You are on page 1of 4

INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK

Sideks Occupational Value Inventory


INPS TM
BAHAGIAN A : DESKRIPSI PEKERJAAN
Arahan :
A. Baca setiap deskripsi nilai pekerjaan berikut dengan teliti.
B. Setelah membaca setiap deskripsi pekerjaan, nyatakan keinginan anda terhadap nilai
pekerjaan tersebut dengan membulatkan nombor yang mewakili keinginan anda
berpandukan kekunci jawapan berikut :
Sangat Suka SS 5
Suka S 4
Tidak Pasti TP 3
Tidak Suka TS 2
Sangat Tidak Suka STS 1

1. MANUSIA
Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang
berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan digunakan untuk berhubung dan
berinteraksi dengan orang lain. Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan
menolong. Selain itu beberapa aktiviti lain yang mungkin akan anda lakukan termasuklah
mengajar, mengubati, memperkembang, memberi khidmat kaunseling serta memberi nasihat
kepada individu yang memerlukan.

2. DATA
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea,
maklumat-maklumat dan rekod-rekod. Anda mungkin perlu mengumpul maklumat,
membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan
menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan daripada data-data yang
ada mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat anda yang mendalam untuk
bermain-main dengan data akan memungkinkan anda berjaya di dalam kerjaya ini.

3. BENDA
Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek sama ada objek kecil atau objek besar.
Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek daripada kerja yang
sehalus-halusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar dan kompleks.
Perhubungan sesama manusia adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk,
merekacipta, membina dan memperbaiki benda-benda.

4. PEMBANTU

Pekerjaan jenis ini memerlukan anda bertanggungjawab kepada orang lain, mengikut undang-
undang dan peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut arahan
ketua serta memberi arahan penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda. Anda juga
dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaan anda untuk
diarah daripada melakukan sesuatu mengikut kehendak diri memungkinkan anda berjaya
dalam kerjaya jenis ini.

5. ALTRUISME
Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang penting untuk
pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan. Anda
mungkin dikehendaki membina hubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan,
menolong mereka yang tidak atau kurang bernasib baik serta orang lain yang memerlukan
pertolongan.
6. PEMIMPIN
Ciri-ciri utama dalam pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki memegang jawatan yang
mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang berat. Anda perlu memberitahu tentang apa
yang perlu mereka buat, mengarah dan mengawal tingkah laku mereka. Anda juga
bertanggungjawab untuk membuat keputusan-keputusan penting bagi kumpulan. Anda akan
dianggap sebagai ketua yang mempunyai prestij dan pengaruh yang membuatkan orang lain
menghormati dan bertanggungjawab kepada anda.

7. AUTONOMI
Autonomi dan kebebasan adalah merupakan unsur-unsur yang penting di dalam pekerjaan
jenis ini. Anda dengan bebas boleh pergi dengan balik dari tempat kerja sesuka hati. Anda
juga bebas menjadual masa bekerja dan melakukan kerja mengikut cara yang anda suka.
Kebebasan dalam membuat keputusan sendiri dan berinisiatif merupakan kunci kepada
kejayaan anda.

8. INTELEKTUAL
Pekerjaan jenis ini melibatkan banyak masa anda untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan. Kerja-kerja anda banyak melibatkan fikiran demi mencari
kebenaran serta menambah khazanah ilmu pengetahuan. Daya imaginasi dan taakulan adalah
perlu, begitu juga kebolehan anda mengatur dan menyusun ilmu pengetahuan. Dalam kerja-
kerja yang melibatkan perkara-perkara abstraks dan teoritikal, anda mungkin dikehendaki
mengkritik, menyoal, menganalisis serta menggabungjalinkan segala keterangan-keterangan
yang ada.

9. KREATIF
Pekerjaan jenis ini memerlukan individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan diri
yang unik. Gaya hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis
ini. Ketulenan dan keaslian dalam merekacipta adalah dipraktik dalam penyelesaian masalah
dan penyelenggaraan kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara
mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian.

10. KEJAYAAN
Kejayaan dan pencapaian yang tinggi merupakan keperluan dan ciri-ciri utama pekerjaan
jenis ini. Matlamat yang jelas dan cita-cita yang tinggi adalah dikehendaki. Anda akan
menghadapi kerja-kerja yang mencabar dan mungkin juga masalah-masalah yang berat dan
rumit. Jika anda mempunyai semangat dan kesungguhan lebih daripada yang biasa dimiliki
oleh kebiasaan orang, berkemungkinan besar anda akan berjaya di dalam pekerjaan ini.

11. ORGANISASI
Salah satu pra syarat yang perlu ada untuk pekerjaan jenis ini adalah kebolehan anda untuk
menyusun dan menyelenggara barang-barang di bawah jagaan anda supaya kelihatan kemas
dan teratur. Anda perlu menysun segala peristiwa sama ada yang telah atau yang akan brlaku
secara sistematik dan teliti. Dalam menjalankan tugas-tugas seharian anda, kecuaian dan
ralat-ralat kecil biasanya tidak dapat diterima. Kebolehan anda menyusun sesuatu kerja lebih
awal dan terperinci adalah perlu dan amat ditekankan.
12. KEUNTUNGAN
Pekerjaan jenis ini memberikan peluang kepada anda untuk menjadi lebih kaya. Kerjaya jenis
ini memberikan faedah ekonomi yang tinggi yang memungkinkan anda berupaya memiliki
barang-barang berkualiti tinggi yang anda inginkan seperti rumah, kereta, pakaian dan lain-
lain lagi. Walaupun kadang-kala anda terpaksa berhadapan dengan risiko, tetapi potensi untuk
mendapatkan keuntungan yang besar adalah tinggi.

13. PROMOSI
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah adanya kenaikan pangkat, yang memberikan anda
peluang untuk maju ke hadapan selangkah demi selangkah. Anda mempunyai peluang untuk
naik ke atas menjadi orang yang berpengaruh dan berautoriti. Walaupun anda mungkin
terpaksa memulakan kerjaya anda dengan jawatan yang rendah, anda boleh meningkat
dengan cepat di dalam sesebuah organisasi.

14. MASA LAPANG


Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah ia tidak mengganggu kehidupan anda di luar masa
kerja. Waktu kerja anda adalah pendek dan anda mempunyai banyak masa untuk bercuti.
Anda akan mempunyai banyak masa untuk bergembira dan anda juga berpeluang untuk
meneruskan kebenaran, minat dan aktiviti-aktiviti harian anda.

15. PENGIKTIRAFAN
Dalam pekerjaan jenis ini, anda akan menjadi perhatian dan tumpuan masyarakat umum.
Anda akan dikenali dan dianggap penting oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Nama dan
wajah anda akan dikenali secara meluas. Pujian kepada diri anda dan kerja-kerja yang anda
lakukan adalah banyak. Kedudukan anda mempunyai martabat yang tinggi dan dianggap
penting oleh ahli menyarakat.

16. SOKONGAN
Persekitaran kerja dalam pekerjaan jenis ini amat menyokong anda. Sebagai seorang pekerja
dan sebagai seorang individu, anda akan dilayan dengan kasih sayang dan kebaikan. Ketua
dan pembantu-pembantu anda amat memahami, bertimbangrasa dan selalu memberi galakan
dan dorongan. Mereka begitu mengambil berat tentang keselesaan dan kesejahteraan anda.
Anda juga biasanya ditawarkan bantuan jika anda memerlukan.

17. KESELAMATAN
Pekerjaan jenis ini membolehkan anda merasa bebas daripada kebimbangan kehilangan
pekerjaan dan punca pendapatan. Anda merasa selamat dengan perubahanperubahan semasa
yang berlaku di sekeliling anda kerana anda mengetahui kehidupan anda dan keluarga anda
stabil, kekal dan boleh dijangkakan. Secara keseluruhan pendapatan anda tidak dipengaruhi
oleh kesempitan hidup.

18. KEBUDAYAAN
Untuk berjaya di dalam kerjaya ini anda mestilah berkebolehan menikmati dan menghargai
seni. Keupayaan anda untuk menghayati bentuk , imbangan , kelembutan, keharmonian dan
kecantikan sesuatu benda adalah amat berguna dan berharga. Anda mungkin dikehendaki
supaya memperkembangkan minat dan penghargaan terhadap seni dan budaya.

19. AGAMA
Salah satu pra-syarat utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini adalah mesti mempunyai
pengetahuan agama yang tinggi dan luas. Anda akan selalu terlibat dengan aktivitiaktiviti
yang berkaitan dengan keagamaan, peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan
berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang
diberikan kepada anda.
20. KEPELBAGAIAN
Pekerjaan jenis ini memerlukan anda berhadapan dengan keadaan-keadaan dan masalah-
masalah baru dan berbeza untuk diselesaikan. Anda mungkin dikehendaki mengendali dan
membuat penyelidikan berkaitan dengan persekitaran fizikal dan sosial anda. Banyak masa
anda mungkin akan dihabiskan untuk perjalanan ke tempat-tempat yang tidak biasa. Risiko
sama ada kecil atau besar tidak dapat dielakkan. Anda mesti bersedia untuk mengalami
perubahan yang akan berlaku.

21. AKTIVITI
Satu daripada keperluan utama pekerjaan jenis ini minat dan cinta anda kepada aktiviti-
aktiviti yang berbentuk fizikal. Anda perlu kecergasan yang tinggi. Kesihatan, kekuatan dan
ketabahan yang tinggi adalah satu kemestian. Anda mungkin dikehendaki mengangkat benda-
benda berat, berkerja di dalam bangunan dan mungkin juga di luar bangunan. Minat terhadap
pergerakan yang memerlukan tenaga dan kekuatan adalah perlu untuk kejayaan dalam bidang
kerjaya ini.

You might also like