You are on page 1of 45

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


DAERAH BATU

BUKU LOG
LENCANA USAHA

BIODATA
Nama :
Alamat :
No. K/P :
Agama :
Bangsa :
Sekolah :
No. Kumpulan :
Hobi :
Cita-cita :
Nama Penjaga:
Alamat Penjaga :
No. Tel Penjaga :

SKEMA LENCANA USAHA


Lencana Usaha

A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani


1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
- Simpul Himpit
- Simpul Pulih
- Bunga Geti Ganda
- Lilit Balak
- Lilit Taut-line
- Ikat Seraya
- Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km

D. Kecenderungan dan Minat


1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

A. CITA-CITA PENGAKAP

1. Bendera Malaysia Dan Negeri


Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
Bendera Malaysia

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7


putih ) yang melintang dan lebarnya sama , tanda 13 buah negeri dan
kerajaan persekutuan didalam Malaysia.
 
Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan
Persekutuan (Kuala Lumpur, putrajaya dan labuan)
 
Anak bulan -Agama Islam sebagai agama rasmi
 
Biru tua - Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
Warna kuning - warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu
Warna putih - Kesucian
Warna merah - Keberanian
 

Bendera Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera
Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik
Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

 Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan


dan kedaulatan;
 Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan,
keharmonian dan kebenaran; dan
 Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian
dan bertenaga.
 Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan
penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan
negara.
 Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah
Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang
bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

2. Negaraku Dan Lagu Negeri


Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

Maju Sejahtera

Inilah Wilayah Bumi yang bertuah


Maju membangun dijulang megah
Aman sentosa disepanjang masa
Teguh disemai sentiasa

Membara semangat setia warganya


Cerdas minda dan semangat waja
Pada wilayah ditumpah setia
Hormat hormati penuh mesra

Bersatulah, berbaktilah
Semua warga wilayah
Sayangilah, Lindungilah
Sepenuh jiwa raga

Kita jaga keharmonian semua


Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

3. MENAIKKAN BENDERA
Adat Dan Tertib

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu


bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga
menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.
2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang
baik.
3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah
berpakaian kemas.
4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan.
Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah
dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh
tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula
bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak
menaikkannya.
6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu
menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu
apabila ia sampai ke bawah.
7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan
dengan baik di tempat yang tertentu.
8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau
menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/
Pemgkebumian Negara.
9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera
yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan
dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut
secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera
tersebut.
Gambar anda sedang menaikkan bendera

4. NAMA ORANG-ORANG KENAMAAN


Yang di-Pertuan Agong ke-16

Al-Sultan Abdullah Ria'yatuddin


Al Mustafa Billah Shah ibni
Sultan Ahmad Shah al-Musta'in
Billah

Perdana Menteri

Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Wilayah Persekutuan

Dato’ Seri Shahidan Kassim

Datuk Bandar

Datuk Seri Mahadi Che Ngah

Ahli Parlimen Batu

Yb Tuan P. Prabakaran

5. PERSETIAAN PENGAKAP & UNDANG-UNDANG


PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
“ Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang
saya dengan seberapa daya upaya saya, akan :-

Taat kepada Tuhan, Raja & Negara,


Menolong Orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap”

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan


kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,


kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-
bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada


setiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain


pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya kepada patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya
dengan tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
segala kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat.

10. Pengakap itu bersih, suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

1. Asas Perbarisan

1) Masuk Baris
- Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
- Semua ahli pengakap masuk baris.
2) Sedia
- Berdiri tegak.
- Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.
3) Senang Diri
- Bukakan kaki kiri ke kiri.
- Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
- Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri
menggengamnya.
4) Rehatkan Diri
- Seperti senang diri.
- Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.


- Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu
bergerak.
- Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan)
mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas
dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke
hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
- Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah
bahu pengakap di kanan dan memandang ke muka
pengakap di kanan.
- Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama,
pengakap yang berada di belakangmengikut menggerakkan
sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain.
- Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan
pandang depan.
6) Ke kanan/ kiri Pusing
- Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
- Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri
dalam kedudukan sedia.
7) Kebelakang pusing
- Seperti dengan ke kanan pusing.
- Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
8) Buka Barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.

9) Tutup barisan
- Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
- Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
10) Langkah Ke Sebelah
- Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan
dank e kiri.
- Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira
20 inci ke kanan/ kiri.
11) Paras
- a) Paras ahli tinggi di tengah
- b) Paras ahli rendah di tengah
- c) Paras ahli tinggi di kiri
- d) paras ahli tinggi di kanan
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu
barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga
3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
12) keluar Baris
- diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
- Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke
hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
13) Bersurai
- Sama seperti keluar baris.
- Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada
aktiviti seterusnya pada hari itu.

2. Kawat Tongkat
1) Rehatkan Diri
- Seperti dengan sedia.
- Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil
tongkat.
*Kedudukan tangan rendah daripada bahu.
2) Senang Diri
- Seperti dengan rehatkan diri.
- Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.
3) Sedia
- Kedudukan sedia tongkat sama dengan kedudukan sedia
tanpa tongkat. - Tongkat dipegang menggunakan tangan kanan
dengan keadaan ibu jari supaya mencengkam tongkat dan
luruskan siku.
- Tapak tongkat berada di atas tanah.
4) Baring tongkat
- Pengakap turunkan tubuh secara menegak.
- Kaki kiri dihentak ke hadapan.
- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
- Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.
5) Angkat Tongkat
- turunkan tubuh secara menegak.
- Kaki kiri dihentak ke hadapan.
- lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
- Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
- Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri
dalam keadaan sedia.
6) Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
- Dlam keadaan sedia.
- Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan
bahagian atas lengan kiri.
- Aihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90°
tanpa mengangkat pangkal tongkat.
- Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.
7) Hormat dengan Tongkat
- Angakat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari dan
mencecah tongkat untuk memberi hormat.
3. Isyarat Tangan Pengakap

Melakukan isyarat tangan memanggil ahli-ahli pengakap.

Salah satu aktiviti Pengakap yang dapat melatih ahlinya peka dengan
isyarat tangan.

Isyarat menggunakan tangan ini untuk memberi hukuman menggantikan


suara atau bahasa lisan. Dalam pergerakan pengakap, beberapa
hukuman boleh diberikan menggunakan isyarat tangan seperti tapak
kuda, sedia, rehatkan diri, senang diri dan sebagainya.

1. SATU BARISAN PANJANG

Pemimpin berada dalam keadaan sedia dan


menggenggam kedua-dua tangan. Kemudian mendepa
kedua-dua belah tangan.
2. BARISAN TERBUKA

Pemimpin menggenggam tangan dan seterusnya


mendepakan siku .

3. BARISAN TERTUTUP

Pemimpin berada dalam kedudukan buka barisan,


kemudian menggerakkan siku ke hadapan.
4. TAPAK KUDA / LADAM KUDA

Pemimpin berdiri dalam keadaan sedia, kedua tangan


bersilang di dada dan jemari digengam. Pengakap
bersedia untuk membuat ladam kuda apabila kedua-dua
tangan pemimpin diluruskan dikedudukan 45º dari badan.

5. SEDIA

6. SENANG DIRI

7. REHATKAN DIRI
8. PATROL BERBARIS MEMANJANG DI HADAPAN
PEMIMPIN

9. BERSURAI
4. Halangan Komando

1) Merangkak dibawah jaring


2) Merangkak melalui terowong
3) Melalui tali goyang
4) Memanjat tembok
5) Memanjat pokok
6) Memanjat tali
7) Memanjat tangga
8) Menyusupi halangan tayar di atas tanah
9) Menyusupi halangan tayar yang di gantung
10) Berjalan di atas benteng kayu
11) Memanjat jaring
Gambar anda sedang melakukan aktiviti halangan komando

Gambar anda sedang melakukan aktiviti halangan komando

Gambar anda sedang melakukan aktiviti halangan komando

5. Melipat Dan Mengibar Bendera


1) Ketua & penolong ketua patrol bertugas perlu melipat bendera
Malaysia pada pagi semasa perkhemahan.

2) Hanya 2 orang sahaja yang perlu melipat bendera.

3) Ikat bendera pada tali tiang bendera dan memastikan bendera kemas
dan tidak terbalik.

4) “Merujuk gambar.”

C. KEMAHIRAN BERPENGAKAP
1. Menjaga/ Menyimpan Pisau & Parang

Kegunaan pisau
Pisau digunakan terutamanya untuk:
1. Memotong Tali
2. Memotong sayur-sayuran dan makanan
3. Membuat pancang khemah
4. Membuat gajet

Kegunaan parang
Parang digunakan di dalam kerja-kerja yang lebih berat, seperti :
1. Memotong kayu
2. Membelah kayu api
3. Membuat Pancang Khemah
4. Membuat Gejet

Cara membersih dan menjga pisau dan parang


Untuk menjamin keberkesanan fungsi pisau dan parang, ia mestilah
dijaga dengan teliti. Antara yang perlu dititikberatkan ialah :
1. Mesti sentiasa tajam
2. Apabila tumpul, perlu diasah dengan menggunakn batu pengasah
atau batu kikir.
3. Keringkan permukaan pisau dan parang.
4. Disapu dengan selapis minyak pada permukaan pisau dan parang
supaya tidak berkarat.
5. Tidak boleh digunakan untuk membuka benda-benda keras (seperti
makanan dalam tin) kerana ini akan menumpulkan atau mematahkan
matanya.

Menyimpan pisau dan parang


1. Masukkan ke dalam sarung apabila tidak digunakan.
2. Simpan di tempat yang selamat.
3. Simpan di tempat yang kering supaya tidak mudah berkarat.

Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan pisau dan


parang.
1. Pisau dan parang mesti sentiasa tajam.
2. Jangan pakai pakaian yang labuh atau ketat sehingga mengganggu
keselesaan sewaktu berkerja.
3. Pakai kasut semasa berkerja
4. Pastikan tiada orang lain yang berhampiran sewaktu berkerja.
5. Simpan ditempat yang selamat selepas selesai menggunakannya.
2. Simpulan & Ikatan

1.  Simpul himpit (fisherman’s knot)


Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga
untuk menyambung dua tali yang licin.

2.  Simpul pulih (sheep shank)

Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada
tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua
hujungnya diikat.
3.  Simpul bunga geti Berganda (double sheet bend)

Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk menyambung
dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

4.  Lilit balak (timber hitch)

Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik
balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.

5.  Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)


Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat
dikendurkan atau ditegangkan
6.  Ikat seraya (square lashing)Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang
bersilang.

7.  Ikat serong (diagonal lashing)Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang
kayu/buluh yang bersilang.

3.Undang-undang Lalulintas Jalanraya.


Pejalan Kaki
1) Berjalan di kanan jalan.
2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3) Menggunakan tempat lalu isyarat, jejantas dan tempat yang disedia
khas untuk melintas jalan raya.
4) Melintas jalan selepas anda menurun bas dan bas tersebut bergerak
jauh.
5) Jangan Berebut-rebut menaiki bas.
6) Mendengar nasihat guru-guru dan pemimpin pengakap tentang
keselamatan jalan raya.

Penunggang Basikal
1) Basikal sentiasa dalam keadaan baik.
2) Tidak menunggang basikal berkumpulan.
3) Menunggang dalam satu barisan.
4) Sebelum membelok ke kanan, pastikan belakang anda tidak ada
kenderaan lain di belakang.
5) Jika ada kenderaan, berikan isyarat tangan dan bergerak ke tengah
jalan, dan tunggu peluang melintas jalan raya.
6) Memahami dan tahu isyarat-isyarat jalan raya.
7) Menunggang di kiri jalan.
8) Jangan bergurau, berlumba dan mengikut cara yang tidak sepatutnya
semasa menunggang basikal.

4. Memilih Tapak Perkhemahan

1) Mendirikan khemah di kawasan yang rata, tinggi, bersih dan tidak


mempunyai batu-batan, lubang-lubang, dll.
2) Periksa kawasan yang dipilih tidak mempunyai sarang semut/ lain-
lain serangga.
3) Tidak mendirikan khemah ke arah matahari. ( Pintu )
4) Tentukan arah angin. Mendirikan khemah ke arah angin.
5) Tidak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua.
6) Jika 2 buah khemah/ lebih didirikan berjajar, jarak di antara
khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan bersaingan.
7) Tidak mendirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan
pokok renik kerana tempat tersebut mungkin terdapat binatang
berbisa atau ular.
5. Keperluan Peribadi Berkhemah

1) Pakaian Seragam Pengakap


2) Pakaian Lain ( T-shirt, seluar, seluar dalam, dll. )
3) Tikar
4) Peralatan ibadat
5) Pisau kecil, parang, dll.
6) lampu picit
7) Alat kegunaan makan ( pinggan, sudu, dll. )
8) Minyak rambut, cermin bedak, dll.
9) Bekalan Makanan yang cukup.
10) Bantal, Kain selimut
11) Duit yang cukup ( tidak membawa duit yang terlalu banyak )
12) Alat tulis
13) Lain-lain keperlyuan jika perlu.

6. Alatan Pertolongan Cemas Peribadi

1) Pembalut (plaster, kain, pembalut segi tiga, dll.)


2) Kapas, penyepit, gunting, dll.
3) Minyak angin ( sakit perut )
4) Denttol ( Pembasuh Luka )
5) Milk of Magnesia ( sakit perut / sembelit )
6) Krim antisan ( gigitan serangga )
7) Panadol ( sakit kepala dan demam biasa )
8) Optone ( sakit mata )
9) Burnol ( terbakar )
10) Vicks ( sakit tengkuk selesema )

7. Menghidupkan Api

Kayu yang baru dipotong atau  yang terbenam di dalam tanah tidak
sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup
kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak. Oleh
itu, penggunaan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu adalah lebih
sesuai.
1. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana
kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran.
Sekiranya kayu ini tidak mahu digunakan, periksalah terlebih dahulu
kawasan itu.
2. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri
daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun
daun-daun kering.
3. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula
menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya
membolehkan peredaran udara.

Memulakan api
Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari
bahagian tengah unggun api. Api akan membakar timbunan itu
secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja anda selesai
menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya
dipatahkan kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.
Bahan-bahan untuk memulakan api:
1.       daun kering
2.       ranting
3.       kayu kering yang besar
4.       rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut

Peringatan :
1. persilangan kayu mestilah dibuat untuk membolehkan cukup
oksigen membantu pembakaran.
2. sekiranya asap yang banyak keluar, ini bererti kayu mungkin tidak
cukup kering. Carilah kayu yang ringan dan kering.
         Biasanya, apabila hujan turun, hanya bahagian luar kayu sahaja
yang basah, melainkan hujan terlalu lebat dan berpanjangan. Jika
bahagian luarnya basah, belahlah kayu tersebut kemudian ambillah
bahagian dalamnya.
         Rapatkan kayu yang lembap tadi berhampiran dengan nyalaan api
supaya kayu tersebut kering perlahan-lahan

3. semasa anda menghidupkan api, pastikan api itu tidak terlalu


besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran
tersebut supaya api tidak merebak.

Memadamkan api
Sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan, pastikan api
dipadamkan.Jangan tinggalkan bara atau kesan pembakaran. Jirus api
tersebut dengan air. Taburkan tanah atau pasir dan pijakkan sehingga
mampat. Letakkan semula rumput yang telah dipindahkan dari kawasan
yang digunakan, kemudian jiruslah dengan air supaya rumput itu dapat
hidup semula.
8. Berkhemah (Sekurang-kurangnya 1 Malam)

Nama Perkhemahan:
Tarikh : Jumlah Malam:
Jawatan:
Sinopsis Perkhemahan:

Ulasan Pemimpin:
Gambar suasana perkhemahan anda

Gambar suasana perkhemahan anda

Gambar suasana perkhemahan anda


9. Arah mata angin dan mengenali peta topo

Arah
Kedudukan satu tempat atau poin boleh ditentukan dengan menggunakan arah atau
bearing. Arah adalah satu cara yang subjektif, oleh itu ia kurang tepat. Bearing tepat
kerana ia didapati dengan menggunakan protaktor.
           Arah menunjukkan kedudukan satu-satu poin dari arah lain dengan
menggunakan nama mata angin. Jarum pada kompas magnetic digunakan untuk
menunjukkan arah. Terdapat 4 arah utama, iaitu utara, timur, barat dan selatan.
Keempat-empat arah ini disebut mata angin utama selain daripada empat mata
angin utama, terdapat 28 mata angin yang lain.

Mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah. Umum
digunakan dalam navigasi, kompas dan peta. Berpandukan pada pusat mata angin,
maka kita akan melihat 8 arah yaitu dengan urutan sebagai berikut (mengikuti arah
jarum jam): 
Utara (0°) 
Timur laut (45°): Terletak di antara utara dan timur 
Timur (90°) 
Tenggara (135°): Terletak di antara timur dan selatan 
Selatan (180°) 
Barat daya (225°): Terletak di antara selatan dan barat 
Barat (270°) 
Barat laut (315°): Terletak di antara barat dan utara 

Utara, timur, selatan dan barat merupakan empat mata angin utama. 


Utara dan selatan menggambarkan kutub Bumi, manakala timur dan barat
menentukan arah putaran Bumi. 
Peta topo
1.       peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan
UkurMalaysia mempunyai berbagai-bagai maklumat.
2.       peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan
mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-
dua itu dalam petunjuk peta tersebut.
3.       maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:
  (a) rupa bumi dari garis kontur
  (b) bentuk saliran
  (c) tumbuhan semulajadi
  (d) jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
  (e) bentuk petempatan
  (f) bentuk perhubunga

4.    pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan
tafsiran peta amat perlu  untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam
peta tersebut dapat dibaca dan ditafsir.  
10. Isyarat Sulit Pengakap
D. KECENDERUNGAN DAN MINAT

1. Kraftangan

Membuat Satu Kraftangan daripada Buluh, Kayu atau Logam atau


mengukir pada kayu / sabun / Lilin dan sebagainya.

TAMPAL GAMBAR HASIL KRAFTANGAN KAMU DISINI

2. Plastercast
Menghasilkan satu plaster cast dengan menggunakan Plaster
Of Paris.

TAMPAL GAMBAR HASIL PLASTERCAST KAMU DISINI

3. Rekod 12 Orang Sahabat Pena.


Menyimpan rekod berkenaan dengan sekurang-kurangnya 12 Orang
sahabat pena di dalam Buku Log Peribadi.

BIL. NAMA ALAMAT No.Tel Sekolah

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

E. PERKHIDMATAN

1. Balutan Anduh
Pembalut

- Terdiri daripada sejenis kain putih ( lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm )

- digunakan untuk:

a) menuap

b) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak

c) menyapu bahagian cedera

d) menahan darah

e) menolong mengangkat pesakit

ANDUH TANGAN
ANDUH KAKI

2. Tindakan Kecemasan
- Sebelum memberi rawatan kecemasan pertolongan cemas,
pengenalan punca penyakit adalah penting.

- Lakukan pertolongan cemas secara tertib, segera, senyap, tidak gugup


atau panik.

- Pulihkan nafasnya jika pernafasan sseseorang terhenti.

- Tahu tempat-tempat yang terkeluar darah.

- Jangan membenarkan pesakit bercakap sesuatu yang tidak penting.

- Tenangkan pesakit dengan memberitahunya perangsang-perangsang,


seperti 'kamu akan pulih segera', 'luka kamu kecil sahaja' yang dapat
meniggikan semangatnya dan tenangkannya.

- Jangan biarkan orang berkumpul dan mengelilinginya.

- Jangan tangalkan bajunya jika tidak perlu.

- Bawanya berjumpa dengan doktor segera.

- Beritahu keluarganya atau sahabat terdekatnya.

4. Memandu Orang
Setelah mengetahui tempat-tempat penting di dalam daerah kamu, kamu
dikehendaki menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang ke
tempat kamu.

You might also like