You are on page 1of 31

KURSUS

PPP6024
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

_____________________________________________________________________

TAJUK
Tugasan Kumpulan
Teori/Model Kerja Berpasukan dalam Organisasi
_____________________________________________________________________

AHLI KUMPULAN:

NAMA NO MATRIK
KASTURI A/P MUNIANDY M20161000439
MANIKARNIGAI A/P SELVAYANAM M20161000447
THANABALAN A/L GOVINDASAMY M20152001088
GUNAVATHI A/P AYYAVOO M20152001316

NAMA PENSYARAH
DR.ZAHARI BIN HASHIM

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 Isi kandungan 2
2 Pengenalan 3-4
3 Ciri-ciri pentadbir sekolah mentransformasikan 5-7
kerja berpasukan secara kreatif dan inovatif

4 Peranan Pengetua atau Guru Besar 8-12


Menguruskan Kerja Berpasukan

5 Ciri-ciri Kerja Berpasukan dalam Organisasi 13

6 Jenis-jenis Kerja Berpasukan dalam Organisasi 14-17

7 Tahap-tahap Pembentukan Kerja Berpasukan 18-19


dalam Organisasi
8 Teori / Model Kerja Berpasukan dalam 20-23
Organisasi
9 Kelebihan dan faedah kerja berpasukan dalam 24-28
organisasi
10 CD ROM 29
11 Rujukan 30-31

2
PENGENALAN

Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan.
Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi
yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta
mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan
tugasan secara bersama.

Menurut Zainal Ariffin (1998), pasukan diertikan sebagai dua atau lebih individu yang
saling bersandaran, yang berinteraksi dan mempengaruhi satu sama lain untuk mencapai
matlamat secara kolektif. Pasukan atau kumpulan kerja ini wujud dalam pelbagai bentuk, sama
ada formal atau tidak formal, sementara atau berkekalan, daripada jabatan yang sama atau
berlainan jabatan dan lain-lain kumpulan individu dalam sesebuah organisasi. Manakala Ahmad
Fadzli (2004) menyatakan sebuah pasukan bekerja secara kolektif, dengan suasana kerjasama
yang bebas. Mereka tidak dikongkong, sebaliknya mempunyai sejumlah autoriti dan kuasa yang
mencukupi untuk bekerja dengan selesa. Mereka juga berkomunikasi secara terbuka dan jelas
dan komunikasi seperti ini menjadi salah satu tabiat kerja yang penting.

Istilah ‘kerja berpasukan’ memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja


bersama-sama dalam satu unit organisasi seperti sekolah. Ia juga menunjukkan bagaimana
manusia bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang. Tetapi ia tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai kepentingan.
Sebaliknya keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali melewati kepentingan dan
sasaran secara individu. ‘Kerja berpasukan’ yang paling berkesan adalah apabila semua individu
melibatkan diri dan member sumbangan secara harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

Kerjasama menghasilkan produk atau pendidikan yang berkualiti dengan penuh rasa
tanggungjawab adalah kerja berpasukan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab dan
kepakaran masing-masing yang perlu digunakan bagi menghasilkan keberhasilan warga ssekolah
dan sekolah. Sekolah boleh dinilai berdasarkan kualiti keberhasilan dan kualiti kerjasama yang
ditunjukkan oleh warga sekolah dalam usaha menjadi satu kumpulan. Kerjasama yang erat
dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang membawa kejayaan kepada

3
mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu mengenepikan perbezaan dan bekerja bagi
mencapai matlamat itu.

Kepentingan kerja berpasukan adalah bagi membantu ahli organisasi sekolah membina
keyakinan dalam menyuarakan pendapat serta mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi
bekerja dengan orang lain. Ia juga menjurus ke arah belajar bekerja dengan warga sekolah lain.
Jarang terdapat pasukan kerja yang dijadikan contoh. Kebanyakkan kita mementingkan dan
menekankan supaya menjadi yang terbaik secara individu. Pekerja jarang didedahkan dengan
persekitaran yang menekankan kerjasama dan kita sudah dibiasakan dengan menilai
kepelbagaian manusia dari segi idea, latar belakang dan pengalaman. Kita boleh mewujudkan
budaya kerja secara berpasukan dengan melakukan beberapa perkara secara betul. Jika dilakukan
dengan tekun dan menghargai nilai, perkara ini dapat dicapai walaupun sukar.

Bagi membentuk pasukan kerja yang efektif merupakan satu agenda yang menjadi
keutamaan pihak pengurusan sekolah. Isu-isu pendidikan tidak lagi hanya berkaitan dengan
sistem pendidikan dan persekolahan, tetapi juga melibatkan pelbagai faktor lain yang
mempengaruhi kualiti pendidikan. Oleh itu, pendekatan pengurusan sekolah haruslah bersifat
holistik, iaitu melibatkan semua pihak dan dibuat secara berterusan. Oleh yang demikian, kerja
secara berpasukan amat penting diamalkan di sekolah untuk menentukan kejayaan sesebuah
sekolah.

4
CIRI-CIRI PENTADBIR SEKOLAH MENTRANSFORMASIKAN KERJA
BERPASUKAN SECARA KREATIF DAN INOVATIF

Pengetua atau Guru Besar dalam kerja berpasukan perlu mempunyai cirri-ciri tertentu
dalam melaksanakan perubahan dengan berkesan. Ini kerana, tugas pengetua dan guru besar
dalam pasukan bagi mencorakkan ahli yang dipimpinnya adalah berat. Pengetua dan pasukan
kerja perlu memiliki ciri-ciri yang baik dan positif kerana kepada mereka menjadi contoh ikutan
kepada orang bawahan. Antara ciri-ciri pengetua dalam mentransformasikan kepimpinan yang
kreatif dan inovatif adalah:

1) Mempunyai matlamat yang jelas

Pengetua yang mentransformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu


perlu membentuk matlamat yang jelas. Matlamat ini perlu diterangkan kepada ahli pasukan
supaya semuanya memahami apa yang ingin dicapai melalui kerja berpasukan itu. Matlamat
adalah kekuatan yang mendorong pengetua untuk mewujudkan pasukan yang kreatif dan
inovatif. Matlamat ini perlu mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan
semangat serta komitmen setiap ahli pasukan.

2) Komited kepada tugas

Pengetua perlu mempunyai dan menunjukkan sikap komited pada tugasnya. Adalah
bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli pasukan melakukan tugas sedangkan beliau sendiri
tidak menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi dalam melaksanakan tugas itu. Beliau
perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada ahli yang pasukan yang lain.

3) Ketahanan mental, emosi dan fizikal yang tinggi

Sebagai penjana perubahan, pengetua perlu mempunyai ketahanan mental, emosi dan
fizikal yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai warga sekolah dengan berkesan. Sekiranya
pengetua tidak mempunyai daya ketahanan ini, warga sekolah tidak mampu mmenghadapi
pelbagai cabaran dan halangan yang mendatang baik daripada pasukan itu sendiri ataupun
daripada faktor luaran. Dari segi fizikal, pengetua perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan
cergas. Kecergasan fizikal dan ketidakstabilan emosi mempengaruhi sikap dan tingkah laku guru
pada tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional lebih mudah mengalami

5
tekanan dan sukar diajak berunding dan mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan
autokratik.

4) Kemahiran berfikir secara dinamik

Bagi membolehkan pengetua merealisasikan matlamat, warga sekolah perlu sentiasa


dinamik, kreatif dan inovatif. Melalui cara ini, masalah kurang hubungan, sokongan dan
komitmen daripada ahli pasukan dapat ditangani dengan mudah dan berkesan. Selain itu,
kemahiran ini juga penting kepada pengetua bagi membuat ramalan dan jangkaan berkenaan
cabaran dan masalah yang bakal dihadapi dalam pasukannya. Paling penting adalah membuat
perancangan berkenaan agenda yang hendak dilaksanakan dlam kumpulan itu.

5) Ilmu dan tahap kognitif yang tinggi

Pengetua perlu mempunyai ilmu dna tahap kognitif yang tinggi. Beliau sebaik-baiknya
memiliki tahap keupayaan kognitif yang tinggi bagi memikir, memahami dan mengenal pasti
setiap agenda yang hendak dilaksanakan. Dengan itu, pengetua dapat merancang, membuat
jangkaan dan ramalan, mengenal pasti sektiap keperluan, menyusun strategi dan seeterusnya
melaksanakannya. Biasanya pengetua yang Berjaya mempunyai tahap ilmu pengetahuan atau IQ
yang tinggi berbanding ahli bawahannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua
menangani setiap masalah secara rasional.

6) Kemahiran diagnostik yang efektif

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang
perlu dimiliki oleh pengetua dalam menangani masalah pasukannya. Sebarang masalah yang
dihadapi oleh ahli pasukan memerlukan penyelesaian yang cepat dan betul. Dalam erti kata lain,
pengetua perlu mempunyai kemahiran diagnostik dalam mmenjalankan peranannya sebagai
ketua pasukan. Ketua pasukan perlu bijak mengenal pasti dan menyelesaikan setiap masalah.

7) Kemahiran komunikasi yang berkesan

Pengetua perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan setiap


tugas dan program. Pengetua perlu menerangkan dengan jelas berkenaan matlamat, kenapa,
mengapa dan bagaimana tugas ataupun program itu hendak dilaksanakan. Jika pengetua tidak

6
dapat berkomunikasi dengan baik, visi dan wawasan organisasi sekolahtidak dapat diperjelaskan.
Ketua perlu memahami proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya matlamat dapat
disampaikan dan diterima oleh ahli-ahli yang lain. Melalui cara ini jurang komunikasi antara
ketua dan ahli-ahli kumpulan dapat dikurangkan.

8) Akhlak dan personaliti yang baik

Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut
ketinggian moral, akhlak dan personaliti. Pengetua yang tidak menunjukkan kahlak dan
personaliti yang baik, tidak diterima oleh warga sekolahnya dengan ikhlas. Hal ini tentu
menyulitkan agenda yang hendak dilaksanakan melalui kumpulan kerana pengetua sukar
mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat.

9) Cekap mentadbir dan mengurus

Pengetua perlu berupaya mengurus dan mentadbir dengan cekap dan berkesan. Setiap
agenda, perkara dan program yang dirancang mengalami perubahan dan menimbulkan pelbagai
konflik dan ketegangan. Kebolehan mengurus dan mentadbir pasukan dengan bijak adalah
dituntut.

Pasukan kerja yang berkesan akan menambahbaikan lagi pengurusan yang berkesan,
dinamik serta dapat beri kepuasan dan motivasi kepada guru. Dengan kefahaman dan kesedaran
yang tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya kerja cemerlang dan seterusnya berjaya
mencapai objektif, visi dan misi sekolah dan membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia. Kerja berpasukan mampu meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan
keupayaan guru-guru yang melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu juga meningkatkan
produktiviti mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak pengurusan sekolah akan
merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan dan guru serta seluruh
organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai dan keadaan sedemikian memerlukan
pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan matlamat dan kepentingan organisasi. Oleh
itu, amatlah wajar diberi perhatian terhadap kerja berpasukan dalam organisasi sekolah dan
keberkesanan pengaplikasian kerja berpasukan oleh pihak yang terlibat terutamanya di sekolah.

7
PERANAN PENGETUA DAN GURU BESAR MENGURUS KERJA BERPASUKAN

Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam
memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila
pemimpin melaksanakan peranannya secara kreatif dan inovatif, beliau dapat mengorganisasikan
pasukannya dengan baik. Antara peranan pemimpin pasukan adalah :

1) Perancang

Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan menyusun perancangan. Perancangan
yang dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan yang jelas. Dalam merancang kerja, pengetua
perlu mendapatkan idea-idea daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi.
Beliau juga perlu bertindak dengan berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya
bekerja secara aktif baik dari aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam perancangan,
banyak perkara ayng perlu difikirkan, diurus dan ditadbir dengan dimensi dan perspektif yang
baru oleh ketua dan pasukannya. Warga sekolah perlu memikirkan berkenaan perjalanan, kos
sama ada dalam bentuk kewangan, ataupun bukan kewangan serta risiko yang bakal dihadapi
kemudian hari.

2) Pelaksana

Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan kuasa yang diperolehi bagi memaksa ahli-
ahlinya melaksanakan kehendaknya yang bersifat peribadi. Sebagai pelaksana, pengetua perlu
berusaha menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga perlu
melaksanakan program yang ditetapkan bersama. Dalam aspek ini, pengetua perlu mengambil
kira susunan tugas ahli kumpulan mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras
dengan matlamat organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-faktor
seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli kumpulan perlu diambil kira dalam
menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini, pasukan kerja itu akan memperoleh kejayaan.

3) Ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan

Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa ahli-ahli dibelakangnya. Warga sekolah
adalah sebahagian yang tidak terpisah daripada kumpulannya. Walaupun sebagai ketua, pengetua
juga perlu bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.

8
Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan
yang lain. Beliau tidak sepatutnya mewujudkan jurang perbezaan bagi mengasingkan diri
daripada bergaul dan berinteraksi dengan orang bawahannya. Ketua yang baik bukan memberi
arahan, tetapi bersama-sama dengan ahli pasukannya memberi tunjuk ajar dan melaksanakan
tugas. .

4) Mengawasi hubungan antara ahli kumpulan

Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan perbezaan sifat atau
tingkah laku antara setiap ahli. Perbezaan ini mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan
konflik sehingga mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas pengetua adalah
menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha membangunkan hubungan yang
harmoni serta semangat bekerjasama antara setiap ahlinya.

5) Pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman

Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta
memberi banyak sumbangan kepada kempulannya melalui ganjaran. Pengetua boleh
memberikan ganjaran berbentuk pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan
jayanya. Apabila pengetua menunjukkan siakp menghargai sumbangan para ahlinya, secara tidak
langsung beliau mendapat kerjasama yang padu daripada orang bawahannya. Orang bawahan
juga akan terus meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga sekolah selama ini
dihargai oleh pihak pentadbir. Melalui cara ini, tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan
kakitangan.

Di samping itu, pengetua juga perlu berani dan bertindak tegas ke atas ahli-ahli yang
merugikan kumpulan kerja. Namun, hukuman tidak digalakkan dikenakan ke atas ahli yang
melanggar arahan dan tidak melaksanakan tugasan. Pengetua perlu menggunakan jalan
penyelesaian dan pendekatan yang berhemah bagi mengatasi masalah ini. Contohnya, pengetua
perlu menegur orang bawahannya terlebih dahulu di samping membimbing warga sekolah
membetulkan kesilapan yang dilakukan. Jika jalan penyelesaian yang diambil tidak mampu
mengatasi masalah itu, maka tindakan tegas pelru diambil.

9
6) Pengantara

Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima aduan daripada anggota kumpulannya,


pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih kasih ataupun hanya mementingkan satu pihak sahaja.
Pengetua sebagai pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh ahli
pasukan itu. Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang tidak dapat diselesaikan
memerlukan bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasinya. Konflik menjejaskan semangat
kerjasama setiap ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak di atasi dengan cara yang
bijak, pembentukan kerja berpasukan menjadi sia-sia. Peranan pengetua adalah bertindak sebagai
orang tengah dalam menjaga keharmonian pasukan kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada
kecemerlangan pasukan itu. Pengetua juga perlu bertindak sebagai pengantara kepada orang
bawahannya dengan pihak atasan. Sebarang maklumat daripada pihak atasan perlu disampaikan
kepada ahlinya.

7) Pemegang tanggungjawab ahli

Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan ahlinya yang dilakukan atas nama
kumpulannya. Ini kerana, pengetua sudah diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah
pimpinannya. Apabila sesuatu berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi
memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.

8) Bertindak sebagai ‘ayah atau ibu’

Tindakan pengetua kepada anak buah atau kumpulannya perlu menggambarkan seolah-
olah tindakan ayah ataupun ibu kepada anggota keluarganya. Begitu juga perumpamaan yang
diberikan kepada pengetua dalam pasukan kerja. Pengetua perlu menganggap orang bawahannya
seperti ahli keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Pengetua perlu mengambil berat
hal ehwal ahli pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan sebagainya. Hubungan
sesame ahli juga perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja berpasukan perlu berusaha mewujudkan
hubungan bersikap kekeluargaan yang mesra antara satu sama lain. Ini bertujuan bagi menjamin
sifat kerukunan pasukan itu sepanjang masa.

10
9) Penanggung risiko

Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau tidak, pemimpin perlu menanggung setiap
risiko yang bakal dihadapinya. Warga sekolah perlu menyedari dirinya adalah tempat
melemparkan kesalahan dan keburukan yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah perlu
berani bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Para pengetua perlu mengetahui ciri-ciri
keterampilan dan peranan masing-masing sekiranya inging menjadi pemimpin yang efektif.
Apabila pengetua dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang positif dan melaksanakan peranan
warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah mempunyai peratus kejayaan yang tinggi bagi
memimpin pasukannya melangkah ke arah yang lebih berdaya saing. Ini kerana pengetua adalah
individu paling penting bagi mengemudi dan mencorakkan pasukannya mengikut acuan yang
sudah dibentuk. Pengetua eprlu mencari kaedah yang berkesan bagi berurusan dan berhadapan
dengan perubahan bagi mengekalkan keberkesanan organisasi. Pengetua perlu menghormati dan
mengintegrasikan faktor persekitaran seperti individu, kumpulan, organisasi dan komuniti dalam
meningkatkan pencapaian matlamat demi keuntungan bersama.

Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan seseorang guru haruslah


diserlahkan melalui peranan role model atau mentor. Pengetua boleh bertindak dalam pelbagai
cara agar warga sekolah dapat melabel mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau
dijadikan idola. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh
diteladani oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu mentranformasikan kepimpinan
melalui kerja berpasukan terlebih dahulu dalam membentuk wawasan dan matlamat yang jelas.
Wawasan ini perlulah mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat
serta komitmen setiap warga sekolah.

Kepimpinan seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan


pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila pemimpin
melaksanakan peranannya dengan berkesan, beliau dapat mencapai matlamat pasukannya dengan
baik. Selain itu, setiap pengetua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang lengkap dari
segi fizikal dan teknikal kerana sebagai pengetua, mereka perlu bersikap proaktif dan bersedia
mengambil risiko serta berani keluar daripada kepompong keselesaan.

11
Pengetua yang melakukan transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa memahami dan
melibatkan orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka mendapat
mandat dan kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan kepimpinan
ini tidak boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah mendapat kerjasama
dan persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan mengurus secara sendiri, ini dapat
meningkatkan profesionalisme guru sekali gus mengurangkan pergantungan terhadap.

12
CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN DALAM ORGANISASI

Kerja berpasukan boleh didefinisikan sebagai pekerja yang bekerjasama untuk bekerja
dalam satu kumpulan serta berganding bahu dalam mencapai matlamat sesebuah kumpulan yang
disertai. Dalam sesebuah kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat agar matlamat dalam kerja
berpasukan dapat dicapai dengan jayanya.

Dalam sesebuah kumpulan perlulah terdiri daripada gabungan beberapa individu yang
mempunyai sikap saling memerlukan dari segi kepakaran, kemahiran, keupayaan dan
pengetahuan serta tanggungjawab dalam membaiki dan menambah baik prestasi dalam
kumpulan masing-masing.

Antara ciri yang perlu ada dalam setiap ahli kumpulan:

13
JENIS-JENIS KERJA BERPASUKAN DALAM ORGANISASI

Terdapat beberapa jenis pasukan kerja digunakan oleh sesebuah organisasi dalam
mencapai matlamat mereka. Kebiasaannya terdapat 4 jenis iaitu Pasukan Penyelesaian
Masalah, Pasukan Silang Fungsian, Pasukan Maya dan Pasukan Pengurusan.

 Pasukan Penyelesaian Masalah

Terdiri daripada 5 hingga 12 orang ahli daripada jabatan yang sama bertemu beberapa
jam setiap minggu membincangkan cara untuk meningkatkan kecekapan, kualiti dan persekitaran
kerja.

 Pasukan Silang Funsian

Gabungan beberapa orang pekerja mempunyai kedudukan yang sama atau hampir sama
dalam hieraki organisasi tapi bidang tugasnya berbeza, bekerjasama untuk menyempurnakan
sesuatu matlamat. Contoh pasukan silang fungsian terdiri dari Pensyarah, Doktor, Jurutera,
Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pendaftar dll. 2 bentuk silang fungsian ialah pasukan
petugas dan jawatankuasa. Kebiasaannya, pasukan petugas dan jawatankuasa ini bersifat
sementara dan ia akan dibubarkan apabila sesuatu perkara dapat diatasi.

 Pasukan Maya

Pasukan Maya menggunakan teknologi komputer untuk perhubungan ahli yang berada di
tempat-tempat yang berlainan dalam usaha mencapai matlamat umum. Dalam pasukan ini,
individu bekerjasama secara online menggunakan rangkaian komunikasi Mel elektronik, Video
konferens tanpa mengambilkira lokasi mereka.

 Pasukan Pengurusan Kendiri

Ia merupakan pasukan proses yang mempunyai kawalan menyeluruh ke atas kerja


mereka. Mereka menggunakan segala kemahiran yang berbeza mengenalpasti tugas yang
dijalankan serta kepentingannya. Ahli pasukan juga mempunyai autonomi yang tinggi serta
mudah mendapat maklumbalas berkaitan dengan tugas yang dijalankan.

14
Ciri-Ciri Pasukan Kendiri

Kuasa Untuk Menguruskan Tugasan Sendiri ialah Perancangan dan penetapan


maktlamat, penyusunan jadual, pemilihan ahli, pelaksanaan dan membuat keputusan di bawah
kuasa ini. Ahli Daripada Pelbagai Kepakaran & Kefungsian bagi memastikan segala tugas dapat
disiapkan oleh ahli sendiri yang terdiri daripada pelbagai aspek dan mempunyai kepakaran dalam
fungsi yang berbeza.

 Kuasa Untuk Melaksanakan Keputusan

Pengurusan kendiri berhak mengambil tindakan yang dirasakan perlu tanpa mendapat
persetujuan pihak pengurusan atasan.

 Tiada Pengurus Luar

Pasukan ini tidak perlu melapor kepada pengurus luar. Ahli pasukan mengurus diri, belanjawan
dan tugas mereka melalui kepimpinan yang dikongsi bersama.

 Koordinasi & Kerjasama Dengan Pasukan atau Individu Lain Dipengaruhi oleh
Keputusan Pasukan

Setiap ahli bertanggungjawab terhadap hasil prestasi pasukan. Ini disebabkan ahli pasukan bebas
dan tidak perlu melapor kepada pengurus secara formal. Oleh itu pasukan kendiri perlu
mengkoordinasikan tugas serta aktiviti bagi mencapai perpaduan dengan pihak lain.

 Kepimpinan Dalaman

Fungsi ketua bukanlah memberikan arahan, menetapkan matlamat atau memantau tetapi adalah
untuk mengalihkan halangan yang dihadapi oleh pasukan serta memastikan pasukan
mendapatkan sumber yang diperlukan. Peranan utama ketua ialah memudahkan pasukannya
bukan mengawal pasukannya.

15
Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

Kejayaan tidak akan diperolehi secara seorang diri. Organisasi yang sihat perlukan
dorongan. Berikut adalah beberapa aspek yang boleh mendorong dan membawa kejayaan
sesuatu organisasi pasukan yang berjaya iaitu:

 Bina Matlamat Bersama Yang Jelas

Pernyataan matlamat pasukan biasanya pendek dan jelas. Semua ahli perlu jelas dengan
matlamat pasukan serta mempunyai pelan tindakan untuk mencapai visi, misi dan matlamat.

 Jelaskan Kemahiran dan Tenggungjawab Ahli

Setiap ahli perlu bertindak sebagai pemain pasukan dan bertanggungjawab memikul
tanggungjawab berdasarkan kemahiran mereka. Bagi ahli baru, bimbingan dan kursus perlu
diberikan bagi membina kemahiran dan pengalaman mereka.

 Menyediakan Peraturan Sebagai Penduan

Pasukan memerlukan peraturan bagi menentukan kekerapan pertemuan, persediaan


bermesyuarat, peraturan dalam mengendalikan permasalahan serta membuat keputusan secara
kolektif. Dorongan Kerja Berpasukan Yang Berkesan

 Komunikasi Terbuka

Ahli Pasukan perlu merasa bebas untuk meluahkan perasaan tentang tugas dan operasi pasukan.
Luahan ini biasanya di luar waktu mesyuarat yang formal.

 Kepimpinan Yang Dikongsi

Walaupun pasukan mempunyai seorang ketua yang formal, fungsi kepimpinan beralih daripada
seorang ahli kepada seorang ahli yang lain dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada
keperluan pasukan, keadaan dan kemahiran ahli.

16
 Hapuskan Virus Konflik

Ahli pasukan kerja haruslah sedar untuk mencapai matlamat. Komitmen ahli-ahli memainkan
peranan penting. Segala persaingan dikalangan ahli perlulah dilupakan. Fokus kepada usaha
mencapai matlamat organisasi. Konflik perlu dilihat sebagai hasil sampingan yang mewujudkan
pelbagai idea. Elakkan melihat konflik secara emosi.

 Percaya Antara Satu Sama Lain

Kerjasama tidak akan terjalin jika tiada kepercayaan. Maka setiap ahli perlu menunjukkan sikap
bertanggungjawab melakukan tugas dengan mahir. Jangan hampakan harapan rakan-rakan ahli.

 Kerap Menilai Pasukan Kerja

Setiap ahli perlu sentiasa menilai pencapaian pasukan sebagai sebuah pasukan. Matlamat dan
perlembagaan atau peraturan pasukan perlu dikaji semula samada bersesuaian dengan keadaan
semasa. Jika perlu, lakukan kemaskini perkembangan atau peraturan berdasarkan realiti proses
pasukan.

 Membentuk Jaringan

Jalinkan hubungan dengan organisasi atau agensi luar bagi meluaskan pengetahuan serta idea.
Penanda aras boleh dilakukan bagi menggalakkan pencapaian pasukan agar dapat
dipertingkatkan dari masa ke semasa.

 Pengiktirafan Antara Satu Sama Lain

Motivasi utama pekerja ialah perasaan naluri bahawa mereka telah menyumbangkan hasil kerja
yang baik. Satu cara pengiktirafan ialah melalui anugerah kualiti dan hasil kejayaan pasukan
dihebahkan. Ucapkanlah ‘terima kasih’ kepada semua ahli sebagai tanda penghargaan.

Kesimpulannya, Pasukan kerja berbeza dengan kumpulan kerja dari segi prinsipnya.
Antara langkah yang mendorong keberkesanan kerja berpasukan ialah semangat kerjasama,
toleransi dan dedikasi, tujuan serta matlamat yang jelas. Pengiktirafan amatlah penting dalam
menjayakan hasil pencapaian pasukan kerja agar kerja berpasukan terus berkekalan ke arah
pembangunan organisasi.

17
TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN KERJA BERPASUKAN

 FORMING/PEMBENTUKAN

Pasukan dibentuk dan tugas diagihkan. Di sini ahli pasukan lebih kepada pelakuan
perseorangan. Walaupun persefahaman itu ada, tetapi ahli pasukan tidak mengenali satu sama
lain untuk mempercayai. Masa dihabiskan untuk merancang, mengumpul data dan menjalinkan
hubungan antara satu sama lain.

 STORMING/MENCAMBAH

Pasukan cuba menangani tugasan pekerjaan dengan mencadangkan idea-idea. Akan tetapi
percangahan idea dan jika fasa ini tidak dikendali dengan baik, ia akam melumpuhkan kerja
berpasukan. Perhubungan antara pasukan akan terbentuk atau tidak di fasa ini.

Jika pasukan terlebih fokus untuk mendapatkan persetujuan semua, pasukan mungkin
akan memilih jalan atau cara terbaik untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan. Ini akan
menimbulkan masalah di kemudian hari. Amatlah pentig jika difasa ini, pasukan tersebut
memnpunyai pemimpin yang boleh menjalankan pekerjaan debgan teguh dan kuat.

 NORMING/NORMA

Dalam fasa ini ahli pasukan bergerak kea rah bekerja secara harmoni dengan ahli
bersetuju terhadap nilai dan peraturan pasukan beroperasi. Dalam situasi yang terbaik, pasukan
boleh bertindak supaya ahli pasukan mengambillebih tanggungjawab. Risiko yang mungkin
berlaku ialah pasukan mungkin menjadi relax dan dan mereka kehilangan daya kretiviti dan daya
usaha yang membawa mereka ke tahap tersebut.

18
 PERFORMING/MENJALANKAN

Tidak semua pasukan akan mencapai tahap ini. Pasukan dikenali sebagai pasukan yang
Berjaya menjalankan tugas jika mereka ada keupayaan bekerja sendiri, bermotivasi, berilmu dan
berdaya boleh. Keputusan dibuat secara kolaboratif dan sikap bertoleransi diamalkan kerana
wujud sikap saling hormat menghormati dalam komunikasi antar ahli pasukan.

 ADJOURNING & TRANSFORMIG/ PENAMATAN

Ini adalah fasa terakhir yang ditambah oleh Tuckman untuk meliputi penamatan projek
dan pembubaran kerja berpasukan. Pasukan boleh kembali ke mana-manafasa dalam model
ininjiak mereka mengalami perubahan seperti melihat semula matlamat projek atau perubahan
ahli pasukan. Dalam pasukan yang Berjaya, apabila seseorang ahli pasukan meninggalakn
pasukan dan ahli baru masuk, pasukan biasanya akan ke faa forming.

19
TEORI / MODEL KERJA BERPASUKAN DALAM ORGANISASI

Terdapat beberapa teori dan model-model yang menerangkan tentang kerja berpasukan.
Antaranya ialah, Teori Belbin, Teori Hierarki Keperluan Maslow(Abraham Maslow – (1954),
Teori X dan Y (Douglas McGregor), dan Model Segi Tiga Joiner. Teori Belbin merupakan salah
satu teori yang berkaitan dengan kerja berpasukan yang popular. Teori ini telah diperkenalkan
oleh Merdith Belbin pada tahun 1970.

Meredith Belbin lahir pada tahun 1926 merupakan seorang penyelidik British yang
terkenal sebagai ahli teori dalam bidang pengurusan. Satu pasukan yang berkesan mempunyai
ahli yang merangkumi sembilan peranan utama dalam menguruskan pasukan dan bagaimana
peranan tersebut menjalankan tugasnya. Peranan setiap pasukan juga mungkin berasingan dan
berbeza dalam menjalankan kerja-kerja pasukan. Menurut Belbin, peranan pasukan adalah
kecenderungan untuk bertindak, memberi kerjasama dan berinteraksi dengan orang lain dengan
sesuatu cara tertentu. Belbin pernah mengatakan bahawa sesebuah pasukan bukanlah mengenai
sekelompok manusia yang mempunyai jawatan semata-mata, tetapi merupakan satu jemaah
individu yang mempunyai peranan masing-masing dan difahami oleh ahli pasukan yang lain.
Oleh itu, terdapat sembilan peranan individu dalam setiap pasukan yang telah dikenal pasti oleh
Belbin :-

Kesemua peranan mesti mempunyai keseimbangan antara setiap peranan dalam memberi
sumbangan kepada pasukan. Pohon/Plant bermaksud individu dianggap seperti pohon yang
disemai dalam setiap pasukan. Mereka merupakan antara individu yang kreatif dan baik dalam
menyelesaikan masalah secara tidak konvensional. Pemantau dan Penilai/Monitor Evaluator
adalah peranan kedua. Peranan ini berperanan untuk melihat pilihan pasukan secara menyeluruh
dengan adil dan perlu memainkan peranan mereka tanpa melibatkan emosi yang keterlaluan.

20
Peranan ketiga ialah Penyelaras/Coordinator. Peranan ini perlu memberikan tumpuan
kepada objektif dan matlamat pasukan, mengagihkan tugas dengan saksama dan perlu menarik
ahli pasukan untuk aktif melibatkan diri dalam pasukan. Seterusnya, penyelidik Maklumat /
Resource Investigator pula bertanggungjawab memberi maklumat dalaman mengenai halangan
yang dihadapi terutama apabila pasukan berkemungkinan cenderung untuk fokus ke dalam dan
terasing. Mereka juga perlu memastikan idea-idea pasukan disebarkan keluar dari pasukan itu.

Merancang dan menjalankan strategi yang praktikal dan berkesan secara efisien
merupakan antara bidang tugas Pelaksana / Implementer. Pelengkap dan Penamat/Completer
Finisher memegang tanggungjawab yang penting. Peranan ini sangat diperlukan di akhir tugasan
pasukan di mana mereka bertanggungjawab untuk melihat sama ada terdapat kesalahan atau
kekurangan yang perlu diperbaiki. Mereka menggunakan piawai kualiti yang terbaik dalam
melakukan tugas mereka.

Seterusnya, ahli pasukan / team worker perlu sentiasa saling bantu-membantu dan
bekerjasama dalam melakukan dan menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan demi kejayaan
pasukan mereka. Disamping itu, peranan seorang pembentuk / shapers ialah memberikan cabaran
kepada pasukan untuk menaikkan lagi semangat setiap ahli pasukan untuk bergerak ke hadapan
dan tidak hilang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan. Semangat yang tinggi penting dalam
memastikan kejayaan sesebuah pasukan itu dicapai. Dalam kerja pasukan orang yang berperanan
sebagai pakar / specialist merupakan seseorang atau kelompok yang tahu dan mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam sesuatu bidang . Mereka memainkan peranan yang sangat penting
dalam memastikan setiap kerja dilakukan dengan sempurna.

Teori seterusnya ialah, Teori Hierarki Keperluan Maslow (Abraham Maslow – 1954).
Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang ahli
Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya "A Theory of Human Motivation" di
dalam Kajian Psikologi. Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima keperluan
yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian
hasrat diri.

21
Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau
keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi
terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi. Lima
keperluan tersebut adalah:

1. Keperluan Fisiologi.

Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi
sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang
diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal.

2. Keperluan Keselamatan.

Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan,


kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3. Keperluan Sosial.

Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”. Semua pekerja
perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam
organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja
dapat dielakkan atau dikurangkan.

22
4. Keperluan Penghargaan Diri (Esteem).

Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang
menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk
memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan diri” (self-esteem).

5. Keperluan Hasrat Diri.

Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut
potensi seseorang manusia (pekerja).

Teori seterusnya ialah Teori X dan Teori Y. Teori Douglas McGregor (1906-1964),
mengatakan teori x dan y ini menerangkan dua pandangan bertentangan di tempat kerja yang
akan mempengaruhi cara pengurusan. Teori X lebih kepada pandangan tradisi mengenai arahan
dan kawalan. Teori Y pula lebih menjurus kepada tenaga kerja yang boleh bekerja sendiri tanpa
arahan. Pada masa kini, Teori X dan Y dikritik sebagai ketinggalan zaman dan melambangkan
dua pelakuan yang melampau atau ekstrem. Teori ini adalah salah satu dari teori perkembangan
pasukan yang paling baik dan menjadi asas kepada pembentukan teori lain.

Selain daripada itu Model Segi Tiga Joiner juga menerankan tentang kerja perpasukan.
Joiner (1994) menyatakan kecemerlangan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada gaya
pengurusan yang berkesan. Beliau kemudiannya mencadangkan Model Segi Tiga Joiner yang
meletakkan tiga komponen utama sebagai kepada asas kepada pengurusan yang baik. Tiga
komponen utama kepada asas daya saing sesuatu organisasi yang menyarankan dalam Model
Joiner ialah ketaksuban kualiti, sistem yang saintifik, dan keterlibatan menerusi kerja
berpasukan.

23
KELEBIHAN DAN FAEDAH KERJA BERPASUKAN DALAM ORGANISASI

Menurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan. Di sekolah, Kerja berpasukan ini amat penting dilaksanakan untuk
menjayakan sesuatu program atau aktiviti. Kerja berpasukan ini membantu semua sektor untuk
meningkatkan produktiviti, , memberi kepuasan kerja, interaksi antara ahli dalam pasukan serta
dapat bersama menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit. Malahan, menurut Shek Kwai Fun (
2007), kerja berpasukan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang ke arah
peningkatan kualiti pendidikan di sekolah.

Pembentukan pasukan kerja juga boleh ditakrifkan kepada pelbagai definisi. Antaranya
definisi yang digunakan ialah pasukan terdiri daripada sekumpulan orang, sekurang-kurangnya
dua orang ahli yang komited untuk mencapai matlamat yang sama dan bekerja bersama untuk
menghasilkan kerja yang berkualiti. Pasukan kerja juga merupakan sebuah pasukan individu
yang berkongsi matlamat dan melakukan kerja yang memerlukan kemahiran yang saling
melengkapi diantara satu sama lain. Dyer (1995), pula menyatakan bahawa setiap ahli dalam
pasukan adalah saling bergantung atau bekerjasama diantara satu sama lain untuk mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.

Pasukan pekerja memainkan peranan penting dalam sesuatu organisasi bagi mencapai
matlamat organisasi tersebut. Tanpa pasukan pekerja atau kerjasama dari ahli-ahli organisasi
mustahil untuk mencapai matlamat organisasi tersebut. Pembentukan atau penyertaan pasukan
pekerja dapat menyelesaikan pelbagai masalah sekolah atau organisasi dengan bantuan ahli
kumpulan kerja. Masalah –masalah tersebut termasuklah penetapan matlamat atau objektif unit
tertentu , perancangan unit dan perlaksanaan rancangan yang menyeluruh bagi organisasi.
Pasukan pekerja membawa pelbagai perubahan dan peningkatan dalam sesebuah organisasi atau
sekolah. Antaranya:

24
Perancangan yang lebih baik

Idea atau ilmu yang dicadangkan oleh sesuatu pasukan adalah jauh lebih baik daripada
seorang individu. Hal ini kerana individu tidak mahir dalam pelbagai bidang. Jika sesuatu isu
ditangani dalam betuk pasukan maka pelbagai idea akan disumbangkan dari pelbagai aspek. Hal
ini akan membantu pemimpin atau ketua kumpulan mempertimbang dan mengambil keputusan
yang rasional. Di sekolah, saban hari pelbagai isu atau masalah yang perlu diatasi. Cintohnya
masalah murid LINUS Numerasi. Guru yang mengajar kelas Linus mungkin tidak
berpengalaman dan kurang mahir dalam mengendalikan murid-murid Linus. Justeru, Panitia
Matematik perlu memainkan peranannya. Guru-guru berpengalaman dan Guru Pemulihan boleh
memberi idea dan cara mengajar murid-murid Linus. Idea-idea tersebut akan membantu guru
tidak berpengalaman itu menimba pengetahuan tentang cara mengajar murid-murid Linus
tersebut. Hal ini boleh dibuktikan dengan kajian Pushpalatha (2003) dalam Chin Pek Lian
(2004) yang memberikan persetujuan positif yang menyatakan bahawa pasukan kerja panitia di
sekolah yang bekerja secara berpasukan akan membuat perancangan yang lebih baik berbanding
dengan perancangan individu.

Mewujudkan pelbagai strategik dalam penyelesaian isu

Apabila bekerja dalam pasukan pelbagai tugas atau isu dapat diselesaikan. Beban tugas
dapat dibahagi-bahagikan. Hal ini akan mempengaruhi ahli kumpulan lain untuk berkongsi
masalah mereka. Apabila masalah tersebut dibincangkan, sudah tentu banyak idea atau strategi
penyelesaian masalah akan dikongsikan. Ini sudah pasti akan membantu pihak organisasi atau
sekolah menyelesaikan suatu masalah dengan strategi yang baru. Contohnya di sekolah, isu
kekurangan dana PIBG. Ahli-ahli PIBG mengutarakan pelbagai ilham bagi menambah dana
PIBG. Antaranya mengadakan Jogathon, Hari Kantin, meningkatkan yuran PIBG dan lain-lain
lagi. YDP PIBG boleh mempertimbangkan idea-idea tersebut dan boleh menggunakan strategi
terbaik.

25
Membantu meningkatkan prestasi

Katzenbanch & Doughlas dalam Tee (2003), menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai
sebilangan kecil individu yang mempunyai kemahiran ‘complementary’, di mana mereka
mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, matlamat prestasi dan pendekatan yang
membolehkan mereka saling memikul tanggungjawab bersama. Komitmen dari seseorang ahli
dalam sesuatu pasukan mampu mempengaruhi ahli –ahli lain. Hal ini akan membantu ahli-ahli
lain juga turut memberi komitmen masing-masing untuk meningkatkan prestasi pasukan mereka.
Hasil kerja pasukan atau ahli-ahlinya juga jauh berbeza berbanding ahli-ahli kumpulan lain. Ini
akan membentuknya sebuah pasukan yang efektif. Pasukan yang efektif sudah pasti akan
memberi impak yang baik kepada pembangunan organisasi. Contohnya Ketua Panitia Matematik
yang aktif , berkomited dan inovatif mampu mempengaruhi ahli-ahli kumpulannya dan mampu
meningkatkan prestasi matapelajaran matematik di peringkat sekolah.Peningkatan prestasi ini
juga mampu mempengaruhi panitia-panitia lain juga. Panitia-panitia lain juga akan turut bekerja
keras untuk meningkatkan prestasi panitia mereka.

Membantu menjimatkan masa

Selalunya kerja yang diberikan kepada suatu pasukan kerja akan dibahagikan kepada
ahli-ahli kumpulan berdasarkan kepakaran dan pengetahuan mereka. Kerja atau tugas yang
diberikan juga berkaitan dengan bidang tugas mereka. Maka , ini sudah tentu akan menjimatkan
masa untuk menghabiskan suatu tugas atau projek kerana mereka lebih arif tentang bidang tugas
tersebut. Selain itu, tekanan dalam kalangan ahli juga turut dikurangkan. Tambahan pula hasil
kerja yang diperlihatkan juga akan menjadi lebih baik. Contohnya, penyediaan modul
Matematik. Guru-guru matematik yang arif dan berpengalaman dalam kemahiran menyediakan
soalan boleh membaut draft untuk modul tersebut. Manakala guru-guru baru yang kurang
berpengetahuan dan mempunyai kemahiran ICT boleh menaipnya untuk melengkapkan modul
tersebut. Situasi ini menimbulkan guru-guru berpengalaman dan kurang berpengalaman saling
bekerjasama dan juga masa untuk bekerja juga dapat dijimatkan. Menurut Ress (1991) dalam
Yusof dan Bibi ( 2007) menyatakan bahawa salah satu ciri yang utama yang wujud dalam kerja
berpasukan ialah ahli-ahlinya saling membantu dan menyumbangkan kepakaran dan kemahiran

26
mereka secara aktif. Keadaan ini sudah tentu membawa kesejahteraan dalam kalangan warga
guru di sekolah.

Menyelesaikan masalah organisasi

Dalam sesuatu organisasi pemimpin sekolah atau ketua jabatan merupakan orang
terpenting dalam membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada jabatan. Walaupun
bagaimanapun, apabila terdapat sebarang masalah ketua jabatan memainkan peranan sama ada
membuat perbincangan atau bermesyuarat dengan ahli-ahlinya untuk mengatasi masalah
bersama. Sekiranya di sekolah ketua jabatan akan berbincang dengan kumpulan pentadbir.
Kaedah ini memudahkan ketua jabatan mencapai sesuatu kata sepakat dan jalan penyelesaian.

Membuat penambahbaikan

Penambahbaikan amat penting dalam meningkatkan dan mengekalkan mutu kerja dan
kualiti organisasi. Perkara-perkara dan kemahiran baru disalurkan ke organisasi melalui pasukan
pekerja. Khususnya di sekolah penambahbaikan dibuat dalam bentuk kursus dalaman untuk
pasukan pekerja. Semua ahli dalam pasukan perlu mempelajari kemahiran-kemahiran yang
tertentu daripada ahli pasukan lain agar dapat digunakan untuk mempertingkatkan organisasi
mereka ( Kashim, 2001). Ahli atau ketua pasukan yang peka dan mahir dalam isu-isu baru akan
menyalurkannya melalui kursus dalaman dan PLC (Professional Learning Community). Hal ini
sudah pasti akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi ahli-ahli yang lain. Hal ini sudah
pasti akan meningkatkan kemahiran guru dalam aktiviti PdPc dan mampu meningkatkan prestasi
murid jua.

Kesimpulan

Di setiap organisasi, pasukan pekerja amat penting bagi membentuk sebuah organisasi
yang teratur, terarah, mempunyai matlamat dan efektif. Pasukan kerja juga memainkan peranan
penting dalam melaksanakan segala aktiviti dan kerja untuk mencapai matlamat organisasi
tersebut. Jika tidak ada pasukan kerja dalam sesuatu organisasi tersebut, maka amatlah sukar

27
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli
pasukan kerja dapat menghasilkan mutu dan kualiti organisasi. Pemimpin atau ketua pasukan
perlulah membina hubungan yang baik dan menjaga kebajikan ahli agar kesejahteraan organisasi
dijaga. Oleh itu, amatlah penting untuk menjaga perpaduan dalam pasukan kerja untuk mencapai
matlamat organisasi.

28
CD ROM

29
RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

Chin Pek Lian. 2004. Kerja Berpasukan: Faktor Mempengaruhi dan Pengaruhnya Kepada
Kepuasan, Kejeleketan dan Prestasi Ahli Dalam Panitian Kemahiran Hidup BersepaduDi
Daerah Kuala Langat . Selangor. Universiti Teknologi Malaysia

Dyer, W. G. 1995.Teambuilding: Issue and Alternatives. Addision Wesley Publishing Co.Inc.

Kashim Bin Jaafar. 2001.Pandangan Guru-guru Terhadap Kepentingan dan Faktor-


factor Penentu Pencapaian Kerja Berpasukan di Sekolah di Daerah Kuala Mud
a, Kedah Darul Aman: Universiti Utara Malaysia

Tee Thiam Chai (2003). Pengurusan Pasukan Kerja di Sekolah, Satu Tinjauan di Kalangan Ketua
Pasukan Kerja Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai: Tesis Sarjana Muda.

Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan Dan Kepuasan Kerja Ketua PanitiaDalam
Jabatan Bahasa Dan Sains Sosial Di Sekolah Menengah Daerah Pontian.

Yusof bin Boon dan Bibi Sakinah bt Haron Khan. 2007. Kerja Berpasukan Dalam Kalangan Guru
Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat Muar . Universiti Teknologi Malaysia

Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2007 : Panduan Pengurusan Pejabat.

Etika Kerja Kakitangan Pentadbiran dan Sokongan Cetakan 2006.

Pelan Integriti Nasional Cetakan 2004.

30
Teori Hierarki Keperluan Maslow. (2017, May 10). Retrieved May 5, 2017, from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_Hierarki_Keperluan_Maslow

Teori X dan Teori Y. (2016, November 07). Retrieved April 24, 2017, from

https://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_X_dan_Teori_Y

M. (1970, January 01). Mooks. Retrieved May 8, 2017, from

http://mooks3005.blogspot.my/2011/04/konsep-dasar-teori-belbin.html

31

You might also like