You are on page 1of 4

Bidang Tugas Ketua Guru Displin dan

Senarai Tugas AJK Guru Displin

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah dan


pengubahsuaian perlu berpandukan pekeliling Kementerian dan JPN.

2. Membantu meyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat


diselesaikan oleh pemimpin pelajar.

3. Membantu lembaga disiplin sekolah untuk mengesan dan mengesahkan


kesalahan-kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan
atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975.
Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat
tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

4. Bekerjasama dengan semua guru untuk menguruskan kawalan disiplin


dalam sesuatu majlis anjuran sekolah.

5. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang


berkesan.

6. Berusaha menanamkan semangat cintakan sekolah serta mengamalkan


Prinsip-Prinsip Rukunegara.

7. Menerima laporan pemimpin pelajar/guru dan seterusnya mengambil


tindakan yang sewajarnya

8. Menanamkan semangat kekitaan melalui slogan, “SEKOLAHKU RUMAHKU”


supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

9. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua


10. Menjalankan rondaan termasuk pemeriksaan mengejut (spot check)
dengan kerjasama guru bertugas harian/mingguan untuk mengesan pelajar yang
ponteng atau melanggar disiplin sekolah.

11. Menyedia dan membekalkan data dan maklumat disiplin dari sistem SSDM
kepada JPN/PPD.Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan
kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

12. Mendapat bantuan pihak polis melalui pengawai perhubungan


polis / bapa angkat sekolah sekiranya pelajar terlibat dalam kes
jenayah.

13. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

14. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua

15. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga
dalam menangani masalah displin pelajar.

16. Mencatat kes disiplin dan tindakan yang telah diambil ke dalam borang rekod
disiplin, buku laporan disiplin dan sistem maklumat berkomputer SSDM.

17. Melaporkan kes disiplin dan tindakan yang telah diambil tindakan kepada
Pengetua/GPK HEM seminggu sekali.

18. Menghubungi pihak sekolah/bapa angkat polis, jika perlu.

19. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah
dan membuat pemeriksaan mengejut (spot check) di kelas.

20. Memberi maklumat kepada GPK HEM / Pengetua berhubung kes-kes serius
seperti:
(a) Penyalahgunaan dadah / hidu gam.

(b) Menyimpan gambar dan majalah lucah

(c) Video dan VCD lucah

(d) Peras ugut


(e) Kumpulan haram / gangsterism

(f) Bohsia, bohjan dan lain-lain

22. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang
difikirkan perlu seperti:

(a) Hari terakhir peperiksaan awam

(b) Hari sukan

(c) Hari keluarga

(d) Hari pendaftaran pelajar

(e) Majlis-majlis sekolah dan lain-lain.

23. Tugas lain Setiausaha Disiplin :


(a) Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin
sekolah
jika perlu.

(b) Menyedarkan minit mesyuarat serta cadangan keputusan Lembaga Disiplin


kepada Pengetua.

(c) Memaklumkan maklumat dan perkembangan disiplin dari semasa ke


Semasa kepada pihak pentadbiran sekolah.

You might also like