantu 5 4 3 2 1 Masa Lapang 5 4 3 2 1 Pemimpin 5 4 3 2 1
4 5 6

A Keselamatan 5 4 3 2 1 A Aktiviti 5 4 3 2 1 A Promosi 5 4 3 2 1


G Masa Lapang 5 4 3 2 1 G Agama 5 4 3 2 1 G Organisasi 5 4 3 2 1
E Organisasi 5 4 3 2 1 E Benda 5 4 3 2 1 E Autonomi 5 4 3 2 1
N Kejayaan 5 4 3 2 1 N Masa Lapang 5 4 3 2 1 N Intelektual 5 4 3 2 1
Pengiktirafan 5 4 3 2 1 Keuntungan 5 4 3 2 1 Data 5 4 3 2 1
7 8 9

A Masa Lapang 5 4 3 2 1 A Agama 5 4 3 2 1 A Pembantu 5 4 3 2 1


G Benda 5 4 3 2 1 G Pemimpin 5 4 3 2 1 G Kebudayaan 5 4 3 2 1
E Agama 5 4 3 2 1 E Aktiviti 5 4 3 2 1 E Manusia 5 4 3 2 1
N Kepelbagaian 5 4 3 2 1 N Promosi 5 4 3 2 1 N Pemimpin 5 4 3 2 1
Intelektual 5 4 3 2 1 Sokongan 5 4 3 2 1 Aktiviti 5 4 3 2 1
10 11 12

A Sokongan 5 4 3 2 1 A Benda 5 4 3 2 1 A Intelektual 5 4 3 2 1


G Kejayaan 5 4 3 2 1 G Keselamatan 5 4 3 2 1 G Autonomi 5 4 3 2 1
E Promosi 5 4 3 2 1 E Sokongan 5 4 3 2 1 E Pembantu 5 4 3 2 1
N Organisasi 5 4 3 2 1 N Kebudayaan 5 4 3 2 1 N Keselamatan 5 4 3 2 1
Keselamatan 5 4 3 2 1 Kejayaan 5 4 3 2 1 Manusia 5 4 3 2 1
13 14 15

A Manusia 5 4 3 2 1 A Kepelbagaian 5 4 3 2 1 A Altruisme 5 4 3 2 1


G Pemimpin 5 4 3 2 1 G Pengiktirafan 5 4 3 2 1 G Pembantu 5 4 3 2 1
E Pengiktirafan 5 4 3 2 1 E Kreatif 5 4 3 2 1 E Kejayaan 5 4 3 2 1
N Pembantu 5 4 3 2 1 N Masa Lapang 5 4 3 2 1 N Keuntungan 5 4 3 2 1
Promosi 5 4 3 2 1 Autonomi 5 4 3 2 1 Organisasi 5 4 3 2 1
16 17 18

A Pemimpin 5 4 3 2 1 A Autonomi 5 4 3 2 1 A Kejayaan 5 4 3 2 1


G Keuntungan 5 4 3 2 1 G Sokongan 5 4 3 2 1 G Altruisme 5 4 3 2 1
E Kepelbagaian 5 4 3 2 1 E Kebudayaan 5 4 3 2 1 E Kepelbagaian 5 4 3 2 1
N Altruisme 5 4 3 2 1 N Kreatif 5 4 3 2 1 N Data 5 4 3 2 1
Kebudayaan 5 4 3 2 1 Kepelbagaian 5 4 3 2 1 Agama 5 4 3 2 1
19 20 21
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek - INPS 2010
10

You might also like