You are on page 1of 6

Aktiviti 8.10 a.

Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar. Senaraikan suratsurat pekeliling berkenaan. 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1976 Pakaian Seragam Sekolah untuk Murid-murid Sekolah Menengah-Pindaan. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1976 Pakaian Seragam Sekolah untuk Murid-murid Sekolah Rendah-Pindaan. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Disiplin Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas No. 7/1975 Salahguna Dadah- Garis Panduan untuk Guru Panduan dan Guru Besar 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Disiplin- Murid-murid Menghisap Rokok 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986 Penyalahgunaan Inhalan 8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah 9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 10. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran. 11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1983 Larangan Bermain Bahan-bahan Letupan

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-sekolah 13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000 Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah 14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gangster 15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah 16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalism) di Kalangan Murid-murid Sekolah 17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2001 Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-murid Sekolah 19. Langkah Menangani Masalah Buli di Kalangan Murid b. Semak surat-surat pekeliling ikhtisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya. i. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1995 Menangani Masalah Ponteng di Sekolah. Surat ini menyatakan tentang kebimbangan Kementerian Pendidikan berkaitan isu ponteng sekolah dan ponteng kelas dalam kalangan pelajar. Jika kesalahan ini menjadi tabiat, semua pihak akan mendapat kesan negatif lantas membuang sifat

tanggungjawab seseorang pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran, lemah dalam akademik seterunya boleh menjebakkan diri dalam kegiatan-kegiatan negatif yang lebih membahayakan. Kandungan surat juga mengutarakan faktor-faktor luar sekolah dan juga dalam sekolah yang menyebabkan masalah ini timbul. Guru-guru di sekolah dan semua pihak yang terlibat diharapkan dapat mengamil tindakan-tindakan yang wajar berkaitan isu ini. Surat ini ditanda tangani oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Nooordin. ii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997 Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok. Surat ini mengingatkan guruguru dan pihak sekolah supaya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang menhisap rokok. Surat ini ditanda tangani oleh Datuk Matnor Daim iii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 16/1998 Surat ini bertajuk Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah. Pihak sekolah diingatkan supaya memainkan peranan dalam menangani isu ini. Pelajarpelajar yang disahkan terlibat hendaklah dikenakan tindakan untuk mengekang masalah menjadi lebih serius. Beberapa tindakan tegas dan langkah pencegahan telah disarankan. Surat ini ditanda tangani oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. iv. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/2000 Surat yang bertajuk Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster ini adalah surat peringatan kepada pihak sekolah supaya bertindak dengan

mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti ugut, diculik, diperkosa, dadah dan perlakuan gengsterisme. Surat ini telah ditanda tangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada masa itu iaitu Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah. v. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 8/2001 Tajuk Surat pekeliling Ikhtisas ini ialah Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah. Kandungan surat menyatakan beberapa perkara yang mungkin menjadi sebab masalah-masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Walaupun ada faktor luar sekolah menyumbang, tetapi pihak sekolah tetap perlu memainkan peranan dalam membimbing, melakukan tindakan pencegahan. Para pelajar mengalami ketidak seimbangan mental dan emosi akibat pelabagai tekanan menyebabkan berlakunya masalah-masalah seperti ini. Oleh itu, surat ini dikeluarkan supaya semua pihak yang berkaitan mengambil tindakan sewajarnya untuk memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah, memantapkan pengurusan disiplin, pemantapan pengurusan kaunseling. Iklim sekolah penyayang juga harus diwujudkan dengan pelbagai cara supaya hubungan semakin erat dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Surat ini ditanda tangani oleh Datuk Abdul Rafie Bin Mahat, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Aktiviti 8.5 Berikan contoh-contoh devian yang berpunca daripada Anomie, Asosiasi dan Label. Menurut Amir Hasan Dawi (Dawi, 2009) golongan yang tertindas bertindak balas terhadapa golongan minoriti yang menindas dipanggil devian. Teori anomie mengatakan devian disebabkan oleh perasaan kecewa akibat tidak mampu mencapai impian dan keinginan seseorang itu. Bagi mengatasi kecewa, individu ini menjadi devian. Contoh devian yang berpunca daripada Anomie ialah seorang pelajar yang tidak mahu disekolahkan ke sekolah berasrama penuh tetapi dipaksa oleh ibu bapa supaya menuruskan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Pelajar ini melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pihak sekolah dan ibu bapanya supaya mengetahui hasratnya tidak mahu meneruskan persekolahan di sekolah berasrama. Pelbagai masalah ditimbulkan di sekolah, bermula dengan sentiasa menangis dan memperbesarkan percanggahan pendapat dengan rakan-rakan berkaitan isu yang remeh. Seterusnya, menimbulkan rasa dendam dan benci yang akhirnya mencetuskan pergaduhan fizikal. Ibu bapa dipanggil oleh pihak sekolah untuk perbincangan. Semasa perbincangan dengan pihak sekolah, anak-anak ini memberi tahu kepada ibu bapa supaya mengeluarkan mereka daripada sekolah itu akibat tidak tahan dengan suasana di sekolah. Ibu bapa yang kurang menyelami perasaan anak-anak mereka mungkin akan menolak permintaan anak-anak ini dan meminta mereka supaya meneruskan juga. Malangnya, anak-anak ini akan terus bersikap kasar dan menimbulkan masalah dengan rakan-rakan sebagai tanda protes. Teori Asosiasi pula berpendapat individu yang sentiasa berada bersama pelakupelaku devian akan berpotensi menjadi devian. Sebagai contoh, seorang pelajar yang bersahsiah baik terpaksa dipindahkan ke kelas yang baru selepas tingkatan tiga kerana

berdasarkan prestasi akademik. Pelajar yang bersahsiah baik sebelum ini mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan menjadikan dia terpaksa dipindahkan ke kelas yang terdiri daripada pelajar yang lemah akademik. Secara umum, pelajar-pelajar di dalam kelas ini selalunya terdiri daripada para pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Pada mulanya pelajar yang baru bersama rakan-rakan baru tadi akan berasa kekok tetapi, disebabkan terlalu banyak masa dihabiskan bersama rakan-rakan yang bermasalah tadi, akhirnya dia yang terbiasa melihat dan diberi dorongan oleh rakan-rakan untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan, bersikap biadab dan sebagainya akan turut melakukan perkara-perkara tersebut. Pepatah melayu ada mengatakan alah bisa tegal biasa. Akhirnya, jika tidak disedari oleh ibu bapa dan juga guru, pelajar ini tidak mustahil akan terus hanyut dan menjadi devian. Seorang individu juga boleh menjadi devian akibat manusia melabel mereka atau menggelar mereka sebagai devian walaupun mereka pada asalanya bukanlah individu yang devian. Misalnya, seorang pelajar lelaki yang sopan santun serta menghormati guru dan rakan-rakan. Akibat tidak mahu menjebakkan diri dengan rakan-rakan lelaki yang lain yang bersikap agak ganas, malas dan berkata-kata kasar, pelajar lelaki ini lebih gemar berkawan dengan rakan-rakan perempuannya. Pelajar ini kemudiannya digelar sebagai pondan . Apabila panggilan itu menjadi kebiasaan baginya, akhirnya dia sendiri seolah-olah mengakui panggilan tersebut dan akhirnya tangkah laku devian pondan terbentuk di dalam dirinya secara tidak langsung.

You might also like