You are on page 1of 3

Kaedah Pelaksanaan Kerja Perniagaan yang ingin kami lakukan ialah membina sebuah perpustakaan yang bernama The

Wonder House kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar dan pekerja. Untuk melaksanakan projek ini, terlebih dahulu kami akan mencari lokasi yang sesuai untuk membina perpustakaan. Kami perlu mencari tempat yang strategik di bandar iaitu Alor Setar kerana bandar merupakan tumpuan orang ramai dan mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap. Tempat tersebut mestilah mempunyai halaman yang luas supaya boleh menyediakan tempat meletak kereta kepada sesiapa yang mengunjungi. Nasib baiklah kami dapat mencari satu kilang yang tidak beroperasi lagi. Tuan kilang tersebut juga ingin menjual tempat tersebut kami dan kami akan membayar kepada tuan kilang secara bulanan. Setelah mencari tempat, kami mula mencari pihak berkenaan untuk meminta melabur projek kami ini. Kami juga mengalami masalah kewangan kerana kami bertiga mengambil keputusan untuk membina sebuah perpustakaan mengikut kemampuan sendiri. Kami bercadang untuk mencari pembekal daripada pelbagai pihak pihak seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan. Selain itu, kami juga mendapatkan bantuan daripada ibu bapa kami. Kami bercadang bekerjasama dengan pusat tuisyen dan dengan ini mereka akan menjadi sebagai salah satu pemegang saham kami. Dari segi keuntungan, wang yang diuntungkan akan dibahagikan kepada 30% dan 70%. Kami akan mengambil keuntungan sebanyak 70% manakala pusat tuisyen akan mengambil 30% daripada keseluruhan. Hal ini disebabkan pelajar di pusat tuisyen boleh mengunjungi The Wonder House untuk menimba ilmu yang lebih mendalam. Kami juga akan meminta pihak kedai buku supaya mereka boleh menjual buku mereka di perpustakaan kami. Dengan menggunakan cara ini, kami turut akan mendapat komisen daripada kedai buku. Untuk mendapat buku-buku, kami akan mengadakan kempen derma buku. Melalui kempen ini, maka kami dapat mengumpul buku-buku yang boleh digunakan dan mempamerkan dalam perpustakaan. Dengan memiliki modal yang mencukupi, langkah seterusnya ialah tempat perpustakaan kami akan dihiaskan dan diubah suai. Sekiranya kami menghadapi kekurangan modal, kami terpaksa mencari pembekal yang lain. Untuk melaksanakan

projek ini, kami mestilah menyediakan kemudahan yang lengkap seperti membeli rak buku, meja, kerusi, penyaman udara, dan cafeteria. Bukan itu sahaja, kami juga perlu menyediakan tempat penyimpanan barang kepada sesiapa yang ingin meletakkan barang sebelum memasuki perpustakaan kami. Kemudahan-kemudahan ini mestilah disediakan sebelum The Wonder House mula beroperasi. Untuk menarik minat orang lain supaya pelanggan mengunjungi perpustakaan kami, kami akan memperkenalkan kad keahlian kami. Kos untuk membuat kad keahlian ialah RM50.00. Dengan memiliki kad ini, maka ahli tersebut dapat menikmati layanan keistimewaan kami. Yuran kemasukan bagi bukan ahli ialah RM5.00. Sekiranya memiliki kad keahlian ini, maka yuran kemasukan akan dikurangkan dan hanya perlu membayar sebanyak RM1.00 sahaja. Bagi makanan yang dijual di cafeteria, harga makanan bagi seorang ahli boleh menjimatkan RM1.00 serta mendapat potongan harga bagi menggunakan kuib persendirian (personal cube) dan kuib bersama (together cube) iaitu pelajar atau orang lain yang ingin menggunakannya boleh menjimatkan wang sebanyak RM5.00. Harga asal bagi satu kuib persendirian ialah RM35.00

manakala kuib bersama ialah RM50.00. Masa untuk menggunakan kuib persendirian dan kuib bersama ialah 3 jam sahaja, dan sekiranya ingin memanjangkan masa menggunakannya, individu tersebut mestilah membuat tempahan terlebih dahulu disebabkan bilangan kuib-kuib ini adalah terhad. Pengunjung juga boleh bermalam di The Wonder House tetapi dengan syaratnya ialah perlu membuat tempahan awal. Setelah memperkenalkan kad keahlian ini, maka kami akan membuat risalah mengenai The Wonder House serta kad keahlian dan mengedarkannya di sekolah. Hal ini disebabkan sasaran kami ialah golongan pelajar. Selain itu, kami juga akan membuat promosi seperti mengadakan perpustakaan terbuka pada hari pertama hingga hari ketiga selepas perasmian perpustakaan kami. Dalam tempoh ini, yuran kemasukan adalah percuma. Pengunjung boleh menggunakan kafe bebas tetapi hanya kuib persendirian dan kuib bersama masih tidak boleh digunakan. Mereka hanya boleh melawat tempat tersebut sahaja. Setelah The Wonder House mencapai kemajuan dan mendapat keuntungan yang banyak, maka kami akan mengembangkan perniagaan kami. Kami akan

meluaskan tempat kami untuk menambah bilangan kuib persendirian dan kuib bersama. Selain itu, kami juga akan membina Taman Zen, spa dan tempat rekreasi yang lain supaya individu yang mengunjungi boleh menenangkan hati dan menjauhi segala masalah yang dihadapi untuk mengurangkan tekanan hidup. Kesimpulannya, kami perlu mengikuti langkah-langkah untuk melaksanakan projek ini. Dengan ini, maka perniagaan kami dapat dijalankan dengan lancar dan akhirnya mencapai kejayaan.

You might also like