You are on page 1of 34

LARI PECUT

Afidah Bte Ogong Nur Zamira Bt Roslan Farah Dina Binti Baharuddin Mauldia Issela Anak Kintang

Sejarah Lari Pecut


Acara terawal dalam pertandingan olahraga

Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular


Acara stade adalah antara acara yang mula-mula

dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar dengan lubang saiz tapak kaki.

Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas

kerana tiada undang-undang dan peraturanperaturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pada tahun 1880an permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.

PERALATAN dalam acara balapan atau larian, tidak banyak alatan yang digunakan. LARIAN bagi acara larian pecut seperti 100 meter, 200 meter dan 400 meter, alatan
dan kemudahan yang digunakan ialah:

Trek larian atau balapan Blok permulaan atau starting block

Kasut berpaku atau spike

Trek larian atau balapan

Kasut spike

Block Start

Pemanasan Badan

Latihan-latihan kemahiran (i)

Latihan-latihan kemahiran (ii)

LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LARI PECUT.


Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
-1)Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan -2)berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan - 3)Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh - 4)Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut 1) Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Atlet berlari dalam keadaan lutut diangkat 90 darjah kedepan(aras

pinggang). Kemudian satu lagi kaki akan diluruskan memijak lantai. Pergerakan ini memerlukan daya tolak oleh paha untuk mencapai kaki searas 90 darjah.
2) Berlari menyepak ke belakang.
Atlet berlari dengan tangan dibelakang dan kaki akan menyepak

sehingga mencapai punggung. Aktiviti ini akan menguatkan daya cengkaman kaki semasa berlari. 3) Berlari dengan lutut tinggi dan memecut 4)Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan


1)Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan. kaedah ini memerlukan seseorang utk membantu sebagai menarik badan atlet. Pembantu akan memeluk tubuh atlet dan menahan atlet yang akan mealwan berlari ke arah bertentangan. Cara ini memerlukan atlet menggunakan pergerakan seluruh tubuh badan. Atlet harus mencapai pelbagai pergerakan iaitu hayunan tangan yang kuat, langkah dibesarkan dan penggunaan bola kaki yang banyak. Ini akan menguatkan otot atlet dan atlet akan lebih berkuasa semasa berlari secara normal. Selepas beberapa tempoh menggunakan kaedah ini, atlet perlu menukar beban dengan menggunakan alat yang

2)Melonjak untuk jarak.

3)Melangkah panjang ( bounding )


4)Melonjak dan melangkah melepasi halangan. 5)Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.

Gaya dan Teknik Permulaan Larian

1. Gaya Berdiri. i.

GAYA LARIAN

Persediaan. peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan KE GARISAN diberikan.

ii. Ke Garisan. pelari bergerak ke hadapan dengan meletakkan hujung kaki rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya. kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30 40 cm dan mengimbangkan badan. bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih kepada pada kaki hadapan. condongkan badan. kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. jika kaki kiri di hadapan, maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

iii. Sedia. condongkan badan ditambah ke hadapan. mata memandang ke hadapan. lutut kaki hadapan lebih dibengkokkan. kaki belakang tolak ke tanah. badan tidak bergerak. perhatian ditumpukan kepada pistol atau tiupan wisel.
iv. Mula. pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Permulaan berlari 1.ke garisan

2. Sedia

2.Gaya Dekam
Terbahagi kepada tiga, iaitu :

Gaya peluru

Gaya sederhana

Gaya panjang

Gaya Peluru (Bullet Crought Start)

Gaya Sederhana ( Medium Crought Start)

Gaya Panjang (Elongated Crought Start)

FASA LARIAN

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) lutut kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang

Memulakan Larian dengan Blok Permulaan

Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu : 1. Gaya peluru - blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 2. Gaya sederhana - gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 3. Gaya panjang - blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Kedudukan tangan - tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang garis mula. Kedudukan kepala dan leher - kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan. Pergerakan tangan dan kaki - selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. - tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah. - Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan - fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. - pecutan berlaku pada awal larian -95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. - Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Teknik Larian di selekoh - Pada bahagian selekoh, semakin laju atlet berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. - Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'. - tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian

ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. - Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. - Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

PERATURAN DALAM LARI PECUT


Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat

tanpa spring yang boleh membantu pelari. Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu. Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki. Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah.

Pelumba yang memulakan larian sebelum

tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir. Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like