You are on page 1of 24

TUGASAN

JANUARI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS ECE 313

TAJUK KURSUS SAINS UNTUK KANAK-KANAK

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR HOO SEE LING

NO. MATRIK E30409130277

NAMA FASILITATOR AKADEMIK ENCIK WAN MOHD MADEHI WAN ALI

PUSAT PEMBELAJARAN AEU SIBU

-1-
Isi Kandungan
Muka surat
Bahagian A
Fokus sains prasekolah sepertimana dinyatakan dalam Kurikulum Stabdard Prasekolah
kebangsaan (KSPK) ialah sikap dan kemahiran saintifik, menyiasat alam kehidupan, alam
bahan dan alam fizikal.
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sikap dan Kemahiran Saintifik
2.1 Konsep 2
2.2 Kepentingan Sikap dan Kemahiran Saintifik dalam Pembelajaran Sains
2.2.1 Kemahiran Proses Sains 2-4
2.2.2 Kamhiran Manipulatif 5
3.0 Menyiasat Alam Hidupan 5-6
4.0 Menyiasat Alam Bahan 6
5.0 Menyiasat Alam Fizikal 6-7
6.0 Kesimpulan 7

Bahagian B
Pengajaran dan Pembelajaran Sains di Prasekolah Saya
1.0 Masa Diperuntukkan Untuk Sains 8
2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Sains Mengikut Cadangan KSPK 8-9
3.0 Kelengkapan dan Kemudahan Pengajaran Sains 9-10
4.0 Kaedah Pengajaran Sains Menyeronokkan Kanak-Kanak
4.1 Mengajar dengan Cara Praktikal Hands-On Experiences 11-12

-2-
4.2 Belajar Melalui Bermain 12
4.3 Mengembangkan Lagi Minat Kanak-Kanak 12
4.4 Sesuaikan Aktiviti Sains dengan Usia Mereka 12-13
4.5 Jadikan Alatan-Alatan Sains Sebahagian daripada Hidup Mereka 13
5.0 Sokongan Pihak Sekolah Terhadap Pengajaran Sains 13-14
6.0 Kesimpulan 14

Bahagian C
Kaedah mengajar Sains Prasekolah
1.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Sains Prasekolah 14-19
2.0 Refleksi 20
Rujukan 21
Lampiran 22

-3-
Bahagian A
Fokus sains prasekolah sepertimana dinyatakan dalam Kurikulum Stabdard
Prasekolah kebangsaan (KSPK) ialah sikap dan kemahiran saintifik, menyiasat
alam kehidupan, alam bahan dan alam fizikal.
1.0 Pengenalan
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan
ini, sikap saintifik yang positif serta sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.
Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati,
mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan
dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh hidupan : tumbuhan,
haiwan), alam bahan (contoh : objek tenggelam dan timbul, air, magnet), dan alam fizikal
(contoh : pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran
daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan
dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Murid perlu melibatkan diri dalam proses pembelajaran sains secara inkuiri untuk
memperolehi dan seterusnya menguasai kemahiran seperti memerhati, membanding,
meramal, berkomunikasi, mengelas dan mengukur. Kemahiran-kemahiran ini diperlukan
untuk mendapatkan maklumat seperti:
bagi memenuhi rasa ingin tahu
menanamkan semangat cintakan alam
meningkatkan daya kreatif dan imaginasi
meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah
meningkatkan kualiti hidup
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
membina pemahaman konsep asas sains

-4-
meningkatkan pemikiran logik dan kritis serta
memupuk minat terhadap sains dan teknologi

2.0 Sikap dan Kemahiran Saintifik


2.1 Konsep
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses
inkuiri dan penyelesaian masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan
(Padilla, 1990). Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk
menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif.

2.2 Kepentingan Sikap dan Kemahiran Saintifik dalam Pembelajaran Sains


2.2.1 Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat jangkaan
tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan
data yang boleh dipercayai. Ini bermakna kanak-kanak diberikan peluang untuk
mengeluarkan idea dan pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu
dan juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.
Nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi
daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang
dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian
kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan
soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep
dengan sendiri.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara,
mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam
semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata
mempelajari sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai
pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:

a) Memerhatikan
-5-
Kemahiran memerhatikan merupakan asas kepada proses asas sains. Kemahiran
ini menggunakan deria penglihatan, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan
maklumat tentang objek dan fenomena. Untuk membuat pemerhatian, kanak-kanak perlu
menggabungkan maklumat dan meneliti semua sifat objek atau sesuatu fenomena
(Azizah Ngah Tasir, Normah Abdul Aziz, 2012). Dalam pembelajaran sains, bukti atau
data yang dikumpul mestilah tepat dan objektif. Oleh yang demikian pemerhatian
mestilah menggunakan deria yang telah disebutkan diatas.
Pemerhatian terdiri daripada dua jenis iaitu secara kualitatif dan kuantatif.
Pemerhatian kualitatif merujuk kepada pemerhatian yang boleh dilihat, didengar, dihidu,
disentuh dan dirasa. Pemerhatian ini memberi informasi kepada warna, bau, tekstur,
bunyi, rasa dan apa yang akan berlaku. Pemerhatian secara kualitatif ini dilaksanakan
tanpa menggunakan peralatan atau diskripsi tertentu dan tidak melibatkan nombor.
Pemerhatian secara kuantitatif merupakan pemerhatian yang melibatkan pengiraan,
mengukur dengan menggunakan benda.

b) Mengelaskan
Pengelasan merupakan proses yang menggunakan pemerhatian untuk mengasing
dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama. Proses ini
melibatkan pemerhatian terhadap kesamaan, perbezaan dan perkaitan. Tiga jenis utama
pengelasan iaitu, sistem pengelasan Binari, sistem pengelasan Binari pelbagai langkah
dan susunan bersiri.

c) Mengukur menggunakan nombor


Proses ini menggunakan nombor sebagai jawapan. Kemahiran ini merupakan
proses membuat pemerhatian secara kuantatif dengan menggunakan nombor atau alat
berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan.

d) Membuat inferens

-6-
Membuat interferens merupakan proses membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa
atau pemerhatian berdasarkan kepada bukti atau eviden yang telah diperolehi.

e) Meramalkan
Meramal merupakan proses membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data. Meramal
merupakan proses yang berterusan dan di lakukan sepanjang masa.

f) Berkomunikasi
Berkomunikasi bermaksud bertukar data atau informasi yang digabungkan dengan
proses pemerhatian agar mudah difahami. Berkomunikasi melibatkan proses menerima,
memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan,
lisan, jadual, graf, rajah atau model.

g) Menggunakan perhubungan ruang dan masa


Kemahiran ini merangkumi keupayaan untuk memerihalkan parameter seperti
lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim dengan masa.

h) Mentafsirkan data
Kemahiran ini merupakan proses memberi penerangan yang rasional tentang
objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

i) Mendefinisikan secara operasi


Mendefinisikan operasi merupakan suatu proses memberi tafsiran tentang sesuatu
konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

j) Mengawal pembolehubah

-7-
Mengawal pembolehubah merupakan proses mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah yang bergerak dan pembolehubah yang dimalarkan.
Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan
hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh
ubah yang lain dimalarkan.

k) Membuat hipotesis
Kemahiran ini merupakan proses membuat suatu pernyataan umum tentang
hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu
peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.

l) Mengeksperimen
Kemahiran ini merupakan proses merancang dan menjalankan penyiasatan untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat
rumusan daripada penyiasatan itu.

2.2.2 Kemahiran Manipulatif


Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan
sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul dan selamat.
d) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

3.0 Menyiasat Alam Hidupan


Menyiasat alam hidupan adalah memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian
badan. Kanak-kanak akan meneroka alam sekitar menggunakan organ deria. Meneroka
bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih.
Di samping itu, kanak-kanak boleh menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara
pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai.
Contoh satu daripada bentuk interaksi antara hidupan ialah persaingan. Persaingan
wujud di antara spesies yang sama atau di antara spesies yang berlainan. Persaingan
wujud apabila hidupan bersaing untuk mendapatkan sumber yangsama dan terhad.
-8-
Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan,minuman,tempat tingal dan pasangan.
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air, nutrient, cahaya matahari dan ruang hidup.
Antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan persaingan ialah perpindahan
keluar (emigrasi), pertambahan dalam kadar kematian, pertambahan dalam sumber
makanan dan pengurangan dalam kadar kelahiran.

4.0 Menyiasat Alam Bahan


Menurut al-Quran, Allah s.w.t. telah menjadikan manusia sebagai khalifah di
muka bumi ini. Bagi tujuan itu, Allah s.w.t telah menjadikan bumi dengan pelbagai alam
bahan agar manusia dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan mudah. Ia juga
dikenali untuk meneroka sifat umum bahan.
Ianya boleh dilihat menerusi alam bahan yang disediakan oleh Allah s.w.t.
daripada pelbagai sumber untuk melengkapi kehidupan manusia seperti pakaian, tempat
tinggal, dan sebagainya.
Alam bahan yang boleh didapati di sekeliling terbahagi kepada dua jenis iaitu
bahan asli dan bahan sintetik. Bahan asli merupakan bahan yang boleh diperoleh daripada
sumber alam semulajadi yang terdapat di bumi ini seperti haiwan, serangga, tumbuh-
tumbuhan, batu, tanah, air dan sebagainya.
Manakala bahan sintetik pula merupakan bahan yang dihasilkan daripada bahan
kimia melalui proses yang tertentu. Walaubagaimanapun, asal usul bahan sintetik tetap
dihasilkan daripada sumber semula jadi namun memerlukan proses yang lebih panjang.

5.0 Menyiasat Alam Fizikal


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), domain dunia bermaksud bumi dan
segala yang terdapat di permukaannya, alam (tempat kita duduki) dan 2. perihal hidup,
kehidupan. Ini bermakna, domain dunia merujuk kepada tempat kita duduki dan alam
sekitarnya dan berkait juga dengan hal kehidupan. Pada era era semasa, kata Alam dilihat
telah berubah kepada domain dunia atau domain alam fizikal. Hal ini kerana pada era ini,
faktor keduniaan menjadi perkara yang sangat diberi perhatian. Alam dunia dikesani
berdasarkan konteks kehidupannya yang dapat ditanggapi dengan mata kasar manusia.

-9-
Contohnya, meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti cuaca, pelangi
dan bayang-bayang. Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untu melakukan kerja.
Tenaga membolehkan hidupan menjalani proses hidup seperti bertumbuh, bernafas dan
bergerak. Benda bukan hidup juga memerlukan tenaga untuk bergerak, melantun dan
melebur. Terdapat pelbagai jenis sumber tenaga iaitu matahari, sel kering, bahan api,
makanan, dan angin.

6.0 Kesimpulan
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-
kanakyang berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalamaspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran
yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan keyakinan
dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka Berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab
di prasekolah.
Hal ini bertepatan dengan kehendak Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
2008 yang telah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diriserta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, pendidikan Prasekolah
lebih berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Bahagian B
Pengajaran dan Pembelajaran Sains di Prasekolah Saya
1.0 Masa Diperuntukkan Untuk Sains
Masa yang diperuntukkan dalam pengajaran sains di sekolah saya adalah
sebanyak 4 waktu iaitu selama 2 jam dalam seminggu. Pembelajaran sains untuk 1 waktu
adalah selama 30 minit.

- 10 -
2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Sains Mengikut Cadangan KSPK
Usia 4 hingga 6 tahun merupakan tahap perkembangan dan pertumbuhan yang amat baik
dalam diri kanak-kanak. Mereka pada usia ini amat berpotensi untuk menguasai banyak
perkara baru seperti kemahiran mendengar, bertutur, berimaginasi, berinteraksi serta
membaca dan menulis. Justeru itu, Akta Pendidikan 1996 telah memutuskan untuk
memasukkan pendidikan prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan telah dilaksanakan iaitu pada tahun 2003.
Pendidikan prasekolah semakin mendapat perhatian apabila kurikulum ini
disemak semula untuk memastikan kurikulum pendidikan terhadap kanak-kanak lebih
bersifat holistik, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan kanak-
kanak yang masih dalam proses pembesaran. Kurikulum Standard Prasekolah telah
mengubah cara di mana kanak-kanak tidak ditekankan tentang penilaian secara formal
contohnya seperti penggredan. Ini disokong oleh kajian Seefeldt (1990) dalam kajian
Imran Arif et.al (2010) yang menyatakan kanak-kanak mempunyai repertoire tingkah
laku yang terhad untuk ditafsir dan tidak dapat menggunakan bahasa yang tepat dalam
menyampaikan maklumat yang ada dalam diri mereka.
Oleh sebab itu, guru prasekolah tidak wajar memberikan soalan berbentuk esei
kepada kanak-kanak. Menyedari bahawa kualiti masa awal kanak-kanak termasuk
prasekolah merupakan cermin kualiti pada masa akan datang, KSPK telah disemak
mengikut keperluan semasa. Kemahiran-kemahiran penting seperti komunikasi, inovasi,
kreatif dan kepimpinan mampu diserap dalam jiwa kanak-kanak seawal umur 4 hingga 6
tahun ini. Aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah) diberi penekanan
untuk tujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak. Tunjang yang digunakan dalam
KSPK juga adalah mengikut tahap kanak-kanak yang berumur seawall 4 hingga 6 tahun.
Terdapat 6 tunjang yang dijadikan asas iaitu komuniasi, kerohanian sikap dan nilai,
kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta
perkembangan ketrampilan diri. Kesemua tunjang ini mengambil kira keperluan dan
kebolehan kanak-kanak prasekolah dan merupakan kesinambungan kepada pendidikan
semasa sekolah rendah dan sekolah menengah.

- 11 -
Semakan dan penggubalan semula kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
dibuat berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia. Jika dilihat
dalam FPK, ianya adalah lebih kepada semua kelompok dalam system pendidikan
Negara. Oleh itu, matlamat KSPK juga mempunyai hubungkait yang rapat dengan FPK
yang bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak yang mempunyai perkembangan potensi
yang menyeluruh dan bersepadu melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan
bermakna. Kemahiran, keyakinan dan pembentukan konsep kendiri yang positif dapat
ditingkatkan melalui semakan semula kurikulum KSPK dan kanak-kanak ini secara tidak
langsung akan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah.

3.0 Kelengkapan dan Kemudahan Pengajaran Sains


Beberapa kajian (Abdul Rahim, 1998a; 1998b) telah menunjukkan
bahawa terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa
belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan
sebagai field dependent berbanding dengan murid field independent. (Abdul Rahim
Saad, 2000).
Aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong
dalam field independent adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit
atau tergolong dalam field dependent mereka akan mudah faham seperti beberapa
konsep, prinsip, peraturan dan hokum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi rajah,
latihan atau amalan.
Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakankesemua panca indera
semasa proses pembelajaran berlaku. Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi
meningkatkan mutu dan mempekbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui
penggunaan internet, bahan- bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang
sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan
visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi
kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada
guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan
serta penyelidikan.

- 12 -
Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau
luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan
dapat memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatumata pelajaran
contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satueksperimen sekali
sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kalimencubanya.
Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini
danmurid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang
diperbaharuilima tahun sekali. (Zalina Yahaya, 2001).
komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai
kebudayaandan negara masing-masing.Rosenberg (2001) berpendapat integrasi ICT
dalam P&P memberikan peluang kepadaguru untuk memperkenalkan pembelajaran
secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan
pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai
penyelesai masalah.
Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran
manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan
dalam teknologi akan melahirkan pelajar yanglebih bersedia dan yakin untuk memasuki
alam pekerjaan.

4.0 Kaedah Pengajaran Sains Menyeronokkan Kanak-Kanak


4.1 Mengajar dengan cara praktikal hands-on experiences
Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak
ialah dengan cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau
apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Terus terang saya katakana,
saat yang paling saya ingati sewaktu di tadika 22 tahun yang lalu ialah semasa bermain
plastisin (tanah liat) dan bermain cantuman lego bersama kawan-kawan. Oleh itu pilih
aktiviti sains yang menekankan kepada hands-on dan hanya memerlukan penerangan
ringkas dari anda.

- 13 -
Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak ini
untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar
mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar. Selain itu, anda perlu
pilih aktiviti sains prasekolah yang secara konsepnya berhubung kait. Walaupun ia seperti
melompat dari satu topik ke satu topic yang lain, tetapi dengan cara ini kanak-kanak akan
lebih tertarik untuk belajar apabila kita memberi mereka peluang untuk meneroka dan
berfikir tentang konsep yang diajar.
Untuk menjadikan pengajaran sains itu lebih bermakna, Rochel Gelman
mencadangkan supaya anda memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait. Contohnya
konsep didalam" dan "diluar atau konsep perubahan biologi" dan "kitaran hidup.
Adalah amat penting untuk anda sebagai guru prasekolah untuk kekal mengajar konsep
yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004).
Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan
ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar
boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains prasekolah yang pelbagai.
Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan
kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya;
Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (cnth: mengira biji benih dalam buah epal;
Menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan
sebagainya.
Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan.
Belajar tentang kesihatan dan penyakit

4.2 Belajar Melalui Bermain


Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan
Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi
peluang kepadamurid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.
Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan

- 14 -
senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman
langsung secara semulajadi.
Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk
meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus,
serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.
Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil
bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan
persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-
kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain.

4.3 Mengembangkan lagi minat kanak-kanak


Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Minat
kanak-kanak ini pelbagai, ada yang menyukai binatang seperti kucing, tidak kurang yang
suka melihat kereta dan sebagainya. Oleh itu sebagai guru prasekolah, beri perhatian
terhadap minat kanak-kanak prasekolah ini dan cari atau rancang aktiviti sains yang
mempunyai kaitan dengan minat mereka.

4.4 Sesuaikan aktiviti sains dengan usia mereka


Berhati-hati dengan aktiviti sains yang pada asasnya di buat untuk kanak-kanak
yang lebih matang. Guru atau ibu bapa lebih tahu akan tahap pembelajaran anak atau
murid mereka,untuk itu adalah sangat penting untuk menyesuaikan aktiviti sains yang
dirancang dengan tahap kemahiran kanak-kanak. Elakkan juga aktiviti yang memerlukan
banyak penjelasan dan juga perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

4.5 Jadikan alatan-alatan sains sebahagian daripada hidup mereka


Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar,
pembaris dan dacing. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakannya, jadikan
peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan
sepanjang masa; bukan sekadar semasa aktiviti prasekolah sahaja.

- 15 -
Sesetangah aktiviti sains memberikan kanak-kanak ruang untuk meneroka sesuatu
perkara secara sendiri - tanpa mereka sedari bahawa apa yang mereka terokai itu adalah
satu kaedah saintifik. Saya percaya aktiviti sebegini adalah berbaloi. Tetapi jangan pula
kita abaikan aktiviti yang kita rancang dengan lebih sistematik kerana kanak-kanak juga
menggemari aktiviti yang lebih teratur yang mendedahkan mereka kepada aktiviti
saintifik secara ketara.
Pendek kata dalam setiap aktiviti sains yang anda jalankan bersama murid
prasekolah, pastikan anda masukkan aktiviti yang memerlukan mrereka memerhatikan
apa yang berlaku, kemudian buat andaian apa yang akan berlaku seterusnya dan
kenalpasti hasilnya.
Jadikan aktiviti sains presekolah sebagai satu peluang kepada kanak-kanak untuk
mempelajari kaedah saintifik. Saintis membina hypotesis untuk menerangkan segala apa
yang berlaku di dunia ini. Kemudian mereka bertanya kepada diri sendiri apakah akan
terjadi andainya hypotesis mereka tepat. Menguji andaian-menganalisa keputusan- adalah
intipati kepada kaedah saintifik.

5.0 Sokongan Pihak Sekolah Terhadap Pengajaran Sains


Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P
bukanhanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin
sekolah.Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT
di sekolah.Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga
menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran.
Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, terdapat satu dokumen polisi
bertulisseharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus
program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan
progresif. Sesebuah polisi perlu statil tetapi perlu disemak setahun sekali
terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan
pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan.
Program pembangunan sekolah harus selari denganmatlamat dan prosedur
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagimembimbing dan

- 16 -
menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya
memantau perlaksanaannya. Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang
lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P & P dijalankan.

6.0 Kesimpulan
M enurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) gaya dan juga kaedah.
M enurut pengajaran guru prasekolah sememangnya amat penting dalam menyampaikan
ilmu kepada kanak prasekolah kerana kanak-kanak tersebut tidak samapemikirannya
dengan murid-murid yang berada pada tahap umur yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, para guru prasekolah perlulah memainkan peranan masing-
masing dalam menyampaikan pengetahuan kepada mereka agar segalailmu tadi dapat diserap dengan
lebih baik. Menurut Rohani et. al, (2004) bagi Sains awal pula, guru prasekolah
mestilah tahu bagaimana untuk menjadikan P&P dalam mata pelajaran terbabit menjadi
seronok supaya kanak-kanak prasekolah berminat untuk mempelajari mata pelajaran
yang terbabit.

Bahagian C
Kaedah Mengajar Sains Prasekolah
1.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Sains Prasekolah

Rancangan Pengajaran Harian Sains


Prasekolah 1

NamaKelas : K1 Sayang Sayang


Bilangan Murid : 25 orang murid
Tarikh : 13-03-2015

- 17 -
Hari : Jumaat
Tema/Tajuk : Mengasingkan Makanan Mengikut Rasa
Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi - Sains awal
Tunjang Disepadukan : Tunjang Keterampilan Diri dan Perkembangan
Sosioemosi (PSE)
Standard Pembelajaran Utama : (ST 2.3.2) Membanding dan mengasing makanan
mengikut rasa (manis, masam, masin, dan pahit)
(PSE 2.3.6) Berinteraksi dengan yakin
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i) Berinteraksi dengan yakin.
ii) Mengetahui rasa makanan yang ditunjukkan.
iii) Membandingkan dan mengasingkan makanan
mengikut rasa.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid mengenal beberapa jenis makanan
Penerapan Nilai : Ingin tahu, yakin, teruja, bersemangat, tekun,
mendengar arahan, member perhatian, berani
Alat Bantu Mengajar : Kad bergambar, makanan segar, buku teks
KBKK : Menjana idea, mengasingkan, membandingkan

Langkah/Masa Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan/ABM


Langkah 1 1) Guru mengucapkan 1) Murid-murid
Pengurusan salam sejahtera dan memberi tindak
bilik darjah bertanyakan kehadiran balas kepada guru.
(2 minit) murid-murid.

Langkah 2 1) Guru membawa 1) Murid-murid ABM :


Set induksi makanan segar (teria, menumpukan Makanan,
(3 minit) pisang, telur masim, perhatian makanan buku teks,
Mencungkil buah limau) ke dalam yang dibawa dan gambar
pengetahuan kelas untuk pemerhatian ditunjukkan oleh
murid. guru. Objktif : -
- 18 -
murid-murid 2) Guru mengemukakan 2) Murid bertindak
mengenai beberapa soalan kepada secara spontan dan Nilai :
rasa. murid. menjawab soalan teruja,
3) Seterusnya, guru yang diajukan oleh bersemangat,
mengaitkan jawapan guru dengan penuh memberi
murid dan semangat. perhatian
memperkenalkan tajuk 3) Murid merasa teruja
yang dipelajari hari ini dan tidak sabar- KBKK :
iaitu mengasingkan sabar mengikut sesi menjana idea
makanan mengikut rasa. pengajaran pada
hari ini. Rasional : -
4) Murid mendengar
penerangan guru
dan bersedia dengan
pelajaran hari ini.
Langkah 3 1) Guru menunjukkan 1) Murid melihat ABM :
Penerangan makanan segar kepada makanan yang Makanan,
(10 minit) murid-murid. ditunjukkan oleh buku teks
2) Guru menanya kepada guru dengan Objktif :
murid tentang nama perasaan ingin tahu. (i) & (ii)
makanan yang 2) Murid-murid
ditunjukkan. mendengar Nilai :
3) Guru memberi penerangan yang yakin, berani,
penjelasan kepada diberikan oleh guru memberi
murid-murid mengenai dengan penuh perhatian,
makanan kepada murid. perhatian dan teruja
4) Kemudian, guru berminat.
menerangkan fungsi 3) Murid berasa teruja KBKK :
organ deria yang dengan penerangan menjana idea
digunakan untuk yang diberikan oleh
mengenalpasti rasa guru. Rasional :

- 19 -
sesuatu jenis makanan. 4) Murid memberikan Murid boleh
pelbagai jawapan berinteraksi
dengan penuh dengan yakin
keyakinan. dan baik.
5) Murid berasa
gembira dengan
pujian yang
diberikan oleh guru.
6) Murid-murid tidak
sabar-sabar hendak
mengikuti sesi
pembelajaran
seterusnya pada hari
ini.
Langkah 4 1) Guru menyediakan 4 1) Murid mengikut ABM :
Aktiviti jenis makanan yang arahan guru dan piring
kumpulan telah siap dipotong membentuk 5 makanan,
(10 minit) yang terdiri daripada kumpulan. buku teks,
teria, pisang, buah 2) Murid bersemangat gambar
limau, dan telur masin. hendak mengikuti
2) Kemudian, guru aktiviti yang Objktif :
membahagikan murid dijalankan oleh (iii)
kepada 5 kumpulan. guru sebentar lagi.
3) Guru menjelaskan 3) Kemudian, setiap Nilai :
kepada murid aktiviti ahli kumpulan yakin, berani,
seterusnya adalah merasa makanan memberi
merasa makanan yang telah perhatian,
dengan menggunakan disediakan oleh teruja
deria lidah. guru dengan
4) Guru meminta setiap menggunakan deria KBKK :
kumpulan memberitahu rasa. menjana idea

- 20 -
rasa makanan yang 4) Setiap kumpulan
telah mereka makan. datang ke depan Rasional :
5) Kemudian, guru dan memberitahu Murid dapat
meminta murid kepada rakan menggunakan
mengasingkan makanan mengenai rasa organ deria
tersebut mengikut makanan yang rasai dengan baik.
rasanya. sebentar lagi
6) Guru memberi pujian dengan penuh
dan bintang kepada semangat.
setiap ahli kumpulan. 5) Murid
mengasingkan
makanan tersebut
mengikut rasanya.
6) Murid teruja dengan
pemberian bintang
daripada guru.
7) Murid
menunjukkan
bintang yang
diberikan oleh guru
kepada rakan-
rakannya.
Langkah 5 1) Guru mengimbas 1) Murid-murid ABM :
Penutup kembali bersama-sama mengimbas kembali piring
(5 minit) dengan murid mengenai isi pembelajaran makanan,
isi pembelajaran pada hari ini bersama- gambar,
hari ini. sama dengan guru. buku teks
2) Guru memberi 2) Murid mendengar
penerangan kepada penjelasan yang Objktif : -
murid akan kepentingan disampaikan oleh
untuk menguasai guru dengan penuh Nilai :

- 21 -
kemahiran Mendengar
perhatian dan
menggunakan organ arahan,
teruja.
deria dalam kehidupan member
3) Murid membuat
seharian. perhatian,
refleksi tentang apa
3) Guru meminta murid tekun,
yang dipelajari hari
membuat refleksi bersemangat
ini.
tentang apa yang
4) Murid mendengar
dipelajari hari ini. KBKK :
rumusan yang
4) Guru membuat Membuat
dibuat oleh guru.
kesimpulan secara refleksi
5) Murid menerima
keseluruhan tentang
kerja rumah yang
pelajaran yang diajar. Rasional : -
diberikan oleh guru.
5) Guru memberi kerja
rumah kepada murid.

2.0 Refleksi
Melalui penyediaan rancangan harian di atas dengan sistematik berpandukan
dengan alat bantu mengajar yang menarik telah merangsangkan proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan berjaya.
Objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai dengan penuhnya atas usaha
guru dengan murid-murid. Penunjukkan gambar-gambar dan makanan yang menarik
telah merangsangkan murid dan menarik perhatian mereka melibatkan diri dalam proses
pembelajaran.
Di samping itu, murid-murid juga menunjukkan maklum balas secara spotan dan
berani menjana idea mereka dalam menjawab soalan yang telah diajukan oleh guru.
Jawapan yang diberikan oleh murid tepat dan jelas. Pujian telah diberikan kepada murid-
murid yang menjawab soalan dengan betul. Dorongan galakkan juga diberikan kepada
murid yang memberi jawapan yang salah.
Murid-murid juga dapat menunjukkan sikap kerjasama semasa aktiviti kumpulan
dijalankan. Mereka berusaha membincangkan jawapan dan tolong -menolong antara satu
sama lain.

- 22 -
Namun demikian, terdapat aspek-aspek yang masih lemah boleh dipertingkatkan
dan dibaiki supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang dapat
dijalankan dengan lebih lebih baik dan cemerlang.

Rujukan
Abdul Rahim Mohd Saad (1998). Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Keperluan
Pertimbangan semula Program Pendidikan Tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar
Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.

Atan Long (1969/1970). Masalah Kelemahan Pelajar Bacaan di sekolah Kebangsaan


dan Cadangan Mengatasinya. Masalah Pendidikan. Vol. 2 No. 1 September
1969/70, 288-297.

Chew Feng Peng, MahzanArshad, Zahari Ishlak, Loh Sau Chong. Pendidikan Awal Kanak-
Kanak. Jurnal Pendidikan.

Fatimah Salleh, khadijah Zon dan Zurida Ismail (1993/94). Kurikulum Pendidikan Awal:
Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33 44.

Loh Shak Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Percetakan Season
Sdn. Bhd.

- 23 -
Modul HBPS4103 : Perkembangan Kreativiti Dan Pembelanjaran Kanak-Kanak (2006).
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Lampiran
Set Induksi Sesi Penerangan

Aktiviti

- 24 -

You might also like