You are on page 1of 1

Pengajian Am Semester 2 Tahun 2021

Bahagian B - Alih Bentuk Komunikasi


Carta Pai Bandingan
Soalan Latihan 1

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai
untuk membandingkan bilangan penganut pelbagai agama di Malaysia pada tahun 2009 dan
tahun 2010.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Oleh
itu, terdapat pelbagai agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia. Jumlah penduduk oada tahun
2009 ialah 28.3 juta orang dan pada tahun berikutnya, jumlah penduduk telah bertambah
sedikit menjadi 28.9 juta orang.
Daripada jumlah penduduk pada tahun 2009, seramai 17.1 juta orang ialah penganut
agama Islam. Jumlah ini merupakan 60.4% daripada seluruh warga Malaysia. Jumlah penganut
yang kedua teramai adalah penganut agama Buddha. Sebanyak 19.1% daripada penduduk
Malaysia menganut agama Buddha. Kemudian, diikuti oleh pengikut agama Kristan yang
berjumlah 2.6 juta orang. Jumlah ini adalah lebih kurang 9.2%. Jumlah penganut agama Hindu
adalah lebih kurang 6.4%, iaitu seramai 1.8 juta orang. Selain empat agama utama ini terdapat
agama-agama lain yang menunjukkan pengikut yang tidak begitu ramai. Kesemuanya hanya
menunjukkan 4.9% daripada jumlah penduduk seluruh negara, iaitu bersamaan dengan 1.4 juta
orang.
Pada tahun berikutnya, jumlah pengikut agama Islam telah bertambah sedikit menjadi
17.7 juta orang, iaitu pertambahan sebanyak 600 000 orang. Perbezaan jumlah penganut agama
Buddha antara kedua-dua tahun adalah 300 000 orang, satu pertambahan sebanyak 5.5%.
Jumlah orang Kristian tidak banyak berbeza, iaitu hanya pertambahan seramai 100 000 orang
pada tahun 2010. Manakala penganut agama Hindu tidak menunjukkan perubahan. Jumlah
penganut agama ini hanya memaparkan pola konsistan untuk kedua-dua tahun tersebut. Bagi
penganut agama lain, keadaan telah berubah kerana terdapat pengurangan sebanyak 400 000
orang pada tahun berikutnya.
Agama merupakan kepercayaan seseorang. Adakalanya, kepercayaan itu boleh
berubah-ubah akibat tertarik kepada agama lain. Oleh itu, terdapat perubahan yang berlaku
antara dua tahun.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Jabatan Statistik Malaysia, 2010)

You might also like