You are on page 1of 28

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


DAERAH TITIWANGSA

Panduan Penulisan
BUKU LOG
Pengakap Kanak-Kanak

Lencana Wajib - Ahli Renang

BY RADIEN BOHARI
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA

LENCANA WAJIB
AHLI RENANG
Panduan Keselamatan Semasa Berada
Di Dalam Air

Peralatan Asas Renang

Kemahiran Asas Di Dalam Air

Kemahiran Asas Renang

Cara Pengendalian Jaket Keselamatan

Teknik Renang

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
Sentiasa ambil tahu tentang tempat anda akan
1 berenang.
Ketahui kedalaman kolam renang di setiap sudut
kolam kerana kedalaman antara dua hujung kolam
mungkin berbeza.

Sentiasa gunakan pelampung jika anda tidak mahir


2 atau tidak pandai berenang.

Berenanglah berdekatan dengan orang dewasa


3 untuk membantu sekiranya berlaku sebarang
kecemasan terutamanya jika anda tidak mahir atau
tidak pandai berenang. Kolam renang biasanya ada
anggota penyelamat. Dapatkan perhatian anggota
penyelamat supaya mereka sedar kehadiran anda di
kolam renang.

Berenang secara berpasangan/berkumpulan.


4 Sekiranya berlaku kecemasan, kawan atau teman anda
boleh memberi bantuan dan mendapatkan
pertolongan.

Gunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam


5 renang. Jangan lompat. Tersilap membuat anggaran
tentang kedalaman kolam renang boleh
menyebabkan kecederaan. Jika di sungai atau laut,
mungkin terdapat batu besar di dasar air sehingga
boleh menyebabkan kecederaan.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
Ketahui kemampuan diri sendiri. Jangan berenang
6 terlalu lama kerana boleh menyebabkan keletihan
atau mengalami kekejangan otot. Sekiranya tidak
mahir berenang, berenanglah di kawasan yang
dasarnya masih boleh disentuh dengan kaki.

Pelajari kemahiran pertolongan cemas


7 Pihak swasta atau bukan kerajaan ada menganjurkan
bengkel pertolongan cemas. Kemahiran yang
dipelajari mungkin dapat menyelamatkan nyawa.

Menyelam
8 Kecederaan boleh berlaku pada leher semasa
menyelam jika tidak cekap mengagak kedalaman.
Keadaan ini boleh menyebabkan penyelam lumpuh
atau boleh menyebabkan kematian.

Perhatikan keadaan cahaya matahari. Sinar matahari


9 yang terpantul dari air boleh menyebabkan kulit
terbakar. Gunakan losyen pelindung matahari, kaca
mata hitam dan pakaian pelindung sebelum
memasuki air.

Kerap minum air. Walaupun berada di dalam air,


10 dehidrasi mudah berlaku apabila berada bawah
panas terik matahari.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
Elakkan mengunyah, makan atau minum sambil
11 berenang. Ia boleh menyebabkan seseorang itu
tercekik

Elakkan minum minuman beralkahol dan berenang.


12 Ia adalah satu kombinasi yang berisiko dan boleh
membahayakan.

Jaga kebersihan di tempat anda berenang.


13
Berenang di kawasan yang selamat.
14 Ketahui kedalaman air di setiap sudut kolam kerana
kedalaman antara dua hujung kolam mungkin
berbeza.

Ketahui tanda keselamatan air dan tanda pada


15 bendera di pantai.
Terdapat tanda tentang kedalaman air, air pasang atau
arus deras yang menunjukkan keadaan air merbahaya.

Kenalpasti bahaya di dalam air. Bahaya-bahaya ini


16 termasuklah:

a. Air terlalu sejuk

b. Terdapat arus tersembunyi

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Panduan Keselamatan
Semasa Berada Di Dalam Air
c. Air terlalu dalam

d. Terdapat benda berbahaya di dalam air yang boleh


menyebabkan kecederaan seperti kaca, tin kosong
berkarat, dan lain-lain

e. Tiada anggota penyelamat

f. Terlalu banyak aktiviti/sukan air di kawasan sekitar

g. Air tercemar sehingga boleh menyebabkan


jangkitan penyakit jika berada di dalam air.
Pencemaran air boleh diketahui melalui
persekitarannya yang kotor serta terdapat tikus di
kawasan sampah.

Berhati-hati melakukan aktiviti atau sukan air.


17 Patuhi peraturan dan prosedur serta sentiasa
menggunakan jaket keselamatan.
Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh
mendatangkan risiko dan bukan sahaja membahayakan
keselamatan diri sendiri malah orang lain.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA

TIPS
Jika ingin melakukan
aktiviti atau sukan air
Pastikan kit kenderaan dalam keadaan baik
1
Sentiasa memakai jaket keselamatan dengan betul
2 dan pakai jaket yang sesuai dengan saiz tubuh

Pastikan tiada aktiviti/sukan air lain yang


3 berlangsung pada waktu dan kawasan yang sama untuk
mengelakkan sebarang kemalangan atau pelanggaran.

Dalam kes kecemasan:


4
4.1 Jangan panik

4.2 Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air


dan anda tidak mahir berenang, dapatkan
bantuan.

4.3 Jangan cuba menyelamatkan rakan.


Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu.

4.4 Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut


kepada anda sehingga menyukarkan anda
berenang.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA

TIPS
Jika ingin melakukan
aktiviti atau sukan air
4.5 Jika ingin menyelamatkan mangsa yang
tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali
kepada mangsa dan tariknya ke daratan.
Selain itu, campakkan objek yang boleh
berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa
berpaut hingga bantuan tiba.

4.6 Jika terperangkap dalam arus yang deras,


berenang mengikut arus sehingga ke tepi
pantai.

4.7 Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang,


apungkan badan sehingga arus kembali tenang.

4.8 Berenang kembali ke pantai.


Peringatan: Perenang gagah yang berenang
melawan arus juga boleh menjadi letih dan lemas.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Peralatan Asas
Renang
1 Goggle (Kacamata Renang)

Kacamata bertujuan melindungi mata


daripada serpihan air klorin yang boleh
membuat mata menjadi merah. Melalui
penggunaan kacamata, pandangan di
dalam air akan menjadi lebih jelas dan memberi lebih keselesaan ketika
melakukan teknik renangan. Penggunaan kacamata juga akan mencegah
pedih dan iritasi (jangkitan) pada mata ketika berada di dalam air.

2 Swim Cap (Topi Renang)

Topi renang bertujuan untuk


melindungi rambut daripada tepu
atau gugur. Ia juga melindungi rambut daripada kesan klorin. Tujuan lain
topi renang ialah untuk memastikan kolam berada dalam keadaan bersih
dan mengelakkan daripada sumber penapis tersumbat. Selain itu, topi
renang juga membantu dalam melancarkan diri ketika melakukan
pergerakan di dalam air (semasa berenang).

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Peralatan Asas
Renang
3 Pakaian Renang
Pakaian renang merupakan alat
yang paling diutamakan. Pemilihan
pakaian renang yang sesuai sangat
penting untuk menentukan
keselesaan seseorang untuk
berenang.

Pemilihan pakaian renang yang


tepat akan melancarkan sebarang
gerakan atau teknik renang.

4 Ear Plug 5 Nose Clip


(Penutup Telinga) (Klip Hidung)

Penutup telinga bertujuan untuk Klip hidung bertujuan untuk


melindungi telinga daripada melindungi hidung daripada
dimasuki air dan sebarang dimasuki air dan membantu orang
jangkitan. yang mempunyai masalah
hidung.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Peralatan Asas
Renang
6 Kick Board (Papan Renang)

Papan renang kebiasannya


digunakan untuk membantu
kita meluncur, renang gaya
bebas, renang gaya
kupu-kupu, dan renang gaya
katak dengan memfokuskan
kepada gerakan kaki (teknik
menendang).

7 Pull Buoy 8 Hand Paddle


(Pedal Tangan)

Pull Buoy membantu kaki agar Alat ini berfungsi untuk


mudah melakukan imbangan di memudahkan pergerakan tangan
dalam air. ketika melakukan renangan.
Cara pemakaian/penggunaan
adalah dengan mengepitnya di
antara kedua paha. Alat ini sering
digunakan untuk membantu
dalam teknik renang gaya
kupu-kupu.
Persekutuan Pengakap Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Kemahiran Asas
Renang
1 Teknik Pernafasan (Sebelum Aktiviti Renang)
Pernafasan amatlah penting semasa renang kerana teknik pernafasan yang
betul ketika berenang dapat membantu individu melakukan aktiviti renang
dengan lebih lancar. Selain itu, teknik pernafasan yang betul juga dapat
mengurangkan risiko lemas di dalam air.

Teknik pernafasan yang betul ialah dengan melakukan bubbling.


Bubbling dilakukan dengan cara berikut:
Langkah Keterangan

1 Tarik nafas melalui mulut

2 Tenggelamkan kepala ke dalam air

3 Hembus nafas melalui hidung


(semasa berada di dalam air)

4 Kemudian angkat kepala


(ke permukaan air)

* diamalkan sebelum memulakan aktiviti renang


** lakukan ulangan sebanyak 20 kali

2 Teknik Pernafasan (Semasa Aktiviti Renang)


Teknik ini membantu individu berenang dengan lancar tanpa ada masalah
kekurangan nafas atau mengurangkan rasa penat semasa berenang.
Teknik pernafasan yang betul semasa berenang ialah:

1 Lakukan bubbling
(kepala berada di dalam air)

2 Bubbling dilakukan dengan


menghembus nafas melalui hidung

3 Semasa mengangkat kepala


(atas permukaan air),
tarik nafas melalui mulut

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Kemahiran Asas
Renang
3 Teknik Pernafasan (Selepas Aktiviti Renang)
Selepas setiap kali melakukan aktiviti renang, individu perlu melakukan
bubbling bagi mengembalikan semula pernafasan kepada keadaan biasa
(normal).

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Teknik Memasuki
Kolam Renang
1 Tangga Kolam (Poolside Steps)
Teknik ini merupakan teknik yang paling asas
bagi individu yang baru belajar berenang. 2
1 Periksa kedalaman kolam terlebih dahulu
bagi memastikan anda boleh berdiri
sepenuhnya di dalam kolam renang.

2 Turun ke dalam kolam dengan kedua-dua


tangan memegang pemegang tangga. Lakuan
menuruni anak tangga dibuat langkah demi
langkah sehingga keseluruhan badan berada di
dalam air (lihat gambar).

Teknik ini merupakan cara yang paling selamat


dan memberi ruang kepada individu untuk
belajar serta melakukannya secara ansur maju.

2 The Sitting Swivel Entry


Teknik ini sesuai digunakan bagi kedudukan air
yang separas dengan dek kolam. 2

1 Periksa kedalaman kolam terlebih dahulu


bagi memastikan anda boleh berdiri
sepenuhnya di dalam kolam renang.

2 Dalam keadaan duduk, kedua-dua kaki berada


di dalam air, gunakan kekuatan kedua-dua
tangan untuk ubah posisi ke belakang (lihat
gambar). 3
3 Dengan kedudukan kedua-dua tangan masih
berpaut pada sisi kolam renang, secara
perlahan-lahan, masukkan badan sepenuhnya
ke dalam kolam (lihat gambar)

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Kemahiran Asas:
Apungan (Floating)
Apungan merupakan perkara paling asas dalam renang. Keapungan adalah
sifat semulajadi tubuh sebab dibantu oleh kandungan lemak dan
kandungan udara dalam paru-paru.
Tiga unsur yang mengawal keapungan ialah:

1 kawalan nafas

2 posisi tubuh

3 kesantaian/rehat

Jenis Apungan:
Back Star Float (Apungan Belakang)

Teknik ini merupakan teknik apungan yang mana badan akan


menelentang di atas permukaan air.

1 Kaki dibuka membentuk ‘V’ dan tangan didepa membentuk ‘T’

2 Kedudukan badan selari dengan permukaan air


(streamline with the water surface)

3 Muka pandang ke atas dan perut diangkat sedikit

4 Tenangkan fikiran dan kawal pernafasan

5 Tiada pergerakan pada ketika ini

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Jenis Apungan:
Front Star Float (Apungan Meniarap)

Teknik ini adalah sama dengan teknik back star float. Perbezaannya ialah
bahagian muka dimasukkan ke dalam air dan badan dalam kedudukan
meniarap.
Keadaan dan kedudukan tangan serta kaki adalah sama seperti back star
float.

Jenis Apungan:
Mushroom Float (Apungan Cendawan)
Teknik apungan cendawan
merupakan teknik apungan yang
paling mudah.

1 Kaki dibengkokkan (rapat


ke bahagian dada) dan
kedua-dua tangan memeluk
kaki

2 Kepala ditundukkan rapat


sehingga badan kelihatan
berbentuk bulat

3 Jangan bergerak dan anda


akan terapung secara
automatik

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Jenis Apungan:
Water Treading
‘Water Treading’ adalah satu aspek apungan/renang
yang memerlukan perenang berada dalam
kedudukan menegak di dalam air dengan
kedalaman air yang tidak dapat dipijak dengan
kaki dalam jangka masa yang tertentu
(bergantung kepada tujuan).

Kedudukan kepala berada di atas permukaan air


dan memberi peluang kepada perenang menjaga
kepala mereka daripada tenggelam.

Dengan melakukan kaedah ini, perenang boleh


berkomunikasi di antara satu sama lain di
permukaan air.

Kebolehan ini merupakan perkara wajib yang


mesti dikuasai oleh semua perenang.

Sculling (Campang)

Sculling (campang) memerlukan keseimbangan, masa, koordinasi, dan


daya tahan yang tinggi.

Sculling (campang) ialah kayuhan menggunakan kedua-dua tangan


untuk mendapatkan daya pecutan yang membantu pergerakan badan
ke hadapan.

* Bagi menguasai
kemahiran ini,
seseorang perenang
memerlukan banyak
latihan bagi
meningkatkan aspek
keseimbangan dan
daya tahan.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Teknik
Meluncur
Teknik meluncur digunakan
bagi mengawal dan melatih
keseimbangan tubuh badan
ketika berada di permukaan
air atau di dalam air. Bagi
menghasilkan luncuran yang
kemas dan baik, latihan
berterusan (latih tubi) amat
diperlukan. Latihan meluncur
dilakukan dengan mematuhi
langkah-langkah berikut:

1 Berdiri di dalam kolam renang dengan membelakangkan dinding


kolam dan kedua-dua tangan diangkat lurus ke atas.

2 Bongkokkan badan sehingga bahagian dada mencecah permukaan


air. Kedudukan kedua-dua tangan juga lurus dan berada di
permukaan air.

3 Letakkan salah satu kaki ke dinding kolam.

4 Dengan menggunakan daya kekuatan kaki tersebut, tolak kaki dan


badan ke hadapan dalam keadaan lurus.

5 Lakukan secara berulang-ulang kali untuk mendapatkan hasil


luncuran yang sempurna (permukaan air dan di dalam air).

1 2 + 3 4

*Latihan di permukaan air

2 + 3 4

*Latihan di dalam air

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Gaya/Teknik
Renangan
(Kuak Rangkak)
1 Front Crawl
Gaya renangan ini menggabungkan kayuhan lengan di atas permukaan
air yang diselang-selikan dengan tendangan (flutter kick) secara
bergilir-gilir melalu gerakan atas dan bawah (up and down).

Langkah dan Gerakan:

1
2
3
4

Peringatan:
5
Kayuhan tangan/lengan dilakukan 6
secara berselang-seli diikuti dengan
tendangan (flutter kick) untuk
menghasilkan pergerakan ke hadapan.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Gaya/Teknik
Renangan
(Kuak Dada)
2 Breast Stroke
Gaya renangan ini digunakan oleh penyelamat renang semasa
menyelamatkan mangsa. Gaya ini dapat merehatkan tubuh badan kita
kerana ia tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, sebaliknya
menggunakan teknik yang betul dan membuatkan kita meluncur ketika
berada di dalam air.
Langkah dan Gerakan: 1
Sebelum memulakan kuakan air, perenang terapung
1 pada kedudukan meniarap, bahu selari dengan
permukaan air

Kepala perlu selari dengan badan serta memandang


ke depan (sedikit di bawah paras air)

Dekatkan dan panjangkan tangan di dalam air, kaki di


belakang lurus dan rapat
2
Tarik tangan ke luar, ke belakang, dan ke bawah, ke
2 titik hampir dengan bahagian hadapan bahu (kaki
kekal pada keadaan lurus dan rapat di belakang)
3
Tangan di depan pada paras bahu digerakkan dalam
bentuk bulatan, siku bersedia kembali kepada posisi
asal yang membawa tangan ke depan bagi gerakan
yang seterusnya
(pada masa ini perenang akan menarik nafas)

3 4
Semasa posisi pemulihan (recovery), tangan didepa
ke hadapan, kaki digerakkan ke punggung, sisi paha
dijarakkan sementara lutut jauh daripada garisan sisi
paha

Semasa gerakan ke posisi pemulihan, kaki


menendang kuat ke belakang semasa melakukan
pecutan

4 Kaki menamatkan tendangan dalam keadaan


menuding ke belakang dan meluncur dalam keadaan
kemas

Lakukan gerakan/pusingan kuak yang seterusnya

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Gaya/Teknik
Renangan
(Kuak Lentang)
3 Back Stroke
Gaya renangan ini amat lemah-lembut dan beritma. Kuak lentang
merupakan satu-satunya teknik renangan di mana kepala mengadap ke
atas. Kelebihan teknik ini memudahkan perenang untuk bernafas kerana
kedudukan hidung tidak berada di dalam air. Namun gaya ini tidak dapat
melihat ke hadapan semasa melakukan renangan.
Kedudukan/Posisi Ketika
Melakukan Kuak
Lentang:

Perenang menelentang,
kedudukan badan dan
kepala hampir mendatar
di permukaan air
(supaya muka tidak
ditenggelami air)
*lihat ilustrasi

Langkah dan Gerakan: Gerakan Kaki:


1
1
Kaki kanan dan kiri
1 digerakkan naik
turun secara
2 3 berselang-seli

2
Kaki digerakkan
dengan pantas agar
Gerakan Tangan: posisi renangan
Satu tangan lurus di atas kepala sekaligus tidak beralih arah
1 mengayuh ke belakang ke arah pinggang

Angkat tangan keluar dari permukaan air dan


2 kembali ke posisi asal

Lakukan gerakan yang sama pada tangan


3 yang lagi satu
Persekutuan Pengakap Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Gaya/Teknik
Renangan
(Kuak Kupu-Kupu)
4 Butterfly Stroke
Gaya renangan ini memerlukan pergerakan tangan yang pantas dan
serentak. Gaya ini merupakan gaya renangan yang agak sukar dan
memerlukan kekuatan yang besar, serta irama, dan koordinasi gerak
yang baik. Pergerakan kaki juga berbeza dan dikenali sebagai ‘dolphin kick’.

Langkah dan Gerakan: Kedudukan Badan: 1


3 Badan terapung dalam keadaan
menelentang sejajar di bawah
permukaan air

Kekalkan kedudukan bermula dari


1 kepala, bahu, pinggang hingga ke
kaki

Pergerakan Kaki: 2
2 Pergerakan/tendangan dikenali
sebagai ‘dolphin’ digunakan untuk
membantu perenang bergerak.

Pergerakan Tangan: 3 Kaki perenang sentiasa diapit dan


bergerak serentak dengan
Gerakan dilakukan serentak dengan melakukan pukulan atas dan bawah
kedua-dua tangan di atas permukaan air

Tangan perenang harus memasuki air


segaris dengan kelebaran bahu (termasuk
menolak ke luar, dalam, dan ke atas)
Persekutuan Pengakap Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Teknik
Tendangan
1 Flutter Kick
Tendangan ini digunakan dalam kuak rangkak (front crawl) dan kuak
lentang (backstroke), di mana kaki dipanjangkan terus ke belakang sejajar
dengan badan.

Langkah dan Gerakan:

1
Salah satu kaki ditendang ke
bawah (down-kick), manakala
satu lagi berada di atas
(up-kick)
* bukaan di antara kaki kira-kira
1
1 kaki keluasan

2
Lutut dibengkokkan sedikit
untuk memudahkan tindakan
menendang (jangan terlalu
bengkok kerana ia akan 3
mengurangkan daya tujahan)

3
Gunakan sendi pinggul untuk 2
meningkatkan daya dan kuasa
tendangan

Tendangan ini merupakan sebahagian daripada sepakan lenturan buku lali.


Kaki yang bergerak ke atas dan ke bawah memberikan tujahan dalam
renangan.

Walaupun kaki hanya memberikan sebahagian kecil daripada kelajuan


keseluruhan, tendangan kaki adalah penting dalam menstabilkan
kedudukan badan ketika melakukan renangan.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Teknik
Tendangan
2 Breast Stroke Kick
Tendangan ini juga dikenali sebagai tendangan katak (frog kick)
Langkah dan Gerakan:

1 Posisi Permulaan:

Badan berada dalam keadaan meniarap di permukaan


air.

Kedua-dua kaki berada dalam kedudukan lurus dan


rapat di antara satu sama lain dengan sedikit bukaan di
bahagian tumit

2
Posisi Pergerakan 1:

Bengkokkan kedua-dua lutut dan kedua-dua kaki


diangkat serta dibawa ke arah punggung

* lutut perlu berdekatan di antara satu sama lain

3 Posisi Pergerakan 2:

Sebaik sahaja kedua-dua kaki berada di punggung,


lutut dibuka dan kaki berpaling ke arah luar

Mulakan tendangan dengan melakukan ‘flex’ (gerakan


ke hadapan) pada kedua-dua kaki

Posisi Penamat:
4
Apabila melakukan ‘flex’, kedua-dua kaki serentak
dilunjurkan dan kembali semula kepada posisi
permulaan.

Ulangi tendangan yang dilakukan

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Teknik
Tendangan
3 Back Stroke Kick
Langkah dan Gerakan:
Kedua-dua kaki
1 a
dilunjurkan dan
berada dalam
keadaan lurus

a Kedudukan tumit
b dengan ibu jari kaki juga
b
dilunjurkan

Bengkokkan sedikit lutut


2 dengan tendangan ke
c arah dasar kolam
(down-kick)

c Lakukan tendangan
d d ke atas (up-kick) untuk
kembali ke posisi asal

Luruskan kaki semula


3 e apabila kembali ke posisi
asal (up-kick)
e

Gunakan pinggul untuk


f menggerakkan
f
kedua-dua kaki ketika
melakukan tendangan

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Cara Pengendalian
Jaket Keselamatan
1 Pengenalan
Terdapat pelbagai jenis bentuk, dan gaya jaket keselamatan bergantung
kepada keperluan dan kegunaannya. Secara asas, terdapat dua jenis sahaja
iaitu dalam bentuk gabus (foam) dan gas.

Bahan styrofoam ini dibalut


dengan kain yang
dibentukkan sebagai baju
luaran.

Jaket keselamatan ini


mempunyai daya apungan
(buoyancy) yang minima
mengikut kualiti.

Bagi kualiti sederhana, ia


mampu mengapungkan
Jaket Keselamatan manusia seberat 80kg dalam
Jenis Gabus (Foam) masa 4 jam.

Jaket keselamatan gas adalah


dari pelampung udara yang
bertindak secara automatik
apabila picu ditarik atau alat
pengesan air berfungsi dan
memberi impak gas CO2
kepada seluruh ruang
pelampung.

Jaket ini mampu mengapung


untuk tempoh yang lebih
Jaket Keselamatan panjang dan boleh ditambah
Jenis Gas (CO2) udara melalui tiupan nafas.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Cara Pengendalian
Jaket Keselamatan
2 Kategori Jaket Keselamatan
Kategori I/Type I:
Jenis ini digunakan di perairan laut dalam, di kawasan
air yang bergelora, atau kawasan terpencil di mana
ketibaan bantuan kecemasan agak sukar. Jaket ini
memiliki daya apungan yang paling tinggi dan mampu
mengapung mangsa dengan lebih baik.

Kategori II/Type II:


Jaket ini digunakan di kawasan perairan yang tenang,
dan berdekatan dengan pesisir pantai, serta bantuan
kecemasan dapat segera diperolehi. Jaket ini paling sesuai
untuk kegunaan orang dewasa, kanak-kanak, dan bayi.
Jaket ini sesuai untuk aktiviti memancing, dan pelayaran.

Kategori III/Type III:


Jaket ini lebih ringan, lebih selesa, dan merupakan jaket
yang paling banyak digunakan bagi tujuan berkayak,
sukan air, snorkeling, dan pelayaran. Jaket ini lebih
sesuai untuk kegunaan orang dewasa dan tidak sesuai
digunakan oleh kanak-kanak.

Kategori IV/Type IV:


Jenis ini tidak dikategorikan sebagai jaket tetapi sebagai
alat yang digunakan untuk dihumban ke arah mangsa.
Alat ini hanya sesuai digunakan di perairan yang tenang
dan menjadi alternatif akhir sekiranya tiada jaket
keselamatan di dalam bot.

Kategori V/Type V:
Jaket ini hanya digunakan untuk aktiviti tertentu dan
dalam keadaan tertentu sahaja. Jaket ini hanya
digunakan dalam aktiviti berkayak, perahu layar,
dan ski air.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
DAERAH TITIWANGSA
Cara Pengendalian
Jaket Keselamatan
Cara Pemasangan
3 Jaket Keselamatan
PERIKSA LABEL PADA JAKET
UNTUK GARIS PANDUAN SAIZ

Label pada jaket keselamatan akan memaparkan jadual


mengikut saiz dan berat yang sesuai bagi pengguna jaket
keselamatan. Pengguna perlu memakai mengikut saiz yang
telah diperuntukkan.

PAKAI JAKET KESELAMATAN

Periksa jaket keselamatan dan pastikan jaket berada dalam


keadaan yang baik sepenuhnya. Pastikan tiada sebarang
tanda-tanda koyak, putus, atau hilang pada tali pengikat, zip
dan pengancing (buckle).

KETATKAN DAN KEMASKAN SEMUA


PENGIKAT, ZIP, & PENGANCING (BUCKLE)

Pastikan semua pengikat, zip, dan pengancing jaket


diketatkan dengan kemas. Pengikat di bahagian pangkal
paha/kelangkang juga perlu dikemaskan (sekiranya ada).

UJI KESESUAIAN JAKET


YANG TELAH DIPASANG

Pengguna jaket mengangkat kedua-dua tangan. Orang


dewasa akan mengangkat jaket di bahagian bukaan bahu.

Sekiranya, bahagian bukaan bahu melepasi bahagian


telinga, maka saiz jaket yang digunakan adalah terlalu besar.

Persekutuan Pengakap Malaysia


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daerah Titiwangsa

You might also like