You are on page 1of 30

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2015

KOD KURSUS ECE 332

TAJUK KURSUS MUZIK DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR HOO SEE LING

NO. MATRIK E30409130277

NAMA FASILITATOR AKADEMIK ENCIK RAZALI BIN HAJI SULONG

PUSAT PEMBELAJARAN AEU SIBU, SARAWAK

-1-
Isi Kandungan
Muka surat
Bahagian A
1.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Pendidikan Muzik Prasekolah 1-7
2.0 Refleksi 7
3.0 Bahan Bantu Mengajar 8
3.1 Kad Gambar Haiwan 9
3.2 Set Induksi 10
3.3 Slaid Powerpoint 11-16

Bahagian B
1.0 Pengenalan 17
2.0 Tajuk Lagu yang Dipilih 18
3.0 Faktor Pemilihan Lagu The Doll Of Clay 18-19
4.0 Video Lagu The Doll Of Clay 19
5.0 Lirik Lagu The Doll Of Clay 20
6.0 Kaedah Pengajaran Lagu 21
6.1 Aktiviti Sebelum Menyanyi Lagu 21-22
6.2 Aktiviti Semasa Menyanyi Lagu 22-23
6.3 Aktiviti Selepas Menyanyi Lagu 23
6.4 Gambar-Gambar Persembahan Lagu 24-26
7.0 Kesimpulan 26-27

Rujukan 28

Lampiran

-2-
Bahagian A
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Prasekolah
1.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Pendidikan Muzik Prasekolah

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Prasekolah 2

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik


NamaKelas : K2 Bertanggungjawab
Tarikh : 2 November 2015
Hari : Isnin
Masa : 9.00 - 10.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 25 orang
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi
Tema : Nyanyian - Haiwan
Subtema : Lagu Old Macdonald Had A Farm
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, kanak-kanak dapat:
i) Menyanyi mengikut rentak dengan
pengeluaran suara yang terang dan jelas
ii) Melakukan gerakan spontan berdasarkan lirik
lagu dan irama lagu
Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah menyanyi dengan baik
Konsep : Irama - detik dan tempo
Alat Bantu Mengajar : Video multimedia, LCD, laptop, powerpoint, lirik
lagu Old Macdonald Had A Farm, kad gambar
haiwan
Penerapan Nilai : Ingin tahu, yakin, teruja, bersemangat, tekun,
mendengar arahan, memberi perhatian, berani,
bekerjasama, bersyukur
Kesepaduan : Bahasa Melayu, Fizikal dan Estetika, Muzik,

-3-
Sosioemosi, dan Moral
Kemahiran : 1.3 - Menyanyi dengan sebutan yang terang dan
jelas
1.4 - Menyanyi mengikut rentak
2.2 - Mengecam dan membuat gerakan spontan
mengikut rentak atau irama muzik
Pendekatan dan Strategi : Induktif
KBKK : Menjana idea, mencungkil idea, menjelaskan,
mengimbas kembali, bersoal jawab

Prosedur Mengajar/Langkah-Langkah :
Langkah/Masa Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan/ABM
Pengurusan bilik 1) Guru mengucapkan 1) Kanak-kanak
darjah salam sejahtera dan memberi tindak balas
(5 minit) mengambil kehadiran kepada guru dan juga
kanak-kanak. mengucapkan salam
2) Guru memastikan kepada guru mereka.
kebersihan bilik darjah 2) Kanak-kanak
sebelum proses memberi kerjasama
pengajaran dan kepada guru dengan
pembelajaran hari ini mengutip sampah
bermula. yang berada di
sekeliling mereka.

Set induksi 1) Guru memaparkan kad 1) Kanak-kanak tertarik ABM :


(5 minit) gambar haiwan dan dengan kad gambar Video
Mencungkil meminta kanak-kanak yang dipaparkan oleh multimedia,
pengetahuan memerhatikan jenis guru. laptop, LCD,
sedia ada haiwan tersebut. 2) Kanak-kanak powerpoint, lirik
kanak-kanak 2) Guru meminta kanak- memberi maklum lagu

-4-
kanak menamakan balas secara spontan Objektif : -
haiwan yang dengan menamakan
ditunjukkan. haiwan yang telah Nilai :
3) Guru juga meminta ditunjukkan. Teruja,
kanak-kanak memberi 3) Kanak-kanak juga bersemangat,
bunyi haiwan yang menyatakan bunyi memberi
dikeluarkan yang dikeluarkan oleh perhatian
berdasarkan gambar haiwan tersebut
haiwan yang berdasarkan gambar KBKK :
dipaparkan. haiwan yang Menjana idea
4) Guru memberi pujian dipaparkan.
kepada kanak-kanak. 4) Kanak-kanak berasa Rasional : -
5) Seterusnya, guru teruja dan tidak sabar
mengaitkan jawapan mengikut sesi Teknik :
kanak-kanak dan pengajaran hari ini. Berpusatkan
memperkenalkan tajuk 5) Kanak-kanak murid
yang dipelajari hari ini. mendengar
penerangan guru dan
bersedia dengan
pembelajaran hari ini.

Perkembangan 1) Guru memaparkan seni 1) Kanak-kanak ABM :


Langkah 1 kata lagu Old memerhatikan dan LCD, Laptop,
(10 minit) Macdonald Had A cuba membaca lagu
Menyanyi Farm dengan paparan lirik lagu.
dengan menggunakan LCD. 2) Kanak-kanak Objektif :
pernafasan 2) Guru membaca baris membaca perkataan (i)
yang betul demi baris dan sehingga lancar Nilai :
Menyanyi seterusnya rangkap disebut. Yakin, berani,
dengan yakin demi rangkap 3) Kanak-kanak memberi

-5-
tanpa iringan 3) Guru membimbing membaca secara perhatian,
muzik kanak-kanak membaca kelas. bekerjasama,
perkataan yang sukar 4) Kanak-kanak berkeyakinan
disebut. menunjukkan dan ketelitian
4) Guru mendengar dan kebolehan membaca.
membetulkan bacaan 5) Kanak-kanak KBKK :
kanak-kanak secara membaca secara Mencungkil idea
kelas. individu dan kanak-
5) Guru membimbing kanak lain Rasional :
membaca dengan suara mendengar. Kanak-kanak
yang terang dan jelas. 6) Kanak-kanak boleh
6) Guru memanggil menjalankan aktiviti berinteraksi
beberapa orang kanak- pernafasan. dengan yakin
kanak membaca secara 7) Kanak-kanak dan baik.
individu. menyanyi bersama
7) Guru meminta kanak- guru. Teknik :
kanak menjalankan 8) Kanak-kanak berasa Berpusatkan
latihan pernafasan. gembira dengan murid dan guru
8) Guru menyanyi lagu pujian yang diberikan
tersebut bersama-sama oleh guru.
dengan kanak-kanak. 9) Kanak-kanak tidak
9) Guru memberi pujian sabar hendak
dan galakkan kepada mengikuti sesi
murid-murid. pembelajaran
seterusnya.

Langkah 2 1) Guru 1) Kanak-kanak ABM :


(10 minit) memperdengarkan lagu mendengar lagu LCD, Laptop,
Menyanyi tanpa iringan muzik. sambil mengikut lagu
mengikut 2) Guru menyanyikan dengan suara yang

-6-
rentak lagu baris demi baris perlahan. Objektif :
Menyanyi dan seterusnya rangkap 2) Kanak-kanak dengar (i)
dengan yakin demi rangkap tanpa dan menyanyi
tanpa iringan muzik mengikut rentak. mengikut rentak. Nilai :
muzik 3) Guru mendengar dan 3) Kanak-kanak Memberi
membetulkan rentak menyanyi sambil perhatian,
lagu nyanyian kanak- bertepuk tangan bekerjasama,
kanak. mengikut rentak dan
4) Guru membimbing tempo. KBKK :
cara-cara pengeluaran 4) Kanak-kanak meniru Menjana idea
suara yang baik. pengeluaran suara
5) Guru memberi yang baik. Rasional :
semangat dan 5) Kanak-kanak Kanak-kanak
penghargaan kepada mempersembahkan boleh
kanak-kanak yang nyanyian dengan berinteraksi
mempamerkan suara yang terang dan dengan yakin
persembahan dan jelas serta mengikut dan baik.
kebolehan mereka. detik dan tempo lagu
secara kelas. Teknik :
Berpusatkan
murid dan guru

Langkah 3 1) Guru 1) Kanak-kanak berlatih ABM :


(15 minit) memperdengarkan lagu menyanyi mengikut LCD, Laptop,
Menyanyi dengan iringan muzik iringan muzik sambil lagu
dengan berdasarkan rentak dan bertepuk tangan
iringan muzik tempo perlahan. mengikut rentak dan Objektif :
Membuat 2) Guru menyanyi sambil tempo lagu. (i) & (ii)
gerakan melakukan gerakan 2) Kanak-kanak
spontan berdasarkan lirik lagu. menyanyi dengan

-7-
mengikut 3) Guru melakukan mengikut gerakan Nilai :
rentak atau gerakan spontan guru berdasarkan Memberi
irama muzik berdasarkan lagu. rentak muzik. perhatian,
4) Guru menyanyi 3) Kanak-kanak bekerjasama,
bersama kanak-kanak melakukan gerakan dan ketelitian
sambil melakukan berdasarkan
gerakan spontan pergerakan guru. KBKK :
dengan iringan muzik. 4) Kanak-kanak Menjana idea
5) Guru memimpin menyanyi sambil
sebagai konduktor. melakukan Rasional :
pergerakan badan. Kanak-kanak
5) Kanak-kanak secara boleh
individu dan secara berinteraksi
kelas melakukan dengan yakin.
persembahan.
Teknik :
Berpusatkan
murid dan guru

Penutup 1) Guru membahagi 1) Kanak-kanak ABM :


(5 minit) kumpulan lelaki dan menyanyi berselang LCD, Laptop,
Menyanyi perempuan. seli mengikut baris lagu
secara solo 2) Guru memberi dan mengikut
untuk bimbingan serta rangkap lagu. Nilai :
membina mengenalpasti 2) Kanak-kanak akur Beri perhatian,
keyakinan diri kelemahan dan dan setuju dengan bekerjasama
Nilai murni kekuatan kanak-kanak pendapat guru dengan
dan memberi menyanyi secara KBKK :
perangsang untuk berpasangan dan solo. Ulasan dan
berlatih dengan giat 3) Kanak-kanak penerangan

-8-
lagi. menyatakan nilai- Teknik :
3) Guru mengulas nilai- nilai murni Berpusatkan
nilai murni yang berdasarkan seni kata murid dan guru
terkandung dalam lirik lagu.
lagu. 4) Kanak-kanak
menyatakan nilai-
nilai murni yang perlu
dicontohi.

2.0 Refleksi
Melalui penyediaan rancangan harian di atas dengan sistematik berpandukan
dengan alat bantu mengajar yang menarik telah merangsangkan proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan berjaya.
Objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai dengan penuhnya atas usaha
guru dengan murid-murid. Penunjukkan gambar-gambar yang menarik telah
merangsangkan murid dan menarik perhatian mereka melibatkan diri dalam proses
pembelajaran.
Di samping itu, murid-murid juga menunjukkan maklum balas secara spotan dan
berani menjana idea mereka dalam menjawab soalan yang telah diajukan oleh guru.
Jawapan yang diberikan oleh murid tepat dan jelas. Pujian telah diberikan kepada murid-
murid yang menjawab soalan dengan betul. Dorongan galakkan juga diberikan kepada
murid yang memberi jawapan yang salah.
Murid-murid juga dapat menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti dijalankan.
Mereka berusaha membincangkan jawapan dan tolong -menolong antara satu sama lain.
Namun demikian, terdapat aspek-aspek yang masih lemah seperti kesuntukan
masa, dan terdapat segelintir murid yang tidak menumpukan perhatian semasa guru
mengajar. Aspek-aspek ini boleh dipertingkatkan dan dibaiki supaya proses pengajaran
dan pembelajaran yang akan datang dapat dijalankan dengan lebih lebih baik dan
cemerlang.

-9-
3.0 Bahan Bantu Mengajar

Skrin LCD

Laptop

LCD

- 10 -
3.1 Kad Gambar Haiwan

- 11 -
3.2 Set Induksi

Video Clip (Rujuk kepada Power Point)

Lirik Lagu Old Macdonald Had A Farm

- 12 -
3.3 Slaid Powerpoint

- 13 -
- 14 -
- 15 -
- 16 -
- 17 -
- 18 -
Bahagian B
8.0 Pengenalan
Pendidikan muzik Prasekolah terkandung dalam Tunjang Fizikal dan Estetika.
Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika.
Terdapat beberapa aktiviti yang terkandung dalam pendidikan muzik, aktiviti tersebut
ialah aktiviti nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon
kepada visual dan verbal bunyi-bunyian.
Pendidikan Muzik bukan sekadar untuk berhibur tetapi turut dapat
menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi
perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi
kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat memperkembangkan JERIS.
Oleh itu sistem pendidikan yang mengandungi unsur kreativiti harus dipupuk dari
masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya
oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak
dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah
semula jadi proses tumbesaran mereka.
Menurut falsafah dan konsep Zoltan Kodaly, pengajaran dan pembelajaran muzik
perlu berlaku awal di prasekolah. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh.
Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah
kepada muzik yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat
memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.
Swanwick K and Talor D. (1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu
perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Muzik juga telah
menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara
semula jadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari.
Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama
dan ton yang merupakan asas-asas dalam pendidikan muzik.

- 19 -
9.0 Tajuk Lagu yang Dipilih
Tajuk yang telah dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
prasekolah adalah sebuah lagu Bahasa Inggeris. Nama lagu tersebut ialah The Doll Of
Clay. Lagu ini dipilih adalah berdasarkan pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak yang
berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan seharian mereka.

10.0 Faktor Pemilihan Lagu The Doll Of Clay


Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak menurut Nani Menon (2005) dalam bukunya
Permainan, Lagu, dan Puisi Kanak-Kanak, lagu kanak-kanak biasanya dicipta nagi
memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema
haiwan, tumbuhan, konsep masa dan konsep nombor. Ia akan digunakan apabila hendak
memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bagi membantu kanak-kanak untuk
memahami tajuk yang akan diajar oleh pada hari tersebut.
Faktor yang dipengaruhi untuk memilih lagu The Doll Of Clay adalah seni kata
lagu mudah difahami dan banyak pergulangan. Pemilihan lagu yang mengandungi
banyak ulangan lirik serta melodi amat sesuai oleh dan mudah untuk dipelajari. Kaitkan
lagu dengan pergerakan, drama atau mainan yang sesuai kerana ia menambahkan minat
kanak-kanak terhadap lagu itu.
Nyanyian untuk tahap prasekolah tidak memerlukan simbol not muzik. Kanak-
kanak belajar lagu dengan cara mengikut nyanyian lagu. Lagu itu sentiasa diulangi
supaya kanak-kanak dapat menghafal lagu itu dengan mudah. Ciri-ciri lagu yang sesuai
dengan kanak-kanak ialah seperti lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek ataupun
panjang yang mengandungi perkataan berulangan ataupun lirik berulangan.
Lagu kanak-kanak yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang
pendek serta mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Guru-guru
selalu bersedia dengan lagu dan lirik sebelum mengajar lagu tersebut kepada kanak-
kanak. Aktiviti nyanyian boleh disertakan dengan aktiviti lain seperti nyanyian dengan
berdrama, pergerakan badan dan sebagainya.
Selain itu, guru prasekolah juga sentiasa menekanakan dengan menyanyi lagu
sambil bermain dengan jari. Permainan jari juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak

- 20 -
yang kecil kerana pergerakan ini tidak membebankan dan hanya tertumpu pada paras
matanya. Pergerakan ini amat disukai oleh kanak-kanak dan ia boleh diiringi dengan
nyanyian. Contoh-contoh lagu yang menggunakan pergerakan tangan ini seperti Labah-
Labah Laili, Satu Jari, Mana Ibu Jari, dan sebagainya. Secara tidak langsung, pergerakan
ini meltih tangan kanak-kanak.
Lagu ini dipilih dapat menimbulkan rasa senang dan gembira dalam diri
seseorang anak, memperkaya imajinasi si anak dan meningkatkan daya krativitinya,
meningkatkan kemampuan berbahasa di kalangan kanak-kanak, meningkatkan jiwa seni
dan sastera dalam diri mereka, meningkatkan kemampuan kanak-kanak untuk mengkritik
dan melakukan pembetulan, mencerdaskan akal, membina jiwa dan meningkatkan daya
imajinasi kanak-kanak.
Sememangnya, sifat semula jadi kanak-kanak suka bermain dan suka terlibat
dengan aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan kanak-kanak
boleh bermain peranan adalah sangat digalakkan kepada mereka. Proses ini penting
kerana ia melibatkan pemikiran. Kanak-kanak juga belajar dengan meniru jadi wujudnya
aktiviti main peranan membolehkan mereka memahami funsi dan peranan individu
sekitar mereka seperti peranan ayah, ibu, adik, abang dan lain-lain yang disignifikan
dalam hidup mereka.

11.0 Video Lagu The Doll Of Clay

- 21 -
12.0 Lirik Lagu The Doll Of Clay

The Doll Of Clay

The doll of clay


The doll of clay
Shes a doll of clay
She has got eyebrows
She has got blue eyes
Which cannot wink
The doll of clay
The doll of clay
Shes a doll of clay
She has got a nose
She has got a mouth
Which cannot speak
Shes but a doll of clay
Shes not a living doll
She has got no loving Papa
No loving Mama
The doll of clay
The doll of clay
Shes a doll of clay
Ill be her Papa
Ill be her Mama
For evey loving day

- 22 -
6.0 Kaedah Pengajaran Lagu
Kaedah pengajaran lagu yang saya pilih dalam pengajaran saya ialah kaedah
melakar bertema. Kaedah ini saya pilih kerana teknik ini sangat sesuai untuk mengajar
kanak-kanak prasekolah di mana kanak-kanak prasekolah mempunyai tahap sederhana
kerana belum begitu lancer membaca.
Oleh yang demikian, lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti
mempunyai tema yang menarik dan boleh membuat gambar. Sebagai contoh, lagu The
Doll Of Clay, guru boleh menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan amalan
baik dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak
prasekolah.

6.1 Aktiviti Sebelum Menyanyi Lagu


Sebelum aktiviti menyanyi lagu The Doll Of Clay, guru telah menujukkan
anak patung yang dibawa olehnya untuk diperhatikan oleh kanak-kanak prasekolah. Guru
meminta kanak-kanak bersedia menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila ternampak anak patung yang
dibawa oleh guru terutamanya bagi kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak memberi
respon secara spontan dengan bersedia hendak menjawab soalan yang ditanyakan oleh
guru mereka.
Selepas itu, guru menanyakan kepada kanak-kanak tentang apa yang telah
diperhatikan oleh kanak-kanak terhadap anak patung tersebut. Kanak-kanak memeluk
anak patung sambil menjawab soalan guru. Mereka tidak sabar hendak menjawab guru.
Mereka menjawab kepada guru bahawa mereka telah memerhatikan anak patung
tersebut mempunyai sepasang mata biru, mulut, hidung, sepansang telinga, mempunyai
rambut yang panjang, memakai pakaian yang cantik. Ada kanak-kanak memberi jawapan
dengan anak patung merupakan anak patung yang tidak bernyawa kerana dia tidak dapat
bergerak seperti mereka. Terdapat sebilangan kanak-kanak juga memberitahu bahawa
anak patung tersebut tidak mempunyai ahli keluarga. Mereka hendak menjadi ibu bapa
kepada anak patung tersebut.

- 23 -
Guru berasa amat kagum dan berasa gembira kerana mempunyai anak-anak murid
yang begitu hebat dan pandai. Guru telah memberi pujian dan penghargaan kepada
kanak-kanak kerana mereka sudi meluahkan pendapat mereka. Dengan ini, guru telah
mengaitkan jawapan kanak-kanak dengan mengetahui kanak-kanak lagu yang hendak
diajar hari ini ialah The Doll Of Clay. Kanak-kanak menerima pujian daripada kanak-
kanak dan berterima kasih kepada guru. Mereka telah berasa teruja dan tidak sabar
hendak mengikut pengajaran hari ini.

Anak patung yang dibawa oleh guru untuk tunjukkan kepada kanak-kanak

6.2 Aktiviti Semasa Menyanyi Lagu


Guru memaparkan seni kata lagu The Doll Of Clay dengan menggunakan LCD.
Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan
rakaman lagu. Kanak-kanak diminta mendengar dengan teliti dan memerhatikan lirik
lagu tersebut.
Selepas memperdengarkan lagu baru, aktiviti seterusnya ialah guru membaca lirik
lagu baris demi baris dan seterusnya rangkap demi rangkap. Guru membimbing kanak-
kanak membaca perkataan yang sukar disebut dan difahami. Kanak-kanak membaca
secara kelas dan membaca perkataan sehingga lancar disebut.
Guru juga membimbing kanak-kanak membaca dengan suara yang terang dan
jelas. Guru juga memulih kanak-kanak secara rawak dengan membaca lirik lagu tersebut
secara individu. Kanak-kanak yang dipilih telah memberi kerjasama kepada guru
membaca secara individu dan kanak-kanak lain mendengar dengan senyap.

- 24 -
Sebelum nyayian lagu dimulakan, guru meminta kanak-kanak melakukan aktiviti
pernafasan. Kemudian, guru menyanyikan frasa pertama dan meminta kanak-kanak
supaya ikut menyanyi. Guru meneruskan dengan frasa seterusnya dengan cara yang sama
seperti tadi. Guru boleh mengulang semula dengan meminta murid terus menyanyi frasa
satu dan dua dan seterusnya sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat.
Selepas ini, aktiviti permulaan pengajaran lagu baru boleh dijalankan tanpa
iringan muzik atau sebaliknya. Guru membantu ketepatan nyanyian dengan memainkan
melodi lagu dengan alat muzik seperti pianika atau kibod bagi guru yang berkebolehan.
Kelajuan lagu haruslah di lambatkan untuk memudahkan kanak-kanak mengikutinya.
Setelah murid menguasai keseluruhan lagu, lagu baru dinyanyikan sepenuhnya dengan
tempo yang sesuai dan asal.
Langkah seterusnya ialah guru menyanyi sambil melakukan gerakan berdasarkan
lirik lagu. Kanak-kanak berlatih menyanyi bersamaa dengan guru lalu mengikut gerakan
guru berdasarkan rentak muzik. Guru memimpin kanak-kanak sebagai konduktor. Kanak-
kanak telah menyanyi lagu tersebut gembira dan membuat pergerakan badan dengan
penuh semangat dan seronok.
Kanak-kanak terus diminta menyanyikan keseluruhan lagu. Aktiviti ini diulangi
sehingga murid didapati telah menyanyi dengan tepat.

6.3 Aktiviti Selepas Menyanyi Lagu


Selepas kanak-kanak dapat menyanyi keseluruhan lagu dan dapat membuat
gerakan mengikut lirik lagu, guru meminta kanak-kanak membuat persembahan di depan
bilik darajah secara berkumpulan.
Kanak-kanak telah menunjukkan perasaan ingin mencuba dan mengikut arahan
guru dengan menyanyi dan sambil membuat gerakan badan mengikut giliran kumpulan.
Kanak-kanak berasa bangga dan seronok apabila telah pandai menyanyi lagu tersebut.
Guru telah memberi pujian dan penghargaan kepada kanak-kanak atas kerjasama
mereka dalam Berjaya mempelajari lagu The Doll Of Clay dan diikuti dengan gerakan
badan mengikut rentak muzik. Kanak-kanak juga dapat menyatakan nilai-nilai murni
berdasarkan seni kata lagu tersebut.

- 25 -
6.4 Gambar-Gambar Persembahan Lagu

Gambar 1& 2 : Gerakan sebagai seorang anak patung

Gambar 3 & 4: Gerakan menunjukkan anak patung mempunyai mata dan mulut

- 26 -
Gambar 5 Gambar 6

Gambar 7 Gambar 8

Gambar 5, 6, 7 & 8 telah menunjukkan gerakan kanak-kanak terhadap anak


patung yang bukan merupakan benda yang hidup. Ia tidak dapat bergerak seperti manusia.
Ia tidak mempunyai ibu bapa dan kanak-kanak ingin menjadi ibu bapa kepada anak
patung .

- 27 -
Gambar 9 & 10 : Gerakan menunjukkan memberi kasih sayang kepada anak patung

7.0 Kesimpulan
Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkaran
yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-
konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi
penulisan muzik.
Aktiviti nyanyian dan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni
seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, drama, puisi, dan
sebagainya. Kanak-kanak akan rasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
nyanyian.
Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara
umumnya emosi bermaksud perasaan. Kanak-kanak mempunyai perasaan yang tinggi
dan halus manakala sosial pula bermaksud pergaulan kanak-kanak dengan orang lain.
Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak di mana mereka dapat
meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa
dihargai apabila guru menyelitkan nama-nama mereka dalam nyanyian yang dinyanyikan.

- 28 -
Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya mereka terlibat secara langsung
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana guru boleh mengadakan aktiviti
dalam kumpulan yang melibatkan semua kanak-kanak, melalui aktiviti ini mereka akan
menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. selain itu aktiviti ini juga
membolehkan kanak-kanak meluahkan perasaan takut, gembira, sedih, cemas, dan
sebagainya.
Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa
kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat
tujuh konsep muzik iaitu irama, melodi, harmoni, tekstur, warna ton, bentuk dan ekspresi.
Konsep muzik ini wajib dikuasai oleh seseorang kanak-kanak menjelang tamatnya
persekolahan mereka di sekolah rendah.
Kaedah-kaedah pengajaran pula dapat membantu guru membuat perancangan
dan rancangan pelajaran muzik ataupun nyanyian secara berperingkat-berperingkat
mengikut perkembangan kanak-kanak serta mengambil kira kebolehan mereka.
Kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan dan teknik pengajaran menepati gaya
pembelajaran kanak-kanak yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif,
menarik dan bermakna.
Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu
dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak
mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik, kanak-kanak dapat
keseronokkan diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.

- 29 -
Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Kuala Lumpur. Quantum Books.

Kamus Dewan : Edisi Keempat. 2002. Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik


(Prasekolah) minor. Bahagian Pendidikan Guru.

Khairul Bariah Haroen. (2006). Pengenalan Pendidikan Muzik, Pengalaman Muzikal.


Open University Malaysia.

Mok Soon Sang. 2000. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu, Puisi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur : Terbitan
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sukatan Pelajaran Muzik KBSR. (2000). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Swanwick, K. and Taylor, D. (1982). Discovering Music. London: Batsford. Swanwick.

- 30 -

You might also like