You are on page 1of 22

Pengenalan Aktiviti pengakap yang dijalankan merangkumi perkhemahan, pengembaraan dan lawatan, kemahiran berkawad, pembentukan sahsiah diri,

kemahiran

berkomunikasi dan latihan kepimpinan. Kesemuanya menjurus kepada matlamat meningkatkan semangat patriotisme, disiplin diri, perkembangan kendiri dan

sebagainya. Kesemua aspek ini dijelaskan dalam Undang-undang Pengakap. Undang-undang Pengakap terdiri daripada sepuluh perkataan seperti dipercayai, taat, berguna, bersaudara, berbudi, kasihkan binatang, menurut perintah, tabah hati, berjimat, suci fikiran, perkataan dan perbuatan. Dalam kawad aspek menurut perintah amat ditekankan. Skop latihan pengakap dikelaskan kepada tahap-tahap tertentu yang bermula daripada Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana dan Pemimpin Pengakap. Dalam aktiviti berkawad, aspek yang diterapkan ialah perkembangan kendiri, pembentukan sahsiah diri, disiplin, dan melatih kempimpinan seseorang ahli pengakap. Oleh itu, setiap ahli pengakap seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti yeng berguna seperti berkawad agar dapat membentuk dan memupuk ahli pengakap yang berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua serta sifat kerjasama dalam kumpulan.

Maksud Kawad Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kawad merupakan perbarisan oleh anggota seragam, termasuklah Pengakap yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Menurut Amzan bin Abd. Malek & Hazira binti Hamsah A. (2007), aktiviti berkawad merupakan salah satu aktiviti yang dapat, membentuk sahsiah diri, serta disiplin, pada setiap ahli pengakap. Dalam aktiviti kawad kaki, para pelajar dilatih untuk sentiasa peka pada ketua serta kerjasama dalam kumpulan. Asas kawad kaki perlu dikuasai oleh semua anggota unit beruniform. Ahli pengakap mesti sekurang-kurangnya mengetahui asas dalam kawad. Selain dapat membentuk disiplin, kemahiran berkawad merupakan gerak kerja kecergasan fizikal dan mental ahli pengakap. Kawad dan perbarisan merupakan satu aktiviti yang harus diketahui oleh semua pengakap. Kawad ialah pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan. Semasa dalam perbarisan, pengakap yang mengambil bahagian hendaklah melakukan pergerakan yang diarahkan secara serentak. Dengan demikian setiap hentakan kaki dan sebutan dapat di dengar dalam satu bunyi ataupun suara. Bagaimanapun, sebelum pengakap dapat memahirkan diri dalam kawad atau mengambil bahagian dalam perbarisan, mereka harus tahu melakukan gerakan asas dalam kawad. Antaranya ialah sedia, senang diri, rehatkan diri, masuk baris, keluar baris, pandang depan, pusing kiri dan kanan, berjalan dan berhenti serta gerakan lain dengan betul. Untuk itu, latihan yang cukup adalah perlu. Setelah dapat menguasai gerakan-gerakan asas ini pengakap bolehlah diajar berkawad dalam barisan.

Sejarah Kawad Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke 14. Kehadiran tentera Portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua, sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun 1700an dan di Singapura pada tahun-tahun 1800an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya adalah tentera-tentera upehan dari India, namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya. Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia pada seperti Home Guard, Pasukan Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red Cross), St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negara ini. Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkan kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan paling penting sebagai identiti pasukan.

Tujuan Kawad

Untuk membentuk seseorang pengakap supaya bermegah dengan tertib atau berdisiplin.

Cergas dalam semua pergerakan

Taat setia untuk menurut perintah

Bekerjasama dalam satu kumpulan

Menyatupadukan sebagai satu keluarga.

Sumber : Gordon Koh Hong Kian. ( 1997). Pengakap Remaja dan Anugerah Pengakap Raja. Peraturan Latihan Asas Berkawad

Berpakaian lengkap Ayunan tangan dan keki yang cergas

Peraturan Latihan asas berkawad

Patuh pada arahan ketua

Bekerjasama

Hormat menghormati

Sember: Amzan bin Abd. Malek & Hazira binti Hamsah A. (2007). Pergerakan Pengakap Malaysia

Tatacara Berbaris 1. Ketua hendaklah sentiasa berada di hadapan, bersuara nyaring, tepat dan mudah difahami ketika memberi arahan. 2. Ahli-ahli berbaris dengan tegak dan lurus serta tidak bercakap. 3. Tidak memakai sebarang perhiasan diri. 4. Tidak membawa alatan tajam dan berbahaya. 5. Tidak mengunyah.

Asas Pergerakan Kawad MASUK BARIS Arahan masuk baris : "Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad". Hukuman : "Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak" Perbuatan : Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa : 1. 2. 3. Datang berbaris tidak berlari Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih;

Kedudukan Sedia

Perbuatan: Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumut rapat dan sebaris, hujung kaki terbuka 30 darjah, kedua-dua lutut bertahan dalam keadaan yang lurus, badan tegak, sokong berat badan antara tapak kaki dengan tumit. Kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa dikeraskan) sama rata, kedua-dua tangan lurus ke bawah, kedua-dua siku rapat ke badan, pergelangan tangan lurus, jari-jari di genggam, belakang jari rapat ke peha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta ke belakang sedikit daripada jahit seluar kepala memandang ke hadapan.

Kesalahan Biasa: 1. 2. 3. 4. 5. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan mengerekot. 6. 7. 8. 9. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan Tunduk atau mendongak. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.

Senang Diri

Perbuatan: Dari keadaan Sedia, angkat kaki kiri dan hendak ke tanah sejarak setengah bahu dari kaki kanan. Letakan kedua-dua tangan kebelakang; tangan kanan berbentuk persetiaan pengakap dan tangan kiri memegang tiga jari tengah tangan kanan.Pastikan tiada lubang antara lengan tangan dan badan
7

Rehatkan Diri

Perbuatan: Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) .Kedudukan kaki tidak berubah. Kesalahan biasa : 1. 2. Kedua tapak kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan; Menggeliat dan bercakap-cakap.

Ingatan : Dalam keadaan"Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

Kanan Lurus

Hukuman: " Ke kanan ............ Lurus" Perbuatan: Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki pendek pendek sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. Hukuman: ''Pandang.............depan''
9

Hadapan Lurus

Hukuman: Ke hadapan lurus Ketua kumpulan yang berada di hadapan sekali tidak bergerak. Ahli-ahli lain mengangkat tangan ke hadapan mencecah bahu kawan di hadapannya. Hukuman seterusnya ialah Tangan Jatuh. Semua pengakap menjatuhkan tangan ke bawah,. Pusing Kanan

Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,

10

badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. 2. 3. 4. 5. Tangan tidak rapat ke badan Hentak kaki tendang kuda. Membongkok Lutut bengkok Angkat peha melebihi 45 darjah

Pusing Kiri

Hukumannya: Bergerak ke kiri,Kiri .......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan

11

tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. Menghadap Ke Belakang/Hadapan

Hukuman : Menghadap ke belakang, "Belakang ......Pusing". Menghadap ke hadapan, "Belakang ......Pusing". Perbuatan: Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa: 1. Tangan tidak rapat ke badan 2. Hentak kaki tendang kuda.
12

3. Membongkok 4. Lutut bengkok 5. Angkat peha melebihi 45 darjah. 6. Badan melonjak ketika berpusing

BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI Hukuman: Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing". Bergerak ke kiri, separuhkiri .......Pusing". Perbuatan: Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah ) Kesalahan biasa : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Badan melonjak semasa berpusing; Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing; Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki; Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama. Lutut bengkok semasa berpusing.

13

Belok Hukuman : "Kanan/kiri ......... Belok" Perbuatan : Samada berjalan dalam satu barisan (file), bertiga-tiga atan enam-enam orang, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 . Panjang atau pendek langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar, panjangkan langkah. Kesalahan-kesalahan biasa : 1. Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong keluar daripada pusat belok itu. 2. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota di luar tidak memanjangkan langkah dan anggota di dalam tidak memendekkan langkah keluar.

14

Hentak Kaki Hukuman: Dari kiri, Hentak kaki Perbuatan: Mengangkat kaki bermula dengan kaki kiri. Seterusnya kaki kiri diturunkan ke bumi. Setiap kaki yang diangkat mestilah 90 darjah. Kesalahan Biasa : 1. 2. 3. 4. 5. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki . Tidak hentak kaki pada satu tempat . Pinggang lemah dan bongkok . Tidak pandang terus ke hadapan . Lebih pantas daripada berjalan .

Bersurai Hukuman: Bersurai Perbuatan: Ahli-ahli berpusing ke kanan, kemudian memberi hormat pengakap dan keluar barisan. Arahan bersurai ini biasanya diberi apabila tamat perjumpaan atau selepas upacara turun bendera.

15

Asas Kawad Kaki Secaran keseluruhannya, pergerakan kawad adalah seperti berikut: Perlakuan Masuk Baris Dalam kedudukan senang diri Rehatkan Diri Dalam kedudukan sedia Paras Pengakap membentuk satu barisan, Yang tinggi ke kanan, yang tinggi ke sebelah kanan, dan yang rendah di sebelah kiri. Pengakap di sebelah kanan sekali diam, tetapi yang lain akan berpusing. Pengakap bentuk 3 barisan Baris akan jadikan tiga barisan, dari kiricepat jalan
a) Pengakap membentuk satu barisan berbahu ke bahu, dengan yang tinggi di sebelah kanan dan yang rendah di sebelah kiri. Paras: Yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri, dalam satu barisan...Paras!

Arahan Pengakap.masuk baris! Senang Diri! Rehatkan Diri! Pengakapsedia!/baris sedia

Rendah ke kiri, dalam satu barisan paras! Yang di kanan sekali diam, Yang lain ke kanan pusing!

16

b) Luruskan barisan supaya berjarak satu lengan tangan dengan bergerak ke kiri.

Ke Kanan Lurus! Pandang Depan!

c) Pengakap berbilang Satu, Dua, Satu, Dua bermula dari yang paling kanan. d) Pengakap di sebelah kanan sekali berdiam diri tetapi yang lain akan mengambil langkah ke depan atau ke belakang mengikut nombor..

Baris Dari Kanan, Cepat Nombor!

Yang Di Kanan Sekali Diam, Nombor 1 Satu Langkah Ke Depan, Nombor 2 Satu Langkah ke Belakang, Ke Depan, Belakang Gerak!

e) Pengakap di barisan depan berpusing menghadap ke kanan dan di barisan belakang berpusing menghadap ke kiri.

Baris Depan Akan Pusing Ke Kanan, Baris Belakang Akan Pusing Ke Kiri, Ke Kanan, Ke Kiri Pusing.

f) Pengakap membentuk tiga barisan.

Baris Akan Membuat Barisan Bertiga-tiga, Dari Kiri, Cepat Jalan!

17

Berpusing Pusing ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing! Pusing ke kiri Menghadap ke belakang Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing. Pengakap akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing ! Menghadap ke hadapan (Setelah menghadap ke belakang) Meluruskan barisan Pengakap akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing!

Ke kanan lurus! (diikuti dengan pergerakan) Pandang Depan! Baris akan ambillangkah ke kanan/kiri/belakang/depan. Gerak! Keluarbaris! Dari kiri, cepat jalan! Baris, hentak kaki! Barishenti! Ke kanan/kiri belok! Hormat ke hadapan/kanan/kiri Hormat!

Melangkah ke sebelah

Keluar meninggalkan perbarisan Berjalan dengan cepat Menghentak kaki Berhanti daripada berjalan (kawad) Membelok ke kanan/kiri Hormat masa berjalan Ke hadapan/kanan/kiri

Sumber : Gordon Koh Hong Kian. ( 1997). Pengakap Remaja dan Anugerah Pengakap Raja.

18

Rumusan Pengakap mementingkan pembentukan diri ahlinya. Pembentukan diri yang baik dapat dilakukan melalui aktiviti berkawad. Semasa berkawad, ahli-ahlinya mesti menurut perintah ketua yang memberikan arahan melakukan pergerakan seterusnya. Oleh itu, ahli pengakap boleh melatih diri untuk sentiasa peka terhadap arahan yang dikeluarkan oleh ketua. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh ketua pula mesti didengar dengan teliti dan dipatuhi dengan segera. Oleh itu, kawad amat sesuai untuk melatih seseorang untuk menurut perintah pemimpinnya. Dalam persatuan pengakap, sifat kerjasama antara ahli pengakap amat penting. Kawad merupakan satu medium untuk membentuk sifat kerjasama ini. Ini kerana setiap pergerakan kawad itu mestilah serentak bagi mempamerkan kawad yang baik. Untuk melakukan pergerakan yang serentak, ahli pengakap perlu mempunyai kerjasama antara ahli pengakap agar dapat mempersembahkan kawad yang menunjukkan disiplin yang baik. Pergerakan pengakap juga tidak dapat dilakukan dengan baik tanpa latihan yang konsisten. Untuk membuat latihan kawad, ahli perlu menunjukkan kesepakatan oleh ahli-ahli pengakap agar latihan tersebut dapat dijalankan. Sekali lagi, kerjasama antara ahli pengakap dapat dipupuk kerana latihan pengakap perlu dilakukan secara berpasukan agar setiap pergerakan dapat dikuasai dan dimantapkan. Kesimpulannya, setiap ahli pengakap mestilah melibatkan diri dalam aktiviti berkawad agar dapat membentuk sahsiah diri di samping dapat memupuk sifat kerjasama dalam diri seorang ahli pengakap. Begitu juga dengan sifat kepimpinan dan patuh kepada arahan ketua.

19

Rujukan Buku Ab. Alim Abdul Rahim & Muhammad Aisamuddin Ab. Alim. ( 2006). Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sd. Bhd.

Ab. Alim Ab Rahim & Balkis Wan Daud. (1990). Aktiviti Pengakap Muda Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Amzan bin Abd. Malek & Hazira binti Hamsah A. (2007). Pergerakan Pengakap Malaysia. Kuala Lumpur. PTS Publishing Professional.

Gordon Koh Hong Kian. (1997). Pengakap Remaja dan Anugerah Pengakap Raja. Selangor Darul Ehsan. Percetakan Polygraphic Sdn. Bhd.

Tiada Nama Pengarang. (1988). Siri Ko-Kokurikulum KBSR Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur. EduSystem Sdn. Bhd.

Internet ROSMAH ABDULLAH. (n.d). Bahasa Hukuman Kawad. DI URL : http://rosmah.blogspot.com/2010/02/bahasa-hukuman-kawad.html [24.03.2011]

Tiada nama pengarang. (2010). Asas Kawad Kaki. DI URL : http://www.scoutkn.org/log/utama/kw.htm [24.3.2011]

20

Refleksi

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya mendapati banyak ilmu kawad yang saya tidak ketahui. Ini kerana sebelum ini saya tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kawad. Saya sebelum ini tidak mengetahui perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berkawad. Contohnya, saya tidak mengetahui anggota-anggota yang dibolehkan untuk bergerak ketika dalam keadaan rehatkan diri dan cara senang diri yang betul bagi seorang ahli pengakap. Selain itu, saya juga sebelum ini tidak mengetahui peraturan-peraturan yang perlu diikuti ketika melakukan aktiviti berkawad. Peraturan ini amat berguna untuk diaplikasikan ketika berada di sekolah kelak. Ini kerana murid boleh diajar peraturanperaturan berkawad jika seorang guru pengakap itu tahu akan peratuaran berkawad. Contohnya, saya sebelum ini tidak mengetahui tentang peraturan untuk tidak boleh memakai barang perhiasan ketika berkawad. Dalam aktiviti kawad, hukuman atau arahan amat penting. Tetapi, sebelum melakukan tugasan ini banyak arahan yang saya tidak ketahui. Selepas melakukan tugasan ini, banyak arahan atau hukuman yang telah saya ketahui. Comtohnya, arahan bagi menghadap hadapan ataupun belakang serta berpusing ke kiri ataupun kanan. Secara jujurnya, saya tidak mempunyai keyakinan untuk memberikan arahan kerana tidak mengetahui arahan yang sepatutnya saya berikan. Kemudian, saya langsung tidak pernah memikirkan tujuan kawad itu diadakan. Namun, setelah saya membaca buku mengenai asas perbarisan saya telah mengetahui tujuan sebenar aktiviti kawad tersebut dilakukan. Contohnya, aktiviti kawad ini dapat
21

memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli pengakap. Oleh itu, setiap ahli pengekap seharusnya mengikuti aktiviti kawad agar dapat membentuk sifat-sifat yang baik seperti berdisiplin.

22

You might also like