You are on page 1of 3

Di Malaysia, terdapat beberapa masyarakat yang terdiri daripada

penduduk yang b e r b i l a n g k a u m d a n m e r e k a m e n g a m a l k a n
b u d a y a m e r e k a y a n g t e r s e n d i r i . Kepelbagaian penduduk yang
berbilang kaum ini menyebabkan Malaysia turut dikenali sebagai sebuah
negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk
yang muncul akibat dasar-dasar penjajah mengikut keperluan
ekonomi ini menggalakkan penghijrahan penduduk yang berbilang kaum di
Malaysia dan membentuk satu unit politik. Disebabkan penjajahan asing
inilah yang menjadikan masyarakat Malaysia terbahagi kepada 2 kategori
selepas mencapai kemerdekaan iaitu Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Bumiputera ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti


di Tanah Melayu, golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut
undang-undang adalah:

i. Semua suku kaum Orang Asli iaitu Negrito@Semang (Utara


Semenanjung: Kensiu, Kintak, Lanoh), Senoi (Tengah
Semenanjung: Temiah, Mahmeri) dan Melayu-Proto
(Selatan Semenanjung: Jakun, Semelai, Temuan)
ii. Orang Melayu Semenanjung
iii. Pribumi Sabah seperti Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau
dan penduduk-penduduk natif lain di sana
iv. Pribumi Sarawak seperti Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan,
Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut serta penduduk-penduduk
natif lain di sana

(Pen: Perlembagaan Sabah dan Sarawak tidak mempunyai definisi


undang-undang pada istilah ‘Melayu’, hanya dikenali sebagai
pribumi)

Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum


Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang
Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu dan
beragama Islam.

Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun


2006), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 26.64 juta orang.
24.8 juta orang merupakan w a r g a n e g a r a M a l a y s i a m a n a k a l a
b a k i n y a 1 . 8 4 j u t a o r a n g m e r u p a k a n b u k a n warganegara
Malaysia.

Kaum Melayu mewakili 54% dari populasi penduduk iaitu


seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera (selain daripada Melayu)
seramai 2.93 juta orang mewakili 11.8%. Justeru itu kaum
Bumiputera mewakili 65.8 % dari jumlah keseluruhan warganegara. Selain
itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal d a r i p a d a E r o p a h y a n g
dikenali sebagai Serani, selain penduduk yang berasal dari
Timur Tengah.
Perbezaan Pribumi (aboriginal) & Bumiputera

Kamus Dewan memberi takrif pribumi sebagai


‘ p e n d u d u k a s l i ’ d a n j u g a bumiputera. Definisi yang hampir sama
diberikan kamus Longman (edisi kedua, 1997) yang mentaktifkan pribumi
sebagai aboriginal iaitu para penduduk asal yang telah wujud di sesuatu negeri
sejak awal lagi.

Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa pribumi merupakan istilah umum
yang digunakan bagi merujuk kepada s e m u a k e l o m p o k m a n u s i a y a n g
d i a n g g a p s e b a g a i p e n g h u n i a s a l a t a u t e r a w a l d i Malaysia.

Umumnya istilah pribumi digunakan bagi merujuk kepada


kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut
dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka
ini telah dating di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu
wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat. Pernyataan ini walau
bagaimanapun dilihat masih umum serta kabur untuk digunakan
memandangkan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa
istilah lain yang sering digunakan bagi merujuk kepada masyarakat
pribumi iaitu istilah pribumi,bumiputera dan Orang Asli.

Manakala, di bawah istilah pribumi ini barulah muncul dua istilah


yang lebih spesifik digunakan bagi membezakan status kumpulan-kumpulan ‘para
penduduk asal’ ini iaitu bumiputera dan Orang Asli. H a s a n M a t N o r ( 1 9 9 8 )
t e l a h m e n g e m u k a k a n t a k r i f a n m a s y a r a k a t p r i b u m i menurut
klasifikasi perundangan di mana terdapat dua kelompok warga
pribumi di Malays i a i a i t u b u m i p u t e r a d a n O r a n g A s l i .

M e n u r u t b e l i a u , k u m p u l a n k a u m y a n g diklasifikasikan
sebagai Bumiputera adalah meliputi Orang Melayu di
Semenanjung, Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit,
Melanau, Murut serta penduduk-penduduk natif lain di Sarawak, Kadazan,
Dusun, Bajau dan penduduk-penduduk natif lain di Sabah.

Manakala Orang Asli pula meliputi tiga kelompok etnik utama


dikenal sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Pengkaji
terkemudian seperti Nicholas (2000) mentakrifkan panggilan ‘Orang
Asli’ bermaksud ‘tulen’ atau ‘masyarakat pertama’ yang mendiami Semenanjung
Malaysia.

Perbezaan maksud istilah bumiputera dan Orang Asli dapat


dilihat denganmerujuk kepada definisi di dalam perlembagaan negara dan
juga Akta Orang Asli 1954 (Malaysia, 1974). Menurut (fasal) perlembagaan,
istilah bumiputera membawa maksud yang lebih luas dan merangkumi
keseluruhan Malaysia. Manakala, Akta 134 iaitu akta khusus bagi Orang
Asli hanya boleh dikuatkuasakan bagi Semenanjung Malaysia,
menetapkan 4 syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli iaitu:
i. Mana-mana orang yang bapanya adalah dari
r u m p u n b a n g s a O r a n g A s l i yang bercakap dalam
bahasa Orang Asli yang lazimnya mengikut carahidup Orang
Asli dan adat serta kepercayaan. Ini termasuklah
keturunanO r a n g A s l i i t u ; m a n a - m a n a o r a n g d a r i a p a -
a p a k a u m y a n g d i a m b i l sebagai anak angkat semasa
masih kanak-kanak oleh Orang Asli danadalah seseorang dari
sesuatu masyarakat Orang Asli.

ii. Anak dari persatuan seseorang perempuan


O r a n g A s l i dengan seseorang lelaki dari kaum lain dengan
syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa
Orang Asli yang adat dan kepercayaan Orang Asli yang
masih lagi menjadi seseorang dari sesuatu masyarakat Orang
Asli.

iii. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi


b e r p e g a n g k e p a d a k e p e r c a y a a n Orang Asli kerana
ia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apa-apa sebab
lain, ia masih mengikut cara hidup Orang Asli serta bercakap
dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi
menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin

You might also like