You are on page 1of 6

Apa itu Kawat kaki ?

Kawat kaki adalah merupakan sesuatu pergerakan yang serentak ,


berirama dan selalunya dikaitkan dengan tentera .

Sejarah Kawat kaki


Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di
Tanah Melayu pada awal kurun ke 14. Kehadiran tentera
Portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun
1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh
kepada arahan ketua, sistematik mengatur strategi dan seragam.
Kehadiran tentera lnggeris di Pulau Pinang pada tahun-tahun I
900an dan di Singapura pada tahun-tahun I800an juga dilihat
sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad. Walaupun
tentera-tentera lnggeris pada masa Itu sebahagian besarnya
adalah tentera-tentera upahan dari India, namun corak dan cara
disiplin yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan
yang mantap dan setia kepada tuannya.
Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti
Home Guard, Pasukan Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar
Melayu, pasukan laut den udara serta pasukan uniform bukan
tentera seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red
Cross) ,St John Ambulance dan sebagainya telah
menyemarakkan aktiviti kawad di negara ini.
Pertandingan kawad kaki teiah menjadi kelaziman atau rutin
dalam pasukan beruniform yang memaparkan kehebatan,
kepakaran, keunikan, keseragaman dan paling penting sebagai
identiti pasukan.
Pada masa kini terdapat tiga kumpulan pasukan uniform di
sekolah iaitu yang dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
badan-badan kerajaan (GO) dan badan-badan bukan kerajaan
(NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang
berkaitan dengan pertandingan kawad telah dilakukan. Walaupun
terdapat kelainan dan aspek gerakan kawad namun usaha-usaha
seperti membentuk sistem pertandingan atau format
pertandIngan yang selaras telah dilakukan.

Tujuan Kawad-Kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib
cergas dan taat setia (memerima arahan dan menjalankan arahan
tersebut).

2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.

3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di


dalam pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah
berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali- kali.

4. Apabila berkawad , hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab


berkawad itu, berkawad sangat- sangat dikehendaki oleh pasukan,
bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina
tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu.
Bahasa hukuman kawad kaki
Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian , iaitu kawad
kaki static, kawad kaki dinamik dan kawad formasi yang juga dikenali
kawad senyap atau kawat hantu ( dalam tentera) . Untuk tujuan
pengajaran kawad kaki eloklah dimulakan dengan static.

Kawad statik :
1-Sedia,senang diri dan rehatkan diri
2-Berpusing ke kanan,kiri dan ke belakang
3-Langkah sebelah
4-Hentak kaki
5-Buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-Hormat

Bahasa hukuman kawad


1-sedia
“Baris..Baris sedia !”
2-senang diri
“Senaaaaang Diri!”
3-Rehatkan diri
“Rehatkaaaan diri!”
4-berpusing ke kanan/kiri
“Bergerak ke kanaaaan,ke kanaaan..Pusing!”
5-berpusing ke belakang
“baris akan menghadap ke belakang, ke belakaaang..pusing! “
6-Langkah sebelah
“satu/dua/tiga langkaaah..ke kanaaaan/kiriiii .. gerak ! “
7-hentak kaki
“Hentak kakiiii.. Cepat ! “
8-buka/tutup barisan
“buka/tutup barisaan..gerak ! “
9-Luruskan barisan
“ke kanaaaannn..lurus!” “ pandaaaang depan”
10-Hormat ke hadapan
“Hormat,hormat ke hadapan..hormat”
11-Berjalan
“Dari kiri , cepat jalan’
12-Berhenti jalan
“skuaaaaddd,hen..ti.
13-Tukar langkah
“Tukar langkah semasa jalannn…tukar langkah”
14-Kanan/kiri belok
“Kanan/Kiri belok”

Bahasa hukuman dan pergerakan kawad


a) Platun dibawa masuk oleh ketua ke litar dengan 3 barisan ,
berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan ketua
hakim.Kadar berjalan adalah 128-135 langkah seminit.
b) Menghadap ke hadapan.
c) Buka barisan.
d) Luruskan barisan.
e) Ketua platun melapor pada ketua hakim
f) Memulakan kawat statik :
I) Bergerak ke kiri
II) Bergerak ke kanan
III) Bergerak ke belakang
IV) Bergerak ke hadapan
g) Tutup barisan.
h) Ke kanan lurus dan pandang hadapan.
i) Dari kiri cepat jalan.
j) Kiri dan kanan belok .
k) Hormat ke hadapan.
l) Tukar langkah .
m) Berhenti.

Contoh gambar-gambar kawad kaki

(Buka barisan)

(senang diri)
(Dari kiri cepat jalan)

(Kiri belok)

( Hormat ke hadapan)

(Ke kanan lurus)

You might also like