You are on page 1of 34

Bahagian A

Hubungan Antara Penglibatan Ibu-Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar


Miskin Di Negeri Selangor
Oleh Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad dan Ismi Arif Ismail
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan ibu bapa dari segi
perbincangan, penjagaan dan komunikasi dalam kalangan keluarga miskin dapat
mempengaruhi proses belajar anak-anak di rumah dan juga hendak melihat tahap
penglibatan ibu bapa dapat memberi impak kepada pencapaian akademik anak mereka.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah dengan menggunakan
borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi 30 item yang merangkumi
aspek perbincangan, penjagaan, dan komunikasi ibu bapa dan anak di rumah (9 item
perbincangan di rumah, 8 item penjagaan di rumah dan 13 item komunikasi di rumah).
Skor yang dinilai dalam borang soal selidik ialah dengan menggunakan skala likert, iaitu
1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju).
Seramai 180 orang pelajar sekolah menengah yang dipilih dalam kajian ini.
Mereka dipilih secara rawak dari kalangan keluarga miskin dari semua daerah di negeri
Selangor. Bilangan pelajar yang dipilih berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu 13
orang pelajar A, 31orang pelajar B, 90 orang pelajar C, 43 orang pelajar D, dan 3 orang
pelajar E.
Berdasarkan data-data kajian dikumpul, analisis deskriptif telah digunakan untuk
mentaksir tahap penglibatan ibu bapa dari segi perbincangan, penjagaan dan komunikasi
dengan anak di rumah manakala penggunaan analisis Korrelasi pearson digunakan untuk
menganalisis penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak mereka.
Hasil dapatan kajian telah menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa dari segi
perbincangan di rumah antara pelajar dan ibu bapa adalah pada tahap sederhana. Ini telah
membuktikan ibu bapa kurang membincangkan pelajaran yang telah dipelajari oleh anak
di kelas, tidak menceritakan segala maklumat dari bahan bacaan yang telah dibaca
olehnya, membincangkan kesalahan yang telah dilakukan dalam kerja-kerja sekolah
anak, membantu dalam kerja-kerja sekolah anaknya, kurang bersedia mendengar
penulisan yang ditulis oleh anak, kurang berbincang tentang program televisyen yang
-1-

telah ditonton bersama dengan anak-anak dan jarang memberi bimbingan kepada anak
semasa anak menghadapi ujian dan peperiksaan.
Di samping itu, dapatan penglibatan ibu bapa dari segi penjagaan anak-anak
mereka di rumah juga adalah pada tahap rendah. Dapatan ini membuktikan bahawa ibu
bapa tidak menghadkan masa untuk anak mereka menonton televisyen pada hari
persekolahan, kurang mengambil berat tentang tempat khas untuk anaknya membuat
kerja sekolah, tidak memastikan sama ada anaknya menghadiri kelas tambahan, kurang
membuat seliaan terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anaknya pada masa lapang, tidak
menghadkan masa anaknya bermain dengan rakan-rakan, kurang memastikan keadaan
rumah yang senyap untuk anaknya mengulang kaji pelajaran dan tidak memastikan
anaknya mempunyai jadual waktu belajar di rumah.
Akan tetapi, dapatan dari segi aspek komunikasi ibu bapa dan pelajar di rumah
telah mencatat pada tahap sederhana. Dengan ini, komunikasi antara ibu bapa dengan
anaknya di rumah boleh dipertingkatkan lagi. Dapatan ini menunjukkan bukti bahawa
masih terdapat ibu bapa kurang menggalakkan anaknya untuk mengambil kelas tuisyen,
menggalakkan

membaca

bahan

pembelajaran

tambahan

untuk

menambahkan

pengetahuan, kurang memberi galakkan kepada anaknya supaya mengulang kaji


pelajaran, dan kurang menggalakkan anaknya membuat banyak latih tubi bagi setiap mata
pelajaran. Ibu bapa juga jarang memberitahu kepada anaknya tahap keyakinannya
terhadap kebolehan anak, jarang meluahkan perasaaan bangganya apabila prestasi
pelajaran anak telah meningkat, dan jarang berjanji kepada anak dengan memberi hadiah
apabila anak lulus cemerlang dalan ujian atau peperiksaan.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada penglibatan ibu bapa dari segi
perbincangan, penjagaan dan komunikasi dalam kalangan keluarga miskin adalah pada
tahap rendah dan sederhana disebabkan oleh latar belakang keluarga pelajar sendiri. Hasil
kajian yang dijalankan menunjukkan institusi keluarga yang goyang merupakan salah
satu punca utama pelajar terlibat dalam salah laku di sekolah. Ini kerana sesetengah
pelajar terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga. Keadaan hidup yang susah
ini menyebabkan pelajar alpa akan pentingnya pelajaran. Ada di kalangan mereka
mempunyai pandangan yang negatif terhadap persekolahan. Sebaliknya, bagi pelajar
yang mewah pula, mereka terlalu mudah mendapat wang. Ini menyebabkan mereka bebas
-2-

melakukan apa sahaja yang diingini seperti menghabiskan masa berpeleseran di tempattempat hiburan dan melepak serta membeli-belah.
Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengambil tahu atau mengambil berat
tentang akademik anak-anaknya juga menyumbang kepada tahap penglibatan sederhana
dan rendah. Ibu bapa mempunyai sikap yang acuh tak acuh dan tidak pernah
memerhatikan gerak-geri anak di sekolah. Mereka juga tidak pernah menanyakan kepada
anaknya tentang perkara yang telah berlaku di sekolah. Dengan ini, anak-anak kurang
mendapat perhatian dan akhirnya akademik akan merosot.
Masalah ekonomi dan kemiskinan keluarga juga akan mempengaruhi akademik
pelajar. Keluarga yang miskin tidak mampu memenuhi segala keperluan anaknya. Ibu
bapa tidak dapat mengeluarkan wang yang berlebihan untuk membeli buku rujukan
tambahan kepada anaknya. Anak mereka hanya dapat bergantung kepada buku teks
sahaja dan tidak dapat rujukan tambahan untuk mengulang kaji pelajaran.
Kedua-dua pasangan ibu bapa yang bekerja juga akan mempengaruhi akademik
pelajar. Ini disebabkan kebanyakan ibu bapa sekarang sibuk mengejar kejayaan dan
kekayaan. Mereka keluar kerja pada awal pagi dan balik lewat malam. Mereka tidak
mempunyai masa yang terluah untuk berkomunikasi dengan anak mereka.
Ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak-anak dan tiada kawalan akan
memyebabkan kemerosotan pencapaian akademik anak. Ini kerana anak boleh bermain
dan keluar dari rumah untuk melakukan perkara dengan sesuka hati tanpa kawalan oleh
ibu bapa. Anak-anak akan berkawan dengan rakan sebaya dan melakukan sesuatu yang
telah diarahkan oleh rakan sebaya. Keadaan ini akan menpengaruhi akademik mereka.
Bilangan anak yang ramai juga akan membebankan ibu bapa. Keadaan ini berlaku
kerana ibu bapa tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap semua anak.
Sesetengah orang anak akan diabaikan oleh ibu bapa mereka. Anak-anak akan menjadi
semakin malas dan tidak mementingkan pelajaran mereka dan akhirnya akan membawa
kemerosotan akademik.
Dengan ini, tahap penglibatan ibu bapa ditingkatkan menerusi aspek
perbincangan, penjagaan dan komunikasi dengan ibu bapa harus menyediakan keperluan
asas seperti buku, peralatan, tempat belajar dan lain-lain. Kelengkapan yang cukup adalah
penting dalam memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa.
-3-

Ibu bapa juga harus menyediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak
belajar di rumah. Mereka patut memastikan ruangan ini selesa, tenang, nyaman dan jauh
dari gangguan. Pastikan juga cahaya mencukupi dan ubah suai tempat belajar ini dari
masa ke semasa bagi mengekalkan motivasi diri anak dan mood belajar mereka.
Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat
mereka dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkat
sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula
meningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak
berdikari. Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan
dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka.
Sebagai ibu bapa harus memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengajar anak
sendiri. Ramai ibu bapa yang mudah hilang sabar lalu marah-marah dan meninggikan
suara apabila mengajar anak-anak dalam pelajaran mereka. Mereka geram kerana anakanak mungkin tidak memberikan perhatian, lambat faham, cepat lupa dan sebagainya.
Mereka akan lebih takut untuk buat salah lalu tidak mahu mencuba. Ibu bapa harus
mengajar kepada anak-anak tentang strategi belajar, teknik mengingat, prinsip memori
dan sebagainya.
Di samping itu, ibu bapa perlulah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak. Lebihlebih lagi doa seseorang ibu bapa itu doa yang dimakbulkan.Dengan berbekalkan doa ibu
bapa, anak-ana akan lebih kuat menghadapi cabaran hidup. Mereka tidak akan mudah
berputus asa apabila mengetahui adanya sikap ambil berat yang tidak putus-putus
daripada ibu bapa. Semestinya anak-anak akan dapat melakar kejayaan ke puncak menara
gading dengan keazaman yang diserapkan oleh ibu bapa.
Seterusnya, Ibu bapa haruslah mengambil tahu tentang prestasi anak-anak di
sekolah. Setiap kali selepas peperiksaan, Ibu bapa sepatutnya bertanyakan keputusan
peperiksaan mereka. Ibu bapa juga haruslah mengetahui sikap anak-anak terhadap guru.
Jangan sampai mereka bersikap kurang ajar terhadap guru. Hal ini berlaku demikian
kerana, sekali hati guru tercalar, segala ilmu yang dicurahkannya mungkin tidak
dihalalkan. Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang pernah mencoretkan
serangkap pantun yang mengisahkan pelajar yang gagal kerana tidak menghormati guru.

-4-

Ibu bapa juga harus selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan
aktiviti PIBG serta sekolah. Ibu bapa sering berbincang dengan guru tentang
perkembangan anak mereka. Ibu bapa berpeluang menawarkan diri untuk melibatkan diri
dalam PIBG dan aktiviti sekolah. Dengan cara ini, guru-guru tahu siapa kita dan mereka
juga akan berikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita. Anak-anak juga akan
lebih menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa
perkembangan diri mereka cepat dimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa. Komitmen
anak-anak secara langsung akan meningkat terhadap pelajaran mereka.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa
memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan
anak-anak. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anakanak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak
dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan.

Bahagian B
1.0

Pengenalan
Keluarga ialah kumpulan paling penting di mana seseorang memperoleh keahlian

dan identiti. Ia merupakan suasana pertama yang dilihat oleh seseorang setelah

-5-

dilahirkan. Keluarga merupakan satu komponen penting dalam pembentukan sesebuah


masyarakat dan seterusnya membentuk sebuah negara.
Keluarga merupakan inti masyarakat. Dalam bidang pendidikan, keluarga
merupakan sumber pendidikan utama kerana segala pengetahuan dan kecerdasan
intelektual manusia diperolehi oleh kanak-kanak daripada ahli keluarganya.
Dalam institusi keluarga, peranan ibu bapa atau penjaga dalam pembentukan
peribadi sejak perkembangannya yang paling awal adalah sangat penting dan sangat
berpengaruh dalam menentukan pembentukan generasi.
Laporan tersebut merupakan analisis dapatan dari aspek penglibatan ibu bapa atau
penjaga dengan pembelajaran murid prasekolah di rumah. Aspek-aspek penglibatan ibu
bapa atau penjaga dalam pembelajaran murid prasekolah di rumah merangkumi
penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksisosial dengan anak, komunikasi
dengan anak, dan memberi sokongan terhadap kecemerlangan anak.

2.0

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah dengan

menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu
bahagian A dan bahagian B. Bahagian A merangkumi latar belakang ibu bapa atau
penjaga. Bahagian B mempunyai 20 item yang merangkumi penglibatan ibu bapa
-6-

ataupenjaga dengan pembelajaran murid di rumah iaitu 5 item penyediaan suasana


pembelajaran di rumah, 5 item interaksi sosial dengananak, 5 item komunikasi dengan
anak dan 5 item sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Seramai 9 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak
prasekolah terlibat dalam kajian ini. Mereka dipilih secara rawak berdasarkan kategori
pelajar iaitu 3 orang ibu bapa cemerlang, 3 orang ibu bapa pelajar sederhana dan 3 orang
ibu bapa pelajar lemah.

3.0

Dapatan Kajian
Berdasarkan data-data kajian dikumpul, analisis deskriptif telah digunakan untuk

mentaksir tahap penglibatan ibu bapa atau penjaga dengan pembelajaran murid
prasekolah di rumah. Skor yang dinilai dalam borang soal selidik ialah dengan skor
ya atau tidak dan skor bilangan hari.

-7-

3.1

Latar Belakang Ibu Bapa/Penjaga


Borang soal selidik ini telah dilengkapi oleh 4 orang bapa dan 5 orang ibu bagi

kanak-kanak prasekolah.
3.1.1

Kedudukan Rumah Ibu bapa/Penjaga

Kedudukan Rumah Ibu Bapa


Bilangan Responden (Orang)
Bandar
7
Rumah Panjang
2
Jumlah
9
Jadual 1 : Kedudukan Rumah Ibu Bapa

Peratus (%)
77.8
22.2
100

Rajah 1 : Kedudukan Rumah Ibu Bapa


Rajah1 menunjukkan kedudukan rumah ibu bapa. Analisis menunjukkan seramai
7 orang responden (77.8%) tinggal di bandar dan hanya 2 orang responden (22.2%)
tinggal di rumah panjang.
3.1.2

Kelulusan Tertinggi Ibu Bapa Atau Penjaga

Kelulusan Tertinggi Ibu Bapa

Bilangan Responden

Peratus (%)

Atau Penjaga
(Orang)
Pendidikan Sekolah Rendah
1
PMR/Tingkatan 3
1
SPM/Tingkatan 5
2
Diploma
3
Ijazah dan ke atas
2
Jumlah
9
Jadual 2 : Kelulusan Tertinggi Ibu Bapa Atau Penjaga
-8-

11.1
11.1
22.2
33.3
22.2
100

Rajah 2 : Kelulusan Tertinggi Ibu Bapa Atau Penjaga


Rajah 2 menunjukkan taburan responden berdasarkan kelulusan tertinggi ibu bapa
atau penjaga. Analisis menunjukkan seramai 3 orang ibu bapa (33.3%) adalah kelulusan
diploma. Terdapat 2 orang ibu bapa (22.2%) masing-masing adalah mendapat kelulusan
SPM/Tingkatan 5 dan Ijazah. Hanya seorang ibu bapa (11.1%) terdiri daripada kelulusan
pendidikan sekolah rendah dan PMR/Tingkatan 3.

3.1.3

Pendapatan Kasar Keluarga

Pendapatan Kasar Keluarga


Bilangan Responden (Orang)
RM501 - RM1000
2
RM1001 - RM3000
3
RM3001 - RM5000
1
RM5001 ke atas
3
Jumlah
9
Jadual 3 : Pendapatan Kasar Keluarga

-9-

Peratus (%)
22.2
33.3
11.1
33.3
100

Rajah 3 : Pendapatan Kasar Keluarga


Rajah 3 menunjukkan data responden dari aspek pendapatan kasar keluarga.
Majoriti ibu bapa memperoleh pendapatan di antara RM1001 - RM3000 dan RM5001 ke
atas. Ini telah mencatat masing-masing seramai 3 orang ibu bapa bersamaan 33.3%.
Hanya seorang ibu bapa sahaja yang memperoleh pendapatan di antara RM3001 RM5000. Terdapat 2 orang ibu bapa (22.2%) memperoleh pendapatan dalam lingkungan
RM501 - RM1000. Ini membuktikan bahawa ibu bapa yang memperoleh pendapatan
dalam lingkungan ini adalah berasal daripada ibu bapa pelajar lemah.

3.1.4

Bilangan Anak Dalam Tanggungan

Bilangan Tanggungan
Bilangan Responden (Orang)
1 - 2 orang
5
3 - 4 orang
2
5 - 6 orang
2
Jumlah
9
Jadual 4 : Bilangan Anak Dalam Tanggungan

- 10 -

Peratus (%)
55.6
22.2
22.2
100

Jadual 4 : Bilangan Anak Dalam Tanggungan


Rajah 4 menunjukkan taburan responden berdasarkan bilangan anak dalam
tanggungan. Analisis menunjukkan seramai 5 daripada 9 orang respoden (55.6%)
mempunyai 1 - 2 orang anak dalam tanggungan. Terdapat juga 2 orang responden
(22.2%) masing-masing mempunyai 3 - 4 orang dan 5 - 6 orang anak dalam tanggungan.

3.2

Penglibatan Ibu Bapa Atau Penjaga Dengan Pembelajaran Murid Di Rumah

3.2.1

Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah


Bilangan
Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah

1) Saya menyediakan ruang untuk anak belajar di rumah.


2) Saya memastikan anak saya mempunyai jadual belajar di

Responden (Orang)
Ya
Tidak
7
2
4

6
kemas dan bersih.
5) Anak-anak saya mempunyai buku-buku rujukan yang cukup.
6
Jadual 5 : Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah

rumah.
3) Saya mengurangkan gangguan bunyi daripada radio dan
televisyen semasa anak saya belajar.
4) Saya memastikan bahawa tempat belajar anak saya sentiasa

- 11 -

Rajah 5 : Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah


Berdasarkan dapatan analisis tersebut, majoriti telah membuat penyediaan
suasana pembelajaran yang baik di rumah untuk anak-anak belajar. Seramai 7 orang ibu
bapa daripada 9 orang ibu bapa telah menyediakan ruang yang sesuai untuk anak belajar
di rumah dan mengurangkan gangguan bunyi daripada radio dan televisyen semasa
anaknya belajar.
Terdapat seramai 4 orang ibu bapa (44.4%) daripada 9 orang ibu bapa yang dipilih
telah memastikan anaknya mempunyai jadual waktu belajar di rumah dan memastikan
anaknya membuat ulangkaji dan kerja mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Hanya terdapat 3 orang ibu bapa bersamaan dengan 33.3% yang terdiri daripada
ibu bapa pelajar lemah menyatakan bahawa mereka jarang memastikan bahawa tempat
belajar anak saya sentiasa kemas dan bersih dan mereka tidak mempunyai wang yang
berlebihan untuk anaknya membeli buku rujukan. Ini secara langsung akan
mempengaruhi pencapaian akademik anak mereka.
Oleh itu, terdapat 6 orang ibu bapa daripada jumlah responden yang dipilih
mendapat jumlah skor dalam lingkungan 4 - 5 dalam penyediaan suasana pembelajaran di
rumah. Ini menunjukkan ibu bapa tersebut dalam peringkat cemerlang. Mereka telah
menyediakan hampir semua keperluan bagi suasana pembelajaran anak mereka.
Cadangan ibu bapa boleh menambah keselesaan anak mereka dengan cara menemani
anak belajar, menyediakan sedikit minuman dan makanan semasa anak mereka berehat
sebentar, melibatkannya dengan aktiviti belajar berkumpulan dan sebagainya.
- 12 -

3.2.2

Interaksi Sosial Dengan Anak


Bilangan Hari/Bilangan
Interaksi Sosial Dengan Anak
0

1) Saya bercerita/berbual dengan anak saya.


2) Saya makan bersama anak saya.
3) Saya meluangkan masa untuk melakukan

Responden (Orang)
2 3 4 5 6
2
1 2
3 1

aktiviti bersama anak saya.


4) Saya mengambil tahu pergerakan anak saya.
5) Saya mendidik/memberi didikan agama/moral
kepada anak saya.
Jadual 6 : Interaksi Sosial Dengan Anak

- 13 -

7
4
5

1
7

Rajah 6 : Interaksi Sosial Dengan Anak


Rajah 6 menunjukkan interaksi sosial dengan anak di rumah. Berdasarkan analisis
dapatan, didapati ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuhnya
dengan mendidik dan memberi didikan agama atau moral kepada anak mereka. Ini dapat
dibuktikan dengan terdapat seramai 7 orang ibu bapa (77.8%) daripada jumlah responden
iaitu 9 orang ibu bapa telah memberi didikan agama dan moral kepada anak sebanyak 7
hari dalam seminggu.
Bagi kenyataan makan bersama anak telah menunjukkan respon yang agak baik.
Terdapat 5 orang ibu bapa (55.6%) bersama sepenuh masa seminggu makan bersama
dengan anak. 3 orang ibu bapa (33.3%) makan bersama anak selama 5 hari dalam
seminggu dan seorang ibu bapa (11.1%) makan bersama anak sebanyak 6 hari.
Di samping itu, hanya terdapat 4 orang ibu bapa (44.4%) bercerita dan berbual
dengan anak setiap hari. Ini disebabkan ramai pasangan ibu bapa mempunyai kerja dan
anak telah dihantar ke pusat tuisyen atau jagaan sampai petang dan kekurangan masa
untuk berkomunikasi dengan anaknya. Analisis ini telah ditunjukkan dalam rajah dengan
bercerita atau berbual dengan anak sebanyak 6 hari (2 orang), 5 hari (seorang), dan 3 hari
(2 orang).
Dengan kesibukkan kedua-dua orang ibu bapa yang mempunyai kerja masingmasing telah menyebabkan mereka kurang mengambil tahu pergerakan anak mereka. 6
orang ibu bapa (66.7%) daripada 9 orang responden hanya mengambil tahu pergerakan
anak mereka sebanyak 5 hari sahaja. Seorang ibu bapa (11.1%) memerhatikan sepenuh
seminggu terhadap pergerakan anak dan 2 orang ibu bapa (22.2%) mengetahui
pergerakan anak mereka sebanyak 6 hari.
Untuk kenyataan meluang masa untuk melakukan aktiviti bersama anak pula
menunjukkan respon agak tidak memuaskan. Ini ditunjukkan dengan terdapat seorang ibu
bapa hanya bersama anak melakukan aktiviti sebanyak 3 hari dalam seminggu. 5 orang
ibu bapa bersama dengan anak sebanyak 5 hari dalam melakukan segala aktiviti dan 2
orang ibu bapa melakukan aktiviti bersama anak sebanyak 6 hari.

- 14 -

Jumlah skor yang diperoleh oleh 9 orang ibu bapa bagi aspek interaksi sosial
dengan anak adalah pada peringkat cemerlang iaitu dalam lingkungan 22 - 35. Ini
menunjukkan ibu bapa telah melakukan hampir semua aktiviti sosial bersama dengan
anak mereka. Hubungan ibu bapa dan anak akan lebih akrab jika ibu bapa dapat
meluangkan lebih banyak masa agar dapat menjayakan segala aktiviti yang telah
dirancangkan. Ibu bapa juga boleh menjemput kawan-kawan anak belajar bersamanya di
rumah.

3.2.3

Komunikasi Dengan Anak


Bilangan Hari/Bilangan
Komunikasi Dengan Anak
0

Responden (Orang)
1 2 3 4 5 6

1) Saya dan anak berbincang mengenai kemajuan


pelajarannya.
2) Saya mendengar anak saya bercerita tentang
peristiwa di sekolah.
3) Saya mengambil tahu tentang kerja rumah anak
saya.
4) Saya mengambil tahu perancangan aktiviti
anak saya.
5) Saya dapat bertukar-tukar fikiran dengan anak
saya.
Jadual 7 : Komunikasi Dengan Anak

- 15 -

Rajah 7 : Komunikasi Dengan Anak


Berdasarkan analisis dapatan dalam rajah di atas bagi aspek komunikasi antara
ibu bapa dengan anak telah menunjukkan skor yang memuaskan. Terdapat 4 orang ibu
bapa (44.4%) melibatkan diri sebanyak 4 hari , 3 orang ibu bapa (33.3%) mengambil
sebanyak 5 hari, dan 2 orang ibu bapa (22.2%) melibatkan diri sebanyak 6 hari untuk
mendengar anak mereka bercerita tentang peristiwa di sekolah.
Bagi kenyataan mengambil tahu tentang kerja rumah anak mereka, terdapat 2
orang ibu bapa daripada jumlah responden telah memeriksa kerja rumah anaknya masing
masing dalam lingkungan 6 - 7 hari. 4 orang ibu bapa mengambil sebanyak 5 hari untuk
memeriksa kerja rumah anak mereka.
Di samping itu, terdapat 66.7% ibu bapa (6 orang) mengambil berat tentang
pencapaian akademik anak mereka dengan bersama-sama berbincang mengenai
kemajuan pelajaran anak sebanyak 5 hari. 2 hari perbincangan mengenai kemajuan
pelajaran melibatkan 22.2% (2 orang ibu bapa) dan seorang (11.1%) berbincang
mengenai kemajuan pelajaran anak sebanyak 3 hari sahaja.
Kebanyakan ibu bapa mengambil masa sebanyak 5 hari untuk mengambil tahu
perancangan aktiviti anak mereka. Ini dilibatkan dengan seramai 6 orang ibu bapa
(66.7%) daripada 9 orang responden. Hanya seorang ibu bapa (11.1%) masing-masing
melibatkan diri sebanyak 4 hari, 6 hari dan 7 hari dalam mengambil tahu perancangan
aktiviti anak mereka.
Terdapat 3 orang ibu bapa masing-masing meluahkan 5 dan 6 hari bersama-sama
bertukar-tukar fikiran dengan anak mereka. Aktiviti bertukaran fikiran bukan saja dapat
menambah ilmu pengetahuan anak mereka bahkan juga dapat membawa pencapaian
akademik anak. 2 orang ibu bapa meluahkan masa sebanyak 4 hari dan terdapat seorang
ibu bapa meluahkan masa sepenuhnya dalam tempoh seminggu untuk bertukar-tukar
fikiran dengan anak mereka.
Secara puratanya, jumlah skop yang didapati oleh 8 orang ibu bapa daripada 9
orang ibu bapa bagi aspek komunikasi dengan anak adalah pada peringkat cemerlang
iaitu dalam lingkungan skor 22 - 35. Ini menunjukkan komunikasi antara ibu bapa dengan
- 16 -

anak adalah baik. Dengan ini, ibu bapa juga digalakkan mempertingkatkan keadaan
dengan melakukan aktiviti-aktiviti dengan lebih kerap dan tekal, bertanya tentang
perasaan dan persediaannya menghadapi peperiksaan, memberi kepercayaan kepada
perancangan dan menghormati pendapatnya, dan selau jadikan pertemuan dengan guru
sebagai rutin.
3.2.4

Sokongan Terhadap Kecemerlangan Anak


Bilangan Hari/Bilangan
Sokongan Terhadap Kecemerlangan Anak
0

1) Saya memberi pujian dan rangsangan kepada


anak saya.
2) Saya memberi dorongan/motivasi kepada anak
saya.
3) Saya

dan

keluarga

melakukan

aktiviti

membaca.
4) Saya membimbing anak saya menyiapkan
kerja rumah.
5) Saya menyediakan bimbingan/tuisyen kepada
anak saya.

Responden (Orang)
2 3 4 5 6
2

1
1

Jadual 8 : Sokongan Terhadap Kecemerlangan Anak

Rajah 8 : Sokongan Terhadap Kecemerlangan Anak


- 17 -

Rajah 8 menunjukkan sokongan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak. Terdapat


6 orang ibu bapa (66.7%) telah memberi pujian dan rangsangan kepada anak mereka
sebanyak 6 hari dalam seminggu. 2 orang ibu bapa (22.2%) meluahkan masa sebanyak 3
hari dan seorang ibu bapa (11.1%) meluahkan masa sebanyak 5 hari dalam memberi
pujian dan rangsangan kepada anak mereka.
Bagi kenyataan memberi dorongan dan motivasi kepada anak, didapati terdapat 5
orang ibu bapa (55.6%) daripada jumlah 9 responden telah meluahkan 7 hari dalam
seminggu bersama dengan anak. 2 orang ibu bapa (22.2%) mengambil 5 hari, 1 orang ibu
bapa (11.1%) masing-masing meluahkan masa 4 hari dan 6 hari dalam memberi dorongan
dan motivasi kepada anak mereka.
Selain itu, terdapat 5 orang ibu bapa (55.6%) meluahkan masa sebanyak 5 hari
dalam seminggu bersama-sama keluarga melakukan aktiviti membaca. Terdapat juga 3
orang ibu bapa daripada 9 orang responden masing-masing meluahkan masa sebanyak 5
dan 6 hari dalam membimbing anak mereka menyiapkan kerja rumah.
Bagi kenyataan menyediakan bimbingan dan tuisyen kepada anak menunjukkan
keputusan yang agak tidak memuaskan. Hanya terdapat 2 orang ibu bapa (22.2%)
menyediakan bimbingan dan tuisyen kepada anak selama 7 hari. Bimbingan dan tuisyen
yang diberi melibatkan 5 hari adalah seramai 3 orang (33.3%) dan 1 orang (11.1%)
masing-masing memberi bimbingan dan tusiyen kepada anak melibatkan 2 hari, 3 hari, 4
hari dan 6 hari.
Secara keseluruhannya, ibu bapa telah menunjukkan ciri-ciri cemerlang dalam
membantu pencapaian akademik anak mereka. Ini telah ditunjukkan dengan jumlah skor
yang diperoleh oleh ibu bapa adalah dalam lingkungan 22 - 35 iaitu pada peringkat
cemerlang. Keadaan ini boleh dipertingkatkan dengan melibatkan orang lain dalam
membantu anak seperti memberi tuisyen apabila perlu. Ibu bapa juga boleh memberi
galakkan kepada anak untuk mencabar keupayaan dirinya, tetapi jangan menghukumnya
jika tidak tercapai.

- 18 -

4.0

Tindakan Susulan
Ibu bapa sewajarnya menjadi pendorong untuk anak-anak mencapai kejayaan.

Seandainya mereka mengalami kegagalan dalam pelajaran, ibu bapa tidak boleh cepat
melatah dengan memarahi anak-anak mereka. Sebaliknya, ibu bapa wajar membisikkan
kata-kata semangat untuk mereka. Seorang cendekiawan ulung pernah mengatakan, jika
seseorang itu dilahirkan untuk gagal, dia tidak akan keluar daripada buaiannya untuk
melihat dunia, justeru ibu bapa mestilah berusaha memberi keyakinan diri kepada anakanak. Tambahan pula, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.
Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga
yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia. Anak kunci keamanan dan
kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan
cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anakanak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang
bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran
antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh
mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa
penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat
menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguhsungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira
tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anakanak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak.
Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam
segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang
hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan menyakini kawan daripada ibu bapa
sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang
- 19 -

buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah
dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang
minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang
setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada
anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata
pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat
diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.
Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan
rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk
anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu
bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal
ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anakanak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan
menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku
rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk
kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca
untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa
anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting
kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca.
Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca bukubuku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa
pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan
pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk
mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah
sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha
ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah
- 20 -

disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal
ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang
tidak sihat.
Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan
masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar
perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anakanak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu,
jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka
dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat
pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.

5.0

Kesimpulan
- 21 -

Generalisasinya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu


kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anakanak "sebelum nasi menjadi bubur". Ibu bapa turut perlu menganggap masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka sebagai masalah sendiri. Bukankah sebaik-baik
kehidupan, "cubit paha kiri, paha kanan turut terasa sakit"? Sekiranya anak-anak
terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, keadaan akan menjadi semakin serius dan
sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa
depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan.
Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati untuk mencorakkan masa depan anak-anak
seperti aforisme "menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak", khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang dalam pelajaran.

Bahagian C
1.0

Pengenalan
- 22 -

Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembangkan potensi


individu. Setiap individu boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi peluang
secukupnya. Pendidikan mampu melahirkan individu yang berilmu, mulia, berbudi
pekerti yang tinggi, sopan, bertanggungjawab, berketerampilan dan sebaginya yang
secara umumnya bersifat positif. Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku ke atas
individu yang lahir hasil daripadaproses pendidikan melibatkan intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Hasil pendidikan dapat dilihat dalam dua jangka masa iaitu boleh dalam jangka
masa yang singkat dan boleh dalam jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun
sukar untuk dipisahkan secara berasingan antara satu dengan yang lain. Dalam jangka
masa singkat umpamanya pendidikan mampu membekali individu dengan maklumat,
kefahaman, kesedaran mahupun sesuatu kemahiran. Aspek-aspek ini juga ada kalanya
berlanjutan hingga ke suatu jangka masa yang jauh ke hadapan.
Pendidikan adalah menumpu kepada pembinaan fikiran bijaksana yan g rasional
selin daripada usaha membina jiwa manusia yang murni dengan kata ringkas, ia
melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan adalah kehidupan dan
bukanya untuk kehidupan.

2.0

Pentadbiran Am
Dalam pentadbiran dan pengurusan kurikulum di sekolah, unsur kepemimpinan

adalah faktor penting yang menyumbang kepada kepada kelancaran pentadbiran dan
- 23 -

pengurusan. Keberkesanan kepimpinan amat diperlukan bukan sahaja daripada pihak


pengetua tetapi juga oleh semua pihak, terutama kakitangan penting di semua peringkat
pengurusan sesebuah sekolah itu. Justeruitu satu jawatankuasa dikenali sebagai
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS) diwujudkan bagi tujuan ini.
Dalam Jawatankuasa Sekolah melaksanakan fungsi serta peranannya sebagai
berikut:
(i)

Menyelaras segala dasar kurikulum sekolah.

(ii)

Mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa.

(iii)

Menetapkan pakej-pakej pembelajaran di sekolah.

(iv)

Menetapkan format dan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan


harian.

(v)

Merancang program pemantauan pengajaran dan pembelajaran.

(vi)

Menyediakan laporan program pemantauan yang dijalankan dan mengambil


tindakan susulan.

(vii) Menetapkan jadual waktu persekolahan.


(viii) Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian sekolah.
(ix)

Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan pelaksanaan


kurikulum sekolah.

(x)

Menentukan panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan.

(xi)

Memastikan Pusat Sumber Sekolah diurus dengan sempurna dan dapat membantu
program peningkatan akademik.

(xii) Berusaha memperbanyakkan dan mempelbagaikan bahan bantu mengajar.


(xiii) Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan dan kemajuan staf di
sekolah.
Guru Besar adalah orang yang paling penting dan terpengaruh dalam sesebuah
sekolah. Pengetua bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang berjalan di sekolah
meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan persekitaran,
kakitangan dan pelajar. Malahan pengetua juga merupakan penghubung antara sekolah
dengan masyarakat khususnya ibu bapa.
Guru besar adalah bertanggungjawab bertanggungjawab kepada kelas prasekolah
di bawah jagaannya secara menyeluruh meliputi bidang pentadbiran, kebajikan,
- 24 -

keselamatan, kewangan, kurikulum dan kokurikulum. Guru besar memastikan guru yang
mempunyai opsyen prasekolah mengajar di kelas prasekolah, memastikan setiap kelas
prasekolah di bawah jagaannya mempunyai seorang Pembantu Pengurusan Murid yang
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, memastikan kelas prasekolah di
bawah jagaannya berada dalam keadaan selamat, ceria dan semua peralatan berfungsi.
Guru Besar juga menyediakan anggaran belanja mengurus tahunan seperti gaji,
elaun, bantuan makanan, PCG dan penyelenggaraan/baik pulih, memastikan kurikulum
prasekolah dilaksanakan sepenuhnya dan pemantauan hendaklah dibuat secara berterusan
sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun, menjalin hubungan baik antara pihak sekolah,
prasekolah jagaannya dengan komuniti, memastikan tatacara pengurusan aset alih
kerajaan dilaksanakan seperti yang dikehendaki.
Tugas-tugas lain yang dilaksanakan oleh guru besar ialah memberi bimbingan dan
khidmat bantu, membuat penyeliaan dan pemantauan yang berterusan, taklimat dan
penerangan kepada ibu bapa pada awal persekolahan.
Di sini jelas menunjukkan bahawa peranan pengetua sebenarnya bukan sahaja
meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran sahaja sebaliknya merangkumi aspek-aspek
pengajaran iaitu sebagai pemimpin pengajaran dan pemimpin kurikulum. Namun yang
utama peranan pengetua ialah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum.

3.0

Pengurusan Murid

ENGURUSAN HAL EHWAL MURID Syarat Kemasukan Murid Prasekolah Surat


Pekeliling atau Surat Siaran yang dikeluarkan oleh semua agensi pelaksana prasekolah
hendaklah berasaskan kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

- 25 -

24. a. Taraf Kewarganegaraan i) Penerimaan masuk murid ke prasekolah perlu


diselaraskan kerana pendidikan prasekolah telah mula diterima masuk dalam sistem arus
pendidikan perdana. ii) Bagi Prasekolah Swasta, murid warganegara dan bukan
warganegara boleh diterima masuk.
25. b. Umur i) Kanak-kanak yang mencapai umur empat (4) tahun pada hari pertama
bulan Januari pada tahun persekolahan semasa. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang
tidak genap umur pada tarikh tersebut juga boleh diterima tetapi hanya untuk mereka
yang lahir selewat-lewatnya pada 15 Januari (contohnya : bagi kemasukan tahun
2011murid lahir pada atau sebelum 15 Januari 2007).
26. b. Umur ii) Asas pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun
persekolahan semasa. iii) Keutamaan kemasukan kanak-kanak ke kelas prasekolah adalah
kanak-kanak yang berumur 56. Sekiranya masih terdapat kekosongan tempat, kanakkanak berumur 4-5 tahun boleh diberi peluang berdasarkan permohonan dan merit.
27. Catatan: Dalam isu ini, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) tafsiran
kepada pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur
dari empat hingga enam tahun hendaklah dijadikan rujukan.
28. c. Pendapatan Keluarga Keutamaan kepada Ibu-bapa/penjaga yang berpendapatan
di bawah garis kemiskinan dengan mengambilkira daftar e-kasih dan bilangan
tanggungan.
29. Pemilihan Murid i. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah
yang diwujudkan di bawah pentadbiran prasekolah masing-masing. Bagi KPM.
jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah,
Guru Tahap I & II, Pembantu Pengurusan Murid dan seorang wakil Komuniti.
30. Pemilihan Murid ii. Semua keputusan pemilihan yang telah dibuat hendaklah
dibawa ke peringkat pegawai di daerah masing-masing untuk diperaku sebelum surat
kelulusan dikeluarkan. - Prasekolah KPM ke PPD.
31. 2. Siaran Permohonan Kemasukan Murid hendaklah disebar luas dan menerima
seberapa banyak permohonan sehingga tarikh tutup 3. Semua permohonan hendaklah
diperakui (berjaya/gagal) oleh jawatankuasa pemilihan. 4. Keputusan semua permohonan
sama ada berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon.

- 26 -

32. 5. Surat tawaran dan borang penerimaan tawaran kemasukan murid prasekolah
hendaklah dikeluarkan. 6. Sekiranya terdapat penolakan tawaran, AJK pemilihan berhak
memilih calon simpanan mengikut senarai keutamaan.
33. Peraturan Dan Disiplin 1.Tempoh Pembelajaran Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 9/2010 Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. No. Rujukan
KP(BPSH-SPDK) 201/005/01 /Jld.2(20) bertarikh 4 Ogos 2010
4.0

Pengurusan Guru

5.0

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Kewangan Prasekolah Kewangan merupakan faktor penting dalam sesuatu


penubuhan prasekolah. Ia juga merupakan titik penentu jatuh dan bangun sesebuah
prasekolah yang dijalankan. Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar
ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat prasekolah. Untuk
menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanakkanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Oleh sebab itu, kami
dengan sedaya upaya merancang untuk pengurusan kewangan prasekolah Country kids
ini. Antara faktor penting dalam dalam kewangan ialah sumber pendapatan dan pinjaman
untuk memulakan perniagaan prasekolah ini. E (equipment)

peralatan

termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan. S (space) tempat
(ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga
insuran. M (material) bahan yang digunakan di pusat tersebut H (human)
tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk
membentuk dan menyampaikan perkhidmatan. EMPAT KATEGORI SUMBER YANG
DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA PRASEKOLAH , (MESH) .

- 27 -

Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak pengagihan kewangan yang bijaksana.


Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan
masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu
pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas
kini. Dalam penubuhan prasekolah ini kami mendapat sokongan dari beberapa pihak iaitu
kerajaan, badan bukan kerajaan ( NGO ) dan masyarakat setempat. Hal ini kerana, lokasi
yang kami pilih amat bersesuaian dan prasekolah juga kurang ditubuhkan di kawasan
tersebut. Kami melihat potensi ini dan seterusnya merancang penubuhan prasekolah
Country Kids yang kedua ini. Kami amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan.
Ditambah baikkan lagi kami juga mendapat sumbangan dari pelbagai piihak untuk
penubuhan prasekolah Country Kids ini.

- 28 -

Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna 1 Perbelanjaan untuk


penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah 2 3 Peruntukan
untuk pembelian buku rujukan, encyclopedia, perisian, video tape dan lain-lain yang
bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 4 Program dan lawatan
berunsurkan pendidikan misalnya melawat Zoo pada hari persekolahan semasa tema
Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat
Taman Bunga semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema
Buah-buahan

- 29 -

Pengangkutan murid dan bayaran insuran untuk murid dan guru pengiring untuk aktiviti
sukan dan karnival prasekolah. Bayaran bil telefon, air, eletrik, telegram, internet dan
pembentungan. Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid dan keselamatan kelas
Perbelanjaan wang untuk Kelas Prasekolah Kos untuk pembaikan kecil kelas serta
penyelengggaran perabot dan peralatan kelengkapan kelas Perkhidmatan percetakan dan
perkhidmatan pengiklanan Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar
atas urusan rasmi. Pengangkutan barang-barang Peruntukan dan perbelanjaan Peruntukan
Makanan Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman Perancangan Menu
Bulanan Anggaran Perbelanjaan i. Bahan Basah ii. Bahan Kering Tuntutan
Perbelanjaan Bulanan Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan Fail Kewangan
Surat Tuntutan Perbelanjaan Baucer Bayaran (sertakan resit) Peruntukan Perkapita
Perancangan Perbelanjaan Daftar Stok Bekalan Pejabat Barang Kekal Barang
Hapus Kira Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan Perancangan
disediakan sebelum penggal persekolahan. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu
disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang
yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat dijadikan
panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan bagi
keperluan membeli bekalan makanan/minuman. Penyata Kewangan Bulanan Status
penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang
diterima perlu disediakan oleh guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata
ini disemak dan ditandatangani oleh pihak pentadbiran prasekolah pada akhir bulan dan
dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan
prasekolah. Penyata kewangan ini disediakan di dalam suatu buku tunai kha
6.0

Pelaksanaan Kurikulum
Pelaksanaan kurikulum di sekolah saya adalah mengikut dasar kementerian

pendidikan yang disalurkan ke sekolah-sekolah melalui pekeliling-pekeliling, arahanarahan serta keputusan-keputusan pihak pentadbiran peringkat tinggi di kementerian serta
jabatan. Di peringkat sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum adalah badan yang
bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan kurikulum.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan sukatan pelajaran (SP)
dan huraian sukatan pelajaran (HSP) sebagai yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan
- 30 -

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam pelaksanaan proses pengajaran


dan pembelajaran, ianya bermula daripada perancangan guru. Perancangan guru
dibahagikan kepada dua iaitu Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian.
Keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah saya melalui pemantauan dan
penyeliaan yang rapi dan sistematik dari semasa ke semasa ke arah memperkembang dan
mempertingkatkan lagi kualiti pembelajaran pelajaran dan seterusnya meningkatkan mutu
pendidikan. Dalam organisasi sekolah, para pemimpin kurikulum, daripada hierarki yang
teratas iaitu pengetua hinggalah kepada ketua-ketua panitia mata pelajaran telah
melaksanakan tanggungjawab ini demi keberkesanan tersebut.
Di sekolah saya, pencerapan pengajaran telah dilaksanakan sebagai satu sistem
tingkah laku yang direka untuk mempengaruhi tingkah laku pengajaran demi
meningkatkan lagi tahap pembelajaran para pelajar. Dalam konsep pencerapan, prosesnya
adalah melibatkan aktiviti memerhati, menilai, menegur, memuji, membimbing,
membaiki dan merunding. Pencerapan pengajaran dan pembelajaran di kelas oleh
pengetua atau guru-guru kanan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan mutu
profesionalisme guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan.
Segala pengurusan ke arah pelaksanaan kurikulum di sekolah saya telah
didokumentasikan dengan teratur dan lengkap. Setiap panitia mempunyai fail-fail yang
diurus secara kemas kini serta lengkap dengan nombor siri yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
Surat-surat panggilan mesyuarat telah dibuat secara rasmi, diminitkan mengikut
agenda yang ditetapkan. Pemantauan di peringkat bidang oleh guru kanan mata pelajaran
masing-masing dilakukan bagi menjamin kesemuanya tersusun dengan rapi. Dengan ini,
sistem dokumentasi yang kemas telah memudahkan urusan pelaksanaan kurikulum di
sekolah.
7.0

Pelaksanaan Kokurikulum
Kokurikulum lahir daripada kurikulum dan membawa makna dimensi pendidikan

yang terletak di luar daripada ruang litup pendidikan di bilik darjah. Kokurikulum adalah
aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran bilik darjah. Pengetahuan daripada

- 31 -

mata pelajaran lain diintegrasikan dalam aktiviti praktikal semasa menjalankan gerak
kerja kokurikulum dalam bentuk gunaan.
Sekolah saya telah melaksanakan aktiviti kokurikulum kepada pelajar sebanyak
dua hari dalam seminggu. Pihak sekolah juga menganjurkan sukan tahunan untuk
menggalakkan para pelajar menyertai aktiviti sukan. Pengalaman yang diperolehi dengan
cara ini akan meluaskan pandangan, pengetahuan, kefahaman pelajar serta menghasilkan
perkembangan dan kematangan jasmani, mental, sosial dan emosi mereka melalui situasi
di mana terdapat interaksi sosial yang sihat dan positif dalam suasana yang lebih
bermakna, riang dan menyeronokkan.
Terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar sekolah
iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan, dan unit beruniform. Pelajar-pelajar di
sekolah dalam sistem persekolahan kita dikehendaki mengambil bahagian dalam ketigatiga jenis aktiviti tersebut.
Tiap-tiap jenis aktiviti ini mempunyai sumbangan yang tersendiri. Sukan dan
permainan misalnya, adalah satu-satunya aktiviti yang dapat memberikan sumbangan
terhadap kesuburan fizikal, kemahiran dan kecergasan dan ciri-ciri sosial yang juga
terdapat dalam aktiviti unit beruniform mahupun dalam kelab dan persatuan. Unit
beruniform juga menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat. Kelab dan persatuan
pula mendorong pelajar mempelapori atau mengkaji sesuatu bidang yang berkaitan
dengan lebih luas lagi memperkayakan pengetahuan. Walaupun sesuatu aktiviti
kokurikulum mempunyai sumbangan tersendiri, namun kesemuanya secara langsung atau
tidak mempunyai peranan untuk membentuk sifat-sifat sosial yang bernilai dan
mempunyai unsur-unsur pendidikan akademik juga.
Kegiatan ini adalah penting untuk menyemai, memupuk, dan menanam perasaan
kekitaan ataupun espirit de corps di antara murid-murid pelbagai keturunan yang
mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih
murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka
berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.
8.0

Kesimpulan

- 32 -

Perkembangan dunia dalam pelbagai aspek terutama daripada aspek ekonomi,


sosial, politik dan teknologi perlu sentiasa diikuti. Semua pihak perlu sentiasa membuat
environmental scanning bagi mengenal pasti keperluan-keperluan yang terkini dari
pelbagai sudut. Bidang pendidikan adalah tidak terkecuali daripada perkara ini. Bidang
pendidikan perlu sentiasa mengenal pasti indikator-indikator asas yang berkaitan system
pendidikan bagi tujuan peningkatan atau perubahan.
Kegagalan sistem pendidikan dalam membangunkan tenaga manusia secara
strategic bukan sahaja akan merugikan negara malahan akan menggugat kedaulatan
negara kerana tanpa nilai-nilai dan etika yang tinggi serta semangat patriotisme yang
kukuh kesemuanya tidak akan terjamin. Kebanyakan negara-negara maju adalah hasil
daripada kejayaannya mengatur langkah membangunkan sumber manusia yang ada di
negaranya secara strategik dan futuristik. Umumnya bagi negara ini bidang pendidikan
memang telah bersedia dan sentiasa dari semasa ke semasa memikirkan langkah-langkah
perlu bagi menghadapi zaman yang penuh dengan kemajuan dan cabaran.

Rujukan
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Kuala Lumpur. Quantum Books.
Azizi Hj Yahaya dan Nalini a/p Madavan. 2006. Faktor-faktor lepak dan
hubungankeibubapaan di kalangan remaja di sekolah menengah di empat buah
negeri. Skudai, Johor . UTM.
Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise.6.

- 33 -

Kamus Dewan : Edisi Keempat. 2002. Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mok Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Wan Zainura Bt Wan Yusof. 2008. Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap
Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis
Sarjana Muda.5.

- 34 -

You might also like