You are on page 1of 17

Pengenalan

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita

sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Wau

Pengenalan Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang. Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang. Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan. Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

1.Pokok buluh duri yang selalunya digunakan untuk membuat wau.

2.Buluh terlebih dahulu dipilih bagi mendapatkan yang sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah.

3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong.

4.Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian-bahagian yang lain.

5.Kemahiran membelah buluh cara lama yang selalunya dilakukan oleh pembuat wau yang mahir dan berpengalaman.

6.Buluh dibelah dengan teliti supaya sama besar dan mudah diraut.

7.Belahan buluh diasingkan megikut keperluan sama ada untuk dibuat sayap atau tulang belakang.

8.Belahan buluh seterusnya dicuci daripada buku buluh.

9.Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap.

10.Penyediaan tulang belakang supaya lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor

11.Bahagian sayap mestilah sama panjang antara kiri dan kanan

12.Buluh sayap yang telah diraut terlebih dahulu diukur menjadi dua bahagian sama panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut.

14.Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut-liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di antara kiri dan kanan.

16.Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut-liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang.

17.Bilah buluh di bahagian ekor dibentuk bersama-sama dengan tulang belakang terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali.

18.Penyediaan dan ikatan bahagian sayap dengan bahagian ekor.

19.Cara membuat ikatan untuk bahagian-bahagian rangka wau.

20.Bahagian ekor diliut dan dibentuk supaya sama lekok seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka wau bulan yang hampir siap.

22.Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor.

23.Rangka wau kucing yang telah siap.

24.Kerja-kerja meraut daun ibus untuk dibuat dengung atau busur wau.

25.Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan bunyi yang baik dan nyaring.

26.Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau.

27.Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada wau menjadi berpusing.

28.Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan baik.

29.Wau bulan dan wau kucing yang telah siap diikat dengan teraju.

30.Menaikkan wau mestilah dalam keadaan yang bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak.

31.Wau mula diterbangkan ke udara.

32.Imbangan sayap, ekor dan teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung-apung di udara.

33.Di antara peralatan-peralatan yang digunakan untuk membuat wau.

1.

www.scribd.com/doc/.../folio-sejarah-wau-powerp... - Translate this page

Block all www.scribd.com results

6 Nov 2008 folio sejarah wau powerpoint ... KERJA KURSUS SEJARAH 2008 19 p. ... permainan tradisional di malaysia(kajian sejarah tahun 2008).

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR (KMCS)

NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463

top

Laman Utama KMCS Direktori Pegawai Takwim Promosi Direktori Usahawan Sidang Redaksi Motivasi i-Reka Santapan Rohani

Tazkirah Mingguan Petua Coretan Ilmu

Jumaat, 6 November 2009

SEJARAH WAU SELANGOR

NEGERI

Dipercayai bahawa mengikut sejarah orang-orang lama wau kapal adalah menjadi simbol bagi Negeri Selangor. Kisah ini diambil berdasarkan kepada cerita lama, bahawa selepas musim menuai padi, para petani terpaksa menunggu musim padi yang akan datang iaitu selama satu tahun, dan bagi mengisi kelapangan masa itu mereka cuba mencari keseronokan dengan bermain wau / layang-layang. Di sebalik nama wau kapal tersembunyi kisahnya yang tersendiri, ini adalah kerana nama wau kapal diilhamkan dari gabungan dua bahagian iaitu nelayan dan juga petani, mereka mengambil gabungan nelayan adalah

kerana pada masa itu kawasan pertanian padi dan tempat permainan wau / layang-layang adalah berhampiran dengan laut. Jika dilihat dari reka bentuk wau / layang-layang itu sendiri dapat dilihat bahawa reka bentuk bawah ataupun ekornya adalah berbentuk kapal ( yang melambangkan nelayan ), manakala bahagian atas ataupun kepaknya berbentuk bujur ( yang melambangkan petani ). Reka corak dan motif wau kapal adalah di ambil dari reka corak telepuk yang mempunyai maksud yang tersendiri, reka corak ini di buat bagi menambahkan lagi kecerian sesuatu wau / layang-layang. Berbagai-bagai jenis wau / layang-layang yang terdapat di Malaysia di antaranya ialah : v v v Wau Wau Wau kapal burung kucing

Wau

bulan

v v v

Wau Wau Wau

jala lenggang

budi kebayan Puyuh

Wau

Kangkang

You might also like