You are on page 1of 17

NOR HAFIZA BINTI AB HALIM

UNIT BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
SMA ANNAJAH

KERJAYA DI BIDANG SENI BINA

Senibina adalah satu bidang yang menyatukan bidang seni dan bidang sains.
Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di
dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar,
merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.

KETERANGAN TUGAS

Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan


projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan
Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih
bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan
Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik
Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan
bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta
mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT
Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja
mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan
Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti
bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:


Arkitek perancang bandar
Arkitek landskap

Arkitek jurukur bahan


Arkitek kapal
Arkitek marin
Arkitek bangunan

CIRI-CIRI PERIBADI
Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan;
Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian;
Kebolehan menyelesaikan masalah;
Kreatif dan imaginatif;
Boleh menganalisa secara logik;
Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.

KELULUSAN
Ijazah Sarjana Muda Senibina

GAJI DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN


Sektor
Awam :

Sektor
Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1,591.00

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Gaji Permulaan

RM 3,280.00 - RM
4,000.00

PELUANG PEKERJAAN DAN PROSPEK


Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan
Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan
swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan
Institusi-institusi Pengajian Tinggi.

Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma


arkitek.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Universiti Malaya
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Universiti Pertanian Malaysia
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra
Politeknik Port Dickson
Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus
Tersebut:L&G - Twintech Institute Of Technology
Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology
Taylors College
Alif Creative Academy

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
SPM atau setaraf sekurang-kurang 3 atau 5 kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia atau STPM sekurang-kurangnya gred E dalam Kertas Am,
Matematik, Fizik atau berkaitan.

PEMBANTU TEKNIK SENI BINA

KETERANGAN TUGAS
Melawat dan menyiasat kesesuaian tapak binaan
Membantu menyediakan pelan lakar dan spesifikasi untuk kontraktor
Membantu menyedia pelan atur dan ciri-ciri senibina luar, memilih

bahan dan menyediakan pelan hiasan.


Membantu tugas-tugas arkitek sebagaimana yang diarahkan

CIRI-CIRI PERIBADI
Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengakuan
Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan keseniaan.
Kebolehan menyelesaikan masalah.
Kreatif dan imaginatif.
Boleh menganalisa secara logik
Mempunyai daya pemerhatian yang tajam

KELULUSAN
Diploma dalam bidang senibina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

GAJI DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN


Sektor
Awam :

Sektor
Swasta :

Gaji Permulaan

RM 1113.00

ETP

RM 135.00

EKA

RM 115.00

Gaji Permulaan

RM1560.00 RM2000.00

PELUANG PEKERJAAN DAN PROSPEK


Peluang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik Senibina terdapat di sektor
awam dan swasta . Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya,
Perbadanan Kemajuan Negeri dan Lain-lain lagi.
Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma
arkitek
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus-Kursus
Antaranya:Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi MARA


Politeknik Ungku Omar Ipoh
Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra
Politeknik Port Dickson
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Antaranya:1. L&G Twintech Institute Of Technology
2. Federal Institute Of Technology
3. Taylor's College
4. Alif Creative Academy
5. Institut Teknologi Jaya
6. Institut Teknologi Pertama

SYARAT KEMASUKAN
SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 3 hingga 5
kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

PENYELIA KERJA

Penyeliaan kerja adalah khusus kepada kerja-kerja penyeliaan di tapak


pembinaan untuk memastikan hasil kerja-kerja dan bahan yang digunakan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

KETERANGAN TUGAS

Menerima arahan daripada arkitek atau jurutera mengenai program


kerja
Memastikan kerja-kerja mengikut spesifikasi
Mengukur jarak untuk menentukan dimensi pemasangan struktur dan
susunan adalah betul.
Menentukan tahap-tahap yang ditentukan, kelulusan dan ketinggian
pemasangan depan menggunakan pita dan peralatan
Menyimpan rekod kuantiti bahan-bahan yang diterima atau yang
digunakan pada tempoh yang ditetapkan.
Menyelenggara log aktiviti pembinaan dan pemeriksaan dan
membandingkan laporan-laporan kemajuan.

CIRI-CIRI PERIBADI
Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
Ketepatan dalam kerja
Kecenderungan kepada bidang mekanik
Berkemahiran berkomunikasi dan menjalankan hubungan perseorangan
yang baik.
Kebolehan bekerja berpasukan
Minda yang kreatif dan analitik
Kemampuan dalam perincian

KELULUSAN
Memiliki Sijil SPM serta dengan Sijil Bangunan atau Sijil Kejuruteraan Awam

GAJI DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN


Sektor
Awam :

Gaji Permulaan

RM 599.00

ETP

RM 90.00

EKA

RM 80.00

Sektor
Swasta :

Gaji Permulaan

RM1630 - RM2327

PELUANG PEKERJAAN DAN PROSPEK


Institusi Pengajian Awam Yang Menyediakan Kursus:1. Kolej Tunku Abdul Rahman
2. Politeknik Ungku Omar
3. Politeknik Sultan Ahmad Shah
4. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
5. Politeknik Kota Bharu
6. Politeknik Kuching
7. Politeknik Kota Kinabalu
8. Politeknik Melaka
Institut Pengajian Swasta Yang Menyediakan Kursus:- Kolej Ikram

SYARAT KEMASUKAN
Memiliki sekurang-kurangnya 4 kredit di peringkat SPM.

SENIBINA LANSKAP

PENGENALAN

Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profesion yang


diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk
persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja
berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan
fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik

beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti


analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan,
rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan
sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi
bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian
mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai
sejarah.

TUGAS -TUGAS
Badang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop
utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan
dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek
Landskap spesifik.

PERANCANGAN PELAN INDUK


Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli
iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan
perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar
serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal
pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos
pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang
mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan.

KAJIAN
Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah
landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada,
serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh
Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang
dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.

Kajian Keberkesanan Alam Sekitar


(EIA)
Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya
semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang
baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif
dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan
landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesankesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satusatu projek.

Projek-Projek Landskap Spesifik


Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang
dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:

Perumahan / Kondominium

Pejabat / Perindustrian / Kompleks

Perdagangan

Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan

Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan

Kawasan tinggalan sejarah

Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong

Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang

Kawasan peranginan / pelancongan

Padang Golf / Kelab Golf

Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap


lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan,
badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem

pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti


bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air
terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.

Proses Merekabentuk dan Menjayakan


sesuatu Pelandskapan meliputi:
Analisis keperluan pelanggan

Analisis kebaikan dan kelemahan tapak projek

Membentuk pelan awal yang menepati keperluan pelanggan dan


bersesuaian dengan tapak projek serta syarat-syarat yang ada

Perbincangan pelan awal dengan pelanggan

Membentuk pelan akhir dan lukisan kerja

Membuat permohonan untuk kelulusan pelan landskap dan lain-lain


berkaitan kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Membantu dalam penyediaan kontrak kerja

Menyediakan spesifikasi kerja-kerja landskap serta Bil of Quantity

Membantu pelanggan memilih kontraktor

Pengawasan kerja-kerja pembinaan

Membuat syor bagi pembayaran kepada kontraktor

Sijil Siap Kerja bagi pembinaan landskap.

LATIHAN IKHTISAS
Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari
institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:

Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)

Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)

Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)

Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)

Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)

Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)

Prinsip prinsip ukur tanah

Geologi dan Sains Tanah

Sains Tumbuhan

Ekologi

Biologi

Botani

Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)

Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral


Science + Psycology)

Lukisan Teknikal

Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)

Amalan Iktisas

Latihan Praktikal

Keterangan Lanjut:
Untuk keterangan lanjut berkenaan Profeseion Arkitek Landskap, sila
hubungi:
INSTITUT ARKITEK LANDSKAP MALAYSIA (ILAM)
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, Plaza IGB

Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak


50786 Kuala Lumpur
atau
E-mel : ilam_home@yahoo.com

Memilih Kerjaya Mengikut Minat


MEMILIH kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk
membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah
sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maka apakah kertas yang akan
anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana
anda akan ada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.
Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding
di universiti mana anda harus berada.
Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih
universiti mana yang terbaik.
Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana
kemampuan akademik anda.
Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada

juga yang menetapkan syarat yang lebih longgar.


Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang
sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat
dan kemampuan akademik mereka.
Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Yahya Mohamed Ariffin telah mengarang
dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar
memilih kerjaya..
ARKITEK
Tugas seorang ariktek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai
dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi
syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.
seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawas
pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir
penyiapannya.
SYARAT-SYARAT
Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang
perlu lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan
atau luar negara yang diiktiraf.
Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek
Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan
sebagai arkitek bertauliah.
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:
Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) misalnya, para pelajar perlu
mendapatkan kelulusan yang baik di peringkat SPM atau SPMV. mereka perlu
mendapat lima kepujian dalam lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu

dan Matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun dan
dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan melanjutkan
pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.
Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah
tahun sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di USM, UM dan
UIAM.
Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan SPM/SPMV serta mendapat
kepujian bahasa Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.
Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan UIAM,
calon perlu lulus SPM dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan
lulus bahas melayu.
Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik,
khususnya dalam mata pelajaran Matematik dan Fizik.

You might also like