You are on page 1of 6

BAHAGIAN A

( 40 markah )
Jawab semua soalan
1. Budaya memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai satu lambang kemegahan
sesuatu bangsa.
a. Jelaskan dua elemen utama yang menggambarkan sesuatu budaya itu.
[5 markah]
b. Sebagai seorang pengamal ilmu dalam bilik darjah kepelbagaian budaya, huraikan dua
pendekatan yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk menggalakkan pemahaman
terhadap Konsep 1 Malaysia.
[5 markah]

2. a. Nyatakan lima peranan yang akan dihadapi oleh guru jika muridnya berasal daripada latar
belakang sosio-budaya yang berbeza.
[5 markah]
b. Terangkan dua cara bagaimana sekolah boleh memainkan peranan untuk menyatupadukan
murid-murid daripada pelbagai sosio-budaya yang berbeza.
[5 markah]

3. a. Senaraikan empat faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan


antara murid di kawasan Bandar dan kawasan luar bandar.
[4 markah]
b. Jelaskan dua program yang dilakukan kerajaan bagi membantu murid berkeperluan khas.
.
[6 markah]
4. a. Nyatakan empat cara guru dapat meningkatkan kesedaran antara budaya di sekolah.
[4 markah]
b. Guru memainkan peranan penting dalam usaha untuk mewujudkan integrasi dalam
masyarakat pelbagai budaya.
Huraikan du acara guru dapat menggalakkan integrasi dalam bilik darjah.
.
[6 markah]

FBA JIP 0197553166

BAHAGIAN C
( 40 markah )
Jawab dua soalan sahaja.
1. Untuk menjayakan aspirasi Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai usaha
untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Diandaikan bahawa pelaksanaan Sekolah Wawasan dapat menggalakkan suasana pembelajaran
pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah kepelbagaian budaya.
a. Jelaskan empat ciri Sekolah Wawasan di Malaysia yang boleh mendorong kepada
perpaduan antara murid.
[10 markah]
b Bincangkan empat peranan ibu bapa menggalakkan keharmonian dalam kalangan
murid di Sekolah Wawasan.
[10 markah]

2. a. Huraikan empat cara seorang guru boleh membantu dalam mewujudkan persekitaran
fizikal bilik darjah yang mesra alam.
[10 markah]
b. Bincangkan empat implikasi yang mungkin timbul jika budaya tidak diambilkira semasa
membuat penilaian terhadap murid.
[10 markah]

3. a. Guru perlu berkomunikasi secara berkesan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan.
Cadangkan empat cara bagaimana guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan dalam
bilik darjah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan
Sertakan jawapan anda dengan contoh-contoh yang relevan.
[10 markah]
b. Bincangkan empat cara bagaimana komunikasi lisan adalah leb ih berkesan daripada
komunikasi bukan lisan.
[10 markah]

FBA JIP 0197553166

JAWAPAN/PMM

BAHAGIAN B
( 40 markah )
Soalan 1
a.

Jelaskan dua elemen utama yang menggambarkan sesuatu budaya itu.


budaya boleh dipelajari
budaya boleh dikongsi bersama
budaya mengandungi pandangan global
budaya merangkumi elemen simbol
budaya boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain

b.

Dua pendekatan yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk menggalakkan pemahaman
terhadap Konsep 1 Malaysia.

Membina persahabatan dan amalan baik


Mengutamakan pembangunan negara
Mewujudkan suasana sosio-emosi yang kondusif
Menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid
Membina hubungan mesra dengan murid
P & P berteraskan budaya

Soalan 2
a. Lima peranan yang akan dihadapi oleh guru jika muridnya berasal daripada latar belakang
sosio-budaya yang berbeza.
Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua pelajar
(objektif & langkah)
Mengendalikan masalah iagno murid
Menggunakan bahasa standard untuk semua murid
Memahami amalan dan kepercayaan murid-murid
Mestilah adil dalam menangani keperluan dan masalah murid
b.

Dua cara bagaimana sekolah boleh memainkan peranan untuk menyatupadukan murid-murid
daripada pelbagai sosio-budaya yang berbeza.

Menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua kaum semasa musim perayaan


Pihak sekolah mestilah adil dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan
Adakan kelas yang terdiri daripada berbilang kaum
Menggunakan bahasa, ABM dan kurikulum yang standard

Soalan 3
a.

Empat faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan antara murid di
kawasan bandar dan kawasan luar

Lokasi kediaman
Latar belakang masyarakat / sikap ibu bapa dan guru
Status ekonomi / kaya,miskin
Kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur

FBA JIP 0197553166

Kualiti pengajaran
Politik (bantuan kerajaan)
***Lain-lain jawapan diterima
b.

Dua program yang dilakukan kerajaan bagi membantu murid berkeperluan khas.
Membuka lebih banyak kelas khas bagi murid dengan autism dan ADHD
Memastikan 100% penyertaan dalam program pendidikan khas inklusif
Pelaksanaan penilaian alternative
Menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak bagi
kanak-kanak khas (perubatan,ujian diagnostik, elaun khas dll)
Melatih guru dalam bidang pendidikan khas

Soalan 4
a. Empat cara guru dapat meningkatkan kesedaran antara budaya di sekolah.

Menerapkan nilai-nilai positif antara budaya dalam kurikulum


Mewujudkan persekitaran mesra antara kaum dalam kalangan masyarakat sekolah.
Melaksanakan program-program perpaduan yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti RIMUP
Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap budaya sendiri dan budaya lain melalui aktiviti-aktiviti
pelbagai budaya di sekolah.
Lain-lain jawapan yang munasabah diterima

b. Duacara guru dapat menggalakkan integrasi dalam bilik darjah.


Menerapkan nilai pendidikan antara budaya dan kurikulum
Menggalakkan interaksi yang mesra antara pelbagai budaya
Meningkatkan perkembangan kemahiran, nilai, sikap dan pengetahuan antara budaya
dalam kalangan murid
Menyemak amalan kepelbagaian budaya dalam bilik darjah
Menggunakan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk
menerapkan perpaduan dalam kalangan murid.

BAHAGIAN C
( 40 markah )
Soalan 1
a. Empat ciri Sekolah Wawasan di Malaysia yang boleh mendorong kepada perpaduan antara murid.
[10 markah]

Kehadiran tiga jenis sekolah dalam satu kawasan (Sekolah Melayu, Cina dan Tamil)
Mempunyai satu taman bermain
Mempunyai satu kantin
Perhimpunan mingguan
Mempunyai sebuah pasukan sekolah yang terdiri dari pelbagai kaum
Mempunyai satu perpustakaan
Berkongsi / guna sama kemudahan seperti padang, dewan, tandas dll

FBA JIP 0197553166

b. Empat peranan ibu bapa menggalakkan keharmonian dalam kalangan murid di Sekolah
Wawasan.
[10 markah]

Melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah : sukan dan Hari Terbuka
Mengambil bahagian dalam sesi dialog sekolah
Menganjur pelbagai aktiviti kebudayaan di sekolah
Melibatkan dalam program / perayaan Deepa Raya/Kongsi Raya untuk memupuk perpaduan
Menerapkan amalan mesra budaya dalam diri anak-anak

Soalan 2
a. Empat cara seorang guru boleh membantu dalam mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah
yang mesra alam.
[10 markah]

Ubahsuai susunan kerusi meja mengikut aktiviti


Perlu pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Catkan dinding dengan warna yang lembut
Guna langsir yang ceria dan lembut
Buat mural di sekeliling bilik darjah
Perlu ada jaminan keselamatan seperti pelan kebakaran dan alat pemadam api
Wujudkan sudut pembelajaran dan bacaan
****Lain-lain jawapan yang munasabah

b. Empat implikasi yang mungkin timbul jika budaya tidak diambil kira semasa membuat penilaian
terhadap murid.
[10 markah]

Ketidakadilan
Pelajar tidak bermotivasi
Ketidakpuasan hati
Benci terhadap subjek
Murid rasa terpinggir

Soalan 3
a. Empat cara bagaimana guru dapat mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah bagi
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan.
[10 markah]

Membina hubungan
Kemahiran komunikasi lisan
Kemahiran komunikasi bukan lisan
Kemahiran mendengar
Kemahiran memberi penjelasan
Kemahiran menyoal
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran TMK
Kemhiran penggunaan bahan bantu (ABM)
Penggunaan intonasi suara / nada suara
****Untuk menampakkan ada contoh-perlu perkataan `contoh`

FBA JIP 0197553166

b. Empat cara komunikasi lisan adalah lebih berkesan

[10 markah]

Guru dapat menjelaskan maklumat secara terperinci


Guru dapat memberikan kata-kata yang sesuai untuk memberi inspirasi, motivasi dan
galakan kepada murid, idea dapat disampaikan secara jelas dan tepat
Ketidakfahaman dapat dijelaskan dengan tambahan maklumat
Cara memberi maklum balas untuk menambah baik pencapaian murid
Penggunaan intonasi / nada
****Jika calon menghuraikan kelemahan komunikasi bukan lisan, boleh diterima

PERINGATAN:
UNTUK JAWAPAN SOALAN ESEI
1. Jawab dalam bentuk perenggan.
2. Pastikan ada pengenalan dan rumusan/kesimpulan.
3. Satu perenggan - satu isi + huraian (beserta pendapat / kajian
penulis) + contoh
4. Gunakan pen hitam.
5. Untuk isi - gariskan atau highlight dengan warna.

BACA SOALAN DENGAN TELITI.


BACA DOA.
SELAMAT MENJAWAB.

FBA JIP 0197553166

You might also like