You are on page 1of 80

1

Latarbelakang
1980 mula di perkatakan
1987 YAB PM pelancaran Gerakan
Budaya Cemerlang
1990 Jawatankuasa Budaya
Korporat di tubuhkan.
1993 Promosi / pelaksanaan
(Perkhidmatan Penyayang)
1996 Handbook Kerj Berpasukan.

1997 Profesionalisme Pendidikan jarak


jauh.
2
Definisi

Perlakuan suatu bentuk amalan yang


berasaskan kepada nilai-nilai bersama dan
komited terhadap objektif Kementerian

3
Mengapa mengamalkan Budaya
Koporat ?
Wawasan 2020.
Wawasan KKM.
Perkembangan semasa.
Urusan pekerjaan.
Penswastaan.

4
(1) Perkhidmatan Penyayang
Bersopan santun Berbudi bahasa
- Bertimbangrasa
- Sedia membantu
Responsif - Proaktif
- Bertindak dengan
pantas.
- Ketepatan masa
Hormat menghormati Privasi orang lain
- Rahsia orang lain
- Amal etiket sosial

5
(2) Kerja Berpasukan
Bersatu menuju matlamat
Perasaan kekitaan
Kepimpinan
Saling mempercayaai
Akauntabiliti
Pengetahuan dan Kemahiran
Kreativiti/Inovasi
Kerjasama dalam pasukan & kesepakatan

6
(3) Profesionalisme

Komitmen
Disiplin
Cara yang terbaik
Etika Kerja
Taraf Kerja

7
Strategi Penerapan Nilai Budaya
Korporat
Penguatkuasan Perlaksanaan, Penilaian, dan
Penambaikan.
PKPA.
Emotional Quotient (EQ).
Komunikasi Berkesan.
Sokongan Atasan.
Amalan & Teladan.
Kesedaran & Latihan.

8
KERJA
BERPASUK
AN
Apakah Itu Pasukan ?
Apakah itu Pasukan?

Bekerja bersama dengan


harmoni bagi mencapai
satu matlamat yang sama.
Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan adalah lebih berkesan sekiranya
elemen-elemen serta proses kerja berpasukan
difahami dan dilaksanakan.
Lapan elemen dalam kerja berpasukan adalah :
Bersatu menuju matlamat
Perasaan kekitaan
Kepimpinan
Saling mempercayai
Akauntabiliti
Pengetahuan dan kemahiran
Kreativiti/Inovasi
Kerjasama dalam pasukan dan kesepakatan
Bersatu menuju matlamat

Sekiranya setiap anggota mempunyai


matlamat yang berbeza, organisasi tersebut
pasti tidak akan dapat mencapai objektifnya.

Oleh itu setiap organisasi perlu mewujudkan


matlamat dan objektif yang dikehendaki dan
menyebarkan kepada semua anggota.

Apa yang mustahak bukanlah penyebarannya


saja tapi memahami matlamat dan objektif
tersebut.
Bagaimana boleh kita sentiasa
bersatu menuju matlamat?
Pertama, dari masa ke masa, ketua jabatan
perlu mengingatkan kembali tentang
matlamat dan objektif-objektif jabatan. Ini
dapat dilakukan semasa perhimpunan bulanan
atau mesyuarat ketua-ketua unit.
Kedua, penilaian objektif jabatan hendak
dilakukan lebih kerap, jangan tunggu akhir
tahun. Sekurang-kurangnya penilaian ini
dilakukan dua kali setahun.
Ketiga, setiap anggota termasuk anda sendiri,
apabila ingin memulakan tugas, perlu berfikir
samada kerja yang anda lakukan ini ada
berkaitan dengan objektif jabatan atau tidak.
Perasaan kekitaan

Setiap ahli dalam pasukan berkongsi identiti


yang sama dan ini dapat memperkayakan
perasaan kekitaan.

Perasaan kekitaan pula meningkatkan


komitmen ahli pasukan.

Komitmen kepada pasukan menggalakkan


perasaan kepunyaan dan menghasilkan
sikap perkongsian.
Bagaimanakah anda boleh
menanamkan perasaan kekitaan
dalam diri anda?

Pertama, anda kena yakin bahawa anda adalah


seorang anggota Kementerian Kesihatan.
Kedua, anda harus percaya bahawa tugas anda
adalah murni iaitu membantu orang lain yang
memerlukan bantuan terutamanya pesakit,
samada secara langsung atau tidak langsung.
Ketiga, anda mesti memaksa diri anda suka
memakai pakaian seragam yang berkaitan
dengan pekerjaan anda.
Keempat, anda bekerja bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan imej jabatan anda.
Kepimpinan

Kepimpinan bererti berupaya merangsang


penghasilan yang terbaik dari seseorang serta
boleh memberi panduan bagi mencapai
matlamat yang sama.

Kepimpinan yang berkesan adalah perlu bagi


memastikan komitmen ahli dan menentukan
arah tujuan untuk mendapatkan hasil.

Oleh yang demikian, setiap orang adalah


pemimpin dan bertanggungjawab di atas apa
yang kita pimpin.
Bagaimanakah kita boleh
menjadi seorang pemimpin
yang baik?

Yang paling penting adalah sikap


bertanggungjawab.
Sifat kedua yang penting bagi
seseorang pemimpin adalah untuk
mempengaruhi orang lain.
Sifat ketiga adalah berpengetahuan
Saling mempercayai

Sifat
percaya bererti mempunyai
keyakinan ke atas kewibawaan dan
keupayaan ahli-ahli dalam pasukan.
Kepercayaan adalah asas pembinaan
pasukan. Sikap mempercayai adalah
perlu untuk kerjasama yang
berpanjangan.
Tanpa kepercayaan, konflik akan
berlaku.
Bagaimana anda boleh
melahirkan sifat saling
mempercayai?
Terlebih dahulu, anda harus mempamirkan
sifat ini.

Bagaimana harus dilakukan? Cuba anda


bayangkan jika semua emosi boleh disimpan
di dalam sebuah bank. Jika banyak kita
simpan emosi dalam bank, maka bertambah
jumlah emosi di dalam akaun kita. Jika kita
keluarkan emosi dari bank, maka
berkuranglah jumlah emosi kita dalam
akaun.
Akauntabiliti

Akauntabiliti merangkumi sikap


bertanggungjawab oleh setiap ahli di atas
kejayaan atau kegagalan pasukan. Setiap ahli
bertanggungjawab ke atas semua sumbangan
kepada pasukan, samada sumbangan individu
atau sumbangan bersama.

Akauntabiliti di dalam konteks budaya korporat


bukan sahaja sekadar bertanggungjawab, tetapi
termasuk juga tindakan yang diambil bagi
membetulkan keadaan.
Akauntabiliti

Apabila berhadapan dengan sesuatu perkara atau


masalah yang dihasilkan oleh tindakan anda samada
di waktu pejabat atau luar pejabat, anda digalakkan
melakukan perkara berikut :
Jangan panik;
Akui bahawa perkara ini berlaku disebabkan tindakan
anda atau kumpulan anda;
Jangan lari dari perkara tersebut;
Jangan cuba menuduh orang lain;
Analisa situasi dengan menggunakan informasi
sebanyak mungkin;
Berbincang dengan ahli kumpulan jika ianya melibatkan
kumpulan;
Ambil tindakan untuk membetulkan keadaan;
Menilai keberkesanan tindakan.
Akauntabiliti

Sekiranya anda telah mengambil


tindakan bagi memperbetulkan
keadaan, anda bukan sahaja
seorang yang bertanggungjawab
tetapi telah menonjolkan sifat
akauntabiliti.
Pengetahuan dan
kemahiran

Pasukan memerlukan kemahiran yang luas


dan pelbagai untuk mencapai matlamat dan
objektif pasukan.
Sebagai ahli di dalam pasukan, anda akan
dapat membantu pasukan berfungsi dengan
efektif dengan sumbangan dalam bentuk :
kemahiran teknikal;
kemahiran pengurusan dan
penyelesaian masalah
kemahiran antara perseorangan
(interpersonal)
Pengetahuan dan
kemahiran

Kita boleh membentuk dan memperbaiki


kemahiran melalui beberapa kaedah seperti :
menjalankan kerja dengan sendiri;
menjalankan kerja di bawah
pengawasan orang lain;
dengan membaca;
dengan memerhati bagaimana orang
lain menjalankannya;
dengan mengingati kembali tentang
bagaimana kita telah menjalankannya
dahulu.
Pengetahuan dan
kemahiran

Memang tidak dapat dinafikan bahawa


pengetahuan adalah asas bagi mencapai
kemahiran. Tanpa ilmu pengetahuan seseorang
itu tidak dapat menjiwai kerja yang sedang
dibuatnya.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi


perlu dipraktikkan, jika tidak ianya tidak
berguna.

Pembelajaran merupakan suatu proses yang


berterusan.
Pengetahuan dan
kemahiran

Adalah menjadi tanggungjawab


kita untuk memastikan bahawa
kita sentiasa berpengetahuan dan
mahir di dalam menjalankan tugas
harian. Jika tidak, ada orang yang
akan menderita di atas kesilapan
kita.
Kreativiti dan inovasi

Seseorang itu boleh dikatakan


kreatif jika dia boleh menjana
perkara-perkara yang baru.
Inovasi pula adalah idea-idea baru
dalam semua aspek untuk
menghasilkan perkhidmatan yang
berkualiti.
Kreativiti

Semua orang kreatif samada ia sedari


atau tidak. Semasa kecil, kita
sememangnya semula jadi kreatif.
Apabila membesar dan mendewasa, kita
sering di cegah jangan buat itu ..
jangan buat ini. Ibubapa kita sering
melarang kita supaya jangan panjat
pokok atau jangan conteng dinding dan
sebagainya. Apabila bekerja, kita juga
dikehendaki mematuhi peraturan. Ini
boleh menyekat daya kreativiti.
Kreativiti

Oleh itu kita perlu belajar


bagaimana menjadi kreatif.
Berikut ada beberapa teknik :
Mind mapping;
Random responses;
Group Creativity.
Kerjasama dalam pasukan
dan kesepakatan
Terdapat banyak pasukan di dalam Kementerian
Kesihatan dan pasukan-pasukan ini adalah
bergantungan antara satu sama lain. Kerjasama
dalam satu pasukan mudah diwujudkan tetapi
kerjasama antara satu pasukan dengan pasukan
yang lain selalunya sukar.
Kita mesti sedar bahawa kita bukan kerja
semata-mata untuk pasukan tersebut, tetapi
kita kerja untuk organisasi tersebut. Walaupun
pasukan tersebut telah menunjukkan prestasi
yang cemerlang, tetapi organisasinya telah
merosot, orang luar akan kata juga anggota-
anggota di situ tidak bagus
Bagaimana untuk menerapkan
nilai-nilai budaya korporat di
dalam tugas harian.
Seseorang itu boleh mempelajari sesuatu ilmu
tetapi sukar untuk mengamalkannya. Mengapa
ini boleh terjadi?
Ada dua sebab mengapa seseorang itu telah
mempelajari sesuatu ilmu tetapi tidak
mengamalkannya.
Pertama, ia tidak mempercayai bahawa perkara
tersebut adalah mustahak untuk dirinya.
Kedua, tidak ada kuasa untuk mendorong atau
memaksanya untuk melakukan amalan tersebut.
Bagaimana untuk menerapkan
nilai-nilai budaya korporat di
dalam tugas harian.
Untuk membolehkan seseorang itu membuka
pintu hatinya untuk menerima atau
mempercayai sesuatu perkara itu, ia mesti
bersikap positif.
Walaubagaimanapun, sudah menjadi budaya
hidup kita yang selalu dipenuhi oleh sikap-
sikap yang negatif.
Oleh itu, sukar untuk kita bersikap positif
kalau hati dan kelakuan dikelilingi oleh
perkara-perkara negatif.
Oleh yang demikian, perkara-perkara negatif
ini perlu dikikis sebelum hati kita boleh
memulakan perkara-perkara yang positif.
Sifat Negatif

Mementingkan diri sendiri


Hasad dengki
Lembab & Malas
Tidak amanah
Pemarah & Tidak sabar
Suka menghina orang lain
Mengumpat & Fitnah
Bohong & Berpura-pura
Ada beberapa cara untuk
mengikis sifat buruk ini.

Yang pertama adalah untuk


mengenalpasti bahawa sifat-sifat
negatif ini wujud dalam diri kita.
Apa yang perlu kita buat adalah
membuat sessi refleksi.

Mendapat kepastian daripada rakan


sejawat.
Ada beberapa cara untuk
mengikis sifat buruk ini.
Untuk mengikis sifat-sifat yang negatif, anda
perlu bersungguh-sungguh.
Setiap pagi, anda perlu berkata di dalam hati
bahawa anda akan cuba sedaya upaya untuk
membuang sifat buruk ini.
Semasa bertugas apabila sifat ini mula
muncul, otak anda akan memberi peringatan
bahawa sifat ini telah muncul dan anda harus
berusaha menghalangnya dari berlaku.
Ini dinamakan self talk.
Penerapkan nilai-nilai
budaya korporat di dalam
tugas harian.

Apabila anda telah melakukannya


selama tiga bulan, anda bolehlah
memulakan untuk menerapkan nilai-
nilai murni iaitu nilai budaya
korporat.
Tiga nilai utama

Perkhidmatan Penyayang
Kerja Berpasukan
Profesionalisme
Elemen Perkhidmatan
Penyayang
Bersopan santun
Berbudi bahasa
Bertimbang rasa
Sedia membantu
Responsif
Proaktif
Bertindak pantas
Ketepatan masa
Hormat menghormati
Privasi
Rahsia
Etiket sosial
Bersopan
Santun
Berbudi bahasa
Bertimbang rasa
Sedia membantu
Berbudi bahasa

Berbudi bahasa ini bermula dengan


senyuman. Senyuman yang hendak
dipamerkan mestilah dengan ikhlas kerana
senyuman yang dibuat-buat akan diketahui
orang.
Cuba anda lihat diri anda didepan cermin
dan cuba paksa diri anda untuk memberi
senyuman. Anda akan melihat hanya bibir
anda sahaja yang tersenyum. Anda juga
akan melihat tiada keceriaan pada mata
dan muka anda kerana ia tidak turut serta
dalam ekpressi senyuman yang tidak ikhlas.
Berbudi bahasa
Jadi bagaimanakah kita boleh memberi
senyuman yang ikhlas? Ini mudah saja,
anda perlu melatihkan hati untuk
menyukai seseorang itu.
Anda perlu merelakan hati anda untuk
menerima pesakit sebagai sahabat yang
anda sukai. Dalam lain perkataan, anda
suka kepada pesakit anda.
Apabila anda suka kepada seseorang,
senyuman anda akan jadi ikhlas.
Berbudi bahasa
Senyuman merupakan interaksi yang
pertama diantara anda dan pelanggan.
Jika interaksi yang pertama gagal yakni
jika pelanggan merasakan anda senyum
dengan tidak ikhlas, maka ia akan tahu
anda merasakan kehadirannya akan
membebankan anda. Perhubungan
seterusnya adalah secara paksa kerana
pelanggan itu juga akan berinteraksi
dengan anda secara paksa.
Bertimbang Rasa
Bagaimana seseorang itu boleh tahu
samada ia mempunyai sifat
bertimbangrasa atau tidak?
Mudah saja, jika beliau seorang yang
suka mengamalkan double standard,
maka sudah pasti dia tidak mempunyai
sifat bertimbangrasa. Double
standard di sini bermaksud dia
saja yang boleh tetapi orang lain
tidak boleh.
Bertimbang
Rasa
Jika anda boleh menyelami hati
seorang pesakit atau simpati
dengannya, maka mudahlah bagi
anda untuk menjadi seorang yang
bertimbangrasa.
Kesabaran
Untuk menjadi sabar bukanlah
mudah. Kesabaran wujud pada diri
seseorang melalui pengalaman.
Secara umumnya orang tua lebih
sabar dari orang muda. Tapi kita
tidak perlu tunggu sehingga menjadi
orang tua untuk menjadi sabar.
Sebenarnya sifat kesabaran ini boleh
diperolehi melalui latihan.
Kesabaran
Setiap kali anda ditimpa oleh sesuatu
perkara atau situasi yang tidak
menyenangkan, anda perlu mengawal
perasaan marah atau panik.
Cepat-cepat anda perlu berfikir secara
rational Apakah untungnya kalau aku
marah atau panik. Dengan menjadi
marah atau panik tidak akan
mengubahkan keadaan.
Kesabaran
Jika anda sedang bercakap pada waktu itu,
maka tutuplah mulut anda dan jika anda
sedang berdiri pada waktu itu, duduklah.
Kemudian berfikir secara waras, Apakah
tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi
perkara ini.

Cuba lakukan perkara ini setiap kali anda


menghadapi situasi sebegini, lama
kelamaan, sifat sabar akan wujud dalam diri
anda.
Sedia membantu
Kebanyakan daripada kita membantu orang
lain secara tidak ikhlas. Ini adalah kerana
kita membantu secara terpaksa atau
membantu dengan harapan dapat dibalas.
Usahlah kita khuatir, sesuatu yang baik itu
akan juga dibalas suatu hari nanti. Hidup ini
berputar sebagai satu kitaran, apa-apa yang
kita buat baik sekarang, suatu hari nanti
akan juga dibalas. Kalau tidak kepada kita,
anak-anak kita yang akan mendapat
balasannya.
Sedia membantu
Apa yang akan merugikan kita, jika kita
menolong orang lain? Adakah tenaga yang
kita gunakan untuk orang lain itu dikatakan
rugi ataupun adakah masa yang digunakan?
Sama saja, samada anda tolong atau tidak,
tenaga dan masa akan berlalu begitu saja.
Ataupun anda takut duit anda akan digunakan
semasa dalam proses membantu orang lain.
Tabiat suka membantu ini patut anda
amalkan setiap masa kerana anda tidak tahu
bila dan di mana anda pula memerlukan
pertolongan orang lain.
Responsif

Proaktif
Bertindak pantas
Ketepatan masa
Proaktif
Bagaimanakah kita boleh tahu samada kita
ini seorang yang proaktif ataupun bukan?
Senang saja, kalau anda selalu menunggu
sehingga sesuatu terjadi baru hendak ambil
tindakan, maka anda bukanlah seorang yang
proaktif. Tetapi sebaliknya iaitu seorang yang
reaktif.
Seorang yang reaktif tidak akan melakukan
sesuatu sehingga ia diberitahu atau
diarahkan, walaupun di dalam hatinya beliau
merasakan sesuatu tidak baik akan berlaku.
Proaktif
Oleh yang demikian, jika anda adalah
seorang yang reaktif, anda perlu
mengamalkan slogan jangan tunggu
sehingga diberitahu atau jangan
tunggu sehingga sesuatu yang buruk
berlaku. Tanamkan sifat suka
bertanya di dalam hati.
Bertindak
dengan pantas
Bertindak pantas tidaklah bermakna
melakukan sesuatu itu dengan pantas
tanpa berfikir. Kerja itu mungkin cepat
dilakukan tetapi hasilnya tidak dapat
diperolehi. Walaupun anda perlu
melakukan sesuatu tugas dengan
segera, anda perlu memikirkan
kaedah yang sesuai bagi mencapai
matlamat yang dikehendaki.
Bertindak
dengan pantas
Pertama, anda perlu sedikit sebanyak
menambah ilmu pengetahuan kerana tanpanya
anda tidak boleh membuat keputusan yang
mana satu baik dan yang mana satu tidak baik.
Kemudian anda cuba menanamkan perasaan
ingin tahu. Perasaan ingin tahu dan jaga
tepi kain orang adalah berbeza. Perasaan ingin
tahu adalah bertujuan untuk anda berfikir
secara rasional akan situasi yang berlaku dan
apakah tindakan yang perlu diambil.
Ketepatan masa
Menurut Myer-Briggs Type Indicator, manusia
boleh digolongkan kepada beberapa jenis
personality. Salah satu personaliti itu adalah
The J-P Dichotomy. Di dalam J-P
Dichotomy terdapat dua jenis iaitu J(Judging)
dan P(Perceiving). Jika anda adalah J-type,
atau Judging, anda tidak suka datang lewat
pada sesuatu mesyuarat atau aktiviti. Tetapi
jika anda P-type atau perceiving, anda tidak
kisah dan selalu datang lewat pada sesuatu
mesyuarat.
Bagaimanakah anda
boleh sentiasa on-
time
Pertama, anda perlu belajar time-
management

Kedua cuba tulis perkara yang hendak


dilakukan di dalam diari/organizer/planner.

Ketiga adalah khususnya bagi mereka yang


selalu lewat menghadiri mesyuarat iaitu
dengan mempercepatkan jam tangan anda 5-
10 minit lebih awal.
Ketepatan masa
Sentiasa on-time juga bermaksud untuk
memberi perkhidmatan mengikut jadual yang
ditentukan.

Sekiranya satu temujanji telah diatur, maka


hendaklah kita bersedia untuk menerima
pelanggan pada waktu yang telah ditetapkan.

Di samping ini, perkara-perkara atau bahan-


bahan yang berkait dengan pertemuan
berkenaan telahpun disiapkan lebih awal.
Hormat
Menghormati

Hormati privasi orang lain


Hormati rahsiaorang lain.
Etiket sosial
Hormati privasi
orang lain
Menghormati hal-hal dan keperluan
peribadi pelanggan.
Kadangkala kita sendiri perlukan
keadaan bersendirian, terlindung
dari pandangan umum untuk
melakukan sesuatu
Hormati rahsiaorang
lain.

Setiap manusia, pada satu ketika


dulu, pernah melakukan satu perkara
yang tidak baik. Anda tentu tidak
mahu perkara ini diketahui orang.
Begitu juga dengan orang lain,
mereka juga tidak mahu rahsia
mereka diketahui oleh orang lain.
Hormati rahsiaorang
lain.
Memang menjadi tabiat manusia suka
menceritakan rahsia orang lain untuk
dijadikan bahan ketawa dan sebagainya.
Apa yang berlaku pada anda jika anda
ketahui bahawa ada orang lain menjadikan
rahsia anda sebagai bahan tawaan.
Oleh yang demikian, anda perlu ingat
bahawa menceritakan rahsia ini akan
membawa kepada pergaduhan.
Kadangkala ia boleh membawa kepada
perceraian kalau ianya melibatkan
pasangan suami isteri.
Hormati
rahsiaorang lain.
Sekiranya perlu untuk menyampai sesuatu
perkara yang personal atau atas
kepentingan jabatan, maka berbuatlah
demikian mengikut peraturan yang
dikehendaki di tempat yang tidak dapat
didengar oleh orang lain.

Walaubagaimanapun, sekiranya rahsia itu


boleh membawa mudarat kepada jabatan
seperti kes jenayah, perkara itu perlu
dilaporkan.
Hormati
rahsiaorang lain.
Ingat satu petua iaitu kalau kita
dapat menyimpan rahsia orang
lain dengan baik, maka orang
lain pun akan menjaga rahsia
kita dengan baik juga.
Etiket sosial
Budaya kita mempunyai beberapa
perkara dan perlakuan yang menunjukkan
tanda hormat pada orang lain.

Salah satu etikat sosial yang perlu


diamalkan semasa menjalankan tugas
ialah cara kita memanggil pelanggan dan
cara kita menyapa orang lain bila
bertemu.
`Arithmetic effect
atau `Geometric effect

Seorang anggota yang baru bertugas


telah mengamalkan kelakuan suka
datang lambat. Apabila dia tidak ditegur,
dia suka membazir waktu kerja dengan
borak-borak kosong atau membaca surat
khabar dengan masa yang terlalu lama.
Lama kelamaan beliau cuma datang ke
pejabat untuk `punch in dan kemudian
menghilang..... bila nak balik baru
nampak batang hidup untuk `punch out.
`Arithmetic effect
atau `Geometric effect
Seorang ketua yang suka ponteng kerja. Dia
selalu meninggalkan tugas kerana suka
berpoya-poya dengan `girlfriend. Terlalu ramai
teman wanitanya sehingga sukar untuk
dibilang. Untuk menyara hidupnya yang suka
berpoya-poya, kadangkala beliau terguna duit
jabatan.
Apabila beliau tidak ada di pejabat, anak
buahnya juga turut ponteng kerja. Ada yang
balik rumah untuk menyelesaikan urusan
peribadi, ada yang minum di kedai kopi sampai
2-3 jam dan ada yang berani melakukan `part-
time job dalam waktu pejabat.
`Arithmetic effect
atau `Geometric effect
Seorang atendan lelaki yang bekerja di sebuah pusat
kesihatan selalu datang lewat. Beliau ditugaskan
untuk mencari kad pesakit. Apabila kad lambat
dicari, maka pesakit berjumpa doktor pun agak
lewat. Sementara menunggu kad di cari, doktor
membaca akhbar, pembantu makmal berbual
kosong dengan pembantu farmasi dan anggota lain
sibuk dengan urusan peribadi masing-masing.
Sementara itu pesakit-pesakit mula resah menunggu
kerana terlalu lama. Ada di antara pesakit itu
merupakan pegawai bank, pegawai di pejabat pos,
guru sekolah dll. Apakah agaknya impak yang boleh
terjadi dengan cuma seorang atendan lelaki lewat
datang setengah jam untuk mencari kad pesakit?
Profesionalisme
Profesionalisme
Profesionalisme
Definasi profesionalisme:
Profesionalisme bermaksud melakukan
sesuatu tugas dengan penuh
komitmen,disiplin dan dengan cara yang
terbaik mengikut etika dan taraf kerja yang
dikehendaki.
Elemen
Elemen dalam
dalam
Profesionalisme
Profesionalisme ::

(1) Komitmen
(2) Disiplin
(3) Cara terbaik
(4) Etika
(5) Taraf kerja
Komitmen
Komitmen
Komitmen boleh dierti apabila seseorang itu
bekerja dengan kesungguhan dan penuh
keyakinan.
Kesungguhan Ketekunan & dedikasi dalam
menjalankan tugas.
Keyakinan tidak perlu diselia atau
memohon bantuan
Disiplin
Disiplin
Disiplin bermakna mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
Tujuan disiplin adalah untuk mengawal
kelakuan anggota awam supaya sempurna dan
bersesuaian dengan kedudukan penting
mereka dalam masyarakat.
Cara
Cara Terbaik
Terbaik
Seseorang itu boleh dianggap sebagai telah
menjalankan tugas dengan cara terbaik apabila
ia melakukan kerja dengan pantas tanpa
menjejaskan kualiti kerja.

Untuk membolehkan seseorang itu mencapai


tahap bekerja dengan cara terbaik, ia mestilah
mempunyai sikap inginkan peningkatan diri,
ingin berada ditahap yang terbaik dan sentiasa
berusaha kearah peningkatan yang berterusan.
Cara
Cara Terbaik
Terbaik
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan
untuk membolehkan anda melakukan pekerjaan
dengan cara terbaik. Diantaranya adalah
dengan mengamalkan konsep cost effective.

Kecekapan atau kepakaran memainkan peranan


penting.

Pengetahuan adalah asas bagi mencapai


kemahiran.
Etika
Etika Kerja
Kerja
Etika boleh dimaksudkan dengan mudah
sebagai tanggungjawab dan tingkahlaku
seseorang terhadap masyarakat.
Taraf
Taraf Kerja
Kerja
Taraf kerja boleh diertikan seperti norma kerja
iaitu hasil sesuatu pekerjaan itu mesti mencapai
`standard atau taraf yang dikehendaki.
Taraf ini adalah yang minimum dan setiap
anggota digalakkan untuk menghasilkan
pekerjaan yang melebihi taraf.
Taraf di sini bukan saja bermaksud dari segi
kuantiti dan kualiti, tetapi juga dari sudut cara
melaksanakan tugasnya.
Taraf
Taraf Kerja
Kerja
Tonggak Dua Belas

Produktiviti

Kualiti

Produktiviti tanpa kualiti


Strategi
Strategi Penerapan
Penerapan
(i) kesedaran dan latihan

(ii) amalan dan teladan (role model)

(iii) penilaian dan pembaikan

(iv) nasihat menasihati.

You might also like