You are on page 1of 4

Apa Itu Ujian PISA dan TIMSS?

Cikgu HailmiSelasa, Mac 04, 2014

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student


Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-
operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun
2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. 

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan
Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir
seramai 510 000 pelajar terlibat. 

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka
(open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS
dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science


Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading
Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua
ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam


subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

 Video ini boleh membantu anda memahami apa itu Ujian PISA

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland,
Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah
negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang
terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong
Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi
dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber

2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)

2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia,
jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar
yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza
daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan
guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar
pengetahuan. Sumber
Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi
mengatasi masalah ini. Sumber

1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan
teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan
menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan
di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang
pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan
sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS
merupakan penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam
penguasaan Matematik, Sains dan Membaca. 

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan


menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA


Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.

Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang kepada kita
untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan yang sedang
dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya anda merasakan artikel ini dapat memahamkan orang lain juga mengenai Ujian PISA
dan kaitannya dengan bakal sistem pendidikan negara kita, maka saya sangat mengesyorkan
untuk anda kongsi artikel ini.  Terima kasih, semoga kita sama-sama mendapat manfaat!

You might also like