You are on page 1of 1

Kepentingan dokumen dalam pengurusan organisasi :

1. Memberi penerangan yang jelas

- Dokumen memberi penerangan yang jelas mengenai sistem pengurusan kualiti kepada semua
anggota organisasi. Perkara ini secara tidak langsung dapat menyeragamkan kaedah kerja bagi
menjamin produk dan perkhidmatan mencapau kualiti yang konsisten.

2. Menjadi alat/bahan bukti terhadap sesebuah keterangan

- Dokumen merupakan suatu bahan yang ditulis atau dicetak yang boleh diguna pakai sebagai bukti
terhadap sesebuah keterangan. Sebagai contoh akta kelahiran, surat nikah dan surat perjanjian.

3. Sebagai petunjuk untuk memperoleh informasi dalam membuat keputusan

- Dokumen disediakan dalam bentuk catatan sumber-sumber informasi khusus berdasarkan tempoh
masa dan tarikh tertentu. Dokumen boleh dijadikan sabagai bahan rujukan untuk memperoleh
informasi mengenai sesuatu keterangan sekali gus memudahkan proses membuat keputusan. 

Berdasarkan kes video tersebut, seorang kerani telah diberkas akibat kesalahan beliau dalam
memalsukan geran kereta klon yang dibawa masuk dari luar negara iaitu negara Singapura. Geran
yang dipalsukan tidak mempunyai sebarang dokumen yang kukuh sebagai bahan bukti. Perkara ini
menyebabkan beliau diberkas dan disabitkan kesalahan.

You might also like