You are on page 1of 15

BAB 2

2.1 LATAR BELAKAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

2.1.1 PENGENALAN

Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang mana
melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia seterusnya dapat
membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu maklumat dapat disalurkan
dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan. Kerana mengetahui hal ini, kerajaan
mengambil langkah yang bijak, menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1968
sebelum diperbadankan pada Oktober 1984. Ini memandangkan telekomunikasi adalah satu
aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia seharian pada hari ini. Dari tahun ke tahun,
Telekom Malaysia berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan kini Telekom Malaysia
Berhad berdiri megah bersama syarikat telekomunikasi lain di dunia yang memberikan
produk, perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia.

Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan


telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah
seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah, panggilan kecemsan dan
sebagainya. Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia Berhad ia
memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi.
Selain itu, penubuhan Universiti Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan
universiti swasta pertama di Malaysia yang mempunyai objektif menyumbng ke arah
pembangunan teknologi maklumat, industri multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga
dengan penubuhan Universiti Multimedia pada tahun 1999.

12 | P a g e

Dalam era teknologi pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha
mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan
terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan pelanggannya. Salah satu
produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat
ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange Line. Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion,
Telekom Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi
impiannya untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh
kepada kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang-peluang


pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, penduduk tempatan dapat memenuhi peluangpeluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran yang wujud dapat dikurangkan .

13 | P a g e

2.1.2 SEJARAH PENUBUHAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali sebagai
Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom mengorak langkah dengan
terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang berterusan menyumbangkan dengan
pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia juga menyumbang dari segi
pembangunan pasaran telekomunikasi di Malaysia secara progresif .

Bagi ibusawat Telekom Malaysia Alor Setar, ia telah ditubuhkan lebih kurang pada
tahun 1947 dimana ianya dapat menampung lebih kurang 50 000 muatan talian pada waktu ini
untuk pelanggan kediaman .

14 | P a g e

2.1.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI

Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas zaman
pemerintahan Jepun. Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956, ia meletakkan matlamat
untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden. Dalam era 60an, rangkaian telefon telah
dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom. Pada tahun 1963, sistem gelombang mikro yang
pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur dan Singapura. Ia diperluaskan ke Ipoh dan
Pulau Pinang di Pantai barat serta ke Pantai Timur meliputi Kuantan dan Kota Bharu. Sistem
Telefon Radio Antarabangsa daripada Kuching ke Malaya dan Singapura telah diperkenalkan
pada tahun 1960. Pada April 1970, stesen Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama
ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan telefon di peringkat antarabangsa. Perkhidmatan
Teleks secara manual digantikan dengan sistem automatik pada tahun 1975. Manakala,
Telekom juga telah memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (International
Direct Dialling / IDD). Melalui perkhidmatan ini, panggilan terus boleh dibuat ke luar negara
seperti United Kingdom, Austarlia, Jepun dan Hong Kong serta ditambah kepada lebih 70
destinasi luar negara.

Pada tahun 1980, ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di Johor. Pada
masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang menghubungkan Kuantan dan
kuching telah berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1981, Standard Satelite yang kedua di
Lendu, Melaka yang menghubungkan Satelit Lautan India telah dilancarkan . Manakala pada
tahun 1982, Telefax telah diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pancaran saluran
cetakan, imej dan grafik. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh
Jabatan Telekom Malaysia (JTM), kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan
menswastakannya pada 12 Oktober 1984. Dengan ini, JTM telah ditukar nama kepada
Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu bersaing dengan syarikat telekomunikasi
yang sedia ada di Malaysia. Matlamat penswastaan organisasi tersebut adalah untuk
meningkatkan produktiviti negara dan menyimbangkan ke arah negara perindustrian. Selain

15 | P a g e

itu, Telekom malaysia Berhad (TMB) diswastakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam
menjadikan sebuah organisasi yang terunggul di negara ini.

Pada tahun 1990, Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya apabila


jumlah talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8 talian untuk 100
orang penduduk. Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
pada tahun tersebut. Industri telekomunikasi di Malaysia berubah ke arah matlamat unuk
menggalakkan persaingan sihat dengan pelbagai rangkaian lain dalam pasaran telekomunikasi
menerusi perlaksanaan Akses Samarata (Equal Acess) mulai 1 Januari 1999.

Mulai 1 Julai 1995, Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi sebagai


persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat pertambahan jumlah
pesaing dalam industri ini. Ia memberikan tanggungjawab dan kawalan penuh kepada
Pengurus Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen masing- masing. Menerusi struktur
baru ini, Telekom dapat memenuhi keperluan dan kehendak setiap segmen pasaran dengan
lebih berkesan. Untuk menghadapi era globalisasi , sekali lagi pada Januari 2001 TMB
distrukturkan semula. Dalam pengstrukturan baru TMB mempunyai lebih daya saing untuk
mengharungi era globalisasi.

Di samping itu, perkembangan era teknologi yang semakin meningkat, pelbagai


perkhidmatan baru telah disediakan. Antaranya ialah Talian COINS, TOLLFREE, VPN,
KADFON, MALAYSIA DIRECT, VSAT, WILL, TELESSTOCK, ISDN, TMNET,
VIDEO CONFERENCING dan sebagainya telah diperkenalkan. Dengan pencapaian dan
peningkatn yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad, tidak mustahil sekiranya ia menjadi
sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka serta mampu bersaing di
peringkat antarabangsa.

16 | P a g e

1.2.4 PENSWASTAAN JABATAN TELEKOM MALAYSIA

Berdasarkan kepada permintaan dan perkembangan telekomunikasi yang semakin


menggalakkan, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah diperbadankan pada 12
Oktober 1984 untuk mengambil alih operasi Jabatan Telekom Malaysia selaras dengan dasar
penswastaan. Operasinya dikawal melalui lesen yang dikeluarkan oleh KementerianTenaga,
Telekom dan Pos bagi percubaan 20 tahun mulai Januari 1987. Lesen yang dikeluarkan oleh
Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah memberikan hak kepada Syarikat Telekom
Malaysia Berhad (STMB) untuk penubuhan, penyelenggaraan dan mengendalikan semua
sistem telekomunikasi milik pelesen yang sedang beroperasi atau dijadualkan beroperasi
ketika itu bertujuan menyediakan semua bentuk telekomunikasi, televisyen dan radio dalam
negara dan seluruh dunia.

Fungsi Jabatan Telekom Malaysia diambil alih dengan rasminya oleh Syarikat
Telekom Malaysia Berhad pada 1 Januari 1987. Jabatan Telekom Malaysia adalah organisasi
sektor awam yang pertama dikomersilkan dengan penswastaan. Pada 6 Januari 1987 jam 10
pagi bertempat di ibu pejabat Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala
Lumpur telah berlangsung upacara pelancaran Syarikat Telekom malaysia di rasmikan oleh
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Yang Berhormat Dato Leo Moggie.

17 | P a g e

1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA

1874 Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan


pejabat Penolong Residen di Taiping .

1882 Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan
Pulau Pinang diwujudkan .

1891 Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur .

1900 Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah .

1962 Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan
Singapura diwujudkan .

1964 Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota
Kinabalu .

1970 Stesen satelit bumi dibina di Kuantan .

1975 Pemasangan ibusawat teleks automatik .

18 | P a g e

1979 Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan .

1980 Ibusawat elektronik dilancarkan .

1981 Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan .

1983 Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan .

1987 CASS (Customer Automatik Service System) dilaksanakan .


1988 Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan
Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen
satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang
termoden .

1989 TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer


dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris .

1990 Perkhidmatan Toll Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad


fon tanpa bayaran .

1998 ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan


pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga .

19 | P a g e

1999 TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .

20 | P a g e

2.1.6 LOGO TELEKOM MALAYSIA BERHAD

21 | P a g e

1.2.7 OBJEKTIF TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para


pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi
dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Slogan Sentiasa
Bersamamu menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa mengutamakan kepuasan para
pelanggannya secara menyeluruh.

1.2.8 VISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan
ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang
berkepintangan dalam Syarikat.

1.2.9 MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara perkara berikut :

Menjadi peneraju yang di iktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.

22 | P a g e

Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan


menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

1.2.10 PERANAN TELEKOM MALAYSIA DALAM MSC

Koridor Raya Multimedia atau MSC (Multimedia Super Coridor) merupakan


penggerak era teknologi maklumat yang direkabentuk bagi mempertingkatkan pembangunan
syarikat-syarikat dan Negara-negara dengan menggunakan teknologi termaju di dunia ini.
MSC akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi industri-industri
berasaskan maklumat, di mana ia membawa pembaharuan dalam teknologi maklumat yang
semakin berkembang pesat.

Pada masa kini, Telekom telah dilantik sebagai pembekal tunggal telekomunikasi bagi
Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertanggungjawab dalam merekabentuk, memasang
dan menjalankan operasi utama telekomunikasi MSC. Dalam era teknologi maklumat ini,
rangkaian teknologi adalah sangat penting kerana ia adalah kunci dalam mencipta dunia tanpa
sempadan. Dalam membina rangkaian telekomunikasi MSC, Telekom memasang rangkaian
kabel optik yang komprehensif, disokong oleh aplikasi-aplikasi dan perkhidmatanperkhidmatan yang berkaitan demi menetukan kejayaan cemerlang MSC. Dengan ini, ia akan
mempertingkatkan kecekapan, kelajuan dan kualiti dalam MSC di seluruh negara dan di
peringkat antarabangsa.

Telekom Malaysia menghubungkan rangkaian seluruh negaranya iaitu Corporate


Information Superhigway ( COINS ) dan talian Integrated Services Digital Network (ISDN
23 | P a g e

) dengan MSC. Melalui COINS, laluan domestik boleh mencapai kelajuan sehingga 155 mbps
sementara talian ISDN menyediakan kelajuan yang tinggi untuk tujuan faksimili dan telefon.
Dalam proses pembangunan MSC, Telekom Malaysia terlibat sepenuhnya dalam aspirasi
MSC bagi memastikan rangkaian yang terbaik dan paling ekonomi . Oleh yang demikian,
segala maklumat-maklumat dapat disalurkan ke seluruh negara di dunia ini dengan pantas dan
berkesan.

24 | P a g e

2.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT IBU SAWAT TELEKOM


SEMPORNA

Bangunan IBUSAWAT TELEKOM MALAYSIA SEMPORNA telah dibina pada


tahun 1980, pada masa itu sistem komunikasi semporna hanya bergantung pada Telekom
Malaysia di Tawau.
Pada tahun 1993 bangunan Ibusawat Semporna telah siap dibina dan dirasmikan pada
22 februari 1993 oleh YB. Dato Seri S. Samy Vellu, SPMP, DPMS, PCM, AMN Menteri
tenaga Telekom dan Pos Malaysia.

2.2.1 BANGUNAN IBU SAWAT TELEKOM MALAYSIA

25 | P a g e

2.2.2 CARTA ORGANISASI

P. juruteknik
Pandikal Kapral
Pegawai Eksekutif

Juruteknik

Mohamad Syukri

Dg Anilah Jaimi
P. Pegw juruteknik
M.Taib Abd Hamid

26 | P a g e

You might also like