You are on page 1of 7

KEGANASAN DI TEMPAT KERJA

KEGANASAN DI TEMPAT KERJA

TEORI-TEORI YANG BERKAITAN BAGI MENJELASKAN ISU KEGANASAN ATAU JENAYAH

Teori Klasik

Ahli falsafah Francis, Rene Descartes (1596-1650) telah melahirkan teori


tentang kebebasan individu untuk memilih samaada melakukan jenayah seperti
keganasan atau tidak. Menurut tesis Descartes, kuasa
penaakulan (reasoning) dan kebebasan memilih adalah pemberian Tuhan yang
membezakan manusia daripada makhluk yang lain. Beberapa orang penulis seperti
Taft dan Englandmengulas teori Descartes seperti yang berikut:

Descartes berpendapat bahawa undang-undang alam semula jadi bukan


sahajamengawal kejadian luaran manusia tetapi juga yang berlaku dalam manusia
iaitu seperti proses pembesaran tubuh badan, kesihatan, dan perubahan yang
membawa kerosakan. Descartes telah melahirkan doktrin yang membantu membentuk
reformasi undang-undang jenayah, menyediakan hukuman yang rasional dan
melahirkan imej mental manusia yang sedang bekerja dan ia jelas kelihatan
hingga ke hari ini.

Falsafah kebebasan memilih ini dipegang oleh beberapa ahli kriminalogi


terawal, digelar sebagai teori klasik kriminalogi.

Teori Psikologi

Perlakuan jenayah seperti keganasan jelas berhubungan dengan pelbagai


kehendak emosi dan fizikal, dan cara yang bagaimana seseorang memuaskan
kehendak itu. Ahli psikologi berpendapat bahawa perlakuan sebarang jenayah
termasuk keganasan berhubung rapat dengan kehendak psikologi, sosial dan
psikologikal.Individu akan memenuhi kehendak itu mengikut caranya sendiri,
bergantung kepada kadar keperluan dan keadaan positif negative.
Mengikut teori Freud, kelakuan yang menyalahi norma adalah perlakuan
jenayah sebagai cara melahirkan kehendak keperluan asas, konflik di
antara superego dengan keperluan manusia, pelarian daripada kenyataan atau
usaha tanpa disedari merupakan cara menyelasaikan masalah emosi. Abraham
Maslow dalam bukunya yang bertajuk Psychology Today: An introduction telah
menyenaraikan lima tahap keperluan asas mengikut struktur atau
hierarki. Menurut tesisnya, keperluan asas harus dipuaskan dahulu sebelum
individu boleh berfungsi dengan berkesan menuju ke arah memuaskan keperluan
asasnya yang seterusnya. Maslow mengkategorikan keperluan asas seperti yang
berikut:

1. Psikologikal: lapar, haus, seks, rehat, udara.


2. Keselamatan: teratur, selamat dan sebagainya.
3. Cinta dan pemilikan: hubungan antara manusia
4. Esteem: kejayaan, berkebolehan, bebas, reputasi dan darjat.
5. Self actualization: ekpolitasi kebolehan, keupayaan dan kemampuan.

Apabila seseorang kanak-kanak meningkat dewasa, keperluan


asasnya akan ber-kembang dan berkembang dan begitu juga kaedah memuaskan
kehendaknya. Dia akan belajar membuatnya, melihat orang lain serta percubaan
sendiri. Kekecewaan akan dialami oleh individu kerana dia tidak akan dapat
memenuhi semua kehendaknya.Apa yang perlu dipelajarinya ialah mengawal diri
sendiri dan berkompromi. Dia sendiri akan sedar sama ada sesuatu tindakan itu
betul atau salah.

Teori Kelemahan Mental

Henry H. Godrad juga salah seorang daripada pakar psikologi yang mengkaji
sebab berlaku jenayah seperti keganasan telah menghubungkan kelemahan mental
dengan jenayah. Pada tahun 1914 beliau menganggarkan lebih daripada 50 peratus
penjenayah adalah lemah daya pemikirannya. Dalam kajian yang akhir, Gogdrad
menyatakan bahawa tidak dapat dinafikan bahawa salah satu sebab utama
perlanggaran undang-undang dalam perlakuan jenayah ialah kerana mental yang
lemah.

KEGANASAN DI TEMPAT KERJA DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai jenis keganasan di tempat kerja. Antranya keganasan


fizikal, keganasan mental, dan keganasan terhadap harta benda. Perbincangan
mengenai ketiga-tiga keganasan ini dibincangkan secara ringkas.

Keganasan Fizikal

Keganasan fizikal merupakan keganasan melibatkan fizikal pekarja atau


majikan. Biasanya mangsa keganasan fizikal ini akanmengakibatkan kematian,
cacat akal dan kecederaan. Keganasan fizikal adalah jenis keganasan yang
sering berlaku dalam organisasi kesan daripada serangan seseorang terhadap
pihak yang lain. Bentuk serangan yang dilakukan sama adan melibatkan senjata
api, peralatan tajam seperti pisau, dan kekuatan fizikal seperti tendangan,
tumbukan, hentakan dan sebagainya yang boleh dalam kategori ini.

Keganasan Mental

Keganasan mental merupakan keganasan yang berpunca daripada keganasan


fizikal dan keganasan mental. Apabila keganasan fizikal terjadi, misalnya
kepala dipukul dengan benda yang keras, kepala mungkin pecah. Walaupun kepala
mungkin sembuh akibat cedera, tetapi fikiran mangsa telah tidak normal atau
terus gila.Keganasan mental juga terjadi apabila berlakunya gangguan terhadap
pemikiran dan emosi yang tertekan yang dialami oleh seseorang. Misalnya
gangguan seksual dari segi lisan terhadap pekerja wanita contohnya teguran,
komen-komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara
yang tidak menyenangkan akan menyebabkan minda seseorang itu terganggu untuk
jangka masa panjang atau pendek mengikut trauma yang berlaku. Akibatnya
perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri tergugat, sistem
perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan
seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas
kembali episode pahit yang telah dilalui dahulu.

Keganasan Terhadap Harta Benda

Keganasan ini dilakukan oleh pekerja terhadap barangan keluaran


organisasi dengan pelbagai cara. Kerosakan harta benda organisasi tempat
pekerja bekerja yang dilakukan dengan pelbagaicara antaranya adalah:
a) keganasan oleh pekerja terhadap majikan dengan mencuri barangan milik
organisasi.
b) Keganasan oleh pekerja tehadap organisasi dengan merosakkan harta benda mereka
seperti kereta, peralatan pejebat atau mesin.
c) Keganasan juga dilakukan oleh orang luar atau masyarakat setempat terhadap
organisasi dan pekerja akibat kilanan mereka terhadap perilaku organisasi dan
pekerja mereka. Sebagai contoh kilang aluminium dibakar oleh penduduk tempatan
di Johor dalam tahun 2002.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGANASAN BERLAKU

Pembahagian Kerja yang Tidak Sistematik dan Adil

Kegagalan pengurusan dalam mengagihkan kerja secara adil dan sistematik


di kalangan pekerja boleh menyebabkan keganasan berlaku di tempat kerja atau
di tempat lain akibat daripada ketidakpuasan hati pekerja. Pembebanan kerja
yang tidak dapat ditanggung oleh pekerja juga menyebabkan keganasan berlaku
kerana pekerja akan berasa tertekan. Apabila ada sahaja faktor-faktor lain,
misalnya emosi terganggu, pekerja tadi akan mencetus keganasan sama ada
terhadap majikan atau kepada rakan-rakan sekerjanya. Keganasan akan berlaku
pada bila-bila masa sahaja, tanpa diduga atau di mana-mana akibat kegagalan
pengurus membahagikan kerja dengan sistematik serta adil.

Kesan Penggunaan Dadah dan Alkohol

Penggunaan dadah dan juga alcohol merupakan satu faktor penting yang
menyebabkan keganasan berlaku di tempat kerja. Ini amat berkait rapat dengan
kesilapan mengambil pekerja yang terdiri daripada golongan ini menjadikan
tempat kerja sebagai gelanggang keganasan. penagih dadah akan mudah terangsang
untuk menagih dan melakuakan keganasan jika perbuatan dan kehendak mereka
dihalang. Pekerja yang diaambil kadangkala tidak diminta melalui ujian
kesihatan yang teliti sebelum diambil bekerja bagi menentukan pekerja bebas
daripada ketagihan dadah atau alkohol.

Tekanan Kerja di Tempat Kerja

Tekanan kerja di tempat kerja juga mempengaruhi sesuatu keganasan di


tempat kerja berlaku. Jika bebanan kerja melebihi keupayaan maka pekerja
berkenaan akan bekerja dalam keadaan tertekan. Keadaan ini bertamabah parah
apabila pekerja bekerja dalam tekanan untuk memenuhi sasaran yang telah
ditetapkan.Pekerja yang semakin tertekan akan terdedah untuk melakukan
pelbagai keganasan. lambakan kerja yang tidak terpikul oleh pekerja
menyebabkan pekerja berasa majikan menzaliminya. Jika pekerja tadi berasa diri
mereka berada pada tahap itu, maka pekerja tadi terdedah kepada keganasan yang
bakal dilakukankannya. Mungkin pekerja tadi akan bertindak menipu majikan
untuk mencapai sasaran secara mudah.

Masalah Kewangan atau Pampasan

Pekerja dengan majikan saling memerlukan untuk kelangsungan


bekerja. Majikan perlu untung dan pekerja perlukan upah dan gaji dalam bentuk
wang. Upah dan gaji yang rendah akan mendorong pekerja tertekan di samping
lambakan kerja yang perlu diselesaikan. Lambakan kerja yang tidak setimpal
dengan upah yang dibayar akan mendorong pekerja menjadi ganas di tempat kerja
seperti mencederakan majikan dan rakan-rakan sekerja yang lain bagi
menunjukkan ketidakpuasannya.
Masalah Hutang dan Bebanan Kewangan Peribadi

Bebanan hutang yang banyak juga menyebabkan jiwa pekerja dan majikan
berasa tertekan yang mendorong keganasan berlaku di tempat kerja. Pekerja yang
mempunyai hutang peribadi yang banyak dan gagal melangsaikannya sehingga
banyak menerima saman dari institusi kewangan atau kejatuhan harga saham yang
mendadak yang menjatuhkan nilai asset yang dimiliki. Ataupun
terdapat suratsaman kenderaan yang tidak dibayar, kenderaan akan ditarik balik
dan hutang kad kredit yang tidak mampu dijelaskan. Di pejebat mungkin rakan-
rakan sekerja membuat sindiran yang menjuruskan pekerja berkennaan hilang
pertimbangan sehingga ada pihak lainyang menjadi mangsa kesan daripada
kemarahannya.
Bagi majikan pula, bebanan hutang yang banyak akibat daripada kemerosotan
ekonomi, disaman kerana tidak mampu menjelaskan hutang kepada pembekal dan
peminjam sehingga dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis. Kesulitan yang
dialami oleh majikan menyebabkan mereka lebih sensetif walaupun dengan masalah
kecil yang ditimbulkan oleh pekerja. Majikan mungkin akan hilang kewarasan dan
bertindak untuk memukul, menampar dan membuang pekerja akibat daripada
kesilapan kecil yang dilakukan oleh pekerja.

Masalah Rumahtangga

Maslah rumahtangga yang terbawa-bawa sehingga ke pejebat banyak mendorong


pekerja melakukan keganasan di tempat kerja.Antara masalah rumahtangga yang
berlaku ialah masalah keluarga, keruntuhan rumahtangga, keruntuhan moral anak-
anak seperti penagihan dadah, minum arak dan keruntuhan akhlak. Campur tangan
pihak lain dalam masalah rumahtangga seperti ibubapa mertua menambahkan lagi
tekanan. Pekerja yang tertekan ini akan terbawa-bawa sikapnya ke pejabat
sehingga menimbulkan tingkah laku keganasan. Misalnya jika hanya sedikit
masalah yang timbul di pejabat seperti sindiran daripada kawan-
kawan akan menyebabkan pekerja tadi akan bertindak ganas.

Persekitaran Tempat Kerja

Persekitaran tempat kerja juga boleh mengundang keganasan


berlaku. Keadaan bilik pengurus jauh terkurung atau hanya di tingkat atas
mendedahkan keganasan ketua-ketua pejabat terhadap wanita seperti keganasan
seksual. Keganasan seksual boleh jadi gangguan fizikal. Gangguan ini
melibatkan perbuatan seseorang individu yang mempunyai unsure-unsur
seksual. Contohnya seperti mencubit, menggeselkan badan, menepuk bahu, memeluk
atau pencabulan kehormatan wanita.
Selain itu persekitaran tempat kerja misalnya, di tapak-tapak binaan
kilang-kilang, bengkel kereta yang mempunyai peralatan yang boleh dijadikan
senjata merupakan pemangkin kepada keganasan. apabila ada pergaduhan kecil
peralatan tajam, tukul, pemutar skru menjadi senjata utama sama ada untuk
mempertahankan diri atau digunakan untuk menyerang mangsa.

Kelemahan Kawalan Peralatan di Tempat Kerja

Kelemahan kawalan peralatan di tempat kerja akan memudahkan keganasan


berklaku di tempat kerja. Besi-besi tajam, kayu yang merata-rata tempat di
tapak binaan menjadi senjata yang mudah merangsang kejadian
keganasan. kejadian memukul pekerja di tapak binaan sudah tidak menjadi asing
di Malaysia. Di Klang pada 26hb April 2000 (Utusan Malaysia) seorang buruh
binaan dari Indonesiaditemui mati diserang dengan kayu dan besi tajam akibat
dendam.
STRATEGI-STRATEGI YANG PERLU DIAMBIL DALAM MENANGANI KEGANASAN

Pembahagian Kerja Secara Adil dan Munasabah

Pekerja ialah manusia biasa yang mempunyai perasaan kemampuan bekarja dan
sebagainya. Oleh itu, kerja yang dibebankan kepada pekerja perlu sesuai dengan
kehendak, kemampuan dan ketahanannya. Jika pekerja dibebankan dengan kerja
yang tidak munasabah, mereka akan berada di bawah tekanan. Tekanan
ini akanmenjadi punca kepada keganasan berlaku. Pekerja sepatutnya menerima
beban tugas secara adil sesama mereka. Keadilan membahagikan tugas
ini akan menjadikan mereka kurang cemburu sesama sendiri dan mereka saling
menghormati satu sama lain. Hal ini dapat mengelakkan keganasan berlaku.

Media Elektronik Perlu Dibendung dan Diselia

Media elektronik perlu disekat daripada menyiarkan babak-babak ganas yang


bakal ditiru oleh penonton. Televisyen dan media elektronik yang lain seperti
internet perlu dipandu supaya dapat menyemai sikap bertolak-ansur, menghormati
orang lain dan sifat-sifat positif. Ini akan mengelkkan keganasan di tempat
kerja berlaku.

Mengadakan Kursus-kursus kepada Pekerja

Pekerja perlu diberi kursus sebanyak mungkin tentang pembangunan


insan. Badan-badan agama dan kesatuan-kesatuan berperanan untuk meningkatkan
kesedaran di kalangan pekerja tentang kepentingan hubungan harmoni sesama
pekerja. Oleh itu keganasan dapat dibendung walaupun tidak sepenuhnya.

Memberi Kesedaran Tentang Bahan-bahan yang Digunakan

Pekerja perlu diberitahu tentang betapa pentingnya disiplin yang


tinggi sama ada dalam mengendalikan bahan-bahan berbahaya seperti asid atau
menggunakan peralatan-peralatan yang boleh mencederakan terutamanya di tapk-
tapak binaan atau kilang, ini menghindarkan daripada menggunakan bahan-bahan
atau peralatan-peralatan tersebut untuk digunakan senjata bagi melakukan
keganasan.

Persekitaran Tempat Kerja yang Baik

Persekitaran kerja yang baik amat penting bagi keselesaan dan ketenangan
pekerja ketika menjalankan tugas. Oleh itu majikan perlu menyediakan
persekitaran kerja yang baik. Hal ini dapat mengelakkan pekerja tadi mengalami
tekanan perasaan yang boleh membawa faktor keganasan di tempat kerja. Misalnya
majikan harus menyediakan ruangf pejebat yang dilengkapi dengan penghawa
dingin, ruang pejabat yang tidak terlalu sempit dan lokasi pejabat yang jauh
daripada pencemaran bunyi kenderaan-kenderaan atau bunyi dari tapak-tapak
binaan.

Pemilihan Pekerja yang Betul


Semasa pemilihan pekerja dan temuduga, pemilihan pekerja yang teliti
dapat membantu majiakan dan pekerja agar betul-betul mendapat pekerja yang
tidak mengalami masalah seperti pesakit mental dan bebas dariapda pengambilan
dadah atau ketagihan alkohol. Justeru itu, sebelum seseorang pekerja itu
disahkan dari jawatannya laporan kesihatan perlu diperolehi dengan meminta
calon kerja menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu bagi mengesahkannya
bebas daripada sebarang penyakit atau ketagihan alkohol atau pengambilan
dadah. Menurut Tonowski, 1993, maklumat tentang latar belakang dan maklumat
daripada sumber rujukan pemohon sama ada beliau pernah terlibat dengan
sebarang keganasan atau tidak adalah penting dalam proses pemilihan pekerja.
Ini kerana, maklumat berkenaan boleh digunakan untuk melihat sama ada
pekerja pernah terlibat dalam keganasan di tempat kerja, mempunyai kisah hidup
yang ganas atau mempunyai kekerapan dalam dibuang atau bertukar kerja.
Mengadakan ujian-ujian psikologi seperti ujian kejujuran, dan ujian
personaliti, misalnya ujian MMPI (Minnesota Multiphasic Personality
Inventory)penting dalam proses pemilihan pekerja bagi mendapatkan pekerja yang
terbaik dan bebas daripada sebarang kisah keganasan di tempat kerja. Jika
betul-betul teliti semasa pengambilan pekerja maka kes pemandu bas ekspress
merogol dan membunuh pegawai di Klang baru-baru ini tidak akan berlaku.

Menganjurkan Aktiviti Sosial

Bagi membendung keganasan dengan lebih mantap lagi, majikan perlu


mengadakan perjumpaan sosial di kalangan pekerja mereka di luar pejabat,
misalnya pada hari minggu dan hari kelepasan.Perjumpaan-perjumpaan sosial
seperti ini akan menggalakkan komunikasi, mengeratkan jalinan kemesraan di
kalangan pekerja dengan majikan , bahkan juga dengan keluarga mereka yang akan
menjurus keharmonian sebagai satu keluarga satu majikan demi mengelakkan
kaganasan berlaku.

Keselamatan di Tempat Kerja

Keselamatan di tempat kerja penting bagi mengelakkan pekerja berasa


tertekan dengan masalah lain di etmpat kerja. Oleh itu akta seperti Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan (Akta 514) amat penting
bagi sesuatu organisasi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang negatif
seperti keganasan.melalui akta ini, kita dapat melihat akan kewajipan pihak
yang yang terlibat dalam operasi dan pengurusan organisasi memetuhi sistem
perundangan. Perun dangan ini adalah berhubung dengan kewajipan yang perlu
diambil oleh pihak organisasi dan pekerja dalam memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja terjamin. Jika terdapat sebarang perlanggaran dalam akta dan
peraturan ini, maka pihak yang bersalah akan dikenakan penalty atau hukuman
yang sewajarnya. Oleh yang demikaian, perlunya setiap organisasi memastikan
bahawa akta dan peraturan ini dipatuhai bagi mengelakkan sebarang kejadian
yang tidak diingini seperti keganasan.

Pekerja Diberiakn Pakaian yang Lengkap

Keganasan di tempat kerja boleh dibendung dengan caramelengkapkan pekerja


dengan pakaian yang lengkap, terutamannya pengawal keselamatan bank dilengakpi
dengan baju kalis peluru, adalah lebih diyakini, perompak terpaksa berfikir
dua atau tiga kali untuk merompak bank atau niatnya terus terkubur. Perompak
berasa bimbang, sekiranya pengawal akan bertindak balas terhadap tembakan
mereka.

Sistem Ganjaran yang Lebih Adil

Jika pekerja dibebani tugas yang berat maka pekerja mengharapkan ganjaran
yang diterima juga tinggi. Jadi amjikan perlu mengambil sistem ganjaran yang
lebih adil. Jadi penilaian perlu dibuat dengan lebih teliti walaupun
organisasi terpaksa menggunakan pendekatan prestasi 360%. Hal ini boleh
mengelakkan pekerja berasa tertekan dengan kerja yang bakal mencetus keganasan
di tempat kerja.

Memerlukan Pembendungan Kemalangan

Pekerja perlu dibendung oleh majikan dariapda menjadi mangsa kemalangan


di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab atas keganasan dan kemalangan di
tempat kerja (Jamil Salmi 1980). Jadi pekerja dibendung daripada terjebak oleh
keganasan di tempat kerja.

Memerlukan Pembendungan Keganasan Semula Jadi

Keganasan semual jadi seperti rebut dan taufan, tanah runtuh dan banjir
merupakan ancaman terhadap pekerja di tempat kerja.Jadi langkah-langkah
mencegah perlu dijalankan oleh pekerja dengan kerjasama majikan daripada
perkara yang tidak diingini berlaku.

Perlantikan Kaunselor dalam Setiap Organisasi

Perlantikan kaunselor di setiap organisasi amat penti ng bagi menguruskan


pekerja yang bermasalah.ini kerana peranan kaunseling di tempat kerja atau
organisasi amat penting terutamannya memperbaikai imej diri pekerja yang
negatif, mengajar pekerja yang bermasalah menyesuaikan diri dengan situasi
kerja, mempermudah atau menggerakkan perubahan tingakah laku pekerja yang
negatif, membantu pekerja menjadi lebih produktif, membimbing pekerja mencari
dan memupuk sumber dalaman, mempertingkatkan kemampuan pekerja bermasalah
membuat keputusan, dan membantu pekarja mengurus masalah yang belum selesai
dalam hidupnya. Dengan adanya bantuan kaunseling atau kaunselor di tempat
kerja bagi mengatasi masalah-masalah pekerja, sudah tentulah keganasan di
tempat kerja dapat dikawal kerana pekerja mempunyai alternative yang lebih
baik ke arah penyelesaian masalah selain melakukan kelangsangan.

You might also like